Anda di halaman 1dari 23

Model ASSURE

Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang teknologi pengajaran
dan pembelajaran mendapati model ASSURE adalah model yang paling baik dan sesuai
digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran serta mereka bentuk
pengajaran dalam bilik darjah.
Model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber yang paling penting bagi
memastikan setiap objektif pelajaran mahupun maklumat dapat disampaikan terus kepada
pelajar secara berkesan dan pelajar faham tanpa rasa ragu. Bagaimanapun, ianya memerlukan
perancangan yang sangat rapi dan teliti dari sudut susun atur pengajaran ke arah proses
pembelajaran yang lebih berstruktur dan dinamik. Ini selaras dengan pandangan Gagne (1985)
yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang dan
ianya perlu disusun secara berperingkat-peringkat.
Untuk itu, bagi menghasilkan satu bentuk rancangan pengajaran dan pembelajaran
dalam memanfaatkan penggunaan media yang lebih baik melalui model ASSURE ini, guru perlu
mengaplikasikan bersama-sama sembilan peringkat penyampaian pengajaran selaras dengan
proses pembelajaran yang dikenali sebagai Events of Instruction seperti mana yang
terkandung dalam teori Gagne (1985). Peringkat-peringkat berkenaan adalah sebagaimana
yang berikut:
Tarik perhatian pelajar
Beritahu pelajar objektif pembelajaran
Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar
Sampaikan isi pelajaran/bahan pengajaran dan pembelajaran
Bimbing pembelajaran pelajar
Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti
Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar
Taksir pencapaian pembelajaran
Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran.
Model assure ini menggunakan akronim dengan menggabungkan pengajaran seperti
yang diterangkan oleh Gagne.Maksud akronim ASSURE ini seperti berikut:

Analyze Learners ( menganalisis pelajar)

State Objective ( Menyatakan objektif)

Select Methods, Media and Materials ( memilih kaedah, media dan


bahan )

Ultilize media and materials ( menggunakan bahan dan media)

Require Learner Participation ( memerlukan penglibatan pelajar)

Evaluate and revise

( menilai dan menyemak semula bahan)

Menurut Smaldino, Russell, Heinch dan Molenda (2005), model ini merupakan prosuder
atau panduan untuk merancang dan menguruskan sesuatu bahan atau media dengan
mengambil kira teknologi. Menurut Rozinah Jamaluddin ( 2003), model ASSURE adalah
panduan prosuderal untuk perancangan dan pengendalian pengajaran dengan integrasi media.
Proses pembagunan pengajaran yang lengkap bermula dengan keperluan bagi menentukan
sama ada pengajaran itu sesuai atau tidak dengan apa yang ingin dicapai. Model ASSURE
digunakan kepada perancangan media di bilik darjah.
Dalam menyediakan reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah berdasarkan model
ASSURE, semua guru perlu mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang
dikemukakan oleh Gagne (1985). Ini adalah kerana proses penyampaian yang sempurna akan
bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh
membawa kepada pencapaian matlamat. Model ASSURE ini antara lainnya menumpukan
kepada perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Model ini akan
dapat membantu guru merancang pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masingmasing. Dengan kata lainnya, model ASSURE ini sangat berguna kepada guru dalam proses
menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM) atau Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) bagi setiap mata pelajaran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5

Hari

Selasa

Tarikh

24 Julai 2013

Masa

60 minit

Kelas

5 Nilam

Tema

Menyiasat Alam Bahan

Bidang Pembelajaran

Asid Dan Alkali

Objektif Pembelajaran

Memahami sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral.

Pengetahuan Sedia ada

: Murid telah mengetahui jenis bahan makanan dan rumah yang

terdapat disekeliling
mereka
Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:


i)

Membezakan

bahan berasid, beralkali dan neutral

menggunakan kertas litmus.


ii)

Menamakan 2 contoh bahan berasid, beralkali dan neutral


dengan melihat perubahan warna pada kertas litmus.

Kaedah
KPS

Demonstrasi, Perbincangan
Berkomunikasi, Memerhati, Mendefinisi Secara
Operasi, Mengelas,

BBM

Sampel

makanan

limau,

mangga,

cuka,

tomato,larutan

garam,larutan gula, air paip, minyak, ubat panadol, soda


bikarbonat ) Bahan Peralatan Dapur ( sabun, ubat gigi, syampu,
serbuk pencuci ) piring petri, kertas litmus merah dan biru.

Model Pengajaran:
: Model Pengajaran ASSURE.
Analyze Learners (Analisa Murid)
State Objectives (Menyatakan Objektif)

Select Media, Materials, and Methods (Pilih media, bahan dan


kaedah)
Utilize Media, Materials, and Methods (Penggunaan media,
bahan dan kaedah)
Require Learner Participation (Perlukan penglibatan pelajar)
Evaluate & Revise (Menilai dan mengulangkaji)
Bahan sumber pengajaran.
1.

Microsoft Powerpoint

2.

Bahan-bahan (kerusi, pensil)

3.

Kad imbasan

4.

Komputer riba dan projektor

5.

Lembaran kerja

Perancangan P & P

FASA

ISI KANDUNGAN

AKTIVITI

CATATAN

PENGAJARAN

Set Induksi

Memberi

contoh

(5 minit)

jenis bahan yang


terdapat
disekeliling
mereka.

Guru meminta 3 wakil pelajar untuk


meniup belon dan memecahkan belon

Video set induksi

KPS:
tersebut.
Berkomunikasi
Murid tersebut membaca perkataan
yang

terdapat

di

dalam

tersebut.
Guru memperkenalkan

belon
MODEL ASSURE

perkataan

baharu yang belum diketahui oleh Analisa Murid


murid iaitu:
i. ASID
Memilih bahan dan
ii ALKALI
iii NEUTRAL
kaedah
Guru

bersoaljawab

tentang

jenis

bahan makanan yang digemari dan Perlukan


bahan di dalam bilik air pelajar.

Penglibatan Murid

Guru mengaitkan jawapan mereka


dengan

perkataan

yang

baharu

Slaid 1

diketahui oleh mereka.

Langkah 1

Memperkenalkan

(4 minit)

kertas litmus dan


kegunaan

Guru memberi penerangan bahawa

Video: langkah 1

bahan makanan dan bahan rumah KPS:


boleh dikelaskan mengikut sifat kimia Berkomunikasi
bahan tersebut dengan menggunakan KBKK:
2 cara:
Menghubungkait
1. Menggunakan kertas litmus
2.Merasa
dengan
lidah

atau

menyentuh
Guru menayangkan slaid powerpoint
untuk murid lebih jelas tentang asid,
Menyampaikan

Slaid powerpoint

alkali dan neutral.

Nilai Murni:
Minat dan bersifat
ingin tahu tentang
alam sekeliling

Langkah 2

konsep

bahan

(9 minit )

berasid, beralkali

Tahap Kognitif:
Pengetahuan
Kefahaman

dan neutral

powerpoint
slaid 2 - 6
MODEL ESSURE
1.Menyatakan
Objektif
2.Penggunaan
Media
3.Perlukan
Penglibatan Murid

Langkah 3

Mengaplikasikan

2. Melalui pemerhatian mereka dalam

(7 minit)

pengetahuan

slaid yang ditunjukkan mereka diminta

mengenai konsep secara


bahan
beralkali
neutral

berkumpulan

Video: langkah 3

untuk KPS:

berasid, menyatakan sifat kimia bagi setiap


dan bahan yang ditunjukkan dalam slaid
tersebut.

Membuat
pemerhatian
Berkomunikasi
KBKK:
Membanding

dan

membezakan
Menghubungkait
Murid

berbincang

secara

berkumpulan dan guru memilih wakil


murid untuk membentangkannya.
Kerja kumpulan itu akan diberikan

Menjana idea

Lembaran kerja1
Nilai Murni

pada setiap pelajar agar masing- Minat dan bersifat


masing boleh menyemak jawapan ingin tahu tentang
yang

diberi

ditunjukkan

melalui

slaid

yang

alam sekeliling
Powerpoint
Slaid 7 -16

MODEL ESSURE
Penggunaan
Media
Perlukan
Penglibatan Murid

Langkah 4

Memahami

( 2 minit )

konsep

Menggunakan
bahan

minta

wakil

slaid
murid

power

point Powerpoint

mengelaskan

berasid, beralkali

bahan yang terdapat dalam slaid

dan neutral

tersebut kepada:

Slaid17 -19

1. Berasid
2. Beralkali
3. Neutral

Penutup

Mendefinisi

( 3 minit )

secara

Guru minta murid menyatakan definisi

operasi secara operasi bagi setiap sifat bahan

Video: penutup
Nilai murni

bagi setiap jenis tersebut secara beramai-ramai untuk Bersemangat


bahan

(Berasid, mengukuhkan ingatan.

Bekerjasama

Beralkali, Neutral)
Murid diberi latihan tambahan sebagai
kerja

rumah

untuk

Lembaran kerja 2

mengelaskan Tahap kognitif

bahan mengikut sifat bahan tersebut.

Aplikasi
MODEL ESSURE
Perlukan
Penglibatan Murid
Menilai
Mengulangkaji

dan

Lembaran kerja 1
Borang pemerhatian Berdasarkan Tayangan Powerpoint
JENIS BAHAN
YANG
DIGUNAKAN

PERUBAHAN WARNA KERTAS LITMUS


MERAH

1. Limau
2. Serbuk Penaik
3. air minuman
4. Tomato
5. Gula
6. Nasi

BIRU

SIFAT KIMIA
BAHAN

7. Nenas
8. Minyak
9. Ubat Panadol
10. Sabun Mandi
11. Serbuk Pencuci
12. Ubat gigi
13. Syampu

Lembaran Kerja 2
Nama :...................................................................................................................................
Arahan

: Jawab semua soalan

1. Kelas Bahan Diatas mengikut Sifat Kimia Bahan tersebut

BERASID

BERALKALI

NEUTRAL

2. Apakah perubahan warna pada kertas litmus bagi setiap bahan di atas?

BERASID

BERALKALI

NEUTRAL

LITMUS BIRU

K. LITMUS BIRU

K. LITMUS BIRU

3. Nyatakan rasa bagi bahan:

i.

BERASID

____________________________________________________________

ii

BERALKALI

____________________________________________________________

iii

NEUTRAL

_____________________________________________________________
4. Definisikan secara operasi apakah yang anda faham mengenai bahan:
i.

BERASID:

____________________________________________________________________________

ii

BERALKALI

____________________________________________________________________________
iii

NEUTRAL:

____________________________________________________________________________

ANALISIS RANCANGAN HARIAN MENGIKUT MODEL ASSURE


Analyse Learners
( Analisis Pelajar)

i.

Murid tahun 5 Nilam.

ii.

19 orang murid lelaki ,12 orang murid

perempuan.
iii.

Umur : 11 tahun

iv.

Kelas pertama daripada 2 kelas bagi

tahun 4.
v.

Pengalaman sedia ada :

- Murid

telah

mengetahui

rasa

bahan

makanan yang biasa ditemui di dapur rumah


mereka seperti gula, garam, air, cuka, limau
nipis dan lain-lain lagi
State Objective

1.

Kognitif

( Nyatakan objektif /

Murid dapat memberikan contoh bagi

hasil pembelajaran)

setiap bahan berasid, beralkali dan neutral


dengan tepat.
-

Murid dapat menerangkan cara-cara atau

kaedah

yang

boleh

digunakan

untuk

mengelaskan sifat kimia bahan tersebut.


