Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN
1.1 TEORI KOGNITIF
Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak
dikaitkan dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan
sekian lama. Pada awalnya, ideaidea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia
dipengaruhi oleh naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan
manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesan daripada pembelajaran kerana
manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalah kosong. Setelah timbul
kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkan tingkah laku,
maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkan
peranannya. Berikut dengan itu juga kajian mengenai sikap dan tingkah laku
manusia dijalankan.
Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat
yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan
maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian
akan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental
dalaman tersebut.
Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima
rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya otak kita akan memproses secara
aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau
kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan
minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia
yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas
degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk
berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau
negatif.

1.2 PENGENALAN TEORI BEHAVIORIS


Behavioris merujuk kepada perlakuan dan tabiat seseorang manusia. Setiap
perlakuan yang dilakukan manusia sebenarnya mempunyai pengaruhnya yang
tersendiri.
Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada
pengalaman atau latihan. ~ Williams & Anandam (1973)
Teori

pembelajaran

Behaviorisme

mengatakan

bahawa

pembelajaran

merupakan satu proses pelaziman, dimana hubungan antara rangsangan luar


dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku yang tekal. Tokoh-tokoh mazhab behavioris seperti Pavlov, Thorndike dan
Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal.
Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya
tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif
atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah
laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan
peranan pengalaman dalam mengawal tingkahlaku. Menurut ahli-ahli behaviorisme,
proses-proses penting yang mengawal tingkahlaku ini adalah dipelajari. Keduaduanya, iaitu dorongan yang membangkitkan tingkahlaku serta tingkahlaku tertentu
yang dibangkitkan daripada dorongan ini dipelajari melalui interaksi dengan
persekitaran. Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan
hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.
Antara tokoh-tokoh ahli behaviorisme yang terkemuka, ialah Ivan Pavlov, J.B.
Watson, E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

1.3 BANDING BEZA TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS DAN KOGNITIF


Aspek
Teori /Prinsip

Teori Pembelajaran Behavioris


-Pembelajaran merupakan satu proses

Teori Pembelajaran Kognitif


-Pembelajaran adalah satu

pembelajaran

luaran.

proses mental atau proses

-Pembelajaran merupakan hasil

dalaman yang melibatkan idea

daripada interaksi seseorang dengan

dan perubahan maklumat iaitu

R-G dan persekitarannya.

Input- pemprosesan maklumat-

-Pembelajaran berlaku hasil daripada

Output

tingkahlaku yang dapat diperhatikan


dalam diri murid dan pengaruhnya
Pemerolehan

Tumpuan

terhadap perubahan tersebut.


-Proses pengulangan membentuk satu

-Pembelajaran berlaku

kebiasaan atau tabiat.

berdasarkan pelajar

-Matlamat ditentukan terlebih dahulu

mempunyai pengalaman yang

dan R-G dibentuk ke arah pencapaian

berkaitan untuk mempelajari

matlamat tersebut.

pengalaman baru dan ada motif

-Pembelajaran cuma mengikut apa

dan inisiatif untuk menjalankan

yang dirancang untuk mereka

aktiviti pembelajaran.

-Pembelajaran tidak fleksibel dalam

-Organisma menyedari alam

membuat penyesuaian.

sekelilingnya dan fleksibel

-Tertumpu kepada proses

dalam membuat penyelesaian.


-Menekankan kepada proses

pembentukan tingkahlaku murid.

mental iaitu penyelesaian

-Tertumpu kepada kemahiran atau

masalah, ingatan, bahasa dan

gerakbalas dan sedikit tumpuan

kreativiti.

terhadap individu.
Motivasi

-Memberi peneguhan kepada pelajar

-Input idea-idea dan maklumat

adalah sangat penting.

baru membawa ke konflik

-Ekstrinsik

kognitif dan keinginan


mencapai equilibrasi kognitif
-Intrinsik

Persekitaran

-Penting dalam perubahan tingkahlaku.

-Persekitaran adalah penting

-Mengarahkan tingah laku

tetapi kawalan tidak ke tahap


seperti behaviorisme.

Pengukuhan

-Memberi ganjaran kepada pelajar

-Menggunakan bahan bantu

apabila mereka memberi tindak balas

mengajar untuk menarik minat

yang betul.

murid dalam kelas.

-Faktor-faktor yang mempengaruhi

-Perkembangan struktur

ikatan R-G ialah latihan, kepuasan

kognitif:skema dan cara-cara

dan persamaan situasi.

untuk mempertingkatkan

-Pengulangan R-G dan pembentukan

ingatan

kebiasaan.

-Pembelajaran yang bermakna

-Pengalaman adalah penting untuk

-Asimilasi dan akomodasi.

proses pembelajaran.
Bilik darjah

-Objektif tingkah laku adalah spesifik,

-Persembahan maklumat, data

diskret dan bertumpukan individu

dan idea secara sistematik

(bukan kumpulan).

-Idea dan maklumat merupakan

-Pengajaran terancang yang bersifat

sumber motivasi untuk belajar

perskriptif dan diagnostik

dan bukan digunakan sebagai

-Bahan pengajaran dibentuk mengikut

bahan pengukuhan.

kadar kebolehan individu

-Persembahan dilakukan secara

-Pembelajaran mengikut langkah demi

induktif dan deduktif

langkah

-Berpusatkan murid (guru

-Tertumpu kepada pengajaran dan

sebagai fasilitator).

Kurikulum
Kekuatan

-Teori behavioris mudah untuk

-Teori ini banyak

difahami.

mempengaruhi proses

-Teori ini memberi penekanan kepada

pembelajaran.
-Teori ini melatih pelajar

tingkahlaku yang boleh diperhatikan


serta memerihalkan beberapa
peraturan tingkahlaku yang sejagat.
-Teknik-teknik seperti pengukuhan
positif dan negatif agak berkesan
dalam rawatan kecelaruan manusia
4

untuk melakukan sesuatu


tugas dengan cara yang
sama dengan konsisten

seperti autism dan tingkahlaku antisosial.

Kelemahan

Kesimpulan

-Teori ini tidak boleh digunakan untuk

-Teori ini membolehkan

menjelaskan kesemua pembelajaran

pelajar mempelajari cara

yang berlaku kerana teori ini

untuk menyelesaikan

mengenepikan kesemua aktiviti mental.

sesebuah tugas, namun ia

-Teori ini tidak dapat menjelaskan

mungkin tidak menjadi cara

sesetengah pembelajaran yang berlaku

terbaik atau disesuaikan

misalnya apabila kanak-kanak

dengan pembelajaran

mengecam pola-pola bahasa baru.

tersebut atau situasinya.

- Pengajaran dan pembelajaran akan M - Manusia memiliki struktur

mempengaruhi segala perbuatan atau

kognitif, dan semasa proses

tingkah laku pelajar sama ada baik

-pembelajaran, otak akan

atau sebaliknya.

menyusun segala maklumat di

- Tingkah laku pelajar boleh

dalam ingatan.

diperhatikan, dikawal dan diramal.


Persamaan Teori Pembelajaran Behavioris dengan Teori Pembelajaran Kognitif :

Guru
perlumemulakanpembelajarandenganperkara
umumdandekatdenganmuridsebelumbelajarkepadatopik
lebihsusah.

yang
yang

Guru
perlumemberipeneguhankepadasetiap
dikemukakanolehmurid.

yang

idea

Guru
perlumengkreatifkan
proses
pengajarandanpembelajaransupayamuridmudahfahamapa yang
diajar.

Pada dasarnya terdapat dua pendapat tentang teori belajar iaitu teori belajar
aliran behavioristik dan teori belajar kognitif. Teori belajar behavioristik menekankan
pada pengertian belajar merupakan perubahan tingkah laku, sehingga hasil belajar
adalah sesuatu yang dapat dinikmati dengan sifat manusia secara langsung dalam
tingkah laku. Seperti yang dikemukakan oleh Ahmadi dan Supriono (1991: 121)
bahawa belajar adalah suatu proses usaha yang dilakukan individu untuk
memperoleh suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan sebagai
hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan lingkungannya.
Sedangkan teori belajar kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan
suatu proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Seperti juga diungkapkan oleh
Winkel (1996: 53) bahwa Belajar adalah suatu aktiviti mental atau psikis yang
berlangsung

dalam

interaksi

aktif

dengan

lingkungan

yang

menghasilkan

perubahan-perubahan dalam pengetahuan pemahaman, ketrampilan dan nilai sikap.


Perubahan itu bersifat secara relatif dan bermakna.
Dari segi konsepnya,teori pembelajaran behavioris mengatakan bahawa
pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.Ianya juga
menekankan peranan pengalaman dalam mentadbirkan tingkah laku.Teori ini juga
memperkenalkan proses pelaziman iaitu satu proses di mana tingkah laku
organisma berkaitan dengan rangsangan daripada persekitaran.Behavioris juga
menumpukan ujian kepada perhubungan antara rangsangan(R) dan gerakbalas(G)
yang menghasilkan perubahan tingkah laku.
Manakala bagi teori pembelajaran Kognitif, pembelajaran ialah suatu proses
dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara
langsung daripada tingkah laku.Ianya berfokus kepada perubahan yang berlaku
terhadap cara manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak,
remaja dan seterusnya alam dewasa.Teori ini lebih menumpukan kajian kepada
pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal
mengikut pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar.Salah seorang tokohnya
Gagne (1970),mengatakan pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju
kepada yang rumit.

