Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2014

HBAE3103
KRAF TRADISIONAL

NAMA

HASROLAFFENDI BIN JOHARI

NO. MATRIKULASI

801218025033002

NO. KAD PENGENALAN

801218025033

NO. TELEFON

0195133347

E-MEL

own@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

HBAE3103- Kraf Tradisional

ISI KANDUNGAN

Perkara
Halaman

1.0

Pengenalan

2.0

Kraf

2.1

Definisi Kraf

3.0

Seni Batik

3.1

Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu

3.2

Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

4.0

Seni Ukiran

4.1

Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Ukiran Melayu

10

4.2

Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

10

5.0

Seni Tenunan Songket

12

5.1

Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu


Analisis Mengenai Contoh Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Islam

13

5.2

14
Seni Anyaman Melayu

6.0

15
Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Anyaman Melayu

6.1

15
Analisis Mengenai Contoh Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Islam

6.2

16
Kesimpulan

7.0

17

P a g e 2 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


1.0 PENGENALAN
Mungkin kita sering kali mendengar istilah kraf dalam kehidupan ini seperti kraf tangan dan kraf
tradisional yang merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran dunia seni visual. Seni kraf,
menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan

kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang

mempunyai pelbagai jenis dan bentuk.


Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia
merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui
batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf sudah
menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri. Hasil seni kraf ini selalunya
dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia. Namun begitu, kraf
juga sudah menjadi sebati dalam diri rakyat Malaysia bukan sahaja di kalangan Melayu malah
pelbagai kaum lagi seperti, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya. Semuanya memiliki
kelebihan tersendiri dengan hasil kraf tangan yang dihasilkan yang begitu indah dan menarik.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1452-1453) mentakrifkan seni merupakan cakupan yang
luas termasuk karya, lukisan, muzik dan sebagainya yang diciptakan hasil atau bakat daripada sesuatu
karya atau ciptaan. Selain itu, seni juga didefinisikan sebagai kebolehan mencipta sesuatu kraf seperti
lukisan, anyaman dan ukiran yang indah yang mana mampu memukau mata sesiapa yang memandang
dan tahu menilai keindahan yang memaparkan hasil kreativiti oleh penciptanya. Tidak keterlaluan
jika dikatakan bahawa kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak sekian
lama dahulu.
Kesenian kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita
suatu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas
digambarkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak serta warnanya. Seni kraf Melayu
melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Dalam
jiwa dan juga naluri kemanusiaan, tertanamnya perasaan sukakan keindahan. Keindahan yang
dimaksudkan itu adalah seni. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat, sesukar untuk menerangkan
konsep keindahan itu sendiri.

P a g e 3 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional

Dengan adanya kesenian seperti ini, identiti masyarakat Melayu lebih terserlah serta lebih
dikenali umum. Pengkaji yang menghasilkan karya seni ini mempunyai ruang dan peluang untuk
menggalakkan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetika nukilan seni tersebut. Mengambil
contoh, kraf tradisional dalam masyarakat Melayu adalah merupakan karya yang mempunyai unsurunsur seni yang tidak ternilai yang hanya diwarisi oleh masyarakat Melayu sahaja. Kesenian ini turut
diwarisi turun-temurun sejak dahulu kala.
Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang tinggi demi untuk
menghasilkan reka bentuk yang indah dan menarik. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti
motif flora yang lebih kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang
dipilih pula adalah berkisar kepada serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain.
Bagi kraf yang dihasilkan oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak
yang dipilih

lebih berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah

dengan apa yang dilarang agama.Unsur-unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa,
gajah dan sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana
motif

benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri

mewujudkan unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya

2.0 KRAF
2.1 DEFINISI KRAF
Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan
tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik,
ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan sebagainya.
Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979, kraf memberi
maksud sebarang keluaran artistik atau pun barang yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau
tradisional hasil daripada suatu proses yang melibatkan kemahiran menggunakan tangan.
Menurut Khairuddin Talib (2011), kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh si pembuat kraf
ini adalah diwarisi secara turun-temuran daripada keluarganya. Hasil ciptaan kraf tradisional ini kaya
dengan unsur-unsur budaya dan ia dapat dilihat melalui bentuk, gaya, sifat, motif dan nilai-nilai
P a g e 4 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


estetika yang dihasilkan. Seni kraf yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu juga melambangkan
hubungan erat yang terjalin antara orang Melayu dengan kepercayaan agama Islam yang dianutinya.

Kedatangan Islam ke rantau Asia Tenggara telah mengubah fahaman dan kepercayaan
masyarakat Melayu tentang agama yang dianuti. Mereka mula sedar akan kekuasaan Tuhan
yang sebenarnya. Dari kesedaran tentang kekuasaan Tuhan inilah wujudnya karya ciptaan
yang bukan sahaja bermanfaat kepada manusia tetapi turut memenuhi keperluan kehidupan di
dunia dan juga akhirat. Kesimpulannya hasil-hasil karya seni oleh masyarakat Melayu
mempunyai ciri-ciri pengaruh Islam dalam penghasilannya. Buktinya, penggunaan motif dan
ragam hias pada kain songket, ukiran kayu dan anyaman tikar yang sememangnya amat
sinonim dengan agama Islam.

3.0 Seni Batik Melayu


Batik adalah seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada
Kepulauan Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di
kawasan Kelantan dan Terengganu berkemungkinan daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik
merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada kayu
pemidang. Setelah lakaran dibuat lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses terapan
bermula. Setelah itu sapuan pelbagai warna yang indah akan dilakukan oleh pembuat batik yang
mahir. Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan sodium
silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan kepada kain untuk menghilangkan sodium silikit
tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin. Akhir sekali, kain di
cuci dan dibilas di dalam air bersih sebelun ia dikeringkan. Sesungguhnya, walaupun proses membuat
batik agak lama dan rumit, tetapi harga yang ditawarkan kepada pembeli sememangnya amat
berpatutan dengan hasil kerja pembuat-pembuat batik. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik
yang dihasilkan di sini. Antaranya ialah;

a. Batik Blok
P a g e 5 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang digunakan
diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai bagi mengecap
kain yang dikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang digunakan terdiri daripada kain kapas, kain
sutera dan organza yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar
negara. Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.
b. Batik Canting
Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang tinggi untuk
menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregang pada
menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas
lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitian
dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Reka
corak dan warna yang indah bukan sahaja menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut
dijadikan sebagai alat perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan
untuk batik canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.
c. Batik Skrin
Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan teknik lakaran
corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di atas
pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping
pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang boleh
disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses
penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna sehelai kain batik.

3.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Batik Melayu


Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran yang tinggi
perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah lalu
diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif selalunya
adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna, benda buatan
manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu yang terkenal
dengan penghasilan batik yang halus dan ekslusif, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan
hidupan alam seperti tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut
P a g e 6 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


seperti motif isen yang terdiri daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain lagi. Mereka
menjadikan objek sekeliling sebagai motif yang digubah indah dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi. Orang-orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekeliling mereka itu
mempunyai keistimewaan dan menggubahkan serta menjadikan ia sebagai motif yang tersirat di
dalam batik yang dihasilkan. Contohnya sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam
batik. Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak di dapati di
kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik.

Namun begitu, tidak semua motif yang digunakan oleh pengusaha batik di negara kita. Ini kerana
para pengusaha batik di sini adalah kebanyakannya Melayu yang beragama Islam, maka motif-motif
yang dipilih adalah tidak bercanggah dengan agama dan lebih berkonsepkan Islamik. Dalam Islam
juga sendiri menggalakkan kesenian kepada manusia sejagat dalam menunjukkan penghargaan dan
rasa syukur kepada Tuhan yang esa. AlGhazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan
satu penghasilan dari jiwa yang jujur & tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia
ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya kepada diri manusia.
Budaya Melayu itu sendiri, lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan
dalam menghasilkan seni berlandaskan kepada seni yang dituntut oleh Islam.

Jika di Indonesia atau kepulauan Jawa, mereka menghasilkan batik tanpa mengira motif subjek.
Ini kerana pengaruh agama seperti Hindu telah meresapi budaya di sana. Jadi terhasillah motif fauna
seperti kuda, harimau, ular, naga dan sebagainya, malahan motif figura seperti manusia juga
dipersembahkan sebagai karya seni batik yang digemari di sana. Ini adalah bercanggah dengan
konsep seni Islam yang kita amalkan yang mana unsur benda hidup seperti haiwan dan figura
manusia tidak digalakkan kerana dikhuatiri menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh
sesetengah pihak.

Dalam Islam itu sendiri melalui para ulama Islam, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu
Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal, menyatakan bahawa membuat
P a g e 7 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


gambar atau mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan adalah dilarang sama sekali kerana
menurut hadith Rasulullah, ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu
dihasilkan untuk tujuan penyembahan agama lain ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan
Allah SWT. Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al Maliki pula, para ulama menyatakan bahawa
melukis objek ini dibenarkan walaupun makruh.

Pada pendapat penulis adalah lebih baik kita mengelakkan dari melakukan sesuatu yang
bercanggah agama kerana itu akan mendatang keburukan daripada kebaikan. Berbalik kepada motif
yang dihasilkan dalam budaya Melayu bercirikan Islam, motif flora sering menjadi pilihan seperti
dalam batik ela motif bunga, kudup, putik ranting dan pucuk digunakan secara tunggal atau bertabur
disusun indah seolah-olah pembuat batik ingin menterjemahkan perasaannya yang mengagumi
ciptaan Tuhan dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan. Unsur geometri juga menjadi
pilihan yang menarik dan mempunyai keistimewaan sendiri dan sering dijadikan kaki kain atau gigi.
Kadang-kadang, garis-garis lurus yang direka dan disusun menjadi motif seperti cengkerang, siput,
kisi-kisi dan lain-lain lagi. Gambar pada rajah 1 adalah salah satu contoh batik canting yang dibeli
oleh penulis daripada seorang teman di Terengganu.

3.2 Analisis Mengenai Contoh Batik Lukis Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

P a g e 8 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional

Rajah 1
Kain batik canting atau batik lukis keluaran Batik Eksklusif Terengganu

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan
geometri. Bunga dan daun disusun indah secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis,akar
kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Penulis berpendapat,
susunan motif ini menterjemahkan imaginasi pembuat batik melalui motif-motif yang dipilih untuk
menggambarkan bahawa betapa indahnya objek ciptaan Allah. Pembuat batik mungkin melihat objekobjek tersebut di sekitar rumah mereka. Contohnya bungaan dan dedaunan,akar serta corak pakupakis. Warna-warna harmoni digunakan adalah merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan
warna hitam yang menarik mata memandang. Dari konsep sains pula, tumbuhan memberi banyak
faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk keperluan pernafasan setiap makluk
yang hidup di muka bumi ini serta ia dapat mengindahkan rumah kediaman atau baik untuk
penglihatan manusia dan memberi ketenangan pada jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang
dituntut dalam Islam.

P a g e 9 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional

4.0 Seni Ukiran Melayu


Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu yang mengagumkan.
Ukiran ini kerap kita lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam,
rumah kediaman, kepala sampan, perabot rumah dan barangan hiasan dan keperluan harian seperti
bingkai jam, bingkai cermin, bingkai gambar, katil dan sebagainya.
Namun di Malaysia, ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu malahan, suku kaum di
Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama,
tetapi motif yang dipilih mungkin agak berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan,
contohnya kayu menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, carving tool(Khairuddin Talib:
2011).
Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan
tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu
yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika
itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan
seperti istana dan rumah kediaman.
Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan
menghidupkan suasana seni ukiran. yang kini menjadi peninggalan yang amat berharga. Tambahan
pula, kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa AlQuran sebagai pegangan menjadi sumber
motif ukiran bercirikan Islam contohnya kaligrafi. Seni ukiran di Malaysia juga antara seni kraf yang
terkenal di dunia mungkin kerana keadaan alam semula jadi yang kaya dengan kayu-kayan yang
digunakan sebagai bahan binaan, alat perahu, senjata, dan hiasan.
4.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Ukiran Melayu
Terdapat pelbagai motif yang dipilih untuk menghasilkan ukiran ialah terdiri daripada motif
flora, motif fauna, Arabes, motif angkasa atau kosmos, motif geometri dan motif seni khat atau
kaligrafi yang menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek
disekeliling mereka seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang
P a g e 10 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


terdiri daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat
Al Quran. Kebanyakannya melambangkan budaya Melayu itu sendiri yang bernaungkan agama
Islam.
Dikebanyakan rumah Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat pada ambang
pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti rehal. Di masjid atau
surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al Quran di ukir di kayu dan diletakkan di dinding serta ukiran
motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di bawah adalah contoh-contoh ukiran yang
telah diambil untuk kita analisis bagaimana idea motif itu digarap dan ditafsirkan dan pengaruh
apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.

4.2 Analisis Mengenai Contoh Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Ukiran 1
Foto ini diambil daripada: http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea
Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes yang
menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang di situ.
Corak disusun dengan indah dan teratur menunjukkan bahawa motif yang dipilih menggambarkan
bahawa pengukir cuba melihat dunia ciptaan Allah yang luas ini dan menterjemahkannya dengan cara
tersendiri.

P a g e 11 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


Di sini juga kita boleh menafsirkan bahawa pengukir sebenarnya menghayati kebesaran Ilahi
dan mengagumi bahawa setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai fungsi tersendiri. Konsep
penting dalam penghasilan seni ukiran yang bercirikan Islam kerana ia mewujudkan perasaan tenang,
aman dan damai di hati dan merendah diri pada Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan
bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukiran Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002).

Dalam seni ukiran Islam, pengukir perlulah mengikut syariat agama seperti tidak
menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia atau makhluk bernyawa. Ini adalah untuk
mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi seperti unsur-unsur, penyembahan, pemujaan dan
mengagung-agungkan benda buatan manusia. Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah
bergabung dengan motif-motif kaligrafi dan arabes supaya tidak timbul ciri-ciri motif yang melampau
dan dilarang dalam Islam. Selain itu, seni ukiran tradisional Melayu yang bercirikan Islam seharusnya
dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan kehalusan budi
sesuatu kaum ( Norashikin Mhd Bani,2002)

Contoh Ukiran 2
Foto diambil daripada blog: http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yangterbiar-old-and.html

Di atas adalah foto ukiran jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak
bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni khat adalah
P a g e 12 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid, surau, sekolah
agama, dan segelintir rumah orang Melayu Islam. Seni khat ini berasal dari Negara-negara Timur
Tengah.Wujudnya ukiran seperti ini adalah memberi kesan keindahan yang mendekatkan diri manusia
kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin dengan keindahan ayatayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia
(Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya Melayu sendiri juga mengajar anak-anak agar mencintai
ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemaikan jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada agama
Islam.
5.0 Seni Tenunan Songket Melayu
Tenunan juga adalah salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di kalangan
kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi sejak
dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan
yang indah dan menarik hati sesiapa yang memandang. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah
melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagangpedagang ke Tanah Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan
tempatan terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu.
Pada zaman dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan
seseorang. Sebagai contoh songket yang ditenun menggunakan benang sutera halus dan benang emas
dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan
menggunakan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa dalam majlis-majlis
tertentu.

5.1 Garapan Idea Motif dan Corak Dalam Tenunan Songket Melayu
Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung,
Bunga Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain lagi. Selain itu motif
daripada haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga
menjadi sumber inspirasi para penenun menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah
P a g e 13 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research
Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain
songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Beliau juga menyatakan penenun-penenun
tradisional biasanya tinggal di persekitaran suasana kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam
jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh.
Mereka sangat kreatif dan mempunyai pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat.
Hasilnya kebanyakan motif songket adalah nama-nama daripada pokok, bunga, burung dan
ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan
tepung talam(Dr. Norwani Md Nawawi: Utusan Online). Sesungguhya tidak pernah terfikir oleh kita
bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati seni yang dihasilkan oleh
mereka terhasil dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari alam
semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi tenunan hebat yang tidak
ternilai.
Setiap karya yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi dan memikat hati sesipa
sahaja yang memandang. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya tidak lari daripada bercirikan Islam,
yang mana secara tersiratnya, melalui motif-motif tersebut, penenun ingin menyampaikan perasaan
mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekaguman dengan setiap apa yang diciptakan Allah di dunia
ini. Dan setiap apa yang diciptakan olehNya itu tidak pernah sia-sia.
Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang menemukan keindahan
bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan kasih sayang antara seorang hamba
kepada penciptaNya. Di bawah adalah salah satu contoh hasil tenunan songket yang akan di analisis
mengenai keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dengan budaya Melayu itu sendiri.

5.2 Analisis Mengenai Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

P a g e 14 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional

Contoh Tenunan

Songket yang diambil dari blog:

http://seni-

art.blogspot.com/2010/01/seni-tenunsongket-melayu-pekanbaru.html

Tenunan songket pada gambar tersebut merupakan kain samping songket yang menggunakan
motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam
kesenian Islam kerana ia lahir dalam satu budaya dan tamadun yang masyarakat awalnya mahir
dalam pelbagai ilmu matematik, logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi
sumber nilai-nilai estetika.
Padanan motif geometri dan bunga tersebut sangat indah disusun. Sebenarnya pemilihan bentukbentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan
menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan. Selain
itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan bermotifkan
tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi. Penenun juga
menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata malah ia penuh dengan makna
tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna pakai dalam keseniaan Islam kerana selain bentuk,
idea merupakan aspek penting yg perlu dipertimbangkan dalam penjelmaan pelbagai motif
arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun Melayu Islam dalam percubaan dan
usaha mereka menggali daripada al Quran dan Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum)

6.0 Seni Anyaman Melayu

P a g e 15 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.
Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya telah banyak dihasilkan
khususnya penduduk di kampung-kampung. Terdapat beberapa jenis anyaman kaum Melayu seperti, anyaman
kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi,
rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan
melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji,
bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Anyaman berkembang sejak dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu
menganyam daunan, tali rotan, untuk menghasilkan barang keperluan hidup seperti tikar, bakul, tempat buaian,
dan kini anyaman sudah dikomersilkan dengan penghasilan barangan menarik seperti hiasan dinding, bekas
duit, bekas tisu, alas pinggan, kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini
dikatakan dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama.
Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional malahan reka bentuk baru dari segi
rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut citarasa pengguna.
6.1 Garapan Idea Motif dan Corak dalam Anyaman Melayu.
Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang
sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu, corak yang
dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama penyedap bicara orang
zaman dahulu sahaja.
Contohnya kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah ketapang, kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing,
kelarai Mata Ketitir adalah sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai ini cukup indah
dan menarik dipandang mata. Kelarai daripada tumbuhan pula terdiri daripada Kelarai Tampuk Manggis,
Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain. Begitu hebat orang zaman dahulu yang
berpandukan alam sekeliling untuk dijadikan sumber inspirasi lalu dijelmakan dengan pelbagai corak yang
mempunyai makna tersendiri . Lihat Rajah 2.

P a g e 16 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional

Rajah 2
Dipetik dari Blog; http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

6.2 Analisis Mengenai Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Foto dipetik dari Blog Work of Art: http://intan-hmd.blogspot.com/


Anyaman di atas

bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah

berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak
digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan
indah. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah
mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam
penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri.

P a g e 17 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana
sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasil anyaman
selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan
unsur yang bercanggah dengan syariat agama.

Kesimpulan
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan
daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai pelbagai
jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai hubungan yang
erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses penggarapan idea bagi
setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf mempunyai motif dan corak
dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun
begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak
digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam
Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu
elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira
mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan
geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah
diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya
penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar
kehidupan mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai
bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang
difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini,
bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsurunsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.

P a g e 18 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


Rujukan
Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Anyaman
http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

Batik
http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95

Contoh Ukiran Kayu Melayu


http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Contoh Kelarai
http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam


http://pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambarmenurut-pandangan-islam-&catid=7:ilmiah&Itemid=69
Hukum Melukis Objek dan Binatang
http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-gambar.html
Motif Songket Bercirikan Orang Melayu
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive
P a g e 19 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional


Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.
http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html
Seni Lama Melayu
http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-and.html
Tenunan Songket
http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html
Ukiran Kayu Tradisional
http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

P a g e 20 | 21

HBAE3103- Kraf Tradisional

P a g e 21 | 21

Anda mungkin juga menyukai