Anda di halaman 1dari 10

vKajian Clements (1987) dan Hough Dan Ellis (1997) mengatakan bahawa Teknologi

Maklumat Dan Komunikasi boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang


kreatif. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak di prasekolah dengan menggunakan ICT
harus diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik,
mencabar dan interaktif.
2.2 Kepentingan Pendekatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Pada zaman sekarang ICT telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat tidak
mengira peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Hal ini kerana ibu bapa yang memberikan
kebenaran atau menggalakkan anak-anak menggunakan komputer. Tambahan lagi, setiap buah
keluarga mampu memiliki sebuah komputer untuk dimanfaatkan oleh setiap individu yang
ada dalam keluarga itu. Ada banyak kepentingan pendekatan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kanak-kanak dapat merangsang kreativiti dan pemikiran melalui pendekatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dunia sains dan
teknologi diterapkan ke dalam silibus mata pelajaran di peringkat tadika dan prasekolah. Hal
ini supaya dapat menjana idea baru mengikut kreativiti dan tahap pemikiran kanak-kanak.
Contohnya, selepas memberi penerangan tentang haiwan ayam menggunakan gambar visual
yang realiti, guru meminta murid-murid mewarna gambar ayam secara kreatif.
Selain itu, dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mencabar. Kanak-kanak akan
berasa mencabar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi di samping dapat menarik minat mereka. Contohnya, guru
memaparkan tayangan video jenis-jenis haiwan sama ada melalui projector atau CD. Grafik
yang dipaparkan adalah lebih kelihatan realiti berbanding lukisan tangan. Oleh itu, muridmurid memperolehi gambaran haiwan yang betul.
Penggunaan pelbagai media seperti grafik, bunyi, dan video ke dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Media-media tersebut dapat menarik minat murid-murid sekaligus mereka
dapat mengetahui fungsi-fungsi media itu. Media video memberi gambaran tentang sesuatu
peristiwa sama ada secara realiti atau direka cipta oleh pencerita kartunis. Media bunyi pula
memainkan peranan penting supaya karakter atau sesuati keadaan itu kelihatan hidup.
Manakala grafik berfungsi untuk menarik perhatian penonton.
Seterusnya, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar secara berulang kali. Guru
menggunakan bahan bantu mengajar yang sama seperti television, projector, papan slide dan
sebagainya tetapi inti pengajaran dan pembelajaran disesuaikan atau diubah dari masa ke
masa. Contohnya, guru menggunakan television untuk menayangkan video cerita pengajaran
atau pun video lagu. Langkah ini diambil supaya murid-murid tidak merasa cepat bosan
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan.
Pendekatan Teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pembelajaran kendiri
untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Di peringkat sekolah rendah di mana
kanak-kanak yang berumur sembilan tahun dilatih untuk mengakses laman sesawang bagi
mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Di peringkat tadika pula, guru akan melakukan
pengaksesan tersebut dan diperhatikan oleh kanak-kanak menerusi pancaran projector. Hal ini

kerana kanak-kanak tadika belum sesuai dilatih untuk mengakses laman sesawang kerana
tahap pembelajaran untuk mengakses adalah sukar bagi peringkat umur mereka.
Akhir sekali, ia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan
dengan teratur dan bersistematik. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang tenteram
memudahkan guru menyampaikan maklumat tentang inti pengajarannya. Murid-murid juga
memperoleh ilmu pengetahuan dan dapat mengingat apa yang telah dipelajarinya. Di samping
itu, dapat menjana pemikiran mereka ke tahap yang lebih baik.
2.3 Kelebihan dalam Perkembangan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Perkembangan pendidikan awal kanak-kanak dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya
ialah melalui pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran menyumbang beberapa
kelebihan dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak.
Pembelajaran berpusat kepada kanak-kanak boleh dilakukan melalui proses
penerokaan dan penemuan. Penerokaan dan penemuan dilakukan melalui paparan maklumat
yang bersesuaian dengan inti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana tahap kefahaman
kanak-kanak adalah berbeza-beza. Di samping itu, mereka juga cepat keliru sekiranya guru
menyampaikan banyak maklumat terperinci mengenai mata pelajaran yang diajar. Oleh itu
penerangan yang dibuat haruslah ringkas dan padat dengan maklumat secara umumnya.
Membawa sikap positif kepada kanak-kanak dengan memberikan mereka peluang
yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional. Pada zaman yang serba canggih
ini merupakan satu faktor di mana guru menggunakan bahan bantu mengajar dalam bentuk
teknologi sekali sekala untuk menarik minat murid supaya belajar. Murid juga memperoleh
ilmu pengetahuan yang baru melalui penggunaan teknologi maklumat. Sekiranya guru hanya
menggunakan cara pengajar tradisional semestinya kanak-kanak sudah bosan.
Selain itu, kanak-kanak juga dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal yang dilihat
dalam paparan teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh praktikal yang dipaparkan adalah
melalui grafik, bunyi dan video. Mereka dapat membezakan apa yang baik dan tidak baik
untuk diteladani atau dijauhi. Guru sebagai pembimbing kepada murid-murid supaya mereka
faham apa yang disampaikan melalui paparan tersebut. Oleh itu, guru haruslah memberi
sedikit sinopsis tentang paparan gambar video sebelum meneruskan sesi pembelajaran.
ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan
secara aktif. Oleh itu, kanak-kanak yang mencari dan bukan menerima dengan proses satu
hala sahaja. Keadaan ini dapat menjana pemikiran kanak-kanak secara kreatif, krisis dan
inovatif. Kanak-kanak sememangnya mempunyai imaginasi yang tinggi dan guru selalunya
dapat melihat apa yang dihasilkan oleh kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak boleh melukis
sebuah kapal angkasa dengan reka bentuk yang unik.
Seterusnya, ia dapat meningkatkan latih tubi kanak-kanak dalam proses pembelajaran.
Pendekatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
menaikkan semangat kanak-kanak untuk terus belajar. Oleh itu, apabila guru memberikan

latih tubi kepada murid-murid, mereka akan membuatnya dengan tekun dan bersungguhsungguh. Murid-murid semakin aktif dan rajin apabila guru dapat mengekalkan minat mereka
untuk terus belajar dalam suasana yang teratur.
4.0 Rumusan
Kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian.
Penggunaan teknologi maklumat dan kamunikasi juga diguna pakai oleh kanak-kanak. Hal ini
kerana teknologi mempunyai banyak kebaikan yang boleh diperolehi oleh kanak-kanak
apabila mereka mengunakannya.
Selain itu, teknologi maklumat dan komunikasi juga dapat membantu membentuk
kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan inovatif malah dapat memberi banyak pengetahuan
tentang pembelajaran yang lebih berkesan kepada kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah bahawa
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi mempunyai banyak kelebihan yang boleh
diperolehi oleh golongan individu yang mengunakan aplikasi tersebut.
Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi galakan kepada anak-anak
untuk mengikuti perkembangan terkini dalam teknologi maklumat dan komunikasi. Guru juga
haruslah mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer kerana ia sangat penting
dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KOD KURSUS:GGGE 6543
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
TAJUK:
PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
ANIZA BINTI AHMAD (P 63766)
PENSYARAH:
PROF.MADYA DR. NORIZAH @NORAZAH BINTI MOHD NORDIN
PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DI MALAYSIA
(MOBILE LEARNING EDUCATION IN MALAYSIA)
1.0 PENGENALAN
Perkembangan teknologi dan telekomunikasi dekad ini telah memberi impak yang besar bukan sahaja terhadap
pembangunan negara malah memberi kesan terhadap dunia pendidikan pada hari ini. Perkembangan teknologi
dan telekomunikasi yang begitu pantas dan bersifat global telah membawa satu transformasi baru dalam dunia
pendidikan. Dunia pendidikan hari ini tidak lagi bersifat konvensional malah berada di luar kotak dan
menjangkau jauh ke hadapan serta dikelilingi persekitaran yang lebih terarah kepada teknologi maklumat dan
telekomunikasi(TMK) atau Information and Communitation Techonology (ICT).
Teknologi maklumat telah membawa perubahan yang dinamik dalam dunia pendidikan. Pendidikan telah
diterima sebagai asas kepada pembangunan ekonomi di alaf baru ini kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada
masyarakat berpengetahuan dan mempunyai bermoral. Pendidikan adalah satu proses yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga mempunyai perbezaan pencapaian dalam proses pembelajaran. Oleh

