Anda di halaman 1dari 11

KANAK-KANAK HYPERAKTIF

DEFINISI HIPERAKTIF (HYPERACTIVE)

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku pada seseorang yang menunjukkan sikap tidak mau diam,
tidak terkendali, tidak menaruh perhatian dan impulsif (bertindak sekehendak hatinya). Anak
hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah merasakan asyiknya permainan atau mainan yang
disukai oleh anak-anak lain seusia mereka, dikarenakan perhatian mereka suka beralih dari satu
fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan tanpa henti mencari sesuatu yang menarik dan
mengasikkan namun tidak kunjung datang. Hiperaktif juga mengacu kepada ketiadaannya
pengendalian diri, contohnya dalam mengambil keputusan atau kesimpulan tanpa memikirkan
akibat-akibat terkena hukuman atau mengalami kecelakaan.

Perlu diketahui bahwa tingkah laku bukan sekedar suatu pencerminan dari hal-hal yang disukai
sebagai individu, tetapi juga merupakan akibat dari situasi-situasi yang dialami sendiri. Dan
anak-anak tersebut umumnya tidak mengeluhkan kondisi hiperaktif kondisi hiperaktif mereka,
tetapi tindakan mereka sering membuat reaksi dari orang lain. Ramai ibubapa yang mendapati
sukar untuk mengurus kanak-kanak yang terlalu aktif. Kanak-kanak begini sentiasa bergerak ke
sana ke mari menerokai persekitaran mereka dan dalam proses ini menyebabkan huru-hara.

Ditinjau dari sudut pandang/perspektif sosiologi, anak merupakan pribadi sosial yang
memerlukan hubungan dan komunikasi dengan orang lain. Untuk memanusiakan dirinya, anak
ingin juga dicintai, diakui dan dihargai, oleh karena anak yang hiperaktif kurang disukai dalam
lingkungan pergaulannya maka perkembangan dan hubungan anak tersebut dengan lingkungan
sosialnya akan terganggu, sehingga anak tersebut akan bersikap semaunya terhadap
lingkungannya, dan tingkah lakunya kurang terkontrol. Demikian halnya dengan masalah mereka
di sekolah, anak juga akan merasa kehilangan dukungan apabila orang tuanya tidak menemani di
dalam kelas. Oleh karena itulah anak hiperaktif ini sangat memerlukan komunikasi dengan orang
lain, baik itu orang tua mereka sendiri.

Pakar Pediatrik berkata kanak-kanak ADHD gemar bertindak sebelum berfikir, terlalu aktif dan
sukar menumpukan perhatian terhadap sesuatu tugas. Kanak-kanak ini boleh memahami dan
berfikir, tetapi tidak mengendahkannya. Sememang lumrah semua kanak-kanak bersikap begini,
tetapi bagi ADHD, perangai mereka agak luar biasa nakal daripada kebiasaannya, terutama jika
berminat terhadap sesuatu perkara baru. Kelemahan bagi kanak-kanak ini ialah mereka sukar
bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik.

Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk
memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan
masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar
menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini
melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang
dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak
penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan
ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif.
SIFAT DAN PERILAKU KANAK-KANAK HYPERAKTIF

Seseorang kanak-kanak dikatakan mengalami Gangguan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan, jika
kanak-kanak tersebut menunjukkan gejala-gejala dalam 3 kumpulan asas dalam kebanyakan
situasi (contohnya di rumah dan sekolah). Kelakuan yang diperlihatkan oleh kanak-kanak
bermasalah ADHD dibahagi kepada tiga iaitu kekurangan tumpuan perhatian, mengikut
dorongan hati dan berkelakuan terlalu aktif.

1 . Berkelakuan terlalu aktif

Tahap aktiviti motor yang tinggi sentiasa bergerak ke sana ke mari, berlari-lari tanpa mengenal
penat tidak boleh duduk diam sentiasa kegelisah. Kanak-kanak yang berkelakuan seperti suka
berlari-lari, memanjat perabot,sukar duduk diam dan seolah-olah ada kuasa yang menyebabkan
dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak-kanak hiperaktif.

2 Kekurangan tumpuan perhatian

Kurang tahap penumpuan tidak boleh menumpukan perhatian pada guru di sekolah atau tadika
serta tidak menghabiskan tugas yang diberikan atau aktiviti permainan. Kanak-kanak yang
sangat senang beralih pandangan dari satu perbuatan ke perbuatan yang lain dan seolah-olah
tidak mendengar apabila orang cuba bercakap dengannya adalah kanak-kanak yang lemah kuasa
tumpuan perhatian. Mereka selalunya menghabiskan tugas dibuatnya dan tidak boleh duduk
bermain dengan lama seperti kanak-kanak lain.

3 Mengikut dorongan hati

Tingkah laku impulsif serta perlu memenuhi kehendaknya dengan segera dan tidak boleh
menunggu giliran dalam permainan menganggu dan mencelah perbualan orang lain. Kanak-
kanak itu tidak pernah merancang tindakan, malah terus melakukannya. Dia cepat berubah
melakukan sesuatu yang lain. Ibu bapa dan guru mendapatinya sukar dikawal kerana dia tidak
mengikut arahan.

Kanak-kanak lelaki lebih terdedah kepada masalah ADHD berbanding perempuan


dan masalah itu selalunya turut menjejaskan prestasi persekolahan anak terbabit. Ini kerana,
katanya, kekurangan tumpuan dan hiperaktif di kalangan kanak-kanak menyebabkan mereka
lewat menerima setiap pelajaran dan sekali gus membantutkan pencapaian pendidikan mereka.
Lazimnya, keadaan itu lebih kerap dialami kanak-kanak pra-sekolah dan ia boleh menjejaskan
tahap pencapaian mereka di bidang pelajaran pada peringkat permulaan.

Ibubapa harus berhati-hati untuk tidak melabelkan kanak-kanak mereka yang normal tetapi
sangat aktif dan riuh sebagai hiperaktif. Bergantung kepada umur dan peringkat
perkembangan,dorongan untuk suka bermain dalah dianggap normal Jika anak anda mengalami
pencapaian di sekolah yang merosot teruk yang berkaitan dengan gejala yang dinyatakan di atas
dan mengalami masalah interaksi dengan orang lain, kanak-kanak tersebut mungkin mengalami
gangguan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan. Kanak-kanak sedemikian biasanya dianggap nakal
atau berakkhlak buruk
Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif

- Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil.

- Mereka suka membantah.

- Suka melanggar peraturan terutama di sekolah.

- Lalai dan tidak memberi tumpuan.

- Sering merasa tidak puashati.

- Sering tertekan.

- Menghadapi masalah dalam pelajaran.

- Menghadapi masalah dalam hubungan sosial.

- Cepat takut dan risau.

- Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA HIPERAKTIF (ADHD)

Faktor kebakaan, lemas ketika proses bersalin dan tekanan perasaan yang dialami wanita ketika
proses kehamilan mendedahkan kanak-kanak kepada risiko ADHD. Wanita yang melalui proses
kehamilan terdedah kepada pelbagai risiko dan mereka harus bijak menangani masalah dihadapi
itu. Jika wanita hamil berasa tertekan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses
kehamilan, bayi dikandung terdedah kepada pelbagai risiko negatif.

Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional
sekaligus mendedahkan anak dikandung kepada ADHD. Sehubungan itu, wanita
hamil perlu sentiasa tenang ketika menghadapi masalah dan menanganinya
dengan bijaksana supaya setiap bayi yang dilahirkan berkeadaan sempurna.

Memanjakan anak juga merangsang sifat dan sikap hiperaktif menonjol dalam diri pengidapnya.
Pemanjaan dapat juga disamakan dengan memperlakukan anak terlalu manis, membujuk-bujuk
makan, membiarkan saja, dan sebagainya. Anak yang terlalu dimanja itu sering memilih caranya
sendiri agar terpenuhi kebutuhannya. Ia akan memperdaya orangtuanya untuk memperoleh apa
yang diinginkannya. Serta kurangnya disiplin yang diberikan oleh orangtua kepada anak
tersebut. Cara seperti itulah yang akan membuat anak untuk berbuat sekehendak hatinya.
Anak yang dimanja biasanya pengarahan yang diberikan kepadanya berkurang. Dan kalau
disekolahkan ia akan memilih berjalan-jalan dan berdiri dari pada mendengarkan pelajaran yang
diberikan oleh guru. Memanjakan membujuk makan, membiarkan tindakannya sendiri, memnuhi
semua keinginannya dan kebutuhannya itu harus dihindari.

Kanak-kanak yang disyaki hiperaktif perlu dirujuk untuk diperiksa oleh doctor dan akan di
rujuk. untu pemeriksaan lanjut oleh Pakar Psikiatri Kanak-kanak. Ahli profesional yang lain
yang juga membantu kanak-kanak ini termasuk Pengawai Psikologi Klinikal, Pengawai Terapi
Cara-Kerja dan guru Pendidikan Khas.

CARA PENGESANAN MURID HIPERAKTIF

o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan

o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah,
rumah, tempat awam

o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu

o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan

o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di


sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya
RAWATAN UNTUK PENGHIDAP HIPERAKTIF

1 Teknik-teknik terapi tingkah laku yang digunakan termasuklah mefokuskan dirinya secara
lebih berguna kepada tugas harian dan interaksi dengan kanak-kanak lain.

2 Ubat hanya diberikan jika perlu bertujuan meningkatkan tahap tumpuan, mengurangkan
tahap aktiviti motor yang tinggi dan mengurangkan tingkah laku impulsif. Antara ubat yang
didapat berkesan ialah ubat peransang seperti Methylphenidate. Rawatan Biobrain mempunyai
kandungan utamanya iaitu Asid Dokosaheknoik yang mampu membantu kanak-kanak degil dan
hyperaktif dalam mewujudkan daya tumpuan yang lebih peka terhadap sesuatu aktiviti. Ia turut
membantu merembeskan neurotransmitter serotonin yang bertanggungjawab memberikan
perasaan ceria kepada kanak-kanak ini dan membolehkan mereka bergaul dengan kanak-kanak
lain seperti biasa.

3 Bantuan dan pendidikan kepada ibubapa dan keluarga tentang cara pengendalian dan
psikologi untuk kanak-kanak hipraktif kerana mereka punyai perilaku yang berbeza berbanding
kanak-kanak normal.

5 Pendidikan pemulihan bagi kanak-kanak hiperaktif yang juga menghadapi masalah dengan
kerja rumah dan pembelajaran yang terjejas akibat sifat kanak-kanak hipraktif.

6 Sekolah mereka harus timbulkan kesedaran dalam kalangan guru-guru dan menolong guru-
guru untuk mengurus kanak-kanak hiperaktif di dalam kelas dengan cara yang betul dan bukan
dengan memberi tekanan seperti menganggap mereka bodoh dan lembab.

Masalah kanak-kanak yang menghidap ADHD adalah rumit dan memerlukan kesabaran yang
tinggi dalam merawat mereka. Perawatan alternatif semakin menjadi perhatian, termasuk
makanan tambahan dan herba, manipulasi kiropratik dan perubahan diet. Walaupun memakan
serat dan nutrisi asas lain adalah baik dalam proses merawat ADHD, tidak banyak kajian
mengesahkannya. Bagaimanapun tidur yang cukup terbukti dapat membantu mengurangkan
symptom ADHD.

Bagaimanapun, ADHD akan lenyap secara beransur-ansur apabila mereka memasuki


usia lapan atau sembilan tahun dan selepas tempoh itu, tidak mustahil anak berkenaan
menunjukkan prestasi baik dalam bidang pelajaran. ADHD selalunya berlaku di kalangan kanak-
kanak berusia di antara tiga dan lima tahun tetapi keadaan itu akan beransur pulih apabila mereka
semakin membesar. Dari segi perubatan moden, sebahagian besar kanak-kanak bermasalah
ADHD tidak menunjukkan sebarang kelainan dalam pemeriksaan fizikal. Bagaimanapun, ADHD
sering dikaitkan dengan penyakit atau keadaan tertentu seperti meningitis atau penyakit selaput
otak berkuman, kelembapan otak dan Rubella.
CARA CARA MEMBINBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF

1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak anda sebelum mula bercakap.


Kemudian pastikan anak anda bertentang mata dengan anda ketika bercakap. Beri arahan yang
jelas dan tepat.

2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual yang menjadi
tanggungjawabnya.

3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingatiBerikan ganjaran
kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian.

4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja sekolah,
belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja lebih baik selepas berehat selama 5 minit atau
10 minit.Beri peluang kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang berlebihan dengan cara
berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak fizikal.

5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.

6. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan guru. Jika perlu,
pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari guru
bimbingan yang sesuai.

7. Latih anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.

8. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan


anak anda. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana,
kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan
seperti kanak-kanak normal.

9. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau
bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. Dalam melatih atau
mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan
kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami
berbanding kanak-kanak biasa yang lain dalam sesuatu perkara yang diminatinya.

10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan
rawatan yang terbaik buat anak.

11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya.
Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak
akan penuh.

12. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal
yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.
13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik, dan
jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.

14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh
membahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri
dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut
berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung
berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi
'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih
kreatif dan idealisme.

16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di
meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan
makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda
lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.

17. Kita sebagi ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anak-
anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka
perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.

18. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-
program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta
boleh memudaratkan cara berfikir mereka.

19. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di
kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu
disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-
aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.

Terimalah had kebolehan anak anda. Jika anda mampu melahirkan yang terbaik daripada
anak anda dan kemudian secara perlahan-lahan membantu dia untuk memperbaiki dirinya, maka
anda telah menyempurnakan satu tanggungan

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut
memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan
rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa
gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta
Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak
berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang
berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak
untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum
mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan
pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

Guru mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh
menunjukkannya kepada ibu bap semasa di rumah, bagi membolehkan anak hiperaktif ini
diawasi agar pembelajaran dan kerja rumah mereka disiapkan.

OTAK BELUM CAKAP

Terapi yang diberikan umumnya ditujukan pada gangguan utama yang dialami anak hiperaktif,
yakni pada otaknya. “Anak hiperaktif, otaknya belum cakap, karena fungsinya belum matang,”
jelas dr. Dwidjo. Jika anak diberi obat yang tepat, 70 persen akan berhasil baik meski tak
sempurna. “Kita mengupayakan sampai kemampuan otaknya sudah jauh lebih baik. Sehingga
tanpa obat pun, secara perilaku, anak sudah bersikap lebih baik,” papar dr. Dwidjo. Tapi, lama
pemakaian obat bukan berarti anak tergantung pada obat. “Obat itu justru untuk menjembatani
agar di usia-usia itu anak punya performance yang baik, sehingga kondisi hiperaktifnya tak
begitu mengganggu,” jelas dr. Dwidjo.
Selain diobati, perilaku anak juga harus dibimbing melalui terapi perilaku. Bahkan, ujar dr.
Dwijo, “Karena hiperaktif juga menyangkut penampilan akademisnya. Bila perlu, anak juga
diberikan terapi edukatif.”
Terapi lain yang dilakukan KPBA ialah stimulasi perkembangan, terapi wicara, terapi remedial,
fisioterapi, terapi bermain, terapi okupasi, terapi musik, dan psikoterapi. Setiap kali terapi
lamanya satu setengah jam dan pasien bisa memilih sendiri waktunya.
Unit Hiperaktif sendiri merupakan salah satu dari lima unit yang ada di KPBA. Keempat unit
lainnya ialah unit kesulitan belajar, unit autisma, unit perkembangan, dan unit diagnostik
elektrofisiologi & neuropsikologi.

PENANGANAN MENYELURUH
Salah satu karakteristik penanganan di KPBA ialah anak diperlakukan sebagai anak yang sedang
tumbuh berkembang dalam bentuk terapi perkembangan. Karena itu, “Di samping menangani
kelainan atau gangguan atau hambatan yang khusus tadi, semua keperluan anak untuk bisa
berkembang optimal juga dipenuhi,” ujar dr. Dwidjo. Apa pun kelainan perkembangan yang
dialami anak, lanjutnya, selain diberi pelatihan untuk bisa mengarahkan perilakunya,
kemampuan perkembangan anak yang lain juga distimulasi. “Jadi, penanganannya menyeluruh,”
tukas dr. Dwidjo.
Untuk itu, klinik ini menyediakan tenaga-tenaga andal, antara lain empat terapis perkembangan.
Mereka ialah perawat yang sudah diberi pelatihan khusus tentang perkembangan anak. Juga ada
seorang paedolog, terapis wicara, psikolog, dan tiga psikiater.
Klinik ini juga bekerjasama dengan bagian-bagian lain di RS Husada seperti dokter anak, dokter
THT, bagian rehabilitasi medis, dan sebagainya. “Jadi, tim yang ada adalah tim multidisipliner
yang bekerja dalam satu kerangka terapi yang terpadu,” ujar dr. Dwidjo.
Selain pada anak, klinik ini juga memberikan pelatihan bagi orangtua yang memiliki anak
bermasalah. Melalui program ini, orangtua dilatih untuk dapat mengasuh dan mendidik anak
sesuai kebutuhan khusus anak.

Tiga Terapi Untuk Melatih Konsentrasi

Ada tiga jenis latihan yang dianjurkan melatih konsentrasi anak hiperaktif, iaitu

Permainan Bola boleh membantu memusatkan konsentrasi kanak-kanak hiperaktif. Buatlah bola
sebesar bola tenis atau bola lisut yang permukaannya kasar. Permukaan kasar ini bertujuan
memberi rangsangan. Kemudian minta anak untuk mendrible(mengebam bola seperti dalam
permainan bola keranjang) dengan hitungan. Misal, untuk tahap awal, minta anak mendrible bola
selama tiga minit. Catat berapa kali lantunan bola tanpa mati. Setelah itu, tingkatkan waktunya,
misalnya 5 minit, 10 minit, dan seterusnya. Hal ini pasti membantu anak memusatkan tumpuan
ke atas bola untuk mengira jumlah lantunan bola yang dibuat.

2. Go and No Go Test

Latihan ini dilakukan menggunakan warna atau huruf. Misal, dengan bola berwarna. Sebelum
permainan, minta anak bertepuk tangan tiap kali satu bola/kartu ditunjukkan, dan minta agar ia
tak bertepuk tangan untuk satu warna/abjad tertentu yang ditunjukkan.
Misal, anak tak boleh bertepuk tangan untuk warna putih atau huruf x yang ditunjukkan. Catat
kesalahan anak, misal, apakah anak bertepuk tangan pada saat warna putih atau huruf x
ditunjukkan, atau malah tak bertepuk tangan saat warna selain putih atau huruf selain x
ditunjukkan. Ulangi latihan ini berkali-kali.

3. Stop-Think-Go

Sebelum melakukan tindakan, minta anak agar diam dulu. Misal, tiap kali melihat sesuatu, minta
anak menghitung 10 kali. Setelah 10 hitungan, minta ia memikirkan tindakan terbaik yang akan
ia kerjakan. Setelah itu, baru ia diizinkan mengerjakan apa yang telah dipikirkannya.

Hasil penelitian menunjukkan perilaku anak hiperaktif dalam bermain konstruktif, diketahui
bahwa terdapat 1 (satu) anak hiperaktif di PAUD Lestari, yaitu bernama Iqbal. Jenis permainan
konstruktif yang digunakan, yaitu
1) bermain play dough, membuat Iqbal terlatih konsentrasinya, namun masih belum sabar
menunggu giliran dan bersikap destruktif. Dia bisa duduk tenang serta mampu membuat bentuk
yang variatif;
2) ketika meronce, Iqbal masih belum sabar menunggu giliran dan terkadang mengganggu
temannya tanpa alasan yang jelas. Konsentrasinya mudah terganggu serta terkadang
menunjukkan sikap menentang, akan tetapi dia tidak menunjukkan sikap destruktif;
3) tingkat perhatian Iqbal saat bermain puzzle tidak lama, dia belum sabar menunggu giliran dan
seringkali bersikap destruktif dan menunjukkan sikap menentang. Perilaku Iqbal dipengaruhi
karena kurangnya pengawasan dari orang tua dalam setiap kegiatan bermainnya. Iqbal dapat
dengan mudah menerima informasi apabila dilakukan menggunakan sarana-sarana edukatif.
Pengembangan motorik halus pada anak hiperaktif, sebelum anak-anak menggunakan
pensil, guru di PAUD Lestari memberikan rangsangan belajar melalui aktivitas bermain, yakni:
1) ketika bermain bermain play dough jari-jemarinya mulai terampil untuk membuat aneka
bentuk yang lebih bervariatif dan unik, Iqbal juga tidak membutuhkan motivasi dari guru;
2) motivasi Iqbal untuk meronce sangat bervariatif tergantung pada perasaannya pada saat itu.
Pada saat Iqbal mencoba memasukkan potongan sedotan ke dalam tali, koordinasi tangan dan
matanya akan terlatih. Perkembangan hasil karya Iqbal ketika meronce pola untaian sudah mulai
beraturan;
3) bermain puzzle dapat melatih koordinasi tangan dan mata serta pikirannya dalam menyusun
kepingan puzzle dengan cara mencocokkan potongan gambar membentuk gambar yang utuh. Dia
sudah mampu menyusunnya sendiri bagian tepi potongan puzzle tersebut, dan mulai mau bekerja
sama dengan temannya. Namun, dia masih membutuhkan motivasiuntuk menyusun puzzle
menjadi sebuah gambar;
4) perkembangan Iqbal dalam kegiatan mewarnai sudah lebih cemat dan detail terhadap setiap
pola gambar yang berbeda, serta dia mulai pelan-pelan saat mewarnai sehingga tidak keluar
garis. Sedangkan, motivasi Iqbal saat mewarnai terkadang masih membutuhkan penanganan
khusus;
5) perkembangan hasil tulisan Iqbal sudah mulai jelas bentuk huruf dan angkanya serta caranya
memegang pensil juga tidak dengan menggenggam. Namun, Iqbal masih membutuhkan
motivasi, perhatian dan pengarahan dari guru.

Bermain konstruktif untuk mengembangkan motorik halus pada anak hiperaktif:

1) play dough, merupakan kegiatan bermain yang dapat melatih Iqbal dalam membedakan
permukaan serta membantu mengembangkan otot-otot kecil pada tangan dan pergelangan;

2) meronce dapat membantu kestabilan motorik halus Iqbal ketika akan memasukkan potong-
potongan sedotan ke dalam tali. Kestabilan dalam memegang tali dan sedotan dapat
digunakan untuk melatih keterampilan motorik halus;

3) bermain puzzle memerlukan penggunaan keterampilan motorik halus, yaitu ketika Iqbal
memegang dan mencocokkan kepingan puzzle ke tempatnya untuk menjadi sebuah gambar
dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. Mengembangkan motorik halus memerlukan
latihan, bermain konstruktif dapat yang digunakan sebagai stimulus untukmengembangkan
kemampuan tersebut.
Berdasarkan hasil penelitian ini disarankan:

1) bisa memberikan tambahan informasi dan keilmuan dibidang PAUD serta dapat dilakukan
penelitian lebih lanjut tentang perkembangan anak, khususnya anak usia dini;

2) guru perlu memahami karakteristik dan mengadakan pemeriksaan lebih lanjut apabila
ada anak didik yang memiliki perilaku berbeda jika dibandingkan dengan anak didik lainnya;

3) sebelum guru memberikan aktivitas menulis, sebaiknya anak didik mendapatkan latihan-
latihan untuk mengembangkan jari-jemarinya dan menggunakan bahan main yang berbeda-beda;

4) bermain adalah metode yang paling tepat untuk anak prasekolah dalam mengembangkan
semua aspek kecerdasannya sedini mungkin.