Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN INDIVIDU GC 6033 ISU-ISU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PENERAPAN DAN PEMBINAAN KEMAHIRAN INSANIAH ( SOFT SKILLS ) DI


SEKOLAH
Mohd Hairil Yaakub ( P56476 )
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kemahiran Insaniah atau kemahiran Generik merupakan elemen penting yang
perlu dikuasai oleh setiap pelajar di sekolah di samping pencapaian akademik.
Penguasaan kemahiran ini adalah untuk memastikan setiap pelajar menjadi
insan yang berkemahiran berkomunikasi, menyelesai masalah, berinovasi serta
berdaya saing. Oleh itu menjadi tugas sekolah untuk memastikan setiap pelajar
diterap dan dibina kemahiran insaniah di dalam diri mereka. Artikel ini
bertujuan melihat penerapan dan pembinaan kemahiran Insaniah di sekolah di
samping melihat isu-isu yang berkaitan dengannya.
PENGENALAN
Kemahiran Insaniah atau kemahiran generik adalah penting untuk menjadikan modal insan
mempunyai nilai yang tinggi di samping mempunyai kelayakan akademik. Kemahiran ini
diperlukan untuk menjadikan modal insan itu lebih fleksibel, berinisiatif dan berkebolehan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah secara kreatif. Seterusnya menjadikan modal insan sesebuah
negara itu berkualiti tinggi yang dapat menguasai kemahiran insaniah dan mempunyai kelayakan
akademik.
Modal insan yang berkualiti tinggi adalah satu keperluan bagi negara untuk menuju status negara
maju pada tahun 2020. Ini kerana modal insan yang berkemahiran dan berkualiti tinggi dapat
berperanan untuk membangunkan dan memajukan sesebuah negara. Sehubungan dengan itu
1

pelbagai dasar dan rancangan jangka panjang dan jangka pendek diperkenalkan oleh kerajaan
Malaysia bagi memastikan modal insan berkualiti tinggi dan bertaraf dunia dapat dilahirkan.
Antara dasar-dasar dan rancangan-rancangan yang disediakan oleh kerajaan ialah Rancangan
Jangka Panjang Malaysia terkini Rancangan Malaysia Kesepuluh ( RMK-10) bermula 20112015, Wawasan 2020, Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh Kerajaan Malaysia telah merangka dan menggunapakai
rangka kerja pembangunan modal insan bersepadu. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemahiran
dan pengetahuan rakyat di sepanjang hidup mereka, bermula dari peringkat awal kanak-kanak,
pendidikan asas, pendidikan tertiari, sehingga ke alam pekerjaan (RMK10, 2010). Strategistrategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam RMK10 berkaitan pendidikan adalah bertujuan
untuk membangunkan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Antara strategi yang
dilakukan ialah merombak semula sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar
dengan signifikan dan meningkatkan kemahiran rakyat dengan memperkenalkan dasar
pembelajaran sepanjang hayat.
Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi, sistem pendidikan sesebuah negara juga
hendaklah mempunyai sistem yang berkualiti tinggi. Ini kerana kualiti sistem pendidikan
sesebuah negara menjadi indikator kemajuan bagi sesebuah negara ( Mohd Izham, 2011 ).
Kualiti sistem pendidikan yang terbaik dan berkualiti tinggi akan melahirkan modal insan yang
berkualiti tinggi juga. Justeru itu sistem pendidikan kebangsaan perlu dimantapkan dan sentiasa
diberi nilai tambah selaras dengan perkembangan global agar dapat melahirkan modal insan yang
diperlukan oleh negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Ini juga selaras dengan
matlamat falsafah pendidikan kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara
( Uminadiha, 2011 ).
Sekolah salah satu institusi awal dalam sistem pendidikan negara yang diberi perhatian oleh
kerajaan. Ia sebagai sebuah institusi pendidikan berperanan sebagai tempat melahirkan modal
insan yang mempunyai ciri-ciri modal insan berkualiti tinggi sejak awal. Penerapan dan
2

pembinaan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk melahirkan modal insan berkualiti


seharusnya bermula di sini.

Justeru guru memainkan peranan penting untuk memastikan

penerapan dan pembinaan kemahiran-kemahiran insaniah terhadap pelajarnya berlaku di


samping penguasaan ilmu pengetahuan yang dipelajari. Penerapan dan pembinaan kemahiran
insaniah atau kemahiran generik di kalangan pelajar sejak dari bangku sekolah akan dapat
melahirkan modal insan yang dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kejayaan dan
keberkesanan sesebuah institusi pendidikan dalam menerapkan dan membangunkan kemahiran
insaniah di dalam diri pelajar sangat bergantung kepada kemampuan guru melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti ( Uminadiha, 2011).
Sekolah perlu memastikan pelajarnya bukan sahaja mempunyai kelayakan akademik yang
bermutu malahan dibekalkan dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pasaran
pekerjaan. Pelajar yang berkualiti dari kedua-dua aspek ini akan mempunyai nilai modal insan
yang tinggi dan dapat membantu pembangunan negara pada masa hadapan. Mereka akan
menjadi warganegara yang mempunyai kemahiran insaniah yang diperlukan dalam menjalani
kehidupan yang lebih baik. Justeru sekolah dan guru perlu mempunyai pendekatan yang holistik
untuk melahirkan pelajar yang berkualiti tinggi dengan menekankan pembangunan ilmu
pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, sikap progresif dan etika serta moral yang tinggi. Di
samping itu sistem persekolahan perlu mempunyai kurikulum yang seimbang dan relevan
mengikut keperluan semasa dan global.

KEMAHIRAN INSANIAH
Kepentingan kemahiran Insaniah dapat dilihat di dalam sistem pendidikan di Barat. Pengamal
pendidikan mereka melihat bahawa kemahiran ini merupakan salah satu aspek yang perlu diberi
perhatian yang sewajarnya dan ia sering menjadi subjek kajian. Ini ekoran daripada tuntutan
pihak majikan yang menganggap bahawa kemahiran ini adalah perlu dan harus diketahui serta
dimiliki oleh pekerja baru. Dengan kemahiran ini dan kelayakan akademik yang dimiliki akan
menjadikan mereka seorang pekerja yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi dalam dunia
pekerjaan. Untuk itu kurikulum pendidikan mereka memberi penekanan kepada aspek kemahiran
generik atau insaniah ini. Pengamal pendidikan Barat berpendapat kemahiran ini merupakan satu
3

aspek penting untuk melahirkan dan menyediakan pelajar yang cekap bekerja , berketrampilan
dan seterusnya dapat memberi sumbangan kepada negara.
Menurut Noraini (2011) pendidikan merupakan satu usaha untuk melahirkan insan yang berilmu,
bersahsiah serta modal insan yang tinggi, berfikiran kekitaan, bertanggungjawab, berkomunikasi
dan mampu menerima cabaran. Oleh itu bagi memastikan usaha ini menjadi kenyataan adalah
menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan guru untuk menerapkan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan dalam kehidupan di samping memastikan pelajar menguasai ilmu yang dipelajari.
Kejayaan melahirkan modal insan yang berkualiti bukan sahaja bergantung kepada guru yang
melaksanakan proses pengajaran di sekolah, namun ia perlu mendapat sokongan dan kerjasama
dari pelbagai pihak di luar sekolah seperti kerajaan, ibubapa dan masyarakat.
Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan akademik adalah penting untuk pelajar, namun begitu
mereka juga perlu juga menguasai kemahiran insaniah atau kemahiran generik. Ini penting untuk
menjadikan mereka seimbang dari sudut pemikiran dan tindakan. Kemahiran ini merupakan
kemahiran yang penting untuk disemaikan kepada pelajar seawal usia persekolahan mereka. Ini
adalah bagi menjamin mereka mampu untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi pada masa
akan datang sama ada dalam bidang pendidikan atau bidang pekerjaan. Apatah lagi cabaran
globalisasi dan ekonomi negara memerlukan rakyat Malaysia yang lebih berpengetahuan, lebih
berkemahiran, lebih berdisiplin, mengutamakan kualiti serta berfikiran terbuka ( Noraini, 2011 ).
DEFINISI KEMAHIRAN INSANIAH
Di Barat dan beberapa negara lain mereka menggunakan istilah-istilah yang berbeza untuk
mengambarkan dan menjelaskan maksud yang berkaitan dengan kemahiran insaniah atau
kemahiran generik ini. Istilah-istilah yang digunakan kebanyakkannya berkaitan dengan
kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah
dan kemahiran membuat keputusan serta mengurus sesuatu organisasi. Contoh istilah tersebut
ialah core skills, soft skills, basic skills, essesntial skills, key qualifications dan sebagainya.
Namun begitu tiada definisi khusus diberikan kepada istilah-istilah ini ( Azam, 2007 ).
Walaupun tiada definisi yang khusus berkaitan dengan kemahiran insaniah, tetapi ia sering
dikaitkan dengan personal seseorang dari segi kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi
dan pembelajaran berterusan. Kemahiran Insaniah adalah kemahiran generik kerana ia
4

merangkumi aspek kemahiran generik. Kemahiran Insaniah adalah antara elemen yang perlu
diterapkan dan dibina di dalam diri pelajar sekolah bagi memastikan mereka dapat menguasai
kemahiran ini sejak awal.
Terdapat juga yang mendefinisikan kemahiran generik ini sebagai kemahiran-kemahiran yang
boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai. Ada juga menyatakan ia
adalah kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk mendapatkan, mengekalkan dan
melakukan kerja dengan baik ( Azam, 2007 ). Namun begitu semua definisi kemahiran ini
memberi gambaran kepada kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara
berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus
organisasi.
Azam (2007) membuat kesimpulan bahawa kemahiran generik adalah merangkumi tiga unsur
iaitu kemahiran, kecekapan dan ketrampilan. Yang mana kemahiran boleh diertikan sebagai
kecekapan dan kepandaian untuk melakukan sesuatu manakala kecekapan pula ialah kemampuan
atau kebolehan melakukan sesuatu dengan cepat dan sempurna, berkemahiran, kepandaian dan
kepantasan membuat sesuatu. Ketrampilan adalah tahap kecekapan dan kemampuan yang tinggi
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

KEMAHIRAN ISNANIAH DI MALAYSIA


Untuk bersaing dalam era globalisasi kini, negara perlu menyediakan pelbagai pelan dan strategi
bagi melahirkan modal insan yang memenuhi kehendak semasa. Iaitu modal insan yang kreatif,
berkemahiran, berdaya saing serta berilmu pengetahuan. Modal insan yang dilahirkan melalui
sistem pendidikan negara akan menentukan sejauh manakah mereka dapat membangun dan
memajukan negara pada masa hadapan. Modal insan ini perlu dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan yang akan menggaji mereka kelak.
Melalui pendidikan dan latihan yang tebaik akan menghasilkan modal insan yang terbaik. Oleh
itu Kementerian Pelajaran telah menyusun pelbagai strategik dan program dalam bidang
pendidikan untuk memastikan guru dan pensyarah dapat menerap dan membina kemahiran ini di
dalam setiap diri pelajar. Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah ini telah dilakukan di
5

peringkat sekolah, pusat latihan teknik dan vokasional, institusi pengajian tinggi, kolej-kolej dan
juga pihak swasta ( Azam, 2007).
Program-program telah dijalankan oleh kedua-dua peringkat ini untuk membentuk pelajar yang
bukan sahaja cemerlang di bidang akademik tetapi juga cemerlang dari sudut ketrampilannya
dalam pelbagai kemahiran. Guru-guru dan bakal-bakal guru di institusi pendidikan diberi latihan
dan krusus untuk menerapkan dan membangunkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar.
Matapelajaran yang berkaitan diwujudkan seperti Kemahiran Hidup dan kegiatan ko kurikulum
diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan penerapan dan pembinaan
kemahiran insaniah berlaku di sekolah.
Konsep kemahiran insaniah atau generik ini telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
dalam beberapa matapelajaran dan juga program yang dijalankan di sekolah (Uminadiha, 2011 ).
Kemahiran insaniah ini diterapkan dalam sistem KBSR dan juga KBSM yang kemudiannya
dilanjutkan ke pusat pengajian tinggi ( Nor Hayati Fatmi, 2010). Kemahiran ini diterapkan oleh
guru sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung atau ketika menjalankan
aktiviti ko kurikulum. Penerapan ini berlaku secara langsung dan tidak langsung.

ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH


Di era dunia globalisasi seseorang pelajar yang memiliki kelayakan akademik semata-mata tidak
menjamin mereka untuk mendapat tempat di pusat pengajian tinggi dan pasaran kerja. Beberapa
kemahiran lain juga dinilai oleh majikan atau pihak pengajian tinggi sebagai penilaian tambahan
untuk memasuki institusi itu. Antara yang dinilai ialah kemahiran insaniah atau generik yang
dimiliki oleh pelajar tersebut disamping kelayakan akademik yang dimiliki. Sehubungan dengan
itu menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk menerap dan membangunkan elemen kemahiran
insaniah ini di kalangan pelajarnya.
Tiada satu set senarai kemahiran Insaniah lengkap yang boleh disenaraikan secara tepat. Ia
kadang-kadang disenaraikan mengikut pandangan para pengkaji dan mengikut sesebuah negara.
Namun begitu secara keseluruhannya kemahiran Insaniah ini mengandungi enam elemen asas
yang berkaitan kemahiran kebolehan bekerja bukan teknikal iaitu kemahiran asas, kemhiran
6

berkaitan manusia, kemahiran berfikir, kemahiran personal, kemahiran keusahawanan dan


kemahiran bermasyarakat.
Menurut Musliha (2011), Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan lapan elemen
Kemahiran Insaniah atau Kemahiran Generik yang perlu diterapkan dan dibangunkan kepada
pelajar iaitu ;
1. Kemahiran Komunikasi
2. Kemahiran Menggunakan Teknologi Maklumat
3. Kemahiran Merancang dan mengelola aktiviti
4. Kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan
5. Kemahiran menyelesaikan masalah
6. Kemahiran mengurus, memilih dan menganalisa maklumat
7. Kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik
8. Kemahiran memahami budaya
Pelajar yang menguasai Kemahiran Insaniah ini akan mempunyai sifat fleksibel, dinamik,
berakhlak mulia dan berketrampilan dalam menjalankan tugas.
8 KEMAHIRAN INSANIAH KPM
Secara terperincinya pihak Kementerian Pelajaran telah menggariskan kemahiran Insaniah atau
generik yang dianggap sesuai untuk semua bidang bagi diintegrasikan oleh guru dalam
pengajaran mereka. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah ( Zainudin, 2005) :
1. Kemahiran Berkomunikasi
Aspek dalam kemahiran komunikasi adalah komunikasi secara lisan, tulisan, mengiran
dan ilustrasi. Melalui kemahiran lisan pelajar boleh berhubung dengan pelanggan dan
orang ramai sama ada menggunakan alat komunikasi seperti telefon atau bersemuka.
Pelajar boleh bercakap di khalayak ramai, memberi persembahan formal, taklimat dan
mesyuarat. Pelajar juga dapat mendengar secara berkesan dan peka serta dapat menerima
maklumat.
7

Kebolehan menulis, menulis secara berkesan, penggunaan bahasa, tatabahasa dan ejaan
yang betul. Mengikut format dan gaya penulisan yang menarik di samping dapat
membuat ringkasan. Menggunakan urutan maklumat matematik dalam menyelesaikan
masalah, boleh memahami, analisis dan guna maklumat statistik. Pelajar juga dapat
memberi maklumat dalam bentuk carta, gambarajah, fotograf atau bentuk peta minda.
2. Kemahiran Menggunakan Teknologi
Kemahiran ini melibatkan penggunaan alat-alat bagi memahami dan menggunakan
kaedah saintifik dan prinsip teknologi dalam pengendalian alat-alat mengikut prosedur
dan proses dengan cekap. Disamping itu bagi sekolah yang pendekatan pelajarannya
menggunakan komputer akan mengetahui bagaimana untuk mencari maklumat,
pengguanaan komputer untuk pembelajaran dan berhubung untuk pertukaran maklumat.
3. Kemahiran Merancang dan Mengelola Aktiviti
Kemahiran ini melibatkan kebolehan untuk merancang dan mengelola aktiviti diri sendiri
termasuk penggunaan masa dan sumber, berupaya untuk menentukan keutamaan dan
mengawasi pencapaian diri.
4. Kemahiran Bekerja Dengan Orang Lain Dalam Kumpulan
Kemahiran bekerja dengan orang lain dalam kumpulan berfokus kepada kemampuan
individu berinteraksi dengan individu lain atau di dalam kumpulan. Ia merangkumi
kesefahaman dan persetujuan ahli dari segi tujuan dan objektif.

5. Kemahiran Menyelesaikan Masalah


Kemahiran ini melibatkan penggunaan kemahiran penyelesaian masalah dalam pelbagai
cara dan situasi, termasuk situasi yang memerlukan pemikiran dan pendekatan yang
kreatif dalam emncapai sesuatu keputusan.
8

6. Kemahiran Mengurus, Memilih dan Menganalisa Maklumat


Kemahiran ini merangkumi kebolehan mengenalpasti dan memilih informasi, menilai
informasi, sumber informasi dan cara mendapatkan informasi dan menggunakan
informasi secara efektif.
7. Kemahiran Menggunakan Idea dan Teknik Matematik
Kemahiran ini menggunakan teknik dan idea matematik melibatkan kebolehan
penggunaan idea matematik seperti nombor dan penggunaan teknik matematik seperti
buat anggaran untuk situasi harian.
8. Kemahiran Memahami Budaya
Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk memahami, menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai murni seperti perpaduan, betolak ansur, hormat menghormati antara satu sama
lain serta mewujudkan kemesraan dengan rakan, jiran dan masyarakat.

KAEDAH PENERAPAN DAN PEMBINAAN KI


Guru sebagai penjana modal insan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kemahiran
insaniah dapat diterapkan dan dibina dalam diri pelajar. Guru perlu memastikan mereka bukan
sahaja sebagai penyampai ilmu dan memberi maklumat, tetapi juga bertanggungjawab
membimbing pelajar agar dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diterima dalam kehidupan
seharian mereka. Guru juga perlu menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatupadukan
kemahiran insaniah dengan pendekatan pengajaran pembelajaran guru yang terancang
bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diterapkan kepada pelajar mereka ( Zainudin, 2005).
Penerapan dan pembinaan kemahiran ini disamping pengajaran akademik adalah untuk
memastikan pelajar dapat menggunakannya di dalam kehidupan yang semakin mengalami
perubahan mengikut arus globalisasi. Dengan itu mereka dapat menghindari diri dari gejalagejala yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, lari dari rumah dan lainlain lagi.

Penerapan Kemahiran Insaniah secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar boleh
dilaksanakan menerusi kurikulum yang sistematik, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
pelbagai serta aktiviti ko-kurikulum ( Musliha, 2011 ). Penerapan secara langsung kepada pelajar
adalah menerusi matapelajaran yang khusus seperti keusahawanan, kemahiran hidup, geografi
dan sejarah. Kemahiran keusahawanan contohnya harus dimiliki oleh pelajar sama ada
diperingkat pengajian rendah atau pengajian tinggi. Ia dianggap berupaya melahirkan modal
insan yang dapat memelihara kestabilan ekonomi, sosial dan politik negara. Ia juga dapat
menjadikan modal insan itu mempunyai daya saing yang tinggi dan berdaya tahan ( Sarimah,
2010 ).

ISU-ISU PENERAPAN DAN PEMBINAAN KI


Usaha untuk menerapkan dan membina kemahiran insaniah di dalam diri pelajar tidak hanya
bergantung kepada silibus sahaja. Guru perlu memainkan peranan peranan penting dalam
mendorong pelajar untuk menguasai kemahiran insaniah ini. Guru perlu bijak mengatur dan
menyusun strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran di samping
menerapkan elemen-elemen kemahiran insaniah.
Namun begitu dalam usaha untuk menerapkan dan membina kemahiran insaniah ini di kalangan
pelajar, timbul beberapa isu yang berkaitan yang menghalang proses ini berlaku antara yang
boleh disenaraikan ialah :
1. Sistem pendidikan
2. Pengajaran masih berpusatkan guru
3. Tahap pengetahuan guru
4. Silibus pengajaran
5. Bilangan pelajar terlalu ramai dalam kelas
6. Kekangan masa
7. Guru tidak diberi krusus

Sistem Pendidikan
10

Sistem pendidikan negara yang masih berorentasikan peperiksaan masih diamalkan di negara
kita telah menghalang kepada usaha penerapan kemahiran insaniah ini secara lebih efektif. Ini
diakui oleh Mohamad Mohsin dan Nasruddin ( 2008 ) bahawa salah satu faktor yang menjadi
penghalang kepada pencapaian matlamat tersebut ialah sistem pendidikan negara kita yang
secara umumnya masih lagi berorientasikan peperiksaan. Sistem sebegini menjadi penghalang
utama kepada usaha memupuk kreativiti dalam bilik darjah.
Pengajaran Berpusatkan Guru
Selain daripada itu, guru masih lagi cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang
berpusatkan guru kerana mereka memberi penekanan kepada peperiksaan. Kecenderungan ini
berlaku kerana mereka berpendapat bahawa kaedah pengajaran sedemikian lebih berkesan untuk
membolehkan pelajar memperolehi markah yang tinggi dalam peperiksaan. Lebih-lebih lagi guru
yang berjaya menghasilkan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan akan dianggap sebagai guru yang berkesan ( Mohammad Mohsin & Nasruddin,
2008 ). Kesannya guru akan hanya melahirkan pelajar yang hanya tertumpu kepada fakta-fakta
yang perlu dihafal sahaja untuk peperiksaan, manakala aspek pemikiran kreatif dan kritis
diabaikan.
Tahap pengetahuan guru
Guru yang ingin menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar seperti kemahiran usahawan di
dapati kurang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut. Mereka juga ada yang tidak
terlibat dalam aktiviti yang menyumbang pengalaman serta pembelajaran tentang keusahawanan
( Siti Hasmah, 2008 ). Justeru guru yang tersebut kurang memberi kesan untuk menarik minat
atau menyemai minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Untuk itu guru perlu menambah
ilmu pengetahuan dan memahirkan diri mereka dengan kemahiran insaniah yang ingin
diterapkan atau dibinad dalam diri pelajar terlebih dahulu.
Silibus Pengajaran
Tidak semua subjek atau silibus pengajaran yang ada di sekolah boleh diterapkan dengan
kemahiran insaniah. Kajian Siti Hasmah ( 2008 ) mendapati bahawa tidak semua subjek atau
silibus pelajaran boleh diterapkan dengan ciri keusahawanan kerana kurang sesuai dengan isi
11

pelajaran. Untuk menangani masalah ini guru perlu kreatif untuk menyusun dan mengatur
strategi pengajaran yang sesuai seterusnya dapat menerapkan kemahiran insaniah yang sesuai.
Bilangan pelajar
Bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam sesebuah menyebabkan guru tidak dapat
menerapkan dan membina kemahiran insaniah kepada pelajar. Proses penerapan walaupun
berlaku tetapi ia kurang berkesan kerana guru

tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya

kepada semua pelajar di dalam kelas.


Kekangan Masa
Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah kepada pelajar memerlukan masa yang sesuai.
Guru yang mengajar kadangkala tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menerapkan
kemahiran insaniah ini kepada pelajarnya. Dalam hal ini guru perlu menyusun strategi yang
sesuai bagi memilih masa yang sesuai untuk menerapkan kemahiran insaniah ini kepada pelajar.
Kurang Krusus Yang Berkaitan
Kekurangan krusus tentang cara-cara yang sewajarnya dalam penerapan dan pembinaan
kemahiran insaniah juga menjadi satu isu. Guru-guru tidak diberi latihan yang sesuai untuk
membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan tentang cara menerapkan kemahiran insaniah
kepada pelajar. Ini menyebabkan ada guru tidak menerapkan kemahiran insaniah kepada pelajar
kerana kekurangan pengalaman dan pengetahuan cara yang betul untuk melaksanakannya.

MINI KAJIAN
Satu mini kajian telah dijalankan dengan menggunakan instrumen temubual. Responden kepada
kajian ini ialah dua orang guru di sebuah sekolah di Muar, Johor. Objektif kajian ialah untuk
mengenalpasti isu permasaalahan terhadap penerapan dan pembinaan Kemahiran Insaniah di
kalangan pelajar mereka.
Hasil kajian

12

Responden 1 : Beliau merupakan guru pendidikan Islam. Beliau sebenarnya tidak mengetahui
apa itu Kemahiran Insaniah atau generik kerana belum pernah mendengar dan berkhusus
tentangnya. Namun begitu apabila pengkaji menyebut elemen-elemen kemahiran Insaniah dan
adakah beliau pernah menerapkannya semasa proses pengajaran. Beliau menjawab pernah
menerapkan beberapa kemahiran tersebut kepada pelajarnya. Antara isu yang beliau timbulkan
ialah guru-guru tidak diberikan khusus untuk menjelaskan tentang kepentingan kemahiran ini
dan bagaimanakah cara sepatutnya menerapkan kemahiran ini kepada pelajar.
Responden 2 : Responden merupakan guru Matematik. Beliau juga seperti responden pertama
yang tidak mengetahui tentang istilah kemahiran Insaniah atau berkrusus tentangnya. Namun
beliau ada menerapkan elemen-elemen kemahiran Insaniah semasa melaksanakan proses
pengajaran. Iaitu semasa melakukan aktiviti kumpulan dengan melantik beberapa orang pelajar
untuk menjadi ketua kumpulan. Isu yang ditimbulkan adalah sama dengan responden yang
pertama iaitu tiada krusus tentang penerapan kemahiran Insaniah ini diberikan kepada guru.
RUMUSAN
Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah atau kemahiran generik di kalangan pelajar
sekolah adalah penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa depan.
Penerapan dan pembinaan kemahiran insaniah sejak dari awal akan membolehkan pelajar
menguasainya sejak awal. Seterusnya penerapan dan pembinaan ini akan diteruskan apabila
mereka berada di institusi pengajian tinggi. Namun begitu guru yang berperanan dan
bertanggungjawab untuk menerap dan membina kemahiran ini di dalam diri pelajar juga perlu
mempunyai kemahiran untuk melaksanakan tugas tersebut. Ini bagi menjamin modal insan yang
akan dilahirkan melalui sistem pendidikan negara bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan
tetapi juga memiliki kemahiran insaniah yang diperlukan. Modal insan yang berkualiti tinggi dan
global inilah yang akan menjadikan sesebuah negara itu maju, seimbang dan harmoni.

RUJUKAN

13

Azam Awang. 2007. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Kejuruteraan Di
Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan Dan Terengganu. Tesis Sarjana.
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Mohsin Mohamad Said dan Nasruddin Yunus. 2008. Halangan-Halangan Kepada
Usaha Memupuk Kreativiti Di Kalangan Pelajar. Dlm. Prosiding SKIKS 08.
Mohd Izham Mohd Hamzah. 2011. Analisis Keperluan Majikan Terhadap Kemahiran Generik
Bagi Pembangunan Modal Insan. Dlm. Zamri Mahamod et al. (pnyt). Transformasi
Dan Inovasi Dalam Pendidikan. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Mohd Salleh Abu dan Mohd Zaki Kamsah dan Wahid Razzaly. 2008. Laporan Kajian Soal
Selidik Penerapan Kemahiran Insaniah (KI) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Laporan ini
dibentangkan kepada Jawatankuasa Penerapan KI Kepada Pelajar IPTA Peringkat
Kebangsaan pada 12 Februari 2008.
Musliha Salma Mohd Radzi, Rohana Hamzah & Amimudin Udin. 2011. Menyelesaikan Masalah
Pembangunan Akhlak Pelajar : Analisis Penerapan Kemahiran Generik Dalam Amalan
Pendidikan. Journal Of Edupres, Vol. 1 September 2011.
Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Mohd Huzairi Awang, Hajarul Bahti
Zakaria, Nabiroh Kassim dan Jamil Ahmad. 2010. Pembangunan Negara Melalui
Kemahiran Insaniah. Dlm.

Proceedings of The 4th International Conference on

Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November
2010.
Bab 5 Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia. 2010. Dlm. Rancangan
Malaysia Ke 10 2011-2015. Putrajaya : Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana
Menteri
Sarimah Che Hassan, Norlizah Che Hassan& Nor Aisyah Buang. 2010. Penguasaan Kemahiran
Insaniah ( Kemahiran Keusahawanan ) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di Malaysia.
14

Dlm. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join


Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November 2010.
Siti Hasmah Mohammad. 2008. Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif Guru. Projek Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Uminadiha Mohd Nor. 2011. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pelajaran Guru Bahasa
Melayu Sekolah Menengah. Dlm. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 1 Bil. 2 Nov
2011.
Zainudin Hassan, Mohd Anuar Abdul Rahman, Mohd Najib Abdul Ghafar & Kamariah Zakaria.
2005. Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Kejuruteraan Di Sekolah
Menengah Teknik Di Terengganu. Dlm. Seminar Maktab Perguruan Batu Lintang,
Kuching, Serawak. http://eprints.utm.my/1496/ pada 13 Dis 2011.

15