Anda di halaman 1dari 22

BAB 3

ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Menerangkan Tonggak 12.
2.
Menjelaskan Teras Perkhidmatan Awam dalam dasar-dasar
kerajaan.
3.
Membezakan Etika Perkhidmatan Awam di Amerika Syarikat
dan Malaysia.
3.1

PENGENALAN

Peranan dan nilai etika kerja penting dalam pentadbiran sesebuah negara
kerana kedua-duanya mempunyai pengaruh yang besar ke atas pembinaan
peribadi yang berakhlak tinggi. Bagi menjamin amalan dan pencapaian nilai
dan etika kerja itu, maka setiap individu dalam Perkhidmatan Awam
bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai dan etika kerja dalam
semua tindakan dan tingkah laku mereka semasa menjalankan tugas masingmasing.
3.2

USAHA-USAHA PEMBENTUKAN DAN PENERAPAN


NILAI DAN ETIKA KERJA

Program penerapan nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam ada


dinyatakan dalam Tonggak 12 juga merangkumi lima aspek berikut:
(i)

Nilai-nilai peribadi asas iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas,


berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, tekun dan sederhana.
(ii) Nilai-nilai yang mengutamakan pelanggan iaitu berbudi mulia,
bersabar, sopan santun dan peramah.
(iii) Nilai-nilai kepimpinan iaitu adil, berani dan syura.
(iv) Nilai-nilai profesionalisme, iaitu produktiviti dan kualiti.
(v) Nilai-nilai keagamaan iaitu bersyukur, beriman dan bertakwa.
3.2.1

Tonggak 12

Tonggak 12 mengandungi 12 prinsip yakni menghargai masa, ketekunan


membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan,
ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan
menjalankan tugas, kebijaksanaan berkhidmat, keutamaan kesabaran,
peningkatan bakat dan nikmat mencipta.
41

(a)

Menghargai masa

Amalan positif di bawah prinsip pertama ini adalah seperti menepati masa,
menyegerakan tugas yang dipertanggungjawabkan, mempunyai perancangan
waktu yang sistematik, bijak menguruskan tempoh masa yang diberikan,
menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif dan kreatif, menetapkan
tarikh sasaran (target date) untuk menyiapkan kerja dan menyelesaikan tugas
dalam masa yang ditetapkan.
Manakala amalan negatifnya termasuk berbual-bual kosong, tidak
menyegerakan tugas, tiada sense of urgency, tidak merancang pekerjaan, tidak
ada keutamaan (priority), melayan tetamu yang tidak berkenaan,
meninggalkan pejabat untuk urusan peribadi dan ke kantin dalam waktu
bertugas.
(b) Ketekunan membawa kejayaan
Amalan positif yang disenaraikan di bawah prinsip kedua pula ialah gigih
dalam melaksanakan tugas yang mencabar, rajin dan sentiasa berusaha, sabar
dalam menghadapi cabaran pekerjaan, berpandangan jauh, bersemangat
dalam melaksanakan tugas yang diarahkan, dedikasi dalam mencapai
matlamat organisasi, sanggup berkorban, cekal menghadapi kesulitan semasa
bertugas, tidak patah semangat dan bercita-cita tinggi.
Sementara amalan negatifnya ialah mudah tersinggung, kurang berdisiplin,
mudah putus asa, tidak tekun, mudah mengalah, tidak bercita-cita tinggi,
tidak bersemangat, tidak tahan dimarahi, tiada inisiatif, tidak kreatif, suka
bertangguh dan buat bila diarah saja bukan sebaliknya.
(c)

Keseronokan bekerja

Amalan positifnya ialah menganggap kerja sebagi ibadat, mempunyai


inisiatif sendiri, menghasilkan sesuatu yang berfaedah, mempunyai
komitmen terhadap kerja dan sedia memberi kerjasama.
Amalan negatifnya pula termasuk menganggap kerja sebagai beban, tidak
komited, hanya menunggu arahan, tidak suka menolong dan tidak boleh
dipercayai dan justeru itu selalu dicurigai.
(d) Kemuliaan kesederhanaan
Amalan positifnya ialah jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan
percakapan, tidak tamakkan pangkat dan kedudukan, tidak membazir dalam
perbelanjaan pejabat, bersifat pemaaf dalam pergaulan, boleh menerima
teguran, berlaku adil dalam semua tindakan, menepati janji, sedia menerima
cadangan dan nasihat, jujur dan ikhlas, merendah diri, bijaksana dalam
membuat pertimbangan dan bermaruah serta berhemah tinggi.

42

Amalan negatifnya pula ialah menonjol-nonjolkan diri, bercakap dengan


menggunakan perkataan bombastik, berkelakuan mengada-ngada, sombong
dan meninggi diri, menyukarkan persoalan yang mudah, membesar-besarkan
perkara kecil, kedekut atau berlebihan dalam memenuhi keperluan
organisasi, berlebihan mengampu ketua, memperagakan kemewahan dan
merosakkan harta kerajaan, kerap menghias diri di pejabat, dan bersifat
melampau dan keterlaluan dalam semua hal.
(e)

Ketinggian peribadi

Amalan positifnya termasuklah teguh beriman dan bertakwa dalam setiap


tindakan, menyempurnakan tugas dan amanah, bersifat ikhlas dalam
menjalankan tanggungjawab, berilmu dan berpengetahuan luas,
mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan, sedia berkorban,
berlumba-lumba membuat kebajikan, kemas dalam berpakaian, pemikiran
dan tindakan, bersifat penyayang, sabar dan teguh menghadapi cabaran,
bertimbang rasa tetapi tegas, bersopan santun serta sederhana dalam
kelakuan, taat setia dan patuh kepada arahan, bersyukur dan menghargai
kebaikan, bersih daripada sifat dengki, bertanggungjawab dan sedia berbakti,
jimat cermat dalam segala aspek, tertib dan baik budi bicara, cergas dan
cekap dalam menjalankan tugas, cekal menghadapi cabaran, bekerjasama
dan saling hormat-menghormati dan berani serta berpendirian teguh.
Amalan negatif pula termasuklah selalu berpura-pura dalam tindakan,
bersikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk, sukar untuk membuat
kebajikan, suka mengumpat dan memfitnah rakan sejawat, tamak dalam
mengejar pangkat dan kedudukan, gopoh dalam bertindak, mengampu
untuk mendapat pujian dan sanjungan, mungkir janji, suka menghina dan
merendahkan usaha orang lain, pemarah dan tidak sabar, khianat dalam
melaksanakan tugas, berdendam serta hasad dengki, bersungguh-sungguh
mempertahankan kelemahan dan keburukan diri, suka membangkang tanpa
cadangan untuk memperbaikinya, mementingkan diri sendiri, lembap dan
malas berusaha, pengotor dan selekeh dalam pembawaan, tidak boleh
dipercayai dan tidak amanah, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri,
suka membuat janji palsu, bersikap birokratik dan autokratik dalam
membuat keputusan.
(f)

Kekuatan sifat baik hati

Amalan positifnya termasuklah bersopan santun setiap masa, pemaaf dan


berhemah tinggi, simpati kepada kesusahan dan masalah orang lain, ikhlas
dan bertimbang rasa, pemurah dalam usaha kebaikan, mudah mesra dan
bekerjasama, merendah diri, berbudi mulia, boleh menerima teguran,
berlaku adil dalam semua tindakan dan sedia menerima cadangan.
Amalan negatifnya pula termasuklah kasar dan kurang sopan, berdendam
apabila tidak mendapat sesuatu kemahuan, bersikap tidak peduli terhadap
teguran dan nasihat, tidak bertimbang rasa, mementingkan diri sendiri,
43

sombong, bongkak dan membesar-besar diri, bermuka-muka, cepat


menghukum tanpa siasatan, cepat menuduh tanpa siasatan, suka mencaci,
tidak boleh menerima kritikan, cepat membuat kritikan dan suka menghina
orang.
(g)

