Anda di halaman 1dari 2

TEKS MC

CERAMAH TATACARA MENYAMBUT AIDILFITRI

Yang berusaha, En Mohd Azam bin Anuar, Pengetua SMK Taman Johor Jaya 2.
Yang dihormati,
En Md Halbi bin Kaab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Wan Bidah binti Wan Salleh, Penolong Kanan Kokurikulum
Pn Rohani binti Sulaiman, Penolong Kanan Pendidikan Khas
Guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita
bersama-sama di dalam majlis yang penuh barakah, di penghujung bulan yang
barakah dan di dalam program terakhir, penutup bagi program Ihya Ramadan
2015/1436H SMK TAMAN JOHOR JAYA 2.
Hari ini kita akan perdengarkan sebuah ceramah bertajuk Adab-adab menyambut hari
raya oleh En Abdullah bin Yusof, Pen Pegawai Pendidikan Daerah Unit Perhubungan,
PPD Johor Bahru. Tak kenal maka tak cinta, jadi eloklah kiranya saya membacakan
sedikit profil penceramah.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________
Hadirin hadirat sekalian,
Sebelum saya menyerahkan pembesar suara ini kepada En Abdullah, saya ingin
melontarkan beberapa isu dan perbezaan berkaitan sambutan raya pada masa kini
yang mungkin En Abdullah boleh kupas semasa ceramah beliau nanti.

Yang pertama:
Saya ada terbaca di laman sosial twitter dari Akaun Dr. Azman Ibrahim, beliau tweet
satu status yang berbunyi:
Raya ni ambe cadang tuan rumah tak perlu sedia juadah sangat. Cukuplah sediakan
wifi percuma dan biarkan tetamu melayan skrin HP masing-masing. Dalam sampul
duit raya, tak payah letak duit. Letak kad prepaid je RM5.00 sekeping
Dalam era dunia tanpa sempadan ini, kita boleh lihat adab, adat dan budaya
menyambut hari raya semakin berubah 100%. Kalau dulu, kita mengunjung ke rumah
sanak saudara dan rakan-rakan, riuh dengan perbualan dan cerita yang mengeratkan
lagi sillaturrahim di kalangan muslimin muslimat, tetapi situasi hari ini berbeza apabila,
kata-kata berubah menjadi bunyi ringtone handphone, hanya jari jemari menari
menekan key pad. Kemeriahan bertukar menjadi hambar dan sepi. Smart phone,
internet adalah segala-galanya. Sehinggakan timbul isu berselfie di kubur, berselfie
selepas tarawikh, berfacebook ketika mendengar khutbah raya, ucapan maaf hanya
copy and paste, balik kampung mesti ada wifi baru nak balik dan bermacam-macam
lagi.
Baiklah tanpa bercakap dengan lebih panjang lagi, majlis dengan ini mempersilakan
En Abdullah bin Yusof untuk memberikan ceramah bertajuk Adab-adab ketika
menyambut hari raya. Dipersilakan.
CERAMAH