Anda di halaman 1dari 3

Kementerian Pelajaran telah mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), membabitkan 10

sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta
menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat
tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan
serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.

Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam
soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara
ini.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;

Sekolah berasrama penuh:

Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru

Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban

Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah

Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah menengah harian:


Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya

Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah rendah:

Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan

Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur

Sekolah Convent Kota Taiping, Perak

Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Sekolah Berprestasi Tinggi Tanda Aras Kecemerlangan Pendidikan - Muhyiddin

JITRA, 12 Nov (Bernama) -- Matlamat utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menjadikan sekolah
berprestasi tinggi sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah
kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata memandangkan status berprestasi tinggi
akan diberikan kepada sekolah yang mencapai atau melebihi tanda aras itu, kerajaan berharap lebih
banyak sekolah berusaha meningkatkan kualiti dan menjadi pilihan utama semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam
pendidikan, kerajaan meletakkan sasaran untuk mewujudkan 100 sekolah berprestasi tinggi menjelang
2012.
"Status itu akan diberi kepada sekolah terbaik yang mempunyai identiti unik yang membolehkan pelajar
mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.

"Sekolah-sekolah ini akan mempunyai budaya kerja yang kuat dan cemerlang dan melahirkan modal
insan yang dinamik untuk pembangunan negara," katanya ketika berucap pada penutup persidangan
mengenai Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini Khamis.

Muhyiddin berkata dalam usaha meningkatkan prestasi sekolah, adalah penting untuk melahirkan
pemimpin yang berprestasi tinggi di kalangan pemimpin sekolah.

"Guru Besar, pengetua dan pasukan kepimpinan sekolah mesti dinamik, tekun, berdisiplin, pakar dalam
bidang mereka dan berorientasikan hasil.

"Dalam membina kecemerlangan, pemimpin sekolah mesti mengenalpasti secara spesifik cabaran yang
perlu ditangani, mempunyai fokus yang jelas mengenai hasil dan prestasi yang ingin dicapai dan
mengamalkan secara berterusan budaya ingin cemerlang," katanya.

Beliau berkata mereka perlu mempunyai sikap sanggup menerima cabaran dan sentiasa berusaha
mencari idea dan amalan baru dalam meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan pembelajaran.

Muhyiddin berkata tanpa pemimpin yang mempunyai prestasi tinggi, pelajar tidak akan cemerlang dan
kualiti sekolah akan menurun.

Anda mungkin juga menyukai