Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015

1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang berusaha ..,


Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan
Negeri diumumkan masuk dan terus berdiri untuk nyanyian
LAGU NEGARA KU
2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon bimbit atau
menukarkan kepada mod getar ( SILENCE MODE )
3. Kerjasama dipohon agar para hadirin tidak meninggalkan majlis
sebelum berakhir aturcara

PENGUMUMAN
Mengumumkan ketibaan yang berusaha .., Ketua Sektor, Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri

LAGU NEGARAKU
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yg Berusaha . ....................... ,Ketua Sektor, Sektor Pengurusan


Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri ..
Yang Berusaha ., Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Yang Berusaha .., Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan.
Yang berusaha Tuan-Tuan Pengetua dan Tuan-Tuan Guru Besar sekolah sekitar
Kompleks Pendidikan serta Wakil, AJK PIBG, Tuan-Tuan Penolong Kanan, Guru-guru
Kanan, Guru-guru, Para Waris dan seterusnya pelajar-pelajar cemerlang yang diraikan.

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
izinNya, sekali lagi kita dapat berkumpul di dewan yang indah ini sempena Majlis
Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan .. tahun 2015
Majlis mengalu-alukan kehadiran yang berusaha , Ketua Sektor,
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan tuan-tuan dan puan-puan sekelian ke
majlis ini .Kehadiran anda semua menjadikan majlis anugerah ini lebih berseri dan
bermakna
Anak merbah di ranting palas
Patah ranting terbanglah ia
Dengan hati yang tulus ikhlas
Dengan Doa majlis dimula
Memulakan majlis , marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kehadrat Ilahi
agar majlis kita pada hari ini dirahmati dan diberkatinya. Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan . untuk melafazkan
doa.Dipersilakan
DOA
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada diatas
bacaan doa itu tadi.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian
Majlis seterusnya mempersilakan .., Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan .. untuk menyampaikan ucapan dan laporan sekolah.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
LAPORAN PENGETUA
Demikianlah tadi ucapan dan laporan sekolah yang telah disampaikan oleh Pn Hajjah
.. , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan . Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.
Hadirin sekelian,
Majlis seterusnya mempersilakan yang berusaha ., Ketua
Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan .untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah
Menengah Kebangsaan tahun 2015 . Dengan segala hormatnya
dipersilakan
2

UCAPAN PERASMIAN
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang
berusaha .., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan diatas ucapan perasmian sebentar tadi.
Hadirin sekelian
Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari kumpulan nasyid
dengan lagu
PERSEMBAHAN SELINGAN -NASYID
Terimakasih diatas persembahan yang sangat menghiburkan
Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu, kemuncak kepada majlis kita pada hari ini iaitu
majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang
tahun 2015.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ..,Pengetua Sekolah
Menengah . untuk menjemput dan mengiringi yang Berusaha
.., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah
Kecemerlangan........................................................................:
Dijemput :
Seterusnya disampaikan anugerah kecemerlangan bagi pelajar
tingkatan.....................
Dijemput:
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas panitia.
Anugerah ini adalah anugerah berdasarkan kepada peningkatan
pencapaiaan peperiksaan awam. Bagi peningkatan Peperiksaan
Menengah Rendah ( PMR ), dijemput wakil dari
panitia .............................,
Seterusnya .Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )
Dijemput Panitia.....................................

Sidang Hadirin yang dihormati sekalian


Majlis anugerah cemerlang pada tahun ini diserikan lagi dengan 2
anugerah khas iaitu Anugerah Jasamu Dikenang dan Anugerah
Khidmat Bakti.
Anugerah Jasamu Dikenang diwujudkan bagi menghargai jasa guruguru yang pernah berkhidmat di ........................................
Dijemput
Yang Berusaha ................................. (....................... merupakan
penolong kanan pentadbiran di sekolah ini yang mula berkhidmat dari
16 April 2010 hingga .1 Oktober 2014 . Kini beliau merupakan
pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan ..........)
Seterusnya
Yang Berusaha ............................................ (...................... mula
berkhidmat dari 1 Disember 2012 dan telah mengakhiri perkhidmatan
beliau selaku PenolongKanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini pada 1
Disember 2014)
4

Seterusnya Anugerah Bakti iaitu anugerah khas bagi menghargai


perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pekerja swasta
yang berkhidmat di .......................
Dijemput....................................
SELESAI PENYAMPAIAN HADIAH
Begitulah tadi berakhirnya majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang
dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tahun ini. Majlis sekali lagi merakamkan
jutaan terima kasih kepada .., Ketua Sektor, Sektor
Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan diatas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi
Pepatah lama mengatakan, Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa,
indah tampan kerana budi, indah bangsa kerana bahasa. Sebagai tanda kenang-kenangan
dan penghargaan warga sekolah, dijemput tuan Pengetua untuk menyampaikan
cenderahati kepada yang berusaha
CENDERAHATI DIBERI OLEH PENGETUA
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua untuk menjemput dan mengiring Yang
Berusaha mengambil tempat yang disediakan.
KEMBALI DI TEMPAT DUDUK
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian
Majlis kita diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar
. Persembahan yang bakal bermula sebentar nanti dimulai
dengan alunan syair dendangan ..disusuli pula dengan persembahan
daripada pelajar-pelajar pendidikan khas dengan deklamasi sajak bertajukAkan
menyusul setelah itu adalah persembahan Coral Speaking yang bakal dijayakan oleh 30
5

orang pelajar dari kelas dan diakhiri dengan persembahan Koir dari kelas
..
Hadirin sekelian, marilah sama-sama kita menikmati persembahan istimewa daripada
pelajar-pelajar .. Dipersilakan.
PERSEMBAHAN
Demikian tadi persembahan yang sangat menghiburkan daripada para pelajar
.. di bawah bimbingan . serta rakan-rakan
Terima kasih .
Lagu Melayu dikarang puitis
Dinyanyikan oleh para biduan
Sudah berakhir rupanya majlis
Kita sampai ke hujung jalan
PENUTUP
Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian
Selesailah sudah Majlis Anugerah Cemerlang .bagi tahun
2015. Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha
., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan
Kemanusiaan di atas kesudian hadir dan merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang
tahun 2015.
Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Yang Dipertua PIBG .
kerana telah menaja jamuan buat semua tetamu , Jawatan kuasa PIBG dan pengurusan
sekolah atas sumbangan saguhati , Pihak Koperasi . yang turut menyumbang plak
kepada pelajar-pelajar cemerlang serta seluruh warga sekolah dan tetamu yang turut
sama-sama menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang tahun 2015
Kami bagi pihak jawatankuasa majlis menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan
jika terdapat kekurangan dan kecacatan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.
Majlis juga dengan berbesar hati mempersilakan semua tetamu
kehormat untuk menikmati jamuan yang disediakan di kafetaria
sekolah manakala jamuan buat semua waris dan penerima hadiah
disediakan di kelas tingkatan . berhadapan dewan ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan Pengetua menjemput dan
mengiringi Yang Berusaha ..dan para tetamu kehormat meninggalkan
majlis. Dipersilakan.
6

Sekianwabillah hitaufik wal hidayah wassalamualaikumwarahmatullah


hiwabarakatuh. Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai