Anda di halaman 1dari 13

1 | Page

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan

Pengenalan

Penerangan konsep komunikasi dalam ibadah dari aspek hablun min Allah

4-6

dan hablun min annas

Hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi sosial

6-8

dalam kehidupan.

Mengenalpasti kesan ibadah yang sempurna terhadap komunikasi

8-12

sesama manusia.

Kesimpulan

12

Rujukan

12-13

Penghargaan
2 | Page

Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan, selawat
dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan utusan-Nya
dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang mengikut mereka
sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan kepada orang-orang
yang berpegang teguh terhadap islam dan memberkati saya yang sentiasa mencari ilmu Allah
S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, saya dapat menyiapkan
kerja kursus, Komunikasi Pendekatan Islam dalam tajuk Uqubah dalam fiqh jinayat Islam tanpa
sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Saya berasa
gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang saya sanjungi iaitu
Ustaz Mohammad Junady Bin Kantor . Saya amat menghargai bantuan beliau yang banyak
memberi saya input dan informasi berkenaan mata pelajaran ini. Akhirnya dengan bantuan beliau
saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang saya sayangi yang sentiasa
memberikan saya sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti
pembiayaan kos kerja kursus saya ini. Hal ini menyuntik semangat saya dalam melangsungkan
dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran saya untuk berjuang dengan
bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T. Sekalung penghargaan juga
diucapkan buat rakan-rakan yang menyumbangkan buah fikiran sehingga saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.
Akhirnya, saya berharap usaha yang saya lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini dapat
meningkatkan keimanan saya terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan yang
dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi termampu.
Pengenalan
3 | Page

ABSC3103 Komunikasi Pendekatan Islam adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti
Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia. Dalam tugasan ini saya akan menjelaskan
dan menghuraian pemahaman saya tentang konsep komunikasi dalam ibadah yang meliputi
hubungan pada Allah dan hubungan sesama manusia.
Selain itu, dalam tugasan kali ini dapatlah memberi pengetahuan yang lebih mantap tentang apa
hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi social dalam kehidupan seharian kita
bukan sahaja pada diri saya tetapi juga pada sahabat-sahabat perbincangan saya. Dalam tugasan
ini juga saya dapat mengenalpasti beberapa impak ibadah yang sempurna yang dilakukan
terhadap komunikasi sesama manusia. Melalui rujukan dalam internet dan bacaan buku ilmiah
serta pertanyaan kepada tutor dapatlah saya menyiapkan tugasan.
Penerangan konsep komunikasi dalam ibadah dari aspek hablun min Allah dan hablun
min annas
Komuniskasi dari segi bahasa berasal dari perkataan "Communicare" yang bermaksud
penyertaan atau pemberitahuan. Oleh yang demikian, perkataan komunikasi menekankan
perbuatan atau kegiatan seseorang individu atau kelompok atau sifat ingin mempengaruhi orang
lain. Komunikasi lebih menitikberatkan soal sosial dan komunikator merupakan individu atau
kelompok yang berusaha mengadakan komunikasi dengan individu ata kelompok.
Oleh kerana perkataan komunikasi lebih merujuk kepada bahasa Inggeris, kita perlu melihat
kepada beberapa kaitan yang behubung dengan komunikasi. Dalam perkara ini dapat dilihat pada
perkataan "Wasola" dalam bahasa arab yang terkandung dalam al-Quran. Perkataan tersebut dari
segi bahasa membawa makna 'sampaikan'. Dalam al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini
yang menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada
mereka agar mereka beroleh peringatan". Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam
al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi. Antaranya ialah yang membawa erti
'Bacalah'(al-Alaq),khabarkanlah'(al-Nisa'), 'Katakanlah' (al-Mukmin), 'Berpesan-pesan' ( al-Ars),
'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi.
4 | Page

