Anda di halaman 1dari 5

Bincangkan secara kritikal tentang teori Struktural dan teori Transformasi

Generatif
1.0 Teori Struktural
Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktural ini sering dikaitkan dengan
tumbuhnya linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika
pada tahun 1930-an yang kemudiannya berkembang luas kira-kira antara tahun
1940-an hingga 1950-an. Pelopor utama teori ini ialah Leonard Bloomfield yang
terkenal dengan bukunya yang bertajuk Language (1933). Pada zaman itu, buku ini
didapati paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru, buku ini dianggap
sebagai Bible of Amrican Linguistics.
Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield ini kemudiannya
berkembang ke Eropah. Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan
Eropah amat kuat sehinggakan dalam tempoh beberapa tahun setelah terbitnya
buku Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar rujuk dalam kajian bahasa yang
paling berjaya dalam menghuraikan bahasa yang pernah dibuat pada zaman
tersebut.
Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama taxonomic atau Bloomfieldian.
Ia muncul sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh
aliran tradisional.Teori analisis struktural ini merupakan teori yang bertentangan
dengan cara penyelidikan yang dibuat oleh aliran tradisional. Perkara yang ditentang
kuat oleh mereka ialah dasar nasional yang digunapakai oleh para ahli bahasa aliran
tradisional untuk membentuk kategori-kategori bahasa dan pegangan bahawa
semua bahasa mempunyai kategori universalnya. Antara ahli-ahli bahasa yang
menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Harris dan lainlain lagi.
Aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan.
Data-datanya terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli
daripada bahasa yang hendak diselidiki. Tujuannya adalah untuk membuat
kenyataan am yang berkaitan dengan stuktur-struktur pada data ini dan ia akan
mengkaji kenyataan-kenyataan am berasaskan data itu sahaja. Mereka
menggunakan istilah bahasa bagi merujuk kepada sistem yang diandaikan dan
ujaran (speech) untuk merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.
Aliran ini juga mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa
sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari iaitu berkaitan dengan sifat
bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara
bentuk bahasa dengan entiti sebenar untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan
atau konsep. Ia juga digunakan dalam perhubungan manusia dan kajiannya bersifat
saintifik dan empirikal. Tegasnya, huraian bahasa menurut teori ini adalah semata-

mata berdasarkan fakta yang tidak dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan bagi
ahli-ahli teori ini ialah pendekatan deduktif. Manakala bahasa yang dianalisis adalah
bahasa lisan.
Huraian tatabahasa struktural bersifat formal dan tidak mengambil kira
kategori psikologi, logika dan metafizik. Peringkat tatabahasa bermula daripada
bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur supra segmental.
Penggolongan kata yang dibuat berasaskan distribusi dan fungsi setiap unit
linguistik. Kata dibahagikan mengikut kelas. Ayat dipecahkan mengikut konstituen.
Konstituen yang paling kecil ialah perkataan, diikuti oleh frasa, klausa, subjek dan
predikat.
Terdapat pelbagai cara boleh digambarkan bagi mununjukkan hubungan
konstituen dalam sesuatu konstruksi salah satunya ialah mengikut Fries, dalam
bukunya yang berjudul The introduction to the Construction of English Sentences,
1957, beliau telah menggunakan hierarchical bracketing. Nida pula menggunakan
lambang anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan yang tertentu
antara bahagian dalam ayat. Manakala Nelson Francis pula beliau menggunakan
Chinese box untuk menjelaskan maksud tersebut.
Antara ciri-ciri tatabahasa struktur ialah;
i.

Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya


penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan
analisis struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis.
Dalam hal ini, ia telah menunjukkan bagaimana filtur-filtur bahasa yang
penting berkait antara satu sama lain.

ii.

Ia hanya melibatkan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan


tidak melibatkan faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara
yang tidak dapat diamati.

iii.

Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika


dan metafizikal.

iv.

Tatabahasa struktur membezakan pelbagai peringkat analisis seperti


peringkat morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata
itu dapat digolongkan dalam kelas kata tertentu tetapi pada peringkat
sintaksis penentuan kelas itu harus dibuat dengan berdasarkan pada
kedudukannya dalam ayat.

v.

Ia mengkaji semua ujaran dengan maksud untuk meghuraikan ciri-ciri


bentuk lain yang berbeza.

vi.

Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori


psikologi aliran behaviorisme.

vii.

Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa.dengan kata lain


kajiannya bersifat formal.

viii.

Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan (


surface structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagianbahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu
sintaksis dihurai berdasarkan konstituen terdekat.

Aliran struktural menggunakan hubungan terdekat untuk menganalisis ayat


atau sintaksis. Mereka menganggap bahawa ayat atau binaan sintaksis merupakan
suatu konstruksi. Teori ini membuat kajian tentang bahasa secara objektif dengan
membuat penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan
analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis.
Secara ringkasnya teori ini boleh disimpulkan sebagai satu teori yang hanya
menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja, tidak melibatkan faktorfaktor bukan linguistik dan perkara-perkara yang tidak diamati, membezakan
pelbagai peringkat analisis, mengkaji semua bentuk ujaran dengan maksud
menghuraikan ciri-ciri bentuk lain yang berbeza dan tidak mementingkan makna
dalam analisis bahasa.

2.0 Teori Transformasi Generatif

Dipelopori oleh Noam Chomsky dari Massachussetts Institute of Technology,


USA. Ia bermula pada tahun 1957 dengan terbitnya sebuah buku berjudul Syntactic
Structures . Sejak tahun 1957 banyak perubahan yang berlaku pada teori
Transformasi Generatif sehinggalah terbitnya sebuah lagi buku Noam Chomsky
yang bertajuk Aspect of the Theory of Syntax (1965). Peringkat perkembangan
pertama teori ini dikonsepsikan pada tahun 1957 dengan menggunakan Model
Teori Struktur Sintaksis yang terdiri daripada rumus struktur frasa, tranformasi dan
fonologi. Peringkat kedua, menggunakan Extended Standard Theory ( EST ) yang
terdiri daripada komponen sintaksis, semantik dan fonologi. Perbezaan antara
kedua-duanya ialah pada semantik.
Perbezaan kedua-dua peringkat ini terletak pada semantik. Di sinilah
timbulnya Selectional Rules dan Strict Sub-Categorization Rules bergantung kepada
konsep nahu. Selectional Rules menghuraikan kehadiran kata semata-mata
berdasarkan perhubungan kata, sementara Strict Sub-Categorization Rules
bergantung kepada konsep nahu.
Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli suatu bahasa
mempunyai kecekapan bebahasa yang dikenali sebagai(competence). Keadaan ini

ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit. Dengan
adanya set rumus ini membantu penutur asli membentuk serta memahami berbagai
ayat dalam bahasanya. Penutur asli boleh membezakan berbagai jenis struktur ayat,
boleh mengenali sama ada ayat itu gramatis atau tidak, boleh membentuk,
mengenali dan memahami ayat yang terkira jumlahnya. Kebolehan ini dikaitkan
dengan persepsi intuitif seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut sebagai
struktur dalaman. Melalui struktur dalaman ini, penutur asli boleh mengenali ayat
yang berprafrasa dan ayat yang punyai unsur ketaksaan. Ayat berprafrasa terdiri
daripada dua ayat yang berlainan struktur permukaannya, tetapi mempunyai struktur
dalaman yang sama.
Contohnya;
a)

Anjing mengejar kucing.

b)

Kucing dikejar anjing.

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu ia


dinamakan sebagai ayat yang berprafrasa. Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan
ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tapi mempunyai dua atau lebih
struktur dalaman. Contohnya :
a)

Ibu kepada Cong,iaitu nenek Ali telah mati.

b)

Kedua ibu dan bapa Cong telah mati.

Teori ini mengandaikan terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur
dalaman dan struktur permukaan. Ia juga mengandaikan rumus tatabahasa menjadi
sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa bagi seseorang individu. Fonologi
menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan manakala semantik merujuk
representasi semantik. Antara kedua-dua ini, wujud sintaksis tatabahasa. Ciri-ciri
tatabahasa tranformasi-generatif adalah berasaskan teori psikologi koda kognitif
yang termasuk dalam aliran mentalis. Aliran ini mempercayai bahawa pembelajaran
dan penguasaan bahasa merupakan proses mental yang bertunggakkan Alat
Pemerolehan Bahasa (LAD). Dalam melakukan huraian terhadap bahasa, teori ini
menggunakan sistem rumus. Sistem ini melibatkan penggunaan dua set peraturan
sintaksis iaitu peraturan frasa dan transformasi. Teori ini mementingkan semantik
dalam menghasilkan kajian dan menganalisis bahasa berasaskan ciri-ciri rasional.

Rumus Struktur
Frasa
Leksikal

Reprensentasi
fonetik

Struktur dalaman
Komponen
fonologi
Komponen
semantik

Rumus
transformasi
Struktur
permukaan
Reprensentasi
semantik

Rajah 1.1 Komponen Sintaksis


Dalam rajah di atas, komponen fonologi menentukan representasi fonetik
untuk suatu ucapan, komponen semantik merujuk kepada representasi semantik.
Antara kedua-dua ini terdapat apa yang disebut sebagai komponen sintaksis
tatabahasa. Oleh sebab itu, bunyi dan makna adalah berkaitan melalui peraturan
sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman yang bertindak sebagai input kepada
peraturan semantik dan struktur permukaan bertindak sebagai input kepada
peraturan fonologi.
Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah-rajah pohon yang
menunjukkan hubungan gramatis (subjek,predikat,objek dan lain-lain) antara
berbagai kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Berdasarkan penulisan buku
oleh Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia,
menyatakan bahawa analisis bahasa yang dijalankan oleh ahli-ahli linguistik
transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus-rumus yang lengkap
berdasarkan kecekapan bahasa penutur naif. Pendekatan yang digunakan oleh ahliahli teori ini pula ialah bersifat deduktif dan kaji diri. Tegasnya, teori ini tidak
menghasilkan kaedah pengajaran yang dapat diubah untuk dijadikan teknik
pengajaran.