Anda di halaman 1dari 11

.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kemahiran ikhtisas


penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru

menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi


memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursuskursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan.
Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam
Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. 2.
Membuat penyelidikan
dan penulisan Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan
antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau
masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran
seseorang guru. Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti
dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu
pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti
berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan
dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. 3.
Usaha
ke arah perkembangan kendiri Guru perlu meningkatkan
perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut
akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya
mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai
konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya
dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru
tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih
berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran
seseorang guru. 4.
Peka terhadap perkembangan pendidikan
dan teknologi terkini Guru yang baik perlu melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka
terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus
sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke
semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu
bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar
pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. 5.
Pembelajaran sepanjang hayat Pembelajaran sepanjang hayat
membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu
pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak

maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan


kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru. Pic
credit : http://education.asu.edu/dotAsset/3907.jpg Copy and
WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

rofesionalisme merupakan salah satu nilai yang menjadi aspek utama bagi
mengenalpasti kredibiliti seorang warga pendidik. Seorang guru yang bersikap
profesional akan melengkapi segala aspek kualiti yang diperlukan bagi melayakkan
dirinya untuk diiktiraf sebagai dinamik dan berkaliber. Ciri profesionalisme pula hanya
boleh diukur melalui kualiti kerja yang dilaksanakan berdasarkan indikator yang
memenuhi aspirasi falsafah pendidikan. Tahap profesionalisme pula perlu dipertingkat
dari masa ke semasa. Apabila difokuskan dalam bidang pendidikan, maka tahap
profesionalisme yang paling diutamakan ialah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap profesionalisme, saya
akan sentiasa peka dan memahami setiap perubahan dasar yang berlaku dalam
sistem pendidikan disamping memahami matlamat yang ingin dicapai. Demikian
kerana, dalam usaha Negara untuk melahirkan modal insan ,mata pelajaran

Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah adalah medium yang melengkapi kearah matlamat
tersebut. Pelajar yang cemerlang secara bersepadu perlu diperkukuhkan dari aspek
rohaninya melalui penghayatan Al-Quran dan memahami konsep Sunnah agar potensi
diri yang dimiliki menjurus kearah kebaikan.
Usaha yang kedua ialah sentiasa berfikiran kreatif untuk mencipta inovasiinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran seiring dengan perubahan zaman.
Dalam kemajuan teknologi maklumat contohnya, penggunaan ICT dalam mata
pelajaran boleh dilaksanakan dengan jayanya . Contohnya menghasilkan bahan bantu
mengajar dalam bentuk interaktif agar P&P yang dijalankan menjadi lebih menarik dan
berkesan sesuai dengan kecenderungan pelajar di abad ini. Kemahiran dalam bidang
ICT pula perlu diteroka melalui kursus-kursus multimedia dan komunikasi. Bidang
agama tidak menghalang seseorang guru untuk mencapai tahap kemahiran yang sama
tinggi dengan bidang akademik lain seperti sains dan matematik. Malah, bidang agama
sangat fleksibel untuk disesuaikan dalam apa jua bentuk teknik dan kaedah selagi tidak
mengubah nilai dan disiplin ilmunya.
Kaedah Lesson Study yang diperkenalkan pada tahun ini merupakan
pendekatan berkesan untuk melatih diri menjadi seorang guru yang perfesional.
Kaedah yang berkonsepkan pementoran dan perkongsian kepakaran memberi peluang
kepada saya untuk mencari kelemahan dan membuat penambahbaikan melalui teguran
serta cadangan membina yang diberikan oleh rakan sekerja lain. Malah, saya dapat
berkongsi pengalaman dan kepakaran guru lain dalam mencari kaedah paling berkesan
bagi P&P yang dijalankan. Lantaran itu, penglibatan dalam program Lesson Study
perlu dibudayakan secara konsisten dari masa ke semasa.
Guru yang mencapai tahap pakar perlu menguasai mata pelajaran yang
diajar sepenuhnya. Bagi meningkatkan tahap penguasaan, saya perlu sentiasa
bersedia sebelum menjalankan P&P dari aspek isi pengajaran dengan
memperbanyakkan sumber. Antaranya mengkaji kitab-kitab asal yang berkaitan dengan
tajuk supaya input tambahan dapat dikongsikan bersama pelajar. Pergantungan kepada
penggunaan buku teks perlu dikurangkan supaya P&P menjadi lebih menarik. Ada
ketikanya, pelajar tidak berminat dengan penggunaan buku teks kerana dianggap rigid
dan sukar difahami. Situasi ini merupakan cabaran bagi guru untuk menggarap minat
pelajar terhadap mata pelajaran. Justeru, keperlbagaian sumber perlu digunakan
supaya pemikiran pelajar dapat dikembangkan.
Saban tahun, setiap guru akan ditawarkan dengan program kursus dan bengkel
yang bertujuan untuk memantapkan kemahiran. Contohnya Kursus Pengurusan
Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan, Kursus Penataran Instrumen Mata Pelajaran
dan Kursus Aplikasi Teknologi Maklumat dalam P&P. Sebagai guru yang komited,
saya akan menyertai setiap kursus atau bengkel yang ditawarkan sebagai medium
yang mengukuhkan lagi kemahiran dalam proses P&P. Sekembalinya dari kursus, sesi
in-house-training perlu dilaksanakan dengan melibatkan guru panitia lain supaya
segala input yang diperolehi dapat dikongsi dan dikembangkan secara menyeluruh.
Budaya Perkongsian Ilmu juga perlu dilakukan melalui lawatan-lawatan
penanda aras atau benchmark ke sekolah-sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk
melihat bidang-bidang kecemerlangan yang dicapai terutama dalam bidang akademik.