Dari pandangan agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa
penganutnya agar berterusan menyampaikan dan menyebarkan mesej sama ada kepada rakanrakan Muslim ataupun kepada yang bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap
komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut
kadar kemampuan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah
suatu tugas yang penting malah diperlihatkan oleh Rasulallah s.a.w yang menggesa setiap
muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . Simbolik kepada
satu ayat menunjukkan pentingnya kebenaran ajaran agama disampaikan secara berkesan
berdasarkan prinsip-prinsip komunikasi tertentu yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.
Beberapa prinsip komunikasi Islam yang terkandung dalam al-Quran antaranya firman Allah
s.w.t yang bermaksud : " Perkataan yang baik dan pemberian maaf adalah lebih baik daripada
sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima)..." dan ayat lain
pula menyebut "Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu: Hendaklah mereka mengucapkan
perkataan yang lebih baik (benar)...".
Sebagai sumber tertinggi kepada umat Islam, al-Quran dan al-Sunnah dianggap membekalkan
prinsip dan kaedah komunikasi secara menegak atau vertikal iaitu dengan Allah, dan
berkomunikasi secara horizontal iaitu sesama manusia. Jelasnya terdapat dua bentuk hubungan
komunikasi dalam ajaran Islam iaitu Hablu min Allah ( hubungan dengan Allah) dan hablu min
An-nas (hubungan sesama manusia). Penegasan kepada penting dan perlunya mewujudkan
komunikasi dengan Allah dibentuk melalui ibadah-ibadah fardhu seperti menunaikan solat,
puasa, zakat, haji dan sebagainya. Tujuan utama membentuk komunikasi dengan Allah adalah
untuk membentuk dan melahirkan taqwa iaitu sifat yang sentiasa menguasai perilaku indvidu
agar bersikap soleh sepanjang masa.
Selain menjaga dan mengawasi perilaku dengan Allah, Islam menekankan agar hubungan sesama
manusia perlu diwujudkan agar membentuk hubungan sosial yang disebut sebagai muamalat.
Hubungan sesama manusia berlaku melalui pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi,
sosial, seni dan sebagainya. Kedua-dua bentuk hubungan ini perlu ada supaya setiap individu
5 | Page

Muslim boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan seimbang atau sepadu dari segi rohani dan
jasmani.
Hubungkait komunikasi dalam ibadah dengan interaksi sosial dalam kehidupan.
Dalam al-Quran al-Karim Allah swt telah berfirman: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu
adalah bersaudara, maka perbaikilah (perhubungan) antara dua saudara kamu yang bertelagah.
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah moga-moga kamu semua mendapat rahmat. (Surah alHujurat: 10). Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap muslim itu merupakan saudara
kepada muslim yang lain. Maka kita dituntut untuk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan
dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi dan perpecahan dan
perbalahan umat.
Persaudaraan dalam sudut pandangan Islam dibina atas dasar Iman dan taqwa kepada Allah swt.
Sebagai hamba-hamba yang beriman kita harus sedar bahawa kita semua adalah bersaudara.
Sabda Rasulullah saw: Seseorang muslim itu adalah saudara kepada muslim yang lain. Maka
janganlah menzaliminya dan juga janganlah membiarkan dia dizalimi. Sesiapa yang menunaikan
kehendak saudaranya maka sesungguhnya Allah akan menunaikan kehendaknya. Sesiapa yang
membantu meringankan penderitaan saudaranya maka Allah swt meringankan penderitaanpenderitaannya. Sesiapa yang menutup (keaiban) seseorang muslim maka Allah akan menutup
keaibannya di akhirat kelak. (Hadith riwayat al-Bukhari).
Hadith ini menjelaskan kepada kita tentang ganjaran bagi mereka yang memelihara hubungan
persaudaraan sesama muslim. Dengan menjaga hubungan persaudaraan ini Allah swt memelihara
segala urusan kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Contohnya apabila kita membantu
saudara kita dengan rasa ikhlas kerana Allah swt maka Allah akan menunaikan segala hajat yang
kita pinta kepada-Nya. Begitulah juga kita disuruh agar memberi bantuan kepada saudara kita
dengan meringankan kesedihan ataupun penderitaannya kerana Allah akan mengurangkan dan
meringankan segala penderitaan kita ketika bertemu-Nya di akhirat kelak. Daripada hadith ini
juga kita diminta untuk menjaga dan menutup keaiban dan apa sahaja kecelaan yang terdapat

6 | Page

pada manusia lain kerana apabila kita menutup dan menjaga keaiban mereka maka Allah akan
menutup segala keaiban kita.
Seterusnya persaudaraan dalam Islam perlu melalui tiga proses yang utama. Pertamanya adalah
al-Taaruf iaitu proses perkenalan. Pada peringkat ini akan berlaku hubungan suai kenal seperti
mengetahui nama, asal, tempat tinggal, perkerjaan dan sebagainya. Setelah beberapa lama proses
al-Taaruf itu berlaku maka akan sampai kepada proses kedua iaitu al-Tafahum iaitu proses untuk
saling memahami antara sesama muslim. Pada waktu ini kita akan mengenali rakan kita dengan
lebih mendalam. Kita akan lebih faham tentang peribadi-peribadinya dengan lebih dekat. Hal ini
termasuklah perkara-perkara yang disukai mahupun dibencinya. Setelah melalui proses alTafahum ini maka akan terbentuk pula proses yang ketiga iaitu al-Takaful atau al-Takamul iaitu
proses lengkap melengkapi antara sesama muslim. Apabila sampai ke peringkat ini maka
seseorang muslim itu akan cuba membantu dan melengkapi kehidupan sahabatnya yang lain.
Malah kemungkinan akan sampai kepada peringkat al-Ithar iaitu mendahulukan saudara
mahupun sahabatnya berbanding dirinya sendiri.
Apabila menyentuh tentang persaudaraan sesama muslim maka ianya melibatkan hubungan kita
bersama ahli keluarga mahupun masyarakat sekeliling. Persaudaraan paling utama dan penting
yang perlu dititik beratkan ialah hubungan silatul rahim sesama ahli keluarga iaitu mereka yang
ada hubungan kerabat. Contoh yang paling dekat ialah seseorang anak itu perlu menghormati
kedua ibubapanya dengan menjalankan dan mengikut segala perintah mereka berdua selagimana
ianya tidak bertentangan dengan hukum syara. Begitulah juga dengan menjaga hubungan
silatulrahim sesama ahli keluarga yang lain. Amat menyedihkan apabila ada dikalangan
masyarakat kita yang tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga malah ada yang sanggup
memutuskan tali silatul rahim yang telah terjalin sejak sekian lama.
Sesungguhnya hubungan silatulrahim ini cukup besar dan utama di sisi Allah swt. Dalam sebuah
hadith yang telah diriwayatkan oleh Aishah ra, Rasulullah saw telah bersabda: Sesungguhnya
hubungan silatul rahim itu akan tergantung dengan Arash. Dan dia berkata : Sesiapa yang
menyambungkan aku maka Allah akan turut menyambungkan ia. (Hadith Muttafaq Alaih).
Pemahaman saya daripada hadith ini ialah sesiapa yang menjaga baik dan kukuh ikatan silatul
7 | Page

rahim ini maka Allah swt akan menjaganya dan merahmati segala perjalanan hidupnya di dunia
ini sehinggalah bertemu-Nya.
Dalam hadith yang lain Rasulullah saw turut bersabda: Sesiapa yang ingin supaya Allah
membuka pintu rezeki baginya dan juga memanjangkan umurnya maka kukuhkanlah ikatan
silatul rahim. (Hadith riwayat al-Bukhari). Daripada hadith ini jelas menceritakan kepada kita
bahawa sesiapa yang menjaga hubungan silatul rahim maka Allah swt akan memudahkan urusan
kehidupannya dengan memurahkan rezeki kepada hamba-hambaNya dan juga pada masa yang
sama Allah memanjangkan usianya bersama-sama nikmat-nikmat tersebut.
Di samping itu kita juga diwajibkan menjaga hubungan persaudaraan dengan manusia yang
paling hampir dengan kita iaitu jiran. Malah dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam
al-Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah saw telah meletakkan kecintaan kepada jiran sebagai
salah satu daripada ciri-ciri mereka yang beriman kepada Allah swt. Dalam hadith yang lain
dengan riwayat yang sama Rasulullah saw telah menyatakan bahawa memuliakan jiran tetangga
terdiri daripada sifat-sifat orang yang beriman.
Namun sesuatu yang amat menyedihkan apabila kemesraan sesama jiran tetangga ini dipandang
remeh oleh masyarakat kita pada hari ini terutama di kawasan bandar. Malah ada di kalangan kita
yang mungkin tidak selesa dengan kemesraan jiran walaupun hanya untuk bertegur sapa.
Ingatlah bahawa jiran adalah insan yang paling hampir dengan kita. Tiada manusia lain yang
lebih pantas untuk membantu kita di kala susah melainkan jiran yang berada di sebelah rumah
kita. Maka muliakanlah jiran dan jangan sekali-kali menyakita hatinya kerana menyakiti hati
jiran termasuk daripada dosa-dosa besar di sisi Allah swt.