-

murid

dapat

mengetahui

kaedah

menggunakan kertas litmus dengan betul


serta kegunaan kertas tersebut.
Murid kelihatan seronok dengan mengangkat
tangan dan berdiri untuk memberi jawapan
semasa sesi soal jawab.
3.
-

Psikomotor

Murid berdiri dan datang kehadapan kelas

untuk menyertai set induksi yang dirancang


oleh guru.
Select methods, media and materials

i. Kaedah

Pengajaran

( Pilih kaedah, mediadan bahan sumber)

yang digunakan
-

Kaedah soal jawab

Kaedah tunjukcara

dan

Pembelajaran

ii. Media yang digunakan


-

Komputer riba

Tayangan slaid

iii. Bahan

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran yang digunakan


-

Komputer riba

Tayangan video

Tayangan slaid

Bahan 2D dan 3D ( sampel bahan

makanan )

Utilize media and materials

i.

Tayangan slaid 1 memberi gambaran

(Gunakan media dan

kepada murid untuk berfikir tentang apa yang

bahan sumber)

bakal diajar didalam kelas dan apa kaitan


perkaitan bahan berasid, beralkali dan neutral
yang diperkenalkan dalam set induksi
ii.

Tayangan video dapat memudahkan dan

menjimatkan masa guru untuk menerang isi


pelajaran tanpa perlu menulis dipapan putih.
Sambil itu, dapat menarik minat murid kepada
isi pengajaran
iii.

Aplikasikan

kaedah

dan

media

pengajaran semasa di langkah 1, langkah 2


dan langkah 3 dalam rancangan pengajaran
harian sepenuhnya.
iv.

Murid mudah memahami isi kandungan

pelajaran kerana disertai dengan

contoh

gambar sebenar setiap bahan makanan.


v) Menarik minat pelajar kerana disusuli
dengan

muzik

untuk

dijadikan

sebagai

motivator dalam belajar

Require learner participation

i.

Murid terlibat secara aktif sejak dari awal

(Libatkan pelajar dalampembelajaran)

penglibatan. Pada permulaan di set induksi,


menjawab soalan yang diberikan oleh guru
tentang apa yang mereka lihat. Di langkah 1,
murid perlu dikehendaki menjawab soalan
dengan

betul

dengan

melabelkan

najis

mengikut jenisnya. Langkah 3 pula murid perlu


perlu membuat pemerhatian dan menyatakan
sifat kimia bahan dalam lembaran kerja yang
berikan oleh guru secara kumpulan dan

individu.
ii.

Komunikasi 2 hala dan bekerjasama

dalam kumpulan masing-masing.


iii.

Langkah 1 : Pemusatan murid

iv.

Langkah 2 : Pemusatan bahan

v.

Langkah 3 : Pemusatan murid dan

bahan
Evaluate and Revise

i.

( Nilai dan semak

daripada keseluruhan pembelajaran pada hari

semula)

Membuat

kesimpulan

dan

rumusan

ini pada sesi penutup.


ii.

Murid secara beramai-ramai mendefinisi

secara

operasi

apa

itu

bahan

berasid.

Beralkali dan neutral.


iii.

Murid dikehendaki menjawab soalan

tambahan dalam lembaran kerja2


memastikan
memahami

setiap
konsep

murid
isi

untuk

betul-betul

pelajaran

yang

dipelajari pada hari tersebut.


i. Membuat penutup sosial.

PENILAIAN
Pemilihan media yang saya plih adalah sangat bersesuaian dengan ciri-ciri umum pelajar
berdasarkan kepada umur pelajar tahun lima sekolah rendah iaitu sebelas tahun. Sukatan dan
isi kandungan pengajaran dan pembelajaran dirangka untuk semua pelajar Tahun Empat dari
semua aliran kelas, baik lelaki mahupun perempuan. Ianya melibatkan pelajar luar bandar yang
datang dari kampung-kampung berdekatan dengan sekolah serta taraf sosioekonomi adalah
rendah, guru perlu membimbing pelajar tanpa mengira pangkat atau darjat, ras mahupun
jantina mereka.

Bagi melaksanakan aktiviti ini, pemilihan kaedah pengajaran menggunakan bahan iaitu
belon yang perlu ditiup untuk mendapatkan kad perkataan yang terdapat dalam belon tersebut
pada set induksi lagi telah menimbulkan minat dan kesungguhan murid untuk belajar pada hari
tersebut di mana ramai pelajar mengangkat tangan untuk dipilih sebagai peniup belon tersebut.
Hal ini menunjukkan set induksi adalah penting untuk menarik minat dan tumpuan murid untuk
menyertai sesi pembelajaran. Melalui minat yang ditonjolkan maka tumpuan yang penuh
terhadap sesi pengajaran dapat dimanfaatkan oleh guru untuk memastikan objektif
pembelajaran akan mudah dicapai.
.
Sebelum pembelajaran dilakukan, guru menerangkan apa itu bahan berasid. Beralkai
dan neutral kerana murid belum pernah didedahkan dengan perkataan tersebut dan tidak
mempunyai engalman menenainya.

Melalui penerangan dan soal jawab ringkas memberi

ruang kepad guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran yang paling sesuai dan
kaedah yang berkesan untuk disampaikan kepada murid agar pengalaman baru yang akan
diterima oleh murid memberi impak yang besar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri
mereka.
Setiap orang pelajar adalah berbeza-beza dari sudut pemprosesan dan kecerdasan
mereka menerima rangsangan maklumat yang disampaikan. Interaksi antara guru dan pelajar
sangat penting bagi guru untuk memahami emosi pelajar dalam persekitaran pembelajaran bilik
darjah. Keadaan ini akan mempengaruhi cara pelajar tersebut memproses maklumat dan
membentuk persepsi, seterusnya menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif. Tumpuan
yang lebih perlu diberikan kepada pelajar Tahun 5 Nilam ini yang tahap kecerdasannya pada
peringkat sederhana sahaja bagi memastikan semua pelajar faham dan mengenal serta
memberi contoh bagi setiap sifat kimia bahan tersebut.
Di akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan serta menyenaraikan dan menulis
dengan jelas sekurang-kurangnya 2 contoh bahan bagi bahan berasid, beralkali dan neutral
serta menjelaskan perubahan warna pada kertas litmus tersebut dengan berpandukan slaid
power point yang ditunjukkan kepada pelajar di mana ianya dibina oleh guru sendiri demi untuk
memastikan pelajar dapat menaakul dengan tept setiap sefat bahan tersebut.
Walaupun pada dasarnya, merujuk kepada konsep bilik darjah yang mana guru hanya
perlu memilih bahan bukan membina bahan yang lebih berpusatkan kepada sistem, pembinaan

bahan ini dibina adalah disebabkan oleh faktor pelajar yang mendorong guru berusaha sedaya
upaya bagi menyampaikan pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar Tahun 5 Nilam.
Pernyataan objektif yang jelas secara tidak langsung dapat membantu guru memilih
media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Seterusnya guru dapat menentukan langkahlangkah dalam merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu,
guru dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat merangsang minda
pelajar.Dalam setiap aras saya telah menngunakan media pengajaran bagi menarik minat murid
untuk terus belajar,seperti power point,gambar dan video. Pada akhirnya, guru dapat membuat
penilaian terhadap pencapaian pelajar-pelajar.
Tumpuan utama yang perlu diberi perhatian ialah semua pelajar-pelajar dalam kelas
Tahun 5 Nilam. Ini adalah kerana objektif yang dimaksudkan adalah berkait dengan
pembelajaran dalam bilik darjah bukan pengajaran oleh guru. Kejayaan ini hanya dapat dicapai
melalui aktiviti yang yang dilakukan oleh guru dalam bilik darjah dan murid-murid terlibat secara
aktif dalam aktiviti tersebut.
Merujuk kepada apa yang hendak dicapai oleh guru dalam pengajarannya dalam kelas
Tahun 5 Nilam ialah melalui perkataan penegasan yang menggambarkan nilai atau nisbah
ukuran yang berjaya dicapai oleh murid bagi maksud kejelasan isi dan bahan media yang
disampaikan dan digunakan oleh guru benar-benar berkesan. Perkataan penegasan dalam
objektif guru bagi tajuk sifat kimia bahan adalah dengan memberi penerangan,menunjuk cara
ujikaji dijalankan, menyenaraikan dan menulis perubahan warna pada kertas litmus bagi setiap
sifat kimia bahan yang diterangkan.
Ianya berdasarkan kepada bagaimana sesuatu objektif yang dinyatakan oleh guru pada awal
pengajarannya dapat dicapai pada akhir pembelajaran pelajar. Selepas penggunaan media
power point atau media tayang tidak bergerak,tunjukcara melalui tayangan video di
persembahkan kepada pelajar, pelajar seterusnya dapat memahami cara membersihkan najis
mughalazah yang sebenar sepertimana yang ditunjukkan dalam video pendek

dan guru

mengharapkan penggunaan media-media ini lebih membantu murid untuk lebih mudah faham.
Seterusnya ialah penggunaan media yang dipilih dengan teliti secara sistematik dan terancang
oleh guru berdasarkan tahap pencapaian dan kecerdasan pelajar Tahun 4 Nilam dalam
pengajaran dan pembelajaran bilik darjah adalah satu perancangan yang sangat baik dan

sangat membantu guru dan pelajar. Proses ini memerlukan penumpuan yang jitu berikutan
faktor keadaan pelajar yang sememangnya berada pada tahap sederhana yang memerlukan
pendekatan yang lebih mudah dan ringkas dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah yang dipilih ini adalah bersesuaian dengan pelajar Tahun 4 Nilam berdasarkan analisis
awal yang telah dibuat oleh guru kelas dan guru mata pelajaran. Analisis awal yang
dimaksudkan meliputi cirri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada mereka dan gaya pembelajaran
pelajar. Guru telah sedia maklum bahawa

90 peratus

boleh membaca dan menulis jawi

dengan baik. Maka dengan itu, kaedah pengajaran berbentuk gambar dan video adalah
merupakan satu simulasi dan tunjuk cara yang paling sesuai dengan tahap pengetahuan dan
pengalaman pelajar.
Format media yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
Tahun 5 Nilam dapat menarik minatpelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian dalam bilik
darjah. Terdapat dua format media yang dipilih dan digunakan oleh guru iaitu power point, dan
tayangan video

Kumpulan sasaran guru adalah pelajar Tahun 5 Nilam yang mempunyai

bilangan pelajarnya seramai 31 orang. Video yang dirakam itu adalah untuk tayangan kepada
pelajar di dalam kelas.. Guru hanya perlu menyumbang tenaga, keringat dan masa bagi
menjadikan fantasi itu satu realiti dan menjadi satu kepuasan bila mana objektif pengajaran
guru di dalam kelas tercapai.
Guru dan pelajar bersama-sama dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media
dan bahan sumber ini serta berjaya menggunakan media yang dipilih ini dengan sebaik
mungkin bagi kegunaan pelajar dalam proses pembelajaran dan bagi kemudahan guru dalam
proses pengajaran. Media ini digunakan dengan cara tayangan slaid power point kepada
pelajar.
Reaksi positif yang ditunjukkan oleh guru akan menjamin minat dan penglibatan pelajar
dalam aktiviti yang dilakukan secara berterusan, bukan untuk kelas pada hari tersebut, malahan
untuk kelas-kelas yang seterusnsya juga. Selepas tayangan video dibuat, guru akan menyoal
pelajar mengenai hikmah bersuci iaitu pada aras tiga yang terdapat di dalam tayangan power
point yang berkenaan. Tayangan dalam bentuk slaid power point berserta gambar dan dengan
itu, pelajar sepatutnya boleh menyebut dengan jelas mengenai bahagian najis dan hikmah
bersuci dengan betul tersebut.

Guru dikehendaki menilai dan menyemak semula pengajaran yang dilakukan oleh guru dan
pembelajaran yang diterima oleh pelajarnya di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran ini
mestilah seiring dengan perancangan awal yang telah dibuat oleh guru dalam menetapkan
matlamat dan objektif pembelajaran. Guru membuat penilaian disepanjang tempoh pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dimana beberapa soalan ditimbulkan oleh guru dan guru
melihat sendiri sejauhmana keberkesanan media yang dipilih oleh guru dapat membantu
pelajar-pelajar Tahun 4 Nilam memahami tajuk bersuci daripada najis. Disamping itu guru
mengedarkan lembaran kerja bagi menilai pencapaian murid.
Kelakuan atau tindak balas pelajar boleh terus diukur dan disukat oleh guru secara terus
semasa proses pengajaran berlangsung. Secara tidak langsung guru dapat menangani dan
bertindak segera menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kelas semasa pengajaran
dan pembelajaran berlaku dengan cara menggunakan bahasa yang lebih sesuai dan lebih
mudah difahami, serta melakukan perubahan teknik mengajar yang lebih berkesan dan
berupaya membantu pelajar supaya lebih faham bersesuaian dengan tahap pelajar itu sendiri.
Langkah akhir dalam Model ASSURE ini adalah merupakan peringkat paling penting bagi
menilai keseluruahan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dipilih, ditetapkan dan
dilaksanakan. Di sinilah refleksi sebenar akan dibuat oleh guru hasil daripada pengajaran yang
dilakukan dalam bilik darjah terhadap tahap keupayaan pelajarnya dan tahap keberkesanan
pengajarannya. Setiap tindak balas positif mahupun negatif yang ditunjukkan oleh pelajar
hendaklah dikaji secara mendalam bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran

guru.

Refleksi

yang

dibuat

dapat

membantu

guru

penambahbaikan dan seterusnya menyediakan satu set perancangan

untuk

melakukan

yang lebih efisyen,

efektif, tersusun dan seterusnya memperbetulkan apa-apa jua kesalahan dan kesilapan yang
telah guru lakukan di setiap peringkat proses berdasarkan kepada model ASSURE

Penutup
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan
dapat mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang melaksanakan tugas
mereka dengan jujur dan penuh minat akan sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan dan
bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan
Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Pengajaran ASSURE boleh

digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah
kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid
memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan
keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina
disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.
Perancangan mengajar merupakan susun atur pengajaran agar pembelajaran dapat
berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang
secara berperingkat (Yusup Hashim (2000). Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun
secara berperingkat-peringkat. Menurut Yusuf Hashim (1998), rancangan pengajaran yang
berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar
hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas; kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti
masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia ada masih kecil, dan ini
bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE,
ia dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan
media.
Melalui Model ASSURE,

ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran

pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang
pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dalam Model Reka Bentuk
ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan
berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan stail
pembelajaran mereka sama ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik.
Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada
pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk murid dan ia merupakan tahap minimum
yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah
pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif,
kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat beberapa peringkat
dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas,
berkumpulan atau individu.
Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan
penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada,
mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, murid juga

harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi
memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran
yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran
yang

melibatkan

aspek

pencapaian

murid

dan

pembelajaran

yang

dihasilkan

seterusnya keberkesanan media dan kaedah pengajaran yang digunakan.


Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa pelajar masa
kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru
perlu memantapkan diri, mempelajari dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan
minat pelajar masa kini yang lebih moden. Hasil kemajuan negara haruslah seiring dengan
profesyen perguruan masa kini yang mencabar dan menuntut warga pendidik menjadi insan
yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan melangkah ke ruang alam persekolahan dengan
nekad dan semangat untuk memajukan bangsa dan Negara Malaysia.
Penjelasan

di

atas

jelas

menunjukkan

bahawa

Model

Pengajaran

ASSURE

mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang
pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai.
Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk
melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani
dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara.

REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya menyempurnakan
tugas yang diamanahkan ini dengan lancar dan baik. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah saya Cik Asniza Musa serta rakan-rakan yang
memberi tunjuk ajar dan bimbingan. Saya cuba mengadaptasikan Model pengajaran ASSURE
dalam menjalankan Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5.

Pada peringkat permulaan, saya menghadapi sedikit masalah untuk memahami model
Pengajaran ASSURE kerana kurang maklumat dan tidak kreatif serta terikat dengan pengajaran
sains yang melibatkan murid mencari sendiri seperti menggunakan teknik Inkuiri Penemuan
melalui kaedah menjalankan eksperimen bagi menyelesaikan permasalahan yang diberi. Pada
pandangan pertama saya berpendapat, sains terikat dengan aktiviti menjalankan eksperimen
dan kurang memberi penekanan dalam soal pemilihan media untuk dipaparkan kepada anak
didik saya kerana lebih fokus kepada perihal alam sekitar yang menyediakan bahan maujud
yang membolehkan murid memegang dan menilai sendiri sesuatu perkara.
Apabila cuba menyeami dan menyelongkar rahsia Model ASSURE melalui nota-nota
kuliah dan tulisan-tulisan akademik di internet baharulah saya sedar bahawa model ini jika
digabungkan dengan teknik dan kaedah yang sering saya jalankan ke atas anak murid saya ia
boleh mencetus pembaharuan dalam teknik penyampaian dan pengajaran saya di dalam kelas.
Dalam sedar dan tidak sedar sebagai seorang pendidik, kita sering kali menggunakan model ini
dalam pengajaran seharian tetapi tidak secara terperinci dan menyeluruh serta mengikut
landasan dan peraturan yang tepat.
Model ASSURE mempunyai asas yang sangat kukuh untuk digunakan dalam
merancang sesi pengajaran dan pembelajaran. Model ini bukan sahaja memberi panduan
kepada guru malah setiap ciri yang terkandung dalam ASSURE boleh mengubah persepsi
pelajar terhadap proses p&p yang selalu dianggap membosankan.
Sekiranya ciri-ciri model ASSURE ini diaplikasikan sepenuhnya, saya yakin bahawa
murid akan sentiasa tertunggu tunggu pengajaran guru yang selanjutnya. Proses
penyampaian maklumat oleh guru juga akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
Daripada tugasan yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai
pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE.
Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih
dahulu menganalisis muridnya. Perkara inilah yang sering dilupai atau diabaikan oleh guru-guru
di sekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis murid sangat penting kerana dari situ
seseorang guru dapat mengetahui keupayaan muridnya serta ciri- ciri yang terdapat pada
dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi

pengajaran agar tiada seorangpun muridnya yang tercicir daripada memperolehi ilmu yang
disampaikan.
Selain daripada itu, model reka bentuk pengajaran ASSURE amat menekankan
kepentingan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
adalah kerana, bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih
menarik, berkesan, dan mencetuskan kelainan untuk mengelak murid dari berasa cepat bosan.
Keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting dijalankan
dalam setiap pengajaran hariannya.
Penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding modelmodel yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Selain daripada itu pengajaran
guru akan menjadi lebih lancar dan tersusun dengan adanya perbincangan bersama rakan
sejawat untuk membantu proses perkembangan diri dan mengenal identiti mereka sebagai
anak didik di sekolah.
Secara keseluruhannya, saya telah memperuntukkan sejumlah masa yang banyak untuk
menyiapkan tugasan ini termasukklah masa untuk menyiapkan bahan bantu mengajar,
rancangan pengajaran harian selain menyiapkan dokumentasi ini yang pada awalnya saya
rasakan mudah. Namun, apabila diterokai saya mendapati ianya unik dan menarik untuk terus
diterokai dan dicari gali maklumatnya.
Alhamdulillah, tugasan ini berjaya disiapkan dengan hasil usaha sendiri dengan kajian
mendalam melalui internet, perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan serta kesabaran
dan ketekunan di samping sokongan keluarga tercinta.

RUJUKAN
1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza
Publishing Sdn.Bhd.
2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan
Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :


Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam
Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.
6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah
Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran.
Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai