Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN

PENGARAH PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Terima kasih saudari Pengacara Majlis.
Yang Dihormati, Wakil Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran , ........................
Yang Dihormati, Puan Rohyati binti Suratman, Guru Cemerlang mata pelajaran KT
Yang Berbahagia, En. Musaidi bin Mustaffa, Penyelaras Bina Insan Guru Semester
6, IPG Kampus Perlis
Yang Berusaha, En. Ahmad Salehee bin Abdul, Mentor kumpulan PISMP Sejarah
Semester 6
barisan Jawatankuasa Kerja, Bina Insan Guru Fasa 5, Guru-guru sekolah dan
rakan-rakan yang dihormati sekalian.
Bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA dapat kita berkumpul
dalam majlis penutup bagi program Penanda Aras Bina Insan Guru Fasa 6. Sebelum
saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya Malarvilee a/p Elamkhovan, selaku
pengerusi Jawatankuasa Bina Insan Guru fasa 6 IPG Kampus Perlis ingin merakamkan
penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak
Sekolah Kebangsaan Bandar Bukit Kayu Hitam dalam menjayakan program kami ini.
Secara peribadinya, saya amat terharu dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak
sekolah kerana sudi menerima kehadiran kami dengan tangan yang terbuka. Terima
kasih juga diucapkan kepada Puan Rohyati binti Suratman selaku Guru Cemerlang
mata pelajaran Kajian Tempatan sekolah ini kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran
dalam bidang profesion beliau sebagai guru serta bersusah payah menyediakan tempat
yang selesa untuk menjayakan program ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,


Penganjuran lawatan ini secara khususnya adalah bertujuan untuk mendedahkan
kepada guru pelatih tentang ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang guru yang
berinovasi dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Di samping itu lawatan ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti apakah amalan PdP guru cemerlang ,ciri2
profesionalisme dan komitmen seorang guru cemerlang.
Adalah diharapkan melalui Lawatan Penanda Aras ini, perkongsian ilmu dengan guru
pelatih dapat dijadikan panduan untuk meneruskan amanah dan tanggungjawab
sebagai seorang guru yang komited dan berinovatif. Semoga program sebegini akan
menjadi wadah pencetus semangat inovasi agar perjuangan pendidikan akan sentiasa
berlaku sepanjang hayat.

Akhir sekali, saya mewakili semua guru pelatih program Bina Insan Guru fasa ke-6 ini
mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan
Rohyati binti Suatman atas ilmu yang disampaikan tadi serta jutaan terima kasih
kepada pihak sekolah kebangsaan bandar bukit kayu hitam atas kerjasama yang
diberikan.
Sekian, Terima Kasih.