Pengaruh teladan

Amalan positifnya termasuklah sentiasa berkelakuan baik, tidak tamak


kepada harta dan kedudukan, bermoral dan berakhlak tinggi, tertib dan
beradab sepanjang masa, rajin dan kuat bekerja, amanah dan
bertanggungjawab, jujur dan ikhlas dalam setiap usaha, mengutamakan
masyarakat lebih daripada diri sendiri, berpandangan jauh, berdisiplin dalam
semua tindakan, sanggup berkorban setiap ketika, gemar dan cintakan ilmu
yang bermanfaat.
Amalan negatifnya pula termasuk buruk perangai dan tingkah laku, jahil,
tidak suka membaca, hasad dengki dan buruk sangka, mempersendakan
agama, kedekut dan bakhil, suka mencari helah untuk mengelak
tanggungjawab, suka mengumpat dan mengadu domba, terlalu sensitif dan
cepat marah, tidak kenal budaya sendiri, hipokrit serta berpura-pura dan
tidak berpandangan jauh.
(h) Kewajipan menjalankan tugas
Amalan positifnya termasuk sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang
diberikan, tekun dan sabar menjalankan tugas, selalu mempunyai inisiatif
sendiri, boleh diharapkan untuk menyempurnakan tugas, mementingkan
kualiti, cergas dan pantas bekerja, cermat, berdisiplin dalam segala perkara,
bertanggungjawab (accountable), sentiasa belajar daripada kesalahan, bersikap
profesional dan cekap.
Amalan negatifnya ialah mudah menyeleweng daripada tanggungjawab,
tidak boleh diharapkan, suka membangkang atau berdalih apabila diberi
tugas, tidak taat kepada arahan, tidak bersungguh-sungguh, suka bertangguh,
mengelak daripada tanggungjawab, tidak peka kepada kualiti, bekerja sambil
lewa dan sentiasa membuat kesilapan kerja.
(i)

Kebijaksanaan berhemat

Amalan positifnya ialah berhati-hati apabila berbelanja, tidak membazir


harta kerajaan, tahu membezakan antara keperluan dengan kemewahan,
menyelenggara harta benda kerajaan dengan baik, bertanggungjawab
terhadap perbelanjaan yang dilakukan, mengadakan sistem kewangan yang
berkesan dan menyedari bahawa hasil kerajaan datang daripada rakyat.
Amalan negatifnya pula ialah boros dan suka membazir, memperaga
kehebatan dan kemewahan, suka bermewah dengan harta kerajaan, tidak

44

cermat dengan harta kerajaan, suka berbelanja besar tidak kena pada
tempatnya, kurang peka dan bakhil kepada keperluan awam.
(j)

Keutamaan kesabaran

Amalan positifnya ialah tenang menghadapi masalah rumit, mempunyai


perhitungan jauh, tahan menerima cabaran, tidak putus asa, pemaaf dan
berhemah tinggi, serta cermat dalam tutur kata.
Amalan negatifnya pula ialah selalu mengubah pendirian dan keputusan,
tidak sanggup berkorban, takut kepada cabaran, lekas mengalah,
berpandangan sempit dan tidak tahan menghadapi kesusahan.
(k)

Peningkatan bakat

Amalan positifnya ialah memberi dorongan terhadap kreativiti, memberi


pengiktirafan kepada usaha-usaha original, memberi galakan kepada
pemikiran baru, berani mencuba idea-idea baru, memperkenalkan bakatbakat yang ada, memupuk bakat-bakat yang ada dan menyediakan
persekitaran serta suasana yang dapat melahirkan idea-idea kreatif.
Amalan negatifnya ialah menyekat pemikiran baru, tidak menggalakkan
percubaan, tidak mencuba sesuatu yang baru, tidak menghargai bakat yang
ada, memperkecilkan usaha-usaha original, mengekalkan suasana yang tidak
menggalakkan kreativiti dan berpuas hati dengan tahap bakat yang ada.
(l)

Nikmat mencipta

Amalan positifnya temasuk berasa puas kerana sesuatu idea atau cadangan
dapat dilaksanakan dan dimanfaatkan, sentiasa berada dalam cabaran
intelektual, sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan
masalah, bersemangat (overzealous) dalam pekerjaan, gembira melihat
wujudnya idea dan kaedah baru dalam pentadbiran dan senang bermain
dengan idea dan berani mencuba.
Amalan negatifnya termasuk berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada,
takut menemui kegagalan, memandang remeh usaha orang lain, pemikiran
tidak dinamik, mempertahankan status quo secara membuta tuli, tidak suka
pembaharuan dan tidak sabar dalam penciptaan baru.
3.2.2

Nilai-Nilai Peribadi Asas

Nilai-nilai amanah, bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin,


bekerjasama, bersih, tekun dan sederhana merupakan nilai asas yang perlu
ada pada setiap anggota Perkhidmatan Awam. Seandainya nilai-nilai ini
diketepikan sudah tentu ia akan merosakkan seluruh perjalanan pentadbiran
negara. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam dikehendaki melaksanakan
tugas dan tanggungjawabnya secara amanah, ikhlas dan bersih; amanah dan
45

ikhlas ialah satu nilai yang dapat dilihat melalui tindakan seperti
menggunakan masa dengan sebaik-baiknya, membelanjakan harta awam
mengikut peraturan yang ditentukan dan jauh sekali melakukan pembaziran
dan rasuah serta menyiapkan kerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Seseorang anggota yang dapat menyempurnakan tugas dan
tanggungjawabnya tanpa pengawasan merupakan seorang yang menghayati
nilai amanah. Bersih pula dimaksudkan sebagai kebersihan moral atau
fizikal. Kebersihan moral bermakna sentiasa berfikiran bersih dalam apa jua
tugas yang dilakukan. Segalanya dilakukan dengan niat yang baik dan murni,
tidak sombong, angkuh ataupun terlibat dengan sebarang jenayah dan
rasuah.
Nilai-nilai tekun, dedikasi, berdisiplin, bekerjasama dan sederhana
merupakan asas penting untuk menghasilkan kerja yang cemerlang. Melalui
pengamalan nilai-nilai ini, anggota Perkhidmatan Awam akan dapat
meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja yang cemerlang. Nilai tekun juga
merupakan faktor yang menentukan kejayaan dalam apa jua bidang yang
diceburi.
3.2.3

Nilai-Nilai Keagamaan

Nilai-nilai yang berteraskan ajaran agama sebenarnya merupakan tunjang


kepada nilai-nilai lain. Penjawat awam yang berpegang teguh kepada agama
masing-masing akan dapat mencegah dan menghindarkan diri mereka
daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai murni.
Malahan ia akan mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih gigih dan
tekun ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti.
3.2.4

Nilai-Nilai yang Mengutamakan Pelanggan

Penjawat awam yang berurusan dengan orang ramai terutama yang


berkhidmat di kaunter, dikehendaki memiliki sifat-sifat tertentu seperti ceria,
peramah, sabar dan sentiasa kelihatan bersedia melayani pelanggan. Nilainilai yang perlu diamalkan oleh penjawat awam ialah bersopan-santun,
berbudi mulia, bersabar, peramah dan bertimbang rasa. Mereka dikehendaki
bersedia membantu orang ramai atau pelanggan dan dapat memberikan
perkhidmatan yang cekap, pantas dan berkualiti. Selaras dengan itu
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 10 Tahun 1991
Panduan mengenai Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Kaunter dan PKPA
Bil 3 Tahun 1993 Piagam Pelanggan telah dilaksanakan. Anggotaanggota Perkhidmatan Awam harus memberi keutamaan kepada nilai-nilai
bersopan-santun, berbudi bahasa, berbudi mulia, bekerjasama, cekap, pantas
serta memenuhi dan mengutamakan kehendak pelanggan.
3.2.5

Nilai-Nilai Kepimpinan

Seseorang pemimpin yang baik bukan hanya terletak kepada kuasa mutlak
atau perundangan yang ada padanya atau keupayaan mendorong,
46

merancang, membangun dan menggembleng kerja dan kepakaran bagi


mencapai matlamat organisasi. Tetapi pemimpin juga harus memiliki nilai
dan etika kerja yang menampilkan keunggulannya sebagai pemimpin.
Pemimpin yang berakhlak tinggi mempunyai nilai-nilai seperti adil,
bijaksana, tegas, berani, bertanggungjawab, sabar, boleh dipercayai dan baik
hati. Setiap pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik kepada orang di
bawahnya.
Seperti kata-kata sahabat Rasulullah s.a.w. Saidina Ali bin Abi Talib yang
pernah berpesan:
Barangsiapa yang menjadikan dirinya pemimpin, maka
hendaklah ia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum ia
mengajar orang lain. Hendaklah ia membentuk mereka
dengan contoh perbuatannya sendiri sebelum membentuk
mereka dengan lidahnya.

Manakala Saidina Omar Al-Khatab r.a pula pernah mengatakan


Pegawai yang paling baik ialah di mana orang-orang di
bawahnya gembira dengannya dan yang paling buruk
ialah di mana orang-orang di bawahnya merungut
dengannya."
3.2.6

Nilai-Nilai Profesionalisme

Nilai profesionalisme yang sangat penting ialah berilmu atau


berpengetahuan dan mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu
seperti pengurusan, teknologi maklumat, komunikasi dan sebagainya. Di
samping itu, mereka juga perlu memiliki nilai-nilai seperti kreatif, inovatif,
bermotivasi, akauntabiliti dan intergriti. Bagi mewujudkan anggota
Perkhidmatan Awam yang mempunyai nilai-nilai tersebut, Perkihdmatan
Awam menggalakkan dan menganjurkan berbagai kursus dan seminar serta
membuka peluang kepada anggotanya melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi seperti Diploma, Sarjana dan Doktor Falsafah, PKPA Bil 3
1991 menyentuh mengenai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam dan
PKPA Bil 6 Tahun 1991 tentang Panduan mengenai peningkatan
produktiviti dalam Perkhidmatan Awam bertujuan untuk mendorong
penjawat awam supaya lebih kreatif, inovatif, produktif dan bermotivasi
tinggi.
Di samping itu, PKPA Bil 3 Tahun 1992 mengenai Garis panduan Sistem
Perakaunan Mikro bertujuan untuk membantu meningkatkan akauntabiliti
dan intergriti dalam pengurusan kewangan di agensi-agensi kerajaan.
Konsep akauntabiliti yang ditekankan ini penting bagi menentukan supaya
pelaksanaan tugas dapat dijalankan mengikut peraturan dan arahan yang
ditetapkan.

47

Perkhidmatan Awam terus memberi penekanan kepada program Anugerah


Perkhidmatan Cemerlang kepada individu-individu yang memberikan
perkhidmatan cemerlang. Ia dilaksanakan melalui PKPA Bil 2 Tahun 1993
Panduan mengenai pemberian anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Perkhidmatan Awam. Program ini bertujuan mendorong serta
menggalakkan penjawat awam untuk meningkatkan usaha dan menjalankan
tugas dengan bersunguh-sungguh supaya dapat mewujudkan Perkhidmatan
Awam yang cemerlang. Perkhidmatan Awam juga terus memberi
penghargaan kepada individu dan agensi kerajaan yang memberikan
perkhidmatan cemerlang melalui pemberian anugerah. Program ini
bertujuan untuk menggalakkan penjawat awam bekerja dalam satu pasukan
dan bekerjasama dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan
yang diberikan.
3.2.7

Nilai Produktiviti dan Kualiti

Perkhidmatan Awam menjalankan pelbagai usaha untuk meningkatkan


produktiviti dan kualiti. Usaha-usaha dilihat melalui perlaksanaan PKPA Bil
4 Tahun 1991 iaitu Garis panduan mengenai strategi-strategi peningkatan
Kualiti Dalam Perkhidmatan awam dan PKPA Bil 1 Tahun 1992 mengenai
Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Semua ini memberi panduan
dan menganjurkan penjawat awam supaya berusaha meningkatkan
produktiviti dan kualiti perkhidmatan masing-masing secara berterusan dan
penambahbaikan kualiti secara menyeluruh iaitu meliputi sikap dan nilai,
sistem prosedur, amalan-amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya.
Bagi menentukan sejauh manakah kejayaan individu atau organisasi dalam
usaha menambahkan produktiviti dan meningkatkan kualitinya, arahan telah
dikeluarkan supaya setiap agensi mengukur prestasi masing-masing di
peringkat individu dan organisasi. Dengan cara ini setiap penjawat awam
akan berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya dengan
lebih cekap dan berkesan. Pada masa ini usaha-usaha mengesan pelaksanaan
pengukuran prestasi di agensi-agensi kerajaan sedang dijalankan.
SOALAN DALAM TEKS
1.
2.

Senaraikan 12 prinsip yang terkandung dalam


Tonggak 12.
Nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam
merangkumi lima aspek. Jelaskan aspek-aspek
tersebut.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

48

3.3

TERAS PERKHIDMATAN AWAM DALAM DASAR-DASAR


KERAJAAN

Sebuah jentera pentadbiran kerajaan yang kemas dan sistematik serta


menggunakan kaedah sains dan teknologi tidak semestinya dapat menjamin
kewujudan sebuah pentadbiran yang cekap dan efektif serta dapat memberi
kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat. Kerajaan mungkin dapat
mewujudkan disiplin dalam perkhidmatan awam menerusi peraturan dan
kawalan ke atas tatalaku setiap kakitangan Perkhidmatan Awam. Tetapi ada
pihak-pihak yang menganggap cara ini ialah negatif. Ia mungkin dapat
menjamin kewujudan satu Perkhidmatan Awam yang bersih, cekap dan
berkesan. Unsur yang penting terletak pada peribadi dan nilai-nilai yang
dipegang oleh setiap kakitangan kerajaan yang menganggotai sektor
Perkhidmatan Awam. Ia bermula dari pucuk pimpinan hinggalah kepada
kakitangan bawahan. Sistem sosio politik dan ekonomi yang wujud memberi
kesan yang besar terhadap perilaku seseorang anggota Perkhidmatan Awam.
Nilai-nilai mutlak yang berteraskan agama yang menjadi pegangan setiap
anggota perkhidmatan awam merupakan elemen yang amat penting yang
dapat menegakkan nilai universal iaitu jujur, amanah dan berdedikasi. Dalam
konteks ini, setiap kakitangan atau anggota Perkhidmatan Awam mesti
memahami betapa pentingnya Etika Perkhidmatan Awam. Kesedaran ini
timbul daripada keinsafan bahawa semua pelaksanaan rancangan
pembangunan negara adalah untuk faedah rakyat Malaysia. Rancangan dan
program pembangunan kerajaan tidak akan membawa faedah sekiranya
sistem penyaluran dan penyampaiannya pincang dan cacat. Jika setiap
anggota perkhidmatan tidak mempunyai sifat dedikasi maka segala
peruntukan kerajaan yang dibelanjakan kepada rakyat adalah sia-sia saja.
Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan berdasarkan kepada beberapa
perkara:
(i)
(ii)

Permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam semakin


meningkat.
Rakyat Malaysia mahukan sebuah pentadbiran yang dapat memberi
dan menyalurkan perkhidmatan yang sistematik, cekap dan
berkesan.

Ini mengakibatkan anggota perkhidmatan awam terpaksa menanggung


beban kerja yang kian bertambah. Di samping itu, terdapat teguran dan
aduan mengenai kemampuan dan keupayaan jentera pentadbiran
Perkhidmatan Awam. Kelambatan menunaikan permintaan rakyat dan sikap
tidak mementingkan permohonan dan kepentingan rakyat adalah sebahagian
daripada aduan-aduan yang diutarakan oleh rakyat melalui media massa.
Tuduhan-tuduhan bahawa terdapat penyelewengan dalam pelaksanaan
dasar-dasar kerajaan telah melahirkan rasa syak wasangka dan sifat curiga
rakyat terhadap keupayaan dan kemampuan Perkhidmatan Awam dalam
menunaikan permohonan rakyat. Walaupun terdapat sebilangan kecil
kakitangan kerajaan yang cuai dalam menunaikan hasrat dan matlamat
49

kerajaan, namun pihak kerajaan berazam untuk meningkatkan lagi prestasi


dan kecemerlangan Perkhidmatan Awam. Tindakan tegas telah diambil
untuk membanteras gejala-gejala ini supaya ia tidak berleluasa. Etika
Perkhidmatan Awam telah digubal akibat daripada beberapa faktor luar iaitu
kemelesetan ekonomi dunia pada ketika itu, ancaman keselamatan di
kawasan serantau dan gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Jika faktor-faktor
ini tidak dikawal dengan ketat, maka ia boleh mempengaruhi segolongan
kakitangan kerajaan dengan menyalahgunakan kuasa yang telah
diamanahkan kepada mereka. Faktor-faktor ini merupakan alasan utama
bagi pembentukan etika dalam Perkhidmatan Awam supaya keselamatan
dan kestabilan negara tidak tergugat.
Etika Perkhidmatan Awam bertujuan untuk
(i)
(ii)
(iii)

Menyerapkan kepada semua kakitangan kerajaan semangat bekerja


dengan penuh dedikasi bagi menentukan supaya mutu prestasi
Perkhidmatan Awam dapat dipertingkatkan lagi.
Mewujudkan satu perhubungan yang mesra antara semua kakitangan
Perkhidmatan Awam bagi mencapai matlamat perpaduan negara
berdasarkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.
Menimbulkan kesedaran di kalangan semua kakitangan kerajaan
mengenai tanggungjawab mereka kepada rakyat untuk
membolehkan tercapainya janji-janji yang telah dibuat oleh kerajaan
yang berjiwa rakyat.

Sehubungan dengan itu, Panduan Perkhidmatan Cemerlang telah


dilancarkan mengandungi teras-teras perkhidmatan awam dan mempunyai
enam tujuan:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Meninggikan mutu Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.


Mengekalkan dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam
menjalankan tugas yang telah diserahkan.
Memupuk tanggungjawab bersama dalam Perkhidmatan Awam.
Mewujudkan suasana yang sihat dan cekap dalam Perkhidmatan
Awam.
Mengeratkan perhubungan antara semua golongan kakitangan
kerajaan.
Membentuk sikap dan kewibawaan kakitangan kerajaan bersesuaian
dengan semangat Rukun Negara.

Perkhidmatan kerajaan ialah sebahagian daripada kewajipan asasi rakyat


terhadap negara mereka. Oleh itu seseorang yang diberi amanah untuk
memikul tanggungjawab tertentu dalam jawatan kerajaan mestilah
memahami dengan jelas akan hasrat, dasar dan matlamat kerajaan. Di
samping itu, setiap kakitangan kerajaan berkewajipan penuh untuk
membantu dan menjayakan hasrat, dasar dan matlamat kerajaan. Negara
Malaysia hanya memerlukan rakyat yang ingin berbakti kepada nusa dan
bangsanya. Sebarang perkhidmatan yang mendatangkan faedah bagi pihak
50

lain dan bertentangan dengan dasar negara ialah satu penyelewengan. Sifat
ini sudah tentu menjejaskan keutuhan negara dan boleh dianggap sebagai
satu pengkhianatan. Berkhidmat untuk negara ialah satu tugas murni yang
patut dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia.
3.3.1

Teras Perkhidmatan I Berazam Meninggikan Mutu Perkhidmatan

Menjadi tanggungjawab seseorang kakitangan kerajaan untuk memperbaiki


mutu perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahiran menerusi latihanlatihan tertentu, pembacaan dan perbincangan mengenai aspek pekerjaannya
antara rakan sejawat. Kesediaan seseorang kakitangan kerajaan untuk
mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diingatkan oleh Ketua
Pejabat ialah satu sikap yang terpuji.
Seseorang kakitangan kerajaan yang cekap ialah seorang yang mengetahui
dan faham akan tugas-tugasnya. Beliau mempunyai kemahiran menjalankan
kerja-kerjanya dan mempunyai sikap baik dalam melaksanakan tugas dan
kewajipannya. Jika wujud ketiga-tiga ciri ini maka organisasi akan dapat
mencapai mutu perkhidmatan yang cemerlang.
Selain itu, mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan jika wujud usaha-usaha
positif dan sikap kreatif dalam menyelesaikan masalah sama ada daripada
peringkat atasan mahupun peringkat bawahan. Ini boleh dilakukan dengan
cara mengemukakan buah fikiran atau idea-idea bernas untuk kebaikan
organisasi.
Pembaharuan (inovasi) dalam kaedah bekerja juga menyumbang kepada
faktor memodenkan pentadbiran dalam pelbagai aspek. Dengan usahausaha yang dibuat oleh semua golongan pekerja, maka mutu perkhidmatan
awam dapat ditingkatkan. Secara langsung jabatan itu akan dapat memberi
khidmat yang lebih cekap dan berkesan kepada negara.
3.3.2

Teras Perkhidmatan II- Bekerja dengan Penuh Tanggungjawab

Setiap kakitangan kerajaan yang diambil bekerja diberi satu surat pelantikan
jawatan yang mengandungi tangga gaji dan syarat-syarat perkhidmatan. Ini
ialah satu kontrak yang diikat antara pekerja dengan pihak kerajaan Malaysia
sebagai majikan. Kebanyakan daripada syarat dan rujukan kepada PerintahPerintah Am serta aturan-aturan lain ialah mengenai perkara-perkara yang
memberi panduan apa yang sepatutnya dibuat dan tidak patut dibuat oleh
seseorang kakitangan kerajaan ketika menjalankan tugasnya.
Tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dengan pelbagai sikap dan cara.
Seseorang kakitangan kerajaan mungkin boleh memenuhi waktu pejabat
dengan hanya menjalankan setakat daya usaha yang minimum. Seseorang
kakitangan lain mungkin boleh menjalankan tanggungjawab dengan penuh
dedikasi dan dengan sikap yang rela menyumbangkan tenaga yang lebih
supaya dia dapat membereskan tugas-tugasnya. Di samping itu, dia rela
51

