Anda di halaman 1dari 12

LAMPIRAN

JAWAPAN SOALAN PENILAIAN KENDIRI


BAB 1
1.

Morality ialah perkataan Latin yang berasal daripada kata moralis


yang membawa makna adat, kebiasaan, kelakuan, gaya atau sikap. Ia
merupakan satu kenyataan umum yang diterima oleh sesebuah
masyarakat tentang sesuatu tingkah laku manusia sama ada baik atau
buruk. Lazimnya apabila kita menyatakan bahawa seseorang itu
beretika atau bermoral atau tidak beretika atau tidak bermoral kita
sering kali merujuk kepada maksud yang sama. Apabila kita berkata
manusia A ialah seorang yang bermoral atau beretika kita sebenarnya
mengatakan bahawa individu A tadi ialah seorang yang baik iaitu
mempunyai karektor, watak dan keperibadian yang disenangi.
Malahan beliau juga menunjukkan sikap, gaya dan kelakuan yang
positif dalam hubungannya dengan manusia lain. Bagaimanapun
terdapat perbezaan antara moral dan etika kerana aspek etika
mungkin menganggap sesetengah undang-undang itu tidak bermoral
sedangkan undang-undang tersebut sebenarnya sah sebagai satu
undang-undang. Contohnya, terdapat undang-undang yang
membolehkan pengguguran dilakukan, iaitu ia sah di sisi undangundang tetapi dari segi etika perbuatan tersebut dikatakan tidak
bermoral.

2.

Undang-undang mempunyai perkaitan yang rapat dengan etika


kerana melalui undang-undang kita dapat menetapkan amalanamalan atau tingkah laku yang betul dan salah. Sekiranya sesuatu
amalan itu salah atau tidak beretika, maka undang-undang boleh
digunakan untuk memperbaiki atau membetulkan keadaan tersebut.

3.

Pergerakan kontemporari berkaitan dengan etika dalam pentadbiran


pada awalnya muncul sebagai satu reaksi kepada amalan rasuah yang
berlaku dalam sektor awam. Gerakan berkaitan etika ini dilihat
sebagai satu pencetus ke arah gerakan pemulihan seperti mana
pergerakan pemulihan dalam pentadbiran kerajaan. Pada
pertengahan 1930-an, sektor kerajaan menjadi semakin besar dan
menjelang tahun 1950-an perkhidmatan awam dianggap penting dan
lazim disebut sebagai cabang keempat kerajaan. Menjelang tahun
1980-an, birokrasi yang merupakan simbol kerajaan yang besar mula
dikaitkan dengan isu-isu seperti pembaziran, penyelewengan dan
penipuan, serta rasuah. Oleh itu, era 1990-an ialah permulaan
kepada gerakan era etika yang menyaksikan pengenalan dan
penggubalan peraturan dan undang-undang tentang etika di segenap
peringkat daripada peringkat negeri sehinggalah kepada para
birokrat. Tujuan utamanya adalah untuk memantau dan mengawal
rasuah dalam kerajaan. Ini bererti etika dalam kerajaan merujuk
191

kepada standard moral perkhidmatan awam, kualiti sesebuah


kerajaan dan pentadbirannya termasuk perlakuan-perlakuan pekerja
yang seharusnya sentiasa selari dengan sistem nilai organisasi.
BAB 3
1.

Tujuan dilancarkan Panduan Perkhidmatan Cemerlang tersebut ialah


seperti berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

2.

Meninggikan mutu Perkhidmatan Awam dari semasa ke


semasa.
Mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas yang telah diserahkan.
Memupuk tanggungjawab bersama dalam Perkhidmatan
Awam.
Mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam
Perkhidmatan Awam.
Mengeratkan perhubungan antara semua golongan
kakitangan kerajaan.
Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan
bersesuaian dengan semangat Rukun Negara.

Strategi-strategi baru tersebut dibahagikan kepada beberapa


prosedur pentadbiran, teknik dan kaedah-kaedah kerja seperti
berikut:
I.

Memperbaiki sistem kerja dan prosedur:


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

II.

Memperbaiki perkhidmatan kepada orang awam:


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

III.

Sistem punch card.


