Anda di halaman 1dari 1

Huraian kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Terdapat sepuluh kandungan falsafah pendidkan kebangsaan,antaranya ialah:


a.Pendidikan ialah satu usaha berterusan.
Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang yang bermula sejak dari kandungan ibu lagi
sehingga lah ke akhir hayat nya.Pendidikan yang diterima oleh seseorang berlaku dimana-mana dan
bukan nya hanya berlaku disekolah.Pendidikan ini berlaku secara berterusan secara formal atau pun
tidak formal.
b.Memperkembangkan lagi potensi individu
Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang kedua ialah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh.Maksud potensi individu ialah kebolehan atau pun bakat seseorang
individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.
c.Insan yang seimbang dan harmonis
Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah tiada sebarang perkara yang terabai dan
keseimbangan bagi seseorang individu adalah penting bagi memestikan kemajuan diri nya.
d.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
Semua potensi diri dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek disepadukan bagi menguasai
kemahiran-kemahiran dan juga bidang ilmu.Selain daripada itu nilai-nilai murni juga perlu
disepadukan demi memenuhi keperluan nya dalam menjalani kehidupan.
e.Kepercayaan dan kepatuan kepada Tuhan
Untuk mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan,maka kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan perlu disemaikan dalam diri setiap individu.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ini juga
terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Setiap individu yang mempunyai kepercayaan agama akan
percaya bahawa setiap yang dilakukan didunia ini mesti mendapat balasan di akhirat.
f.Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat malaysia berilmu pengetahuan.Justeru itu,setiap
rakyat perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya.
g. Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
Kerajaan juga mengharapkan rakyat nya berakhlak mulia,berdisplin dan hidup hormat menghormati
antara satu dengan yang lain.Rakyat juga diminta untuk bersopan santun berbudi bahasa.
h. Rakyat yang bertanggungjawab
Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan
negara.
i. Rakyat yang berketerampilan
Keterampilan bermaksud menonjol kan diri.Kerajaan mengharapkan rakyat nya dapat melaksanakan
tugas-tugas nya dengan cekap.
j.Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri
Manusia memang mahukan kesejehteraan diri bagi mencapai kepuasan diri nya.
Kesejahteraan diri adalah penting dalam mengharungi kehidupan yang aman dan damai.