Anda di halaman 1dari 22

KEK MARBLE (2)

Bahan-bahannya:
8 biji telur (gunakan 7 putihnya)
12 oz mentega
9 oz gula halus
10 oz tepung Hong Kong
5 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar serbuk koko (cairkan dgn 4-5 sudu air panas), sejukkan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk vanilli

PERATURANNYA
Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu.
Kuning telur diasingkan dari putihnya.
Mentega, susu dan vanilli dikacau/pukul hingga kembang. Ketepikan.
Pukul putih telur hingga kembang sambil masukkan gula sedikit-sedikit hingga habis. Masukkan
kuning telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga sebati. Satukan adunan mentega dan putih
telur. Kacau rata-rata dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu dibiarkan plain dan yang satu lagi dibubuh koko. Siapkan loyang (10"x10") yang telah
dialas kertas dan disapu mentega. Tuang adunan satu senduk plain, diikuti satu senduk koko.
Buatlah begini hingga selesai adunan. Bakar di dalam oven dgn suhu 180 darjah Celsius selama
kira-kira 45 minit hingga 50 minit atau hingga masak.

Kek Pisang Marble Susu


2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko
Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu,
lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur
bersama gula hingga kembang.
2. Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi
bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi
sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan
spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau
serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam
acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan
menggunakan garpu, bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

Kek Pisang Lembap -Sedap sangat


Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla
3 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek
2 cawan tepung (diayak)
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional)
Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu
dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.

5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit
atau sehingga masak.

Note: saya kurangkan gula sedikit -sebab pisang dah manis - tapi rasanya ok jugak.

Kek Span Vanilla Resepi Chef Syazwani Bt Ahmad


Bahan bahan :
4 biji Telur 125 gm Gula Kastor
125 gm Tepung Serbaguna ( superfine)
50 ml Air
60 gm Majerin cair
12 gm Ovelette
tsp Baking powder
1 tsp vanilla essence
Cara Penyediaan:
1. Putar kesemua bahan ( malainkan majerin cair ) selama 8-10 minit dengan mesin pemutar
2. Masukkam mejerin cair perlahan-lahan dan kacau hingga sebati ( jgn kacau terlalu lama
span akan berminyak )
3. Tuang adunan kedalam tin pembakar yang telah di lenserkan dengan majerin dan taburkan
sedikit tepung. Untuk tidak melekat.
4. Bakar dalam ketuhar bersuhu 190c atau gunakan gas nbr 5 selama 15-20 minit.
Kek coklat moist
bahanya:bahan A
2 1/2 tepung gandum
1 cawan serbuk koko vanhoutern
1 1/2 s.k soda bicabonat
bahan B;
4 biji telur
2 biji telur kuning
1 1/2 cawan air

bahan c;
1 1/4 cawan mentega
2 cwn gula halus
emelco coklat ikut suka..1 s.teh
caranya;
-ayak bahan A
-campurkan semua bahan B kacau perlahan.
-pukul bahan c sehingga kembang
-masukan bahan A & bahan b kedlm butter yg sedang di puluk mengunakan mixer sedikit
berselang seli sehingga habis..
-gris loyang bersaiz sederhana..masukan bancuhan adunan tadi..
-bakar dlm suhu 180 selama 1 jam..api ats bawah..
utk topping;200 gm coklat masak
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar aur panas..masak secara double boiler..

Chocolate Moist Cup Cake


Bahan-bahan:
300 gm butter
300 gm tepung gandum
300 gm gula kaster
350 gm air sejuk
85 gm serbuk coklat/koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh esen vanilla
4 biji telur (kuning+putih)
2 biji kuning telur sahaja
Topping:
1 tin susu pekat
1/2 cawan serbuk coklat/ koko
1/3 cawan minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Masukkan butter dan gula kaster. Kemudian pukul sehingga sebati.
2. Selepas tu masukkan telur satu persatu (4 biji telur yang lengkap dan 2 biji kuning telur
sahaja) dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati. Seperti gambarajah di bawah

Resepi Kek Coklat Basah


Sumber : K.Liza (tq K.Liza....

Bahan
180 gm butter
250 gm gula kastor
3 biji telur
300 gm air
250 gm tepung gandum ]
50 gm serbuk coklat ]
1 s/k baking powder ] ayakkan
1 s/k soda bikarbonate ]
Cara:
1. Gula dan butter dipukul sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan kahirnya masukkan air pula.
4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 180'C selama 50 -60 minit.
Topping Coklat
250 gm cooking coklat
30 gm cocoa butter
Cara
1. Masukan bahan dlam periuk kecil.
2. Panaskan periuk kecil dalam periuk/pan yg lebih besar yg berisi air dan sentiasa kacau
supaya coklat larut.
3. Sejukkan sebentar supaya coklat agak pekat.

4. Curahkan perlahan atas kek cokalt dan ratakan dengan spatula kek dan gunakan sikat
kek untuk membuat corak.
5. Hiaskan topping mengikut kredibiti sendiri.

Simple cheese cake

Created on : 08-06-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

317Share

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese


200cc/ml fresh cream/plain yogurt

2 sudu besar jus lemon

3 sudu besar tepung gandum

2 biji telur

90g gula

Cara-cara
1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn
kertas minyak pun ok(oven paper)

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar


sampai jadi cream

3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil
untuk mengelakkan permukaan hangus.

5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa
cheese cake yang sedap.

6. KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH


Sumbangan: Makcik Diana
Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar (tak payah gunakan)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil
Cara-caranya
1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil
sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung
dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar
kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.

3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul
dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.

7.

Rupa adunan setelah digaul sebati dengan telur

8.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati
sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan
mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu
persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.

9. Rupa adunan setelah digaul sebati dengan tepung

10.

5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk
plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan
adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup
balik sehingga tepung sebati.
11. Rupa gula hangus yang telah dicairkan

Rupa adunan setelah dimasukkan gula hangus. Jangan risau jika gula hangus tidak
sebati dengan adunan tepung nanti kalau sudah dikukus ia akan larut dan cair.

12.

6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan dengan
api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.
Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia
sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan
kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai spatula plastic nanti cair) dengan
cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong
tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan
terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan
buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.

8. Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan
dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air
kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama
4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama
kukuslah selama 4 jam.

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB


Sumbangan: Makcik Diana
Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar (tak payah gunakan)
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil
Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air
Cara-caranya

1. Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil
sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan
tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari
mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2. Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak. Ketepikan.
3. Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan
sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan
pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4. Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati
sudah mencukupi, berhenti. Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini
akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur
dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau
senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul
sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup
dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6. Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masak 2 cawan gula dan
dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat
dan berbuih. Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula
sehingga ia larut. Hati-hati gula hangus ni panas. Sewaktu gula hangus panas, ia
akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang
kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan guna
spatula plastic nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta
pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok
membuat sendiri.
7. Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan
terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk
menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8. Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan
salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan
pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan
kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk
kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.

RESEPI KEK OREO CHEESE


Bahan Dasar
300gm biskut oreo - di buang krimnya
50gm mentega cair(saya lebihkan)
Bahan Filing: 750 gm keju krim
130 gm gula kaster(hanya guna 100gm)

1/2 tbsp esen vanila

2 biji telur (saya tambah 2 biji lagi)

250ml whipping krim

1 tbsp. lemon juice( saya guna cream of tartar)..

20 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya

(2 sudu kecil tepung gandum)..nie saya tambah sendiri, resepi asal takde

Cara-cara:1. Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke
dalam acuan .bulat 8"8", . Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan
ketepikan.
2. Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu
demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
3. Masukkan biskut oreo, gaul rata.
4. Tuangkan kesemua bahan Filling, ke atas dasar biskut tadi.
5. Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan
renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
6. Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup
dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
7. Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka.
Bersempena hari Raya haji saya paparkan sebuah resepi dari koleksi peribadi, kek lapis Tiga
Rasa sebenarnya nama asalnya Kek Lapis Sadam Hussein, nie salah satu kek vetren(agak
Lama), rasa2nya semasa zaman kegemilangan pemerintahan Sadam Hussein. Jadi kek nie
saya tukar nama , bersesuaian dgn gabungan rasanya terdiri drpd milo, horlick dan sekaya.
Bagi sesiapa yang baru nak belajar membuat kek lapis Sarawak, boleh mencuba kek nie,
sebab penyediaannya agak mudah dan rasa(taste)nya memang sedap. lembab dan lemak
manis.

Resepi Kek Lapis Tiga Rasa


BAHAN-BAHAN

10 biji telur ayam


16 oz butter(guna Brand Golden churn)

1 tin kecil milo

1botol horlick

1 tin susu manis

1 tin sekaya

1 gelas gula halus

1 gelas tepung gandum

perwarna: Hijau, kuning, gula hitam(Browning sugar)

*sukatan gelas boleh guna 11/2 Cup


CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul berasingan,
(kuning telur di pukul bersama mentega, gula,susu)*..putih telur pula di pukul berasingan
sehingga seperti buih. Satukan ( * ) dgn putih telur sehingga sebati
2. Masukkan tepung gandum
3. Kemudian adunan tadi dibahagikan kepada tiga bahagian:-)
a. bahagian 1 (bubuh Horlick bersama warna kuning( saya tak bubuh) guna warna asli)
b. bahagian 2 (bubuh sekaya bersama warna hijau)
c. bahagian 3 (bubuh Milo bersama (browning sugar)=hitam
4. Kukus warna hitam terlebih dahulu, diikuti warna hijau kemudian warna kuning. (setiap
lapisan di kukus lebih kurang selama 25-30 minit bergantung kpd pengukus masing2.