Pengenalan tanda nama.
Konsep ruang dan pejabat terbuka.
Manual prosedur kerja.
Sistem fail meja.
Garis panduan kiriman pos.
Pengurusan melalui mesyuarat.
Program pengukuhan produktiviti.

Pusat bayaran setempat (one stop payment centre).


Pusat perkhidmatan setempat (one stop service centre).
Pusat bayaran lesen setempat.
Perkhidmatan kaunter cekap dan mesra.
Kotak cadangan.
Sistem GIRO.

Penggunaan automasi dan teknologi.

192

3.

IV.

Kawalan pengurusan kewangan.

V.

Penerapan nilai-nilai dan etika-etika kerja di kalangan


pegawai-pegawai kerajaan.

Penerapan nilai-nilai positif di kalangan pegawai kerajaan telah


dimasukkan ke dalam program pembaharuan. Antaranya ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
(xi)
(xii)
(xiii)
(xiv)

Kebertanggungjawaban (accountability).
Pengurusan diri sendiri (self management).
Kerjasama.
Pembangunan diri (self development).
Rajin dan dedikasi.
Kejujuran intelektual.
Semangat berpasukan.
Berjimat-cermat.
Integriti.
Sikap yang responsif.
Disiplin diri.
Berorientasikan pelanggan.
Berorientasikan prestasi.
Sikap keusahawanan (enterprising).
BAB 4

1.

Nilai dan etika pengurusan Islam bertitik-tolak daripada hakikat


tanggapan bahawa segala yang dilakukan oleh manusia semuanya
dikira sebagai ibadat termasuk ketaatan dan tanggungjawab kepada
Allah, ketua, keluarga, organisasi dan negara. Suatu lagi ciri
keunggulan dan kesempurnaan nilai dan etika pengurusan Islam
ialah keseimbangan. Setiap kakitangan pengurusan organisasi
daripada yang tertinggi hinggalah terendah wajib berpegang kepada
nilai dan etika yang menyeimbangkan antara kepentingan dunia dan
akhirat, antara kebendaan dengan kerohanian, antara jasmani dengan
jiwa dan antara kepentingan individu dengan kepentingan
masyarakat. Ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab
pengurusan organisasi, hal-hal ini wajib diambil kira. Kebenaran,
kemuliaan, kebaikan, keadilan, amanah, kesederhanaan, berdisiplin,
tepati janji, hargai masa, kesabaran, toleransi, berbakti, pemaaf,
menilai diri, kesyukuran ialah nilai-nilai dan etika pengurusan Islam.

2.

Ini kerana citizenship berkait rapat dengan sensitiviti rakyat. Justeru,


keputusan oleh orang awam juga penting dalam menyumbang
kepada pembentukan pentadbir awam yang mantap. Keputusan oleh
orang awam juga akan menjadi lebih tidak sivik dan kepimpinan
politikal menjadi bertambah lemah jika hak awam seperti
perkhidmatan, sumber-sumber dan faedah pembangunan
193

kemungkinan besar diketepikan atau diperuntukkan untuk


kepentingan peribadi saja. Sehubungan itu, untuk mengelakkan
wujudnya kerajaan berbentuk administrative tyranny yang tidak disukai
rakyat, harus difikirkan secara positif tujuan dan matlamat sesebuah
kerajaan dibentuk. Sebab itu pengurusan saintifik harus dilihat
bukan saja dari sudut teknikal saja tetapi juga dari sudut
tanggungjawab beretika pentadbir awam.
3.

Maksud petikan tersebut ialah dalam menangani masalah teknikal


yang terdapat pada kerajaan moden yang kompleks dewasa ini,
pentadbir awam tidak dapat lari daripada melibatkan diri dalam
menganalisa perkara substantive terutama dalam mencadangkan
sebarang polisi yang harus dibuat. Tidak kurang penting juga ialah
sumbangan mereka terhadap proses membangunkan segala
perincian mengenai perlaksanaan perintah dan peraturan.
Sebarang tindakan memisahkan substantive rationality jauh daripada
sebarang bentuk tingkah laku manusia adalah sesuatu yang mustahil
kerana tindakan demikian akan hanya memusnahkan dan menzalimi
etika kemanusiaan. Ramos (1981), menegaskan teori kemanusiaan
mesti berdasarkan kepada penganalisaan substantive mengenai makna
dan tujuan tindakan manusia. Dalam percubaan memisahkan fakta
dengan nilai, Ramos mempertikaikan sosial sains yang sebenarnya
tidak boleh meniru sains secara fizikal. Menurut beliau
memandangkan pentadbiran awam berakar umbi daripada teori
hubungan manusia dalam organisasi, adalah perlu bagi pentadbir
awam menyesuaikan diri dengan amalan rasionaliti yang tinggi
(substantive rationality). Pentadbir untuk rakyat ialah pengamal yang
memahami tanggungjawabnya dan secara peribadi sedar mengenai
nilai serta dimensi etika tindakan pentadbiran. Malahan mereka juga
terlibat dalam penemuan-penemuan sivik. Substantive reasoning ini
penting supaya hal yang sebenar tidak akan disembunyikan dan
seterusnya dapat mengelakkan rakyat daripada dizalimi.

4.

Penolakan terhadap perubahan disekat oleh dua faktor, iaitu


kecenderungan individu dan organisasi.
(i)

Kecenderungan pertama mengikut Staw, Sanderlands dan


Dutton (1981) ialah kesan daripada terminologi ancaman
ketat (threat rigidity effect). Menurut Staw, Ancaman kepada
kepentingan utama suatu entiti, baik individu, kumpulan atau
organisasi, akan membawa kepada satu bentuk rigidity.
Proses yang paling terkenal yang menyumbang kepada rigidity
dalam konteks ancaman ialah sekatan kepada pemprosesan
maklumat dan penghadan kawalan semakan. Sama ada
tindak balas kepada ancaman berkesan atau tidak, banyak
bergantung kepada tahap ancaman itu sendiri. Bertindak
194

balas dalam keadaan yang kaku dan dalam suasana


perubahan yang drastik boleh membawa kepada kesukaran
dalam penyesuaian.
(ii)

5.

Kecenderungan kedua dilihat dari segi bagaimana pihakpihak yang terlibat bertindak balas kepada mekanisme
akauntabiliti yang berlainan (Jos, 1990). Staw, (1980)
mempertikaikan bahawa individu mempamerkan rasionaliti
yang ke hadapan, iaitu apabila yang dituduh/pembuat
keputusan cuba mencari pilihan yang terbaik untuk membela
diri mereka. Namun, apabila seseorang didapati
bertanggungjawab selepas keputusan dibuat, kemungkinan
besar mereka ini akan merujuk kepada rasionaliti yang
terdahulu dalam percubaan mengesahkan tindakan mereka.
Disebabkan whistleblowing menjadikan mereka accountable,
maka sebarang tindakan atas dasar keputusan yang dibuat
dahulu akan sebolehnya cuba mengesahkan tindakan mereka
yang lalu. Ini dilakukan dengan cara mereka cuba
menjalankan aktiviti yang menampakkan faedah dan
menggalakkan sasarannya untuk mengukuhkan keputusan
yang lepas (Tetlock, 1985).

Kerana satu kesan negatifnya ialah apabila sesebuah organisasi itu


dilengkapkan dengan mekanisme suara(voice) tetapi jika tindak
balas lebih cenderung kepada mekanisme exit, keadaan ini kurang
berupaya untuk memulihkan prestasi yang menurun seterusnya
mengakibatkan kejatuhan prestasi yang kekal.
Organisasi yang tidak menggalakkan bangkangan terdedah kepada
kesan yang serius apabila whistleblowing terjadi. Walaupun organisasi
berjaya menghalang ahlinya bersuara, namun tindakan tersebut telah
mengorbankan peluang-peluang untuk memperbaiki prestasi yang
lemah. Sebaliknya, jika tindakan kawalan dari luar menghalang
whistleblowing itu gagal, tahap penambahbaikan jauh lebih berkesan.

6.

Kritikan-kritikan yang biasa kedengaran ialah seperti berikut:


(i)

Oktober 1981-March 1982. Jabatan mempunyai masalah


berkaitan pengurusan program (termasuk merancang,
eksekutif dan memantau); dan pengurusan sumber dan aset.
Laporan ini menggambarkan kelemahan besar dalam
program pemantauan dan fungsi akaun kira-kira. Laporan
terdahulu juga menghadapi masalah yang sama di bawah dua
item besar ini. Jabatan ini mengalami sejarah yang panjang
berhubung masalah ini.

(ii)

April September 1982. Seperti yang telah dinyatakan dalam


laporan yang lepas, Jabatan mempunyai masalah dengan
195

pengurusan program dan pengurusan sumber dan aset.


Laporan ini mencatatkan sejumlah besar kelemahan yang
datang daripada kawalan terhadap pengurusan tabungan
oleh jabatan dan ahli-ahli program. Begitu juga dengan
masalah pengurusan program oleh staf HUD. Laporan ini
juga memaparkan sebahagian besar penyalahgunaan kuasa
dalam program HUD yang dilakukan oleh ahli-ahlinya.
(iii)

Oktober 1982 March 1983. Perkara serius seperti ini harus


diketengahkan. Selama dua tahun pejabat kami telah bekerja
di bawah program pengurusan untuk mendapatkan undangundang yang membolehkan jabatan kami memungut dan
mengumpul data untuk disesuaikan dalam komputer
(computer matches) bagi kelayakan calon. Cadangan tersebut
tidak dikemukakan kepada kongres atas beberapa sebab.
Usaha kami dan masalah berbangkit telah dilaporkan di
dalam laporan pertengahan tahun yang lepas dan juga dalam
laporan terkini. Jadi kami sangat berharap kongres
mengambil perhatian terhadap perkara ini dan membantu
dalam menyediakan undang-undang berkenaan yang amat
diperlukan.

(iv)

April September 1983. Laporan ini memberi ringkasan


mengenai masalah signifikan dan cadangan yang dibuat
sewaktu tempoh yang dinyatakan dan menekankan fokus
audit terhadap kelemahan dalam operasi masalah kewangan
di Agensi Perumahan Awam.

(v)

Oktober 1983 March 1984. Pejabat kami banyak


menumpukan sejumlah besar sumber kepada mengkaji
semula program perumahan awam. Di dalam jabatan ini
sendiri kami menyiasat operasi polisi dan prosedur HUD.
Secara luaran kami memfokuskan kepada semua masalah
kewangan dalam semua pengurusan di Agensi Perumahan
Awam (Public Housing Agency -PHA). Walaupun kebanyakan
operasi PHA berjalan dengan efektif, tetapi masih ada
kelemahan dalaman yang memerlukan perhatian segera.
Jabatan ini mesti memperbaiki kebolehannya untuk
mengesan masalah dan membantu PHA dalam mencapai
matlamat dan objektif mereka. Kami percaya wujud
keperluan yang mendesak supaya usaha kerjasama di
peringkat Persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan
dipertingkatkan untuk mengatasi masalah ini dan secara
langsung memperbaiki program perumahan awam.

(vi)

April Sept 1984. Laporan ini menghuraikan kelemahan


berpanjangan dalam memantau ahli-ahli dalam program
HUD. Walaupun jabatan telah berulang kali cuba
196

memperbaiki prestasi, kekurangan pemantauan tetap


menjadi masalah berterusan dan menjadi perkara serius yang
perlu diberi perhatian.
(vii)

7.

Oktober 1984-1985 Laporan ini memberi ringkasan


mengenai pelbagai masalah dalam program HUD. Antaranya
sebagai Pinjaman Insuran bagi ibu bapa tunggal, Pemulihan
Sederhana dan Pinjaman Pemulihan. Sebagai contoh,
program ibu bapa tunggal mempunyai inisiatif signifikan
beberapa tahun kebelakangan ini. Namun begitu, kawalan
pihak pengurusan nampaknya tidak bergerak seiring dengan
perubahan ini (US HUD 1981-85).

Justifikasi-justifikasi yang sering diberikan oleh mereka ialah seperti


berikut:
(i)

(ii)
(iii)
(iv)

(v)

Bila ditanya jika Kongres pernah menunjukkan minat kepada


laporan pertengahan tahun, bekas IG HUD Demsey
memberi keterangan, Saya tidak pernah menerima banyak
rungutan kecuali hanya satu panggilan telefon.
Perkara kedua dan lebih penting ialah Kongres lebih
berminat dengan penyeliaan secara fire alarm berbanding
pendekatan sistematik kawalan polis.
Kegagalan menguatkuasa cadangan IG tidak menjadi tajuk
utama akhbar, juga jenis ceritanya tidak membawa kepada
ganjaran politik yang ahli Kongres sangat-sangat idamkan.
Insentif untuk mengetepikan masalah ini lebih berat
berbanding insentif untuk mengatasinya. Seperti yang
dijelaskan oleh Setiausaha HUD Jack Kemp, Pemeriksa
HUD pada masa lalu menjalani penafian yang lembut,
kerana dari satu laporan IG ke satu laporan yang lain
melaporkan kekurangan ini, dari tahun ke tahun, selepas satu
program ke program yang lain, tiada siapa yang mendengar
dan mengambil tindakan (US Senat, 1990 A. Vol. 588).
Keadaan bertambah buruk apabila walaupun HUD mengaku
kelemahannya, tetapi ia sering berjanji akan berlaku
penambahbaikan yang realitinya tidak pernah berlaku dan
kadangkala mendakwa wujud kemajuan sedangkan pada
hakikatnya tidak begitu.
Cabaran untuk mendapatkan perhatian dalaman adalah lebih
sukar. Pertama, ia bertentangan dengan apa yang
dipertahankan oleh Kongres mengenai IG sebagai lengan
kanan yang kuat pada 1978, kebanyakan setiausaha dan
pentadbir tidak berada di pejabat begitu lama untuk
mengambil berat mengenai penambahbaikan pengurusan
jangka panjang. Pekerja yang dilantik untuk tempoh 20 bulan
tiada masa untuk mempelajari kerja mereka apa lagi

197

(vi)

8.

9.

membangunkan hubungan dengan IG atau hubungan jangka


panjang dengan pekerja institusi lain.
Selain itu, kebanyakan pekerja IG dikatakan bertindak
menyakitkan dan membosankan kerana mereka penuh
dengan arahan bersifat dos dan donts saja. Tidak
fleksibel kepada kehendak mereka.

Konflik kepentingan harus dielakkan oleh penjawat awam kerana


dalam menjalankan tugas, mereka
(i)

Mempunyai tanggungjawab menyeluruh untuk

Memastikan hal-ehwal peribadi tidak bercampur


aduk dengan hal-ehwal awam.

Jika wujud juga konflik berkenaan, penyelesaian


harus memihak kepada pihak awam dan bukan
peribadi.

(ii)

Mempunyai tanggungjawab spesifik untuk

Tidak mempunyai kepentingan peribadi sehingga


mengganggu perjalanan tugas awam.

Menagih atau menerima faedah kewangan.

Tidak keluar dari tugas awam mereka semata-mata


untuk memenuhi kepentingan entiti swasta atau
bersifat pilih kasih dengan orang awam yang
berurusan dengan mereka.

Ambil kesempatan menggunakan maklumat yang


diperoleh sewaktu bertugas dengan kerajaan untuk
kepentingan peribadi yang tidak didedahkan kepada
awam.

Secara langsung atau tidak membenarkan pengunaan


harta awam selain daripada yang dibenarkan atas
tujuan rasmi.

Pejabat Etika Kerajaan (Office of Government Ethics Act 1978, OGE)


mulanya ditubuhkan di Pejabat Persekutuan bagi Pengurusan
Personel oleh Akta Etika Kerajaan 1978 dan diberi status agensi
yang berasingan apabila akta ini dipinda sedekad selepas itu. Pada
1988 penguatkuasaan semula akta ini memperuntukkan misi OGE
sebagai arahan menyeluruh bagi semua cabang eksekutif mencegah
kepentingan yang bercanggah di pihak pegawai dan pekerjapekerjanya. Oleh itu, pada 1989 perintah eksekutif telah
dikeluarkan untuk mengisytiharkan peraturan menubuhkan satu set
tindakan eksekutif yang standard dan menyeluruh serta jelas.
Langkah untuk memantap program etika persekutuan US ialah
dengan mewujudkan Agensi Pegawai Etika yang Dipilih (Designated
Agency Ethics Office-DAEO). DAEO kebanyakannya terdapat di
198

pejabat undang-undang kerana di sinilah berlakunya kaunseling


mengenai isu etika. Selain menjadi sumber teknikal kepada
Pesuruhjaya Polis (IG), tugas utama DAEO adalah menyediakan
latihan dan kaunseling kepada pekerja-pekerja agensi mengenai
perkara-perkara yang melibatkan konflik kepentingan dan juga
menyemak semula penyata maklumat kewangan. Arahan pematuhan
jelas dinyatakan oleh notis yang dikeluarkan oleh US HUD pada
April 1990;
Sebagai pegawai di DAEO, mereka bertanggungjawab
mengarahkan staf yang terlibat dalam membangun,
menyelaras dan menguruskan program jabatan
mengenai etika dan perlakuan yang standard. Pegawai
di DAEO akan membina polisi dan prosedur bagi
memastikan semakan semula yang betul bagi maklumat
yang dikemukakan, memberi khidmat nasihat dan
menjamin pemberian remedi, juga langkah pembetulan
untuk membetulkan perlanggaran etika atau apa-apa
perlanggaran yang berpotensi yang berkait rapat dengan
standard perlakuan di HUD.

10.

Empat pendekatan perlaksanaan yang harus ada pada kod etika yang
disarankan oleh Lembaga Etika US.
I.

Bebas dan Berkecuali (Independent)

Lembaga Etika sedar dan peka dengan kemungkinan salah guna kod
etika dan usaha mempertahankan status berkecuali dan bebasnya.
Tiada pengurus yang akan percaya kepada kod dan prosesnya, jika
tidak dilindungi. Kesemua penguatkuasaan memerlukan fokus yang
berterusan dalam menyelesaikan masalah. Melihat kepada etika
dalam politik, lembaga dan stafnya menghabiskan banyak tenaga
memperbetulkan ancaman kepada kebebasan ini. Dalam dua
keputusan yang penting, lembaga etika telah menghantar mesej yang
jelas bahawa ia tidak akan membenarkan badannya digunakan untuk
tujuan politik. Manakala dalam satu keadaan yang lain, lembaga ini
hampir kehilangan sokongan kewangan kerana percubaan melarang
belanjawan digunakan untuk tujuan politik. Dalam mendrafkan kod
etika ini, rujukan kerap dibuat ke atas apa yang dilakukan oleh
bidang kuasa di tempat lain. Dalam pada itu, lembaga etika
menekankan pemakaian kod sebagai lanjutan kepada standard
amalan yang baik. Segala usaha dibuat untuk mencapai persetujuan
menyeberangi eksekutif, pejabat ombudsman, pendakwa raya dan
perundangan.
II.

Pemerhatian/pengawasan dan (Visibility and Relevance )

Fokus media mengenai skandal tertentu memberi ancaman


kesedaran yang relevan tapi bersifat sementara. Justeru itu, lembaga
199

etika membuat peruntukan untuk sentiasa mengemas kini keadaan


ini dengan kerap menghantar ringkasan kod etika dan juga menulis
risalah mengenainya kepada semua pekerja. Lembaga juga
menghantar sinopsis keputusan mereka kepada semua pengurus
kanan untuk diberi perhatian. Orientasi pekerja yang baru kini sudah
mempunyai komponen etika. Bagi faedah jangka panjang, semua
agensi dikehendaki membina standard pelaksanaan kod etika mereka
sendiri, disamping mendidik pekerja bawahan mengenai birokrasi
dan mengekalkan pengawasan dan relevansinya.
III.

Perkhidmatan

Pihak lembaga dan stafnya menekankan bahawa mereka telah


menyediakan perkhidmatan secara senyap dan efektif untuk agensi
dan pegawai-pegawainya. Peruntukan utama kod etika ini
menyarankan semua pekerja untuk bersedia menghadapi konflik
kepentingan dan memaklumkan kepada majikan mereka. Lembaga
ini menyokong usaha ini dan cuba untuk mewujudkan norma-norma
budaya dalaman (internalized). Agensi akan mentadbir semua borang
maklumat tetapi staf dilatih untuk tidak membenarkan perincian
teknikal dalam pentadbiran mengatasi nilai sensitif dan penting,
sesuatu nasihat dan sokongan. Fokus proses penasihatan juga
tertumpu untuk mengelakkan masalah diselesaikan dalam
mahkamah. Lembaga etika menekankan staf yang profesional,
penggunaan operasi komputer dan masa yang munasabah
diaplikasikan dalam mendapatkan pendapat dan nasihat. Gabungan
orientasi perkhidmatan dan kebebasan akhirnya akan menjadi suatu
alat untuk mendapatkan kepercayaan agensi. Kepercayaan mengenai
pendekatan ini penting kerana jika tidak ia akan dicemuh. Ia juga
berupaya menjadi alat yang negatif untuk kepentingan politik dan
kepentingan peribadi.
BAB 5
1.

Kuasa pentadbiran banyak melibatkan kuasa budi bicara. Kuasa budi


bicara yang dimiliki oleh badan pemerintah membolehkan mereka
membuat sesuatu keputusan dengan memilih keputusan yang terbaik
daripada beberapa alternatif keputusan yang ada. Tiada ukuran atau
garis panduan tertentu dalam mencapai keputusan tersebut dan ia
ialah sesuatu yang subjektif. Kecenderungan untuk berlakunya salah
guna kuasa atau bertindak melampaui kuasa yang diberikan (ultra
vires) amat mudah berlaku.
Justeru, nilai-nilai etika yang baik dapat membantu penjawat awam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan betul dan jujur.
Keputusan yang dibuat berasaskan kuasa budi bicara juga dapat
diputuskan dengan adil dan penuh beretika tanpa dipengaruhi oleh
unsur-unsur negatif atau niat yang tidak baik.
200

2.

Tanggungjawab penjawat awam amat besar. Kebanyakan tugas atau


kuasa yang dimiliki banyak melibatkan tanggungjawab untuk
mempertahankan kepentingan rakyat dan negara. Penjawat awam
perlu melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh amanah, jujur
dan ikhlas. Justeru, mereka perlu mengetahui hak-hak yang dimiliki
oleh setiap rakyat bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas
dengan adil dan saksama dalam sebarang tindakan serta keputusan
yang dibuat.
Hak-hak ini dianggap penting kerana ia terdapat dalam
Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang
tertinggi negara. Penjawat awam tidak boleh membuat sesuatu
perkara yang bertentangan dengan apa yang diperuntukkan dalam
Perlembagaan. Nilai-nilai atau values yang terdapat di dalam
Perlembagaan ini harus dijadikan panduan dan diberi keutamaan
memandangkan ia merupakan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap
warganegara Malaysia.
BAB 7

1.

(a)

Encik Ali dan beberapa orang kawannya tidak ingkar perintah.


Arahan tersebut telah menjadi ingkar perintah senarai tugas
setiap penjawat yang berkenaan sahaja. Tugas mencuci pejabat
bukanlah tugas rasmi mereka (kecuali penjawat yang berjawatan
buruh dan pelayan pejabat). Jadi arahan itu walaupun sah, tetapi
tidak munasabah.

(b)

Encik Abu telah ingkar perintah.


Walaupun latihan tersebut diadakan pada waktu cuti semester,
tetapi pensyarah tetap menerima gaji seperti biasa. Lagipun
latihan tersebut diandaikan dapat meningkatkan jati diri setiap
pensyarah di samping menjamin setiap pensyarah yang terlibat
akan lebih bersemangat, cergas dan mempunyai keyakinan yang
tinggi dalam menjalankan tugasnya yang semakin mencabar. Jadi
arahan itu adalah munasabah dan juga sah kerana ia adalah
untuk kebaikan pensyarah itu sendiri.

(c)

Encik Ahmad tidak ingkar perintah.


Alasan yang diberikan oleh Ketua Jabatan yang berkenaan tidak
munasabah dan tidak sah jika berpandukan Perintah Am Bab
G. Tidak wujud keperluan mustahak yang sebenar seperti
alasan yang diberikan hingga memerlukan sebahagian
kakitangannya bertugas pada waktu malam sahaja.

201

2.

Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa pekerjaan luar itu tidak


bercanggah dengan tatakelakuan pegawai awam di bawah Peraturan 4
dan khususnya beliau perlu memastikan pekerjaan luar itu:
(a)
(b)
(c)

tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu


dikehendaki melaksanakan tugas rasminya.
tidak akan dengan apa-apa cara cenderung menjejaskan
kebergunaan atau tugas pegawai itu sebagai seorang
perkhidmatan awam.
tidak akan dengan apa-apa cara cenderung bercanggah dengan
kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras
dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai
perkhidmatan awam.
BAB 8

1.

Rasuah ialah penyelewengan wang, kuasa dan kelakuan. Ia juga


bermakna melakukan sesuatu tanpa mengikut proses dan prosedur
yang betul serta juga menyalahi undang-undang.

2.

Kelemahan sistem dan peraturan menyebabkan proses-proses


pengurusan dan pentadbiran menjadi tidak cekap, lambat dan
menyusahkan. Misalnya masalah birokrasi atau red tape yang
dikaitkan dengan peraturan yang terlalu rigid dan banyak. Apabila ini
berlaku rakyat yang merupakan pelanggan dalam perkhidmatan
awam akan mencari jalan lain untuk memenuhi kehendak mereka
seperti memberikan suapan tertentu untuk memastikan matlamat
tercapai. Selain itu, kelemahan peraturan juga dikaitkan dengan
sistem yang terlalu longgar seperti kawalan yang terlalu sedikit
menyebabkan wujudnya ruang untuk berlaku penyelewengan.

3.

Kerajaan melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) selaras dengan


gejala penyelewengan dalam sektor awam seperti rasuah di samping
pembaziran dan ketidakcekapan sumber-sumber.

4.

Majikan boleh memainkan peranan dengan mewujudkan satu


mekanisme dalaman yang terdiri daripada kenyataan dasar yang
melarang gangguan seksual di organisasi. Kenyataan dasar ini
mengandungi definisi gangguan seksual yang jelas, prosedur untuk
membuat aduan, peraturan, disiplin dan hukuman terhadap pesalah
dan individu yang membuat aduan palsu, langkah-langkah
pemulihan dan perlindungan kepada mangsa serta program-program
promosi dan pendidikan untuk memberi penerangan dan kesedaran
kepada pekerja.

202

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 08
    Bab 08
    Dokumen11 halaman
    Bab 08
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Kaedah Pembinaan Item
    Kaedah Pembinaan Item
    Dokumen79 halaman
    Kaedah Pembinaan Item
    Nurikhan Nasib
    Belum ada peringkat
  • Bab 06
    Bab 06
    Dokumen18 halaman
    Bab 06
    Amaluzzaman Abu Hassan
    100% (1)
  • Bab 03
    Bab 03
    Dokumen22 halaman
    Bab 03
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Bab 02
    Bab 02
    Dokumen30 halaman
    Bab 02
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Bab 04
    Bab 04
    Dokumen58 halaman
    Bab 04
    Amaluzzaman Abu Hassan
    0% (1)
  • Bab 7
    Bab 7
    Dokumen10 halaman
    Bab 7
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Bab 1
    Bab 1
    Dokumen33 halaman
    Bab 1
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Bab 5
    Bab 5
    Dokumen23 halaman
    Bab 5
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Bab 2
    Bab 2
    Dokumen27 halaman
    Bab 2
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Nota Fiqh
    Nota Fiqh
    Dokumen19 halaman
    Nota Fiqh
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Bab 4
    Bab 4
    Dokumen34 halaman
    Bab 4
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • BKAL1013 BAB1 Pengenalan
    BKAL1013 BAB1 Pengenalan
    Dokumen30 halaman
    BKAL1013 BAB1 Pengenalan
    Amaluzzaman Abu Hassan
    100% (2)
  • BKAL1013 BAB3 Proses Perekodan
    BKAL1013 BAB3 Proses Perekodan
    Dokumen70 halaman
    BKAL1013 BAB3 Proses Perekodan
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat
  • Slide Bab 1
    Slide Bab 1
    Dokumen14 halaman
    Slide Bab 1
    Amaluzzaman Abu Hassan
    Belum ada peringkat