membuat kerja yang berlebihan bagi faedah organisasinya. Ada dua cara
bagaimana seseorang kakitangan kerajaan menghadapi tanggungjawabnya.
Jika dua orang pekerja menjalankan satu jenis tanggungjawab dalam
organisasi, maka sudah tentulah prestasi yang ditunjukkan oleh mereka
berbeza antara satu dengan yang lain. Begitu juga dengan daya pengeluaran
(produktiviti) mereka berdua, sudah tentu berlainan. Oleh kerana semua
kakitangan kerajaan dibiayai oleh rakyat, maka rakyat tentu tidak berpuas
hati melihat daya pengeluaran kakitangan kerajaan tidak mencapai tahap
maksimum yang diharapkan.
Pekerja yang mempunyai sikap penuh dedikasi sentiasa menunjukkan
inisiatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Beliau tidak hanya menunggu
arahan daripada pihak atasan. Beliau akan cuba menggunakan kebijaksanaan
untuk memikirkan penyelesaian supaya keputusan dapat dibuat dengan adil.
Banyak masalah yang dihadapi oleh sesebuah jabatan kerajaan yang perlu
diselesaikan dengan cepat dan berkesan untuk perkhidmatan yang sempurna
kepada rakyat. Setiap kakitangan kerajaan perlu sedar sekiranya
tanggungjawab itu tidak disempurnakan, maka ia akan memberi kesan buruk
kepada rakyat dan negara. Oleh itu, prinsip bekerja dengan penuh
tanggungjawab hendaklah dianuti oleh semua kakitangan kerajaan di semua
lapisan perkhidmatan.
3.3.3

Teras Perkhidmatan
Mementingkan Diri

III

Berusaha

Mengikis

Sikap

Sikap mendalam untuk berkhidmat dengan jujur hendaklah menjadi sifat


utama setiap kakitangan kerajaan. Setiap kakitangan kerajaan perlu
menganggap diri mereka sebagai penggerak masyarakat ke arah kemajuan
tanpa menggunakan kedudukan mereka untuk mencari keuntungan sendiri.
Sikap sombong dan meninggi diri hendaklah dihapuskan dan setiap
kakitangan kerajaan harus bersifat insaf, sopan dan berhemah tinggi.
Setiap kakitangan kerajaan mempunyai tanggungjawab dan kuasa tertentu,
dan sebahagiannya terlibat dalam urusan kewangan. Kuasa dan wang ialah
amanah besar yang mesti digunakan dengan cermat dan saksama. Oleh itu,
setiap kakitangan kerajaan mesti bertanggungjawab penuh ke atas setiap
wang yang dibelanjakan. Perkhidmatan kerajaan tidak boleh digunakan
sebagai jalan ke arah pencapaian cita-cita sendiri. Kakitangan yang
menggunakan kuasa untuk faedah diri sendiri dianggap menyeleweng
daripada tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
3.3.4

Teras Perkhidmatan IV- Berkhidmat dengan Penuh Muhibah


dan Kemesraan

Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum. Keadaan ini menjadi faktor


yang penting kepada kakitangan kerajaan untuk membentuk sikap yang
sesuai dalam menjalankan tugas rasmi.

52

Suasana muhibah di kalangan kakitangan kerajaan harus disalurkan kepada


masyarakat sepanjang masa supaya dapat dicontohi dan diteladani oleh
masyarakat tersebut.
Sebahagian besar jabatan-jabatan di negara ini dikunjungi oleh rakyat setiap
hari bagi urusan rasmi. Ada pejabat yang tugas utamanya melayan
permintaan dan permohonan orang ramai yang inginkan perkhidmatan.
Dalam melaksanakan urusan ini, terdapat pelbagai watak dan kelakuan
orang ramai yang terpaksa dihadapi kakitangan kerajaan. Dalam situasi ini,
sifat sabar, bertimbang rasa, simpati, cekal menghadapi perasaan orang
ramai mesti disemai dan diamalkan oleh semua kakitangan kerajaan yang
berurusan dengan orang ramai.
3.3.5

Teras Perkhidmatan V- Bekerja ke Arah Memajukan


Pemikiran Rakyat dan Pembangunan Negara

Kakitangan kerajaan dipilih kerana kelebihan mereka dalam bidang masingmasing, terutama pegawai-pegawai yang bertanggungjawab memberi
bimbingan kepada rakyat. Setiap kakitangan kerajaan mempunyai kewajipan
untuk membantu rakyat memahami dasar kerajaan dan program-program
kerajaan yang hendak dilaksanakan. Mereka perlu menyedarkan rakyat
mengenai rancangan dan projek pembangunan yang disediakan untuk
rakyat. Setiap kakitangan kerajaan hendaklah sedar bahawa tidak ada
pembangunan tanpa penyertaan dan penglibatan rakyat. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab mereka untuk berusaha memajukan pemikiran rakyat.
Pembangunan negara hanya boleh berlaku dengan adanya pembangunan
individu dalam sesebuah masyarakat.
3.3.6

Teras Perkhidmatan VI Bekerjasama dalam Membanteras


Kelemahan dan Musuh-Musuh Negara

Kerjasama merupakan alat yang penting. Tanpa kerjasama, keburukan dan


kerumitan akan timbul dan penyelarasan terlalu sukar untuk dicapai. Sikap
kerjasama ini boleh menjadikan Perkhidmatan Awam satu perkhidmatan
yang berkesan dengan berpandukan objektif yang sama. Tetapi pentadbiran
yang berkesan belum boleh dianggap sebagai pentadbiran bersih jika
penyelewengan dan rasuah dibiarkan berleluasa. Kecekapan ini hendaklah
berlandaskan satu kaedah perkhidmatan dan pentadbiran yang bersih.
Semua pihak yang terlibat dalam usaha untuk membanteras kelemahan
negara seperti kemiskinan, kejahilan dan rasuah. Jika wujud kerjasama yang
kukuh dalam semua lapangan, negara akan bertambah kuat dan musuhmusuh negara dapat dihapuskan. Unsur subversif dan idoelogi komunis
tidak dapat diterima oleh rakyat negara ini kerana ia bertentangan dengan
prinsip-prinsip Rukun Negara. Elemen-elemen ini hendaklah diawasi kerana
ia merupakan musuh utama yang akan melemahkan perpaduan dan
keutuhan negara.

53

3.3.7

Teras Perkhidmatan VII Berpegang Teguh kepada Ajaran


Agama

Satu daripada lima prinsip Rukun Negara ialah Kepercayaan kepada


Tuhan. Dalam Perkhidmatan Awam, perkara ini perlu diberi penekanan
dengan tujuan supaya semua kakitangan kerajaan berpegang teguh kepada
ajaran agama.Tanggapan yang didapati daripada penekanan ini ialah hakikat
bahawa sebarang sikap menuju ke arah tidak beragama ialah satu sikap yang
bertentangan dengan kehendak Perkhidmatan Kerajaan Malaysia. Jika
terdapat kakitangan kerajaan yang tidak mempunyai pegangan kepada nilainilai kesucian, maka tentulah mudah pengaruh anti-agama meresap masuk
dalam pemikiran mereka. Keadaan ini dengan sendirinya menjadikan jentera
pentadbiran kerajaan lemah.
3.4

PERBANDINGAN ETIKA DALAM PENTADBIRAN


AWAM AMERIKA SYARIKAT DAN MALAYSIA

Bagi menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dan


berdaya saing dan untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, salah satu
cabaran negara ialah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral
dan beretika. Sehubungan itu, Perkhidmatan Awam yang merupakan jentera
pentadbiran negara perlu mendokong cita-cita ini. Tanggungjawab
memupuk kesedaran dan penghayatan nilai dan etika kerja yang tinggi di
kalangan anggota Perkhidmatan Awam banyak juga dipengaruhi oleh etika
Perkhidmatan Awam di Amerika Syarikat (AS). Justeru itu, bagaimana Etika
Pentadbiran Awam diserapkan di AS harus difahami dan dicontohi sebaik
mungkin. Bab 3 memberi gambaran bagaimana etika perkhidmatan awam
di Malaysia harus diterapkan. Manakala Bab 4 pula, menghurai lanjut
mengenai bagaimana AS menjadikan etika sebagai alat kawalan kepada
tindakan pentadbir-pentadbir awam yang mana boleh diikuti oleh Malaysia.
Hal ini penting kerana kefahaman etika di kalangan pentadbir awam yang
agak rendah dikhuatiri akan mempengaruhi produktiviti, prestasi dan imej
Pentadbiran Awam keseluruhannya. Hasrat Malaysia adalah untuk
melahirkan negara yang bersatu dengan masyarakatnya yang yakin,
mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, demokratik, liberal dan
bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan
makmur. Oleh itu, diharapkan dengan kefahaman yang jitu dan
penggunaannya yang mantap cita-cita tersebut akan dapat dicapai.
SOALAN DALAM TEKS
3.

Terangkan dua perkara utama yang menjadi asas


kepada pembentukan Etika Perkhidmatan Awam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


54

3.4.1

Etika Pentadbiran Awam di Amerika Syarikat

Rasuah banyak mempengaruhi pembangunan Perkhidmatan Awam moden


di Amerika. Pada awal abad ke-20 satu struktur dan polisi kerajaan Amerika
telah banyak diubah hanya untuk mengurangkan kadar rasuah. Perubahan
ini melibatkan dua jenis:
(i)

(ii)

Untuk mengurangkan secara prosedur sebarang tindakan rasuah


melalui konsep pengurusan seperti memberi kontrak kepada bidder
yang terendah, pengauditan sebelum dan selepas, council-manager
government dan larangan kepada konflik berkepentingan (conflict of
interest).
Memperkenalkan kepada Perkhidmatan Awam sistem merit untuk
pentadbir awam dan melalui konsep seperti sifat berkecuali dan
larangan kepada pengambil bahagian dalam politik.

Reformasi pentadbiran di Amerika Syarikat (AS) yang berhubung dengan


etika, banyak didorong oleh rasuah. Program dan struktur seperti
whistleblowing, aduan hotline, lembaga dan suruhanjaya etika, program
pendidikan etika bagi pegawai politik dan pentadbiran yang dilantik dan
dipilih serta kod etika profesional adalah simbolika kepada pendekatan
moden menangani serta mengurangkan gejala rasuah. Dalam kehidupan
awam moden bukan saja isu mengenai etika asyik timbul tetapi
penguatkuasaan terhadap perlaksanaan etika juga tiada noktahnya. Di AS
contohnya, kepimpinan dalam menggerakkan reformasi tertumpu di
universiti. Hampir keseluruhan universiti besar di AS mempunyai institut
atau pusat bagi etika atau nilai-nilai kemanusiaan. Pembangunan sains politik
sebagai landasan sains sosial yang praktikal dan kemunculan pentadbiran
awam sebagai disiplin dalam sains sosial, kesemuanya menjurus kepada
pergerakan reformasi kerajaan. Kesannya, kajian kontemporari mengenai
etika di universiti lebih banyak diperoleh daripada kajian sains sosial.
Berbekalkan alat moden sains sosial, adalah tidak mustahil untuk menilai
perlakuan etika. Contohnya dalam kerajaan demokrasi, kewujudan nilai
dalam perlembagaan dan undang-undang, boleh dilihat sebagai penerimaan
nilai-nilai yang dipersetujui bersama. Kelakuan individu dan kumpulan
dinilai melalui konvensyen sosial, undang-undang dan perlembagaan,
kepatuhan dikatakan beretika, dan jika tidak patuh, maka perbuatan tersebut
boleh dikatakan tidak beretika.
Di AS rasuah dalam jabatan kerajaan ialah fenomena yang sentiasa berlaku.
Oleh itu, mengapa tiba-tiba etika menjadi begitu penting dan
mendominasikan polisi pada 1990-an?
Ini disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
(i)

Tahap rasuah dalam kerajaan meningkat dengan banyaknya. Di Los


Angeles Datuk Bandar yang telah lama berkhidmat di situ,
55

(ii)
(iii)

(iv)

(v)

(vi)

3.4.2

dipenjarakan atas tuduhan menerima wang ganjaran dari sebuah


syarikat yang berurus niaga dengan bandar tersebut. Los Angeles
mengamalkan undang-undang etika yang paling ketat di AS.
Governer Tenneesse juga dipenjara kerana menjual pardon dan
parole kepada banduan. Di peringkat negeri kempen melibatkan
politik wang ialah suatu perkara yang rutin. Walaupun kelihatan
banyak perlanggaran etika yang melibatkan skandal besar tidak
kurang juga beratus-ratus yang lain kurang mendapat publisiti. Ini
berlaku di semua peringkat kerajaan. Melihat kepada kesemuanya,
rasuah dan etika ialah dua perkara penting yang sentiasa akan timbul
dan sesuatu yang tidak boleh dinafikan pertaliannya juga suatu
perkara yang membebankan isu awam.
Rakyat tidak boleh berkompromi dengan rasuah dalam kerajaan.
Bagi mereka rasuah adalah salah dan menentang sekeras-kerasnya
perbuatan ini.
Rasuah dalam kerajaan membawa impak yang serius. Kes rasuah
yang berulang-ulang kali disiarkan sudah mencapai tahap climax.
Kecaman rakyat yang mengandungi teguran pedas terus-terusan
menjadi drama yang diulang-ulang buat tontonan awam.
Dalam kancah politik, kebaikan dan keburukan beretika sedia
difahami. Jadi penggunaan etika sebagai simbol kebaikan menjadi
modal yang kuat dalam politik. Keadaan ini adalah suatu fenomena
yang biasa.
Etika kerajaan telah dibangunkan dalam bandar, negara dan negeri,
masing-masing mengeluarkan undang-undang etika yang baru.
Institusi etika ini membekalkan kaedah yang berterusan. Perbuatan
rasuah dalam kerajaan boleh sentiasa diletakkan dalam perhatian
awam.
Etika menyeberangi pelbagai lapangan polisi. Etika perubatan adalah
signifikan dalam polisi kesihatan terutama sekali pengguguran bayi,
penamatan hayat, insuran dan perkhidmatan perubatan yang
diberikan. Manakala etika perniagaan dalam dunia perdagangan yang
juga tidak kurang signifikan ialah mengenai kemusnahan dalam
simpanan dan pinjaman. Begitu juga perumahan, pengangkutan,
pelajaran, keselamatan awam, pertahanan negara dan hubungan luar
kesemuanya mendorong kepada perlunya etika. Etika kini, seolaholah berada di mana-mana saja.
Etika Perkhidmatan Awam di Malaysia

Amalan etika di Malaysia juga telah menunjukkan banyak perubahan.


Kesedaran kepada perlunya etika dalam perkhidmatan awam bermula sejak
1940-an apabila berlakunya usaha-usaha pembaharuan dalam perkhidmatan
awam. Terdapat banyak strategi pembaharuan era pemerintahan Dr.
Mahathir yang diketengahkan oleh Dr. Ahmad Atory (1998), tetapi strategi
yang banyak berkait rapat dengan etika ialah konsep bersih, cekap dan
amanah. Pembaharuan lebih cenderung untuk melihat aspek-aspek kelakuan
dalam organisasi dan memberi tumpuan kepada individu dan kumpulan
56

kecil daripada ke atas organisasi secara keseluruhan dan dengan itu


menekankan satu pendekatan pembaharuan mikro. Oleh itu, konsep
Bersih, Cekap dan Amanah di bawah pentadbiran Dr. Mahathir memang
selari dengan perspektif kelakuan atau psikologi budaya yang bertujuan
untuk penyebaran etika dan nilai-nilai moral.
Dr. Mahathir begitu prihatin dengan penerapan satu set etika di kalangan
pegawai-pegawai kerajaan sebagai tambahan kepada kod-kod prosedur
dalam Perintah Am (General Orders) yang diperkenalkan oleh kerajaan
kolonial dahulu. Penekanan diberi kepada nilai-nilai moral dan sikap-sikap
kakitangan kerajaan, manakala Perintah Am lebih menitikberatkan prosedurprosedur kerja umum. Garis panduan etika kerja baru mengenai sikap
kakitangan kerajaan yang seharusnya diamalkan ialah Bersih, Cekap dan
Amanah. Slogan ini telah dilancarkan pada tahun 1982.
Rasionalnya diperkenalkan konsep Bersih, Cekap dan Amanah ialah
semata-mata untuk menerapkan nilai-nilai moral yang tinggi dan positif di
kalangan kakitangan kerajaan yang perlu mereka amalkan dalam
perkhidmatan mereka. Objektif lahiriah konsep ini ialah hasrat untuk
mewujudkan etika kerja yang baik dan sikap-sikap baru di kalangan
kakitangan awam dengan keutamaan yang tinggi diberikan kepada
produktiviti dan kualiti kerja. Istilah-istilah dalam slogan konsep kerajaan
Bersih, Cekap dan Amanah telah ditakrifkan seperti berikut:
(i)

(ii)

(iii)

Slogan Bersih bererti bahawa seseorang penjawat awam itu


seharusnya mempunyai satu moral, nilai-nilai etika dan disiplin kerja
yang tinggi. Ia juga menerangkan pentingnya sikap berkecuali di
pihak pegawai kerajaan dan sepatutnya tidak berat sebelah dalam apa
jua keputusan yang melibatkan orang awam. Bersikap Bersih juga
bererti seseorang pegawai kanan itu tidak harus mementingkan diri
sendiri, menjauhkan diri daripada bersikap dengki khianat dan
benci-membenci.
Manakala Cekap pula bererti seseorang penjawat awam itu
hendaklah berani dan cepat mengambil sebarang tindakan.
Seseorang pegawai awam juga harus berhadapan dengan sebarang
krisis dengan tenang. Pegawai-pegawai kerajaan diberitahu supaya
kekal dengan prinsip dan tegas serta berkeyakinan diri sendiri (self
confident). Selain itu, ciri-ciri lain termasuklah Cekap, iaitu kreatif
dalam kerja, produktif, mempunyai kualiti kerja yang baik,
berpandangan jauh, mempunyai sikap yang proaktif, berpengalaman
dan pakar dalam beberapa bidang.
Amanah bererti seseorang penjawat awam itu hendaklah rela
menjalankan tanggungjawab dan tugasnya dalam bidang kuasanya
dengan keyakinan diri dan amanah supaya mencapai objektif yang
dikehendaki dalam organisasi itu. Selain itu, seorang penjawat awam
juga diharapkan berkelakuan jujur, amanah dan ikhlas sama ada
kepada dirinya, rakan-rakan sekerjanya atau organisasinya.

57

(a)

Strategi pelaksanaan etika

Dalam mempromosikan slogan Bersih, Cekap dan Amanah tersebut,


kerajaan telah melancarkan berbagai-bagai usaha ke arah menggilap sikap
pegawai kerajaan dengan menyuntik keadah-kaedah atau strategi-strategi
baru yang pada asasnya bersifat struktur dan prosedur. Ciri-ciri
pembaharuan struktur dan prosedur yang dikaitkan dengan konsep Bersih,
Cekap dan Amanah itu dibahagikan kepada beberapa prosedur
pentadbiran, teknik dan kaedah-kaedah kerja seperti berikut:
I.

Memperbaiki sistem kerja dan prosedur:


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)

II.

Sistem punch card.


Pengenalan tanda nama.
Konsep ruang dan pejabat terbuka.
Manual prosedur kerja.
Sistem fail meja.
Garis panduan kiriman pos.
Pengurusan melalui mesyuarat.
Program pengukuhan produktiviti.

Memperbaiki perkhidmatan kepada orang awam:


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

Pusat bayaran setempat (one stop payment centre).


Pusat perkhidmatan setempat (one stop service centre).
Pusat bayaran lesen setempat.
Perkhidmatan kaunter cekap dan mesra.
Kotak cadangan.
Sistem GIRO.

III.

Penggunaan automasi dan teknologi.

IV.

Kawalan pengurusan kewangan.

V.

Penerapan nilai-nilai dan etika-etika kerja di kalangan pegawaipegawai kerajaan.

Penerapan nilai-nilai positif di kalangan pegawai kerajaan telah dimasukkan


ke dalam program pembaharuan. Antaranya ialah
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)

Kebertanggungjawaban (accountability).
Pengurusan diri sendiri (self management).
Kerjasama.
Pembangunan diri (self development).
Rajin dan dedikasi.
Kejujuran intelektual.
Semangat berpasukan.
Berjimat-cermat.
Integriti.
58

(x)
(xi)
(xii)
(xiii)
(xiv)

Sikap yang responsif.


Disiplin diri.
Berorientasikan pelanggan.
Berorientasikan prestasi.
Sikap keusahawanan (enterprising).

(b)

Penilaian terhadap pembaharuan etika

Sejak konsep ini dijalankan lebih kurang lima tahun yang lalu, percubaan
mempromosikan konsep kerajaan Bersih, Cekap dan Amanah telah
dibayangi dengan wujudnya suasana politik wang serta amalan membeli undi
yang berleluasa berlaku semasa mesyuarat UMNO di semua peringkat iaitu
daripada cawangan, bahagian dan majlis tertinggi. Selain itu, terdapat begitu
banyak isu skandal kewangan seperti isu BMF, tiga projek gergasi iaitu
jambatan Pulau Pinang, Bangunan Daya Bumi dan Proton Saga (yang jelas
sama sekali kini telah menjadi antara kejayaan besar Malaysia) dan lain-lain
skandal kewangan yang melibatkan syarikat kawalan kerajaan iaitu Sports
Toto, KWSP, syarikat kepunyaan UMNO seperti United Engineering, Fleet
Group dan Zainecon Bumi Sdn. Bhd. Pada masa yang sama, berlaku salah
pengurusan ekonomi yang membawa kepada kemerosotan ekonomi negara.
Meskipun wujud keadaan persekitaran seperti yang disebut di atas, usahausaha pembaharuan terpaksa dihadapi. Segala prosedur dan teknik baru
yang diperkenalkan dalam perkhidmatan awam dikatakan berkait rapat
dengan slogan Bersih, Cekap dan Amanah. Umpamanya, beberapa
pembaharuan dikatakan telah berjaya menyelamatkan keadaan krisis politik
yang berlaku pada 1987. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan
mengambil sikap berkecuali dan tidak mempedulikan krisis politik tersebut.
Mereka telah menjalankan tugas seperti biasa, sama seperti sebelum krisis
berlaku. Dengan itu, terhindarlah daripada dikenal pasti sebagai kumpulan
pembangkang dalam UMNO.
Terdapat satu pendapat yang popular bahawa negara akan berada dalam
keadaan huru-hara sekiranya pegawai kerajaan tidak bersikap berkecuali
semasa berlaku krisis kepimpinan UMNO tersebut.
Satu lagi sebab ialah bahawa institusi-institusi yang berkuasa di Malaysia
seperti perkhidmatan awam, mahkamah-mahkamah dan elit-elit politik
dikatakan lebih kuat daripada institusi berpenyertaan seperti Parlimen, partiparti politik atau badan-badan bukan kerajaan. Oleh itu, diandaikan bahawa
pembaharuan pentadbiran secara relatifnya memang disokong oleh pegawaipegawai kerajaan yang tidak membuat sebarang percubaan untuk
menghalang sebarang usaha pembaharuan yang diperkenalkan.
(c)

Kepimpinan melalui teladan

Konsep kepimpinan melalui teladan ini juga merupakan satu slogan yang
bertujuan untuk menggilapkan moral dan sikap pegawai kerajaan. Ini telah
59

dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir


Mohamad pada tahun 1983. Pemimpin kerajaan sama ada ahli-ahli politik
atau pegawai kerajaan tidak syak lagi dikehendaki menunjukkan satu set
contoh yang baik. Amat penting bagi mereka untuk memahami dan
mengamalkan standard-standard yang baik supaya contoh-contoh baik
mereka akan ditiru oleh kakitangan bawahan mereka dan juga orang awam.
Kepimpinan melalui teladan menjelaskan lagi konsep Bersih, Cekap dan
Amanah.
(d)

Penilaian terhadap konsep kepimpinan melalui teladan

Slogan ini telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada


pegawai-pegawai kerajaan. Setahun selepas perlaksanaannya, satu bengkel
telah dianjurkan bagi menilai keberkesanannya. Objektif utama bengkel
tersebut ialah untuk memperbanyakkan lagi bilangan aktiviti kempen
mengenai kepimpinan melalui teladan.
Penilaian bengkel bersama dengan satu tinjauan mengenai kepimpinan
melalui teladan yang dikendalikan INTAN telah mengeluarkan beberapa
hasil dapatan. Satu daripada dapatan itu ialah orang awam dan pegawaipegawai kerajaan berpendapat bahawa keseluruhan kualiti perkhidmatan
kerajaan telah bertambah baik dengan pesatnya sejak perlaksanaan slogan
tersebut.
Satu daripada cara untuk memberikan contoh yang baik kepada orang awam
ialah dengan membaca lebih banyak buku pengurusan yang akan memberi
panduan kepada pembaca memperbaiki sikap yang baik. Usaha-usaha untuk
menerap perubahan sikap pegawai-pegawai kerajaan melalui program di atas
tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang betul-betul berjaya dalam jangka
pendek sebab ia melibatkan pembinaan suatu sikap atau rasa komitmen
yang menyeluruh daripada individu-individu dan juga perkhidmatan awam
keseluruhannya.
SOALAN DALAM TEKS
4.

5.

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi


kemunculan etika sehingga menjadikannya begitu
penting dan mendominasikan polisi pada 1990-an
di United State.
Terangkan konsep slogan kerajaan Bersih, Cekap
dan Amanah dalam usaha kerajaan menerapkan
nilai-nilai moral yang tinggi dan positif kepada
kakitangan kerajaan dalam perkhidmatan awam.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


60

3.5

KESIMPULAN

Etika perkhidmatan awam lahir daripada kesedaran bahawa profesionalisme


perkhidmatan awam perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dan
kakitangannya hendaklah bekerja dengan penuh dedikasi dan
bertanggungjawab. Ini amat penting kerana perkhidmatan awam sedang
memikul beban untuk melaksanakan pembangunan yang pesat dalam
konteks sebuah negara yang sedang membangun dan maju seperti negara
ini. Konsep meninggikan prestasi perkhidmatan awam yang diharapkan
akan memberi kesan langsung dan nyata kepada rakyat berikutan dengan
perlaksanaan Etika Perkhidmatan Awam. Ini selaras dengan hasrat kerajaan
yang berjiwa rakyat untuk melayan dan menunaikan semua permintaan dan
aspirasi rakyat di negara ini.
SOALAN PENILAIAN KENDIRI
1.
2.
3.

Panduan Perkhidmatan Cemerlang yang mengandungi teras-teras


perkhidmatan awam telah dilancarkan atas beberapa tujuan.
Senaraikan tujuan-tujuan tersebut.
Dalam usaha meningkatkan sikap baik kakitangan awam, strategistrategi baru telah disuntik dalam konsep Bersih, Cekap dan
Amanah. Senaraikan ciri-ciri pembaharuan tersebut.
Penerapan nilai-nilai positif di kalangan pegawai kerajaan telah
dimasukkan ke dalam program pembaharuan. Terangkan nilai-nilai
tersebut.
Semak jawapan anda di akhir bab ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1.

Tonggak 12 mengandungi 12 prinsip, iaitu


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)
(vii)
(viii)
(ix)
(x)
(xi)
(xii)

Menghargai masa.
Ketekunan membawa kejayaan.
Keseronokan bekerja.
Kemuliaan kesederhanaan.
Ketinggian peribadi.
Kekuatan sifat baik hati.
Pengaruh teladan.
Kewajipan menjalankan tugas.
Kebijaksanaan berkhidmat.
Keutamaan kesabaran.
Peningkatan bakat.
Nikmat mencipta.
61

2.

Aspek-aspek tersebut ialah


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)

3.

Etika Perkhidmatan Awam diwujudkan berdasarkan kepada


beberapa perkara:
(i)
(ii)

4.

Permintaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam semakin


meningkat.
Rakyat Malaysia mahukan sebuah pentadbiran yang dapat
memberi dan menyalurkan perkhidmatan yang sistematik,
cekap dan berkesan.

Faktor-faktor tersebut ialah


(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
(vi)

5.

Nilai-nilai peribadi asas iaitu amanah, bertanggungjawab,


ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih, tekun
dan sederhana.
Nilai-nilai yang mengutamakan pelanggan iaitu berbudi
mulia, bersabar, sopan santun dan peramah.
Nilai-nilai kepimpinan iaitu adil, berani dan syura.
Nilai-nilai profesionalisme iaitu produktiviti dan kualiti.
Nilai-nilai keagamaan iaitu bersyukur, beriman dan bertakwa.

Tahap rasuah dalam kerajaan meningkat dengan banyaknya.


Rakyat tidak boleh berkompromi dengan rasuah dalam
kerajaan. Bagi mereka rasuah adalah salah dan menentang
sekeras-kerasnya perbuatan ini.
Rasuah dalam kerajaan membawa impak yang serius.
Dalam kancah politik, kebaikan dan keburukan beretika
sedia difahami. Jadi, pengunaan etika sebagai simbol
kebaikan menjadi modal yang kuat dalam politik.
Etika kerajaan telah dibangunkan dalam bandar, negara dan
negeri, masing-masing mengeluarkan undang-undang etika
yang baru.
Etika menyeberangi pelbagai lapangan polisi.

Slogan Bersih bererti bahawa seseorang penjawat awam itu


seharusnya mempunyai satu moral, nilai-nilai etika dan disiplin kerja
yang tinggi. Ia juga menerangkan pentingnya sikap berkecuali di
pihak pegawai kerajaan dan sepatutnya tidak berat sebelah dalam apa
jua keputusan yang melibatkan orang awam. Manakala Cekap pula
bererti bahawa seseorang penjawat awam itu haruslah berani dan
cepat mengambil sebarang tindakan. Seseorang pegawai awam juga
harus berhadapan dengan sebarang krisis dengan tenang dan
Amanah pula bererti bahawa seseorang penjawat awam itu
hendaklah rela menjalankan tanggungjawab dan tugasnya dalam
bidang kuasanya dengan keyakinan diri dan amanah supaya
mencapai objektif yang dikehendaki dalam organisasi.

62

Anda mungkin juga menyukai