Anda di halaman 1dari 5

2.3.

2 ISU-ISU AKHLAK SEMASA


PERGAULAN
Hubungan manusia sesame manusia Muamalah, Musyawarah, Musyarakah
dan Ikhtilat.
IKHTILAT = PERGAULAN = berasal dari kalimah KHALATA YAKHLUTU KHALTAN
= BERAMPUR
Pergaulan dalam bahasa melayu beerti percampuran sesame mausia.
Pergaulan yang didefinisikam oleh Ulama Fiqh ialah sebagai satu keadaan
apabila lelaki dan perempuan anjabi bertemu (melebihi dari dua orang ) di suatu
tempat dan berlaku interaksi antara mereka. Interaksi yang berlaku mungkin
berupa percakapan, pandangan atau isyarat yang boleh difahami. Pergaulan
berbeza dengan khalwat yang hanya melibatkan seorang lelaki dan seorang
perempuan.
HUKUM PERGAULAN
Hukum asal adalah haram antara lelaki dan perempuan.
Disokong oleh majority ulama, fuqahadan ahli hadis
Namun, mereka berpendapat terdapat pengeualian dalam beberapa keadaan
tetapi perlu menjaga batasan.
Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram berdasarkan
kepada dalil dalil berikut :Pertama dalil daripada Al Quran
1. Surah Al Ahzab, 33:53
Maksudnya:Apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari
isteri-isteri nabi maka mintalah kepada mereka dari balik tabir. Cara
yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka ..
2
2 .Surah Al Ahzab, 33:33
Maksudnya:Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta
janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang orang
Jahiliah zaman dahulu.
3.Surah Al Nur, 24:30-31
Maksudnya:Katakalah (wahai Muhammmad) kepada orang orang lelaki
yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci daripada mereka. Sesungguhnya Allah amat
mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan

katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan.
Kedua:dalil daripada hadis
1. Hukum wanita keluar solat bejemaah di masid
Sebaik-baik tempt solat bagi kaum wanita adalah bahagian paling dalam
tersembunyi di rumahnya
(Hadis
riwayat Ahmad dan Al-Baihaqi)
2. Larangan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram atau suami
Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama mahramnya
(Sahih al-Bukhari;
1862, dari IbnuAbbas RA)

Dalam Islam, pergaulan diantara lelaki dan perempuan diharuskan dalam


keadaan dan situasi seperti:Darurat
Hajat(keperluan)
Mashalat Syarie dan kebiasaan adat setempat.
Kebiasaan adat setempat

BATAS-BATAS PERGAULAN DALAM ISLAM


a.
b.
c.
d.

Menjaga aurat
Menjaga dan menunduk pandangan
Tidak berlaku khalwat atau diharamkan berdua-duaan
Adanya hijab, iaitu pembatas atau tirai atau tabir di antara lelaki dan
perempuan.
e. Menjaga adab pertuturan. Tidak berakap dengan nada yang lunak, merdu
dan mendayu dayu.
f. Tidak menyentuh antara lelaki dan perempuan.

KONSEP HIBURAN DALAM ISLAM


Ciri-ciri hiburan mengikut syariat islam.
1. Lagu dan senikata lagu mestilah tidak melalaikan tetapi sewajarnya
memperbanyakkan senikata lagu lagu islam mampu mengajak manusia
kearah cintakan Allah dan Hari Akhirat serta kearah memperbaiki diri.