Melalui program tersebut, saya dapatmelaksanakan integrasi ilmu dan


mendapatkan khidmat pementoran daripada guru-guru cemerlang dari sekolah
lain. Perkongsian dalam bentuk kepakaran juga dapat dilaksanakan lalu diaplikasikan
di sekolah sendiri seterusnya menjadi contoh kepada guru-guru yang lain.
Guru yang profesional membantu melonjakkan kualiti pendidikan Negara
sebagaimana yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi
mencapai tahap tersebut, setiap guru perlu menghayati tugas dan peranannya sebagai
pendidik agar tidak tersasar daripada fungsinya yang sebenar sebagai agen sosial
utama dalam masyarakat . Justeru, setiap guru perlu mengamalkan tiga prinsip utama
iaitu, menjalankan tugas sebagai tanggungjawab, sumbangan dan pengorbanan. Guru
yang profesional akan menjadi pemangkin kemajuan Negara . Ini bertepatan dengan
moto Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi
Pendidikan Negara.
Posted by Merija Kadir at 04:31

ujudnya peluang-peluang yang terbentang luas dalam setiap industri. Di mana adanya minda
terbuka, di situ hadirnya sempadan baru)
Sebagai seorang guru, saya berpegang kuat kepada idea bahawa seseorang guru perlu
mempunyai minda terbuka supaya dapat menerokai sempadan-sempadan baru dan meningkatkan
tahap professionalismenya. Hal ini adalah kerana setiap guru mempunyai kuasa untuk
mempengaruhi pelajar dan mereka perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mewujudkan minda kelas pertama dalam kalangan generasi baru negara ini. Ke arah memastikan
bahawa minda saya sentiasa terbuka kepada idea-idea dan pengetahuan baru dan terkini, amalan
pembelajaran sepanjang hayat sentiasa menjadi budaya kerja dan amalan hidup saya

Gambar Hiasan : Guru-guru Koperasi SMK Baru Sedang bermesyuarat, mencari idea bernas untuk meningkatkan prestasi
Koperasi

Saya percaya bahawa persediaan ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang dan
berkesan dari semua segi tidak hanya bermula dan berakhir dengan latihan yang saya terima dari
kursus perguruan di universiti. Pengalaman saya sebelum saya mengambil kursus perguruan
tersebut memang mempengaruhi persediaan saya melangkah ke dalam bidang perguruan tetapi
yang lebih penting, adalah kesudian untuk sentiasa menganggap semua situasi dan pengalaman
baru yang saya alami dalam kehidupan, samada baik atau buruk, adalah peluang untuk saya terus
belajar dan meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran saya sebagai seorang guru. Saya
juga berpendapat bahawa keghairahan yang saya rasa terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru
mempengaruhi saya supaya sentiasa berinvosi untuk mencari idea-idea yang boleh digunakan di
dalam bilik darjah untuk meningkatkan tahap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya sentiasa cuba berfikir di luar kotak untuk idea-idea yang lebih kreatif bagi menghasilkan
keadah dan pendekatan baru yang boleh membantu membentuk akhlak mulia dan melengkapkan
pelajar dengan keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya
kreativiti yang tinggi.

Gambar Hiasan : Surat Khabar sebagai bahan bacaan selain buku-buku ilmiah

Dengan itu saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam semua
bidang, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Perkara ini
dilakukan dengan mengamalkan tabiat membaca. Bahan bacaan saya adalah luas, contohnya surat
khabar, jurnal ilmiah MELTA (Malaysian English Language Teaching Association) yang mempunyai
idea-idea baru berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta hasil kajiankajian yang berkaitan, majalah seperti the BBC Knowledge Magazine, The National Geographic dan
The Times Magazine, selain maklumat yang diakses melalui internet. Antara sumber Internet yang
saya sentiasa gunakan adalah Portal Guru Sarawak, Engkabang.net. Saya sering muat turun
maklumat dan juga muat naik modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina sendiri. Saya juga
cuba menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dengan melayari
laman web yang berkaitan dengan kemahiran menulis dan membaca serta membaca atas talian
penulisan ilmiah dan rencana-rencana dari buku, surat khabar dan juga jurnal.

Gambar hiasan..

Melalui tabiat membaca ini, saya dapat membina lagi pengetahuan diri saya tentang Bahasa
Inggeris dan meningkatkan lagi penguasaan saya dalam Bahasa Inggeris selain mengikut
perkembangan baru dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam dunia moden. Hal ini adalah penting
kerana saya perlu dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia sebenar apabila
mereka keluar dari alam sekolah dan masuk ke arena kerja. Istilah-istilah baru diperkembangkan
tiap-tiap hari terutama dalam dunia internet dan seorang guru yang tidak dapat berhadapan dengan
perubahan dalam bidang kepakarannya, tidak akan dapat membantu pelajarnya membuat
persediaan yang lengkap untuk masa hadapan mereka sekiranya tandus maklumat ini.

Cg Naomi sedang memimpin guru-guru menyanyi lagu tema hari guru 2012

Saya juga menganggap kewajipan saya sebagai seorang guru adalah untuk bertindak
sebagai seorang pakar rujuk dan fasilitator kepada pelajar. Dengan itu, pengetahuan baru yang saya
dapat dari tabiat membaca itu saya dapat diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk
mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baru dan isu-isu semasa. Amalan membaca sambil
meningkatkan pengetahuan juga menjadi teladan dan galakan kepada pelajar saya. Saya berkongsi
majalah yang dibeli untuk dibaca oleh pelajar di sudut membaca kelas dan tajuk-tajuk tertentu
dijadikan bahan perbincangan sewaktu proses pengajaran dan pembelanjaran, terutamanya dalam
kelas MUET. Surat khabar juga merupakan satu sumber maklumat yang banyak digunakan untuk
menghasilkan Modul pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi maklumat semasa yang
relevan kepada pelajar.
Di samping itu, saya juga menyediakan dan meningkatkan diri saya sebagai seorang guru
Bahasa Inggeris yang berkesan melalui jaringan komunikasi (networking) yang luas dalam kalangan
guru Bahasa Inggeris dan Guru Cemerlang yang lain. Selepas berkhidmat selama lebih 25 tahun di
empat buah sekolah, saya mempunyai jaringan rakan kerja guru yang senior dan berpengalaman
yang merupakan pakar dalam bidang-bidang mereka sendiri. Kami sentiasa berkongsi pengalaman
dan memberi sokongan antara satu sama lain supaya sentiasa peka terhadap perkembangan
kurikulum dan kokurikulum yang terkini serta sentiasa meningkatkan pengetahuan dan tahap
professionalisme diri.

Rakan-rakan guru juga merupakan aset penting dalam membina kerjaya

Selain itu, pengalaman saya sebagai Ketua Pemeriksa untuk kertas MUET Speaking sejak
2003

dan

kertas

MUET Writing pada

tahun

2009

membantu

saya

mengetahui

tentang

perkembangan terbaru dalam proses penilaian. Saya juga sentiasa cuba mendapat maklumat terkini
tentang perkembangan terbaru dalam penilaian kertas Writing melalui kursus dan dari pemeriksa
yang berpengalaman. Proses Networking

dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang lain

membolehkan saya mendapat panduan terkini tentang penilaian Bahasa Inggeris pada peringkat
PMR, SPM, MUET serta untuk Ujian dan Penilian Lisan Berasaskan Sekolah.
Saya juga kerap kali menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan, kursus atau bengkel yang
dianjuran oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran atau pun pihak swasta,
terutamanya kursus yang berkaitan dengan bidang kepakaran saya supaya dapat pendedahan
kepada bahan yang relevan dan terkini. Penyertaan saya dalam persidangan, bengkel dan kursus
yang dikelolakan oleh pihak swasta biasanya adalah atas inisiatif dan kos sendiri. Sebagai
contohnya saya telah menghadiri beberapa kursus dan persidangan Bahasa Inggeris yang
dianjurkan oleh MELTA, Bengkel IELTS (Intenationl English Language Testing System) anjuran the
British Council, Bengkel Koir anjuran the Miri Orchestra and Choir Society dan juga Persidangan NIE
(Newspaper in Education) anjuran The New Straits Times di Kuala Lumpur.

Guru yang hebat akan melahirkan ramai pelajar yang cemerlang

Pengalaman saya sebagai Jurulatih Utama (JU) untuk Kursus-kursus ETeMS semenjak
2002 dan JU Negeri Sistem Bimbingan Taulan dan English for Mathematics and Science (EMS)
semenjak 2007 juga telah membantu saya meningkatkan profesionalisme diri sebagai seorang

jurulatih dan fasilitator di samping memberi saya peluang meningkatkan kemahiran komputer. Saya
juga telah berusaha untuk menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah meningkatkan
profesionalisme guru-guru lain. Saya telah dijemput sebagai fasilitator dan penceramah untuk Sesi
Peningkatan Prestasi guru Bahasa Inggeris dan guru MUET di beberapa buah sekolah di Miri.
Selain itu, saya juga telah dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Miri untuk
menggalas tugas sebagai fasilitator dan penceramah kursus dan bengkel Bahasa Inggeris untuk
guru-guru sekolah menengah di bahagian ini. Saya percaya bahawa proses membuat penyelidikan
dan persediaan semasa membina bahan untuk bertugas sebagai seorang penceramah, juga
membantu saya memahami bidang kepakaran saya dengan lebih mendalam dan membantu
meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang kepakaran saya.

Gambar Hiasan : Sumber - Google : Tun Mahathir , Mantan PM Malaysia yang mempunyai idea dan pandangan yang
sangat hebat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata semasa menyampaikan
syarahan perdana Transformasi Minda Penyelidik Muda di University Teknologi MARA baru-baru
ini, bahawa para penyelidik muda perlu mempunyai minda terbuka yang sentiasa mahu memperbaiki
hasil penyelidikan atau ciptaan mereka dari semasa ke semasa dan tidak mudah berpuas hati
dengan pencapaian yang mereka perolehi. Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan
untuk menghasilkan penyelidik muda yang akan menjana perkembangan Negara Malaysia,
kewajiban saya adalah untuk sentiasa berusaha bagi mentransformasikan minda diri saya sendiri
dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme diri dan menjadi teladan kepada generasi muda.
Terima kasih Cikgu..

Anda mungkin juga menyukai