MINGGU KEEMPAT
(23 FEBUARI 2015 27 FEBUARI 2015)
ISU : PENGURUSAN MASA
1. Isu Yang Difokuskan :
Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi ialah dari segi pengurusan masa yang berkesan
dan tepat seperti yang telah dirancang dalam rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.
Terdapat aktiviti yang telah dirancang tetapi tidak dapat dijalankan kerana faktor masa yang
tidak mencukupi dan saya bimbang jika terambil masa guru untuk mata pelajaran selepasnya.
Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya memasuki kelas 3 Immam Shafie dan 4
Immam Maliki bagi subjek matematik mahupun Bahasa Inggeris, saya dapati bahawa saya
memerlukan masa yang lebih awal untuk bersedia terutamanya apabila terdapat aktiviti yang
memerlukan penggunaan ICT yang melibatkan penggunaan LCD dan laptop.
2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :
Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada
secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah,
belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab.
Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah berkenaan pengurusan masa ini timbul dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Antara punca dan kesannya yang dapat dikenalpasti ialah:
a) Penerangan yang terlalu lama semasa fasa persediaan dan fasa imaginasi
untuk
memastikan murid-murid betul-betul faham tentang perkara yang diajar dan menyebabkan
murid belajar dalam keadaan tidak bersedia dan kurang fokus.
b) Pembahagian murid dalam kumpulan dan aktiviti yang dijalankan mengambil masa yang
agak lama. Hal ini kerana murid dilihat teruja dan seronok melakukan aktiviti secara
berkumpulan hingga menyebabkan aktiviti tersebut memakan masa yang lama.
c) Guru tidak peka dengan masa yang berlalu sangat cepat yang menyebabkan aktiviti
seterusnya terpaksa dicepatkan, misalnya semasa fasa tindakan guru terpaksa menyuruh
murid menyiapkan lembaran kerja di rumah dan mengakibatkan guru tidak dapat menilai
sama ada objektif pembelajaran pada hari tersebut tercapai ataupun tidak.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau
langkah-langkah seperti:
a) Saya perlu membaiki pengurusan masa saya dari semasa ke semasa dengan membaca
banyak maklumat dan memperoleh pengetahuan tentang cara menguruskan masa dengan
efektif di dalam bilik darjah.
b) Memperbanyakkan aktiviti yang dapat menarik minat murid dan meningkatkan keberkesanan
sesi pengajaran dan pembelajaran.
c) Mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan
guru-guru di samping dengan rakan-rakan lain.
d) Saya perlu peka dengan masa dan memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut masa yang
ditetapkan.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
23 Febuari 2015 hingga 6 Mac 2015 (2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Tindakan susulan yang dapat saya lakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan
memastikan setiap aktiviti yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian berjalan dengan lancar
mengikut masa yang ditetapkan dan aktiviti yang dirancang adalah mengikut tahap penguasaan muridmurid serta bersesuaian mengikut ketetapan masa.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Tempoh masa yang ditetapkan adalah bersesuaian dan saya akan meminta pandangan
daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing untuk memberi komen tentang keberkesanan
langkah yang diambil agar saya dapat memperbaiki segala kelemahan dari semasa ke semasa.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Saya perlu mengkaji semula dan memperbaiki kesilapan saya serta melaksanakan strategi
yang telah dirancang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan
berbincang dan meminta pendapat dan pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.
Menurut Harry K. Wong (1998), kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri.
Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach
students how to follow procedures.
Saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah tingkah laku murid seperti murid suka membuat
bising dan mengganggu rakan lain, tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran serta sering
bersembang dengan rakan sebelah. Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui
pemerhatian dan temu bual, saya dapati terdapat beberapa punca murid-murid berkelakuan begitu,
antaranya ialah disebabkan:
a)
b)
c)
d)
e)
Dari perspektif murid-murid, kebisingan ini adalah biasa dan percakapan di antara satu sama lain
adalah pembelajaran juga. Murid-murid tidak mempunyai banyak masa untuk berinteraksi
memandangkan beban kerja sekolah bukan sahaja bertambah tapi kelas-kelas tambahan yang
diadakan pada setiap hari, telah mengurangkan masa untuk mereka berkomunikasi dengan satu sama
lain. Murid-murid perlu bertukar-tukar fikiran dan mendapat maklumat terkini berkaitan dunia mereka.
Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran sekiranya guru tidak dapat
mengawal kelas dengan berkesan. Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadi semakin
merosot. Selain itu, objektif pembelajaran juga akan tidak tercapai. Namun, segalanya dapat diatasi
apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik. Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan
sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan
berkesan. Murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau
langkah-langkah seperti:
a) Menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas.
b) Menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
c) Merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran (guru perlu kreatif).
d) Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik,
bagus kerana berani mencuba). Ini akan memberi kepuasan kepada murid kerana
sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
e) Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat
pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang
lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau
cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.
f) Guru perlu lebih tegas semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
dalam mengatasi masalah tingkah laku murid.
g) membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya
sepanjang waktu Matematik.
Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui tinjauan literatur supaya tindakan yang
diambil lebih mantap dan bermanfaat. Saya telah membaca literatur berkaitan dengan perkara ini
supaya dapat mengenal pasti tindakan yang paling sesuai.
Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam California Standards for the Teaching
Profession masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan dioptimumkan sepenuhnya.
Apabila masa pengajaran dirancang sesuai untuk memenuhi keperluan murid, maka masa
pembelajaran dapat menghabiskan isi kandungan yang ingin disampaikan. Masalah kebisingan kelas
adalah disebabkan oleh ketidakselarasan masa pengajaran dengan isi kandungan yang ingin
disampaikan. Dengan ini murid akan hilang minat belajar dan keinginan untuk belajar berkurang.
Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Canter model of Assertive
Discipline (2002). Model disiplin Marlene and Lee Canter adalah berasaskan ribuan jam penyelidikan
dengan memerhati guru dalam bilik darjah. Model ini adalah suatu pendekatan yang positif yang
membenarkan guru mengajar dan murid belajar. Ia berasaskan prinsip-prinsip bahawa guru dan murid
mempunyai hak untuk mengajar dan belajar.
iv.
Selain itu, saya juga berlatih untuk bersifat asertif pada bila-bila masa walaupun menghadapi
masalah kesuntukan masa agar dapat memastikan penguatkuasaan peraturan bilik darjah secara
konsisten dan berkesan.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala
tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi
membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan
berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Canter (2002) menegaskan bahawa iklim sokongan positif hanya dapat dibawa oleh guru yang
asertif. Dalam hal ini, ia telah menggantikan tingkah laku garang oleh guru dengan tingkah laku tegas
yang positif .
Once you make a rule, you must enforce it-always. There are no exceptions to this
requirement. It is mandatory. You cant enforce the rule with one student-and let it go with
another. You cant call students on the rule one day and overlook it the next. Rules must
be enforced with the consistency of the second hand one a clock.
Walaupun setiap pelanggaran peraturan perlu diambil tindakan tetapi tidak semua situasi
pelanggaran peraturan adalah sama. Oleh yang demikian situasi yang berlainan memerlukan kaedah
penguatkuasaan yang berlainan.
Saya percaya bahawa kebisingan kelas adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan
disebabkan oleh murid-murid yang tidak ingin belajar. Sekarang saya faham bahawa pengajaran
bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi faktor-faktor lain juga penting dalam memantapkan tugas
sebagai guru. Sebagai analogi, guru adalah seperti tukang masak di mana masakan sedap bukan
sahaja bergantung kepada bahan-bahan masakan tetapi kawalan ke atas api dapur, peralatan di
dapur, suasana di dapur dan lain-lain. Semua ini saling bergantung.
dan mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas
dan tidak bertanggungjawab.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Saya bercadang untuk menangani masalah ini berasaskan Teori Pelaziman Operan Skinner.
Sistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini
dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah.
Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan
untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya
murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan
tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu
akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing.
Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid-murid, saya akan memberikan peneguhan
positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka. Teori
Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan
dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberi motivasi kepada
murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka
akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi.
Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain
dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah matematik. Saya juga
menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan
bercetak, radas dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan
pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga
mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan muridmurid supaya
mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan
berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan,
iaitu latihan dalam buku kerja Matematik.
Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya
supaya terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia
akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah
pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu
pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.
Untuk memahami dan menyelesaikan masalahmasalah murid ini, saya telah mengadakan
perbincangan serta kolaborasi dengan guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing saya.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
9 Mac 2015 hingga 27 Mac 2015 (2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Peneguhan ialah
diulangi. Menurut
perkara yang
Rachlin
(1991),
pertamanya
untuk
memuaskan
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil
perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi
kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras
untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah
murid.
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala
tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi
membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan
berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu besar
yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Muridmurid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan
datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri
untuk mengatasinya.
Perancangan yang teliti adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clak and Lampert (1986),
perancangan guru menentukan apa yang diajar di sekolah-sekolah. Perancang yang baik melibatkan
peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai agar boleh menarik minat
pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Maka di sini, murid-murid tidak akan mengganggu pengurusan
guru dengan karenah-karenah yang dihadapi semasa mengikuti pembelajaran.
Saya terpaksa menyiasat punca-punca saya menghadapi masalah kawalan kelas. Daripada
tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, saya dapati terdapat beberapa punca
masalah ini terjadi, antaranya ialah disebabkan:
a)
b)
c)
d)
e)
Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran sekiranya guru tidak dapat
mengawal kelas dengan berkesan. Murid-murid yang bising tidak dapat menumpukan perhatian
kepada pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian mereka dalam peperiksaan akan menjadi semakin
merosot. Selain itu, objektif pembelajaran juga akan tidak tercapai. Namun, segalanya dapat diatasi
apabila guru mempunyai cara kawalan kelas yang baik. Dengan adanya kawalan kelas yang baik dan
sempurna, aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih lancar dan
berkesan. Murid-murid juga akan lebih berminat untuk belajar.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau
langkah-langkah seperti:
a) Menggunakan teknik pembelajaran yang menarik dan menggunakan pelbagai bahan yang
sesuai serta menggunakan teknik variasi rangsangan bagi menarik minat murid.
b) Memberi peneguhan positif kepada murid-murid sekiranya berkelakuan baik dan datang
menjawab soalan di hadapan kelas.
c) Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan.
Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa
pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba
mencadangkan strategi yang lebih mudah.
d) Menjadi seorang guru yang mesra tetapi tegas terhadap tingkah laku murid.
e) membentuk satu peraturan bilik darjah yang jelas dan spesifik serta berkuatkuasanya
sepanjang waktu Matematik seperti apabila guru menyebut Hello Hello Hello, murid akan
membalas Yes Yes Yes.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
23 Mac 2015 hingga 3 April 2015 (2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah pengurusan diri. Kanak-kanak yang
bermasalah perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu perlu mengubah tingkah
laku mereka dan perlu bersifat mendengar kata guru. Di sini, saya akan mengambil langkah dengan
memerhati murid-murid yang berkenaan secara jarak jauh dan berjumpa ibu bapa mereka untuk
bertanyakan tentang tingkah laku mereka di rumah. Melalui pemerhatian saya terhadap masalah ini, ia
boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi dendaan jika
tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta
disayangi. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti puncapunca
masalah ini, antaranya adalah disebabkan:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
Isu ini akan memberi kesan yang amat serius kepada pembelajaran sekiranya isu ini
berterusan. Saya dapati, adakalanya murid sengaja meninggalkan buku teks dan buku latihan serta
buku aktiviti. Buku-buku yang terlalu banyak untuk dibawa ke sekolah ini membebankan mereka
terutamanya murid yang berjalan kaki ke sekolah.
Daripada hasil pemerhatian di atas, dapat saya rumuskan bahawa hampir semua permasalahan
yang timbul dalam penggunaan buku teks, buku aktiviti dan buku latihan berpunca daripada masalah
murid itu sendiri. Walau bagaimanapun, tindakan perlu diambil bagi membaiki keadaan agar muridmurid saya tidak ketinggalan dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau
langkah-langkah seperti:
a) menyediakan lembaran kerja contoh sebagai panduan kepada murid-murid untuk menjawab
soalan.
b) Penggunaan ICT dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid
c)
d)
e)
f)
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah diri murid. Kanak-kanak yang bermasalah
perlu diberi nasihat dan diambil perhatian kerana mereka perlu perlu mengubah tingkah laku mereka
dan perlu bersifat mendengar kata guru serta membawa buku-buku ke sekolah. Di sini, saya akan
mengambil langkah dengan menemu bual murid-murid yang berkenaan untuk mengetahui cara
mereka datang ke sekolah sama ada menggunakan basikal, berjalan kaki, menaiki motosikal ataupun
menaiki kereta dengan ibu bapa masing-masing. Melalui pemerhatian saya terhadap masalah ini, ia
boleh diatasi dengan cara memberi nasihat kepada mereka secara individu dan memberi dendaan jika
tindakan nasihat tidak berhasil. Kanak-kanak ini bersifat manja dan memerlukan perhatian serta
disayangi. Sebagai seorang guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi
masalah ini dan perlu bijak mencari jalan penyelesaiannya.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangan :
Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemaskini segala
tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi
membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan
berpanjangan.
7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan tindakan / Halangan) :
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati sekiranya guru mempunyai sikap yang
tegas terhadap murid, murid-murid akan membawa buku teks, buku latihan dan buku aktiviti ke
sekolah. Selain itu, guru perlu mempunyai sikap yang penyayang dan penyabar bagi menghadapi
karenah murid-murid yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
Menurut Rosnini Abu dan Ramlah Hamzah (1998), salah satu faktor yang mempengaruhi
pembelajaran dan pengajaran murid ialah suasana dan iklim bilik darjah. Salah satu aspek yang perlu
diambil berat dalam mewujudkan iklim bilik darjah yang baik ialah suasana fizikal. Penyelidikan
menunjukkan suasana fizikal bilik darjah memberi sumbangan kepada tahap pembelajaran murid.
Guru perlu memastikan susun atur di dalam bilik darjah mesti teratur dan kelengkapan bilik darjah
yang mencukupi sebelum memulakan sesi persekolahan atau pengajaran dan pembelajaran. Selain
itu, guru perlu memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan sesuai untuk mengadakan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, saya dapati dan merasakan
masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
a) Tiada sifat tanggungjawab dalam diri setiap murid untuk menjaga kebersihan kelas.
b) Sikap malas dalam diri murid untuk membersihkan kelas.
c) Sikap sambil lewa murid murid-murid terhadap kebersihan kelas.
d) Kesedaran murid tentang kebersihan kelas dan diri sendiri berada di tahap yang amat
lemah.
Isu ini akan memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
mempengaruhi suasana pembelajaran murid dan keselesaan dan kesediaan murid untuk belajar. Oleh
yang demikian, penting bagi seorang guru untuk memastikan keadaan dan kebersihan kelas berada
pada tahap yang baik dan memuaskan.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau
langkah-langkah seperti:
a) Memperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan
bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
b) Menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
c) Memberi motivasi dan peneguhan positif seperti pujian kepada murid-murid yang
menjalankan tugas membersihkan kelas.
d) Memberi token atau stiker peneguhan positif seperti Well Done, Great Job dan
sebagainya bagi meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk bersama-sama
menjaga kebersihan kelas.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
6 April 2015 hingga 17 April 2015 (2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah kebersihan diri dan kelas. Sebagai seorang
guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak
mencari jalan penyelesaiannya. Saya akan merekodkan perkembangan kebersihan kelas dalam jurnal
reflektif akan datang.
Hasil daripada pemerhatian ke atas kes ini, saya dapati murid-murid bersemangat dan
bermotivasi untuk menjaga kebersihan kelas serta berlumba-lumba untuk membersihkan kelas setiap
kali waktu pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan token atau motivation sticker itu memberi kesan
yang positif.
Menurut Good (1973), Pengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada
secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah,
belajar, rehat, riadah dan tanggungjawab.
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui pemerhatian, saya dapati dan merasakan
masalah ini timbul besar kemungkinan disebabkan oleh:
a) Terdapat banyak pengumuman penting yang ingin diberitahu kepada murid dan waktu
perhimpunan merupakan waktu yang paling sesuai untuk tujuan berikut.
b) Terdapat persembahan oleh murid yang akan bertanding seperti action song, bahasa
berirama dan bercerita.
c) Waktu tersebut digunakan untuk memberi nasihat kepada murid-murid.
Isu ini akan memberi kesan kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
melibatkan pengurusan masa kesediaan murid untuk belajar. Oleh yang demikian, penting bagi
seorang guru untuk menggunakan masa dengan baik.
3. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :
Untuk memastikan masalah ini tidak berulang lagi, saya telah merangka beberapa cadangan atau
langkah-langkah seperti:
e) Memperuntukkan masa sebanyak 2 minit untuk murid-murid membersihkan kelas dan
bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
f) Menasihati murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dalam Islam.
g) Memberi motivasi dan peneguhan positif seperti pujian kepada murid-murid yang
menjalankan tugas membersihkan kelas.
h) Memberi token atau stiker peneguhan positif seperti Well Done, Great Job dan
sebagainya bagi meningkatkan semangat dan motivasi murid untuk bersama-sama
menjaga kebersihan kelas.
4. Tempoh Masa Penyelesaian :
6 April 2015 hingga 17 April 2015 (2 minggu)
5. Tindakan Susulan :
Masalah yang dihadapi dikaitkan dengan masalah kebersihan diri dan kelas. Sebagai seorang
guru, saya perlu memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini dan perlu bijak
mencari jalan penyelesaiannya. Saya akan merekodkan perkembangan kebersihan kelas dalam jurnal
reflektif akan datang.