Mengenalpasti kesan ibadah yang sempurna terhadap komunikasi sesama manusia.


8 | Page

Ibadah yang sempurna yang kita lakukan dalam kehidupan seharian mampu memberi kesan yang
positif terhadap komunikasi sesama manusia. Konsep ibadah dalam Islam sangat luas untuk
dibincangkan. Walau bagaimanapun perbincangan secara ringkas dalam keterbatasan ruang ini
akan menyentuh tentang kesan ibadah terhadap komunikasi sesama manusia.
Ibadat adalah kata-kata yang disertai dengan perbuatan yang memberi kesan kepada jiwa dan
menjadi suatu keperluan bagi manusia. Setiap amal ibadat mempunyai fungsi sama ada
berbentuk kemasyarakatan atau pun amali. Fungsi ibadat tidak boleh diteliti dari satu sudut
semata-mata. Kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir sehingga dapat melihat segala
hikmah bagi setiap rahsia yang terkandung dalam setiap amalan kita. Sama-sama kita soroti
hikmah dan pendidikan yang terdapat dalam setiap ibadat yang kita lakukan sama ada dalam
ibadat khusus atau pun ibadat umum.
Solat merupakan ibadat yang menghubungkan seorang hamba dengan Allah S.W.T. bagi
membuktikan ketaatan dan kepatuhan kepadaNya. Solat merupakan tiang agama. Tidak diterima
sesuatu amalan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang manusia melainkan dia mengerjakan
solat. Ini bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
, , .
Maksudnya:
Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikan solat, sesungguhnya dia telah mendirikan
agamanya, barangsiapa meruntuhkan solat, sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. lagi:
, .
Maksudnya:
Bahawasanya permulaan amalan yang diperhatikan (pada hari kiamat) ialah solat. Maka jika
betul urusan solatnya, dilihatlah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak betul urusan olatnya,
tidaklah dilihat lagi kepadanya amalan-amalannya yang lain.
9 | Page

Daripada keterangan di atas, jelaslah menunjukkan kepada kita bahawa pentingnya ibadat solat
dalam kehidupan kita seharian dan juga komunikasi sesama manusia.
Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan sifat-sifat yang terpuji, dan bagi orang yang
mengerjakan solat mereka mendapat petunjuk daripada Allh Taala serta mereka beroleh
kejayaan. Firman Allah Taala yang bermaksud: Alif laam miin. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada
keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (yaitu) mereka yang beriman kepada
yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang kami
anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah
diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang Telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin
akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan
mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.(Surah al-Baqarah :1-5)
Selain daripada itu, solat juga boleh memberi kesan terhadap pembersihan diri serta jiwa dan
mengawalnya daripada terjerumus ke lembah kehinaan. Solat juga boleh membersihkan manusia
daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Sebagaimana firman Allah, maksudnya: Bacalah apa
yang Telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan Dirikanlah shalat.
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan
Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat
yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Sebaliknya orang yang meninggalkan sembahyang digelar orang yang tenggelam dalam hawa
nafsu yang bakal menjadi ahli neraka. Firman Allah S.W.T.yang bermaksud:
Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan
memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan.

Solat juga dapat mengajar manusia tentang disiplin. Orang yang melakukan solat dengan baik
dan khusyuk akan mengekalkan disiplin kebersihan pada dirinya menjadi bersih tubuh badan,
pakaian mahu pun tempat tinggalnya. Hal itu membuatkan dirinya sihat. Selain itu solat juga
mengajar tentang disiplin waktu. Setiap kali mendengar laungan azan untuk solat dia akan segera
10 | P a g e

untuk mendirikan solat sama ada secara berjemaah atau bersendirian. Hal sedemikian secara
beransur-ansur akan membina disiplin waktu dalam diri pengamalnya.
Daripada keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa solat dapat mendidik kita dengan sifatsifat yang terpuji, dengan mengerjakan solat juga kita mendapat petunjuk daripada Allah.
2. Solat dan Fungsi Kemasyarakatan.
Solat berperanan mendisiplinkan tingkah laku manusia, mengeratkan hubungan silaturrahim
sesama muslim. Orang mukmin yang berada dalam satu barisan dalam masjid yang sama,
sebanyak lima kali sehari, siang dan malam tidak kira kaya atau pun miskin, mereka berhimpun
dan berjemaah di masjid atau surau untuk membuka jalan dan mendalamkan semangat
persaudaraan sesama Islam. Mereka yang kuat dan yang lemah berada dalam satu binaan yang
kukug dan teguh itu dan saling memahami setiap keperluan dan urusan sesama mereka.
Selain daripada solat lima waktu sehari semalam, Allah juga mewajibkan ke atas umat Islam
supaya melakukan solat Jumaat sekali seminggu. Pada hari dan waktu itulah mereka berkumpul
untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. dan pada waktu yang sama juga mereka dapat
berkenal-kenalan serta mendengar nasihat, peringatan tentang perpaduan daripada khutbah yang
dibaca oleh khatib yang bertugas demi mencapai keredhaan Allah Taala.
Di samping itu juga, Allah mengambil berat tentang perhimpunan yang lebih ramai dan lebih
luas sebanyak dua kali setahun. Iaitu solat Idil Fitri dan Idil Adha dengan tujuan untuk
memperdalamkan lagi hikmat-hikmat di atas, di samping mensyukuri nikmat Allah Taala
terhadap dua peristiwa yang besar iaitu hari raya untuk umat Islam.
Demikianlah Islam telah menyusun semangat kesedaran dalam ibadat solat yang berbagai-bagai
corak demi kebajikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri. Demikian juga Allah telah mendidik
kita dan seluruh umat Islam tentang solat dari segi kebajikan kepada diri sediri dan juga sesama
masyarakat.

11 | P a g e

Kesimpulan
Kominikasi dalam Islam membawa matlamat untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh
manusia dengan menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang berkesan. Dengan konmunikasi
manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah dan komunikasi yang
menyeluruh contohnya menggunakan teori komunikasi barat yang digandingkan dengan ajaran
Islam yang dapat membawa kesan baik kepada perubahan pembangunan masyarakat dalam
melaksanakan kewajipan sebagai khalifah. Akhbar contohnya merupakan medium komunikasi
yang mudah mempengaruhi dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.
Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan
sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari.
Ibadah dapat membentuk komunikasi yang terbaik seperti ibadah puasa, haji, dan zakat haruslah
diterapkan dalam diri setiap Muslim dan diamalkan dalam kehidupan seharian.
Rujukan
1.Prof Madya Dr Mohd Yusuf Ahmad,November 2010,Pengajian Islam,Open University
Malaysia.
2. http://www.icu.gov.my/pdf/artikel/book_review_komunikasi_islam.pdf
3. http://omartahfiz.blogspot.com/2011/06/kaunseling-pendekatan-islam.html
4. https://sujarwohart.wordpress.com/2010/01/31/ibadah-shalat-hikmah-dan-fungsinya-bagiumat-islam/
5. http://lppkk-umpalangkaraya.blogspot.com/2014/09/materi-i-pengertian-hakikat-danhikmah.html
6. http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2013/08/hadith-mengenai-solat.html#axzz3V5nbShwj
7. http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2010/11/adab-adab-berjiran-jiran-dikhususkan.html
8. http://fisabilillahallah.blogspot.com/2014/03/hadis-35-hubungan-sesama-islam-dan-hak.html
9. http://www.islamituindah.my/tag/adab-dengan-ibu-bapa
10. http://fatimahzahra2011.blogspot.com/2012/02/adab-bergaul-dengan-keluarga.html

12 | P a g e

Bilangan perkataan
2611 perkataan

13 | P a g e