Anda di halaman 1dari 35

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

Bahagian A
1. Huraikan pelaksanaan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad
ke 19 dan bezakan antara Adat Pepatih dengan Adat Temenggung.
A. Pengenalan (3/2 M)
1. Hukum adat merupakan amalan tradisi yang merangkumi peraturan hidup serta
diwarisi secara turun-temurun yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Melayu.
2. Pada awalnya, ia hanyalah sebagai rutin harian dan seterusnya menjadi satu kebiasaan
dan akhirnya berubah menjadi peraturan yang harus dipatuhi.
3. Hukum adat tergolong dalam kategori undang-undang lisan iaitu undang-undang atau
hukum yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain tanpa ditulis atau dibukukan
sebaliknya dihafal oleh Ketua Adat.
B. Isi
1. Pelaksanaan Hukum Adat (4 M)
-

Hukum adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang diwarisi sejak
turun-temurun.
Masyarakat Melayu sangat kuat berpegang kepada hukum adat sehingga lahirnya
pepatah biar mati anak, jangan mati adat.
Hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu mempunyai pengaruh
keagamaan yang sangat jelas, misalnya pengaruh Hindu-Buddha dan pengaruh
Islam.
Antara hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah berdasarkan
kepada Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
Adat Pepatih merupakan amalan masyarakat Melayu keturunan Minangkabau.
Adat Temenggung mula dikesan sejak zaman Melaka dan diamalkan oleh
masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning.
Adat khusus merupakan amalan yang diamalkan dalam sesuatu majlis atau upacara
tertentu seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat perkahwinan, adat
pertabalan raja dan sebagainya.

2. Perbezaan Adat Pepatih dengan Adat Temenggung ( 16 M )


-

Adat Pepatih disusun oleh Dato Pepatih Nan Sebatang dari pagar Ruyung,
sementara Adat Temenggung disusun oleh Dato Ketemenggungan yang menjadi
pemerintah di Palembang.

Adat Pepatih diamalkan khusus oleh orang Melayu keturunan Minangkabau dan
boleh dilihat di beberapa kawasan terutamanya di Negeri Sembilan dan Naning.
Sementara itu, Adat Temenggung diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri
Sembilan dan Naning.

Dalam sistem pemerintahan, Adat Pepatih mementingkan prinsip demokrasi iaitu


kuasa pemerintahan tidak berada di tangan seorang sahaja dan kerjasama di dalam
masyarakat keseluruhannya. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak di mana

1
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


ketua pelbagai peringkat dipilih dari peringkat bawah ke atas. Contohnya, anak buah
memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang
memilih Yamtuan Besar. Sementara itu, Adat Temenggung lebih mengutamakan
kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Mengikut Adat Temenggung, raja
adalah pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak atau autokratik. Tempat baginda
akan diwarisi oleh putera sulung atau adik lelaki selepas kemangkatan baginda. Raja
mempunyai kuasa melantik pembesar untuk membantu mengendalikan tugas
baginda.
-

Dalam sistem kekeluargaan, Adat Pepatih mementingkan pihak sebelah perempuan.


Hal ini dapat dilihat dalam soal pembahagian harta dan jurai keturunan yang merujuk
kepada golongan sebelah perempuan. Perempuan menjadi ketua keluarga dan
harta pusaka akan diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan. Suami
dikehendaki tinggal bersama keluarga isterinya. Perkahwinan sesama suku adalah
dilarang. Sementara itu, Adat Temenggung pula mementingkan pihak sebelah lelaki
dalam soal pembahagian harta, pemegang kuasa dan lain-lain. Gelaran dan pangkat
akan disalurkan daripada ayah kepada anak lelaki. Lelaki menjadi ketua dan
keturunan keluarga. Dalam soal perkahwinan, isteri dikehendaki tinggal bersama
dengan keluarga lelaki. Dalam Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan selagi
tidak melanggar hukum syarak.

Pembahagian harta mengikut Adat Pepatih, harta daripada sesebuah keluarga akan
diwarisi oleh anak perempuan sahaja. Tanah hanya dimiliki oleh anak perempuan.
Harta akan diwarisi oleh ibu kepada anak perempuan. Harta pusaka turun-temurun
adalah milik suku. Sementara itu, dalam Adat Temenggung, pewarisan harta pusaka
lebih kepada mengikut hukum syarak. Di dalam hukum syarak, harta yang diwarisi
oleh anak lelaki lebih banyak daripada harta yang diwarisi oleh anak perempuan.

Dari segi jenayah, hukuman yang dilaksanakan oleh Adat Pepatih adalah bersifat
timbang rasa dan perikemanusiaan. Undang-undang jenayah berunsur pemulihan
atau memperbaiki keadaan dan berdasarkan kerjasama serta jalinan kekeluargaan
yang rapat. Adat Pepatih percaya bahawa orang yang melakukan jenayah boleh
memperbaiki perangainya dan pulih menjadi seorang yang baik. Sementara undangundang jenayah Adat Temenggung sangat ketat dan keras serta berpegang kepada
prinsip pembalasan. Undang-undangnya bertujuan untuk menghukum.

Adat Pepatih tidak dipengaruhi oleh unsur pengaruh luar. Sementara itu, Adat
Temenggung mempunyai unsur pengaruh agama Hindu-Buddha dan kemudiannya
agama Islam.

C. Kesimpulan ( 2/3 M)
1. Perbezaan antara kelas pemerintah dengan kelas diperintah adalah ditandai dengan
aturan-aturan tertentu. Perkahwinan antara dua kelas ini adalah dilarang dan hampir
mustahil dalam masyarakat Melayu.
2. Kedatangan kuasa Barat telah mengubah pelaksanaan undang-undang tradisional
masyarakat Melayu . Namun terdapat adat-adat lama yang masih wujud hingga kini.

2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


2. Huraikan kesan-kesan sosial dan ekonomi di Tanah Melayu akibat perkembangan
ekonomi komersil selepas campur tangan British dari pertengahan abad ke-19
hingga awal abad ke-20.
A. Pengenalan
(3/2 M)
1. Ekonomi komersil di Tanah Melayu telah berkembang pesat selepas campur tangan
British tahun 1874. Ini terutama dalam perusahaan bijih timah dan tanaman dagangan
seperti getah.
2. Terdapat banyak perubahan terhadap peluang pekerjaan, kemudahan infrastruktur,
teknologi dan perbandaran.
3. Kesannya sosioekonomi Tanah Melayu telah berkembang maju.
B. Isi-isi
Sosial (10 M)
1. Pertambahan penduduk
a. Kestabilan politik telah membawa perkembangan pesat ekonomi dan kemajuan ini
menyebabkan berlaku pertambahan penduduk kerana kemasukan orang Cina dan
India.
b. Orang Cina dan India telah dibawa masuk ke Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di
sektor perlombongan dan perusahaan getah.
2. Masyarakat Majmuk
a. Kemasukan orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi
penduduk dan membentuk masyarakat majmuk.
b. Perpaduan sukar dicapai melalui Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh
British.
c. Pola penempatan penduduk mengikut kaum iaitu orang Melayu tinggal di kampung,
orang Cina di bandar atau kawasan perlombongan dan orang India di ladang-ladang.
3. Sistem pendidikan vernakular
a. Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan mengikut kaum telah berkembang
selaras dengan perkembangan ekonomi komersil.
b. Terdapat empat aliran pendidikan di Tanah Melayu iaitu pendidikan Melayu, Cina, Tamil
dan Inggeris. Bahasa pengantar di sekolah-sekolah menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Guru dan buku teks dibawa dari negara asal. Keadaan ini menjurus
kepada meluasnya jurang perbezaan antara kaum di negeri-negeri Melayu dan sukar
membentuk perpaduan.
4. Sistem perhubungan
a. British telah membina dan membangunkan sistem perhubungan moden iaitu jalan
keretapi dan jalan raya. Tujuannya untuk kemudahan pengangkutan dan pemasaran
hasil ekonomi dari kawasan pengeluaran ke Pelabuhan.
b. Pada tahun 1885, Hugh Low telah membina jalan keretapi yang pertama di Perak iaitu
menghubungkan Taiping ke Port Weld sejauh 12.8 km. Tahun 1889, jalan keretapi

3
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


dibina antara Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Pada tahun 1904 semua kawasan
perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan mempunyai
perkhidmatan keretapi.
c. Jalan raya juga telah dibina menghubungkan bandar-bandar di negeri-negeri Melayu.
Pembinaannya untuk kepentingan ekonomi British selaras dengan perkembangan
ekonomi komersil terutama getah dan bijih timah.
5. Kemudahan kesihatan dan bandar baru
a. Pertambahan penduduk menyebabkan wabak penyakit mulai merebak disebabkan
keadaan tempat tinggal dan tempat kerja yang kotor.
b. Antara penyakit berjangkit seperti malaria, taun, beri-beri dan batuk kering.
c. Untuk mengatasi masalah ini, British telah mendirikan hospital dan pusat kesihatan kecil
di Bandar dan luar Bandar. Hospital pertama dibina di Taiping dan Kuala Lumpur pada
tahun 1878. Pusat kesihatan kecil telah dibina di Tanjung Malim, Batu Gajah dan Kuala
Kangsar.
d. Perkembangan ekonomi komersil juga telah membentuk bandar-bandar baru seperti
Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Menjelang tahun 1911 terdapat 92 buah bandar
telah muncul hasil perkembangan perusahaan bijih timah dan getah.
Ekonomi
(10 M)
1. Kewujudan sistem ekonomi mengikut kaum.
a. British dan kaum yang berhijrah iaitu orang Cina dan India ke Tanah Melayu telah
terlibat dalam ekonomi komersil.
b. Orang Cina terlibat dalam sektor perlombongan dan perniagaan, orang India pula
terlibat dalam sektor perladangan, buruh pembinaan jalan raya dan keretapi dan
pengawal keselamatan manakala orang Melayu masih kekal dalam kegiatan ekonomi
sara diri.
c. Keadaan ini mewujudkan pemisahan ekonomi mengikut kaum.
2. Perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman dagangan.
a. Pemodal British telah membuka lebih banyak kawasan perlombongan bijih timah seperti
Ampang, Klang, Kuala Lumpur di Selangor dan Lembah Kinta di Perak.
b. Kaedah perlombongan moden iaitu kapal korek telah membolehkan hasil pengeluaran
meningkat secara berganda. Kesannya Tanah Melayu menjadi pengeluar utama dunia.
c. Antara tanaman dagang yang penting ialah getah. British telah menggalakkan
perkembangan penanaman getah di Negeri-negeri Melayu.
d. Usaha-usaha yang dilakukan untuk memperkembangkan tanaman getah seperti
sumbangan H.N. Ridley, perkembangan industri kereta, kejatuhan harga kopi dan
pelaburan modal oleh pelabor Eropah. Kesannya Tanah Melayu menjadi pengeluar
utama getah dunia.
e. Perkembangan perusahaan bijih timah dan tanaman dagang seperti getah telah
mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk Tanah Melayu seperti bidang
pengurusan, pengangkutan dan buruh di lombong dan ladang.

4
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


3. Perkembangan kilang perusahaan
a. Kemunculan perusahaan perkilangan berasaskan bijih timah seperti perusahaan
melebur bijih timah yang diusahakan oleh Strait Trading Company. Syarikat United
Engineers merupakan syarikat perkilangan terawal. Syarikat ini menjalankan operasi
membina peralatan perlombongan seperti kapal korek dan mesin memproses getah.
Antara kilang-kilang yang berasaskan getah telah muncul seperti Kilang kasut Bata dan
kasut Fung Koeng, di Klang dan Kinta Rubber Works di Ipoh.
4. Institusi kewangan dan bank
a. Bank-bank berperanan sebagai memberi pinjaman kepada sektor swasta dan individu
untuk tujuan pelaburan.
b. Antara bank yang ditubuhkan seperti Mercantile Bank (1859), Bank of Malaya (1920),
Bank Hin Lee (1935) dan Malay National Banking Corporation Berhad (1947).
C. Kesimpulan
(3/2M)
1. Pengenalan ekonomi komersil oleh British telah memperkembangkan ekonomi Tanah
Melayu terutama dalam sektor perlombongan bijih timah dan getah. Perkembangan ini
telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Tanah Melayu.
2. Walau bagaimanapun perkembangan ekonomi komersil ini tidak menguntungkan orang
Melayu kerana masih kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional

5
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


3. Bincangkan
penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan pentadbiran Dinasti Brooke pada
abad ke-19.
A. Pengenalan
(3/2 M)
1 Pada abad ke-19 Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) telah mentadbir Sabah
bermula dari tahun 1881. Sepanjang pendudukan dan penguasaan tersebut banyak
perubahan telah dilakukan oleh SBBU.
2 Tindakan itu telah menyebabkan rasa tidak puas hati yang membawa kepada penentangan
dari masyarakat setempat seperti Pangeran Samah, Malingkote dan Mat Salleh.
3 Manakala di Sarawak, penguasaan Dinasti Brooke bermula dari tahun 1842 apabila James
Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak. Sepanjang penguasaan tersebut banyak
pembaharuan telah dilakukan
4 Pembaharuan tersebut telah membangkitkan rasa tidak puas hati penduduk menyebabkan
berlakunya penentangan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Sharif Masyahor, Rentap,
orang-orang Cina dan Banting.
B. Isi Jawapan
1. Gerakan penentangan di Sabah.
(10 M)
a. Penentangan Pangeran Samah (1884).

Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada suku kaum Bajau yang diketuai oleh
Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak berkuasa British. Kebangkitan dan
kemarahan itu dikatakan berpunca daripada tindakan SBBU mengenakan cukai ke atas
aktiviti mengutip sarang burung. Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja melambatlambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai yang dikenakan
oleh pihak berkuasa British.
Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa SBBU telah memutuskan untuk
mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan tindakan yang dibuat oleh pihak
berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran Samah dan pengikutnya bertindak
menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan sarang burung dijalankan.
Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah,
mereka telah diserang. Dalam pertempuran tersebut, pasukan suku kaum Sulu dapat
dikalahkan manakala Pangeran Samah sendiri telah terbunuh.

b. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).

Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada orang-orang Murut dari daerah
Padas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU. Kebangkitan dan penentangan ini
diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama Malingkote. Beliau dipercayai
mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan yang ada pada beliau telah tidak
diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah cuba untuk menghapuskannya.
Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan keistimewaan Malingkote telah
melahirkan rasa tidak puas hati pengikutnya, menyebabkan mereka bangkit menentang
SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan selama setahun tetapi akhirnya berjaya
dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.

6
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


c. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).

Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama pengikutnya telah bangkit menentang pihak
berkuasa SBBU. Nama beliau yang sebenar ialah Datu Muhammad Salleh bin Datu
Balu, merupakan seorang pembesar yang amat dihormati dan disegani. Berasal dari
hulu Sungai Sugat dan berketurunan Suluk dan Bajau.
Penentangan tersebut adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU
membakar kampung beliau di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusan
pentadbiran SBBU. SBBU juga telah memaksa penduduk tempatan untuk dijadikan
buruh paksa bagi menjalankan kerja-kerja awam seperti membina jalan raya, jalan
keretapi tanpa dibayar gaji. Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong serta
tidak menghormati adat resam penduduk tempatan.
Mat Salleh bersama pengikutnya telah bertindak membunuh dua orang pedagang
Dayak, tetapi Mat Salleh enggan menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU. Ini
menyebabkan pihak SBBU bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di
Pulau Jambongan. Namun Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.
Pada tahun 1897, Mat Salleh telah menyerang kubu British di Pulau Gaya. Tindakannya
itu telah menyebabkan SBBU bertindakbalas dengan memusnahkan kubu Mat Salleh di
Ranau.
Kegagalan menangkap Mat Salleh menyebabkan British menukar taktik dengan
memujuk Mat Salleh menandatangani perjanjian damai. Syarat perjanjian tersebut ialah
Daerah Tambunan akan diserah kepada Mat Salleh, boleh mentadbir secara bebas dan
pengikut-pengikutnya akan diberi pengampunan.
Namun SBBU tidak berpegang pada janji. Sebaliknya Daerah Tambunan telah diambil
semula. Tindakan tersebut menyebabkan Mat Salleh rasa tidak berpuas hati lalu
mengatur strategi menyerang British. Belum sempat Mat Salleh dan pengikutnya
melancarkan serangan, pihak British terlebih dahulu melancarkan serangan. Dalam
serangan tersebut, Mat Salleh telah terbunuh manakala Daerah Tambunan menjadi
wilayah kepunyaan SBBU.

2. Gerakan penentangan di Sarawak.

(10 M)

a. Penentangan Sharif Masahor (1853-1860).

Sharif Masahor merupakan seorang gabenor dari Daerah Sarikei, bangkit menentang
pihak berkuasa British di bawah pimpinan Brooke disebabkan beberapa pembaharuan
yang telah diperkenalkan khususnya berkaitan masalah pungutan cukai.
Kemuncak rasa tidak puas hati Sharif Masahor ialah apabila British bertindak
menyokong Pangeran Matusin dalam peristiwa perbalahan antara Pangeran Matusin
dengan Pangeran Arshad, sedangkan Sharif Masahor menyokong Pangeran Arshad.
Beliau mendapat sokongan yang padu daripada orang-orang Melayu, Iban dan lain-lain.
Pada tahun 1859, Sharif Masahor telah bersatu dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur
bertindak menyerang kubu Brooke. Abdul Ghapur berjaya melarikan diri ke Pontianak
tetapi telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan dipenjara di Betawi. Manakala Sharif
pula berjaya melepaskan diri dari buruan British.
Pada tahun 1860, Sharif bersama pengikutnya sekali lagi melakukan serangan ke atas
Kuching, namun serangannya gagal apabila mendapat serangan balas dari Charles
Brooke di Sungai Sadong. Sekali lagi beliau berjaya melepaskan diri dan memaksa

7
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

Charles Brooke menyerang dan bertindak membakar kampung Igan iaitu perkampungan
Sharif Masahor.
Pada tahun 1861, British terpaksa meminta bantuan Sultan Brunei untuk mengadakan
perundingan dengan Sharif yang akhirnya bersetuju untuk dibuang negeri ke Singapura
dan meninggal dunia di sana pada tahun 1890.

b. Penentangan Rentap (1853-1861).

b.

c.

Rentap atau juga dikenali dengan Libau merupakan ketua kaum Iban di hulu Sungai
Sekrang. Beliau bersama pengikutnya bangkit menentang Brooke kerana rasa tidak
puas hati ekoran daripada tindakan melakukan beberapa perubahan yang telah
menganggu punca pencarian mereka serta menghapuskan adat resam kaum Iban
seperti memburu kepala atau disebut adat mengayau.
Pada tahun 1853, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Sekrang dan berjaya
membunuh seorang pegawai British bernama Allan Lee. Pada tahun 1854, Brooke telah
mengarah tenteranya supaya menangkap Rentap, namun beliau bejaya melarikan diri
ke Bukit Sadok.
Pada tahun 1857, Charles Brooke cuba menyerang rentap yang berkubu di Bukit
Sadok, tetapi gagal kerana kubu tersebut dilengkapi dengan meriam. Pada
tahun1861,cubaan Brooke untuk menawan Bukit Sadok buat kali ketiga akhirnya berjaya
dengan menggunakan meriam bujang sadok. Namun Rentap berjaya melarikan diri ke
dalam hutan dan meninggal dunia beberapa tahun kemudiaannya.

Penentangan orang-orang Cina.


Masyarakat Cina di Bau telah bangkit menentang pentadbiran Brooke disebabkan tidak
berpuas hati terhadap beberapa perkara.
Kerajaan Brooke menganggap bahawa masyarakat Cina yang berhijrah dari Sambas
adalah sebagai pelarian jenayah. Mereka tidak dibenarkan menjalankan perdagangan
luar.Malah segala perdagangan judi, pajak, arak dan candu berada di bawah kawalan
kerajaan Brooke.
Kemuncak kepada rasa tidak puas hati tersebut ialah apabila kerajaan Brooke
mengenakan cukai terhadap orang Cina. Mereka telah dipaksa mematuhi segala
peraturan yang diperkenalkan. Pada bulan Januari 1857, pelombong Cina di Bau telah
didenda sebanyak 150 kerana menyeludup candu.
Tindakan tersebut telah menyebabkan seramai 600 orang Cina bangkit melancarkan
serangan ke atas Kuching tetapi berjaya dipatahkan oleh British. Akhirnya masyarakat
Cina terpaksa berundur ke Bau dan kemudiaannya berhijrah ke Sambas, Kalimantan.
Penentangan Banting (1893).
Gerakan penentangan ini diketuai oleh Banting, seorang pemimpin Iban berasal dari
hulu Sungai Batang Lupar. Kebangkitan Banting dan pengikutnya disebabkan rasa tidak
puas hati terhadap kerajaan Brooke yang cuba menghapuskan beberapa amalan tradisi
seperti memburu kepala.
Pada tahun 1895, Banting bersama pengikutnya telah didenda kerana membawa masuk
tajau dan perkakas tembaga tanpa membayar cukai. Ekoran daripada itu, Banting dan
pengikutnya telah bertindak menyerang perkampungan dayak yang menyokong

8
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

kerajaan Brooke dan berjaya membunuh 10 orang Dayak. Charles Brooke bertindak dan
cuba menangkap Banting tetapi gagal.
Pada tahun 1902, Banting bersama pengikutnya muncul semula dan beberapa kali
melancarkan serangan terhadap penyokong-penyokong Brooke. Bagaimanapun
tindakan Brooke untuk menangkap Banting menemui kegagalan.
Akhirnya pada tahun 1904, Bating berjaya ditewaskan dalam Pertempuran Bong Kap
yang kemudian bersetuju untuk membayar denda kepada pihak berkuasa British.

C. Kesimpulan (3/2M)
1

Kesimpulannya gerakan penentangan penduduk tempatan terhadap pentadbiran British


di Sabah dan Sarawak telah menemui kegagalan, malah turut mengukuhkan kedudukan
mereka.
Namun kebangkitan dan penentangan tersebut, jelas menggambarkan bahawa telah
muncul semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

9
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


4. Pengisytiharan Darurat telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap Tanah Melayu
antara tahun 1948 hingga 1960. Bincangkan.
A. Pendahuluan [3/2 M]
1. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan .
2. Pentadbiran Tentera Inggeris gagal memulihkan sosioekonomi rakyat yang menderita
akibat kekejaman Jepun.
3. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu tetapi gagal, lalu
bergerak secara militan.
4. 1948 PKM melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris
dan menubuhkan Republik Tanah Melayu.
5. Keganasan PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan
pemberontakan komunis di Tanah Melayu.
B. Isi
Kesan Politik [6M]
1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki terlibat dalam kegiatan
komunis ditangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan
2. Pergerakan kesatuan sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit
dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan pemogokan.
3. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan kiri yang terpengaruh dengan
idea PKM.
4. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas dan dipenjarakan, pertubuhan mereka
dibubarkan. Hanya parti politik sederhana dan proInggeris dibenarkan bergerak seperti
UMNO, MCA,MIC dan Parti Negara.
5. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah Melayu mencapai status
berkerajaan sendiri.
6. Pilihan raya diadakan di George Town (Disember1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.
KesanSosial [8M]
1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan kebebasan bergerak kerana
dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang masih terdapat ancaman
komunis.
2. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil bumi terbantut akibat daripada orang
ramai tidak mempunyai kebebasan untuk keluar mencari nafkah.
3. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .
4. Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan raya di kawasan yang
menjadi sarang komunis.
5. Keganasan komunis telah melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan
ekonomi negara.
6. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup terpaksa mematuhi banyak
peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat mendaftar dan mempunyai
kad pengenalan.

10
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


7. Timbul masalah perkauman peperangan menentang komunis dianggap sebagai
peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar ahli PKM terdiri
daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam pasukan bersenjata
kerajaan.
8. Kerajaan mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal
kerakyatan bertujuan menarik mereka prokerajaan
9. Syarat kewarganegaraan dilonggarkan - kesannya 307,000 orang Cina diluluskan
permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Antara 1952 1957 1.2juta orang Cina mendapat kerakyatan.
10. Banyak nyawa terkorban dan hartabenda musnah akibat pengisytiharan darurat
termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.
11. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk membanteras kegiatan komunis
contoh antara 1948-1955 kerajaan mengeluarkan $150 juta untuk menumpaskan
pergerakan komunis.
12. Pengenalan rancangan Briggs untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula
setinggan menyebabkan kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini
menyebabkan orang Melayu yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa
tidak puas hati lalu menuntut pemulihan ekonomi.
Kesan Ekonomi [6M]
1. Rakyat mengalami penderitaan dan kesengsaraan akibat kemusnahan ladang dan
lombong.
2. Banyak wang terpaksa dibelanjakan untuk memulihkan keamanan. Kegiatan ekonomi
khususnya di Tanah Melayu terbantut. Dianggarkan $300 000 sehari dibelanjakan untuk
membanteras kegiatan komunis demi menjaga keselamatan harta dan nyawa rakyat.
3. Daripada Laporan Tahunan 1950, kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak $7 juta
untuk mengatasi masalah penempatan semula. Kerajaan terpaksa memberikan elaun
dan pemberian bantuan perumahan kepada penduduk setinggan.
4. Negara mengalami kemelesetan ekonomi, perdagangan antarabangsa terbantut. Defisit
negara sebanyak $146 juta pada tahun 1953 menyebabkan banyak projek
pembangunan negara semasa dan selepas darurat terpaksa diketepikan dahulu.
5. Penubuhan RIDA (Rural Industrial Development Authority) 1960.Ini bertujuan untuk
memajukan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu bagi masyarakat luar bandar
khususnya kaum Melayu.

C. Kesimpulan [2/3 M]
1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di Baling menemui
kegagalan.
2. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah republik komunis .
3. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha membanteras
pemberontakan komunis.
4. Kegiatan komunis mulai merosot darurat diisytiharkan tamat di seluruh negara pada
1960.

11
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah
Melayu terhadap penubuhannya.
A. Pengenalan

[3/2 M]

1. Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu. British
terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka
Perlembagaan Tanah Melayu (PTM) yang baru.
2. Pada 1 Februari 1948 PTM telah diisytiharkan.
B. Isi
1.Ciri-ciri PTM
[6M]
PTM terdiri dari 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
Diketuai oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.
Majlis Perundangan pula bertangungjawab dalam menggubal undang-undang.
Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa
menggubal undang-undang.
Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera.
Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon
kerakyatan diperketatkan.
2. Reaksi

[14M]

a. All Malayan Council of Joint Action (AMCJA)


Pada Disember 1945 golongan profesional Cina telah menubuhkan Malayan Democratic
Union (MDU) tidak bersetuju dengan kandungan Perlembagaan 1948 kerana dianggap
tidak demokratik dan Singapura sepatutnya dimasukkan dalam PTM.
MDU telah bersatu dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu seperti Malayan
Indian Congres, The Malayan Democratic League, Persekutuan Kesatuan Buruh
Seluruh Tanah Melayu, Malayan Peoples Anti Japanese Army dan Ex-Servise
Comrades Association membentuk AMCJA. Tan Cheng dilantik menjadi Presiden.
AMCJA telah mengemukakan draf perlembagaan mereka sendiri dan menuntut supaya
perlembagaan PTM 1948 yang dipersetujui antara kerajaan British, Raja-raja Melayu,
dan UMNO dibatalkan. Tuntutan AMCJA tidak dapat diterima oleh pentadbiran British di
Tanah Melayu kerana terlalu radikal.
b. Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
PUTERA merupakan pertubuhan politik Melayu berhaluan kiri tidak bersetuju dengan
perlembagaan PTM 1948.
Pertubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diketuai oleh Dr.
Burhanuddin al-Helmy telah keluar dari UMNO dan bergabung dengan Angkatan
Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Tani, Gerakan Rakyat
Melayu (GERAM) dan 80 buah kesatuan kecil yang lain membentuk PUSAT TENAGA
RAKYAT pada Februari 1947.

12
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


c. Tentangan AMCJA-PUTERA
Pakatan AMCJA-PUTERA menentang PTM yang dirangka kerana tidak mewakili
seluruh rakyat di Tanah Melayu. Pakatan ini tidak bersetuju kerana British secara sulit
telah mengadakan rundingan dengan Lembaga 12.
Pakatan ini juga telah menggubal perlembagaan baru yang dianggap mewakili rakyat
Tanah Melayu dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat.
Sikap toleransi antara kaum Melayu dan bukan Melayu direalisasikan dalam pakatan
AMCJA-PUTERA. Perlembagaan Rakyat tidak diterima oleh pentadbiran British di
Tanah Melayu kerana dianggap radikal.
Pakatan AMCJA-PUTERA telah melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20
Oktober 1947 tetapi gagal mencapai matlamat kerana tidak mendapat sambutan
daripada rakyat.
C. Kesimpulan

[2/3 M]

1. Cadangan-cadangan yang terkandung dalam PTM 1948 adalah liberal berbanding MU


namun masih wujud cari campur tangan dan pengaruh British.
2. Masyarakat Melayu mendapat kejayaan menghapuskan rancangan MU dan
memperkenalkan PTM. Mereka dapat memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu
dan hak istimewa orang-orang Melayu.
3. PTM 1948 menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan 1957

13
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


6. Jelaskan sistem pen tadbiran
pemb entukan Malaysia.
A. Pengenal an

M ala ys ia

dari

tahun

1957

h ingg a

(3/ 2 M)

1. Persekutuan T anah Melayu bebas d aripada penjajahan British pada 31


Ogos 1957. Sabah dan Sarawak pul a m encapai k em erdekaan m el alui
Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.
2. Pem erintahan Mala ysia berasaskan Perjanji an Persekutuan Tanah Melayu
tahun 1957.
3. Parlimen merupakan penggubal undang-undang. Parlimen Malaysia terdiri daripada
Yang DiPertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Selain itu, terdapat Jemaah
Menteri, Kementerian dan Badan Kehakiman.
B. Isi

(20 M)

1. Malaysia ialah sebuah negara Persekutuan. Dengan ini, terdapat pembahagian


kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Ini diperuntukkan
dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri, dan Senarai Bersama. lni membawa
makna bahawa kuasa menggubal undang-undang sama ada oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri ditetapkan oleh perlembagaan. Perkara seperti kehakiman, hal-ehwal luar
negara, kewangan, pendidikan dan pertahanan termasuk dalam Senarai Persekutuan.
Perkara yang dijadikan undang-undang oleh Dewan Undangan Negeri seperti undangundang Islam, tanah, pertanian, perhutanan dan perlombongan adalah di bawah Senarai
Negeri. Senarai Bersama memperuntukkan perkara yang boleh dijadikan undang-undang
oleh Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri. Perkara ini adalah seperti
kebajikan masyarakat, biasiswa dan perlindungan mergastua.
2. Perlembagaan Malaysia menetapkan Yang DiPertuan Agong sebagai ketua negara.
Baginda dipilih daripada kalangan Raja-raja Melayu secara bergilir-gilir bagi tempoh lima
tahun sahaja. Yang DiPertuan Agong merupakan raja berperlembagaan yang bertindak
mengikut nasihat Jemaah Menteri. Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa melantik
Perdana Menteri, tidak memperkenankan permintaan membubarkan Parlimen ataupun
mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan perkara tentang
keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-raja Melayu. Yang
DiPertuan Agong juga mempunyai kuasa melindungi orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
3. Yang DiPertuan Agong juga menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda
diberi kuasa pengam puna n bagi k esalahan dalam W ilayah Persekutuan.
Baginda bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan dalam hal ini. Yang DiPertuan
Agong menjadi ketua agama bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan, di samping negeri baginda sendiri.
4. Undang-undang Darurat memerlukan perkenan Yang DiPertuan Agong. Baginda
diberi kuasa oleh perlembagaan untuk mengisytiharkan Darurat dengan
persetujuan Jemaah Menteri. Semua rang undang-undang yang telah diluluskan

14
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


oleh Parlimen mesti diperkenan oleh baginda. Yang DiPertuan Agong sebagai
Raja Berperlembagaan menjalankan pemerintahan atas nasihat Perdana Menteri.
Yang DiPertuan Agong juga berhak melantik anggota Jemaah Menteri dan Hakim
Mahkamah dengan nasihat Perdana Menteri. Baginda terlibat dalam ketiga-tiga badan
pemerintahan, iaitu perundangan, pelaksanaan dan kehakiman.
5. Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihan raya pada tahun 1959. Anggota Dewan
Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Pada mulanya terdapat 104 kerusi.
Jumlah ini bertambah dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta Singapura ke
dalam Persekutuan Malaysia. Pada tahun 1990, terdapat 180 kerusi dalam Dewan
Rakyat bagi semua kawasan pilihan raya Parlimen di seluruh negara.
6. Dewan Rakyat membincangkan cadangan rang undang-undang yang dibawa oleh
Menteri berkenaan setelah melalui beberapa proses tertentu. Menteri berkenaan akan
membincangkan cadangan rang undang-undang dengan Peguam Negara. Kertas
cadangan tersebut kemudiannya akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk
mendapat kelulusan. Setelah mendapat kelulusan, rang undang-undang digubal.
Penggubal Undang-undang merujuk Menteri berkenaan. Setelah mendapat persetujuan
Jemaah Menteri, Menteri berkenaan perlu memaklumkannya kepada Setiausaha
Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara. Setiausaha Dewan kemudiannya
mengedarkan rang undang-undang yang telah dicetak kepada semua ahli Parlimen. Rang
undang-undang akan dibincangkan. Setelah diluluskan, rang undang-undang ini
hendaklah dikemukakan kepada Dewan Negara. Seterusnya setelah mendapat
kelulusan Dewan Negara akan dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agong untuk
mendapat perkenan dan Cop Mohor untuk diwartakan dalam Warta Kerajaan
7. Dewan Negara ataupun Senat pada prinsipnya adalah lebih tinggi daripada Dewan
Rakyat. Pada amalannya, Dewan Rakyat lebih diutamakan kerana keanggotaannya yang
dipilih. Pada asalnya, ahli Dewan Negara berjumlah 38 orang, iaitu 16 orang dilantik oleh
Yang DiPertuan Agong dan 22 ahli dipilih oleh Dewan Undangan Negeri, iaitu dua orang
bagi setiap negeri. Bilangan ahli Dewan Negara bertambah menjadi 69 orang dengan
kemasukan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Labuan. Seramai 40 orang ahli dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. Ahli Dewan
Negara atau dikenali sebagai Senator akan berkhidmat bagi tempoh tiga tahun tertakluk
sama ada mereka dipilih atau dilantik semula sebagai Senator. Ahli kedua-dua Dewan
Rakyat dan Dewan Negara adalah sama tarafnya sebagai ahli Parlimen. Mereka juga
boleh dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri.
8. Ahli Dewan Negara memainkan peranan dan tanggungjawab membentang dan
membahaskan rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Setelah
dipersetujui, rang undang-undang ini akan dikemukakan kepada Yang DiPertuan Agong
untuk mendapat perkenan. Yang DiPertuan Agong setelah bersetuju dengan rang
undang-undang akan menurunkan Cop Mohor Besar. Undang-undang ini kemudiannya
akan diwartakan dalam Warta Kerajaan.
9. Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau kabinet. Kabinet
merupakan badan penggubal dasar yang tertinggi di Malaysia. Kabinet melaksanakan
kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan atau kerajaan pusat. Menteri yang dilantik oleh

15
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


Yang DiPertuan
Agong mengetuai sebuah atau beberapa kementerian bagi
melaksanakan undang-undang, perancangan serta dasar kerajaan. Mereka
bertanggungjawab kepada Parlimen. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan fasal
perlantikan Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik untuk
membantu menteri melaksanakan tanggungjawabnya. Terdapat pegawai dan kakitangan
awam dalam setiap kementerian.
10. Jemaah Menteri terdiri daripada Menteri Kementerian dan dipengerusikan oleh Perdana
Menteri. Ketua Setiausaha Negara ialah Setiausaha Jemaah Menteri. Beliau ialah
pegawai tertinggi kerajaan yang mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan dan jabatan
kerajaan.
11. Perdana Menteri ialah ketua kerajaan di peringkat pusat. Perdana Menteri dibantu oleh
Jemaah Menteri di peringkat negeri pula, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai
Majlis Mesyuarat Kerja Kerajaan Negeri atau kabinet Kerajaan Negeri Sabah dan
Sarawak.
12. Di peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Menteri. Menteri dibantu
oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik, Ketua Setiausaha
Kementerian, Pegawai Kementerian dan kakitangan, iaitu pegawai kerajaan. Sesebuah
kementerian mempunyai bahagian dan jabatan-jabatannya di peringkat pusat, negeri
dan daerah. Adanya kementerian yang mempunyai agensi yang bersifat autonomi.
Agensi ini dikenali sebagai Badan Berkanun yang ditadbir oleh sebuah majlis atau
Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan. Sebagai contoh,
di bawah naungan Kementerian Pendidikan, adanya badan berkanun seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka, universiti-universiti dan Institut Teknologi Mara. Badan-badan ini
mempunyai ketua pengarah masing-masing.
13. Badan Kehakiman, iaitu mahkamah mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Parlimen
atau Jemaah Menteri. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan, mentafsir
dan menguatkuasakan undang-undang dan kuasa mengisytiharkan sebarang undangundang sebagai sah. Badan kehakiman bebas daripada sebarang kawalan badan
perundangan atau badan pelaksana atau daripada sesiapa DiPertuan Agong dengan
nasihat Perdana Menteri. Perbicaraan kebanyakannya dijalankan oleh Mahkamah
Rendah dan Mahkamah Sesyen. Terdapat dua kategori mahkamah, iaitu Mahkamah
Rendah dan Mahkamah Utama. Di Sabah dan Sarawak, terdapat Mahkamah Anak Negeri
tetapi di luar hierarki mahkamah awam.
14. Peguam Negara ialah penasihat undang-undang kerajaan. Beliau juga bertindak sebagai
Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan. Beliau dibantu oleh pegawai
daripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
C. Kesimpulan ( 3/2 M)
Sistem pentadbiran Malaysia selepas tahun 1957 adalah melalui proses demokrasi.
Perlembagaan digubal untuk menjaga kepentingan dan keistimewaan semua kaum yang
ada. Prinsip-prinsip yang menentukan bentuk kerajaan yang boleh didirikan dan kuasa yang
boleh digunakan oleh kerajaan kita semuanya ditetapkan oleh perlembagaan.

16
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

7. Huraikan kegiatan ekonomi sara diri masyarakat tradisional Filipina dan Vietnam
sebelum kedatangan Barat.
A. Pengenalan

(3/2 M)

1. Penduduk Filipina dan Vietnam mengamalkan ekonomi sara diri sebelum kedatangan
kuasa barat. Mereka menjadikan kegiatan pertanian sebagai sumber ekonomi utama.
2. Kegiatan ekonomi sara diri yang dijalankan hanya untuk memenuhi keperluan diri dan
keluarga dengan menggunakan kaedah tradisional. Hasil yang diperolehinya sangat
sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.

B. Isi
Filipina

(10 M)

1. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama penduduk. Sebelum kedatangan


Sepanyol dan Amerika, penduduk menjalankan kegiatan pertanian sebagai sumber
ekonomi mereka. Masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.
2. Padi merupakan tanaman utama yang ditanam di kawasan tanah pamah serta tanah
tinggi. Tanaman lain yang diusahakan seperti kelapa, ubi dan abaka
3. Tanah bukan hak milik individu tetapi milik masyarakat. Setiap invidu diberi petak-petak
tanah untuk diusahakan dan bertanggungjawab menjaga tanaman mereka.Setiap
barangay (daerah kecil) mengeluarkan makanan untuk keperluan sendiri. Perdagangan
antara barangay jarang dijalankan.
4. Di Mondoro, masyarakat nomad menjalankan sistem pertanian pindah dan menanam
pelbagai jenis tanaman.
5. Masyarakat Filipina juga menjalankan kegiatan perindustrian ringan yang berasaskan
hasil pertanian dan juga kraftangan terutama yang berasaskan hasil laut. Perusahaan
kecil seperti menenun, membuat anting-anting, cincin, dan gelang emas.
6. Mereka juga menjalankan kegiatan mencari hasil alam.Masyarakat yang tinggal
dipinggir pantai akan mendapatkan hasil alam daripada laut, penduduk pinggir hutan
mencari hasil hutan.
7. Kegiatan perdagangan antara pulau. Aktiviti perdagangan tukar barang merupakan cara
penduduk Filipina menjalankan perniagaan. Memandangkan Filipina terdiri daripada
beberapa pulau maka perhubungan dengan jalan laut memudahkan aktiviti
perdagangan. Penghulu dan bangsawan terlibat dalam kegiatan perdagangan.

17
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

8. Perdagangan juga dijalankan dengan Negara China. Pedagang dari China membawa
tembikar, sutera dan manik untuk ditukarkan dengan barangan seperti kulit kura-kura,
mutiara dan pinang.
9. Kegiatan perlombongan dijalankan di Toledo dibahagian tengah Cebu. Kawasan
perlombongan bijih timah utama terdapat di Surigao di bahagian utara Mindanao.

Vietnam

(10 M)

1. Ekonomi Vietnam bergantung kepada pertanian dan perdagangan terhad. Petani


bergantung kepada tanah untuk mengusahakan tanaman bagi keperluan sendiri.
2. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama mereka. Tanaman utama yang
diusahakan adalah padi. Penanaman padi sawah bergantung kepada kesuburan tanah
di sepanjang Lembah Mekong dan Lembah Sungai Koi. Petani di Lembah Mekong
bergantung kepada musim hujan dan hanya menjalankan penanaman padi setahun
sekali. Di Vietnam Utara penanaman padi dijalankan dua kali setahun. Baja daripada
najis haiwan begitu giat digunakan
3. Kerja-kerja membajak dan mengisar padi dilakukan secara tradisional menggunakan
binatang dan alat-alat tradisional. Masyarakat Vietnam telah membina parit dan tali air
untuk mengairi kawasan sawah padi dan mengawal banjir dari Sg. Mekong.
4. Tuan tanah sering menindas petani. Corak ekonomi Vietnam adalah primitif. Tiada
usaha oleh mana-mana pihak untuk memajukan atau memperkenalkan teknologi
moden. Ini disebabkan kerajaan Vietnam yang dipengaruhi golongan Mandarin
menentang hubungan dengan kuasa-kuasa Barat.
5. Setiap kampung menjalankan pengkhususan dalam perusahaan kampung seperti
mengusahakan pertukangan tangan,menenun, menghasilkan tembikar dan anyaman.
6. Kegiatan perdagangan kecil-kecilan juga diusahakan. Rakyat Vietnam telah menjalinkan
hubungan perdagangan dengan orang Cina di sempadan kedua dua negara. Terdapat
banyak jong Cina di pelabuhan Vietnam.
C. Kesimpulan

(2/3M)

1. Sebelum kedatangan Barat Filipina dan Vietnam kegiatan ekonominya lebih tertumpu
kepada pertanian sara diri. Mereka juga menjalankan kegiatan pertukangan dan
perdagangan secara kecil-kecilan.
2. Kedatangan Barat telah memperkenalkan ekonomi komersil yang mengutamakan
keuntungan semata-mata.

18
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


3. Ini menyebabkan penduduk tempatan yang menjalankan ekonomi tradisional tidak
mampu bersaing dengan penguasaan Barat.
8. Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Myanmar sebelum campur
tangan Barat.
A. Pendahuluan (3/2 M)
a) Masyarakat tempatan di India dan Myanmar sudah memiliki satu sistem masyarakat
yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi dan hidup berasaskan hukum adat yang
menjadi garis panduan dalam kehidupan seharian.
b) Umumnya adat dapat ditakrifkan sebagai amalan sesuatu masyarakat secara turuntemurun dan merupakan satu peraturan yang harus dipatuhi.
c) Terdapat pelbagai adat yang diamalkan oleh masyarakat India dan Myanmar
sebelum campur tangan Barat.

B. ISI
1. Adat-adat di India

(14 M)

a) Adat Suttee
-

Di India, antara adat yang diamalkan seperti Adat Sutte, Thuggee, larangan
berkahwin semula balu, adat khas wanita hamil, pembunuhan bayi perempuan
dan adat mencecah madu pada bibir bayi. Adat suttee merupakan amalan yang
dilakukan oleh penganut agama Hindu di mana seorang isteri yang kematian
suami telah mengorbankan diri dengan membakar diri sendiri bersama mayat
suami semasa upacara pengkebumian berlangsung. Adat ini diamalkan sebagai
membuktikan kesetiaan seseorang isteri terhadap suami yang sanggup sehidup
semati.

b) Adat Thuggee
-

Adat berikutnya ialah adat Thuggee yang merupakan satu sistem rompakan dan
pembunuhan di jalan raya yang dilakukan oleh golongan Thug di bahagian
Wilayah Laut India. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan-kumpulan agama
bersenjata yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas
nama Dewa Kali.

c) Adat larangan kahwin


-

Manakala adat larangan kahwin semula balu merupakan peraturan yang dibuat
bagi menghalang balu-balu daripada berkahwin semula selepas kematian

19
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


suaminya. Balu-balu juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari
bewarna putih sahaja. Golongan ini juga dilarang menghadiri perayaan keluarga
dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.
d) Adat khas wanita hamil
-

Di India, bagi wanita yang hamil mereka dikehendaki menjaga dirinya agar tidak
melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ibu tersebut akan
mempengaruhi

anak dalam kandungannya. Ibu yang hamil juga tidak boleh

melakukan perbuatan

yang tidak baik seperti mengumpat, bergaduh dan

sebagainya. Perbuatan yang tidak baik cuba dielakkan oleh ibu hamil bertujuan
melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.
e) Adat pembunuhan bayi perempuan
-

Masyarakat India lebih bersifat patrilineal iaitu mengutamakan anak lelaki


berbanding anak perempuan. Ini bermakna mereka tidak suka akan kelahiran
anak perempuan dan jika berlaku mereka mengamalkan perbuatan membunuh
bayi tersebut. Tujuannya adalah untuk mengelakkan ibu bapa daripada
menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila anak mereka
berkahwin kelak.

f) Adat mencecah madu pada bibir bayi


-

Adat terakhir ialah adat mencecah madu pada bibir bayi. Bayi yang baru lahir akan
akan dicecah madu yang dicampur dengan minyak sapi ke bibir bayi. Adat ini
biasanya dilakukan oleh kasta Brahmin sebagai tanda kemuliaan.

2. Adat-adat di Myanmar

(6 M)

Manakala di Myanmar pula antara amalan adat yang dilakukan seperti adat berkaitan
tanah, adat mengadap raja dan adat menanggalkan kasut.
a) Adat mengadap raja
-

Bagi adat mengadap raja pihak istana telah menetapkan mengikut tatacara yang
ditetapkan kepada golongan bangsawan, rakyat jelata dan perwakilan asing.
Misalnya, perwakilan asing atau pelawat luar perlu menunggu di perkarangan
istana untuk suatu tempoh yang ditetapkan dan dipandu melewati tiga pintu
gerbang yang dikawal oleh pasukan tentera yang berlainan.

b) Adat menanggalkan kasut

20
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


-

Seterusnya adat menanggalkan kasut dimana mengikut adat ini sebelum


memasuki

istana

atau

pagoda,

dikehendaki

menundukkan

kepala

dan

menanggalkan kasut. Hal ini demikian kerana pagoda dan kawasan istana serta
persekitarannya adalah kawasan larangan dan merupakan kawasan suci.
Larangan yang diamalkan ini menjadi simbol penghormatan tertinggi rakyat
kepada raja.
c) Adat berkaitan tanah
-

Bagi adat berkaitan dengan tanah pula, telah ditetapkan bahawa tanah bukan
dimiliki oleh orang perseorangan, tetapi turut dimiliki oleh keluarga, masyarakat
dan raja. Ini bertujuan untuk menjamin kedudukan seorang daripada disingkirkan
dalam masyarakat. Kepentingan tanah juga dapat dilihat apabila seseorang itu
menghadapi masalah hutang, dia boleh menjual diri dan keluarga untuk dijadikan
hamba tetapi tidak boleh menjual tanah yang diusahakan.

Tanah boleh diberikan kepada sesiapa yang mahu mengerjakannya. Jika anak
dan keturunannya dapat menunjukkan kemampuan untuk mengerjakan tanah itu,
maka tanah tersebut boleh kekal dengan mereka. Ancaman penyingkiran
seseorang daripada tanah keluarga adalah merupakan hukum adat yang amat
berkesan. Tindakan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada kejadian
yang buruk di samping dapat menjamin hubungan sesebuah keluarga serta
menstabilkan masyarakat Myanmar.

C. Kesimpulan
-

(2/3 M)

Adat memainkan peranan penting dalam masyarakat India dan Myanmar sebelum
kedatangan Barat.

Walau bagaimanapun adat-adat yang diamalkan oleh masyarakat tersebut


mengalami pengubahsuaian hasil kedatangan Barat.

21
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

9.

Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Kanagawa (1854) menyebabkan implikasi


ekonomi, sosial dan politik kepada Thailand dan Jepun. Bincangkan pernyataan
tersebut.

A. Pendahuluan

( 3/2 m )

1. Abad ke-19 kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong
kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai tanah jajahan di AT.
2. Raja Mongkut menyedari tekanan dan pencerobohan kuasa-kuasa barat akan mengancam
keselamatan Thailand setelah British berjaya dalam beberapa siri Perang Inggeris Burma.
Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan seperti yang diamalkan oleh
negara China dan Burma bukan sahaja tidak dapat menghalang kemaraan kuasa-kuasa
barat malah menyebabkan kuasa barat menggunakan kekerasan. Ini mendorong Raja
Mongkut memulakan DBP dan pemodenan di Siam dengan tujuan mencegah
pencerobohan kuasa-kuasa barat dan mengekalkan kemerdekaan. Langkah pertama ke
arah pembukaan Thailand kepada kuasa-kuasa barat, beliau telah menandatangani
Perjanjian Bowring pada 18 April 1855.
3. Pada awal abad ke 19 kuasa barat seperti Rusia,British dan USA(Amerika) ingin meluaskan
kuasa dan mewujudkan hubungan diplomatik dan perdagangan di Jepun tetapi gagal.
Amerika berminat kerana potensi perdagangan dengan Jepun, keperluan bekalan bahan
mentah dan pengkalan arang batu memandangkan penggunaan kapal-kapal stim yang
bertambah. Anak-anak kapal Amerika yang terkandas di perairan Jepun diberi layanan yang
buruk. Satu perjanjian telah ditanda tangani oleh Kerajaan Jepun dengan Amerika pada
1854 iaitu Perjanjian Kanagawa
4. Perjanjian ini telah merintis kepada bermulanya hubungan kedua-dua negara tersebut
dengan kuasa-kuasa Barat secara rasmi dan persamaan taraf.
B. ISI JAWAPAN
Kesan Perjanjian Bowring 1855 ( 10 M )
Politik
1. Menurut DGE Hall, perjanjian Bowring ini memulakan zaman moden Thailand dan DA
Wilson menyatakan bermulanya titik peralihan di antara Siam tradisional dan Siam moden.
2. Mongkut memberi peluang yang sama kepada kuasa-kuasa barat apabila menandatangani
perjanjian persahabatan dan perdagangan, contohnya Perancis 1855, USA 1856, Denmark
1858, Portugal 1859, Holland 1860, Prussia dan Belgium 1862, Italy, Norway dan Sweden
1868.
3. Pembukaan pintu Siam kepada barat dan galakan ke arah proses pembaratan telah
mengakibatkan kemasukan golongan mubaligh,professional dan orang Eropah sebagai
tukang, tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat tentera.
4. Pemerintah berjaya mewujudkan keseimbangan kuasa di Siam, tidak ada sebarang alasan
yang membolehkan kuasa barat campur tangan secara kekerasan. Keadaan ini
menyebabkan kemerdekaan dan kedaulatan Siam kekal.

22
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

Ekonomi
1. Membuka Thailand kepada perdagangan antarabangsa dan merevolusikan semua
jentera kewangan Siam dan menyebabkan golongan bangsawan kehilangan hak
istimewa memonopoli sumber asli yang telah lama dinikmati.
2. Sistem ekonomi Siam yang bercorak sara diri telah berkembang maju dan menjadi
sistem ekonomi perdagangan / komersial.
3. Siam merupakan pengeksport terbesar beras dan kayu jati di dunia. Pada tahun1850
jumlah eksport beras Siam ialah 5 %, pada tahun 1905 menjadi 50 % daripadadaripada
jumlah beras dunia. Gula eksport utama Siam ke Eropah meningkat dua kali ganda
menjelang 1865.
4. Pada tahun 1852 hanya terdapat 3 orang pedagang Eropah di Bangkok. Pada tahun
1856, bilangan kapal dagang adalah 200 buah dan dalam jangka masa yang singkat
meningkat 10 kali ganda.
5. Britain muncul sebagai pelabur utama di Siam. Singapura dan Hong Kong mula
berdagang dengan Siam
6. Penamatan monopoli perdagangan Siam dengan orang cina dan mereka hanya
memajakkan monopoli eksais yang baru seperti judi, ganja, loteri dan minuman keras
sahaja kepada orang Cina.
Sosial
1. Raja Mongkut memansuhkan beberapa adat resam seperti amalan menghadap raja,
perhambaan dan buruh kerah
2. Sistem pendidikan barat mula diperkenalkan dan berkembang di Thailand
3. Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup rakyat telah dilaksanakan oleh Raja Mongkut
dan Chulalongkorn dengan memodenkan sistema perhubungan dan kesihatan dengan
penasihat barat.

Kesan-kesan Perjanjian Perjanjian Kanagawa 1854 ( 10 M )


Politik
1. Perjanjian Kanagawa telah menamatkan dasar isolasi Jepun dan memulakan era
penglibatan Jepun dalam arena antarabangsa.
2. Kuasa barat seperti British(1854), Rusia(1855) dan Belanda(1856) juga mengikuti jejak
Amerika menandatangani perjanjian perdagangan dengan Jepun
3. Townsend Harris Konsul Amerika ke Jepun berjaya menandatangani perjanjian
perdagangan yang lebih sempurna. Kejayaan Amerika juga diikuti oleh kuasa-kuasa
barat yang lain.
4. Jepun mula dibuka kepada kuasa-kuasa barat dan empat pelabuhan dibuka iaitu
Kanagawa, Nagasaki, Nigata dan Hyogo (Kobe)
5. Hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf telah diadakan dengan Amerika.
Amerika juga telah diberi hak wilayah asingan di Jepun.
6. Dasar buka pintu Jepun telah membawa kepada pergolakan politik yang akhirnya
merintis jalan pada kejatuhan Keshogunan Tokugawa.

23
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

Ekonomi
1. Kadar cukai import dan eksport yang berpatutan telah dipersetujui
2. Pembukaan Jepun kepada kuasa barat telah mengakibatkan pertambahan orang
Eropah di Jepun. Kehadiran orang barat mula menimbulkan kebencian. Wujud gerakan
anti asing seperti pembunuhan orang-orang barat dan kedutaan British di serang.
Shogun terpaksa membayar ganti rugi.
3. Bermulanya era permodenan Meiji dan kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar baru
dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.
4. Kemunculan golongan zaibatsu yang merupakan penggerak kemajuan ekonomi Jepun.
Sosial
1. Perkembangan agama Kristian telah dibawa masuk oleh pedagang dan mubaligh
Kristian.
2. Sistem pendidikan disusun mengikut sistem pendidikan negara barat seperti Perancis
dan Amerika Syarikat.
C. Kesimpulan

( 2/3 M )

1. British-Amerika dan kuasa barat yang lain berjaya mengukuhkan pengaruh mereka di
Jepun dan Thailand melalui perjanjian walaupun tiada sebarang unsur kekerasan
digunakan. Mereka gagal mencari sebarang ruang untuk menggugat kedaulatan
Thailand dan Jepun.
2. Kebijaksanaan pemimpin terbukti berjaya mengelakkan Thailand dan Jepun daripada
dijajah.
3. Dasar buka pintu yang dijalankan berjaya memodenkan Thailand dan Jepun pula telah
bangkit sebagai satu kuasa besar dalam bidang perindustrian dan ketenteraan.

24
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

10.Sejauhmanakah isu agama menjadi faktor terpenting tindakbalas masyarakat di


Indonesia pada tahun 1825-1830 dan di China tahun 1899-1900 terhadap peluasan
kuasa barat.
A. Pendahuluan (3/2 m)
1. Peluasan kuasa Belanda telah menimbulkan tidak puas hati golongan bangsawan dan
petani di Indonesia. Belanda telah campur tangan dalam amalan sosial tempatan.
Kebangkitan ini dikenali sebagai Perang Jawa. Perang tersebut meletus di daerah
Jogjakarta dan dipimpin oleh Pangeran Dipo Negoro atau digelar Ratu Adil.
2. Di China, tindakbalas orang Cina menentang kuasa Barat dikenali Pemberontakan
Boxer. Ini juga disebabkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap tekanan
kuasa asing. Pemberontakan ini dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan Teratai
Putih, Persatuan Hung Meng dan Persatuan Dunia dan akhirat. Pertubuhan Kongsi
gelap dikenali juga sebagai I Ho Chuan.
3. Tindakbalas di China dan Indonesia dipengaruhi oleh isu agama sebagai faktor penting
tetapi tidak dinafikan tindakbalas tersebut juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi dan
politik.
B. Isi
Perang Jawa (10 M)
1. Faktor Agama
Kemarahan Depo meningkat kerana Belanda tidak mengiktirafnya sebagai ketua
agama Islam Jawa
Di kalangan penduduk Jawa Depo dianggap pemimpin agama juga sebagai Ratu
Adil yang akan membebaskan mereka daripada penjajahan Belanda
Depo merasa terhina bila Belanda berkeras ingin membina jalan raya di
Jogjakarta melalui kawasan perkuburan nenek moyangnya
Tindakan Belanda dianggap membina jalan raya tersebut melanggar tatasusila,
nilai sosial dan agama Islam
Pada 1825 apabila Belanda membuat keputusan membina jalan raya tersebut
Depo mengistiharkan perang jihad terhadap Belanda dan masyarakat tempatan
memberi sokongan .
Beliau turut disertai oleh Sentot dan Mangku Bumi
2. Ekonomi
a. Pembatalan kontrak sewa tanah
-

Golongan bangsawan tidak puas hati dengan tindakan Gabenor Van Der
Capellan yang membatalkan kontrak sewa tanah.
Sebelum ini orang orang Eropah menyewanya daripada pembesar tempatan
untuk tujuan pertanian.

25
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


-

Menurut kontrak tersebut orang Eropah mempunyai hak menanam tanaman dan
memerintah petani untuk mengerjakan pertanian.
Capellan menganggap sistem ini
merupakan satu penindasan terhadap
masyarakat tempatan sehingga membatalkan semua kontrak sewa tanah.
Menimbulkan kemarahan pembesar yang kehilangan sumber pendapatan dan
terpaksa memulangkan semula wang pendahuluan.
Pembesar tempatan juga mendapati mereka banyak berhutang dengan orang
Eropah dan mereka memaksa petani bekerja lebih masa untuk membayar
semula wang pendahuluan tersebut. Ini menyebabkan petani tidak berpuas hati.

b. Penindasan ekonomi
-

Masyarakat tempatan dikenakan pelbagai jenis cukai. Contohnya cukai tanah,


cukai kepala dan cukai sempadan.
Orang Jawa marah kerana kuasa memungut cukai diberikan kepada orang Cina
dan orang cina mengenakan cukai yang lebih tinggi.
Masyarakat juga dikenakan bayaran tol untuk ke ladang di kawasan pedalaman
yang melalui kawasan kerajaan.
Masyarakat tempatan tidak puas hati dengan kegiatan peminjam wang dan
orang tengah Cina.
Mereka mengenakan kadar faedah tinggi terhadap pinjaman dan menjadi orang
tengah perdagangan garam.
Penindasan ekonomi menimbulkan perasan benci dan marah masyarakat
tempatan terhadap Belanda dan menyokong perjuangan Depo Negoro.

3. Faktor politik
Pengaruh pengeran Anto Wiria atau Depo Negoro putera kerabat Jogjakarta.
Depo marah kerana Belanda tidak melantiknya sebagai Amangku Buwono IV
selepas kemangkatan adiknya Djarot pada 1822.
Beliau merasa terhina kerana dilantik sebagai penasihat Amangku Buwono V
yang berumur 2 tahun.
Pemberontakan Boxer

(10 M)

1. Agama
a. Penyebaran agama kristian yang berleluasa di China dianggap sesuatu yang
mengancam dan bertentangan dengan falsafah dan kepercayaan lama masyarakat
Cina iaitu ajaran Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme. Keadaan ini telah
mewujudkan sentimen anti kristian dalam kalangan masyarakat Cina.
b. Golongan anti asing dan anti Kristian amat bimbang terhadap kuasa yang sering
memberi perlindungan kepada pemberontak dan cuba mencampuri hal ehwal
Negara China. Kebimbangan juga timbul terhadap sikap masyarakat Cina yang
memeluk Kristian kerana mereka tidak lagi menghormati ajaran nenek moyang
mereka. Keengganan menyertai upacara suatu perayaan keagamaan, tidak mahu
membayar perbelanjaan untuk membiayai perayaan dan hiburan peringkat kampong
perlu dihapuskan.

26
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


c. Keadaan ini telah membimbangkan sebahagian rakyat Cina terhadap penganut
Kristian berbangsa Cina yang tidak lagi percaya kepada anak dari syurga. Oleh itu
mereka harus dihapuskan.
d. Golongan paderi dan mubaligh sering campurtangan dalam pertikaian yang
melibatkan orang Cina Kristian. Ini dianggap mencabar kedaulatan undang-undang
dan sistem kehakiman.
2. Kemerosostan ekonomi
a. Barangan buatan Barat telah memasuki pasaran China dan menguasainya kerana
harganya lebih murah serta berkualiti berbanding barangan tempatan. Barangan
import dikenakan cukai yang rendah kerana mendapat hak istimewa dalam
perdagangan.
b. China menghadapi imbangan perdagangan yang tidak seimbang kerana terpaksa
membayar ganti rugi perang dan meminjam wang dari luar. Hal ini menyebabkan
aliran modal dikuasai oleh orang asing dan meningkatkan kadar pengangguran
kerana industri tempatan ditutup.
c. Pengenalan sistem pengangkutan moden seperti keretapi, jalan raya dan kapal wap
menjejaskan sumber pendapatan orang Cina yang mengendalikan sistem
pengangkutan tradisional seperti kereta lembu, kereta kuda dan sampan.
d. Rakyat terpaksa menanggung perbelanjaan keluarga, membayar cukai yang tinggi
dan cukai baru. Kedatangan orang barat dan kemajuan sosioekonomi tidak
menguntungkan orang Cina lalu menyertai pemberontakan.
3. Bencana Alam
a. Banjir telah berlaku di sekitar Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze menyebabkan
tebing kedua-dua sungai runtuh dan memusnahkan beberapa buah kampong di
wilayah Shantung, Szechuan, Kangsi, Kiangsi dan Anhwei.
b. Masyarakat Cina mengalami masalah kebuluran dan kemusnahan harta benda serta
semakin menderita akibat kejadian rompakan oleh kongsi gelap.
c. Kepercayaan orang Cina, bencana terjadi kerana kutukan Tuhan kerana kediaman
mereka dimusnahkan oleh orang barat untuk tujuan perlombongan dan pembinaan
jalan.
d. Orang asing perlu dihapuskan supaya keharmonian dapat dikembalikan.
4. Sentimen anti asing dan antipengaruh luar
a. Orang asing bersikap bongkak dan tamak serta menimbulkan masalah ekonomi dan
ketenteraan. Selain itu orang barat dianggap telah mencemarkan kedaulatan dan
maruah kerana Cina kalah dalam Perang Candu 1, 2 dan Perang Cina-Jepun.
b. Kuasa barat berlumba-lumba mendapatkan konsesi selepas perjanjian Shimonoseki.
Contoh, Rusia mendapat wilayah Sinkiang dan membina jalan keretapi (1895).
Jerman mendapat Tsingtao dan melabur modal perlombongan arang batu, bijih besi
dan mendapat konsesi keretapi dan menyewa Teluk Kiachow. 1898, Peranchis

27
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


menyewa Teluk Kwangchow untuk 99 tahun. British menyewa pelabuhan Wei Hai
Wei.
c. Golongan petani, tuan tanah dan bangsawan bimbang akan menerima nasib sama
seperti di India dan Myanmar.
5. Sokongan Kerajaan Manchu
a. Antara tokoh-tokoh yang menyokong Boxer seperti Maharani Dowager, Putera
Chuang, Putera Kang I dan Li Peng Heng.
b. Maharani Dowager menolak permintaan Itali yang cuba mendapat San May Bay di
Chikiang.
c. British telah melindungi pemimpin Cina yang anti Mancu di Hong Kong dan Jepun
serta golongan yang melaksanakan Pembaharuan 100 hari. Golongan Reformis
dianggap sebagai pengkhianat Negara.
d. Maharani Dowager dan pegawai istana Mancu membantu Boxer mengusir orang
asing. Ini membangkitkan semangat pemberontak Boxer.
C. Kesimpulan (2/3m)
1. Jelas menunjukkan agama adalah antara faktor penting yang telah berjaya membangkitkan
semangat masyarakat di China dan Indonesia untuk menentang kuasa barat.
2. Selain isu agama, tindakbalas ini juga dipengaruhi oleh politik dan ekonomi. Kesannya
walaupun Dipo Negoro gagal dalam peperangan ini tetapi Belanda bersikap berhati-hati
untuk mengelakkan wujudnya lagi penentangan. Pemberontakan Boxer di China juga telah
gagal dan berakhir dengan menandatangani Protokol Boxer tetapi telah mempercepatkan
keruntuhan Dinasti Mancu dan membentuk sistem pemerintahan baru bercorak republik.

28
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

11. Huraikan corak perjuangan Mahatma Gandhi dan Jose Rizal dalam gerakan
nasionalisme di India dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua.
A. Pendahuluan (3/2M)
1. Jose Rizal (JR) lahir tahun 1861 di Luzon dan berketurunan Sepanyol-Cina. Meminati
bidang bahasa dan kesusasteraan, menerima pendidikan awal di Maktab Jesuit dan
Universiti Santo Thomas, Manila. Melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di
Sepanyol. Perjuangannya menggunakan pen dan kertas(propaganda) sebagai senjata
utama.
2. Mahatma Gandhi (MG) lahir pada tahun 1869 di Porbandar, Gujerat. Keluarganya
berstatus tinggi, terbabit dalam perdagangan dan pertanian. Beliau melanjutkan
pelajaran ke London untuk menuntut ilmu undang-undang. Antara tahun 1893 1914,
beliau menetap di Afrika Selatan. Beliau memperjuangkan hak-hak orang India di sana.
Terkenal dengan ciri-ciri perjuangan seperti perjuangan secara aman, kehidupan yang
sederhana, berkhidmat untuk kemanusiaan dan menggunakan kader yang berdisiplin.
B. Isi
1. JOSE RIZAL (10M)
a. Cara pertama
-

Jose Rizal berjuang menuntut kemerdekaan bagi Filiphina melalui idea penulisan.

Jose Rizal, Marcelo del Pilar dan Lopez Jaena digelar golongan Ilastrado (pertengahan)
selepas terjadinya peristiwa pembunuhan tiga orang paderi dalam pemberontakan
Cavite 1872.

Jose Rizal menggunakan strategi secara sederhana dan bergerak secara aman melalui
gerakan propaganda dan parti politik.

Jose Rizal mengungkapkan idea nasionalismenya melalui novel Noli Me Tengere


(Jangan Sentuh Daku) yang dihasilkan di Berlin pada tahun 1887. Novel ini

29
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


mendedahkan kepincangan hidup masyarakat Filiphina yang dibelenggu ketidakadilan
dan penindasan pemerintah Sepanyol.
-

Beliau turut mengarang novel El Filibuterismo (Pemerintah Yang Tamak) untuk


mengkritik undang-undang Filipina dan golongan agama di Filipina.

Jose Rizal bersama Del Pilar dan Graciano Lopez telah menerbitkan La Solidaridad di
Barcelona pada 1889 untuk mendedahkan keburukan pemerintahan Sepanyol,keadaan
petani yang ditindas dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Filipina. Mereka
juga menuntut keadilan social dari pemerintahan Sepanyol.

b. Cara kedua
-

Cara kedua Jose Rizal ialah membabitkan diri dalam gerakan berpersatuan atau parti
politik.

Jose Rizal telah menubuhkan Liga Filipina semasa di Hong Kong tahun 1891 yang
mengutamakan pembangunan masyarakat. Ahli-ahlinya terdiri daripada golongan
Ilustrados (pertengahan) dan berpendidikan. Agenda perjuangannya ialah untuk
melindungi rakyat Filipina daripada kekejaman dan ketidakadilan penjajah Sepanyol,
menyatukan pulau-pulau Filipina yang terpisah serta menuntut penjajah mengadakan
reformasi pendidikan, perdagangan dan pertanian.

Beliau kemudian menubuhkan cawangan Liga Filipina di Manila tahun 1892 dengan
tujuan untuk mendapatkan pembaharuan sosial,ekonomi dan politik bagi negara dengan
aman. Persatuan ini juga bertujuan melindungi penduduk Filipina daripada kekejaman
Sepanyol serta mengkritik golongan gereja yang menjadi penghalang kepada
kemerdekaan Filipina.

Akibatnya Jose Rizal telah dibuang negeri ke Dapitan di Pulau Mindanao pada Julai
1892.

Idea kesedaran ini telah memberi ilham kepada Andreas Bonifacio untuk menubuhkan
Katipunan (Kesatuan Putera-putera Republik) pada tahun 1892. Katipunan merupakan
sebuah pertubuhan yang cuba menyebarkan fahaman revolusi di Filipina sebagai satu
cara menggulingkan penjajahan Sepanyol.

Jose Rizal tidak bersetuju dengan Katipunan dan menasihati pemimpinnya agar tidak
mencetuskan revolusi. Katipunan melancarkan revolusi terhadap Sepanyol di Filipina
tahun 1896 namun gagal. Akibatnya, Jose Rizal ditangkap kerana disyaki bersubahat
dengan Katipunan dan dihukum tembak pada 30 Disember 1896.

2. MAHATMA GANDHI (MG)

(10M)

30
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

a. Perjuangan awal
-

Pada tahun 1915, MG pulang dari Afrika Selatan


Tahun 1918 mula terlibat dalam politik India melalui Parti Kongres India.
Bersifat sederhana dengan pelbagai cara seperti SATYAGRAHA atau pengaruh cinta
rohani.
MG menumpukan khidmat kepada orang-orang Harijan yang dianggap berkasta rendah.
MG membantah Akta Rowlat (1919) yang beri polis banyak kuasa dan kerajaan untuk
menyingkirkan individu-individu tertentu. Melalui pergerakan Satyagraha beliau
melancarkan hartal, tunjuk perasaan, mogok dan rusuhan di seluruh negara.
Pertempuran di Amristsar menyebabkan 2000 orang terbunuh.
Tekanan dan kegelisahan meluas terhadap golongan buruh dan petani seluruh India
menyebabkan MG diterima sebagai pemimpin masyarakat India.

b. GerakanTidak Bekerjasama
-

Peristiwa di Amritsar menyebabkan MG menukar taktik perjuangan kepada tidak


bekerjasama antara tahun 1921-22 bertujuan untuk melumpuhkan pentadbiran British.
MG membentuk barisan bersatu dengan pemimpin-pemimpin Islam bertujuan
memulaukan dewan perundangan, mahkamah undang-undang, sekolah dan kolej.
Gerakan ini juga menjalankan kempen memboikot barangan asing.
Gerakan ini mendapat sokongan daripada golongan borjuis seluruh India. Gerakan ini
berakhir apabila MG dipenjarakan selama enam tahun.
Tahun 1924, MG dibebaskan. Tahun 1930, MG dan pengikut telah berjalan kaki sejauh
200km dari Sabarti ke Dandi sebagai bantahan terhadap undang-undang garam yang
mewajibkan rakyat India membeli garam daripada kerajaan.
Tahun1931, British menjemput MG untuk menghadiri Persidangan Meja Bundar di
London tetapi gagal mencapai apa-apa persetujuan.

c. Perjuangan Kemerdekaan
-

Sepanjang tahun 1930-an,MG lebih memberi tumpuan terhadap perjuangan untuk


menghapuskan kasta di India.
Tahun1935, parlimen British meluluskan akta untuk memberi kemerdekaan kepada India
secara berperingkat.
Awal tahun 1940-an, Parti Kongres India mengambil langkah untuk mengusir British
keluar dari India. Pada tahun 1942, MG dan beberapa pemimpin nasionalis India
diberkas.

C. Kesimpulan (2/3 M)
1. Jose Rizal dan Mahatma Gandhi merupakan dua tokoh nasionalisme yang gigih
memperjuangkan nasib bangsa. Matlamat perjuangan mereka sama iaitu
membebaskan bangsa dan negara dari penjajahan Barat.

31
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


2. Jose Rizal meninggal dunia sebelum sempat menikmati erti kemerdekaan. Mahatma
Gandhi dikenang sebagai tokoh kemerdekaan India.
.

12. Bandingkan dasar luar Filipina dan India dari tahun 1945 hingga tahun 1963.
A. Pengenalan
(3/2M)
1 Selepas Perang Dunia Kedua, beberapa buah negara di Asia seperti Filipina, Myanmar,
Indonesia, India, Pakistan dan Sri Lanka telah mencapai kemerdekaan.
2 Dalam masa yang sama wujud pembahagian dalam politik dunia iaitu Blok Barat di
ketuai oleh Amerika Syarikat dan Blok Komunis diketuai oleh Rusia.
3 Namun, negara-negara yang baru merdeka memilih sama ada untuk memihak kepada
kedua-dua blok itu atau mengamalkan dasar berkecuali.
4 Dasar luar Filipina dan India antara tahun 1945 hingga tahun 1963 memperlihatkan
beberapa persamaan di samping perbezaan yang nyata antara kedua-dua buah negara.
B. Isi
Dasar luar Filipina

(10M)

1.

Filipina menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan semua agensi


khasnya. Pada tahun 1949, Jeneral Ramolo telah dipilih sebagai anggota Majlis
Pemegang Amanah Bersatu PBB. Jeneral Ramolo telah memperjuangkan tuntutan
negara-negara kecil untuk mengehadkan kuasa pembatal yang dipegang oleh
kuasa-kuasa besar. Filipina juga telah mengambil bahagian dalam Perjanjian
Gandum Antarabangsa dan Perjanjian Gula Antarabangsa.

2.

Dalam Pakatan SEATO, Filipina merupakan salah satu pihak yang


menandatanganinya dan ia diadakan di Manila. Filipina menganggap SEATO tidak
mempunyai kuasa yang kuat. Filipina inginkan SEATO berkuasa seperti NATO.

3.

Pada tahun 1961, Filipina, Thailand dan Tanah Melayu telah membentuk
Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) untuk mempromosikan hubungan kebudayaan,
ekonomi dan politik yang kukuh. Filipina juga mengetuai penubuhan MAPHILINDO
(Malaya, Filipina dan Indonesia) tetapi badan ini gagal apabila gagasan Persekutuan
Malaysia diumumkan. Delegasi Filipina telah menghadiri Persidangan Afro-Asia
yang telah diadakan di Bandung pada bulan April 1955.

32
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


4.

5.

Filipina telah menjadi badan sukarela membantu pelbagai agensi dalam bentuk
bantuan teknikal, ketenteraan dan kewangan. Sebagai contoh, seramai 6000 orang
tentera Filipina telah dihantar bersama-sama tentera lain PBB dalam Perang Korea
sebagai misi keamanan dunia. Filipina mendapat bantuan teknikal daripada PBB di
bawah program bantuan teknikal dalam bidang statistik, pembangunan industri,
koperasi, pembangunan tanah dan air, pengeluaran tanaman dan binatang,
perikanan, pembangunan perhutanan, kesihatan awam, tenaga atom serta
pendidikan.
Dari segi perdagangan luar, pada tahun 1956 hingga tahun 1960, Filipina mula
mengeksport pelbagai barangan asas dan bahan mentah pertanian, perhutanan dan
mineral seperti minyak bijirin, gula, kayu, tekstil, tembakau dan buah-buahan.
Menjelang tahun 1960, Filipina mengimport barang-barang seperti peralatan mesin,
peralatan pengangkutan, tekstil, bahan-bahan kimia, hasil ternakan kertas dan
peralatan perubatan.

Dasar luar India

(10 M)

1.

India menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 1946 dan
telah menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB. India juga menjadi
anggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan Rancangan Colombo. Puan
Vijaya Lakshimi Pandit ialah wanita pertama yang dilantik sebagai Presiden
Perhimpunan Umum PBB. Seorang rakyat India telah dipilih sebagai Pengarah
Agung FAO pada tahun 1956 dan dilantik sebagai Setiausaha pertama ECAFE. Ibu
pejabat penyelidikan dan pusat cawangan UNESCO serta UNICEF juga terletak di
Delhi.

2.

India juga pernah menjadi tuan rumah kepada Persidangaan Antarabangsa seperti
ECAFE pada tahun 1956 dan 1961. India juga menjadi tuan rumah kepada Bulan
Sabit Merah Antarabangsa dan Persidangan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957.
Semasa pemerintahan Nehru, India mengamalkan dasar tidak memihak kepada
mana-mana blok. Nehru berpendapat bahawa dasar berkecuali akan membawa
keamanan kepada dunia berbanding dengan dasar memihak kepada kuasa-kuasa
tertentu yang akan membawa kepada bencana dan peperangan. Oleh yang
demikian , India telah mengiktiraf rejim komunis China dan tidak menyertai SEATO.

3.

India memainkan peranan aktif dalam PBB. Pegawai-peagawai India dari Angkatan
Tentera India telah membantu menguatkuasakan perjanjian meletak senjata di
Korea dan gencatan senjata di Vietnam, Kemboja dan Laos. Pada tahun 1956, India
telah menghantar kontinjennya ke Mesir untuk membantu tentera pendamai PBB ke
Mesir. Semasa krisis Congo-Cuba, India merupakan penasihat kepada Setiausaha

33
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR


Agung PBB. Pada tahun 1961, lebih kurang 700 orang pakar dari India telah
dihantar ke lebih 24 buah negara di bawah Program Bantuan Teknikal PBB.
4.

Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri, serta
tekstil. Eksport terpenting India ialah teh dan jut yang merupakan dua pertiga eksport
India. Barangan eksport lain ialah seperti kain kapas, rempah ratus dan tembakau.
Barangan import pula termasuklah besi keluli, peralatan pengangkutan, beras dan
sebagainya. England merupakan pelanggan India yang utama diikuti Amerika
Syarikat, Jerman, Jepun, Rusia dan negara-negara perindustrian yang lain.

C. Kesimpulan (2/3 M)
1

Dasar luar India lebih menampakkan penglibatan secara aktif dalam pertubuhanpertubuhan antarabangsa berbanding dengan Filipina khususnya dalam Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu. Malahan beberapa orang rakyat India telah dilantik memegang
beberapa jawatan penting dalam PBB.
Penglibatan India dan Filipina dalam PBB dan pertubuhan yang lain berjaya
mengekalkan kemerdekaan dan keamanan di negara masing-masing selepas Perang
Dunia Kedua hingga tahun 1963. Hubungan luar dan hubungan perdagangan yang
diamalkan oleh Filipina dan India turut membantu perkembangan ekonomi di kedua-dua
buah negara.

Daripada:
Pn. Sarifah Othman
SMK Labis, Jalan Muar,
85300 Labis. Johor

34
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]

SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 2012 NEGERI JOHOR

35
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]