PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN PPPM
1.0 Pengenalan
Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki
satu lagi era baharu . Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai
penyampai ilmu . Berbanding sistem pendidikan kini , guru lebih banyak berperanan
sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka
dalam melahirkan dan menggunakan situasi situasi pembelajaran secara cekap
dan berkesan . Selaras dengan perubahan peranan pendidik , guru harus lebih
inovatif , kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan
pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar
sebagai knowledge worker dalam era revolusi maklumat abaf ke 21 .
Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah
kunci kepada peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir , 2001 ) . Kualiti yang dimaksudkan
merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output) .
Dengan ini , sumber manusia ( modal insane ) perlu dibangunkan secara bersepadu
melalui latihan latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan
potensi ke tahap yang optimum . Program program pembangunan professional
sudah tentu dapat mengupayakan guru demi meningkatkan kualiti pendidikan
negara .
Perkataan keguruan diamabil daripada perkataan dasarnya iaitu guru . Menurut
Kamus Dewan , guru bermaksud pengajar , pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru dan peranan ( tugas dan
kelayakan ) sebagai guru . Sesuatu profesion yang sebenar adalah suatu bidang
yang mempunyai ciri ciri seperti kepentingan kemahiran intelek , latihan iktisas
yang mencukupi , khidmat yang diperlukan oleh masyarakat . Menikmati autonomi
individu dan kumpulan , mementingkan mutu perkhidmatan , mempunyai tatasusila
perkhidmatan atau kod setia dan mempunyai organiasasi tersendiri untuk
menguruskan soal soal yang berkaitan dengan pendidikan
( Lieberman
1956 ) .
Menurut Kamus Dewan profesion adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan
yang khas . Berdasarkan ciri ciri profesion , Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan
secara ringkas konsep professionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan
dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu , bersikap jujur , dedikasi , berakauntabiliti dan bermoral tinggi , mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organiasasinya .
Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju
ke hadapan . Perubahan perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan
bertujuan memenuhi kehendak negara . Merealisasikan sebuah negara maju pada
masa hadapan . Setiap perubahan dan transformasi kurikulum pendidikan yang
diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion perguruan oleh itu ,
adalah mustahak bagi setiap indidvidu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa
berusaha mempertingkatkan kecekapan , kelebihan prestasi dan keterampilan dari
semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat
. Jika hal ini wujud , barulah tuntutan tuntutan dalam transformasi kurikulum itu
dapat ditangani . Walaubagaimanapun , sejauh mana kita mengiktiraf dan
memartabatkan keguruan sebagai satru profesion bergantung pada tanggapan
masyarakat . Adalah peranan guru semakin hilang kewiwabawaannya kerana
masyarakat telah mengalihkan pandangan pada kerjanya diiktiraf sebagai
professional oleh pihak kerajaan seperti doktor , peguam dan arkitek .
Dalam konteks ini , pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha
dengan bersungguh sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai
profesion yang unggul dan disegani ramai . Hal ini termasuklah dalam teras Pelan
Pembangunan Pendidikan Malysia ( PPPM ) 2013 2025 iaitu memartabatkan
profesion keguruan antara agenda utamanya selain daripada kemenjadian murid .
Para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan
aspek profesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu
pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak teras PPPM .
2.0 Isu Guru dan Analisis : ( Peranan Guru Dalam Merealisasikan PPPM ) .
Pada Oktober 2011 , Kementerian Pendidikan telah melaksanakan kajian semula
sistem
pendidikan
negara
Malaysia
secara
menyeluruh
dalam
usaha
Antara perkara penting dalam PPPM adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai 6 ciri utama , seperti yang berikut , iaitu :
pengetahuan (murid yang berpengetahuan).
kemahiran berfikir (murid yang mahir berfikir) .
kemahiran memimpin (murid yang dapat menjadi pemimpin) .
kemahiran dwibahasa (murid yang menguasai sekurang kurangnya 2 bahasa) .
etika dan kerohanian (murid yang berpegang pada etika dan memiliki sifat rohani
yang tinggi) .
identiti nasional (murid yang mempunyai indentiti kebangsaan).
Dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk melahirkan murid yang mempunyai 6
ciri utama seperti yang digariskan , guru merupakan tonggak utama kearah
mencapai hasrat tersebut . Gurulah yang berperanan memastikan muridnya
berpengetahuan , mempunyai kemahiran berfikir , berkeupayaan memimpin ,
menguasai dwibahasa , mempunyai etika dan kerohanian yang kukuh , serta murid
yang beridentiti nasional . Hasrat yang disasarkan oleh pihak kerajaan itu sangat
sempurna sifatnya jika generasi yang lahir dalam era PPPM 2013 2025 dapat
dibentuk dan dididik seperti yang dirancang . Oleh hal yang demikian , guru perlulah
melengkapan diri dan bersedia melakukan perubahan agar berupaya melhirkan
kesemua hasrat tersebut . Penguasaan ilmu pengetahuan bagi setiap guru amatlah
penting dalam menjayakan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) seperti yang dituntut oleh PPPM .
Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan alat berfikir dan
mengeluarkan banyak dana seperti i Think perlu dimanfaatkan secara serius . Hal
ini demikian kerana , untuk melahirkan murid yang mempunyai KBAT , guru juga
perlu melakukan anjakan paradigma , sebagai contoh pelajaran secara berpusatkan
guru serta pembelajaran berorentasikan peperiksaan tidak lagi diamalkan .
Sehubungan dengan itu , setiap murid perlu menguasai pelbagai kognitif termasuk
dapat menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif .
Usaha untuk melahirkan murid yang mahir berfikir turut dilakukan di sekolah ,
khususnya melalui P & P . Dalam proses tersbut , murid didedahkan pelbagai jenis
soalan , termasuklah yang memerlukan daya pemikiran yang kritis dan kreatif .
Dalam era transformasi pendidikan , guru hendaklah menghasilkan murid yang
mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi murid
dalam semua aspek JERIS bagu mencapai pendidikan bertaraf anatarabangsa .
Menurut Mok Soon Sang ( 2007 ) , Profesor Syed Muhammad al Alatas
menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyaburan
serta semangat kepada jiwa manusia . Hal ini menunjukkan ilmu merangkum semua
aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia . Guru sebagai pengamal ilmu
perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca , berfikir , memerhati , berkarya ,
terlibat dalam sumbangan , dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baharu
(Ragbir Kour 2007 ) . Dalam P & P , guru akan memindahkan ilmu yang baik ,
meninggikan adab murid , serta memberi tunjuk ajar ke arah kebenaran sebagai
pengamal ilmu .
Untuk melahirkan murid yang berpengetahuan , khususnya untuk meastikan
kanak kanak mengusai kemahiran literasi dan numerasi , guru mampu memainkan
peranan . Kebanyakan guru dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran
masing masing untuk mengaplikasikan pelbagai kaedah dan aktiviti P & P dalam
membimbing murid agar menguasai kedua dua kemahiran tersebut . Walaupun
begitu , usaha untuk menggalakkan murid menambahkan pengetahuan dalam
pelbagai bidang agak mencabar .
Hal ini dikatakan demikian sebagai keperluan harian hasrat tersebut murid perlu
menjadikan pembacaan sebagai keperluan harian mereka . Kegagalan pihak
sekolah dan ketiadaaan sokongan yang berkesan daripada pihak lain untuk
Oleh itu peranan guru sebagai pembentuk tingkah lakulah yang dapat
membentuk tingkah laku dari yang negatif kepada positif , iaitu dari tidak suka
membaca kepada tabiat gemar membaca . Menurut pandangan Islam , orang yang
menajdi guru diberi Allah kelebihan berganda . Hadis Nabi Muhammad(SAW)
bermaksud Bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu pengetahuan
kepada orang lain dan perkataan mengajar itu amat terpuji . Menurut Al Ghazali
pula dari perspektif Islam , tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan
kemanusiaan . Tingkah laku normal atau tidak normal adalah berdasarkan kepada
kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan mempunyai masalah psikologi .
Sebarang pembentukan tingkah laku murid haruslah diuruskan oleh guru supaya
murid yang dihasilkan mempunyai tingkah laku yang terpuji dan dapat diterima
umum .
Menurut Lewis M . Beaker ( 2001 ) , tingkah laku adalah sebarang perbuatan
yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak , secara sedar atau separa sedar .
Carl Rogers ( 1999 ) , menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku
mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan . Sekiranya individu itu mempunyai
konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berintetaksi dan bertindak dengan
lebih yakin .
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan
dengan teknik yang sesuai . Dr . Ragbir Kaur ( 2005 ) , setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas , pembelajaran yang sihat
dan produktif .
Guru perlu berusaha membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah
laku negatif dan membebaskan murid daripada sebarang gangguan . Kegagalaan
menguruskan tingkah laku akan menyebabkan gangguan emosi yang serius .
