Anda di halaman 1dari 10

1.

PENDAHULUAN

Lihatlah sekitar alam, langit, bumi, lautan dan dataran yang luas terbentang ini, pastinya dicipta
oleh satu kuasa yang maha hebat, mana mungkin alam ini wujud dengan sendirinya tanpa ada
Penciptanya, juga mana mungkin makhluk berakal seperti manusia dan jin boleh wujud dengan
sendirinya ataupun dijadikan oleh alam yang tidak berakal mahupun berpengetahuan. Jelaslah
bahawa semua bukti-bukti penciptaan ini merupakan dalil tentang kewujudan Allah SWT
pentadbir sekelian alam. Sesuai dengan nama-Nya Al Khaaliq iaitu Maha Pencipta kepada
seluruh makhluk, Allah SWT menciptakan seluruh alam yang terbentang luas ini bukanlah sia-sia
malahan ia untuk dinikmati dan dihayati kehebatan dan kebesaran-Nya agar setiap makhlukNya
yang bernama manusia sentiasa mengingati, tunduk dan patuh serta merasa betapa indahnya
kewujudan mereka di dunia ini.
Allah Taala berfirman dalam kitab suci Al-Quran : Orang-orang yang mengingat Allah sambil
berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit
dan bumi, seraya berkata : Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia.
Maha Suci Engkau, lindungilah kami daripada azab neraka. (Ali Imran : 191) Dalam ayat ini
Allah mahu kita berfikir tentang kejadian langit dan bumi, dan tentunya berfikir juga tentang isi
kedua-duanya supaya terlihatlah bukti-bukti kekuasaanNya kepada kita. Apabila kita menyedari
betapa hebatnya kekuasaan Allah melalui pemerhatian dan penghayatan kita pada alam ciptaaanNya, wajiblah kepada kita untuk menyatakan kesyukuran kita kepada-Nya melalui hati, kata-kata
mahupun perbuatan. Cacing berada di dalam lautan tanah, ikan berada di dalam lautan air,
manusia berada di dalam lautan udara, dan planet bumi berada di dalam lautan alam semesta.
Kesemua lautan yang disebutkan tadi ialah ciptaan Allah yang sangat luar biasa lagi
mengasyikkan jika dibuat kajian dan renungan. Untuk pembentangan ini, kita akan khususkan
bicara kita pada lautan air yang menguasai lebih daripada 2/3 permukaan planet bumi. Secara
keseluruhannya, tulisan ini akan menghidangkan beberapa bukti kekuasaan Allah Taala dengan
bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dan aqli khususnya yang berkaitan dengan lautan, dan
seterusnya cara-cara untuk kita mensyukuri nikmatNya.
2.0

BUKTI KEKUASAAN ALLAH PADA LAUTAN

Lautan ialah himpunan air masin yang sangat banyak, yang meliputi 71% permukaan planet
bumi. Semua lautan dibatasi dari sudut sisinya oleh daratan sama ada dalam bentuk benua
ataupun pulau. Dari sudut atas bawahnya pula, umumnya lautan berada di antara udara dan
mukabumi dasar lautan. Bahagian lautan yang kecil disebut laut, selat ataupun teluk. Di dalam
lautan terdapat pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan. Setakat ini, dipercayai bahawa hanya
planet bumi yang mempunyai lautan air. Pada lautan dan isi kandungannya, terdapat banyak
sekali bukti kekuasaan Allah, cuma mungkin tidak ramai manusia yang mahu memikirkannya
dan mensyukurinya. Berikut dihidangkan beberapa bukti kekuasaan Allah pada lautan.

