Anda di halaman 1dari 7

AMALAN HARIAN SESEORANG BUDDHIS

Oleh: Bhante Dr K Sri Dhammananda


Sebagai satu agama serta cara hidup yang benar, Buddhisme sangat dihargai oleh
orang-orang berintelek tinggi di seluruh pelusuk dunia. Perkara ini disebabkan Buddha
merupakan guru yang amat semourna pengetahuannya dan berpandangan liberal.
Cara hidup sesorang Buddhis amat sederhana, bebas daripada kepercayaan
membutatuli dan dogma-dogma. Malangnya ramai orang belum mengerti bagaimana
menempuh cara hidup Buddhis yang sebenar.
Dewasa ini di merata dunia, bahkan di kalangan komuniti Buddhis sendiri, berbagai
kepercayaan dan amalan masih dilakukan sebagai amalan agama ini. Banyak di antara
amalan-amalan ini bukan ajaran asli Buddha dan kadangkala bertentangan pula dengan
ajarannys. Sebenarnya ramai orang telah mengabaikan dan melupakan cara hidup
seseorang Buddhis yang betul. Ramai juga yang keliru terhadap aspek-aspek tertentu
yang penting di dalam agama ini. Dengan tujuan menghilangkan kekeliruan ini dan
memberi penjelasan kepada masyarakat Buddhis, buku kecil ini dicetak.
Memahami cara hidup seseorang Buddhis bererti menempuh cara hidup yang benar.
Untuk menghargai sifat kehidupan ialah untuk mencapai satu kehidupan yang bahagia
dan damai.
Orang-orang tertentu yang disebut golongan intelek menggunakan Buddhismehanya
sebagai satu dasar bagi tajuk perbincangan mereka tentang aspek-aspek metafizika dan
falsafah agama ini. Mereka mengejek bahkan hingga ke tahap menyalahkan amalanamalan kebudayaan Buddhis yang telahpun diterima umum. Perkara ini bukan satu
sikap yang betul dan sihat terhadap agama.
Agama yang tidak mempunyai pengertian dan yang belum meresap ke dalam
kebudayaan tidak akan dapat bertahan; ia hanya akan menjadi falsafah kering yang
akan menghilang selepas beberapa waktu. Sifat tolak-ansur merupakan perkara utama
di dalam ajaran Buddha. Jika seseorang tidak dapat menerima amalan budaya yang
tertentu, dia harus setidak-tidaknya membiarkan amalan tersebut. Seseorang harus
meneliti pengertian dan makna disebalik amalan tersebut, bukannya mengeluarkan
kata-kata lancang dan tidak tepat pada tempatnya.
Kebudayaan Buddhis telah meresap ke dalam setiap aspek kehidupan kita. Kita sedia
maklum bahawa Buddhisme merupakan satu agama yang membimbing kita menuju
kehidupan yang lebih baik di alam ini dan selanjutnya. Menjadi tugas kita untuk
menyisat, mempelajari, memahami serta melaksanakan apa yang disediakan untuk kita
oleh agama ini. Kita memerlukan bimbingan agama untuk kehidupan sehari-harian.
Upacara dan adat-istiadat, walaupun diterima sebagai bahagian pelengkap bagi agama,
tidak dengan sendirinya menjadi unsur asas agama. Kemajuan batin merupakan aspek
terpenting di dalam agama. Untuk mencapai kemajuan batin, kita harus bermula
dengan memupuk asas moral yang kuat supaya kita mempunyai satu dasar yang teguh.
Dengan memahami ajaran Buddha kita boleh mendapat inspirasi batin yang diperlukan.
Kita akan rasa berterima-kasih dan ingin memberi penghormatan kepada Buddha,
Ajarannya dan Sanghanya. Dengan demikian kita mempunyai tiga objek suci untuk kita
hormati, iaitu Buddha, Dhamma, dan Sangha, yang di dalam bahasa Pali di sebut
TiRatana. Pencapaian kemajuan batin dan penghormatan kepada TiRatana adalah
jalan yang dapat membimbing satu cara hidup yang betul menuju kedamaian,
kebahagian dan keselamatan mutlak, iaitu matlamat setiap Buddhis. Sementara kita
beraspirasi tinggi, kita tidak harus lupakan atau mengabaikan perlaksanaan dan amalan
1

keagamaan seharian yang mengingatkan kita pada tanggungjawab terhadap agama.


Dengan tujuan untuk mengingatkan kepada semua yang berkenaan terhadap kewajipan
mereka kepada agama, maka satu ringkasan peraturan mengenai perlaksanaan dan
amalan agama Buddha diterangkan untuk kepentingan pembaca.

PERLAKSANAAN HARIAN
Sebagai seorang Buddhis, wajar untuk kita memiliki sebuah imej atau gambar Buddha di
dalam rumah, bukan sebagai perhiasan untuk dipamarkan. Akan tetapi sebagai satu
objek penghargaan dan penghormatan. Rupabentuk Patung Buddha yang tenang, yang
melambangkan Metta (kasih sayang suci), kesucian dan kesempurnaan melahirkan satu
sumber inspirasi yang boleh menolong kita mengatasi segala kesulitan, keresahan atau
salah faham semasa menjalankan kegiatan harian kita di dalam dunia yang serba
pancaroba ini. Hidup penuh dengan rintangan
yang boleh dihindari jika kita
melaksanakan ajaran-ajaran mulia daripada Guru Agung kita. Ketika menghormati
Buddha, kita dapat bermeditasi walaupun sebentar, dengan memusatkan fikiran kita
pada sifat-sifat Buddha yang agung dan mulia kita dapat menyempurnakan diri melalui
inspirasinya.

MENGHORMATI BUDDHA SETIAP HARI SEBAGAI AMALAN HARIAN


Sebagai penganut Agama Buddha, kita harus untuk memberi penghormatan. Kepada
Guru Agung kita setipa hari . Amalan ini boleh dilakukan pada awal pagi atau lewat
malam sebelum tidur. Ketika melakukan amalan ini, puja berfaedah jika usaha dibuat
untuk membaca Sutta. Cara hidup begini satu amalan Buddhis yang mulia. Ibu-bapa
harus memupuk amalan-amalan agama yang bermanfaat dan yang dihormati sepanjang
zaman dikalangan anak-anak mereka dengan menyedari dan menghargai pusaka yang
berharga ini.
Ibu-bapa yang beragama Buddha digalakkan menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Minggu Buddhis atau kelas-kelas agama untuk melatih mereka menjadi anakanak yang bertanggungjawab dan warganegara yang baik.
Sementara seseorang Buddhis digalakkan untuk melaksanakan amalan agama di dalam
rumah, mereka juga diingatkan supaya tidak melupakan atau mengabaikan kewajipan
sosial mereka terhadap kegiatan-kegiatan di vihara (wat) pada hari bulan purnama dan
hari bulan-baru (hari pertama dan hari ke-15 kalendar Cina. Kunjungan ke sesebuah
vihara dan menyertai dalam upacara keagamaan dianggap sebagai satu perbuatan
yang berpahala. Mengamal Delapan Sila (Attha Sila) oleh para penganut pada perayaan
tanggal satu dan limabelas merupakan satu perbuatan yang berpahala serta berpatutan.
Mereka yang menyertai upacara ini diminta untuk berpakaian sederhana yang serba
putih dan berada di vihara selama sehari mengambil bahagian di dalam upacaraupacara keagamaan seperti meditasi, perbincangan agama, membaca buku-buku
agama serta mngembangkan kasih sayang suci.

