Anda di halaman 1dari 2

Bunga raya ialah bunga kebangsaan Malaysia.

Selepas mencapai kemerdekaan,


Kementerian Pertanian telah diarah untuk mencadangkan bunga yang sesuai untuk
dipilih sebagai bunga kebangsaan.
Pada akhir pada tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis
bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu
Bunga Kenanga, Bunga Raya, Bunga Melur, Bunga Teratai, Bunga Mawar, Bunga
Cempaka dan Bunga Tanjung.
Selepas perbincangan Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura,
Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan Malaysia, Bunga Raya terus diguna sebagai
Bunga Kebangsaan.
Bunga Raya atau Hibiscus Rosa telah dipilih sebagai bunga kebangsaan
Malaysia pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu YTM Al-Marhum Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj. Pemilihan tersebut adalah berdasarkan kepada keunikan
bunganya yang merah dimana ia melambangkan keteguhan politik dan ekonomi
serta sifat keberanian menempuh cabaran.
Bentuk lima kelopak yang terdapat pada bunga raya memberi maksud lima prinsip
Rukun Negara. Bunga yang juga dikenali sebagai "Queen Tropical Flowers" ini adalah
bunga yang tergolong daripada keluarga Malvaceae yang mempunyai 300 spesis
tumbuhan.
Kepelbagaian bunga raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang
pelbagai bangsa, agama dan kebudayaan yang hidup harmoni di negara tercinta ini.
Anda lihatlah juga beberapa lagi spesis bunga raya yang berlainan rupa, warna dan
saiz yang menyerlahkan bahawa betapa banyaknya variasi bunga raya ini. Ini
hanyalah sebahagian kecil daripadanya...

Sebagai warganegara Malaysia, informasi asas mengenai bunga kebagsaan


ini wajarlah kita ketahui. Semoga ianya dapat memberi serba sedikit ilmu buat
anda. Bunga raya bukan sekadar cantik di halaman tapi ianya mempunya makna
yng lebih dari itu.
Bunga raya menjadi perhiasan,
Cantik bergaya mekar dihalaman,
Bunga raya bunga kebangsaan,
Lambang budaya dan perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai