Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators ( MKPI ) KPM telah menyasarkan bahawa
semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi
selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.Justeru,setiap
segala yang diatur,disusun dan dijalankan adalah dengan satu hasrat iaitu kejayaan
program LINUS. Sehubungan dengan itu,bagi merealisasikan hasrat ini,satu bentuk
perancangan yang baik,tersusun,terarah,bermatlamat dan bermakna perlu
direncanakan.Perancangan Strategik LINUS merupakan satu usaha untuk
menetapkan hala tuju perjalanan program LINUS sekolah ini agar dapat
menyumbang sesuatu kepada murid-murid tahap satu.Perancangan stategik yang
disusun ini akan menjadi pelan operasi bagi setiap program yang akan
dilaksanakan.
KEBAIKAN

Merupakan penambahbaikan kepada KIA2M


Tumpuan kepada Tahap 1 berbanding KIA2M yang hanya menekankan Tahun
1
Guru LINUS yang terlatih berbanding KIA2M
Saringan LINUS tidak memandang markah sebagai potensi untuk
melonjakkan murid berada di kelas PERDANA atau sebaliknya kerana
saringan LINUS adalah untuk memastikan murid sama ada menguasai
kemahiran asas dalam setiap konstuk yang diuji atau sebaliknya.
Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian
dengan tahap kebolehan murid
Pelaporan dibuat setiap 3 bulan
Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah gurumurid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid)

KEBURUKAN

Dalam saringan LINUS, ada beberapa konstruk yang akan diuji. Jika murid
melakukan kesilapan semasa memberi dan menulis jawapan dalam manamana konstruk, murid akan dikira sebagai tidak menguasai konstruk itu.
Oleh yang demikian, secara automatik murid tidak akan layak ke kelas
PERDANA kerana untuk ke kelas berkenaan, murid mestilah menguasai
kesemua konstruk yang diuji.
Berbeza dengan UJIAN BULANAN, jika murid betul menjawab soalan
pertama tetapi gagal menjawab soalan kedua, murid tetap mendapat markah.

Anda mungkin juga menyukai