Anda di halaman 1dari 2

e-Baki Frequently Asked Question (FAQ)

1. Q: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran pada 13hb (contoh), tapi sekarang sudah 20hb
masih belum ada transaksi bayaran di akaun bank saya.
A: Transaksi bayaran yang dikemaskini pada setiap pertengahan bulan adalah untuk
bayaran yang dijadualkan akan dikreditkan ke akaun bank pelajar pada 1hb bulan
berikutnya.
2. Q: Saya sudah menerima elaun pertama saya, tapi tiada elaun komputer dan yuran diterima.
A: Elaun komputer dan yuran pertama akan dibayar pada prosesan bayaran sebulan
selepas elaun pertama diterima. Yuran seterusnya akan dibayar setiap 1 Mac dan 1
September.
3. Q: Saya lihat di e-Baki saya ada transaksi bayaran elaun sara hidup dan yuran, tetapi kenapa
di akaun bank hanya ada bayaran elaun sara hidup.
A: Sila semak dengan pihak kewangan kolej/universiti masing-masing sama ada pihak
kewangan kolej/universiti ada menggunakan kemudahan auto-debit/direct debit dengan
pihak bank bagi potongan yuran.
4. Q: Saya lihat di e-Baki ada transaksi bayaran elaun sara hidup pertama saya RM3,600
(contoh), tetapi kenapa di akaun bank saya, hanya menerima RM3,000 (kurang RM600)?
A: Amaun potongan RM600 adalah merupakan bayaran balik pendahuluan pinjaman
pelajaran yang ditolak terus dari elaun sara hidup sebanyak RM100 sebulan.
Memandangkan elaun sara hidup pertama dibayar untuk tempoh 6 bulan, maka potongan
pendahuluan juga dibuat untuk tempoh 6 bulan (RM100 x 6 bulan).
5. Q: Saya pelajar separuh masa (part-time student) menerima pinjaman separuh daripada
MARA. Mengapa yuran saya masih belum dibayar?
A: Pembayaran yuran adalah dijadualkan dibayar pada bulan Mac dan September sahaja.
Walaubagaimanapun, kepada pelajar yang menerima pinjaman separuh (Yuran sahaja),
bayaran yuran semester pertama dibuat secara manual melalui tuntutan atau invois
kepada alamat di bawah:Pengarah Penganjuran Pelajaran MARA (BPP)
Unit Bayaran
Tingkat 3, Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

6. Q: Saya merupakan pelajar professional ACCA dan masih belum menerima bayaran yuran
pengajian dan yuran peperiksaan dari MARA. Apa yang saya perlu lakukan?
A: Bayaran yuran terus kepada pelajar hanya untuk pelajar peringkat
diploma/ijazah/sarjana/PhD sahaja. Pelajar program professional perlu membuat
tuntutan sendiri atas perbelanjaan yang dikeluarkan.
7. Q: Bolehkah saya menggunakan akaun bank pihak ketiga (ibu/bapa/kakak/abang/penjaga)
bagi tujuan pembayaran elaun MARA saya?
A: Pelajar hendaklah menggunakan nombor akaun bank sendiri agar data bayaran tidak
ditolak oleh Bank.
8. Q: Sudah 3 bulan saya menghantar dokumen perjanjian kepada MARA, namun sehingga kini
saya masih belum menerima elaun pertama. Adakah permohonan pinjaman saya
bermasalah?
A: Sila hubungi admin Eduloan untuk mengetahui status pinjaman Eduloan anda.
infobpp@mara.gov.my / sulfikah@mara.gov.my / nhasidah@mara.gov.my
9. Saya menerima notis senarai hitam (blacklist) daripada MARA. Apakah yang perlu saya
lakukan?
A: Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan penjelasan lanjut
berhubung perkara ini.
Emel: infobkk@mara.gov.my
Telefon: 03-261 32146 / 32129 / 32172 / 32128 / 32159
10. Saya sudah membuat permohonan pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran MARA,
tetapi saya masih belum menerima sebarang maklum balas.
A: Sila hubungi Unit Conversion di Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan
penjelasan lanjut.
Emel: infobkk@mara.gov.my
Telefon: 03-261 32146 / 32129 / 32172 / 32128 / 32159
11. Saya sudah habis membuat bayaran balik pinjaman pelajaran MARA. Saya ingin memohon
surat pengesahan selesai baki pinjaman.
A: Sila hubungi Bahagian Kawalan Kredit MARA untuk mendapatkan surat pengesahan
selesai baki pinjaman.
Emel: infobkk@mara.gov.my
Telefon: 03-261 32146 / 32129 / 32172 / 32128 / 32159

Anda mungkin juga menyukai