Anda di halaman 1dari 6

Anak Ikan yang Suka Menipu

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita
saya bertajuk Anak Ikan yang Suka Menipu
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama
Tony. Tony tidak disenangi rakan - rakanya kerana ia suka menipu dan
mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony
akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu
ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu.
Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut
dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas
kasihan.Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat
mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai
Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu.
Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari
lalu bersembunyi di celah-celah batu.
Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka
mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di
sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan
aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.
Begitulah kisah ikan yang suka menipu. Oleh yang demikian, kita
haruslah sentiasa bercakap benar dan sama sekali jangan menipu kepada
sesiapapun. Kerana ianya akan memakan diri kita sendiri. Sekian dan
terima kasih.

Kera Yang Tidak Berumah


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita
saya bertajuk Kera yang tidak berumah
Pada suatu hari, hujan turun dengan lebatnya. Maka kera-kera itu
pun menjadi kelam kabut. Mera berlompatan kesana kesini mencari tempat
berteduh. Anak dan isteri kera bertanya, bilakah mereka akan memiliki
rumah. Bapa kera berjanji akan membina rumah apabila hujan teduh.
Setelah hujan berhenti, kera-kera itu berlompatan riang sambil
mencari makanan. Soal membuat rumah di lupakan begitu sahaja. Apabila
hujan turun lagi, kera-kera tersebut sbuk mencari tempat berteduh. "Hujan
turun lagi lah bang. Kalau kita ada rumah, kan senang untuk kita berteduh,"
kata isteri kera. "Ya lah Pak, kenapa tak buat rumah lagi?" bertanya pula si
anak kera. "Ah nantilah. Bila hujan teduh kita akan buat rumah," balas
bapak kera si kera jantan.
Namun bila hujan berhenti, segala-galanya di lupakan begitu sahaja.
Janji tinggal janji, segalanya tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya mereka
hanya bergembira dan hanya teringat kembali bila hujan tiba. Bila hujan
berhenti, segalanya akan lupa kembali. Hingga hari ini tiada satu keluarga
kera pun yang mempunyai rumah.
Kawan-kawan, janganlah kita bersikap malas seperti si kera jantan.
Kalau kita malas kelak kita yang akan rugi. Kita juga janganlah sesekali
berjanji kosong kerana orang tidak akan mempercayai kita lagi. Sekian
sahaja cerita saya, terima kasih.

Semut dan Merpati


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Cerita
saya bertajuk Semut dan Merpati
Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai.
Tiba-tiba angin bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut
yang malang itu terkapai-kapai di dalam air.
Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung merpati berehat di
pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan pantas, dia
memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air berhampiran
semut.
Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke tebing
sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya
akan menolongmu suatu hari nanti."
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke tempat itu
untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok.
Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan
busur dan anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak
segalanya. Dia teringat burung merpati itu pernah menolongnya.
Dengan pantas, semut mengingit kaki pemburu. Dia melompat
kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila terdengar jeritan
kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima kasih,
semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."
Demikianlah cerita semut dan merpati. Oleh itu, kita haruslah
menolong orang yang berada dalam kesusahan kerana kita juga pasti
ditolong apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Sekian sahaja cerita
saya, sekian dan terima kasih.

Burung Tiung Menyelamatkan Tikus


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk Burung Tiung Menyelamatkan Tikus.
Pada suatu hari, Michael iaitu seekor tikus berjalan-jalan di dalam
hutan. Ia dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Ia berjalan sambil
menyanyi-nyanyi riang. Michael tidak menyedari yang Larry sedang
memerhatikannya. Larry ialah seekor kucing. Ia sedang bersembunyi di
sebalik pokok. Larry ingin menangkap Michael. Ia ada idea untuk
memerangkap Michael .
Larry berbaring di atas jalan yang akan dilalui oleh Michael. Ia
berpura-pura mati. Ketika itu, Mary iaitu seekor burung tiung sedang
berehat di atas dahan berhampiran tempat itu.
Dari situ ia melihat tikus dan kucing itu. Aku mesti beri amaran
kepada Michael, kata Mary. Michael tidak menyedari bahaya yang sedang
menantinya. Ia terus berjalan dengan riangnya. Ia semakin menghampiri
bangkai kucing itu. Tiba-tiba Mary muncul. Berhenti! Jangan hampiri
kucing itu! kata Mary. Kenapa? Tanya Michael dengan hairan.
Ia sedang menunggu untuk membaham kamu! kata Mary lagi.
Mana mungkin! Kucing itu sudah mati! kata Michael. Ia hanya berpurapura mati, kata Mary. Saya akan buktikannya, Kemudian Mary menjerit,
Hei, kucing yang mati itu, buka mulut kamu sekarang! Larry segera
membuka mulutnya. Ia menyangka tikus itu sudah menghampirinya. Betul
cakap awak. Terima kasih kerana telah menyelamatkan nyawa saya, kata
Michael.
Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,
Sentiasalah kita berhati-hati dengan bahaya kerana malang itu tidak
berbau. Kita juga haruslah sentiasa mengingatkan rakan kita agar berhatihati sentiasa. Saya akhiri cerita ini dengan ucapan sekian dan terima kasih.

