Anda di halaman 1dari 2

KABUS DI PERBUKITAN

SiNOPSIS
Faridah, berpisah dengan adik kembarnya Rahayu apabila bapa dan ibunya bercerai. Rahayu
yang belajar di UPM menderitai penyakit leukemia. Faridah mengalami kemalangan jalan raya dan
hilang di kawasan tanah tinggi menghala ke Raub. Mejar (B) Kamarudin telah mengambil keputusan
untuk mencari anaknya, Faridah, di kawasan Bukit Kutu. Mereka mendapat petunjuk melalui Rahayu
yang sering mengigau tentang ka kaknya Faridah
Kehilangan Faridah sangat misteri dan akhirnya ditemukan dengan bantuan orang asli
Temuan. Semasa koma, Faridah seolah-olah dapat berhubung dengan adik kembarnya. Rahayu
meninggal dunia ketika melawat Faridah. Selepas itu, Faridah sedar daripada komanya. Kematian
Rahayu meninggalkan kesan mendalam terhadap ibunya Salmah.
Faridah berkahwin dengan Ghazali, namun Ghazali meninggal dunia kerana terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Faridah berpeluang untuk berkursus di New Zealand selama enam bulan.
Selepas tamat kursus, Faridah terus menetap di New Zealand dan berkahwin dengan Soleh Johnson,
seorang hartawan New Zealand. Faridah dikurniai sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.
Melina telah berkahwin dengan Benny, seorang hartawan keturunan Arab yang sutra belayar.
Akhirnya Melina mengikut suaminya menetap di Marang, Terengganu kerana Benny bekerja di
syarikat milik keluarganya dalam perusahaan penerokaan minyak di luar pantai Terengganu.
Benny telah berkawan dengan seorang ekstremis agama, iaitu Mohamed Attar dan nyaris
ditangkap oleh pihak polis antarabangsa. Benny melarikan diri dan pulang ke Dubai. Melina
ditinggalkan tanpa berita. Akhirnya mereka bertemu kembali apabila Soleh dan Melina pergi ke
Dubai. Benny mengambil keputusan untuk menetap di Dubai bersama-sama Melina kerana dia tidak
selamat untuk keluar dari negara kelahirannya itu.
Anne Pula berkenalan dengan Zain, anak Datuk Azrul. Datuk Azrul bekas teman lelaki arwah
Rahayu semasa di universiti. Akhirnya, ketika urusan pertunangan, barulah Faridah tahu bahawa lain
itu anak Datuk Azrul. Hubungan kekeluargaan kembali terjalin. Faridah kembali ke kampung
halamannya di Sungai Besar setelah meninggalkannya selama 25 tahun.
Soleh Johnson telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusahakan kawasan tanah
tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Usaha mereka sangat berjaya. Faridah tinggal di
Cameron Highland. Walaupun sudah lama berada di luar negara, Faridah tetap tidak lupa akan tanah
airnya. Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menguruskan perniagaan Soleh di sana

Novel Kabus di Perbukitan


Komposisi masyarakat: - masyarakat Melayu (Faridah), Inggeris (Soleh Johnsons), Arab
(Benny); - mereka beragama Islam; - ada yang tinggal di desa (Faridah tinggal di Sungai Besar) dan di
kota metropolitan (Faridah kemudian menetap di Christchurch); - mereka mempunyai pelbagai
kerjaya (Ghazali pegawai JKM, Soleh Johnsons penternak, dip; - golongan remaja gigih
melengkapkan diri dengan pelajaran (Azrul, Rahayu, dll)
Pengajaran: - kita hendaklah saling berkasih sayang (Faridah sangat menyayangi ibunya); kita mestilah bertanggungjawab (Datuk Azrul bertanggungjawab kerana menyekolahkan anaknya
hingga ke peringkat tertinggi); - kita mestilah cinta akan tanah air (Faridah cinta akan Malaysia kerana
dia kemudiannya kembali menetap di Malaysia setelah berhijrah ke New Zealand); - kita haruslah
gigih berusaha (Mejar (B) Kamarudin gigih mengesan Faridah yang hilang selepas terlibat dalam
kemalangan di jalan raya)
Novel Kabus di Perbukitan
Tiga contoh nilai keriasama: - semua agensi bekerjasama untuk mencari Faridah yang hilang
selepas kemalangan; - Datuk Azrul dan Soleh Johnsons bekerjasama untuk mengusahakan
agropelancongan di Bukit Lojing; - penduduk kampung bekerjasama untuk menjayakan perkahwinan
anak Datuk Azrul dengan anak Faridah

Perwatakan watak utama: - watak utama novel ini (Faridah); - dia taat akan suami (hidup
rukun damai dengan Soleh Johnsons sejak 25 tahun); - dia penyayang (sayang akan adiknya, Rahayu,
dan anakanaknya, Melina dan Anne); - dia cinta akan negara (pulang untuk menetap di Malaysia
kerana cinta akan tanah airnya)
Novel Kabus di Perbukitan
(a) Tema: kekeluargaan. Walaupun terpisah, Faridah
dapat menemui adik kembarnya, Rahayu, sebelum
adiknya itu meninggal dunia. Faridah membina
hidup baharu dengan mengahwini Ghazali, tetapi
hubungan itu putus apabila suaminya meninggal
dunia. Faridah berkelana ke New Zealand dan
berkahwin dengan Soleh Johnsons, seorang penternak
Muslim dan dikurniai dua orang cahaya mata.
Hubungan kekeluargaan dengan orang tempat tanah
tunpah darahnya terbina apabila anaknya, Anne,
bernikah dengan anak Datuk Azrul, bekas kekasih
adiknya, Rahayu; persoalan - pengekalan jati diri
bangsa (Faridah tetap menjaga jati dirinya sebagai
seorang Melayu selama 25 tahun berada di New
Zealand); - bahayanya kegiatan ekstremis (kerana
hampir terpengaruh dengan diayah Mohamed
Attar, Benny diburu oleh polis antarabangsa hingga
menyebabkannya terpisah dengan isterinya); kepentingan bidang pertanian untuk menjanakan
ekonomi negara (Datuk Azrul berjaya dalam hidupnya
walaupun menceburkan diri dalam bidang pertanian
selepas menamatkan pengajian di UPM)
(b) Konflik watak: - Melina menghadapi konflik apabila
suaminya hilang tanpa khabar dan meninggalkannya
sendirian; - orang ramai berdepan dengan konflik untuk
mengesan Faridah yang hilang selepas terlibat dalam
kemalangan di jalan raya; - Azrul berdepan dengan
konflik Bakal kehilangan Rahayu yang menghidap
leukemia
Novel Kabus di Perbukitan
Tiga contoh nilai hormat-menghormati: Faridah sentiasa menghormati ibunya; - Ghazali
menghormati ibu Faridah dengan bercakap penuh
sopan semasa hendak mengkhabarkan kehilangan
Faridah; - Benny dan Melina menghormati jiran
mereka di Marang, Terengganu
Peristiwa yang mencetuskan saspens: peristiwa kehilangan Faridah selepas terlibat dalam
kemalangan (pembaca ingin tahu ke manakah
hilangnya Faridah); - peristiwa pemergian
Benny untuk menyelamatkan diri daripada polis
antarabangsa (pembaca ingin tahu akan nasibnya);
- peristiwa Rahayu yang berinteraksi secara bawah
sedar dengan Faridah (pembaca ingin tahu apakah
yang akan terjadi kepada mereka)

Anda mungkin juga menyukai