Anda di halaman 1dari 2

Obesiti

Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan


tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati
kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya
membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan
malu dan rendah diri. Berdasarkan pembacaan dan pemahaman terhadap kelima-lima artikel
mengenai obesiti, definisi obesiti boleh dijelaskan sebagai perubahan lemak badan
bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan.
Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran
untuk jangkamasa yang tertentu.
Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat
seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan
terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti
menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.
Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih
banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah
mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara
mengukus, membakar atau merebus.
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca
berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak
melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita.
Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan
senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh
dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki
pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.
Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam
bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Walaupun makanan yang disediakan
oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa
pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan
mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.
Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam
tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam tubuh

juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin. Tubuhnya yang
lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis
bagi meningkatkan paras tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalah tafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini menjadi suatu
kitaran yang berbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.

Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan menjadi kelam kabut. Hormon adrenal
seperti ACTH akan keluar dengan banyak menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita.

Badan akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang ke atas tampak besar longgar dan
menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia
hanya boleh dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.

Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan dalam cara makan, pemilihan makanan dan
aktiviti seharian.

Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif. Paras
insulin yang tidak menentu menyebabkan paras gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah
seseorang mula berasa gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan dan akan sering
kelesuan.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang
timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang
bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan
lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan.
Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Anda mungkin juga menyukai