Katak Yang Suka Berlagak


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk Katak yang Suka Berlagak.
Basil ialah seekor katak yang besar. Ia tinggal di sebuah kolam
bersama-sama dengan katak-katak yang lain. Namun katak-katak lain lebih
kecil daripadanya. Ini menyebabkan Basil suka berlagak. Ia menganggap
dirinya paling hebat. Lihat, akulah haiwan yang paling besar di dalam
kolam ini! kata Basil dengan sombongnya. Basil menganggap dirinya
ketua. Katak-katak lain dikerah mencai makanan untuknya.
Pada suatu hari, katak-katak itu tidak membawa makanan untuk
Basil. Tuan, terdapat anjing yang besar di tepi kolam. Kami takut untuk
keluar mencari makanan, kata salah seekor katak. Apa, ada haiwan yang
lebih besar daripada aku? jerit Basil dengan marah. Betul, haiwan itu
lebih besar daripada tuan! jawab katak itu. Basil berasa sungguh marah.
Ia melompat ke atas batu yang besar di tepi kolam.
Kemudian dia menghirup udara dengan banyaknya. Perutnya mula
kelihatan menggelembung. Lihat! Adakah haiwan itu lebih besar daripada
aku? Tanya Basil. Ya, haiwan itu lagi besar! kata katak-katak itu. Basil
semakin tidak puas hati. Basil terus menghirup udara. Perutnya menjadi
semakin besar, seperti sebiji belon. Namun Basil masih tidak puas hati. Ia
masih mahu kelihatan lebih besar daripada anjing itu.
Ia terus menghirup udara. Tiba-tiba Bang!! Bunyi yang kuat itu
mengejutkan katak-katak yang lain. Mereka melihat perut Basil pecah.
Akhirnya Basil mati kerana lagaknya.
Para hadirin sekalian,
Janganlah kita berlagak dengan kelebihan kita walaupun kita tampak
hebat. Kita haruslah sentiasa merendahkan diri agar ramai orang suka
berkawan dengan kita. Sampai disini sahaja cerita saya, sekian dan terima
kasih.

Belalang yang Degil


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif serta
bijaksana. Penjaga detik yang patuh pada waktu serta kepada guru-guru
dan rakan-rakan yang saya kasihi. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk Belalang yang Degil.
Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka
menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam
taman yang indah itu. Taman bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiaptiap hari, belalang akan menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu
pokok ke pokok yang lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam
taman itu. Ada rama-rama, kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat
tinggal di taman itu. Mereka sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk
bermain tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan
berpindah untuk berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak
percaya hujan akan tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari
sendirian. Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur
kerana keletihan. Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia
berasa sangat lapar tetapi di rumahnya tiada makanan.
Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya
dalam hati. Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga,
hujan tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak
mengikut nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan.
Akhirnya belalang jatuh sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan
belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang
apabila melihat belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut
dan rakannya yang lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang
sembuh dan sihat. Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada
rakannya.
Hadirin yang dikasihi, janganlah kita bersikap degil seperti Si
Belalang. Kalau kita tidak mendengar nasihat kelak kita yang akan rugi.
Oleh itu, haruslah kita mendengar nasihat ibu bapa, guru-guru dan orang
yang lebih tua. Sampai disini sahaja cerita saya. Sekian dan terima kasih.