2. Tidak lalai dan berlebih lebihan dalam berhibur sehingga hak-hak Allah
dan kewaipan yang lain terabai.
3. Tiada percampuran antara lelaki dan wanita anjabi dalam berhibur.
4. Penyanyi atau orang yang melakukan persembahan dan para penonton
yang hadir hendaklah menjaga tatasusila Islam.
5. Menghasilkan sesuatu yang baik susulan dari hiburan tersebut.
Adakah mendengar nasyid dan lagu nasihat adalah ibadah?
Untuk semua perbuatan yang asalnya harus sahaja boleh dikira sebagai
ibadah, ia mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
-perbuatan itu diterima syarak
-perbuatan itu dilakukan menurut tuntutan dan peraturan syarak
-Perbuatan itu dilakukan ikhlas kerana Allah SWT
-perbuatan itu dilkukan oleh orang islam
Mengapakan nasyid menggunakan alatan muzik terkini dan
bertemakan cinta?
Kerana nasyid sebagai penyelamat, menggunakan muzik yang sederhana
kea rah kebaikan sahaja.
Ciri-ciri lagu nasihat yang bukannya nasyid yang boleh didengar
mengikut pendapat sebilangan kecil ulama:
-Hukum asalnya adalah harus kecuali ada dalil yang mengharamkannya.
-Tiaada unsur yang diharamkan
-Hiburan digunakan untuk mendidik
dan merehatkan dan lain lain
diharuskan dalam islam.
-Hiburan tidak boleh menjurus kepada memuja wanita,mendedahkan
aurat,
menggalakkan
pergaulan
bebasmemuja
syaitan,
mempropagandakan
kepercayaan
agama
orang
lain,memuja
arakmengandungi khayalan,menghina amalan Islam dan menfitnah orang.
-Adab mestilah adab ditetapkan oleh islam.
-Tidak menyebabkan pengabaian terhadap solat dan Al-Quran.
-Hiburan hendaklah menjauhi daripada unsur golongan yang tidak
berakhlak.
LAWAK, GURAUAN DAN PERTANDINGAN :
Lawak
adalah
perbuatan,
kata-kata
dan
sebagainya
yang
menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain.
Hukumnya haru selagi perkara tersebut tidak melalaikan.
Rasulullah SAW juga selalu berjenkaka dengan ahli keluarga dan para
sahabat baginda. Tetapi baginda mempunyai adab-adab tertentu yang
telah digariskan oleh Islam.
CONTOH GURAUAN ATAU LAWAK YANG DIHARAMKAN :
1. Mengada-ngadakan cerita
2. Menggunakan unsur yang berbaur lucah

SESUNGGUHNYA RASULULLAH SAW KETAWA SEPERTI SENYUMAN,


BAGINDA HANYA MENAMPAKKAN BARISAN GIGI HADAPANNYA SAHAJA

MAKANAN
MAKANAN HALAL DAN PENSYARIATANNYA
Halal bermaksud penggunaan sesuatu makanan atau barangan yang tidak
mengandungi perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti khinir,
anjing, arak dan sebagainya. Ia juga mestilah diperoleh dari sumber rzeki
yang halal. Sifat makanan halal mestilah baik.

HALAL DAPAT DILIHAT DALAM TIGA ASPEK :a. Halal zatnya


Makanan dan minuman memang berasal dari yang halal seperti daging
sapi,ayam,lembu, sayur dan lainnya disebut dalam al-Quran dan hadis.
b. Halal cara memperolehnya
Makanan dan minuman diperoleh
dibenarkan menurut syarak

dengan

cara

yang

sah

dan

c. Halal cara pembuatannya atau cara makanan itu diproses


Cara makanan itu diproses mestilah mengikut peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh syarak.
ETIKA PEMAKANAN
1. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
2. Memilih makanan yang halal lagi baik.
3. Membaca Bismillah, ambil dengan tangan kanan dan makanan yang
terdekat.
4. Menghormati orang lain ketika makan.
5. Tidak membazir

HIKMAH KEWAJIPAN MEMILIH MAKANAN YANG HALAL


1.
2.
3.
4.

Supaya doa dimakbulkan oleh Allah SWT


Selamat daripada seksaan api neraka
Amal ibadat diterima oleh Allah SWT
Membentuk darah daging yang baik dalam badan.

ADAB-ADAB MAKAN RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT RA


ADALAH SEPERTI BERIIKUT

1. Membaca Bismillah, mengambil makanan dengan tangan kanan dan


mendahulukan makanan yang terdekat.
2. Mengambil makanan yang dekat.
3. Membaaca doa sebelum makan.
4. Makan dengan tidak berdiam diri.
5. Rasulullah saw duduk dengan baik dia tas tikar dan tidak merubah
duduknya sama sekali.
6. Menghadam makanan dengan lembut.
7. Rasulullah menjilat jaari-jari sesudah makan.
8. Niat makan Rasulullah saw adalah untuk menambah ketakwaan dan
ketaatan kepada Allah Azza Wajalla.
9. Rasulullah tidak mencela makanan.
10.Rasulullah berusaha untuk meramaikan orang untuk menyertai
makan sekalipun dengan anak-anaknya.
11.Membaca Alhamdulillah dan berdoa serta membersihkan tangan
setelah selesai makan.
12.Rasulullah menutup bekas makanan dan membaca Bismillah.
13.

Anda mungkin juga menyukai