Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
No 9, Tingkat 2, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah, 43300 Seri Kembangan,
Selangor, Darul Ehsan
Tel: 603-89442448
Faks: 603-89441448
e-mel: krsmusleh@gmail.com
Web site: www.musleh.com.my
Rujukan:
Tarikh:
Yang Berbahagia
Pengerusi Lembaga / Pengarah Eksekutif / Pengurus Besar / Pengetua / Guru Besar :
Sekolah Rangkaian RAKAN IKRAM MUSLEH
Tuan/Puan yang dihormati
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh
JEMPUTAN KE PERKHEMAHAN NASIONAL (KEMNAS) III PRAMUKA SIT INDONESIA
2015
Semoga tuan/puan sentiasa sihat sejahtera dan mendapat perlindungan daripada Allah SWT amiin.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa MUSLEH telah menerima jemputan untuk menyertai
Perkhemahan Nasional (KEMNAS) III Pramuka Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) yang
akan diadakan pada 3 7 November 2015. Sehubungan dengan itu pihak Sekretariat
KRSMUSLEH telah berbincang dan bersetuju untuk menghantar dua kontinjen KRS MUSLEH
yang terdiri daripada wakil-wakil SRI SMI yang terpilih.
3. Oleh kerana jumlah anggota kontingen adalah terhad, maka Sekretariat KRSMUSLEH telah
bersetuju untuk memilih wakil-wakil SRI SMI mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Satu kontinjen terdiri daripada 5 orang guru pengiring, 20 pelajar lelaki dan 20 pelajar
perempuan.
4. Berkaitan dengan pemilihan wakil sekolah maka pihak penganjur meminta supaya pihak sekolah
tuan/puan dapat menghantar senarai nama peserta dan pembayaran yuran sebelum atau pada 15
Ogos 2015. Oleh itu, pihak sekolah diminta membuat pemilihan daripada kalangan Kadet KRS
MUSLEH dan Tunas KRS Musleh di sekolah masing-masing.
5. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dilampirkan.
6. Bersama ini disertakan butir-butir lanjut program berkenaan :
a.
b.
c.
d.
e.
f.
7. Adalah diharapkan dengan program ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah Islamiah dalam
kalangan para peserta dan memantapkan kemahiran-kemahiran sebagai seorang pemimpin.
Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam menjayakan usaha ini sangat-sangat diharapkan.
8. Semoga program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada
Allah SWT. Di atas segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
Yang menjalankan amanah
Pengerusi
Setiausaha
sk.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. PEMILIHAN PESERTA:
Sekolah Menengah
a. Terbuka kepada semua pelajar dan guru
b. Perwatakan soleh
c. Mampu berkomunikasi dengan baik
d. Sihat fizikal
e. Mempunyai pakaian seragam KRS MUSLEH yang lengkap (T-Shirt dan No.4)
f. Guru pengiring dibiayai oleh pihak sekolah
Sekolah Rendah
a.
b.
c.
d.
e.
f.
2. MAKLUMAT PESERTA
a. Nama penuh pelajar
b. Nama penuh bapa
c. Nama sekolah & alamat
d. No. Kad Pengenalan
e. No. Pasport
f. Tempat lahir & Tarikh lahir
g. Tingkatan / tahun
h. Berat & Tinggi
i. Gambar bersaiz pasport 2 keping (emailkan gambar digital)
j. Surat kebenaran ibubapa contoh lampirkan
k. Salinan muka depan pasport
l. Saiz t-shirt (S/M/L/XL)
(emailkan senarai peserta, salinan pasport, borang peserta & kebenaran waris)
3. YURAN PENYERTAAN :
a. Yuran penyertaan yang ditetapkan ialah RM 2000.00 seorang meliputi kos:
i. Tambang kapalterbang pergi/balik
ii. Tambang pengangkutan
iii. Yuran pendaftaran
iv. Kos keperluan makan minum di sana tidak disediakan oleh penganjur
v. Latihan berpusat termasuk bayaran makan, penginapan dan latihan sebelum
perkhemahan
b. Penyediaan pasport adalah di bawah tanggungjawab sekolah / ibubapa
*** Kamera, telefon pintar dan barang berharga adalah di bawah tanggungjawab sendiri
Barang-barang merbahaya dan salah disisi undang-undang adalah dilarang sama sekali dibawa
bersama.
.....................................................
(
)
No.KP :
.......................................
Tarikh
BORANG PENDAFTARAN
PERKHEMAHAN NASIONAL PRAMUKA SIT
MALANG, SURABAYA, INDONESIA
3 7 NOVEMBER 2015
Nama sekolah ;.................................................................................................................................
No Tel. & Fax ;....................................................................................................................................
Jumlah keseluruhan anggota di sekolah:Lelaki ;......................Perempuan :......................
Jumlah seksyen:
Lelaki......................Perempuan:.......................
Jumlah Platun:
Lelaki......................Perempuan........................
Pangkat
Lain-lain
Sarjan KRSM / TKRSM
Staf Sarjan KRSM
Pegawai Waran
Pegawai Pengiring
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Lain-lain
Bil
Nama
Pasport
Sarjan
Bil
Nama
Pasport
Staf Sarjan
Bil
Nama
Pasport
Pegawai Waran
Bil
Nama
Pasport
Pegawai Pengiring
Bil
Nama
Pasport
Disediakan oleh
Disahkan
.....................................
....................................
Komandan