Anda di halaman 1dari 9

Cerita Lelaki Sekolah Rendah

HIJRAH RASULULLAH S.A.W


Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana ,
guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang
bertajuk HIJRAH RASULULLAH S.A.W
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,

Nasyid

Hijrah itu persaudaraan,


Hijrah membentuk perpaduan.

Kaum muslimin Mekah mendapat tentangan dan penyeksaan yang maha


hebat dari kaum kafir Quraisy Mekah.Mereka disiksa dan ada yang dibunuh kerana
Islam. Oleh kerana keadaan yang begitu mencabar, mereka diarahkan oleh
Rasulullah supaya berhijrah ke Madinah atas perintah Allah. Lalu, berhijrahlah
muslimin Mekah ke Madinah.
Sabda Rasulullah s.a.w " Allah telah mengizinkan berhijrah dan meninggalkan
Mekah "
Pada waktu itu, Rasulullah masih lagi berada di Mekah menunggu perintah Allah
supaya berhijrah bersama-sama beberapa orang sahabat baginda iaitu Saidina Ali
dan Saidina Abu Bakar . Saidina Abu Bakar sentiasa meminta izin untuk berhijrah
terlebih dahulu daripada baginda tetapi dilarang oleh baginda kerana Allah telah
memilihnya untuk menjadi peneman kepada Baginda .
Disini dapat kita
lihat bahawa Rasulullah tidak berhijrah selagi belum mendapat izin dari Allah.
Kebanyakan kita hari ini kurang mengamalkan kebiasaan meminta izin terlebih
dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh sebab itulah banyak berlaku
perkara-perkara yang meruntuhkan akhlak dan moral di kalangan remaja.Jadi, kita
sebagai anak dan pelajar perlu mengamalkan amalan meminta izin dan restu dari
ibu bapa dan guru-guru sebelum melakukan sesuatu agar segala perbuatan kita itu
mendapat restu dan rahmat serta keberkatan Allah.
Rakan-rakan sekalian,
Hijrah bukanlah suatu perkara yang berlaku secara tidak sengaja tetapi
segala-galanya telah dirancang dan ditentukan oleh Allah.

dikeheningan malam yang sunyi


Engkau tertatih melangkah
Bersama Sahabat setiaMu Abu Bakar
Engkau Berjalan Mencari Perlindungan ALLAH
Dari kejaran Kafir Quraisy

Ya Nabiyallah
Ya Rasullallah
Ya Habiballah
Antaranay pada malam sebelum baginda bertolak. Baginda tahu orang kafir
Quraisy mengepung rumah baginda dan baginda telah memerintahkan Saidina Ali
tidur ditempat baginda. Waktu itu Allah telah menghalang pandangan Musyrikin
yang mengepung baginda dan baginda dapat melepaskan diri. Dari Meekah Engkau
berjalan ke Maddinah.
Bersembunyi di Gua Tsur
Demi memperjuangkan Islam
Dan Mendakwahkan Agama ALLAH

Maka dengan perancangan yang teliti disertakan dengan pertolongan dari Allah,
terselamatlah baginda dari ancaman kaum musyrikin Quraisy seperti firman Allah
dalam surah Al-Anfaal ayat 30 yang berbunyi :

Ertinya : . mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.
dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.
Begitulah dengan kita hari ini, membuat perancangan yang teliti sebelum
melakukan sesuatu perkara akan menjamin keputusan yang baik seperti yang
diingini . Contohnya, peperiksaan UPSR yang hampir tiba , kita seharusnya
merancang cara-cara untuk belajar dan mengulangkaji dengan baik maka hasilnya
nanti akan mendapat keputusan yang cemerlang.
Hadirin sekalian,

Baginda meneruskan perjalanan ke Madinah setelah bersembunyi di Gua


Thur selama 3 hari. Sebelum tiba di Madinah baginda bersama Saidina Abu Bakar
singgah di Quba dan berhenti rehat di tempat Bani Amr bin Auf selama 10 hari .
Baginda sempat mendirikan sebuah masjid di Quba dan ia merupakan masjid
pertama dalam sejarah Islam dan dinamakan sebagai Masjid Quba' .
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 108:

Ertinya : Janganlah kamu bersembahyang dalam masjid itu selama-lamanya.


Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (masjid Quba), sejak hari
pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya.

Setelah 10 hari berada di Quba', baginda meneruskan perjalanan menuju ke


Madinah. Setelah mengetahui berita kedatangan Rasulullah maka penduduk
Madinah bersiap sedia menyambut ketibaan baginda. Apabila tiba di Madinah,
baginda disambut dengan penuh kegembiraan . Mereka mengucapkan ALLAHU
AKBAR , ALLAHU AKBAR RASULULLAH TELAH TIBA dan menyanyi kegembiraan

. Setiap keluarga mahu Rasulullah singgah di rumah mereka tapi akhirnya unta
Rasulullah berhenti di tempat jemuran kurma dihadapan rumah Abu Ayub AlAnshari dan jemuran itu kepunyaan dua anak yatim.Baginda terus membeli tanah
tersebut dari wali kedua anak yatim tersebut dan mendirikan masjid di atas tanah
tersebut dan dikenali sebagai Masjid Nabawi. Begitulah kawan-kawan, Walau di
mana jua baginda berada , pasti baginda akan mendirikan masjid sebagai tempat
untuk baginda menyebarkan islam. Baginda sentiasa meletakkan Islam pada
martabat yang tinggi. Berbeza dengan kita pada hari ini, walaupun masjid terbina
dengan banyaknya, masih ada yang lupa pada ajaran Islam bahkan ada yang
langsung tidak mengamalkan ajaran islam. Sebab itulah banyak berlaku perkaraperkara seperti zina, judi, bunuh membunuh dan sebagainya.Jadi, sebagai umat
Islam kita tidak seharusnya menjadikan ajaran Islam sebagai perkara yang tidak
penting tetapi kita harus meletakkan Islam sebagai asas perkara yang paling
penting dan utama dalam kehidupan kita.
Setelah sampai di Madinah, baginda memulakan dakwah dan
mengambil beberapa langkah positif untuk menyatukan mereka.

Tanpa rasa lelah


Engkau Memperjuangkan Agama ALLAH
Tanpa Rasa Takut Nyamu Enyah
Engkau Tetap Berdakwah
Demi Menyempurnakan Akhlaq Manusia
Perkara utama ialah dengan mempersaudarakan kaum Muhajirin dengan Ansar.
Baginda bersabda :
Ertinya : Bersaudaralah kamu sekalian di jalan Allah seperti saudara kandung
Allah juga dengan jelas memuji kaum Ansar dan kaum Muhajirin atas penyatuan
yang dijalinkan dengan cinta kasih sesamanya
Rasulullah membina persaudaraan atas dasar agama. Baginda mengatur
kedudukan kaum Muhajirin yang fakir kerana mereka memerlukan pembinaan
dengan penuh perhatian dan ditanamkan dalam hati mereka berdasarkan peringkat
saling mempercayai antara satu sama lain.kemudian baginda juga membuat
penyatuan dengan kaum Yahudi atas dasar yang tertulis antara Muhajirin dengan
ansar

Engkau Bawa kami


dari Jiwa yang Gelap
Ke Jiwa yang Terang
Engkau Tunjukan kami jalan Keselamatan
Jalan Kebenaran
Engkau Sempurnakan akhlaqul Mazmumah...
Menjadi Akhlaqul Karimah

Ya Nabiyallah
Ya Rasullallah
Ya Habiballah
Ya Rahmatan Lil Alamin

Berbeza keadaannya dengan kita pada hari ini yang seolah-olah melupakan
soal persaudaraan. Dengan saudara sendiri adakalanya tidak mengenali antara satu
sama lain apatah lagi dengan saudara seagama. Semuanya melakukan hal-hal
masing-masing. Jika kita mengambil tahu hal orang lain kita akan dianggap sebagai
menjaga tepi kain orang. Oleh kerana sikap beginilah maka wujudnya sikap
pentingkan diri sendiri dan perkauman. Jadi sebagai umat islam kita mestilah
sentiasa hormat menghormati dan tolong menolong serta kasih mengasihi antara
satu sama lain supaya wujud satu masyarakat yang aman dan harmoni.
Marilah kita berhijrah,
Dari Mazmumah ke Mahmudah,
membentuk perpaduan umah,
seperti mana yang Allah S.W.T. Perintah,
Kisah Hijrah ini penuh pengajaran,
walaupun kini tinggal kenangan,
menandakan satu kemenangan,
umat Islam yang berpanjangan..
Berakhirlah kisah saya pada kali ini . Sekian wa billahi tawfiq wal hidayah
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Teks cerita lelaki sekolah rendah


Assalamualaikum pembuka bicara,
Terima kasih pengerusi acara,
Barisan hakim yang bijaksana
Guru-guru dan rakan semua mari dengar cerita

.Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk unta mukjizat.

Tersebutlah kisah, suatu cerita,


Buat pedoman kita bersama,
Nabi Saleh dan unta betinanya,
Dibunuh Thamud kaum yang derhaka.
Begini kisahnya kawan-kawan....
Kaum Thamud ini telah diceritakan seperti dalam firman Allah, surah Al-Hijr ayat 82

Yang bermaksud :Dan adalah mereka memahat gunung untuk membuat rumahrumah mereka berkeadaan aman di dalamnya
Mereka juga hidup dengan berkebun dan membuat berhala. Mereka hidup dengan
menyembah berhala. Ada yang kaya-raya dan ada yang hidup miskin sebagai
hamba. Lazimnya, yang miskin hina itu hidupnya selalu ditindas. Kawan-kawan,
kita janganlah bersikap sedemikian. Kerana rezeki yang kita ada pada hari ini
adalah datang daripada Allah SWT. Janganlah kita menjadi orang yang tamak dan
kedekut.
Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang;
Orang tamak selalu rugi,
Bagai anjing dengan bayang-bayang
Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Kaum Tsamud ini tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan mereka adalah
berhala-berhala yang mereka sembah dan puja. Allah Yang Maha Pengasih dan
Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam
kegelapan terus-menerus tanpa diutuskan nabi pesuruh untuk memberi penerangan
dan memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Maka Nabi
Salih alaihisalam diutuskan kepada mereka dan berdakwah mengajak kembali
kepada Allah. Nabi Salih menyeru kaumnya seperti dalam surah Hud ayat 61 :

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata:
"Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu

selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta
menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari
perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan
hambaNya".
Nabi Salih meminta mereka bertakwa kepada Allah, menasihati mereka supaya
tidak menyembah patung berhala kerana ia perbuatan terkutuk dan menyekutukan
Allah. Mereka berdegil dan membelakangkan Nabi Salih. Mereka terus dengan
perbuatan menyesatkan itu. Sedangkan kesenangan mereka nikmati dengan
limpahan harta, kebun dan tanah yang subur, semuanya datang daripada kurniaan
Allah. Disebabkan dikelilingi keselesaan dan kesenangan, mereka menjadi alpa.
Mereka lupa semua kurniaan Allah, lupa untuk bersyukur dan lupa untuk beribadat
kepada Tuhan yang satu. Jenuh Nabi Saleh menasihati mereka, tetapi tidak
dipedulikan.
Nabi Saleh mengingatkan mereka
apabila tetap menyembah berhala
tidak terampuni lagi dosa-dosanya
tapi kaum Tsamud suka mendusta
meminta bukti akan kerasulannya.
Demi dakwah, Nabi Salih bermunajat kepada Allah. Dengan mukjizatnya, tiba-tiba,
keluarlah dari celah-celah batuan bukit seekor unta yang besar lagi cantik.
Dan wahai kaumku! Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda
(mukjizat) yang membuktikan kebenaranku. Oleh itu, biarkanlah dia mencari makan
di bumi Allah dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang
menyakitinya, (kalau kamu menyakitinya) maka kamu akan ditimpa azab seksa
yang dekat masa datangnya".
Kecantikkan sang unta itu menggambarkan kesempurnaan ciptaan Allah. Siapa
yang tidak terkejut dengan kejadian itu kawan-kawan.Tetapi segelintir sahaja
dikalangan mereka yang mempercayai Nabi Salih alaihisalam. Yang lain tetap
dengan kekufuran mereka.
Nabi Salih memberitahu mereka supaya menjaga unta itu dengan baik. Unta betina
Allah itu tidak pernah kering susunya sekalipun ramai yang memerah dan
meminumnya. Orang yang beriman amat menyayanginya. Nabi Salih
mengingatkan kaum Thamud agar jangan mengganggu unta betina itu dan
membiarkan ia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah.
Hadirin dewan yang saya hormati,

Peristiwa tersebut sangat mencemaskan para pemuka masyarakat Tsamud. Hal itu
tidak boleh dibiarkan. Unta itu jadi perlambang kemenangan Nabi Shaleh AS, maka
itu harus segera dilenyapkan Unta Allah ini mempunyai giliran untuk mendapatkan
air minum dan ternakan kaum Thamud juga mempunyai giliran untuk mendapatkan
minum. Nabi Salih mengingatkan mereka jika janji tidak di kotakan bahawa Allah
akan menurunkan azab-Nya. Nasihat Nabi Saleh tidak dipatuhi. Mata hati mereka
buta, tidak mengenal antara nasihat, kebaikan dan ancaman bahaya. Mereka
menyangka diri mereka lebih hebat dari segalanya.
Justeru, mereka mengambil sikap lebih melampau, menyembelih unta betina
itudengan cara yang sungguh angkuh terhadap perintah Allah. Mereka kemudian
mencabar Nabi Saleh:
"Hai Saleh, datangkanlah apa yangkamu ancamkan kepada kami, jika benar kamu
termasuk orang-orang yangdiutuskan (Allah)." (Surah al-Araf ayat 77)
Nabi Saleh memberikan amaran kepada mereka, dengan berkata:"Bersukarialah
kamu sekalian di rumah kamu selama tiga hari. Janji itu tidak didustakan."Janji Allah
tidak pernah dimungkiri. Setiap yang dijanjikan-Nya dikotakan,mengikut kehendakNya. Kawan-kawan,Diceritakan ahli tafsir, pada hari pertama, wajah mereka
menjadi kuning, harikedua menjadi merah, manakala hari ketiga menjadi hitam.
Pada hari ketiga iaitu hari terakhir dengan terbit matahari, dari langit dating
teriakan kepada mereka manakala di bawah mereka bergoncang dengan kuat.
Gempa bumi berguncang mengerikan
disertai badai halilintar menakutkan
bebatuan pun turun menjadi hujan
kaum Tsamud rebah berguguran
tak satu pun mereka terselamatkan.
Itulah tanda kemurkaan.
Nabi Salih dan orang-orang yang beriman dengannya terselamat daripada azab
terbabit. Mereka dapati mayat mereka yang ingkar bergelimpangan di sana sini.
Subhanallah! Allah telah memberi kemenangan kepada orang yang beriman dan
membinasakan orang-orang yang ingkar dengan perintah-Nya.
Ingatlah hadirin sekalian, tsunami, taufan, gempa bumi dan segala bencana
alamyang berlaku pada hari ini adalah bukti kekuasaan Allah. Janganlah kita lalai
dengan tanggungjawab kita dimuka bumi ini sebagai khalifah Allah. Kita hendaklah
yakin akan azab Allah dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi.
Pengajaran Dari Kisah Nabi Salleh a.s.

Pengajaran yang menonjol yang dapat dipetik dari kisah Nabi Saleh ini ialah
Bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga
masyarakat dapat berakibat negatif yang membinasakan masyarakat itu
seluruhnya.
Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur dan bahkan tersapu bersih
dari atas bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh
beberapa gelintir orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S.
Bersikap pasif acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di
depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap
perbuatan mungkar itu.

WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikumW.B.T. Ilal liqo wa maas


salamah.

Anda mungkin juga menyukai