Tingkah laku yang tidak diuruskan dengan baik akan memeberi kesan kepada
proses P & P yang akhirnya akan menyebabkan prestasi akademik murid merosot .
atau semasa aktiviti ko-kurikulum yang diadakan. Peranan guru tidak terbatas
sebagai seorang pengajar semata-mata melaksanakan tugas mereka berdasarkan
skop kurikulum dan arahan pihak pengurusan sekolah. Sebagai pendidik , guru juga
pembimbing dan mendidik pelajar menjadi insan yang sihat , positif dan dapat
memberikan sumbangan kepada masyarakat.
PPPM juga mensasarkan murid dapat menguasai lebih daripada satu
bahasa. Penguasaan lebih daripada satu bahasa memberikan kelebihan yang
banyak kepada seseorang murid. Selain dapat membaca bahan bacaan dalam
pelbagai bahasa, golongan ini lebih mudah berkomunikasi dengan pihak lain dan
seterusnya meningkatkan imej diri. Di sekolah , dua bahasa yang seharusnya
dikuasai oleh murid ialah bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris , iaitu bahasa antarabangsa. Tidak dinafikan bahawa guru memainkan
peranan untuk mendidik murid agar menguasai kedua-dua bahasa tersebut. Namun
begitu, walaupun sudah 57 tahun Malaysia mencapai kemardekaannya, namun
masih terdapat murid bukan Melayu yang tidak dapat berbicara dalam bahasa
kebangsaan dengan fasih apabila diajukan soalan dalam bahasa Melayu.
Bagi pelajar di negeri-negeri tertentu seperti Kedah dan Kelantan, masih tidak
memisahkan diri mereka dengan dialek, masalah kemahiran berbahasa akan
timbul.Bagi sesetengah sekolah pula, dialek turut digunakan oleh pihak sekolah
ketika melaksanakan P&P dan juga semasa perhimpunan rasmi sekolah, dengan
alasan memudahkan murid-murid memahami mesejnya. Kelemahan murid untuk
menguasai bahasa Inggeris pula berkait rapat dengan persekitaran murid yang
jarang terdedah pada bahasa antarabangsa itu. Jika masalah ini tidak diberikan
perhatian, sudah pasti ciri pelajar yang dimatlamatkan oleh PPPM tidak dapat
direalisasikan.
peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara
sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut telah melakukan refleksi semasa
tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membauat analisa
tentang peristiwa lepas dan merancang tindakan susulan, individu tersebut telah
mengamalkan refleksi ke atas tindakan.
Daripada amalan merefleksi, guru dapat membuat penyelidikan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti semasa membuat refleksi. Contoh ,
permasalahan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris murid-murid. Guru
sebagai penyelidik boleh mengkaji secara sistematik isu amalan bilik darjah,
membuat inkuiri untuk menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitan
permasalahan yang dihadapi. Dapatan kajian bolehlah dikongsikan dengan guruguru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencari
amalan terbaik P&P.
Peranan guru sebagai penyelidik membenarkannya mengkaji sesuatu
peristiwa secara saintifik, membuat analisa berdasarkan bukti empirical dan data
yang sahih seterusnya membantu guru membuat keputusan yang bijak dan
berkesan mengikut teori-teori dan prinsip P&P. Oleh itu, guru dan dengan kerjasama
rakan-rakan sekerja dan panatia, dapat membuat penyelidikan untuk membuat
kajian tindakan terhadap isu masalah penguasaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam kalangan murid-murid. Diharap dengan adanya kajian tindakan yang
dilakukan maka dapatlah sesuatu tindakan diambil untuk mengatasi masalah ini.
PPPM turut mencatatkan bahawa system pendidikan akan menyediakan
pengalaman kepada kanak-kanak untuk berdepan dengan cabaran apabila dewasa
dengan keupayaan menyelesaikan konflik, bijak membuat pertimbangan, berpegang
pada prinsip ketika berada dalam situasi kritikal dan berani melakukan sesuatu yang
betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat
memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara turut diberikan
penekanan. Bagaimanakah golongan guru dapat memainkan peranan bagi
mencapai hasrat tersebut ?
Antara usaha untuk menzahirkan pelajar seperti yang dihasratkan itu adalah
melalui penyerapan nilai murni sama ada secara langsung ataupun secara tidak
langsung. Selain dilakukan melalui P&P di bilik darjah, penyerapan nilai murni turut
dilakukan ketika melaksanakan aktiviti persatuan atau kelab dan juga melalui aktiviti
yang lain. Perkara ini bukanlah perkara baharu kerana penyerapan kasih saying,
keberanian, tanggungjawab, saling membantu, patriotik dan lain-lain sudah
dilakukan sejak dahulu. Walaupun begitu, usaha yang dilakukan guru di sekolah
kadangkala kurang menampakkan kesan positifnya memandangkan masih terdapat
pelajar yang tidak memiliki ciri seperti yang dimaksudkan itu. Usaha penyerapan nilai
murni ini tidak harus dilakukan bermusim, sebagai contoh, murid-murid dan guruguru bersemangat patriotik bila berada di bulan sambutan kemerdekaan sahaja.
Tetapi bila tempoh sambutan berakhir,seolah-olah ia hanya sekadar sambutan Hari
Kemerdekaan sahaja. Semangat patriotik bukan sahaja melalui kibaran bendera dan
pemakaian baju sahaja malah sepatutnya berterusan dan tersemadi di dalam jiwa
dan nurani setiap rakyat Malaysia.
Maka guru sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu
yang mampu, bersosialisasi dan memiliki kecedasan emosi yang tinggi agar dapat
menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan kelak. Guru yang memahami peresaan diri
dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat
empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Guru juga
dapat membentuk diri murid dengan konsep kendiri positif serta membina keyakinan
diri untuk mencapai potensi mereka.
3.0 Rumusan :
Kesimpulannya, kegagalan melahirkan lebih banyak murid yang memenuhi enam ciri
seperti yang dinyatakan dalam artikel ini tidak harus dipertanggungjawabkan kepada
pihak guru semata-mata. Persekitaran tempat tinggal murid-murid tidak kurang
pentingnya dalam mempengaruhi jati diri murid-murid. Murid yang tinggal dalam
keluarga yang mementingkan ilmu, mengamalkan nilai murni dalam aktiviti harian
dan memperlihatkan nilai patriotik secara tidak langsung mempengaruhi murid untuk
mencontohi ahli keluarga mereka. Demikian juga halnya dengan rakan sebaya dan
masyarakat setempat. Sekiranya murid sering bergaul dengan rakan-rakan yang
biasa berkomunikasi dalam dwibahasa, sudah pasti murid berkenaan akan turut
sama berbahasa dwibahasa.
Oleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab guru
adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu
menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap
yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan
peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah member
cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti
kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat
dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf
antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan
murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM. Namun begitu, keberkesanannya
juga bergantung pada pihak lain.
http://rohaizaabdulrahim.blogspot.com/2014_09_01_archive.html
http://www.slideshare.net/ssuser0c27c8/peranan-dan-tanggungjawab-gurudalam-membina-negara-bangsa-berlandaskan-etika-profesion-keguruan
pilihan. Menerusi pelan ini juga, para guru di seluruh negara adalah diharap dapat
meneruskan
peningkatan
keilmuan
masing-masing
sejajar
dengan
perkembangan teknologi dan persekitaran semasa.
Guru-guru sepatutnya menjadikannya sebagai satu cabaran baru dalam meneroka
dan meningkatkan lagi kebolehan, keupayaan masing-masing bagi menghadapi
gelombang perubahan yang berlaku masa kini dan mendatang.
Pada hemat saya selain daripada dasar dan pelan yang disediakan, guru-guru
merupakan pemain utama dan penentu terhadap transformasi menyeluruh dalam
sistem pendidikan. Segenap lapisan rakyat dalam negara ini sentiasa menaruh
harapan kepada guru. Yakinlah bahawa pendidikan adalah harapan masa depan
negara.
Oleh itu, saya menyeru warga pendidik agar bersama-sama meletakkan keutamaan
pada tahap tertinggi bagi memastikan semua perancangan dalam pelan
pembangunan pendidikan berjalan lancar. Hal ini kerana, saya berpandangan
bahawa sentuhan masa depan negara (touching the future) sebenarnya bermula di
tangan guru.
Dalam hal ini, saudara dan saudari para guru disaran agar lebih peka dengan realiti
murid masa kini dan mengambil pendekatan kontemporari dalam mendidik. Tugas
memanusiakan manusia bukanlah perkara yang mudah, guru juga harus memiliki
jati diri yang jitu untuk menzahirkan akhlak mulia bagi menjadi contoh kepada
anak didik mereka. Guru perlu memiliki personaliti yang cemerlang untuk menarik
perhatian dan menjadi tempat rujuk murid.
Tema Hari Guru tahun ini Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi sangat
bertepatan dengan dunia pendidikan pada masa kini. Kreativiti dan inovasi amat
dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas pertama dalam abad ke-21
untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini. Para guru harus sentiasa
meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi dalam melaksanakan tugas yang
semakin mencabar. Untuk itu, guru perlu peka dan sentiasa bersedia menambah
ilmu untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Kreativiti ialah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong penjanaan idea
baharu. Kreativiti melibatkan kombinasi antara idea baharu dan idea lama yang
diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti menjadi sesuatu yang
baharu. Inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang baharu dan
yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina
trend baharu dan menggunakan peluang semaksimum mungkin dalam ekosistem
yang penuh persaingan. Sebagai contoh, jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya
sebagai alat perhubungan tetapi kini melalui inovasi, digunakan sebagai penyampai
maklumat, pandu arah perjalanan, internet, kamera dan alat hiburan.
Kreativiti amat penting dalam membangunkan masyarakat dan negara. Secara
umumnya, para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli
psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup
di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi, perubahan, cabaran,
dan persaingan yang sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia
sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun dan berhasrat untuk
menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, keperluan terhadap kreativiti
semakin mendesak. Tambahan pula, perkembangan ekonomi yang berlaku akibat
transformasi dasar kerajaan telah mengubah lanskap pendidikan negara.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan elemen kreativiti dan inovasi
dalam pengajaran mereka. Oleh itu, guru perlu sentiasa berfikir untuk
membudayakan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap aspek pengajaran dan
pembelajaran. Melalui budaya pemikiran kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat mengaktifkan minda murid menjadi lebih dinamik, kreatif dan
inovatif. Hasil atau outcome pembudayaan elemen kreatif dan inovatif ini, insya Allah
akan menjadikan pengajaran guru dan pembelajaran murid lebih berkualiti. Oleh itu,
untuk mencapai tujuan ini maka para guru mestilah sentiasa think again, think
across and think ahead.
Dalam hal ini juga, saya percaya bahawa kita perlu melihat apa yang berlaku di
dalam kelas atau pembelajaran di bilik darjah. Pada saya, the classroom is the
source of energy for positive vibrations the nucleus of change. Slight ripple of
improvement
in
the
classroom
will
create
a
strong
wave
of
transformation. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah harus menekankan
kepada pedagogi. Fokus pembelajaran murid hendaklah menjadi agenda utama
seseorang guru. Guru-guru disaran agar sentiasa berusaha meningkatkan
kemahiran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Peranan pengurusan sekolah juga penting dalam membudayakan elemen kreativiti
dan inovasi agar menjadi organisasi pembelajaran yang bermaklumat,
menggalakkan pengembangan pengetahuan baharu, membudayakan ilmu saintifik
dan teknologi termasuk menggunakan tenaga sumber secara maksimum. Barisan
pentadbir sekolah haruslah bertanggungjawab bagi mencetuskan budaya kreativiti
dan inovasi.
Bagi mewujudkan suasana kreatif dan inovatif, sekolah perlu mengurangkan
kerenah birokrasi dalam pengurusan demi memberi ruang kebebasan berkarya
kepada warganya. Oleh itu, pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah
Besarlah harapan saya agar saudara dan saudari para guru yang dikasihi sekalian
terus melaksanakan amanah yang diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan
berlandaskan etika perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang
amanah kepada proses transformasi sistem pendidikan negara, saudara dan saudari
mempunyai kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
Marilah kita teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban,
istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang
terbaik demi nusa dan bangsa.
Saya mengambil kesempatan di sini, mengucapkan selamat hari guru dan terima
kasih cikgu kepada semua insan yang bergelar guru dengan pesanan jadilah guru
yang berdedikasi, komited, cemerlang, kreatif, inovatif, kaya maklumat dan
bersemangat tinggi dalam perjuangan di arena pendidikan. Selain itu, jadilah guru
yang prihatin serta sentiasa menyayangi muridnya. Sesungguhnya Malaysia
amat memerlukan khidmat bakti saudara dan saudari para guru demi agama,
bangsa dan negara tercinta.
SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU
http://pendidikanmalaysia4u.blogspot.com/2014/05/guru-pemangkinpembangunan-negara.html
Terlalu banyak telah diberi keistimewaan kepada golongan pendidik di Malaysia tercinta ini.
Bersyukur, bersyukur, bersyukur perkataan paling tepat yang sepatutnya berada dalam hati
nurani pendidik di Malaysia tercinta ini.
http://easeritanjong.blogspot.com/2013/09/peranan-guru-menjayakan-pppm.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121015/pe_03/Guru-penggerakPelan-Pembangunan-Pendidikan
Isu Kualiti Guru Perlu Ditangani Untuk Capai Matlamat PPPM - Muhyiddin
TANJUNG MALIM, 13 Mac (Bernama) -- Isu kualiti guru perlu ditangani sekiranya
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang meletakkan
sasaran negara berada dalam kelompok satu pertiga teratas sistem pendidikan
terbaik dunia ingin dicapai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi menyokong hasrat itu, Kementerian
Pendidikan meluluskan peruntukan RM5 juta kepada Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) di bawah Skim Geran Penyelidikan NIC yang bertajuk 'Development of a
Teacher Education Model for Preparing Quality Teachers for the Future'.
"UPSI perlu menampilkan suatu model yang benar-benar dapat dijadikan rujukan
untuk melahirkan guru berkualiti pada masa depan," katanya ketika merasmikan
Konvensyen Pendidikan Nasional ke-14 anjuran UPSI, Persatuan Alumni Suluh
Budiman UPSI dan kementerian itu di sini Khamis.
Menteri pendidikan itu berkata usaha menyediakan guru berkualiti dimulakan
dengan pengambilan 30 peratus daripada lepasan terbaik Sijil Pelajaran Malaysia
sebagai bakal guru.
Selain itu, katanya, program Pembangunan Profesional Berterusan diberikan kepada
guru dalam perkhidmatan, sehingga profesion keguruan dimartabatkan untuk
menjadi profesion pilihan.
Muhyiddin berkata PPPM turut meletakkan pelaksanaan laluan kerjaya guru
berasaskan kompetensi dan prestasi di samping meningkatkan laluan guru untuk
peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus.
"Mengambil kira semua aspek serta aspirasi kementerian untuk menyediakan
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa, semua institusi pendidikan guru perlu
proaktif dalam menghasilkan guru-guru yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan
dan pedagogi tetapi juga mempunyai keghairahan dan kesungguhan yang tinggi
dalam memastikan anak-anak bangsa mampu bersaing dan berjaya di peringkat
global," katanya.
Beliau berkata guru bukan lagi sekadar berdiri di depan mengajar tetapi harus
membimbing dari sisi kerana mereka perlu menerapkan kemahiran berfikir dan
mempimpin serta menjadikan pembelajaran berpusatkan murid sebagai teras
pendekatan pedagogi masa kini.
Kajian Kementerian Pendidikan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD) serta pakar pendidikan lain membuktikan bahawa kualiti
guru merupakan faktor yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid
kerana kualiti sesuatu sistem pendidikan itu tidak boleh melangkaui kualiti guru,
katanya.
Beliau berkata warga pendidik perlu memberi komitmen tinggi terhadap apa yang
digariskan dalam PPPM dengan melaksanakan tadbir urus berkesan terhadap 11
anjakan yang terkandung dalam program transformasi itu bagi merealisasikan
perubahan holistik dunia pendidikan yang dihasratkan rakyat.
"Kunci kejayaan PPPM terletak di bahu kita sendiri. Semua pihak perlu bersatu dan
berganding bahu menjayakan PPPM ini. Selaku menteri pendidikan saya amat
faham dan sentiasa bersikap responsif terhadap keluhan, kritikan dan kegelisahan
yang ditimbulkan oleh warga pendidik terhadap pelaksanaan program transformasi
ini," katanya.
Muhyiddin berkata pada tahun pertama Gelombang 1 PPPM, negara membuktikan
telah berada di landasan yang betul dengan mencatatkan enam pencapaian pada
100 hari pertama dan 10 pencapaian utama pada tahun lepas.
"Asas yang kukuh telah kita letakkan untuk PPPM bergerak dalam masa 12 tahun
lagi," katanya.
Gelombang 1 (2013-2015) PPPM memberi penekanan kepada menambah baik
sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program yang
menumpukan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan
kualiti guru sedia ada, kepimpinan sekolah dan kadar literasi Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris serta numerasi.
PPPM (2013-2025) adalah kerangka pembangunan menyeluruh untuk menzahirkan
transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga 2025.
Konvensyen Pendidikan Nasional (KOPEN) selama tiga hari sehingga Sabtu ini
dengan tema 'Merealisasi Impak Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Negara'
yang dijangka dihadiri 1,000 peserta warga pendidikan merupakan forum untuk
membincangkan hal berkaitan pendidikan negara.
-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?
id=1021525&cat=ut