Anda di halaman 1dari 40

Pengenalan kepada

Pendidikan Moral
Oleh:
Gan Chee Meng
SMJK Perempuan China Pulau Pinang

Sub Topik

Kepentingan Pendidikan Moral


Sejarah Pendidikan Moral
Maksud Etika dan Moral
Pernyataan deskriptif, normatif moral
dan normatif bukan moral
Teori Etika
Insan Bermoral

Kepentingan Pendidikan Moral

Kepentingan Pendidikan Moral


Membentuk insan berakhlak mulia,
berintegriti dan boleh menyumbang
ke arah keharmonian dan kestabilan
negara serta masyarakat global
(Matlamat KSSR)
Selaras dengan prinsip ke-5 dalam
Rukunegara
Selaras dengan cabaran ke-4 dalam
Wawasan 2020

Sejarah Pendidikan Moral


Mata pelajaran teras untuk murid bukan
Islam
1983: diperkenalkan di sekolah rendah
1989: diperkenalkan di sekolah menengah
1993: diuji dalam SPM
1999: Semakan semula kurikulum
2001: Penyediaan buku teks KBSR/KBSM
secara berperingkat
2002: Kursus Orientasi Jurulatih Utama
2003: Pelaksanaan kurikulum semakan
secara berperingkat
2010: Pelaksanaan KSSR Tahun 1

Maksud Etika
Etika (ethics)
- ethos (perkataan Yunani)
- Bermaksud sikap, kebiasaan dan
adat yang menentukan tingkahlaku
sesuatu golongan
- Contoh: Etika Perguruan
- Merupakan satu disiplin ilmu yang
mengkaji tentang moral, prinsip
moral, kaedah moral dan tindakan
serta kelakuan manusia yang betul.

Maksud Moral
Moral
- moralitas (bahasa Latin)
- Bermaksud ajaran / pegangan
berkenaan dengan baik buruk
sesuatu perbuatan, sikap atau cara
berkelakuan yang berasaskan (yang
diukur dari segi) baik buruk sesuatu
akhlak
- Moral melibatkan pertimbangan nilai
dalam bentuk pernyataan normatif,
namun bukan semua pernyataan
normatif melibatkan soal moral

Pernyataan
Kita sentiasa membuat pernyataan
sama ada pernyataan lisan atau
penulisan
Pernyataan mungkin berbentuk
normatif atau bukan normatif
(deskriptif)
Pernyaatan normatif dijelmakan
dalam bentuk atau sebagai
pertimbangan nilai, dan berbeza
dengan berbanding dengan
pernyataan deskriptif

Normatif
(melibatkan pertimbangan nilai)
Pernyataan

Deskriptif
(merujuk kepada fakta)

Pernyataan
a) Contoh: Ini sebuah rumah teres.
Pernyataan deskriptif
Tidak melibatkan pertimbangan
nilai
b) Contoh: Ini sebuah rumah yang baik.
Pernyataan normatif
Ayat ini satu pertimbangan nilai
tentang rumah yang mempunyai
beberapa ciri yang dianggap baik

Pernyataan
c) Contoh: Dia selalu menggunakan
internet.
Pernyataan deskriptif
Tidak melibatkan pertimbangan nilai
d) Contoh: Dia tidak patut menggunakan
internet sehingga mengabaikan kerja
lain.
Pernyataan normatif
Ayat ini satu pertimbangan nilai
tentang perkara yang patut/tidak
patut dilakukan

Pernyataan
Ayat (a) & (c) berbentuk fakta (ayat
bukan normatif)
Ayat (b) & (d) berbentuk
pertimbangan nilai (normatif)
Ayat (d) melibatkan pertimbangan
moral berbanding dengan (b)
Bukan semua pernyataan adalah
normatif, bukan semua normatif
melibatkan moral
Beza antara normatif moral dengan
normatif bukan moral (estetika &
logikal) dihuraikan berikut:

Pernyataan Normatif
Pernyataan normatif estetika:
Contoh: Tiada kereta yang dapat
menandingi kecantikan kereta Atan
Pernyataan normatif logikal:
Contoh: Hujah pensyarah itu tidak
munasabah
Pernyataan normatif moral:
Contoh: Rasuah itu suatu dosa

Moral
Pernyataan
Normatif

Estetika
Bukan Moral
Logikal

Pernyataan Normatif Moral


Bagaimanakah kita dapat
mengetahui sama ada sesuatu
pernyataan normatif itu melibatkan
soal moral atau tidak?
Pernyataan normatif moral
mempunyai 4 kriteria yang
dicatatkan dalam slaid-slaid yang
berikut:

Pernyataan Normatif Moral


1. kita menilai perbuatan / perlakuan
individu (Pertimbangan moral obligasi /
deontic) dengan tidak mengambil kira
kesan sesuatu perbuatan itu
Kita patut menyimpan rahsia
Perbuatan mencuri adalah salah
2. kita menilai ciri perwatakan, motif atau
peribadi perseorangan (Pertimbangan
moral aretaic)
Mother Teresa seorang yang mulia
Sikap mementingkan diri adalah tidak baik

1. menilai sesuatu perbuatan/tingkah laku


individu (Pertimbangan moral
obligasi/deontic)

Menggunakan
istilah moral
2. menilai sesuatu perwatakan, motif,
peribadi seseorang (Pertimbangan moral
aretaic)

Pernyataan Normatif Moral


3. Sesetengah pernyataan normatif
mempunyai implikasi/kesan langsung
dan segera terhadap tingkah laku.
Contoh: Kecuaian memandu kereta di
jalan raya akan membahayakan nyawa
pemandu itu sendiri dan pengguna jalan
raya lain. Justeru, kita harus berhati-hati di
jalan raya.
Contoh: Kita patut membantu orang yang
kurang bernasib baik. Oleh itu, kita harus
bermurah hati terhadap mereka yang
memerlukan bantuan.

Pernyataan Normatif Moral


4. Sesetengah pernyataan normatif
dinyatakan dalam bentuk arahan atau
perintah melibatkan perbuatan yang
patut atau tidak patut dipatuhi individu
dalam masyarakat.
Contoh:
Dilarang membuang sampah di kawasan
ini. Denda RM 500.
Peraturan sekolah mesti dipatuhi.
Tempat ibadat semua agama mesti
dihormati.

3. mempunyai implikasi/kesan langsung


dan segera terhadap tingkah laku

Sesetengah pernyataan
normatif

4. dinyatakan dalam bentuk arahan atau


perintah melibatkan perbuatan yang
patut/tidak patut dipatuhi

Pernyataan Bukan Normatif


Pernyataan ini bebas daripada nilai,
iaitu tidak melahirkan pertimbangan
nilai (value-neutral)
Berbentuk deskriptif untuk menyatakan
fakta empirikal atau logikal
Kereta ini berwarna biru.
Saya sentiasa tidur awal.
Dia dapat menjawab soalan dengan betul.
Komples Sukan Negara terletak di Bukit
Jalil.

Kesimpulan
Bukan semua pernyataan normatif
menyentuh soal moral
Dalam Pendidikan Moral, kita perlu
berfokuskan kepada pernyataan
normatif yang melibatkan
pertimbangan nilai moral.

Teori Etika
Teori Kemoralan Sosial
Teori Keperibadian Mulia
Teori Teleologikal
1. Utilitarianisme
2. Egoisme
Teori Deontologikal
1. Prinsip Kewajipan
2. Prinsip Eksistensialisme

Teori Kemoralan Sosial


Kecenderungan untuk mengaitkan
peraturan masyarakat (sosial) dengan
konsep etika
peraturan masyarakat merujuk kepada
tradisi, norma, kebiasaan, adat, pantang
larang masyarakat
Peraturan masyarakat (seperti pantang
larang) dapat menjamin kerukunan sosial
Contoh: Jangan bersiul pada waktu malam.
Contoh: Jangan abaikan ibu bapa yang tua.

Etika Keperibadian Mulia


Dikemukakan oleh Aristotle
Definisi: sikap peribadi
untuk mencapai hidup yang
baik dengan mengamalkan
kesederhanaan antara dua
pendirian yang ekstrim
(jalan tengah)
Contoh: buat baik berpadapada

Aristotle
(384-322 S.M.)

Teori Teleologikal
Consequentialism Theory
Sama ada sesuatu tindakan secara
moral itu betul atau salah
bergantung kepada akibat atau hasil
daripada sesuatu tindakan
Perbezaan pandangan antara
golongan ahli teleologi tentang apa
yang dikatakan baik dan jahat serta
kebaikan siapa yang hendak
dimajukan menyebabkan wujud
utilitarianisme dan egoisme

Utilitarianisme
Memaksimumkan kebahagian /
keseronokan untuk bilangan orang
yang banyak
Contoh: Pengguguran bom atom di
Hiroshima dan Nagasaki

Egoisme
Sesuatu nilai adalah baik jika
menguntungkan diri sendiri dan nilai
itu buruk jika merugikan diri sendiri
Contoh: Saya menolong kawan yang
dalam kesusuahan hanya jika saya
mendapat keuntungan

Teori Deontologi
Dikenali sebagai Teori Kemoralan
Kant
Individu melakukan sesuatu
atau tidak melakukan sesuatu
semata-mata kerana perkara
itu sifatnya baik atau buruk,
bukan kerana kesan daripada
perbuatan tersebut

Immanuel Kant
(1724-1804)

Dibahagikan kepada Prinsip Kewajipan


dan Prinsip Eksistensialisme

Prinsip Kewajipan
Tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu satu
tanggungjawab
Contoh:
Pengetua merotan seorang pelajar
lelaki yang merokok di tandas sekolah
kerana bermotif baik untuk menyedari
kesalahannya
Doktor memberi rawatan kepada
pesakit kerana melaksanakan
kewajipannya

Prinsip Eksistensialisme
Dikenali sebagai Etika Situasi
Nilai baik buruk mesti
berasaskan kepada pilihan
individu secara bebas
Contoh: menderma kepada
institusi agama adalah nilai baik
jika ia dilakukan kerana pilihan
sendiri tetapi menjadi nilai buruk
jika kerana terpaksa
Jean-Paul Charles
Aymard Sartre
(1905 1980)

Teori Kemoralan Sosial

Etika Keperibadian Mulia

TEORI ETIKA
Teori Teolologi

Utilitarianisme

Egoisme

Teori Deontologi

Prinsip
Kewajipan

Eksistensialisme

Rumusan

Pertimbangan moral (moral judgment)


amat berkait rapat dengan teori etika
Teori etika menumpukan pertimbangan
moral sama ada kepada kesan, motif
atau tindakan
Contohnya: Seorang pelajar dirotan kerana
meniru semasa ujian kelas. Adakah
tindakan itu baik atau tidak?
1. Bincangkan dari segi kesan, motif atau
tindakan.
2. Kaitkan dengan Utilitarianisme, Teori
Kemoralan Sosial dan Prinsip Kewajipan

Insan Bermoral

P&P Pendidikan Moral bertujuan


untuk mewujudkan insan bermoral
konsep etika & insan bermoral
haruslah sesuai dalam konteks
masyarakat majmuk di Malaysia
ciri-ciri etika & insan bermoral perlu
diketengahkan dari 3 sudut:
a) Kandungan etika
b) Bentuk etika
c) Dimensi etika

Insan Bermoral
1. Peka & memahami
keperluan terhadap
peraturan dalam
masyarakat tetapi
tidaklah mematuhi
tanpa berfikir
2. Mempunyai
keperibadian mulia
atau sifat dan ciri
watak baik yang boleh
dipuji dari segi moral

}
}
}
}
}
}
}

Dari segi
kandungan
etika

Empat ciri insan bermoral:


3. Dapat membuat
pertimbangan dan
tanggapan tentang
situasi yang
menimbulkan isu atau
dilema moral, dan
keputusan yang
diambil hendaklah
berdasarkan prinsip
moral keadilan &
kepedulian

}
}
}
}
}
}
}

Dari segi
bentuk
etika

Empat ciri insan bermoral:


4. Berjaya
menyatukan
pentaakulan moral,
perasaan moral &
perlakuan moral.

}
}
}
}
}

Dari segi
dimensi
etika

Dimensi Etika
penaakulan moral
(mampu membuat
pertimbangan yg rasional)
perasaan moral
(bersentimen empati,
simpati, prihatin, belas
kasihan yg bermotivasikan
altruistik)
perlakuan moral
(bertingkah laku baik dan
dipuji dari segi moral,
tetapi mengikut
kemampuan individu

Insan Bermoral
Insan Bermoral

Kandungan Moral

Peraturan
Masyarakat
- Norma
- Tradisi
- Pantang larang
- Undang-undang
Peribadi Mulia

Bentuk Moral

Prinsip Moral
- Keadilan
- Kepedulian

Dimensi Moral

Penaakulan
Moral
Perasaan Moral
Perlakuan Moral

Sumber Rujukan
http://www.scribd.com/doc/9648102/FALSAFAHETIKA
http://www.ftsm.ukm.my/jabatan/tp/mas/TM3923.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Moral
http://ms.wikipedia.org/wiki/Etika
Abdul Rahman Md Aroff (1999). Pendidikan moral.
Teori ekita dan amalan moral. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia
Abdul Rahman Md Aroff &Chang Lee Hoon (1994).
Pendidikan moral. Dinamika guru. Siri Pendidikan
Longman. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Nota edaran Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral
oleh Prof. Chang Lee Hoon semasa mengajar di
Falkuti Pendidikan, Universiti Malaya

Anda mungkin juga menyukai