Anda di halaman 1dari 2

Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)

Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan
akhiran
Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh:
Maha_
Maksud
Mahaguru
Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau
universiti, profesor, ketua sesuatu kumpulan silat.
Maharaja
Raja besar, gelaran atau sebutan bagi orang besar
Mahasiswa
Penuntut di universiti
mahasiswi
Penuntut perempuan di universiti
Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau
sistem
Tata Maksud
Tatacara
Susunan acara, agenda
Tatabahasa
Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan
dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat)
dan lain-lain, nahu.
Tatacara
Cara dan peraturan
Tatanegara
Susunan dan bentuk pemerintahan negara.
Tatasusila
Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik.
tatatertib
Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, disiplin.
Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh:
-wan
Maksud
Angkasawan
Orang yang pergi ke angkasa lepas.
Bangsawan
Orang yang berbangsa atau keturunan mulia.
Budayawan
Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban)
Cendekiawan
Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual
Dermawan
Orang yang suka menderma ( pemurah )
Jelitawan
Gadis atau wanita yang jelita atau cantik
Jutawan
Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak
Hartawan
Berharta , kaya
Karyawan
Penghasil karya, pencipta atau penulis
Negarawan
Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang
yang memegang atau pernah memegangntampuk
pemerintahan sesebuah negara.
Olahragawan
Orang lelaki yang terlatih, mahir atau mengambil bahagian
dalam olahraga.
Peragawan
Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian.
Pustakawan
Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang perpustakaan dan terlibat dalam pengurusan
perpustakaan, ahli perpustakaan.
Rupawan
Perempuan yang cantik.

sejarawan
Sukarelawan
Usahawan
Wartawan

Ahli sejarah
Orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan suka rela.
Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan,
pengusaha.
Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa.

Akhiran man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh:
man
Maksud
Budiman
Orang yang berbudi
Seniman
Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil
seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis,
penyair, penyanyi.
Akhiran wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh:
wati
Maksud
Olahragawati
Orang perempuan yang terlatih, mahir atau mengambil
bahagian dalam olahraga.
Peragawati
Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian
yang dipakainya.
Seniwati
Bintang filem
Sukarelawati
Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela.
Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh:
-ita
Maksud
bidunita
Penyanyi atau pelakon wanita.

Anda mungkin juga menyukai