PERAYAAN-PERAYAAN

Di dalam menyelenggarakan perayaan-perayaan sosial atau kekeluargaan, umat


Buddhis dinasihatkan supaya tidak berkelakuan sedemikian rupa hingga melanggar
prinsip-prinsip Buddhis asas seperti Panca Sila dan Jalan Mulla Lapan Lipis. Tatasusila
Buddhis harus dipertahankan. Mereka tidak boleh membiarkan diri mereka menjadi
mabuk atau dipengaruhi oleh sebarang bentuk keseronokan, tetapi mereka seharusnya
mengadakan perayaan-perayaan tersebut dengan cara terhormat sepadan dengan
kedudukan mereka sebagai seorang Buddhis yang terpelajar. Semasa merayakan
upacara sosial, seseorang dinasihatkan supaya tidak melupakan aspek-aspek rohani
berkenaan dengan perayaan tersebut. Gunakan kesempatan ini berkunjung ke vihara
untuk menerima berkat TiRatana .

TRADISI DAN ADAT


Perlaksanaan tradisi dan adat nasional tidak semestinya perlu dibuang bila seorang
menjadi penganut atau mengikuti ajaran Buddha. Sesungguhnya Buddha menasihati
pengikut-pengikutnya supaya menghormati tradisi dan adat mereka jika ianya bererti,
penting dan tidak merosakkan kebahagian orang lain. Sebaliknya, jika amalan-amalan
ini bertentangan atau melanggar prinsip-prinsip asas agama Buddha, membahayakan
orang lain atau yang boleh menyusahkan, maka amalan-amalan itu hendaklah dibuang
walau betapa baik pun tujuan amalan-amalan tersebut. Bahkan semasa mengatur
upacara keagamaan kita, menjadi tanggungjawab kita untuk menyusun upacaraupacara itu dengan cara-cara yang terhormat yang diterima tanpa menyusahkan orang
lain. Pengertian ini sangat penting dalam melaksanakan amalan agama kita di dalam
masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

PEMBERKATAN RUMAH
Medudukii sesebuah rumah baru atau berpindah dari sebuah rumah ke sebuah yang
lain sering diikuti dengan beberapa bentuk perayaan atau majlis keramaian. Tidak ada
karangan terhadap perayaan seperti ini tetapi selain daripada perayaan daripada segi
sosial adalah menjadi satu tradisi Buddhis bagi keluarga itu menjemput para bhikkhu
untuk mendapatkan berkat Ti-Ratana demi kedamaian, kesejahteraan dan keharmonian
seisi rumah.

PENGHORMATAN KEPADA DEWA


yang Di dalam beberapa keluarga Buddhis, sekali-sekala diadakan kenduri-kenduri
tertentu atau pesta-pesta khas untuk menghormati dewa yang dipuja di dalam rumah
mereka atau di vihara. Walaupun tidak ada bantahan spesifik untuk perkara ini selagi ia
tidak melanggar asas-asas utama Buddhis, kita harus sedia maklum bahawa pestapesta sedemikian tidak membantu kemajuan batin kecuali untuk keuntungan material
duniawi sahaja.
Perkara-perkara itu harus dibezakan dengan jelas daripada
Buddhisme. Oleh itu, kita tidak harus memperkenalkan adat atau amalan menurut
tradisi sebagai amalan-amalan Buddhis. Menurut ajaran Buddha, cara yang betul untuk
mengenang dan menghormati dewa-dewa dengan mendanakan pahala kepada mereka
setelah melaksanakan perbuatan berpahala dan memancarkan kasih sayang suci
kepada mereka melalui meditasi.
3

MEMBERKATI BAYI YANG BARU LAHIR


Ibubapa kepada anak yang baru dilahirkan dijemput membawa anak sebulan selepas
kelahirannya ke vihara untuk memerima berkat Ti-Ratana. Persembahan bunga-bunga,
dupa, lilin atau buah-buahan boleh dilakukan di vihara dan para bhikkhu yang tinggal di
situ dijemput untuk membaca sutta-sutta memberkati anak. Jika sudi, nasihat boleh
didapati daripada bhikkhu untuk memberi nama Buddhis yang sesuai bagi anak itu.

PERKAHWINAN
Telah diperhatikan bahawa ramai Buddhis mudah melupakan keperluan spiritual mereka
berkenaan dengan peristiwa yang paling penting dan saat yang paling bertuah di dalam
hidup mereka perkahwinan mereka. Adalah menjadi adat di beberapa negara Buddhis
bahawa pasangan yang bertunang mengundang para bhikkhu untuk mengadakan
upacara pemberkatan di rumah mereka ataupun di vihara sebelum hari persandingan.
Jika dikehendaki, upacara pemberkatan tersebut boleh dilakukan selepas perkahwinan
yang biasanya berlangsung di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan atau di rumah pihakpihak yang berkenaan.
Diharapkan agar semua pasangan-pasangan Buddhis akan mengamal dan
mengerjakan dengan rajin kewajipan-kewajipan agama bila mereka berkahwin.
Persembahan yang sederhana berupa bunga-bunga, dupa dan lilin sahaja diperlukan
untuk upacara pemberkatan sederhana yang boleh disertai oleh ibubapa kedua belah
pihak dan saudara-mara serta kawan-kawan yang dijemput untuk turut serta.
Perkhidmatan keagamaan yang dilangsungkan pada hari yang bertuah ini akan menjadi
satu sumbangan spiritual untuk kejayaan, kemajuan serta kebahagiaan pasangan yang
berkahwin.

SAKIT
Dalam keadaan ketika ditimpa kesakitan, selain daripada menumpu kepada rawatan
perubatan yang biasa, adalah baik juga para bhikkhu dijemput untuk melakukan upacara
pemberkatan agama yang bertujuan mempercepatkan penyembuhan pesakit.
Pemberkatan seperti ini dapat menanam pengaruh spiritual dan psikologi pada pesakit
sehingga mempercepatkan penyembuhannya.
Terutamanya bila penyakit
berhubungan dengan psikologi pesakit dan lemah semangat, upacara pemberkatan
spiritual oleh seorang bhikkhu banyak membantu memperapatkan penyembuhannya.
Seorangnya terdapat kepercayaan bahawa penyakit itu disebabkan oleh pengaruh
buruk dari luar atau hantu upacara pemberkatan agama adalah penawar yang baik.
Walaubagaimanapun, sebagai seorang Buddhis yang mengerti agamanya, kita tidak
seharusnya menyerah diri kepada kepercayaan-kepercayaan atau khayalan-khayalan
karut bahawa penyakit kita disebabkan oleh hantu. Nasihat Buddha : Bila badanmu
sakit, jangan biarkan fikiranmu juga menjadi sakit, sungguh tepat pada masanya.
Sesuai dengan nasihat ini, kita harus berpandu kepada kecerdasan minda dan fikiran
untuk mengutamakan rawatan yang sesuai dengan penyakit kita, bukannya menyerah
kepada ketahyulan yang tidak berasas. Meskipun demikian, kita harus sentiasa ingat
bahawa jatuh sakit sebahagian daripada kewujudan harian di dalam dunia dan kita
harus menerimanya dengan sikap yang positif.

UPACARA UNTUK KEMATIAN


Hidup manusia memang tidak menentu tetapi kematian di suatu hari kelak sudah pasti
akan terjadi. Namun begitu, kematian satu peristiwa yang sedih dan memilukan.
Upacara kematian yang akan dilangsungkan mesti suatu upacara yang sopan dan
bersesuaian dengan keadaan. Bertentangan dengan kepercayaan popular di dalam
masyarakat, upacara perarakan pengkebumian orang Cina yang bising, dan kadangkala menunjuk-nunjuk yang menelan belanja ribuan ringgit dan sering disindir sebagai
amalan agama Buddha sebenarnya bukan amalan Buddhis sama sekali. Kebiasaan ini
ekoran daripada adat dan tradisi kuno yang berasal daripada generasi lampau.
Penganut-penganut agama lain sering hairan bila melihat perarakan seperti itu, Apakah
upacara itu untuk merayakan satu pesta yang gembira ataupun perarakan
pengkebumian yang sopan dan bertepatan pada waktunya. Walaupun Buddhisme tidak
keberatan terhadap penerusan amalan-amalan tersebut selagi ianya tidak bertentangan
ddengan ajaran-ajaran Buddha, tetapi dirasai bahawa sudah sampai waktunya amalanamalan yang merugikan, tidak ekonomi, dan yang tidak memberi manafaat kepada si
mati harus dihapuskan. Perlaksanaan upacara-upacara tradisi yang cerewet atau
istiadat pengkebumian sedemikian yang kadang-kala berlanjutan sampai berhari-hari
atau berminggu-minggu lamanya patut dibuang serta tidak digalakkan. Amalan tradisi
yang lain ialah pembakaran kertas-colok dan rumah kertas yang dimaksudkan untuk
kepentingan si mati. Amalan seperti ini jelas bukan bersifat Buddhis dan patut
dihentikan.
Istiadat pengkebumian secara Buddhis harus sederhana, sopan, terhormat dan bererti.
Para bhikkhu boleh dijemput ke rumah si mati untuk membaca sutta-sutta sebelum
menjalankan pengkebumian. Perkhidmatan seperti ini diberi dengan sukarela tanpa di
kenakan bayaran oleh para bhikkhu. Persembahan bunga-bunga, pembakaran colok
dan lilin merupakan amalan kebiasaan.
Pada hari pengkebumian, khidmat para bhikkhu boleh diminta untuk melaksanakan
upacara agama yang diperlukan di rumah dan di perkuburan. Telah menjadi kebiasaan
bagi orang-orang Cina untuk menghidang segala jenis masakan termasuk babi bakar
dan ayam sebagai simbol persembahan untuk si mati. Amalan ini juga merupakan satu
amalan tradisi yang tidak digalakkan oleh Buddhisme. Persembahan bunga yang
sederhana berserta dengan pembakaran dupa dan lilin sudah mencukupi sebagai
simbol persembahan.
Penyembelihan binatang-binatang yang tidak berdosa untuk dijadikan persembahan
korban bagi si mati jelas bertentangan dengan ajaran Buddha yang maha pengasih dan
patut dihapus sama sekali.

PENGKEBUMIAN DAN PEMBAKARAN MAYAT


Ramai penganut agama Buddha mengalami masalah menentukan sama ada mayat si
mati patut dikebumikan ataupun dibakar. Buddhisme bersikap dalam perkara ini.
Tidak ada peraturan yang keras dan ketat, meskipun di beberapa negara Buddhis,
pembakaran mayat merupakan amalan kebiasaan. Pemilihan atas sesuatu cara
penguburan pada dasarnya bergantung pada permintaan terakhir daripada si mati atau
atas budibicara sanak-saudaranya.

Daripada segi pandangan moden pembakaran mayat satu bentuk penetapan mayat
yang bersih dalam segi kesihatan dan patut digalakkan. Dengan kemajuan taraf
kesihatan dan meningkatnya bilangan penduduk, tanah yang sesuai dipakai untuk
pertanian, perumahan dan industri semakin tidak mencukupi. Oleh itu dinasihatkan
supaya pembakaran mayat dipilih untuk membolehkan tanah yang berharga gunakan
untuk orang yang masih hidup daripada memenuhi tanah dengan batu nisan yang tidak
terkira banyaknya.
Baik dalam pengkebumian mahupun pembakaran mayat, telah diperhatikan bahawa
terdapat orang-orang tertentu memasukkan barang-barang berharga milik si mati ke
dalam keranda atau tempat pembakaran dengan harapan dan kepercayaan bahawa si
mati akan menerima faedah daripadanya. Selain daripada perasaan sentimen terhadap
perbuatan itu, mengharapkan bahawa pengkebumian atau pembakaran barang-barang
tersebut sesungguhnya akan mendatangkan pahala adalh sia-sia.
Daripada
dimasukkan ke dalam keranda atau tempat pembakaran, lebih baik jika barang-barang
kepunyaan yang berguna seperti pakaian, kasut dan lain-lainnya didermakan kepada
orang miskin dan yang memerlukan atau kepada institusi-institusi kebajikan. Setiap
pertolongan kepada orang miskin dan yang memerlukan bantuan, merupakan suatu
perbuatan yang berpahala.

PENETAPAN ABU
Pertanyaan sering ditujukan tentang apa yang harus dilakukan terhadap abu mayat
yang telah dibakar. Tidak ada peraturan yang ketat tentang penetapannya. Abu boleh
disimpan di dalam sebuah guri diletak di dalam sebuah pagoda yang didirikan khas
untuk maksud itu didalam vihara ataupun boleh disimpan di tempat lain mengikut
kehendak sanak-saudaranya. Kadangkala, setelah upacara keagamaan yang ringkas,
abu ditaburkan ke dalam laut ataupun sungai.

MENGHORMATI ORANG YANG TELAH MENINGGAL


Kita sedia maklumkan bahawa persembahan bunga-bunga satu cara memberi
penghormatan terakhir yang diterima ramai untuk mengenang orang yang telah
meninggal dunia. Namun dalam hubungan ini, terdapat juga perkara-perkara yang
dilakukan berlebihan hinggakan kadang-kala kita boleh melihat kalungan-kalungan
bunga bernilai ribuan ringgit dihimpun di atas kubur dan kemudiannya hanya akan
dibuang sebagai sampah selepas satu atau dua hari. Untuk menghindari pembaziran
seperti ini, satu amalan yang lebih baik dan dan berpatutan boleh diamal. Amalan ini
ialah sebagai pengganti kalungan bunga, daging manis ataupun kertas-colok, keluarga
si mati menyiarkan melalui iklan suratkhabar memaklumkan kepada kawan-kawan atau
sanak-saudara yang ingin memberi penghormatan mengingati si mati berderma kepada
institusi-institusi agama atau kebajikan diatas nama si mati. Kadang-kala, sesebuah
institusi dimana si mati pernah bergiat aktif semasa hidupnya dinamakan sebagai
penerima derma. Perubahan sikap ini positif, sungguh bermakna dan harus disambut
dengan sukahati. Disyorkan supaya amalan ini diikuti oleh semua orang Buddhis yang
sedar dan lebih berpengetahuan tentang agam a mereka.
Penghormatan kepada si mati biasanya diberi terdahalu oleh keluarganya yang terdekat.
Penghormatan ini dengan mudah boleh diberi anak-anaknya atau sanak-saudaranya
dengan membantu persiapan mayat ke dalam keranda. Malangnya disebabkan
kekeliruan, ketahyulan, ketakutan atau prasangka yang sering terjadi, kewajipan atau
penghormatan yang terakhir ini jarang dilakukan oleh orang-orang yang berkenaan.
6

Sebaliknya, beberapa orang petugas diupah untuk membersih dan membajui mayat.
Seharusnya tidak sedemikian. Prasangka dan ketahyulan harus dibuang.
Penghormatan harus diberi kepada simati dengan hati yang terbuka.
Diharap risalah kecil ini sedikit sebanyak telah menyingkir apa jua kekeliruan dan
prasangka yang ada pada diri seseorang Buddhis tentang amalan-amalan kebudayaan
yang sedia ada.

Diterjemahkan oleh Persatuan Buddha Wakaf Baru,


Wat Pracacinaram, Kampung Kulim, Wakaf Baru, Kelantan.
Penyunting: K Don Premaseri

Anda mungkin juga menyukai