2.1

BANYAKNYA CIPTAAAN ALLAH DALAM LAUTAN

Khazanah lautan adalah lebih besar berbanding apa yang ada di daratan. Hal ini dinyatakan oleh
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali apabila dia mengaitkan peratusan lautan di planet bumi ini lebih
daripada peratusan daratan. Haiwan-haiwan besar di dalam laut pula adalah jauh lebih besar
berbanding haiwan di darat. Bukti yang kita sedia maklum adalah seperti besarnya gajah tidak
dapat menandingi besarnya ikan paus. Tentang kewujudan haiwan laut yang besar dinyatakan
dalam Al-Quran : Maka dia (Yunus) ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. (AsSaaffaat : 142) Besarnya ikan itu sehingga boleh menelan manusia, padahal sebesar-besar gajah
tidak mampu berbuat demikian. Kata Al-Ghazali lagi, umumnya semua haiwan di darat ada yang
semacam dengannya di dalam laut. Haiwan-haiwan ini seolah-olah datang daripada satu
keluarga. Contoh yang boleh kita ambil ialah anjing dengan anjing laut, singa dengan singa laut,
burung dengan ikan pari, kuda dengan kuda laut, gajah dengan gajah laut, kala jengking dengan
udang kara dan labah-labah dengan ketam. Bahkan banyak pula haiwan laut yang tidak ada yang
semacam dengannya di darat. Maksudnya, lebih lagi spesis haiwan di dalam laut berbanding
spesis yang ada di daratan. Dikatakan terdapat 230,000 spesis penghuni laut yang sudah
dikenalpasti, sedangkan masih banyak yang belum diketahui atau ditemui. Alangkah hebatnya
Allah! Sebegitu banyak spesis haiwan dan tumbuhan dalam lautan yang dicipta-Nya sedangkan
setiap spesis mempunyai rupabentuk yang berbeza. Kalau manusia yang diberi peluang untuk
mencipta, baru beberapa spesis haiwan, tentu sudah habis ideanya. Itupun ciptaan-ciptaaan itu
tidak dapat diberinya nyawa. Bolehlah kita katakan bahawa seluruh pelusuk daratan sudah pun
diterokai manusia, tetapi banyak lagi ruang dalam lautan yang manusia belum pernah sampai dan

belum dipetakan. Setinggi-tinggi gunung di darat, dalam lagi jurang di dalam lautan sana. Jurang
Mariana di Lautan Pasifik mempunyai kedalaman 10.9 kilometer sedangkan ketinggian gunung
tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest hanyalah sekitar 8.8 kilometer. Maksudnya Gunung
Everest akan tenggelam jika diletakkan di dalam jurang ini. Bayangkan berapa banyaknya
makhluk hidup dan tumbuhan yang Allah ciptakan sebagai penghuni alam lautan. Di sinilah
terletaknya antara bukti kebesaran Allah Taala.

2.2

AIR LAUT KEKAL MASIN

Antara perkara yang menakjubkan kita ialah betapa banyaknya spesis hidupan laut yang boleh
menjadi makanan kita dalam keadaan daging haiwan itu tidak masin sedangkan haiwan-haiwan
itu hidup di dalam air laut yang masin. Firman Allah Subahanahu wa Taala : Dihalalkan bagi
kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati dari laut, sebagai makanan bagi kamu dan
juga bagi orang-orang yang dalam perjalanan, tetapi diharamkan bagi kamu memburu binatang
buruan darat selama kamu sedang berihram. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya
kamu akan dikembalikan. (Al-Maaidah : 96) Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mengajar
kita bahawa : Ia (lautan) adalah suci airnya, halal bangkainya. (Turmizi, Ibnu Majah, Nasai)
Proses kitaran hujan juga pelik. Air laut yang masin diserap ke langit dalam bentuk wap. Tiba di
langit, ia turun ke bumi dalam rupa hujan, tetapi airnya tawar. Air tawar ini mengalir pula ke laut
melalui sungai-sungai, tetapi laut tetap masin. Semua sungai menghala ke laut. Semua sungai
airnya tawar. Tapi apabila semua aliran air tawar itu berkumpul di lautan, air laut tetap masin. Ke
mana hilangnya sungai-sungai berair atwar itu? Hal ini memang aneh. Lebih mengkagumkan
lagi apabila haiwan-haiwan di dalam lautan itu tidak terpengaruh zatnya dengan kemasinan air di
sekelilingnya, walau berapa lama pun haiwan-haiwan itu hidup di dalamnya. Hal ini juga
menjadi bukti kepada kebesaran Allah, bagi orang-ornag yang mahu menggunakan fikirannya.

2.3

LAUTAN SEBAGAI TENTERA ALLAH

Selautan air bermula dengan setitis air. Apalah sangat kuasa setitis air? Ya, setitis air kelihatan
tidak mempunyai apa-apa daya, tetapi titis-titis air yang kelihatan lemah lagi mudah dipisah-

pisahkan inilah yang berkumpul dan membentuk gelombang setinggi gunung. Titisan air ini
membentuk tentera Allah berupa tsunami yang melanggar dan memusnahkan sekian banyak
tumbuhan, petempatan, binaan, manusia dan haiwan di daratan. Kawanan titisan air inilah yang
menghasilkan putaran air laut yang mampu menarik dan menenggelamkan kapal-kapal besar.
Kisah lautan sebagai tentera Allah membinasakan Firaun dan tenteranya dijelaskan dalam AlQuran : Lalu Kami mengambil dia (Firaun) bersama-sama tenteranya. Kemudian Kami
campakkan mereka ke dalam laut, dalam keadaan tercela. (Az-Zaariyaat : 40) Juga dalam
Firman Allah yang berikut : Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami tenggelamkan
mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai
daripadanya. (Al-Araaf : 136) Lihat sahaja kejadian tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004
yang mengorbankan sekitar 230,000 jiwa di Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand dan lain-lain.
Air yang tidak pejal dan alunan ombak lembut gemalai diperintahkan oleh Allah bertukar
menjadi tenteranya berupa ombak setinggi 9 meter lalu mengakibatkan bencana yang dahsyat.
Tentera Allah yang lain di dalam laut ialah kepanasan dan lahar api daripada kawah-kawah
gunung-gunung berapi di dasarnya. Tentera-tentera ini sangat luar biasa keadaannya. Lahar
bernyala ini bersuhu lebih daripada 1,000 darjah Celsius tetapi panasnya tidak meluapkan air laut
dan air laut juga tidak membuatkan api ini terpadam. Alangkah ajaibnya! Dua unsur yang saling
bertentangan iaitu api dan air dapat hidup rukun bersekali di dasar laut sana tanpa yang satu
mengganggu yang satu lagi. Buktinya ialah Firman Allah yang berbunyi : Dan demi laut yang di
dalam tanahnya ada api. (Tur : 6) Cerita tentang api di dalam lautan ini disokong pula oleh
sebuah hadis iaitu : Sesungguhnya di bawah laut ada api, dan di bawah api ada laut. (Abu
Daud, Baihaqi, Al-Hakim) Kita biasa mendengar atau membaca berita tentang letusan gununggunung berapi di dasar lautan. Letusan yang menggegarkan kerak bumi dan menghamburkan
bahan-bahan panas membakar. Semua itu tidak lain ialah tentera Allah yang sentiasa patuh
kepada kehendak Allah. Hebatnya tentera-tentera Allah di dalam lautan sana, yang turut menjadi
bukti kekuasaan Penciptanya.
2.4

KEAJAIBAN UKURAN LAUTAN

Ukuran luas lautan dan ukuran suhu air laut sangat seimbang. Hal ini membuktikan kehebatan
kerja Penciptanya. Jumlah air laut dan suhunya sesuai untuk membolehkan manusia, haiwan dan
tumbuhan hidup di atas planet bumi ini. Jika air laut berkurang dengan banyaknya, suhu bumi

tidak dapat dineutralkan dan bumi akan menjadi sangat panas. Jika suhu air laut lebih panas pula,
simpanan ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan akan mencair menyebabkan paras laut menjadi
tinggi mendadak dan banyaklah kawasan dunia akan tenggelam. Jika hidupan laut terlalu banyak,
tidak cukuplah ruang alam lautan itu untuk dihuni. Jika terlalu kurang pula, akan semakin
pupuslah spesis-spesis di dalamnya kerana kitaran hidup alam lautan sudah tidak sempurna.
Sesungguhnya semua ciptaaan Allah termasuklah lautan dan isinya adalah mengikut kadar,
sukatan, timbangan, ukuran dan had tertentu yang begitu sempurna. Hal ini dijelaskan dalam AlQuran sebagai : Sesungguhnya Kami menjadikan sesuatu mengikut sukatan (ada ukuran
tertentu). (Al-Qamar : 49) Tentang ukuran keluasan permukaaan laut berbanding darat
dinyatakan di dalam Al-Quran melalui kod yang unik. Kajian moden mendapati lautan meliputi
71% daripada permukaan bumi manakala darat pula meliputi 29%. Memang Al-Quran tidak
menyatakan secara terang-terangan tentang nisbah ini tetapi melalui cara yang tidak disangkasangka. Dalam Al-Quran, laut disebut sebanyak 32 kali manakala daratan sebanyak 13 kali, maka
nisbahnya ialah 32:13. Apabila ditukarkan kepada bentuk peratusan nisbahnya ialah 71:29.
Nisbah lautan kepada daratan ini bersesuaian dengan pembuktian kajian zaman ini bahawa
sememangnya lautan meliputi 71% permukaan planet bumi manakala daratan ialah sebanyak
29%. Nisbah ini sudah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1400 tahun lalu.
Bukankah ini satu lagi bukti kekuasaan Allah?

3.0

CARA BERSYUKUR KEPADA ALLAH ATAS NIKMAT-NIKMATNYA

Bersyukur kepada Allah bermaksud menyatakan rasa berterima kasih melalui hati, perkataan atau
perlakuan kepada-Nya. Nikmat pula dari segi bahasa bermaksud pemberian atau anugerah. Oleh
itu cara mensyukuri nikmat Allah membawa erti cara-cara menyatakan penghargaan melalui hati,
lidah atau perlakuan kepada Allah Taala atas segala pemberian dan anugerahNya kepada kita.
Antara kelebihan bersyukur yang dinyatakan dalam Al-Quran ialah mendapat ganjaran daripada
Allah, sebagaimana FirmanNya : Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati dengan izin Allah,
sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barang siapa menghendaki pahala dunia,
nescaya Kami berikannya pahala itu, dna barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami
berikan kepadanya pahala itu, dan Kami akan memberikan ganjaran kepada orang-orang yang

bersyukur. (Ali Imran : 145) Bersyukur ada cara-caranya. Di bawah ini dihuraikan beberapa
cara untuk kita mensyukuri nikmat Allah kepada kita.

3. 1 PELIHARA NIKMAT YANG DIBERI OLEH ALLAH


Salah satu cara untuk kita bersyukur akan nikmat kurniaan Allah adalah dengan menghargai
nikmat-nikmat itu. Lautan ialah salah satu nikmat yang besar dari-Nya, maka kita mestilah
memelihara nikmat-Nya itu dengan sebaik-baiknya, bukan merosakkannya. Allah anugerahkan
kita air laut yang bersih, mensucikan, jernih, tidak berbau busuk, tanpa bahan cemar lagi sedap
untuk dipandang mata. Sebagai bukti kita mensyukuri nikmat lautan itu, kita mestilah
memelihara dan memulihara lautan. Bukankah tangan-tangan manusia yang telah dan sedang
merosakkan beberapa bahagian lautan? Hal ini sudah dimaklumkan oleh Allah melalui
FirmanNya : Telah timbul pelbagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautan dengan sebab
tangan manusia, kerana Allah hendak mereka merasakan sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk yang telah mereka lakukan. (Ar-Rum : 41) Lautan menghadapi ancaman ujian
nuklear, pembuangan sisa-sisa bahan berbahaya, pembangunan tidak terancang di pulau-pulau
dan pinggiran pantai, penerokaan dasar lautan yang tidak mengikut peraturan dan sebagainya.
Jika benar manusia bersyukur atas nikmat lautan ini, pastinya manusia tidak akan
merosakkannya. Kita yang punya kesedaran janganlah melakukan hal-hal yang mendatangkan
kecacatan kepada lauatan, dan dalam masa yang sama bersuara kepada masyarakat tentang
kepentingan menjaga lautan. Bukan untuk lautan sahaja, bahkan kepada semua anugerah Allah di
sekeliling kita seperti bukit-bukau, hutan-hutan, atmosfera, danau-danau, padang rumput dan
sebagainya. Beginilah salah satu cara bersyukur melalui hati, kata-kata dan perbuatan.

3.2 MENGAMBIL PELAJARAN DARIPADA NIKMAT YANG DIKURNIAKAN


Seluruh alam yang dijadikan Allah ini ada manfaatnya kepada kita. Salah satunya ialah buat hati
kita. Tidak ada makhluk yang dijadikan Allah sia-sia. Oleh itu semestinyalah hati kita mengambil
pelajaran daripada alam sekeliling termasuklah daripada lautan. Pandang lautan, dengar bunyi
lautan, sentuh lautan, dan rasa lautan, lalu ambillah pelajaran daripadanya. Itulah antara bukti

kita hamba yang bersyukur. Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menggambarkan
lautan itu seolah-olah ilmu Allah yang maha luas lagi tidak terduga. Jangankan hendak
menyelaminya, para rasul pun hanya dapat berenang-renang di tepiannya sahaja, apatah lagi kita
orang biasa. Dari sini hati kita mendapat pelajaran, bahawa pengetahuan kita sangat kerdil di sisi
Allah. Tunduklah hati kita kepada Allah melalui penghayatan kita terhadap laut. Allah Taala
sendiri ada menjadikan lautan sebagai perbandingan iaitu FirmanNya yang berbunyi :
Katakanlah (wahai Muhammad) : Seandainya lautan menjadi dakwat untuk (menulis) kalimatkalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat
Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula. (Al-Kahfi : 109) Antara
tujuan Allah menyatakan perbandingan sebegini tentunya untuk menarik hati manusia untuk
berfikir tentang salah satu nikmatnya iaitu lautan dan mensyukurinya. Ada orang-orang soleh
yang berdiri di tepi pantai, lalu mereka membayangkan lautan luas lagi dalam itu seolah-olah api
neraka yang mereka mungkin akan dihumbankan ke dalamnya. Dari situ hati mereka beroleh
pelajaran, lalu meningkatkan rasa takut dan harap kepada Allah. Ada pula orang yang
menjadikan lautan sebagai terapi jiwa melalui hasil karya mereka yang berinspirasikan lautan
seperti syair, lagu-lagu yang bermanfaat, kalimah-kalimah indah, pelahiran estetika kesusateraan
seeprti perumpamaan, metafora, hiperbola, personifikasi dan sebagainya. Beginilah salah satu
cara mensyukuri nikmat Alah khususnya lautan, iaitu dengan cara kita ambil peduli dan
menghayati, bukannya buat tidak peduli dan tidak menghargai.

3.3 BERSYUKUR MELALUI IBADAH


Mensyukuri nikmat Allah tidak akan lengkap tanpa menyempurnakannya dengan berabdi dan
beribadah kepada Allah. Apalah ertinya rasa bersyukur sedangkan amalan-amalan yang fardhu
dan wajib tidak ditunaikan, dan amalan-amalan sunat tidak bertambah? Orang yang benar-benar
bersyukur pasti akan lebih berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, bukannya sekadar
membuat dakwaan kosong kononnya dirinya berada dalam kalangan hamba-hamba Allah yang
mensyukuri nikmatNya. Lagi kuat rasa bersyukur, lebih kuat pulalah rasa kehambaan dan
keimanan. Bertambahnya rasa kehambaan dan keimanan, melonjaklah amal-amal soleh
khususnya dalam ibadah dan amalan sehari-hari. Antara ibadah dan amalan yang berkaitan ialah
solat fardhu, solat sunat, berzikir, membaca Al-Quran, memberi sedekah atau hadiah, dan

sebagainya. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan : Sesungguhnya jika kamu


bersyukur, nescaya Aku akan tambahkan (nikmat) kepada kamu. Tetapi jika kamu mengengkari
(nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat. (Ibrahim : 7) Sebelum kita mengharapkan Allah
menambahkan nikmat-nikmat-Nya kepada kita, maka kita pun kenalah terlebih dahulu
menambahkan amal-amal kita, sebagai bukti kesyukuran kita ke atas nikmat-nikmat sedia ada.

3.4 IKUT PERINTAH ALLAH.


Mensyukuri nikmat Allah mestilah dengan berusaha untuk mengerjakan segala yang diperintah
oleh Allah sekalipun yang kecil-kecil, dan berusaha untuk meninggalkan segala yang dilarang
oleh Allah sekalipun dalam hal yang kecil-kecil. Pendek kata, bersyukur mestilah dengan
kepatuhan. Seluruh alam patuh kepada Allah tanpa soal-soal lagi. Planet-planet berputar pada
paksinya mengikut arah yang diperintahkan Allah, lautan akur pada perintah pasang surut, awan
patuh bergerak ke tujuan, gunung-ganang setia pada tempatnya berperanan sebagai pasak bumi,
dan pelbagai lagi contoh kepatuhan makhluk kepada Khalik. Oleh itu manusia dan jin yang
diberi anugerah akal sudah semestinyalah menyatakan kesyukuran mereka dengan meletakkan
sesuatu bersesuaian dengan tempatnya, iaitu dengan mengerjakan segala yang disuruh dan
meninggalkan segala yang dilarang. Langit, bumi, lautan dan gunung-ganang yang besar itu pun
patuh sepenuhnya akan perintah Allah, apatah lagi kita yang kerdil ini. Ketundukan dan
kepatuhan alam dan isinya ini dinyatakan oleh Allah : Dan semuanya bersujud (patuh) kepada
Allah, baik yang di langit mahupun yang di bumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun
terpaksa dan (sujud pula) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang. (Ar-Rad : 15)
Nyatalah bahawa kepatuhan kepadaNya juga merupakan salah satu daripada cara untuk
mensyukuri nikmatNya.

4.0

KESIMPULAN

Begitulah rapatnya kaitan antara lautan, nikmat Allah dan kesyukuran kepada-Nya. Hal ini
dibuktikan melalui Firman Allah iaitu : Tidakkah engkau perhatikan bahawasanya kapal-kapal
belayar di lautan dengan nikmat Allah, agar diperlihatkan-Nya kepada kamu sebahagian daripada

tanda-tanda(kebesaran)-Nya?Sungguhlah pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda-Nya bagi


setiap orang yang teguh pendiriannya dan banyak bersyukur. (Luqman : 31) Lihatlah bagaimana
ketiga-tiga perkara utama yang menjadi pokok huraian kita di sepanjang tulisan ini iaitu lautan,
nikmat dan syukur berada dalam ayat yang sama. Jelaslah kepada kita bahawa seluruh alam ini
sebenarnya menjadi tanda dan bukti kepada kewujudan dan kekuasaan Penciptanya iaitu Allah
Taala. Beruntunglah manusia dan jin yang memanfaatkan mata hati dan mata akalnya untuk
menyaksikan bukti-bukti kewujudan dan kekuasaan Allah pada alam ini. Dari situ kita akan
menyedari bahwa seluruh alam ini tidak lain ialah nikmat anugerah Tuhan kepada kita. Bumi
dijadikan untuk kita berpijak dan bercucuk-tanam, awan untuk kita beroleh hujan, langit untuk
kita mengambil pelajaran, gunung-ganang untuk kita tenangkan fikiran, hutan-hutan untuk kita
manfaatkan hasilnya dan sebagainya yang semuanya untuk kita. Alangkah pemurah dan
pengasihnya Tuhan kepada kita dengan segala nikmatNya itu. Apabila kita sudah menyedari hal
yang sedemikian, maka wajiblah untuk kita bersyukur kepada Tuhan dengan sebenar-benar
bersyukur. Tidak cukup sekadar mendakwa diri bersyukur tanpa membuktikan kesyukuran itu
dengan hati, perkataan dan perbuatan. Dengan merenung dan menghayati kekuasaan Allah pada
lautan sahaja sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan kita tersungkur bersujud penuh
kesyukuran, belum lagi kita meneliti bukti-bukti kebesaran Allah yang lain. Satu hal yang pasti,
rasa bersyukur itu pada hakikatnya adalah milik Allah. Dialah yang berkuasa untuk
mencampakkan rasa bersyukur itu kepada mana-mana satu makhluk-Nya. Sesiapa yang
dianugerahkan-Nya rasa bersyukur, jadilah dia hamba yang bersyukur. Sesiapa yang tidak
dianugerahi-Nya, tidaklah terpilih sebagai hamba yang ebrsyukur. Oleh itu, di samping kita
sendiri berusaha menjadi hamba yang bersyukur, marilah kita bermohon kepada-Nya agar kita
termasuk ke dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang dipilihNya untuk dianugerahkan rasa
bersyukur itu. Semoga Allah terus melimpahkan nikmatNya kepada kita di dunia ini, dan
berterusan pula sehingga ke akhirat nanti, iaitu sehingga mendapatkan syurga-Nya. Amin ya
Allah. Abu Zulfiqar Al-Amsyari Julai 2013

RUJUKAN

Buku Abdul Majid Aziz Az-Zindani.(2004). Kitab Tauhid Diperakui Oleh Fakta Sains. Kuala
Lumpur : Pustaka Salam. Achmad Sunarto.(1989). Keutamaan Berfikir. Jakarta : Pustaka Amani.
Choiruddin Hadhiri.(1993). Klasifikasi Kandungan Al-Quran. Jakarta : Gema Insani Press.
Ismail Yakub.(1988). Ihya Ulumiddin Jiwa Agama. Kuala Lumpur : Victory Agensi. Al-Quran
Terjemahan Resm Uthmani.(2007). Kuala Lumpur : Pustaka Darul Iman. Internet Quraish
Shihab. Bagaimana Cara Bersyukur. http://nadiaqu.wordpress.com/bagaimana-cara-bersyukuroleh-quraish-shihab/

Cara

Bersyukur.

http://maggots.xtgem.com/islam/tiga%20cara

%20bersyukur Hijazi Ibrahim Tsarya. Cara Bersyukur dengan Perkataan dan Perbuatan.
http://zadud-duat.blogspot.com/2011/04/cara-bersyukur-dengan-perbuatandan.html#.UcUkTNhHUyk

Jurang

Mariana

Sedalam

11

Km.

http://hazrilhafiz.blogspot.com/2012/01/jurang-mariana-sedalam-11km-bukti.html Akhbar Cuaca


Ubah

Rasa

Air

Laut.

Berita

Harian

29

http://www.youtube.com/watch?v=lSjtjVEsqrY
http://www.youtube.com/watch?v=ikq0P7U0x4Q

April

2013

Tsunami
The

Video
Caught

Red
On

Beautiful

Sea

Diving
Camera
Ocean

http://www.youtube.com/watch?v=IvKJUkemRLc Majalah Majalah Terumbu. (Julai-Disember


2011). 25 Bubu Dirampas di Kawasan Taman Laut. Jabatan Taman Laut Malaysia
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai