Anda di halaman 1dari 6

KONSEP 5P

Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam


KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta
menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan dalam kalangan murid.
Konsep 5P ini juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah rendah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran
atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara
berasingan.
Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), konsep 5P masih diteruskan
berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 5P merujuk kepada
Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengayaan dan Pemulihan. Tidak banyak
perbezaan dalam kedua dua Kurikulum ini dan KSSR mempunyai penambahbaikan
sesuai dengan matlamatnya melahirkan murid yang mempunyai kreativiti dan inovasi
selaras dengan dasar negara maju menjelang tahun 2020. Elemen keusahawanan serta
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditekan secara ekplisit di dalam KSSR.
A. Penggabungjalinan
Definisi:
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang
mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat
untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling
melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan.
Ciri-ciri:
1. Penguasaan beberapa kemahiran serentak sama ada inter bidang atau intra bidang
2. Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan
3. Kemahiran bahasa digabungkan dalam proses P&P
Cara pelaksanaan:
Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep penggabungjalinan ialah
menggabungkan 2 atau lebih jenis kemahiran, aktiviti atau pun bahan di dalam satu
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika guru ingin menggunakan konsep 5P
penggabungjalinan kemahiran di dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, maka guru
berkenaan akan menggabungkan 2 di antara kemahiran lisan, kemahiran membaca dan
kemahiran menulis. Isi kandungan P&P guru harus melibatkan gabungan 2 di antara

kemahiran bahasa tersebut. Contohnya, guru merancang ingin mengajar murid-murid


tahun 4 yang bertema Rakyat Cergas Negara Maju. Guru memilih tajuk Bintang
Badminton sebagai topik pengajarannya. Guru memilih Hasil Pembelajaran 8.2 Huraian
Hasil Pembelajaran Aras 1 sebagai Fokus Utama yang memfokuskan aktiviti guru di
dalam kemahiran menulis. Sementara guru memilih Hasil Pembelajaran 5.2 Huraian
Hasil Pembelajaran Aras 3 sebagai Fokus Sampingan yang memfokuskan aktiviti guru di
dalam kemahiran membaca. Jelas di sini bahawa guru tersebut menggabungjalinkan 2
jenis kemahiran serentak di dalam satu pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran
menulis dan kemahiran membaca. Langkah-langkah P&P guru seharusnya lebih
menekankan kepada fokus utamanya iaitu kemahiran menulis sementara itu
mengaplikasikan kemahiran membaca di dalam satu lembaran kerja ataupun aktivitiaktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.
Konsepnya sama sahaja jika guru ingin menggabungjalinkan aktiviti dan bahan. Di
dalam penggabungjalinan aktiviti, terdapat tiga aspek aktiviti yang penting iaitu lisan,
bacaan dan kefahaman, serta tulisan. Aktiviti lisan merangkumi berbual, berbincang,
berbahas dan lain-lain. Sementara aktiviti bacaan dan kefahaman merangkumi
memahami, meringkas, memberi makna dan lain-lain serta aktiviti tulisan yang
merangkumi esei, laporan, ucapan dan sebagainya. Untuk melaksanakan
penggabungjalinan aktiviti dengan baik, guru perlu merancang aktiviti-aktiviti mengikut
urutan yang baik. Contoh:
a.
Berceramah
mencatat isi
b.
Bercerita
berbincang
menulis
karangan
c.
Membaca
mengesan isi
mengulas
menulis ulasan
Di dalam penggabungjalinan bahan, guru memberikan tumpuan kepada
bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri
daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi
menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan
tahap pencapaian murid. Di dalam penggabungjalinan bahan boleh terdiri
daripada tiga jenis bahan iaitu bahan utama(petikan), bahan sokongan(bahan
rangsangan) dan bahan lisan(rakaman). Guru boleh menggabungjalinkan bahanbahan ini mengikut keperluan masa yang diperuntukkan di samping mempunyai
pertalian dan urutan yang baik. Sebagai contoh:
a.

Berita
ulasan

b.

Iklan
surat

permohonan

temu duga

surat jawapan

B. Penyerapan
Definisi:
Di dalam KBSR penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan
pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi
pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu
unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran
belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.
Ciri-ciri:
1. Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah dalam
P&P bahasa Melayu
2. Penyerapan kemahiran bernilai tambah
3. Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
4. Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P
Cara pelaksanaan:
C. Pengayaan
Definisi:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid
sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah.
Ciri-ciri:
1. Diberi penekanan mengikut tahap kebolehan, bakat, keupayaan dan minat murid
2. Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti yang
lebih mencapar kepada murid yang sudah hasil pembelajaran awal dari jangkaan masa
3. Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan bimbingan guru atau sendirian mengikut
kebolehan murid.
Cara pelaksanaan:
Sebagai seorang guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa
merancang aktiviti pengayaan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk
menarik minat murid-murid terhadap P&P guru, guru seharusnya pandai merangka
aktiviti pengayaan yang bersifat kreatif dan eksperimental. Ini penting bagi meningkatkan

proses pemahaman murid-murid di samping mengelakkan murid-murid bosan atau jemu


dengan corak P&P yang sama.
Beberapa aktiviti pengayaan boleh dijalankan di bilik darjah yang sesuai
mengikut kecerdasan murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja
projek, bacaan tambahan, permainan dan rekreasi, serta pembelajaran berbantukan
komputer. Semua aktiviti ini mempunyai variasi dan kaedahnya yang tersendiri serta
menarik minat murid-murid dalam mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,
daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh murid-murid hendaklah dilakukan dengan menggunakan daya usaha sendiri atau
hasil kendiri yang boleh memberi kesan kepada diri murid-murid.
Contoh-contoh aktiviti telah diberikan seperti di atas. Kita lihat bagaimana cara
pelaksanaan untuk aktiviti yang berbantukan komputer.
D. Pemulihan
Definisi:
Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan adalah
lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan
pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab
mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian
pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya (Koh
Boh Boon, 1982).
Ciri-ciri:
1. Aktiviti pemulihan bertujuan membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang
belum dicapai
2. Aktiviti dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.
Cara pelaksanaan:
Di dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan, guru seharusnya bijak untuk merancang
aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.
Kita ambil contoh pemulihan di dalam bilik darjah yang menekankan
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran
individu, pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan
rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan

membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang
sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid
yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang sama
tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.
Pengajaran kumpulan besar pula ialah murid-murid mendapat pemulihan dalam
sebuah kelompok yang besar di mana murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajaran yang [
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah
pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat
perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang sama
tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak dan juga
membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi menyelesaikan
masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah dijadualkan satu
penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid. Penilaian ini bertujuan
bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah tercapai atau tidak dan
tindakan susulan akan diambil ke atas murid.
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui
pendidikan pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan
tumpuan yang lebih berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah
berbeza dari segi pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang
lemah atau menghadapi masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan.
Objektif pendidikan pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti
alternatif yang sesuai dengan murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat
layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan
perkembangan mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan
masalah yang dihadapi melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga
turut diberikan peluang untuk mencuba mengembangkan potensi diri mereka
dalam pelajaran dan minat mereka untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta

sama-sama melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di


dalam atau di luar bilik darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila
wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid.
Selain itu masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang
ada dalam diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah
laku yang kurang baik serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir
dan selepas lahir juga turut menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid
yang mengalami kecacatan ini akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian
dengan keadaan mereka.
E. Pentaksiran dan penilaian
Definisi:
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk memperoleh
maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk
menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran
dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan Pembelajaran.
Ciri-ciri:
Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil
pembelajaran dan objektif P&P
2. Penilaian dilakukan secara berkala den berterusan serta tindakan susulan bagi
mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid
Cara pelaksanaan:
1.