Aspek penting teori behaviorisme yang mempunyai implikasi kepada


pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat
sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai
satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber
luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau
pengukuhan melalui rangsangan.Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan
persekitaran.Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan
objektif).
Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk
tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan
bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan
yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau
pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada
mudah

ke

sukar, seperti

pengalaman

langsung

ke

pengalaman

abstrak,

pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambargambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran sangat
dipengaruhi oleh teori pembelajaran kognitif. Hal ini jelas membuktikan teori
pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori ini menekankan proses kognitif
untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku dalam pembelajaran. Selain itu, teori ini
juga

menekankan

faktor

pengalaman

sedia

ada

untuk

memikirkan

cara

penyelesaianmasalah yang dihadapi. Teori pembelajaran kognitif ini menegaskan


bahawa pengalaman sedia ada murid-murid akan banyak membantu mereka dalam
menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya teori pembelajaran kognitif ini ia
sekaligus

memberikan

implikasi-implikasi

kepada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran


kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid ialah merangsang
ingatan kanak-kanak semula.
Dalam pembelajaran kognitif ianya lebih kepada menggunakan pengalaman
yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian,
7

pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatankanak-kanak semula.Contohnya,


ketika kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui
pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia
ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.Dengan
pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan
menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.
Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran murid-murid ialah membantu murid-murid mengingat
semula.Oleh kerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahanperubahan yang berlaku dalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia
dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang
berkelakuan seperti saintis muda dan akan memperkembangkan teori

mereka

masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap


atau pun tingkat umur mereka.

2.0

APLIKASI TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DALAM BILIK DARJAH KE


ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN
Teori pembelajaran menfokuskan pemerhatian kepada tingkahlaku manusia

yang boleh diramal berdasarkan hasil kajian yang dijalankan oleh tokoh-tokoh
psikologi. Berdasarkan setiap teori pembelajaran, terdapat aplikasinya di dalam bilik
darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang berkesan. Teori-teori
pembelajaran yang tersebut boleh diklasifikasikan kepada lima kategori iaitu:

2.1

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah :Muridsukarmemahamiapa
yang guru ajar

Berdasarkan teori pembelajaran Behavioris, pelopor-pelopornya iaitu J. B.


Watson , Ivan Pavlov, Edward Thorndike dan B. F. Skinner memberikan prinsip yang
hampir sama dalam perkembangan kanak-kanak. Setiap pelopor membuktikan
pendapat mereka berdasarkan eksperimen masing-masing. Ada yang menggunakan
haiwan dan ada juga yang menggunakan manusia.Sebagai kesimpulan daripada
seluruh prinsip yang dikemukakan oleh semua pelopor dalamteori pembelajaran
Behavioris, dapat dinyatakan bahawa semua daripada mereka menggunakan
pengukuhan, pengukuhan

berjadual, shaping, penghapusan dan

modifikasi

tingkahlaku.
Antara salah satu aplikasi teori pembelajaran Behavioris yang boleh
digunakan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru
perlu menetapkan matlamat yang spesifik terhadap sesuatu pembelajaran. Ini boleh
disamakan dengan eksperimen Kotak Ajaib Thorndike. Beliau menggunakan
makanan sebagai matlamat kepada kucing itu untuk keluar. Oleh itu, guru perlulah
menetapkan matlamat yang spesifik kepada setiap pengajaran dan pembelajaran
supaya guru akan lebih mudah untuk mengatur strategi setiap pengajaran dan

10

pembelajaran. Contohnya dalam subjek pendidikan Islam sekolah rendah.


Kebanyakan guru menetapkan matlamat pengajaran seperti menghayati sifat-sifat
Allah. Matlamat ini sebenarnya tidak spesifik. Apa yang sepatutnya ditulis dalam
matlamat ialah murid dapat menyebut beberapa sifat Allah atau kesemua sifat Allah
bergantung kepada pengetahuan sediada(PSA) murid.
Kedua, guru perlu pecahkan sesuatu tajuk pengajaran yang kompleks kepada
unit-unit kecil atau sub-tajuk mengikut tahap mudah kepada susah. Dengan ini,
murid akan lebih mudah untuk memahami sesuatu yang diajar oleh guru. Tambahan
pula, murid yang kurang upaya juga akan senang untuk memahami sesuatu yang
diajar.Mereka seterusnya akan dapat menguasai kemahiran dan maklumat asas
sebelum meneruskan kepada kemahiran dan konsep yang lebih kompleks. Aplikasi
ini diambil daripada eksperimen Klasik Pavlov oleh Ivan Pavlov. Pavlov
menggunakan langkah demi langkah untuk mengajar anjing itu melelehkan air liur
apabila loceng dibunyikan tanpa makanan. Ini menunjukkan sesuatu pengajaran
yang kompleks perlulah diajar secara berperingkat.
Ketiga ialah pengukuhan. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan &
Shahabuddin Hashim (1979), pengukuhan merupakan sesuatu yang amat penting
dalam mengekalkan prestasi murid walau dalam apa bidang sekalipun. Oleh itu,
guru perlulah menggunakan berbagai-bagai jenis pengukuhan bagi memastikan
keberkesanan setiap pengukuh tersebut. Contohnya jika murid menjawab sesuatu
soalan dengan betul ataupun memberikan pendapat yang baik, guru haruslah
memeberikan pujian yang baik kepada murid. Dengan adanya pengukuhan seperti
ini, murid akan cenderung untuk memberikan lebih banyak pendapat dan yakin
untuk menjawab soalan yang diberikan kepadanya. Bukan itu sahaja, murid-murid
lain juga akan terikut untuk mencuba menjawab soalan dan memberikan pendapat
terhadap sesuatu perkara.
Keempat ialah mengaplikasikan hukum kesediaan, hukum latihan dan juga
hukum kesan dalam aktiviti P&P. Hukum-hukum yang dicipta oleh E. L. Thorndike ini
amatlah berguna dalam menjadikan sesuatu strategi P&P yang berjaya. Dalam
hukum kesediaan, guru perlulah merancang sesuatu P&P supaya menjadi lebih
menarik. Contohnya dengan menyediakan Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang
menarik, isi pengajaran yang tepat serta huraian yang sesuai dengan sesuatu tajuk.
11

Bagi hukum latihan pula, guru perlu menyediakan latihan yang secukupnya kepada
murid kerana agak sukar bagi murid untuk mengingati konsep-konsep baru. Oleh itu,
dengan adanya latihan, murid dapat mengingati sesuatu dengan cara yang lebih
seronok. Dalam hukum kesan ataupun akibat pula, guru perlulah menjadikan
suasana pembelajaran menjadi lebih seronok. Ini akan mendatangkan kesan kepada
kefahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran.
Kelima ialah guru perlu memastikan maklumbalas diberikan dengan lebih
kerap, spesifik dan serta merta. Menurut Mahani Razali, Ramlah Jantan &
Shahabuddin Hashim (1979), guru perlu menyediakan latihan diakhir proses
pembelajaran dan pengajaran tidak kira dalam apa bentuk supaya guru dapat
menyemak tahap kefahaman murid-murid. Maklumbalas yang dimaksudkan ialah
apabila guru memberikan latihan kepada murid, guru perlu membincangkan latihan
itu dengan serta merta dan spesifik. Ini kerana pemikiran murid masih lagi ada pada
kertas latihan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, wajarlah guru membincangkan
terus latihan itu di samping guru dapat membincangkan kekuatan dan kelemahan
yang telah dikenalpasti secara kelas, kumpulan kecil atau individu. Selain itu, guru
juga boleh membuat beberapa kumpulan kecil, kemudian meminta mereka
memberikan maklum balas terhadap karya rakan-rakan sekelas.
Akhirnya ialah guru perlu memastikan pencapaian yang baik dan cemerlang
dipadankan dengan pengukuhan sekunder. Guru perlu menggunakan peneguhan
sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang menunjukkan fenomena
proses penghapusan iaitu gunakan ransangan baru bagi memotivasikan murid
semasa aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, jika sebelum ini guru memberikan
gula-gula sebagai peneguhan, pada suatu hari guru menggantikan gula-gula itu
dengan pensel sebagai peneguhan. Jika kita perhatikan, proses penghapusan ini
adalah kepada kebaikan kerana pensel adalah lebih baik daripada gula-gula dari
segi mewujudkan nilai-nilai pembelajaran di dalam kelas.

12

2.2

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah :Muridmengantuk di
dalamkelas

Teori pembelajaran kognitif merupakan sesuatu yang sangat berkait rapat


dengan aktiviti P&P. Guru perlu menggunakan teori ini untuk mengawal dan
meningkatkan perkembangan kognitif bagi setiap murid. Antara pelopor teori
pembelajaran kognitif ialah Wolfgang Kohler, Jerome Bruner, Ausubel dan juga
Gagne. Mereka telah membuat kajian dan ekpserimen untuk mencari cara
pembelajaran yang berkesan. Dengan adanya teori-teori yang telah diterokai, guru
bolehlah mengaplikasikan teori tersebut dalam bilik darjah terhadap P&P.
Antara salah satu cara ialah murid perlu diberi peluang untuk menemui
hubungan.

Pembelajaran

penemuan

merupakan
13

satu

strategi

yang

mana

menggalakkan murid untuk menggunakan instuisi, imaginasi dan kreativiti secara


aktif. Menurut Azizi Yahaya (2005), penemuan boleh dikatakan menggunakan
penaakulan induktif di mana guru akan bermula dengan sesuatu yang khusus dan
berakhir dengan sesuatu yang umum. Contohnya, guru mengajar cara-cara untuk
solat. Kemudian guru menyuruh murid untuk memberikan jenis-jenis solat ataupun
menyebut apakah solat lima waktu dalam seharian kita. Dengan adanya cara
pembelajaran seperti ini, murid akan melibatkan diri mereka secara aktif dalam
proses P&P.
Selain itu, guru juga perlu berperanan sebagai fasilitator dalam proses P&P.
Setiap murid mempunyai pengetahuan sedia ada masing-masing. Guru bolehlah
menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengaitkan maklumat baru
dalam aktiviti P&P. Menurut Dr. Paul Suparno (1987), guru perlu bijak mengaitkan
pengajaran dengan pengetahuan murid-murid untuk memudahkan murid memahami
apa yang diajar oleh guru. Sehubungan dengan itu, guru perlu mengatur maklumatmaklumat yang hendak disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru
dengan konsep yang telah mereka pelajari atau ketahui. Guru boleh menggunakan
gambar, tajuk cerita, klip video dan lain-lain sebagai sumber pengajaran. Kemudian,
guru memberi soalan supaya murid mencari idea baru berasaskan sumber
pengajaran yang diberikan. Guru juga boleh membuat aktiviti ini secara berkumpulan
supaya murid-murid dapat menggabungkan idea mereka menjadi idea yang bernas.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu sedar bahawa ada murid-murid yang
mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza. Menurut Jerome Bruner,
mod pembelajaran terbahagi kepada 3 iaitu mod enaktif iaitu berasaskan tindakan,
mod ikonik iaitu berasaskan imej dan mod simbolik iaitu berasaskan bahasa.
Sebagai contoh, untuk melengkapkan ketiga-tiga mod atau langkah pembelajaran
tersebut, guru bolehlah bertanya kepada muridbangunan yang bagaimanakah
mereka ingin miliki(mod ikonik). Kemudian guru menyuruh murid membuat
bangunan yang mereka bayangkan itu menggunakan kotak (mod enaktif).
Seterusnya, guru berbincang dengan murid tentang bangunan yang bagaimanakah
yang lagi kukuh dan cantik (mod simbolik). Dengan ini, guru telah menggunakan
ketiga-tiga langkah dalam satu proses P&P yang mana akan memudahkan murid
dan melibatkan diri murid dalam proses P&P.

14

Kemudian, guru juga perlu membekalkan bahan bantu mengajar yang


berpadanan dan selaras dengan kebolehan kognitif murid. Contohnya, katakan guru
ingin mengajar tentang kestabilan bangunan. Guru bolehlah memberikan murid
sejumlah penyedut minuman dan seterusnya menyuruh murid untuk membuat
bangunan dengan menggunakan penyedut minuman yang diberikan. Pembelajaran
sebegini bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang seronok, bahkan dapat
memudahkan kefahaman murid serta menguatkan lagi ingatan murid tentang
pembelajaran tersebut. Namun, bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah
sesuai dengan tahap pemikiran murid. Guru perlu mengambil kira umur murid dan
tahap kepandaian kelas tersebut dalam menggunakan bahan bantu mengajar.
Arahan yang diberikan juga haruslah jelas, ringkas dan padat supaya murid dapat
memahami apa yang perlu mereka lakukan.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan pengajaran advance organizers
dalam proses P&P. Antara contoh advance organizers ialah peta masalah dan
penyelesaian, peta spider, peta cabang, peta kitaran, peta jenis tulang ikan, peta
aliran dan juga peta jenis pokok. Kajian menunjukkan penggunaan peta minda
sangat memudahkan murid untuk mengingati sesuatu perkara. Oleh itu, sebagai
guru, kita perlulah memperbanyakkan menggunakan peta minda dalam proses P&P
supaya murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati isi-isi penting
yang diajar. Guru bolehlah menggunakan pelbagai jenis peta minda serta
menghiaskan peta minda itu dengan pelbagai warna supaya murid akan lebih
tertarik untuk melihat peta minda yang ditunjukkan.
Akhirnya ialah guru perlu menggunakan kaedah pembelajaran bermakna
dalam bilik darjah terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran
bermakna adalah proses yang mana menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada
dengan pengetahuan baru. Mengikut David Ausubel, prinsip pembelajaran bermakna
ialah setiap unit pembelajaran berhubungkai dengan yang sebelumnya dan guru
harus memastikan sturktur kognitif murid berada dalam keadaan yang stabil. Antara
contoh yang boleh diambil ialah sekiranya guru ingin menerangkan tentang
pangsapuri, guru boleh menghubungkaitkan konsep rumah sebagai konsep sedia
ada. Dengan adanya hubungkait sebegini, sudah tentu murid akan lebih mudah
untuk memahami sesuatu yang baru.

15

2.3

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVIS TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah :Muridtidakmemberiperhatian di
dalamkelas

Apakah yang dimaksudkan dengan teori konstruktivis? Menurut Choong Lean


Keow (2011), teori konstruktivis merupakan satu falsafah pembelajaran yang
berasaskan premis bahawa lanjutan daripada refleksi pengalaman, kita berupaya
membina makna tentang dunia kita. Ini bermaksud, dengan pengalaman atau
pengetahuan yang sedia ada, kita berupaya untuk mempelajari sesuatu yang baru
tentang dunia. Justeru, pembelajaran adalah satu proses di mana kita akan
mengubahsuaikan model mental kita untuk mengakomodasi pengalaman baru yang
ditimba. Teori konstruktivis dikategorikan kepada dua jenis iaitu kognitif dan sosial.
Dalam

