Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

JAWATAN: PENOLONG PEGAWAI SAINS


A. Perancangan
i. Menyelia pengurusan keseluruhan jabatan termasuk keselamatan makmal, setor
jabatan, pengawasan kerosakan alat radas makmal
ii.Bertanggungjawab merancang penyeliaan kakitangan di bawah seliaannya menjalankan
tugas/kerja harian supaya semua aktiviti harian makmal berjalan dengan teratur dan
lancar.
B. Pengawalan
i. Memastikan kelas amali diadakan mengikut jadual supaya dapat berjalan dengan teratur
dan lancar.
ii. Bertanggungjawab menguruskan penyediaan spesimen atau bahan-bahan kimia dan
lain-lain bahan untuk tujuan pengajaran atau penyelidikan.
iii. Membantu mengurus keperluan penyelidikan dan peralatannya.
iv. Menyimpan dan mengemaskini rekod/inventori alat makmal/bahan-bahan kimia
C. Pengurusan
i. Menguruskan pembelian barang-barang jabatan termasuk bahan kimia untuk jabatan
dan penyelidikan melalui sebutharga serta memprosesnya.
ii. Bertanggungjawab menyediakan susunan dan `lay-out' peperiksaan pelajar-pelajar.
iii. Menguruskan pelawat-pelawat dari luar/dalam untuk datang ke makmal.
iv.Membantu pensyarah-pensyarah untuk mendapatkan bahan-bahan kimia dan peralatan
penyelidikan yang diperlukan.
v. Memberi tunjuk ajar dan latihan teknikal kepada juruteknik makmal, pembantu
makmal dan pelajar
vi. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Bahagian/Dekan.