Anda di halaman 1dari 14

Artikel Autisme

TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI SINDROM AUTISME


DI KALANGAN GURU KELAS BIASA

Abstrak

Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia
merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15
setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi
masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini
menggalakan murid autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa.
Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan
pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah. Kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru kelas biasa tentang sindrom autisme dan
pengetahuan guru tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme dalam program
inkliusif. Sampel responden adalah seramai 49 orang guru dari 5 buah sekolah integrasi di
daerah Batang Padang. Data dianalisis dalam bentuk peratusan, skor min dan skala sela aras
kesilapan. Hasil kajian mendapati bahawa guru kelas biasa kurang berpengetahuan mengenai
aspek-aspek kognitif, sosial dan emosi murid autisme. Secara keselurhannya 84.3% dari
jumlah persampelan tidak dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan atau ahli
profesional untuk murid autisme.
Pengenalan

Kajian ini adalah satu penyelidikan mengenai pengetahuan guru tentang sindrom autisme.
Semua guru yang mengajar kelas biasa di sekolah integrasi sewajarnya sedar tentang
keperluan murid khas yang akan mengikuti pendidikan inklusif supaya mereka dapat
memberi layanan yang sepatutnya kepada murid tersebut. Oleh demikian pengkaji merasakan
bertanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang pengetahuan guru di sekolah integrasi
bagi melihat sejauh mana guru kelas dapat membantu murid autisme dalam mendapat
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam program inklusif.
Sindrom autisme masih merupakan satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk
memahaminya. Satu senarai yang tetap mengenai ciri sindrom ini masih tidak dapat
dipersetujui oleh pengkaji dan punca kejadian sindrom tetap mengelirukan ahli
pengkaji.Penilaian berkaitan kebolehan dan ketidakbolehan yang ditonjolkan oleh kanak
autisme dalam bidang bahasa, kemahiran sosial dan adaptasi masih dimengerumuni oleh
pelbagai masalah berkaitan diagnosis yang berbeza, metodologi dan analisis statistik.
Masalah ini dirumitkan lagi oleh ciri yang pelbagai. Literatur yang berikut akan
membincangkan isu-isu penting berkaitan cara mengenal pasti sindrom autisme dan

seterusnya memberi satu kefahaman yang lebih jelas tentangnya.


Sindrom autisme telah dikenal pasti di seluruh dunia. Ia dapat terjadi pada siapa sahaja.
Tidak ada perbezaan status sosio-ekonomi, pendidikan atau keturunan etnik . Jumlah kes
dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Ia merupakan satu fenomena yang luarbiasa dan
kejadian insiden lebih kurang 5 15 setiap 10,000 kelahiran. Biasanya sindrom autisme lebih
kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam
nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha
mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik
berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yang menyokong
sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman, 1981).
Kanner pada peringkat awal mempertimbangkan adanya pengaruh psikogenik sebagai
penyebab autisme: ibu bapa yang obsessif dan kurang emosional yang mengasuh anak
mereka dalam persekitaran dingin. Penyebab lain mengatakan adanya trauma pada anak yang
disebabkan oleh hostility yang tidak disedari oleh ibu bapa. Menurut Bettelheim (1967),
perilaku ibu bapa yang dingin dan perasaan penolakan anak dapat menimbulkan ciri autisme
pada anak mereka.
Hasil penelitian terhadap keluarga menunjukkkan adanya komponen genetik dalam
etiologinya. Kajian Cohen (1975) pada anak kembar satu telur, kejadiannya 89% - 100% iaitu
sekiranya seorang dikenal pasti sebagai autistik, besar kemungkinannya kembarnya pun
autistik. Pada penelitian terhadap keluarga yang mempunyai saudara kandung autistik
insidennya meningkat di antara 2.5 % - 3 % .
Walau berbagai jenis definisi telah dikemukakan mengenai sindrom autisme oleh ahli
pengkaji tetapi didapati ada persamaan berkaitan kelakuan dan simptomnya. Simptom dan
tingkahlaku autisme boleh dibahagikan kepada kategori berikut:
i. Antisosial.

ii. Pergerakan fizikal berulangan.

iii. Kurang komunikasi lisan / ekolalia.

iv. Tidak bertentangan mata.

v. Kurang respons.

vi. Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian.

vii. Tidak mahu didakap.

viii. Perasaan sayang keterlaluan kepada objek.

ix. Permainan luar biasa.

x. Tidak mengenali bahaya.


Seorang psikiatris bangsa Swiss, Eugene Bleuler, mula memperkenalkan perkataan autism
pada tahun 1906. Dia melihat sindom ini sebagai penarikan aktif daripada interaksi sosial dan
realiti untuk hidup dalam dunia fantasi. Beliau membandingkan situasi ini dengan penyakit
adult schizophrenia dan dapati ada persamaan antara kedua keadaan ini maka Bleuler telah
mengaitkan autisme dengan childhood schizophrenia.
Pada tahun 1943, Leo Kanner, seorang ahli psikiatris kanak-kanak di Hospital John Hopkins
mula menghuraikan simptom autisme dan membezakannya daripada childhood
schizophrenia. Beliau menyenaraikan perkara berikut sebagai ciri autisme yang penting:
i. Ketidakbolehan berinteraksi dengan orang lain.

ii. Keinginan terlampau untuk persamaan dalam hidup seharian.

iii. Kekurangan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.

iv. Kesukaan luarbiasa pada benda /objek.

v. Rupa fizikal normal.

Pernyataan Masalah

Pendidikan Inklusif Program Bermasalah Pembelajaran jika dilihat dari segi sejarah, telah
dimulakan pada tahun 1994 dengan projek printis dibeberapa buah sekolah rendah di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program Inklusif diperkenalkan bertujuan untuk
memberi peluang kepada murid bekeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran
dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama murid normal. Sejak
kebelakangan ini, guru biasa telah diberi perhatian yang lebih memandangkan peranannya

yang semakin penting dalam program inklusif. Menyedari betapa penting tanggungjawab ini,
mereka harus dan perlu mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai sindrom autisme
supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Kekurangan kesedaran
tentang sindrom autiisme boleh membawa akibat yang mungkin akan menjejaskan
pencapaian murid. Kajian ini ingin melihat tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di
kalangan guru kelas biasa di daerah Batang Padang.
Kepentingan Kajian
Kajian ini dirasakan amat penting untuk dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan guru
biasa mengenai sindrom autisme. Diharapkan kaijian ini akan dapat memberi gambaran
sebenar tentang persediaan guru biasa untuk mengajar murid autisme dalam program
inklusif. Di samping itu, hasil kajian ini akan digunakan oleh Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan bagi murid
autistik dalam program inklusif. Juga, Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sebuah
universiti yang melatih guru akan mempertingkatkan ilmu dengan adanya bahan rujukan
yang terkini. Akhirnya kajian ini akan dapat memberi sumbangan yang bermakna terhadap
perkembangan dan peninigkatan pendidikan khas di Malaysia secara keseluruhannya.
Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru biasa sekolah rendah dan menengah tentang
sindrom autisme.

ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru biasa tentang jenis perkhidmatan sokongan
untuk murid autistik dalam program inklusif.
Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan kerana ia mempunyai beberapa persoalan penting untuk dijawab.
Antaranya ialah:
i. Apakah tahap pengetahuan guru biasa tentang sindrom autisme?

ii.

Apakah tahap pengetahuan guru biasa tentang perkhidmatan


sokongan untuk murid autistik dalam program inklusif?

Hipotesis Kajian

Pengkaji membuat andaian bahawa :


i. Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan
mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah
berbanding guru sekolah menengah.

ii. Tidak dapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan guru


mengenai jenis perkhidmatan autisme dengan kelulusan akademik.

Andaian ini dibuat berdasarkan fakta bahawa program inklusif untuk murid khas telah pun
bermula di sekolah rendah pada tahun 1994 (10 tahun) dan di sekolah menengah pada tahun
1998 (6 tahun) dan kebanyakkan guru sekolah rendah berkelulusan SPM jadi pengkaji
mengandaikan ada perbezaan antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah.
Limitasi Kajian
Pengkaji mempunyai limitasi dalam menjalankan kajian ini iaitu kajian ini adalah tertumpu
kepada sepuluh guru biasa disetiap lima buah sekolah rendah dan menengah di daerah
Batang Padang, Negeri Perak sahaja sebagai responden. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili
pengetahuan keseluruhan guru yang mengajar didalam program inklusif. Pengkaji juga
melihat pengetahuan guru tentang sindrom autisme sahaja sebagai tajuk kajian, Oleh
demikian pengetahuan guru berkaitan kecacatan murud khas lain tidak termasuk dalam ruang
lingkup kajian yang dijalankan ini.
Sorotan Literatur

Dipertikaikan bahawa tahap pengetahuan guru berkaitan murid berkeperluan khas


mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penyesuaian diri murid dari segi sosial dan
emosi. Haring (1978) berpendapat tahap pengetahuan, sikap, prasangka, keperluan dan
konflik guru akan kelihatan dalam tingkah laku guru dan mempengaruhi perkembangan
sosial murid berkeperluan khas.
McDanial (1980) telah gunakan skala Attitudes Towards Disabled Persons sebagai satu
instrumen untuk mengukur sikap 288 orang guru terhadap murid khas. Keputusan kajian
tersebut menunjukkan ramai guru kurang mempunyai pengetahuan tentang murid
berkeperluan khas dan tidak dapat menyampaikan maklumat secara sesuai kepada mereka.
Frith dan Edwards (1980) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hal salah anggap
dan kebimbangan sebenar guru kelas biasa yang di tugaskan mengajar muird khas dalam
program inklusif. Guru yang kurang berpengalaman menyuarakan kebimbangan mereka
tentang pengurusan diri murid (78%) masa lebih untuk menyiapkan tugasan (50%)

kekurangan bahan mengajar (57%) tanggungjawab memberi ubat (50%) dan dokumentasi
dan menyimpan rekod (50%). Guru yang berpengalaman telah menyuarakan kebimbangan
tentang kekurangan bahan mengajar
(41%) masa untuk menyiapkan tugasan (34%) .
Anderson dan Coleman (1985) telah mengkaji 135 guru kelas biasa di Pennsylvania (guru
tadika hingga gred 8) untuk menilai pengetahuan mereka mengenai masalah pembelajaran
dan persediaan mereka untuk bekerja bersama murid khas. Kajian ini cuba mencari
maklumat tentang persediaan mengajar guru, pengetahuan dan pengalaman mengenal pasti
dan mengajar murid berkeperluan khas. Tiga puluh enam peratus (36%) daripada responden
pernah mengikuti kursus khas dan 43% pernah mengikuti bengkel berkaitan masalah
pembelajaran. Lapan puluh dua peratus (82%) daripada jumlah responden melapor mereka
pernah mengenal pasti murid berkeperluan khas atau merujuk mereka kepada pakar tetapi
hanya 21% rasa mereka memahami konsepnya. Keputusan kajian menunjukkan guru masih
keliru apabila diminta membuat rujukan atau mengajar murid yang mengalami masalah
pembelajaran.
Kajian Philips (1993) yang telah dijalankan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
mendapati di antara 100 orang guru yang dikaji, guru dalam lingkungan umur di antara 35
39 tahun lebih berpengetahuan (77.2%) tentang sindrom autisme berbanding dengan guru
dalam lingkungan umur 45 49 tahun (60.6%) .
Kajian mengenai tahap pengetahuan guru tentang autisme masih terhad . Walau
bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan bahwa pengetahuan guru
mengenai sindrom autisme adalah kurang memuaskan.
Metodologi

Kesedaran tentang peranan utama yang dimainkan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran murid autisme adalah penting untuk memastikan guru mempunyai pengetahuan
yang terkini mengenai sindrom ini. Kekurangan kesedaran boleh mengakibatkan pencapaian
yang kurang memuaskan kepada pembelajaran golongan murid khas ini. Sebagai contoh
kegagalan seorang guru untuk memahami takat masalah seorang murid autistik mungkin
akan mengakibatkan ekspektasi guru yang keterlaluan dan program intervensi yang tidak
sesuai.
Kajian kuantitatif yang dijalnkan oleh pengkaji adalah untuk mendapatkan maklumat
mengenai pengetahuan guru mengenai sindrom autisme. Dalam kajian ini pengkaji telah
memilih guru di lima buah sekolah yang mempunyai program integrasi program khas
bermasalah pembelajaran di daerah Batang Padang.
Dalam kajian ini juga pengkaji memfokuskan kepada pengetahuan guru yang sedia ada
mengenai sindrom autisme. Kajian ini bertujuan mencapai matlamat seperti berikut:

i. Menilai tahap pengetahuan responden mengenai sindrom autisme.

ii. Menilai pengetahuan responden mengenai perkhidmatan sokongan untuk murid


autistik.
Pemilihan Sampel Kajian
Subjek kajian adalah guru yang mengajar kelas biasa di lima buah sekolah integrasi
pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang dipilih. Guru yang menjadi responden kajian
dipilh secara random dan mengajar pelbagai mata pelajaran. Seramai 50 orang menjadi
responden dalam kajian ini. Dari sampel ini, 49 responden telah mengisi soal selidik yang
diedarkan. Mereka terdiri daripada 39 orang guru sekolah rendah dan 10 orang guru sekolah
menengah yang mengajar di 5 buah sekolah kerajaan di daerah Batang Padang. Sampel
responden ini terdiri daripada 10 orang lelaki dan 39 orang perempuan (lihat Jadual 3.1).
Kelulusan akademik responden terdiri daripada 26 orang kelulusan SPM, 13 orang
berkelulusan STPM / Matrikulasi dan 10 orang kelulusan Ijazah Sarjana Muda .
Instrumen Kajian
Instumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi soalan
tertutup dan soalan terbuka khusus kepada guru yang terpilih. Soalan dalam borang soal
selidik ini distrukturkan berdasarkan objektif dan soalan kajian yang dinyatakan dalam
persoalan kajian. Instrumen yang dihasilkan telah diubahsuai dari instrumen yang pernah
digunakan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Bitsika di Australia pada tahun 1992.
Instrumen ini di terjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh pengkaji kerana ini boleh
membantu untuk mendapat hasil kajian yang lebih baik.
Dapatan

Dalam perbandingan respons antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah,
terbukti bahawa guru sekolah menengah dalam sampel memperolehi pencapaian yang lebih
baik (55.8 % respons betul) berbanding dengan guru sekolah rendah (45.5 % respons betul).
Daripada data ini boleh dibuat kesimpulan bahawa guru sekolah menengah mempunyai tahap
pengetahuan lebih tinggi mengenai sindrom autisme berbanding guru sekolah rendah.
Dalam perbandingan mengikut kelulusan akademik tertinggi seperti tercatat dalam Jadual 1,
60.8% guru kelulusan ijazah sarjana muda memberi jawapan yang betul berbanding dengan
kumpulan guru berkelulusan STPM / Matrikulasi (50.0%) dan guru berkelulusan SPM (43.6
%).
Jadual 1: Pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah dan
menengah mengikut kelulusan akademik tertinggi (% memberi respons betul) N = 49

ITEM

% RESPON GURU % RESPON GURU % RESPON GURU


SPM
STPM/ MATRIK
IJAZAH

80.8

92.3

90.0

34.7

30.8

30.0

19.2

15.4

50.0

46.2

30.8

40.0

42.3

69.2

70.0

53.8

30.8

80.0

34.7

46.2

50.0

46.2

53.8

50.0

50.0

69.2

100

10

46.2

46.2

60.0

11

50.0

76.9

60.0

12

19.2

38.5

50.0

Min

43.6

50.0

60.8

Jadual 2: Pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan responden secara


keseluruhan (Bilangan responden dan % memberi respons yang betul) N = 49

BIL

ITEM

JUMLAH

% JUMLAH

Kebanyakkan kanak autisme menghadapi


kelambatan perkembangan.

42

85.7

Autisme adalah sejenis masalah seumuru hidup.

16

32.6

Lebih ramai perempuan daripada lelaki mengalami


sindrom autisme.

11

22.4

Autisme adalah sejenis sindrom luar biasa.

20

40.8

Ramai kanak-kanak autisme tidak mengalami


kesukaran memahami apa yang diperkatakan.

31

63.2

Ramai kanak-kanak autisme tidak boleh bercakap.

22

44.9

Kanak-kanak autisme sukar memahami apa yang


diperkatakan dan apa yang diisyaratkan.

19

38.7

20

40.8

35

71.4

21

42.8

29

59.2

12 Ramai kanak-kanak autistic mengalami rencatan


akal

14

28.6

MIN

47..6

Kanak-kanak autisme tidak mengalami kesukaran


bertentangan mata kearah sesiapa yang bercakap
dengannya.
Terdapat juga ramai kanak-kanak autisme sukar
berinteraksi dengan orang lain.

10 Ramai kanak-kanak autistic rasa senang


menyesuaikan diri dengan sesuatu pembaharuan
dalam rutin mereka.
11 Kanak-kanak autistik terlalu asyik dengan
pergerakan fizikal yang berulang ulang seperti
menggoyangkan badan dan mengibaskan tangan
atau jari

Setiap item di atas terkandung dalam lima aspek autisme iaitu fakta statistik, komunikasi,
kemahiran sosial, keperluan rutin dan tingkah laku sterotaip. Jadual 3 meringkaskan respons
secara keseluruhan mengikut lima aspek autisme. Hanya 2 % (seorang responden) telah
memberi lima jawapan betul untuk item berkaitan fakta statistik; 34.6% memberi 2 jawapan
betul daripada 3 item berkaitan komunikasi; 32.6% mendapat 2 jawapan betul daripada 2
item berkaitan kemahiran sosial dan 46.9% dan 61.2% daripada jumlah keseluruhan memberi
jawapan untuk dua item masing -masing berkaitan keperluan rutin dan tingkah laku sterotaip.
Jadual 3: Pengetahuan mengenai sindrom autisme mengikut klasifikasi item

KLASIFIKASI ITEM

ITEM

% ITEM BETUL

012345

1. Fakta statistikal

1, 2, 3 , 4 , 12

10.2 16.3 26.5 42.8 2.0 2.0

2. Komunikasi

5, 6, 7

16.4 34.6 34.6 14.4

3. Kemahiran Sosial

8, 9

22.4 44.8 32.6

4. Rutin

10

53.1 46.9

5. Tingkah laku sterotaip

11

38.8 61.2

Pengujian Hipotesis
Pengujian hipotesis dilakukan pada bahagian ini untuk memastikan sama ada hipotesis yang
dibentuk dalam kajian ini dapat diterima ataupun tidak. Pakej Statistik Untuk Sains Sosial
(SPSS) digunakan untuk menganalisis serta untuk mendapatkan keputusan. Melalui SPSS,
Ujiant dan Anova Sehala digunakan bagi menguji kesemua hipotesis yang dibentuk pada
aras signifikan P = 0.05. Pada aras signifikan ini, sekiranya P <> 0.05 sesuatu pernyataan
hipotesis akan diterima. Berikut ialah dapatan daripada penganalisisan dengan menggunakan
anova sehala dan ujiant bagi pernyataan hipotesis yang di tunjukkan pada Jadual 4 danl 5.
Hipotesis Pertama
Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di
kalangan guru sekolah rendah berbanding guru sekolah menengah.
Jadual 4: Hasil Ujian t bagi Hipotesis Pertama

Jenis Sekolah

MIN

SD

NILAI t

DK

SIG

.7143

1.1547

.4330

48

.001

pengetahuan

p<0.05
Jadual 4 menunjukkan perbandingan tahap pengetahuan guru mengenai sindrom autisme
mengikut jenis sekolah. Perbandingan min penguasaan pengetahuan antara sekolah adalah
sekolah rendah 45.5 % dan sekolah menengah 55.8%. Hasil Ujiant mendapati bahawa aras
signifikan yang diperolehi ialah 0.001. Oleh yang demikian hipotesis yang dikaji diterima

dan dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan tentanag sindrom
autisme di kalangan guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah.
Hipotesis Kedua
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai jenis
perkhidmatn sokongan di kalangan guru dengan kelulusan akademik.
Jadual 5: Hasil Ujian Anova Sehala bagi Hipotesis Kedua

Punca variasi

dk

JKD

MKD

Sig

Antara kumpulan

15

11.501

.767

1.540

.153

Dalam kumpulan

30

14.933

.498

p<0.05
Ujian Anova Sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap tahap pengetahuan mengenai jenis perkhidmatan sokongan antara guru sekolah
rendah dan guru sekolah menengah. Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan pada aras p <>
Pengetahuan mengenai Ahli Professional dan Perkhidmatan Sokongan
Soalan untuk bahagaian kedua soal selidik ini berbentuk subjektif di mana guru diminta
menamakan ahli profesional atau khidmat sokongan yang sesuai untuk beberapa jenis
perkhidmatan bagi murid autisme. Jadual 6 menunjukkan bahwa 84.3% daripada responden
secara keseluruhan tidak dapat menamakan jenis perkhimatan sokongan atau ahli profesional
untuk murid autisme. Hanya 15.7% dapat menamakannya.
Jadual 6: Pengetahauan guru secara keseluruhan mengenai jenis perkhidmatan / ahli
profesional

KATEGORI PERHIDMATAN

1. Diagnosis dan Penilaian

SPESIFIK (%)

TIDAK TAHU (%)

8.2

91.8

2. Intervensi Awal

4.1

95.9

3. Penempatan di sekolah

6.1

93.9

4. Latihan Pra vokesional / kerjaya

16.3

83.7

5. Program Integrasi

14.3

85.7

6. Rawatan Perubatan/ Psikiatri

30.6

69.4

7. Rawatan Pergigian

44.9

55.1

8. Sokongan Keluarga

24.4

75.6

9. Penempatan di Institusi Berasrama

12.2

87.8

Rumusan dan Cadangan

Kajian semasa telah menyokong hipotesis pertama pengkaji di mana terdapat perbezaan
dalam tahap pengetahuan guru biasa sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Kajian
dapati tahap pengetahuan guru sekolah rendah lebih rendah (45.5%) berbanding dengan
tahap pengetahuan guru sekolah menengah (55.8%) Dapatan ini adalah di luar jangkaan
pengkaji yang menganggap guru sekolah rendah lebih berpengetahuan berdasarkan fakta
program khas bermasalah pembelajaran di keempat-empat sekolah rendah telah pun bermula
lebih awal berbanding dengan program di sekolah menengah dan guru sekolah rendah
sepatutnya sudah kenal dengan ciri murid autisme melalui pendedahan yang telah diberi oleh
guru khas di sekolah masing-masing.
Hipotesis kedua yang menyatakan tidak dapat perbezaan antara tahap pengetahuan tentang
jenis perkhidmatan sokongan guru dengan kelulusan akademik tidak diterima. Kajian
menunjukkan guru berkelulusan SPM lebih berpengetahuan tentang jenis perkhidmatan
sokongan untuk murid autisme . Analisis data menunjukkan tidak ada seorang guru berijazah
Sarjana Muda yang dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme.
Sesuatu sebab yang munasabah tidak dapat diberi tentang ini hanya boleh dikatakan
kemungkinan guru berkelulusan SPM yang semuanya mengajar di sekolah rendah pernah ada
pengalaman dengan ahli profesional atau pernah buat rujukan tentang perkhidmatan
sokongan untuk murid khas.
Penutup

Kajian tentang sindrom autisme di Malaysia adalah sesuatu yang jarang dilakukan.Oleh yang
demikian masih banyak kajian yang perlu dilaksanakan untuk mengetahui tentang sindrom

ini. Kajian yang pengkaji jalankan ini adalah satu usaha untuk melihat berkembangnya kajian
tentang sindrom autisme di Malaysia. Masih banyak lagi aspek kajian sindrom autisme boleh
diterokai dan diperincikan supaya mereka yang terlibat dalam bidang ini lebih peka tentang
keperluan murid autisme.
Pendidikan bagi murid autisme pada masa kini adalah ke arah mengintegrasikan mereka
dengan murid normal. Oleh itu usaha tertentu perlu dilakukan untuk merealisasikan matlamat
ini supaya murid autisme tidak disingkir untuk bersama menikmati kehidupan yang lebih
sempurna.
Guru kelas biasa mesti sentiasa bersikap positif dan sentiasa berusaha untuk memberi
motivasi pada murid autisme serta sanggup bekerjasama dengan guru khas dalam
meningkatkan pengetahuan mengenai sindrom ini.
Rujukan

Cohen, D. (1975). Childhood autism and atypical development. In H. Yahreaes (Ed.).


New light on autism and other puzzling disorders. Maryland: DHEW Pub.
Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. (1987). Diagnostic Criteria.
Dyah Puspita. (2003 ). Mempersiapkan dan membantu anak autis mengikuti pendidikan di
Sekolah Umum. Seminar MANDIGA, Indonesia.
Gillberg, C., & Schaumann, H. (1982). Social class and infantile autism. Journal of Autism
and Developmental Disorders, 12, 223 228.
Gilliam, J., & Coleman, M. ( 1982). A survey of knowledge of autism among experts and
caregivers. Behavioral Disorders, 7, 189 196.
Jabatan Pendididikan Negeri Perak. ( 2002). Buletin Pendidikan Khas
Daerah Batang Padang.
Lam Chee Meng & Chan Yee Pei. (2002 ) . Assessment for children for school readiness in
Singapore mainstream education. WeCAN Third Annual Autism Best Practices Conference,
November 2002
Masra, F. ( 2002). Autisme: Gangguan perkembangan anak. Retrieved from
http://www.tempo.co.id/medika/arsip/072002/hor-1.htm
National Autistic Association of Malaysia. (2003). Information leaflet.
Philips, S. (1993).. A Study of knowledge of autism in Malaysia. Unpublished Masters Thesis,
Monash University, Australia.
Powers, M. ( 1989 ). Children with autism: A perents guide. USA : Woodbine Inc.

Ritvo, E., & Freeman, B. (1978). NSAC definition of the syndrome of autism. Journal of
Autism and Childhood Schizophrenia, 8, 162 167.
Schultz, J. B., & Carpenter, C. (1995). Mainstreaming exceptional children.
Boston : Allyn & Bacon.
Sussman, F. (1999). More than words: Helping parents promote communication and social
skills in children with autism spectrum disorder . Canada : Hanen Pub.
Wing, L. (1978 ). Social, behavioural and cognitive characteristics: An epidemiological
approach. In M. Rutter & E. Schopler (Eds). Autism : A reappraisal of concepts and
treatment. New York: Plenum Press.
Wing, L. (1980 ). Childhood autism and social class: A question of selection. British Journal
of Psychiatry, 137, 410 417.
Ysseldyke , J., & Algozzine, B. (1990 ). Introduction to special education (2nd ed.). Boston:
Houghton Mifflin.