teori

pembelajaran

konstruktivis,

dua

pelopor

terkenal

iaitu

Jean

Piaget(kognitif) dan Lev Vygotsky(sosial) telah menyatakan pendapat-pendapat


mereka.
Terdapat beberapa cara bagi guru untuk mengaplikasikan teori konstruktivis
dalam bilik darjah terhadap P&P. Pertamanya ialah guru haruslah berperanan
16

sebagai pembimbing dalam proses P&P.Menurut Mohd Sharani bin Ahmad (1998),
para guru perlu membiarkan murid berusaha dengan sendiri dalam sesuatu aktiviti
dan guru perlu mengawasi mereka supaya mereka mencuba sesuatu dengan cara
yang betul. Sebagai pembimbing, guru harus memberi peluang kepada murid untuk
menguji kefahaman masing-masing terhadap apa yang meraka pelajari. Untuk
menjadikan proses P&P lebih berjaya, guru haruslah pandai mengawal keadaan
murid dalam bilik darjah supaya mereka terus fokus kepada aktiviti pembelajaran.
Oleh itu, guru perlulah kerap mengaitkan pengetahuan sedia ada ataupun
pengalaman mereka terhadap aktiviti yang dijalankan. Perkara ini seterusnya akan
memudahkan murid untuk memahami apa yang mereka pelajari.
Kedua, guru perlu membuat pembelajaran berasaskan pengetahuan sedia
ada murid-murid. Guru perlulah membuat perkaitan dengan apa yang dipelajari
sebelumnya. Oleh itu, guru perlulah mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid
dan seterusnya membantu mereka mengurangkan jurang antara pengetahuan lalu
dengan pengetahuan sedia ada. Guru tidak boleh memandang tinggi keupayaan
murid dalam pembelajaran. Ini kerana setiap murid mempunyai tahap yang berbeza
dari segi kognitif, minat, kecerdasan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, guru
perlulah merancang satu pembelajaran dengan pelbagai pengalaman supaya
pembelajaran tersebut selaras dengan kebolehan murid-murid serta dapat menarik
perhatian setiap murid walaupun berlainan tahap.
Ketiga ialah guru perlu menggunakan strategi berfokus kepada aktiviti bagi
membantu murid-murid memperoleh pengetahuan baru dengan lebih mudah. Guru
boleh menggalakkan murid untuk membuat perbincangan dalam kumpulan supaya
interaksi sosial antara ahli kumpulan akan membantu mereka mengenalpasti tahap
kefahaman masing-masing mengenai pengetahuan baru. Bukan itu sahaja, guru
juga boleh merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang berbentuk
soalan-soalan umum yang mendorong murid untuk menganalisis, mentafsir dan
meramal maklumat yang diterima. Dengan adanya aktiviti-aktiviti pembelajaran
seperti ini, murid akan lebih berupaya membuat perkaitan antara fakta-fakta yang
diajar oleh guru disamping murid akan lebih yakin untuk memberikan pendapat atau
cadangan.

17

Keempat, guru boleh mangaplikasikan model pengajaran 5E yang telah


dipelopori oleh Roger Bybee. Model ini mengandungi lima tahap mengikut urutan
iaitu penglibatan, penerokaan, keterangan, huraian dan akhirnya penilaian. Dengan
adanya model ini, guru dapat merancang aktiviti P&P yang lebih berkesan terhadap
murid. Dalam tahap penglibatan, guru akan dapat mengenalpasti pengetahuan sedia
murid-murid. Dalam tahap penerokaan pula, murid akan dibekalkan set pengalaman
yang mana mereka akan dapat membuat perbandingan antara apa yang sedang
mereka fikirkan dengan apa yang diperhatikan. Dalam tahap keterangan pula, murid
diberi peluang untuk mengaitkan pengetahuan lama dengan pembelajaran baru.
Bagi tahap huraian pula, murid dapat menhuraikan apa yang mereka pelajari. Pada
tahap akhir iaitu penilaian, guru akan menilai kefahaman konseptual murid-murid.
Dengan adanya model pengajaran sebegini, guru akan dapat merancang strategi
pengajaran mengikut urutan yang mana akan memudahkan guru untuk mengaitkan
pengetahuan sedia murid-murid.
Kelima, guru lebih peka kepada idea murid-murid dalam aktiviti P&P. Dengan
kata lain, strategi pembelajaran yang digunakan perlulah lebih kepada berpusatkan
murid. Guru perlu membuat pendekatan yang melibatkan penglibatan murid.
Contohnya bersoal jawab, perbincangan ataupun aktiviti-aktiviti yang memerlukan
hands-on. Dengan adanya pendekatan sebegini, murid akan lebih melibatkan diri
dalam aktiviti P&P. Dalam masa yang sama, sekiranya murid memberi jawapan yang
tidak tepat, guru perlu memberi pujian kepada murid tersebut kerana setiap
pendapat perlu dihargai. Perkara ini seterusnya akan menanam sikap suka memberi
pendapat dalam diri murid-murid yang mana akan mengembangkan tahap kognitif
murid-murid.

18

2.4

APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah
:Muridseringmasuklambatkek
elas

Teori pembelajaran sosial berfokuskan kepada pembelajaran yang berlaku


dalam konteks sosial dengan memberi pertimbangan kepada bagaimana kita belajar
sesama kita melalui pembelajaran pemerhatian, peniruan dan modeling. Dengan
kata lain, tingkah laku kita mepengaruhi sikap dan kepercayaan kita, dan pada masa
yang sama pemerhatian kita keatas apa yang berlaku di alam sekeliling juga akan
mempengaruhi sikap dan kepercayaan kita. Seorang pelopor teori pembelajaran
sosial,

Albert

Bandura

telah

memperkenalkan

pembelajaran

pemerhatian

(Eksperimen Patung Bobo) dan juga efikasi kendiri. Beliau berpendapat bahawa,
mereka yang mampu mampu mengawal hidup masing-masing didapati lebih sihat,
berkesan dan berjaya berbanding dengan mereka yang kurang yakin mampu
menangani sebarang perubahan yang berlaku.
Dalam teori pembelajaran sosial, terdapat banyak aplikasi yang boleh diambil
oleh guru untuk digunakan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan
19

pembelajaran. Salah satunya ialah guru perlu memberi peneguhan kepada muridmurid. Peneguhan positif perlu diberikan kepada murid supaya mereka akan lebih
gigih untuk berusaha mencapai sesuatu.Contohnya, pernyataan-pernyataan seperti,
Saya yakin kamu akan dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan tilawah alQuran sekiranya anda menghadiri uji bakat itu. Dengan adanya peneguhan
sebegini, murid akan lebih berani untuk mencuba sesuatu yang kompleks.
Selain itu, guru juga perlu menggalakkan kerja secara berkumpulan. Dengan
ini, pembelajaran kognitif sosial sesama mereka akan lebih meningkat. Guru boleh
mengadakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan seperti perbincangan, kuiz secara
kumpulan dan sebagainya. Disamping meraka dapat menggabungkan idea mereka,
mereka juga dapat memerhati kawan-kawan meraka memberi banyak pendapat
dalam perbincangan tersebut. Mereka dengan sendirinya akan memotivasikan diri
mereka untuk mencuba memberikan pendapat mereka dalam perbincangan
tersebut. Dalam masa yang sama, guru perlulah memberi peneguhan kepada murid
yang banyak memberikan pendapat. Ini akan menarik minat murid-murid lain untuk
turut memberikan pendapat.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu banyak menggunakan teknik pengajaran.
Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan ialah simulasi, tunjuk cara, main
peranan dan sebagainya. Untuk menarik minat murid dalam aktiviti P&P, guru
perlulah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan murid. Menurut kebiasaan, kita
akan memilih aktiviti yang dipercayai akan membawa kejayaan dan mengelakkan
aktiviti yang membawa kepada kegagalan. Contohnya, murid yang sentiasa gagal
mencapai prestasi cemerlang dalam subjek pendidikan Islam tetapi mencapai
prestasi cemerlang dalam matematik akan lebih cenderung untuk fokus kepada
pelajaran matematik. Oleh itu, guru haruslah memberi lebih perhatian dan
melakukan pelbagai teknik pengajaran supaya pembelajaran akan lebih seronok
yang mana akan menarik perhatian murid untuk belajar.
Kemudian, guru juga perlu menjadi model yang berkesan kepada murid-murid
dalam bilik darjah. Dalam menjadi model positif, guru perlu menunjukkan tingkahlaku
yang diingini murid dan pada masa yang sama guru perlulah memastikan muridmurid memberi perhatian semasa guru menunjukkan tingkahlaku yang diingi
tersebut. Contohnya, guru memastikan semua murid memberi tumpuan sepenuhnya
20

semasa beliau menunjukkan cara untuk membaca ayat al-Quran secara bertajwid.
Selain itu, guru juga perlu memastikan arahan yang diberikan mestilah sesuai dan
murid mempunyai kebolehan fizikal untuk melakukan apa yang diarahkan.
Kemudian, yang penting guru haruslah mengelakkan diri mereka daripada
menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingin misalnya guru yang belum berjaya
berhenti merokok tidak seharusnya merokok dalam kawasan sekolah.
Akhirnya, guru haruslah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
yang kondusif dalam bilik darjah. Pelbagai strategi perlu dirancang lebih awal
supaya guru berjaya mewujudkan suasana sebegini. Teknik-teknik pengajaran yang
menarik minat murid juga perlu digunakan semasa proses P&P. Contohnya teknik
bercerita, tunjuk cara dan sebagainya. Ini akan menarik minat murid untuk
melibatkan diri dalam pembelajaran. Guru juga perlu memberi pengukuhan untuk
mewujudkan kesan secara tidak langsung ke atas pembelajaran dan tingkahlaku
murid-murid. Contohnya, guru perlu memberi respons yang positif sekiranya murid
bertanya tentang sesuatu. Perkara ini seterusnya akan dapat membina suasana
P&P yang kondusif dalam bilik darjah.

21

2.5

APLIKASI TEORI PENDEKATAN HUMANISTIK TERHADAP


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

Masalah
:Muridtiadakeyakinandiridalam
memberijawapan

Pendekatan humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar.


Oleh itu, penting bagi guru untuk memastikan murid-murid mempunyai kawalan atas
pembelajaran masing-masing dan guru hanya menajdi fasilitator dalam proses P&P.
Ahli humanistik berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan
dalam proses P&P ialah kepuasan kanak-kanak terhadap dirinya. Murid-murid
seterusnya akan mempercayai kebolehan diri mereka untuk meningkatkan
pencapaiannya. Antara tokoh-tokoh pendekatan humanistik termasuk Carl Rogers,
Abraham Maslow, John Holt, Malcolm Knowles dan sebagainya. Mereka juga telah
mengesyorkan pendekatan berpusatkan murid dalam proses P&P.
Daripada teori pendekatan humanistik, terdapat banyak perkara yang boleh
diambil oleh guru untuk diaplikasikan dalam bilik darjah terhadap proses P&P.
Pertamanya ialah memberikan perhatian kepada keperluan asas murid-murid.
Sebelum sesi pengajaran bermula, guru haruslah memenuhi keperluan asas setiap
22

murid-murid. Guru bolehlah memperuntukkan sedikit masa pada awal pengajaran


untuk mengenalpasti apakah jenis keperluan asas yang perlu diberi perhatian.
Sehubungan dengan itu, eloklah jika guru melapangkan lima minit yang pertama
untuk berbual-bual dengan murid-murid sebelum sesi pengajaran bermula. Murid
akan lebih fokus kepada pengajaran sekiranya keperluan asas mereka dipenuhi.
Kedua, guru perlu menyediakan soalan latihan berbentuk penilaian kendiri.
Menurut Mizan Adiliah (2001), penilaian kendiri adalah lebih bermakna jika
berbanding dengan gred. Jika dilihat keadaan murid-murid di negara kita sekarang,
Mereka biasanya akan berusaha untuk mencapai satu-satu gred, dan bukannya
kepuasan diri. Apa yang dimaksudkan disini, soalan berbentuk objektif adalah tidak
sesuai kerana soalan begini hanya menguji kebolehan murid untuk menghafal dan
kurang memberi maklumbalas yang mencukupi kepada guru dan murid yang
berkenaan. Oleh itu, guru perlu memberi soalan yang berbentuk subjektif ataupun
karangan supaya murid dapat memberikan jawapan dan pendapat kepada soalan
tersebut. Ujian yang sebegini akan mencambahkan lagi pemikiran murid untuk
menyelesaikannya.
Ketiga, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut minat murid.
Rogers mengatakan bahawa pembelajaran yang bersikap signifikan hanya akan
berlaku apabila berlaku kandungan matapelajaran adalah relevan dengan minat
murid-murid. Oleh itu, guru perlulah meneliti minat murid-murid untuk dikaitkan
dalam pengajaran. Dengan adanya tarikan minat murid terhadap pengajaran, sudah
tentu perkara ini akan meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Guru juga
perlulah memilih aktiviti pengajaran yang dapat meransang minat dan naluri ingin
tahu dalam kalangan murid-murid. Mereka seterusnya akan dapat fokus kepada apa
yang dipelajarinya.
Keempat, guru perlulah memupuk nilai motivasi dalam diri murid. Guru
perlulah memupuk keinginan murid-murid supaya belajar dan mengajar cara belajar.
Aktiviti pembelajaran akan lebih berjaya sekiranya murid mempunyai motivasi kendiri
dan keinginan untuk belajar tanpa disuruh. Oleh itu, guru memainkan peranan yang
penting dalam menarik minat murid untuk belajar. Guru perlu memberi peneguhan
kepada murid supaya mereka akan terus berusaha mencapai sesuatu. Sekiranya
murid tidak dapat menyelesaikan tugasan dengan baik, guru perlulah memberi
23

mesej secara eksplesit. Contohnya

Saya

percaya

anda boleh membuat

penambahbaikkan terhadap tugasan ini. Ini menunjukkan bahawa perasaan dan


ilmu amat penting dalam proses pembelajaran.
Kelima, guru harus mengembangkan murid berasaskan sesuatu keperluan.
Menurut Mohd Sharani bin Ahmad (1998), para pendidik perlu memastikan segala
ilmu yang diajar perlulah berlandaskan sesuatu keperluan. Oleh itu, amat penting
bagi guru mengajar murid mengikut keperluan mereka supaya murid tidak terlalu
berfikir terlalu jauh. Menurut Mohd Sharani lagi, guru boleh mengaitkan pelajaran
dengan persekitaran tetapi, guru tidak bolehlah mengaitkan sesuatu yang terlalu
jauh daripada pandangan murid. Sehubungan dengan itu, guru perlu merancang
pengajaran dengan persekitaran yang lebih dekat dengan murid. Guru juga perlu
mengaitkan nilai-nilai murni dalam setiap topik pelajaran.

24

Anda mungkin juga menyukai