itu , pihak kerajaan akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan untuk menghasilkan persekitaran
pengajaran dan pembelajaran yang boleh disesuaikan dengan diri setiap pelajar. Perkembangan teknologi terkini,
terutama dalam bidang teknologi maklumat mempunyai kesan yang besar kepada cara hidup kita , termasuk
dalam bidang pendidikan.
Teknologi maklumat terkini dapat membantu guru, pensyarah dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Secara tidak langsung , teknologi komputer telah memainkan peranan yang besar dalam pembangunan
pendidikan di Malaysia. Baru-baru ini , perkembangan drastik dalam teknologi mudah alih telah menghasilkan
satu revolusi baru dalam bidang pendidikan. Teknologi mudah alih berkembang pesat di mana sebanyak 4 bilion
pengguna telefon mudah alih di seluruh dunia telah direkodkan pada pertengahan 2011. Menurut DigitalBuzz
(2011) , 57% daripada penduduk dunia atau 1.08 bilion pengguna mempunyai pembantu digital peribadi (PDA).
Perkembangan global semasa pada hari ini, telah membuka lebih banyak peluang kepada pendidik untuk
merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan ICT. Kemajuan teknologi mudah alih terutamanya telah
membuka pelbagai peluang kepada pelajar-pelajar untuk membantu mereka berhadapan dengan persekitaran
pembelajaran yang kompleks dan mencabar pada dekad ini. Hal ini kerana tidak dinafikan bahawa penggunaan
bahan-bahan dan peralatan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran sangat membantu pelajar dalam
membuat keputusan yang lebih bermakna. Menurut Kenning (2007), kesan ICT dalam pendidikan telah terbukti
dalam pelbagai kajian kerana dapat memjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, memotivasi
serta bermakna. Kemajuan teknologi tidak lagi dianggap asing dalam dunia pendidikan dan kini dunia pendidikan
telah melangkau setapak ke hadapan dengan mengimplementasi teknologi mudah alih dalam bidang pendidikan.
Teknologi mudah alih dalam pembelajaran telah mula menarik minat para pendidik untuk mengadaptasikan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemilik teknologi mudah alih seperti telefon
bimbit mudah alih semakin meningkat terutama dalam kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Supyan,Mohd
Radzi & et.al(2013), pendidik harus melihat jauh ke hadapan untuk mengintegrasikan pembelajaran
menggunakan teknologi mudah alih dalam program akademik di Institusi Pengajian Tinggi. Dalam kajiannya
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang telah biasa dengan penggunaan teknologi komputer, mereka sangat
mengalu-alukan penggunaan teknologi mudah alih dalam pendidikan.
2.0 PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH
(MOBILE LEARNING)
Teknologi mudah alih dalam pembelajaran atau Mobile Learning merupakan satu konsep baru dalam proses
pembelajaran. Pembelajaran mudah alih boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama seperti formal, tidak formal
dan juga directed atau self-directed (Brink , 2011). Pembelajaran Normal meliputi pembelajaran terkawal
melalui pemberitahuan dan peringatan seperti sistem pesanan ringkas. Perisian juga dikategorikan sebagai
pembelajaran formal. Strategi pembelajaran tidak formal akan meliputi pertukaran mesej dua hala dan hubungan
interaktif.
Menurut Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013) dalam kajiannya menyatakan Mobile
Learning sebagai penyampaian kandungan pembelajaran kepada pelajar menggunakan peranti pengkomputeran
mudah alih. Pernyataan ini disokong oleh Yakub dan Ishak(2008) yang menjalankan kajian berkaitan persepsi
terhadap pembelajaran mudah alih menjelaskan penggunaan peranti mudah alih dalam kalangan pelajar
universiti merupakan satu cara untuk menjadikan pembelajaran sesuatu subjek lebih menarik dan berkesan.
Terdapat pelbagai peranti mudah alih yang boleh digunakan dalam pelaksanaan pembelajaran menggunakan
teknologi mudah alih. Setiap peranti mempunyai fungsi teknologi tanpa wayar dan mempunyai keupayaan yang
berbeza antara satu sama lain. Antara alat peranti mudah alih yang digunakan dalam pelaksanaan pembelajaran
teknologi mudah alih ialah:
Telefon bimbit pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan boleh berkomunikasi melalui teks
dan grafik.
Notebook dan Netbook fizikal kecil dan ringan dan mampu beroperasi seperti PC. Ia juga menyokong
teknologi tanpa wayar.
PDA alat kecil yang berfungsi sebagai pembantu peribadi digital bersaiz kecil.
Telefon Smart menggabungkan telefon bimbit dan fungsi PDA dan sokongan aplikasi perisian mudah alih
termasuk akses internet dan aplikasi multimedia.
Dengan adanya teknologi mudah alih ini, pelbagai kaedah pembelajaran boleh diaplikasi bagi mencipta inovasi

pembelajaran dalam komuniti yang lebih meluas, dapat menghubungkan kalangan masyarakat dalam dunia nyata
dan maya serta untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran sepanjang hayat
( Sharple , 2007) . Zoraini Wati Abaset.al(2009) menyatakan bahawa pembelajaran menggunakan teknologi
mudah alih mempunyai potensi besar untuk disepadukan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Pernyataan ini disokong oleh Norazah Nordin et al.(2010:1) yang melaporkan bahawa 120 orang pelajar
pasca siswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengambil bahagian dalam kaji soal selidik, bersetuju
bahawa telefon bimbit telah berjaya meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hasil
kajiannya juga menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih merupakan cara
yang berkesan untuk memberi motivasi kepada pelajar di samping berkesan memupuk interaksi. Pernyataan ini
juga disokong oleh Issham Ismail et al.(2010), di mana dalam kajiannya mendapati kebanyakan responden
berpuas hati dengan pembelajaran teknologi mudah alih.
3.0 KAEDAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH
Teknologi Mudah Alih atau Mobile Learning ( M -Learning ) merupakan satu konsep baru dalam proses
pembelajaran yang menekankan keupayaan untuk memudahkan proses pembelajaran tanpa terikat kepada
situasi atau persekitaran proses pembelajaran berlaku. Ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan
menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau netbook, PC tablet dan telefon pintar. Beberapa kajian yang
dijalankan telah membuktikan penerimaan dan kecenderungan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar
berdasarkan keputusan kajian. Dari hasil kajian , pelajar bersedia untuk menggunakan teknologi mudah alih
dalam proses pembelajaran dan mereka mempunyai persepsi yang positif dan kesedaran kepada teknologi mudah
alih dan akan menggunakan elemen-elemen dalam teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran untuk
meningkatkan prestasi dan minat mereka dalam pembelajaran. Pelbagai kajian perlu diteruskan untuk
membangunkan idea serta mewujudkan teori asas, reka bentuk, jenis mobile pembelajaran dan aktiviti yang
berhubung kait dengan teknologi mudah alih. Hal ini kerana menggunakan kaedah pembelajaran mudah alih
boleh meningkatkan minat pelajar , tumpuan pembelajaran dan prestasi pelajar .
Aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi berlaku di tempat-tempat yang tidak bergantung kepada rangkaian,
melayari Internet secara bebas, dan boleh diakses tanpa mengira masa dan tempat. Penggunaan telefon bimbit
meningkatkan akses kepada pendidikan dan memudahkan perubahan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menyokong sebahagian besar proses pembelajaran. Kemudahan ini membolehkan pelajar
untuk menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari oleh mereka dari satu situasi biasa kepada situasi yang
berbeza. Perkembangan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet serta kemajuan dalam teknologi
wayarles telah meningkatkan potensi pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih untuk menjadi alat yang
berkesan bagi meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Hung dan Khine(2006,p.9) dalam kajiannya
menyatakan akan pentingnya pendidik untuk menghubungkaitkan pembelajaran dengan teknologi baru dan
terkini. Mereka bertanggapan bahawa
Penglibatan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan adanya penggunaan teknologi.
Kebanyakan pelajar pada hari ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit atau lain-lain telefon
bimbit. Pernyataan ini disokong oleh Supyan, Mohd Radzi,Zaini Amir &et.al(2013), yang memetik dalam
kajiannya tentang laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tahun 2008 berkenaan
pengguna utama rangkaian telefon mudah alih terdiri dalam kalangan mereka yang berumur lingkungan 20
hingga 49 tahun. Lebih daripada separuh (56.4%) daripada 28000 responden ialah lelaki dan selebihnya (43.6%)
ialah kalangan pengguna perempuan. Selain itu Media Digital seluruh Asia pula melaporkan, pada tahun 2009
terdapat 100.8 buah telefon bimbit adalah milik bagi setiap 100 orang rakyat di Malaysia. Hakikatnya, ini
menunjukkan bahawa setiap rakyat Malaysia memiliki lebih daripada satu telefon bimbit. Langganan 3G Malaysia
juga meningkat dengan ketara daripada 427 langganan pada tahun 2006 meningkat kepada 4366 pada tahun
2008. Peningkatan jumlah ini menunjukkan juga peningkatan pemilik telefon mudah alih. Justifikasinya, perlu
bagi kalangan pendidik untuk mengkaji kemungkinan untuk mengintegrasikan pembelajaran teknologi mudah
alih dalam pendidikan di Malaysia.
Shahan Ahmad,Waqas Khalid, Haslina Arshad & et.al(2013) dalam kajiannya menyatakan Mobile-Learning
merupakan penyampaian kandungan pembelajaran jarak jauh. Mobile pembelajaran ini merupakan satu
peringkat baru dalam pembelajaran yang menghasilkan pengalaman pada bila-bila masa dan di mana sahaja
proses pembelajaran berlaku. Pembelajaran merupakan satu proses di mana seorang pelajar dapat mencapai hasil

pembelajaran yang diharapkan. Hasil pembelajaran perlu diukur untuk memastikan proses pembelajaran telah
berlaku. Guru sebagai fasilitator, ditambah dengan pengunaan bahan bantu mengajar seperti LCD, bahan-bahan
bacaan dan nota serta alat-alat komunikasi, akan menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
menarik dan berkesan terhadap pemahaman pelajar itu sendiri seterusnya membantu pelajar untuk mencapai
hasil pembelajaran yang diharapkan.
Penggunaan teknologi mudah alih dalam pembelajaran merupakan satu cara atau kaedah yang digunakan dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Peralatan mudah alih seperti telefon bimbit atau tablet merupakan
sebahagian peralatan untuk membantu meningkatkan proses pembelajaran. Penggunaan seperti telefon pintar
akan menjadikan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih ini lebih berkesan. Telefon pintar ini bukan
sahaja memberi kemudahan untuk berkomunikasi, tetapi juga boleh digunakan untuk membuat dokumen,
membaca data fail dan mengakses internet. Selain telefon pintar, tablet atau ipad merupakan teknologi terkini
yang lebih inovatif membenarkan aplikasi bersepadu antara sistem pengkomputeran dan komunikasi. Teknologi
ini memberikan cara yang lebih mudah untuk menerima e-mel, mesej dalam bentuk multimedia atau teks,
menerima nota kuliah dan menggunakan video dalam format 3G. Mereka boleh mencari maklumat di internet,
mensintesis maklumat dan membina maklumat untuk menjadikannya sebagai pengetahuan yang lebih bermakna.
Hal ini akan menjadikan proses pembelajaran lebih bersifat global dan berada di luar kotak pemikiran pelajar
(Supyan, Mohd Radzi, Zaini Amir &et.al,2013). Kenyataan ini disokong oleh Shahan Ahmad,Waqas Khalid,
Haslina Arshad &et.al(2013), dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan mobile-pembelajaran
menghasilkan satu pengalaman pembelajaran yang diperoleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
pembelajaran berlaku. Penggunaannya akan memberikan pengalaman pendidikan yang sangat berbeza. Keadaan
ini boleh merubah sistem pendidikan konvensional yang berasaskan bilik darjah kepada pendidikan yang lebih
kreatif dan bermotivasi serta memberikan pengalaman dalam pembelajaran pelajar.
Pelajar menjadi lebih aktif dan inovatif dalam aktiviti pembelajaran kerana mereka boleh mengakses maklumat
secara meluas melalui internet serta memiliki tahap celik teknologi yang tinggi. Kajian yang dijalankan oleh
Issham Ismail et al.(2010b) melaporkan pelajar mudah memperoleh maklumat yang diperlukan oleh mereka pada
bila-bila masa sahaja melalui pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Hasil dapatan kajian juga
mendapati para pelajar mendakwa bahawa kandungan sistem pesanan ringkas(SMS) yang diterima oleh mereka
melalu telefon mudah alih sangat mudah untuk diingati oleh mereka. Mereka mahu pembelajaran interaktif,
berpusatkan pelajar , saling kerjasama dan saling memenuhi keperluan serta permintaan. Pembelajaran yang
berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan serta teknologi mudah alih berupaya memainkan peranan
yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut DePan (2010), pelajar cenderung untuk
melakukan perkara berikut melalui pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih:
Bebas dan membina maklumat mereka sendiri dan pengetahuan.
Boleh bekerja dengan cara kerjasama.
pembelajaran selesa daripada pelbagai sumber maklumat.
Dapat belajar dalam ruang bebas dan sentiasa berhubung.
Mengisi pelbagai tugas (multi -tasking ) sekali gus.
Sentiasa mencari maklumat menggunakan peralatan seperti telefon bimbit dan komputer riba.
Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri amalan yang berkesan pembelajaran dalam abad ke-21 yang
menekankan ciri-ciri amalan pedagogi inovatif guru-guru (Law et al. , 2002). Hasil kajian telah mendapati
bahawa pelajar menunjukkan sikap yang lebih positif di mana mereka dapat berfikir secara kritis, belajar
kemahiran literasi maklumat dengan menggunakan Internet, boleh belajar daripada komuniti mereka dengan
idea saling menghormati antara satu sama lain dan belajar daripada pelbagai sumber.
4.0 PERBANDINGAN PEMBELAJARAN BIASA DENGAN PEMBELAJARAN
TEKNOLOGI MUDAH ALIH (MOBILE LEARNING)
Menurut Shahan Ahmad Chowdry,Waqas Khalid,Jadual, Haslina Arshad(2013) menyatakan penggunaan
teknologi mudah alih dalam pembelajaran memberikan pengalaman berbeza kerana kaedah ini berupaya
menukar kaedah pembelajaran yang yang berasaskan bilik darjah tradisional kepada kaedah pembelajaran yang
lebih kreatif dan bermotivasi. Berikut menunjukkan beberapa perbezaan di antara gaya pembelajaran biasa dan
pembelajaran menggunakan teknik mudah alih ( Devinder dan Zaitun , 2006) :
4.1 Gaya Pembelajaran Biasa

Lebih terarah kepada penilaian individu.


Projek kumpulan
Perbincangan kumpulan dan pembentangan projek akan dilakukan melalui kuiz dan tutorial.
Pelajar-pelajar akan pergi ke kelas atau dewan kulian
Pelajar akan berinteraksi secara bersemuka dan membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan.
Menggunakan kaedah kapur dan bercakap ketika menyampaikan maklumat.
4.2 Pembelajaran Menggunakan Teknologi Mudah Alih
Menggunakan elemen multimedia dalam menyampaikan maklumat dan menerima maklum balas dalam talian.
Proses pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa.
Pelajar boleh mendapatkan nota dengan cepat tanpa menyalin di papan hitam.
Terdapat pelbagai fungsi peranti mudah alih yang boleh digunakan dalam pembelajaran. Setiap peranti
mempunyai fungsi teknologi tanpa wayar dan mempunyai keupayaan yang berbeza. Antara fungsi peralatan
mudah alih yang digunakan dalam pembelajaran ialah:
Telefon bimbit pengguna boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan boleh berkomunikasi melalui teks
dan grafik.
Notebook dan Netbook fizikal kecil dan ringan dan mampu beroperasi seperti PC. Ia juga menyokong
teknologi tanpa wayar.
PDA alat kecil yang berfungsi sebagai pembantu peribadi digital bersaiz kecil.
telefon Smart menggabungkan telefon bimbit dan fungsi PDA dan sokongan aplikasi perisian mudah alih
termasuk akses internet dan aplikasi multimedia.
5.0 TEKNOLOGI MUDAH ALIH DALAM PEMBELAJARAN DI
MALAYSIA
Pembelajran menggunakan teknologi mudah alih telah diserap dalam senario pendidikan di Malaysia meskipun
masih di peringkat awal. Kajian yang telah dijalankan di beberapa universiti dan kolej di Malaysia telah
membuktikan bahawa penerimaan dan kecenderungan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang
menggunakan peranti mudah alih dalam Pembelajaran berdasarkan keputusan kajian. Menggunakan kaedah
pembelajaran M -Learning boleh meningkatkan minat pelajar , tumpuan pembelajaran dan prestasi pelajar boleh
diperbaiki ( Isham et al. , 2011) , ( Irwan dan Norazah , 2011) , ( Issham et al. , 2010) seperti yang telah diamalkan
di negara-negara lain seperti Amerika. Di Malaysia , kaedah pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih
masih berada di peringkat awal. The Ambient Insighit Komprehensif (2011), melaporkan Malaysia berada
dikedudukan ke-9 di peringkat global bagi tempoh tahun 2010-2015 .
Amerika Syarikat, Kanada , Britain , Australia ( Schmeeckle , 2003) dan Eropah ( Conole et al. , 2002 ) serta
negara-negara Asia yang lain ( Kaur dan Ahmed , 2006) mengatakan negara-negara tersebut telah mengamalkan
pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih.. Penilaian berterusan oleh pensyarah kepada pelajar-pelajar
juga boleh dilaksanakan dengan sewajarnya. Penggunaan telefon bimbit adalah sangat penting di mana maklumat
boleh disampaikan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat ( Hiramatsu et al. , 2012). Telefon bimbit
adalah alat yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan. Komuniti di
Malaysia telah mula menerima idea mengenai penggunaan telefon bimbit dalam pendidikan. Terdapat beberapa
sekolah yang telah mula menggunakan telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Malaysia juga telah menjalankan kajian rintis ke atas pelaksanaan melalui kajian Penggunaan I-Phone dalam
Pembelajaran Maya (Utusan , 2011). Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar Malaysia mempunyai
telefon mudah alih dan membolehkan mereka melayari dan mencari maklumat melalui pembelajaran yang
dilaksanakan . Perubahan dalam pendidikan terutama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional di
Malaysia tidak mudah seperti yang dijangkakan tanpa sebarang halangan dan cabaran. Ia akan mengambil kira
senario ekonomi , sosial dan politik yang secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sistem pendidikan
Malaysia. Walau bagaimanapun, mengikut keadaan ekonomi semasa, penggunaan telefon bimbit telah meningkat
secara mendadak di negara ini terutama dengan bilangan telefon pintar di pasaran yang meningkat (Suruhanjaya
Multimedia 2012 dan Komunikasi Malaysia) memberikan satu petunjuk yang positif tentang peluang untuk
melaksanakan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih di Malaysia. Pembelajaran menggunakan

teknologi mudah alih mempunyai ciri-ciri seperti berikut:


keperluan pembelajaran Tinggi.
inisiatif sendiri untuk mencari maklumat.
infrastruktur pembelajaran Mobile.
proses pembelajaran Interaktif.
Menentukan aktiviti-aktiviti penerangan.
maklumat pembelajaran Bersepadu.
Selain itu pendidikan berasaskan teknologi mudah alih memerlukan reka bentuk dan model yang tersendiri.
menentukan masa pembelajaran mereka sendiri dan menyediakan satu pendekatan baru untuk pembelajaran
sepanjang hayat. Menurut Chen dan Kinshuk (2005), perkhidmatan pendidikan berdasarkan teknologi mudah
alih adalah sumber pembelajaran mudah alih dan boleh diakses oleh pelajar-pelajar tanpa mengira masa dan
tempat.
Reka bentuk pendidikan berasaskan teknologi mudah alih mestilah dinamik , mudah berskala dan boleh
digunakan pada setiap masa dan tempat. Kesimpulannya , reka bentuk pendidikan berasaskan teknologi mudah
alih boleh disesuaikan oleh pengguna pada setiap masa dan keadaan.
6.0 KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH DALAM
PENDIDIKAN
Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah terbukti berkesan di negara-negara lain dan kini telah
mula diperkenalkan di Malaysia. Terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi telah mengintegrasikan teknologi
mudah alih dalam kurikulum pengajaran mereka. Nota-nota boleh dikongsi dengan adanya peranti mudah alih
seperti telefon bimbit dan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Mereka tidak perlu duduk di hadapan komputer
peribadi untuk memuat turun nota. Mereka boleh menggunakan internet yang disediakan melalui telefon bimbit
atau menggunakan infrastruktur tanpa wayar yang disediakan oleh fakulti atau jabatan untuk memuat turun nota
di mana-mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa . Sebelum ini, kuiz hanya boleh dilakukan di dalam
kelas , tetapi kini pelajar boleh mengambil kuiz mereka pada bila-bila masa . Pensyarah boleh memasukkan
soalan dan menetapkan masa untuk menjawab soalan kuiz. Perisian untuk kuiz ini boleh didapati dengan mudah
dan juga boleh dihasilkan oleh pensyarah menggunakan teknik pengaturcaraan yang mudah. Melalui kajian yang
telah dijalankan oleh Triantafillou et al. (2006) untuk ujian dan peperiksaan yang dijalankan melalui peranti
mudah alih dalam pendidikan mendapati bahawa penilaian yang dibuat adalah lebih berkesan dan cekap.
Selain itu pelajar boleh mendapatkan markah mereka melalui peranti mudah alih secara nyata. Melalui aktiviti
pembelajaran, pelajar menggunakan teknologi mudah alih, fleksibiliti dan kawalan yang diberikan kepada pelajar.
Pelajar diberi fleksibiliti untuk menyerahkan tugasan, kuiz , memuat turun nota, berbincang dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti pembelajaran mengikut perspektif yang lebih luas berdasarkan keperluan mereka dan keperluan
semasa.
Oleh sebab setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza, pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih
adalah sebagai satu motivasi bagi mereka untuk meningkatkan prestasi pencapaian dalam pendidikan secara
berterusan. Hakikatnya kemudahan peranti mudah alih akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
mudah kerana semua maklumat yang berkaitan boleh dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Kemudahan ini
dapat menjimatkan masa dan memudahkan pelajar dan pensyarah untuk menetapkan jadual harian mereka
tanpa terikat pada masa-masa tertentu
7.0 KESIMPULAN
Pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih telah mula memainkan peranan yang penting dalam
pembelajaran. Kewujudan teknologi tanpa wayar mudah alih telah menjadikan inovasi ini satu realiti untuk
dibangunkan dalam bidang pendidikan. Fleksibiliti kepada pelajar untuk belajar dan mendapatkan maklumat
merupakan satu kepentingan menggunakan teknologi mudah alih dalam pembelajaran. Dengan adanya teknologi
canggih dan peranti mudah alih , pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih ini tidak sukar untuk
diimplementasikan di negara kita dan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat
menguasai kemahiran generik pelajar seawal mungkin di sekolah. Bagi pelajar-pelajar dekad ini, mereka
mempunyai kesedaran untuk mengaplikasikan teknologi mudah alih dalam proses pembelajaran dan bersedia

untuk melaksanakannya pada bila-bila masa . Faedah yang boleh diperolehi dengan penggunaan peranti mudah
alih ini, boleh dijadikankan sebagai motivasi dalam menjayakan kaedah pengajaran baru ini. Jadikannya sebagai
elemen kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teknologi mudah alih di dalamnya. Di Malaysia, kita harus merebut peluang yang ada dalam
teknologi mudah alih untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang
perlu ada dalam pelajar.
Rujukan
Brink J.2011. M-Learning the future of training techonology.ProQuest Educational Journal.
Chen, J. and Kinshuk. 2005. Mobile technology in educational services. Journal of Educational
Multimedia andHypermedia, 14(1): 91-109.
Conole, G., M. Hall and S. Smith. 2002. An evaluation of an online course for medical practitioners.
Journal of Educational Technology and Society, 5(3): 66-75.
DePAN, 2010. Dasar e-pembelajaran negara (depan) untuk institusi pengajian tinggi.
DigitalBuzz. 2011. Infographic: Mobile statistics, stats & facts 2011. (online). Available from
http://www.digitalbuzzblog.com/2011-mobile-statistics-stats-facts-marketing-infographic/.
Devinder, S. and A.B. Zaitun, 2006. Mobile learning in wireless classrooms. Malaysian Online Journal of
Instructional Technology (MOJIT), 3(2): 26-42.
Ernisa Marzuki, (2013) Linguistic features in SMS apologies by malay native speakers. GEMA: Online
Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 179-192. ISSN 1675-8021
Gabarre, Serge and Gabarre, Cecile and Rosseni Din, and Parilah Mohd Shah, and Aida Abdul
Karim,(2013) Using mobile facebook as an LMS: exploring impeding factors. GEMA: Online
Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 99-115. ISSN 1675-8021
Isham, S., H, , M.A. I and Ramlee. M.. 2011. Teknologi mobil dalam pembelajaran modul seni reka di
politeknik port dickson. In: Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam
Pendidikan Dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIE-TVT2011). Penang: pp: 506 511.
Issham, I., Thenmolli. G, P.P. Koh and Rozhan M.I., 2010. Satisfaction of distance learners towards
mobile learning in universiti sains malaysia. Malaysian Journal of Education Technology, 10(2).
Johnson, S.A. and M.L. Romanello, 2005. Generational diversity teaching and learing approaches.
Nurse Educator, 30(5): 212-216.
Irwan, M., I. and M.N. Norazah, 2011. Kesediaan pelajar politeknik terhadap pembelajaran mobil. In:
Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik dan
Vokasional (CIE-TVT2011). Penang: pp: 506 511.
Kaur, A. and A. Ahmed. 2006. Open distance pedagogy: Developing a learning mix for the open
university Malaysia. California: Pfeiffer.

Kukulska, H., A.G. and J. Traxler, 2005. Mobile learning. A handbook for educator and trainers. New
York: Routedge Falmer.
Law, N., Y. Lee and A. Chow, 2002. Pracice characteristics that lead to 21st century learning outcomes.
Journal of Computer Assisted Learning, 18: 415-426.
Malaysian Communications and Multimedia Commission, 2012. Communication and multimedia: Pocket
book statistics q2 2012 (online). 22 26. Available from Journal of Asian Scientific
Research, 2013, 3(6):527-537
537
Rashidah Rahamat,Parilah m.Shah,Rosseni Din,Juhaida Abd Aziz.2011.Student rediness and perceptions
towards using mobile technologies for learning the English language literature component the
English teacher. GEMA: Online Journal of Language Studies,XL:69-81.
Shahan Ahmad Chowdbury,Waqas Khalid Obeidy,Haslina Arshad,Behrang Parhizkar.2013.Amobile
augmented reality and multimedia application for mobile learning.International Journal of
Digital Content Techonology and its Applications,7:25-32.
Sharple, M. 2007. Big issues in mobile learning. Report of a workshop by kaleidoscope network of
excellence mobile learning initiative. Nottingham: The University of Nottingham.
Sharples, M., J. Taylor and G. Vavoula. 2007. A theory of learning for the mobile age. London: Sage
Publications.
Supyan Hussin,Mohd Radzi Manap,Zaini Amir &Pramela Krish.2012.Mobile learning readiness among
Malaysian students at higher learning institutes Asian Social Science. GEMA: Online Journal of
Language Studies,8(12):276-283
Triantafillou, E., E. Georgiadou and Economides A. A. 2006. The design and evaluation of a
computerized adaptive test on mobile devices. Science Direct 1319-1330.
Utusan, E., 2011. E-pembelajaran mobil pertama di Malaysia. Utusan Melayu.
Share this:

Anda mungkin juga menyukai