Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi lafaz kesyukuran saya ucapkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan bagi
subjek EDU 3083 ini. Pertama-tamanya jutaan terima kasih diucapkan
kepada pensyarah pembimbing bagi subjek ini, En. Nazri b Halim atas segala
tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh beliau. Ilmunya yang mengalir
bak air itu mengalirkan sesuatu yang berguna kepada saya. Bimbingan dan
ilmu yang diberikan oleh beliau adalah seperti permata yang tidak ternilai
serta banyak membantu saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibubapa yang amat
meyayangi serta disayangi oleh saya. Berkat iringan doa yang tidak pernah
putus-putus ditujukan kepada saya serta dorongan yang memberi semangat
moral kepada saya banyak membantu saya sewaktu melaksanakan tugasan
ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan saya yang sering
berkongsi ilmu serta melakukan percambahan idea-idea yang cukup bernas
sewaktu sama-sama melakukan tugasan ini. Percambahan idea-idea mereka
sedikit sebanyak memberi cetusan kreativiti kepada saya di dalam usaha
saya menyiapkan tugasan dengan sebaik mungkin.
Tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara tidak langsung.
Tanpa mereka proses penyiapan tugasan ini tidak akan berjalan dengan
lancar. Segala jasa dan sumbangan yang diberikan oleh semua pihak yang
terlibat ini sememangnya sungguh besar

nilainya kepada saya. Semoga

ianya diberikan ganjaran yang setimpal oleh Yang Maha Mengetahui iaitu
Allah s.w.t. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai