Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

KEJOHANAN MERENTAS DESA


ANTARA RUMAH SUKAN (KEMEDARS)
SK KUALA MATU 2015
ANJURAN BERSAMA UNIT KO-KURIKULUM, STAFF SOKONGAN DAN PIBG SK KUALA MATU
2015

TARIKH: 27 MEI 2015 (Rabu)


MASA: 2.00 PETANG 5.00 PETANG
TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MATU

KEJOHANAN MERENTAS DESA


ANTARA RUMAH SUKAN (KEMEDARS) SK KUALA
MATU 2015
1.0 LATAR BELAKANG
Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan (KEMEDARS) SK Kuala Matu merupakan acara
tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan
sekolah. Kejohanan ini akan melibatkan semua murid SK Kuala Matu untuk mewakili rumah sukan
masing - masing. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dapat dicungkil dan
dipupuk supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.

2.0 RASIONAL
KEMEDARS ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya
saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan
menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi
melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

3.0 MATLAMAT
KEMEDARS ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk
serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang
sukan dan mempersiapkan murid untuk kejohanan yang lebih besar. Program ini juga bertujuan
menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras
dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan.

4.0 OBJEKTIF

Meningkatkan kebolehan,kemahiran dan bakat murid.


Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan didalam diri murid-murid.
Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan
murid.
Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat dalam bidang sukan.
Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing masing.
Memastikan murid murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani,rohani, emosi
dan intelektual.
Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan.

5.0

NAMA PERTANDINGAN

Kejohanan Merentas Desa Antara Rumah Sukan (KEMEDARS) SK Kuala Matu 2015.

6.0

TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh

27 MEI 2015

Hari

Rabu

Masa

2.00 petang 5.00 petang

Tempat

SK KUALA MATU dan Laluan Larian (Lampiran)

7.0

KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah SK Kuala Matu.

8.0

STRATEGI PELAKSANAAN

Penubuhan Jawatankuasa Merentas Desa


Mengadakan Mesyuarat menentukan tempat, masa, dan tugas untuk memastikan kejohanan
berjalan dengan lancar.
Menjalankan latihan merentas desa pada setiap kali perjumpaan latihan sukan.
Menyediakan borang-borang penyertaan dan pemarkahan.
Memberikan taklimat dan jadual serta pelan merentas desa kepada guru dan staf terbabit.
Mengadakan raptai merentas desa pada 26 Mei 2015.
Kejohanan diadakan pada 27 Mei 2015 (RABU).

9.0

JAWATANKUASA PENGELOLA KEMEDARS SK KUALA MATU 2015

Pengerusi

En. Azahari @ Ahli Bin Mahrid


(Guru Besar)

Timbalan Pengerusi

En. Pethe bin Morni


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi I

Pn. Halina Abdullah


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi II

Encik Abdullah Khilafah Bin Hassan


( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )

Setiausaha

En. Zul Fikri bin Romazi


(Guru Sukan Sekolah)

Bendahari

Pn.Tanti binti Bolhassan


(Pembantu Tadbir Sekolah)

Pengerusi Teknik &


Pembangunan Merentas Desa

En. Muhammad Zakwan Bin Mat Zaki

Ahli Jawatankuasa
1. Urusetia

:
1.1

Buku atur cara


-Puan Nur Elya Zulaikha Sim Abdullah

1.2

Publisiti dan Seranta


-En.Mohd. Iskandar bin Marzuki

1.3

Minuman Murid dan Pegawai


- Encik Abang Naziadin bin Brakok
- Puan Zurina

1.4

Jemputan VIP dan Jamuan


-Puan Sajerah binti Oya
-Puan Rozni

2.1

Perasmian penutup
-Ustaz Fauzi Bin Ali
-Puan Nur Aziah binti Azmi
-Ustazah Nur Madihah binti Hamin

2.2

Sijil / Hadiah dan Cenderamata


-Ustazah Nurul Ain binti Zakaria
-Cik Hamsiah binti Jahwie
-Puan Suriati
-Cik Jaharah binti Rapli

2. Ceremonial

2.3
2.4

Siaraya dan Teknikal


-Ustaz Muhamad Fauzi bin Ali
-En. Zul Fikri Bin Romazi
Dokumentasi dan Fotografi
-En. Mohd Iskandar bin Marzuki

2.5

Kebersihan
-Cik Norlida binti Dilah
-Puan Hamallah binti Josli
-Puan Hazean binti Ibrahim

3.1

Kecemasan dan Peronda


-En. Raymond Leo Junior ak Gospa
-En. Muhammad Zakwan bin Mat Zaki
-En. Zul Fikri Bin Romazi

3.2

Unit Check Point Keselamatan(RELA/PIBG/Polis)


- Cik Aliza binti Jaafar
- Puan Nur Elya Zulaikha Sim
- En. Muhammad Zakwan bin Mat Zaki
- Cik Huzaimah binti Kinit
- Cik Nor Afifah binti Yusof
- Cik Nurul Ain binti Zakaria

3. Hospitaliti

4. Teknik dan Pertandingan


4.1

Kepegawaian, peralatan, tempat pertandingan dan pengiring peserta


- En. Raymond Leo Junior ak Gospa
- En. Che Hamid
- Ustaz Muhamad Fauzi bin Ali
- En. Nazri bin Basmi
- Encik Noorulzaman
- Encik Zaidi

4.2

Stastistik dan Penjaga Masa


- Ustazah Nor Madihah binti Hamin
-Ustazah Afiza binti Mat Shukri
- Ustazah Syafinah
-Ustazah Norizawati
-Ustazah Zainidah
-Ustazah Norjie

4.4

Hakim Penamat dan Pelepasan


-En. Khairulzaman bin Ilil
-Encik Malik
-Encik Mohd Afiq
-Encik Dawi
-Puan Aziah Binti Azmi

4.5

Pengurusan Peserta dan Kawalan Murid


-Cik Huzaimah binti Kinit

-Ustazah Norjie

*Sila Rujuk Lampiran 2 bagi senarai bidang tugas.

10.0 CADANGAN LALUAN LARIAN


Sila rujuk Lampiran 1 bagi Cadangan Laluan Larian.

11.0 PERBELANJAAN
SUMBER PENDAPATAN: A) PIBG
B) Sumbangan
BIL
1
2
3
4
5
6

PERKARA
Stand Medal (3 X 3 kategori x 2 Jantina)
Buku latihan 80 m/s (168 buah x RM 0.80)
Brown paper (30 pcs x RM 1)
Kain putih (7 meter x 4)(28 meter x RM 3.50)
Air serta kuih (2 jenis) (179 murid x RM 1.50)
Straw (6 paket)
JUMLAH BESAR

: RM ..
: RM ...
JUMLAH
RM 78.00
RM 134.40
RM 30.00
RM 98.00
RM 268.50
RM 6.00
RM 614.90

12.0

ATURCARA MAJLIS

TARIKH

: 27 MEI 2015 (Rabu)

MASA

: 2.00 Petang 5.00 Petang

2.00 petang

- Semua Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan Sekolah


(Guru Rumah Sukan Mengambil Kedatangan dan memberikan nombor
peserta)

2.10 petang

-Taklimat Keselamatan-Murid dan Pegawai

2.20 petang

- Memanaskan badan dan regangan otot-

2.35 petang

-ACARA DIMULAKAN (Setiap Kategori Dilepaskan Dengan Selang Masa 5 minit)


-Perempuan kategori 1
-Lelaki kategori 1
-Perempuan kategori 2
-Lelaki kategori 2
-Perempuan kategori 3
-Lelaki kategori 3

3.15 petang

Rehat

3.45 petang

UPACARA PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

5.00 petang

BERSURAI

13.0 PENILAIAN PROGRAM


Sepanjang program/aktiviti dijalankan dan melalui maklum balas yang diperolehi selepas
program/aktiviti dijalankan.

14.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang ini dapat mencapai matlamat dan mendapat kerjasama
dari semua pihak serta mampu melahirkan modal insan yang berkualiti untuk sukan negara kita.
Disediakan oleh,

Disemak dan disokong oleh,

..

(ZUL FIKRI BIN ROMAZI)

(ENCIK PETHE BIN MORNI)

GURU SUKAN SKKM

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

Disemak dan disahkah oleh,


.
( ENCIK AZAHARI @ AHLI BIN MAHRID )
GURU BESAR SK KUALA MATU.

Lampiran 2
BIDANG TUGAS DAN PERANAN AJK

Ahli
1. JK Buku Program dan
Jemputan

2. JK Publisiti dan Seranta

3. JK Minuman Murid dan


Pegawai

4. JK Penyambut
Tetamu/Jemputan VIP dan
Jamuan
5. JK Perasmian Penutup

6. JK Pengacaraan dan Doa

7. JK Hadiah dan cenderamata

Ahli

Senarai Tugas
1.
2.
3.
4.

Membuat penyelarasan dengan GPK dan menyusun buku aturcara.


Memastikan kerja-kerja cetakan dibuat.
Mengedarkan buku program kepada Jemputan dan VIP
Menguruskan Jemputan

1. Membuat tempahan banner kejohanan


2. Menggantungkan banner di hadapan sekolah
3. Menanggalkan kembali banner dan digantung di dalam
dewan sewaktu Majlis penyampaian hadiah.
1. Menyelaraskan dengan JK Jemputan dan Sambutan.
2. Menyediakan minuman untuk pelajar, pegawai bertugas.
3. Memastikan pengusaha kantin telah membuat persediaan makanan dan
minuman
4. Menguruskan makan dan minum murid dan pegawai
5. Menguruskan makan dan minum yang dibungkus diagihkan kepada
anggota RELA dan Kadet Polis
1. 1. Berfungsi sebagai penyambut tetamu kepada PIBG dan
2.
VIP yang hadir.
3. 2. Menguruskan makan dan minum PIBG/Polis dan
4.
tetamu khas pada masa rehat.
1. Memastikan kawasan Dewan dibersihkan.
2. Menyusun kerusi VIP untuk Majlis penyampaian hadiah di dewan.
3. Membuat backdrop di dewan dengan menggunakan banner yang
sedia ada.
4. Memastikan semua peralatan diangkat/dikemaskan di dewan selepas
kejohanan tamat
5. Meminta kerjasama daripada para pekerja sekolah dan murid-murid.
1. Menjadi pengacara sewaktu acara penyampaian hadiah bermula
sehingga tamat.
2. Menyediakan teks pengacaraan.
3. Membaca doa sewaktu acara bermula.
4. Bekerjasama dengan JK Stastik dan Hadiah sewaktu
majlis penyampaian hadiah.
1. Mengenalpasti jenis hadiah dan mengumpul hadiah-hadiah yang sedia
ada.
2. Mendapatkan hadiah dan saguhati yang telah ditempah dan melabelnya
mengikut kategori.
3. Menyusun hadiah dan sijil mengikut susunan aturcara dan pembawa
dulang sijil.
4. Menyediakan meja hadiah, dulang dan pelapik hadiah, pembahagian
tugas dan hadiah yang sesuai.
5. Memberi taklimat dan tunjukcara kepada pelajar yang membawa dulang
dan penerima hadiah.
6. Mengumpul semula semua piala pusingan untuk disimpan.

Senarai Tugas

8. JK Siaraya

1. Menyediakan alat pembesar suara dan memastikan ianya boleh


digunakan semasa upacara penyampaian hadiah.
2. Memilih lagu/muzik yang sesuai untuk selingan semasa rehat.

9. JK Dokumentasi dan
Fotografi

1. Mengambil gambar yang sesuai sebelum,semasa dan selepas kejohanan.


2. Mengambil gambar semasa Majlis penyampaian hadiah untuk semua
kategori hadiah utama.
3. Bekerjasama dengan Setiausaha untuk menghasilkan dokumentasi
kejohanan.
4. Menyerahkan dokumentasi kepada GPK dalam masa 2 minggu selepas
program.
1. Menguruskan segala urusan berkenaan dengan Sukarelawan.
2. Menyediakan sijil penghargaan.
3. Bertindak sebagai penyambut tetamu kepada mereka.
4. Bekerjasama dengan AJK makanan untuk mengedarkan makanan dan
minuman yang dibungkus kepada pasukan kadet polis.
5. Menyerahkan sijil dan saguhati sekiranya mereka pulang sebelum majlis
penyampaian hadiah.
1. Menguruskan kebajikan dan keselamatan murid-murid yang mengambil
bahagian.
2. Memastikan kereta disediakan untuk membawa pelajar sekiranya ada
kecederaan atau kecemasan.

10. JK Pengurusan
Sukarelawan

11. JK Kecemasan

3. Memastikan peti pertolongan cemas disediakan di garisan penamat.


4. Membina markas pertolongan cemas di garisan penamat.
5. Memberikan pertolongan dan rawatan kepada mereka yang memerlukan.
6. Berhubung dengan ibu bapa penjaga sekiranya berlaku kecemasan yang
memerlukan murid-murid dibawa ke klinik atau hospital.
12. JK Unit Check
Point,Peronda dan
Keselamatan

13. JK Check Point

14. JK Kepegawaian

1. Memastikan rondaan dibuat sepanjang masa di perjalanan.


2. Memastikan ada peronda yang berada dipermulaan larian dan di belakang
peserta yang terakhir.
3. Sentiasa berhubung dengan pegawai peronda polis dan memaklumkan
kepada mereka kawasan laluan pelajar.
4. Memaklumkan kepada JK Keselamatan dan Kecemasan sekiranya ada
kecederaan.
5. Meletakkan dam mengambil kembali.petugas-petugas yang tidak
mempunyai kenderaan di check point yang telah ditetapkan.
6. Sentiasa berhubung antara satu sama lain untuk menjamin keselamatan
murid yang mengambil bahagian.
7. Sentiasa peka dan mengambil tindakan proaktif bagi melicinkan
kejohanan.
8. Memastikan setiap check point mempunyai petugas.
9. Memastikan juga keselamatan petugas yang sedang bertugas.
10.Mengawal lalu lintas trafik bersama anggota polis trafik dan RELA.
1. Memastikan setiap laluan dan lorong ada pengawas.
2. Menunjuk arah kepada peserta laluan seterusnya.
3. Memastikan peserta mendapat bukti laluan pada Check Point yang
telah ditentukan pada check point yang tertentu.
4. Sentiasa bekerjasama dengan polis,peronda dan JK Keselamatan dan
Pertolongan Cemas bagi menjaga keselamatan pelajar.
5. Mengawal pergerakan trafik dan Mengawasi pergerakan peserta.
6. Melaporkan kepada Unit Peronda sekiranya memerlukan bantuan.
7. Membantu pasukan Kadet.
8. Bergerak lebih awal ke check point untuk melicinkan kejohanan.
1. Memberikan taklimat kepada para pegawai kejohanan pada awal kejohanan.

2. Memastikan bilangan pegawai mencukupi.


3. Bekerjasama dengan Unit Peronda sepanjang program berlangsung.

15. JK Statistik

1. Memperbanyakkan borang-borang statistik yang akan diserahkan oleh GPK.

2. Bekerjasama dengan Bahagian Peralatan untuk


menyediakan meja statistik di Garisan Penamat.
3. Membahagikan meja mengikut kategori 1,2 dan 3.
4. Menguruskan pemarkahan dan menyerahkan borang pertandingan kepada bahagian
hadiah sebelum upacara penyampaian hadiah.
5. Menyerahkan semua borang statistik di dalam fail kepada GPK sejurus kejohanan
untuk tujuan dokumentasi.
16. JK Peralatan dan
Tempat Pertandingan

17. JK Hakim Penamat dan


Penjaga Masa

18. JK Pengurusan Peserta


dan Kawalan Murid

1. Menyediakan Peta laluan, papan tanda, penunjuk arah dan Check Point
.
2. Memastikan laluan yang hendak digunakan selamat.
3. Menyediakan alatan-alatan yang diperlukan.
4. Menyediakan tempat penamat kejohanan.
1. Memastikan dengan tepat kedudukan para peserta.
2. Menulis keputusan dalam borang keputusan dan menyelaras kerja ini
dengan bahagian pencatat.
3. Hakim-hakim sepatutnya duduk setentang dengan garis penamat.
4. Tugas hakim mestilah diselaraskan dengan pelepas dan penjaga masa
supaya kejohanan dapat berjalan dengan licin.
5. Memastikan masa peserta mengikut kedudukan mereka.
6. Sekurang-kurangnya ada satu buah jam untuk Setiap aliran dan masa
hanya diambil untuk 5 peserta terawal.
7. Mengisikan masa-masa 5 peserta di dalam borang yang diberikan
mengikut kedudukan mereka.
8.Mencatat nombor peserta di dalam kad dan diserahkan kepada peserta dan
seterusnya diserahkan ke meja statistik.
9. Kedudukan hanya dikira bagi 6 peserta yang terawal.
10. Memastikan peserta berlari di lorong yang betul dan mempunyai tanda
check point.
1. Menyediakan para peserta lebih awal supaya acara dapat dijalankan
dengan licin dengan nombor telah disediakan.
2. Menentukan peserta berbaris mengikut kategori untuk dihantar ke tempat
pelepasan.
3. Menyelaras tugasan dengan pelepas.
4. Memastikan pelajar rumah masing-masing bersedia awal supaya acara
dapat dijalankan dengan licin.
5. Memastikan pelajar-pelajar berbaris semasa upacara penyampaian
hadiah dan penutup.
6. Memastikan semua peserta yang sihat mengambil bahagian dalam
kejohanan merentas desa dan mempunyai borang kebenaran ibu bapa.
7. Menyenaraikan pelajar yang sakit dan memiliki surat doktor sahaja yang
dibenarkan tidak mengambil bahagian.
8. Mengawal disiplin pelajar sepanjang kejohanan.
9. Ketua JK menyediakan aktiviti senaman yang difikirkan sesuai untuk
murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai