Anda di halaman 1dari 20

Strategi Bisnes

Peniaga Muslim

www.Usahawan.com

Notis
E-book ini diterbitkan oleh www.usahawan.com
Anda dilarang sama sekali mengubah atau menjual e-book ini kepada pihak
lain.
Walaubagaimanapun, anda bebas mengedarkan e-book ini secara percuma
kepada sesiapa.

www.Usahawan.com

Mengenai Usahawan.com

Usahawan.com diuruskan sepenuhnya oleh syarikat 100% milik Bumiputera,


dikenali sebagai Evora Marketing (No Pendaftaran: NS0004305-P) yang
ditubuhkan pada tahun 2005.
Ia merupakan projek keusahawanan rakyat Malaysia yang sesuai dengan
standard dan citarasa pasaran tempatan.
Evora Marketing berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai
pembekal produk & perkhidmatan yang berkaitan. Sebarang tawaran sebut
harga dan pertanyaan produk oleh pihak kerajaan Malaysia amat dialu-alukan.
Mencipta Peluang Perniagaan Baru untuk Peniaga Kecil dan
Sederhana merupakan motto kami. Ia mendorong kami supaya
sering berinovasi bagi mencipta peluang perniagaan baru disamping membantu
mengembangkan perniagaan anda.
www.Usahawan.com

Mengapa perlu memilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan anda?


Sebab 1: Syarikat Milik Penuh Bumiputera
Usahawan.com yang milikannya 100% Bumiputera menjurus ke arah
menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di
negara ini. Hasrat kami adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana,
pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan
perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.
Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan
pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang
sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan,
pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa berubahubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih
efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu
menyelaraskan operasi kami di seluruh negara.
Sebab 2: Pengimport/ Pembekal Secara Langsung & Memiliki Kilang
Sendiri

Kesemua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan


pengimport. Kami juga memiliki kilang pengeluaran produk berasaskan
makanan yang telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM.
Segala usaha kami adalah untuk kepuasan para pelanggan. Oleh itu, kami
menawarkan produk-produk terbaik dengan kualiti yang telah teruji.
www.Usahawan.com

Sebab 3: Bukan Sistem Francais


Tawaran kesemua pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh
itu, jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk
francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat
dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk
menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.
Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com pula sesuai untuk
diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk,
karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online
bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.
Sebab 4: Harga yang Berpatutan & Mampu Milik
Semua produk yang dijual dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki
segenap lapisan masyarakat.
Sebab 5: Latihan Percuma
Kami memberi demo & latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan yang
akan diadakan di pusat latihan kami di Senawang, Negeri Sembilan.
Sebab 6: Sokongan Selepas Jualan
Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat
pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat
bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.

www.Usahawan.com

Antara Pakej Perniagaan Yang Ditawarkan

www.Usahawan.com

Pejabat Urusan

Telefon:
Pejabat: 06-6715360 Fax: 06-6753927
HP: 013-6102971, 012-6738994, 013-6063393
Laman web: http://www.usahawan.com
** Masa telefon dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang - Hari Isnin - Sabtu
(Tinggalkan pesanan SMS jika talian sibuk @ tidak berjawab)
Alamat Kami:
Evora Marketing
No 7-G, Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, 70450 Seremban,
Negeri Sembilan
Waktu Operasi:
Isnin - Sabtu (9.00 pagi - 6.00 petang)

www.Usahawan.com

Pengenalan Strategi Bisnes Peniaga Muslim


Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh
memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam
menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting
prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu
untuk hidup lebih senang.
Banyak sebenarnya cara-cara dan teknik yang boleh dilakukan oleh peniagapeniaga kecil untuk memastikan perniagaan menjadi lebih berjaya. Meskipun
bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan kesabaran pastinya
akan membuahkan hasil yang membanggakan. Islam sendiri telah menegaskan
bahawa perniagaan merupakan 9/10 daripada pintu rezeki.
Fakta ini ternyata relevan apabila begitu ramai usahawan berjaya yang lahir di
dunia hari ini dengan bersandarkan kepada bisnes yang dijalankan. Mungkin
perniagaan yang anda usahakan pada hari ini hanya mampu meraih pulangan
dalam kadar yang kecil, tetapi siapa tahu sekiranya anda terus dan terus
berusaha meningkatkan mutu perniagaan anda, tidak mustahil untuk anda turut
berada dalam kelompok usahawan yang disegani pada satu hari nanti.
Dalam e-book ini diceritakan strategi-strategi perniagaan yang telah digunapakai oleh Rasullullah SAW dan juga Abdul Rahman bin Auf. InsyaAllah anda
mampu untuk menjadi usahawan yang berjaya sekiranya strategi-strategi
tersebut diamalkan dengan baik.
Semoga berjaya!!

www.Usahawan.com

STRATEGI PERNIAGAAN RASULLULLAH SAW


Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak
Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh
umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya
bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail
bin Nabi Ibrahim AS.
Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat
manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang maruf
dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan
Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan
yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.
Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut,
Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan
mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW
memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada
pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan
lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar
ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.
Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu
Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga
ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di
waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawanusahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan
Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti
Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.

www.Usahawan.com

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu
terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan
solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara
sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis
perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu,
yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
(61:10-11)
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan
itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat
kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan
betul.
Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang
yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Baju
perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah
dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk
memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda
Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh,
kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak
dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.

www.Usahawan.com

10

Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.


1. Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal
ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum
Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga
bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib
datang, Rasulullah berkata, Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan
rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar, kata Rasulullah . Saib
membalas dengan berkata, Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga
yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.
2. Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan
oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab
atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual
barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi
mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan
meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka
kehendaki. Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana
mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan
larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding
rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual
pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi
memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat
pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang
menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

www.Usahawan.com

11

3. Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk
mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa
berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak
menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah
menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu.
Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang
manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu
semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan
tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman
kepada orang.
4. Jujur
Baginda bersabda, Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan
bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang
mati syahid (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran
ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam
perniagaan. Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita
sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang
membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan
piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan. Pada
suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah.
Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang
dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan
memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah
menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada
peniaga itu. Apa ini saudara ? tanya Rasulullah . Terkena hujan, tuan, kata
peniaga itu. Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di
sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ? kata Rasulullah . Kemudian
Baginda berkata lagi, Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.

www.Usahawan.com

12

5. Tidak Bersumpah Palsu


Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi
tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau
berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja
merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak
lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis,
Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka
jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat
dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang)
akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka. (HR. Muslim) Rasulullah SAW
mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain
mengakibatkan kehilangan berkatnya.
6. Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah
lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Allah SWT mencucuri rahmat
kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika
ia membuat tuntutan.
7. Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda
menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda
tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke
hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi
tujuan perniagaan. Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana
terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak
berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Maidah ayat 2:
Bermaksud: Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara
kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam
perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.
www.Usahawan.com

13

8. Fasih Tutur Kata


Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur
katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan
sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan
perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak.
Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah
diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah:
Bermaksud: Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang
serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya
(duduk bersama Baginda).
9. Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh
diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk
kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang
sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu
tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di
tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu
datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau
lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa
melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam
perniagaan yang dilakukannya. Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di
mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum
(kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu
kezaliman untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil
yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu
jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan
barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan
dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin
(kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW,
yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.
www.Usahawan.com

14

STRATEGI PERNIAGAAN ABDUL RAHMAN BIN AUF


Sungguh, ku lihat diriku, seandainya aku mengangkat batu,
nescaya ku temukan di bawahnya emas dan perak. - Abdul Rahman bin Auf
Salasilah dan Latar Belakang Hidup Abdul Rahman bin Auf
Abdul Rahman bin Auf berasal daripada keturunan Bani Zuhrat dan lahir di kota
Mekah pada tahun 580 Masihi, 10 tahun selepas Tahun Gajah. Beliau
merupakan antara 8 orang pertama yang memeluk agama Islam. Beliau
melafazkan syahadah melalui Sayidina Abu Bakar r.a. dua hari selepas Sayidina
Abu Bakar sendiri memeluk Islam.
Nama asal Abdul Rahman bin Auf ialah Abdul Kaabah, tetapi telah ditukar
kepada Abdul Rahman sebaik sahaja beliau memeluk Islam. Sebelum memeluk
Islam, beliau hidup dalam kalangan keluarga yang mulia dan bermaruah. Beliau
tidak menyembah berhala, membuat maksiat atau melakukan perkara mungkar
seperti minum arak atau berjudi. Setelah memeluk agama Islam, beliau sendiri
telah berjihad di jalan Allah dengan menyertai beberapa peperangan
menegakkan ajaran Islam seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak
dan Perang Tabuk. Beliau merupakan antara 10 sahabat Rasulullah yang
dijamin akan memasuki syurga oleh Rasulullah sendiri. Abdul Rahman bin Auf
wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan tahun 654 Masihi. Pada ketika itu beliau
berusia 74 tahun.
Abdul Rahman bin Auf Ikon Usahawan Islam
Umum sedia maklum bahawa Abdul Rahman bin Auf adalah merupakan salah
seorang sahabat Rasulullah yang memiliki kepakaran yang hebat dalam bidang
perniagaan. Beliau dilihat sebagai ikon usahawan Islam dan merupakan
seorang jutawan yang memiliki kebijaksanaan dalam bidang perniagaan. Abdul
Rahman bin Auf mampu bergelar jutawan dalam jangka masa 10 tahun dan
seterusnya bertambah kaya dalam masa 32 tahun. Beliau memiliki kemewahan
yang melimpah ruah dan harta kekayaan yang begitu banyak.
www.Usahawan.com

15

Kemahiran selok-belok berniaga yang diperoleh daripada keluarganya dan


kaumnya, Bani Zuhrat telah digunakan sebaik-baiknya. Antara aktiviti
perniagaan yang diceburinya adalah seperti jual beli barang, jualan borong dan
import serta eksport. Beliau seorang yang gigih berniaga dan hanya akan
memperdagangkan barangan yang halal dan suci sahaja. Beliau sangat
mementingkan keberkatan hartanya dan mahu perniagaannya sentiasa
diberkati Allah. Katanya Aku tidak akan menjual barangan yang sudah rosak.
Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit tetapi diberkati oleh Allah.
Sejak dari kecil, Abdul Rahman bin Auf adalah seorang yang suka berdikari dan
tidak mahu bergantung harap terhadap orang lain. Selain itu beliau seorang
yang zuhud tidak mementingkan kebendaan, jujur dan ikhlas. Ini adalah
merupakan salah satu sebab mengapa beliau menjadi antara mereka yang
disukai oleh masyarakat setempat. Di sebalik kekayaan yang melimpah ruah,
beliau seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan. Beliau seorang
usahawan yang takut akan Allah dan sering menangisi kemewahan dunia.
Beliau akan seboleh-bolehnya menghindarkan diri daripada terpengaruh
dengan kekayaannya dengan cara mendermakan sebanyak mungkin harta
kekayaannya ke jalan yang diredhai Allah.
Sekalipun dilimpahi harta kekayaan yang banyak namun dia tidak menjadi
hamba kepada hartanya sendiri.
Ketika peristiwa hijrah umat Islam daripada bumi Mekah ke Madinah, Abdul
Rahman bin Auf telah meninggalkan segala harta kekayaannya di bumi Mekah
dan melakukan hijrah ke kota Madinah. Di Madinah, apabila ditawarkan
bantuan dalam bentuk harta benda oleh golongan Ansar, beliau menolaknya
dengan baik dan hanya ingin ditunjukkan di mana letaknya pasar untuk beliau
memulakan perniagaannya.

www.Usahawan.com

16

Sumbangan Abdul Rahman bin Auf


Pada zaman Rasulullah S.A.W., Abdul Rahman bin Auf pernah
menyumbangkan seluruh harta kekayaannya dan menyerahkannya kepada
mereka yang lebih memerlukannya. Antara sumbangan beliau dalam
menegakkan ajaran Islam adalah dengan menyumbangkan 200 tahil emas, 500
kuda perang dan 1,500 unta tunggangan ketika Perang Tabuk. Beliau juga turut
menjual tanah yang dimilikinya dengan harga 40 dinar dan dibahagikan kepada
Bani Zuhrah, isteri Nabi Muhammad, anak yatim dan fakir miskin. Sumbangan
juga turut diberikan kepada penduduk Madinah dengan memuatkan barangan
keperluan di atas 700 ekor unta untuk disampaikan kepada segenap pelosok
penduduk Madinah. Beliau juga telah mendermakan sebanyak 400 dinar emas
kepada kira kira 100 orang bekas tentera perang Badar yang masih hidup.
Atas jasa dan pengorbanan beliau dalam menegakkan ajaran Islam dengan
menggunakan harta kekayaannya, Rasulullah S.A.W. memujinya dengan
bersabda Abdul Rahman bin Auf adalah saudagar Tuhan.
STRATEGI PERNIAGAAN
Tentu anda tertanya-tanya, apakah strategi perniagaan yang dipegang beliau
sehingga berjaya menjadi seorang usahawan yang terkenal dan sekali gus
melumpuhkan monopoli penguasaan kaum Yahudi dalam ekonomi Madinah?
Ya, dalam erti kata lain, menyebabkan kaum Yahudi itu sendiri seolah gulung
tikar! Persoalan ini pernah ditanya sendiri kepada beliau, dan ini tiga jawapan
ringkas daripadanya:
a) Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
b) Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta
c) Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran

www.Usahawan.com

17

1. Tidak Pernah Menolak Keuntungan


Antara perniagaan yang dilakukan oleh Abdul Rahman bin Auf adalah menjual
unta. Strategi yang diguna pakai oleh beliau dalam memperdagangkan untauntanya adalah dengan menjualnya pada harga kos tanpa ada sebarang
keuntungan. Hal ini sudah tentu akan mengakibatkan ramai pembeli yang
mahu membeli unta akan pergi mencari Abdul Rahman bin Auf. Hairan bukan?
Bagaimana mahu menjadi lebih kaya jika tiada keuntungan yang diambil dalam
penjualan unta-unta ini? Apabila ditanya kepadanya perihal ini, beliau
menjawab Tiada sebarang keuntungan diambil daripada hasil penjualan unta.
Unta dijual pada harga kos. Akan tetapi, keuntungan diambil daripada menjual
tali pengikat unta. Diceritakan bahawa tali pengikat unta yang dijual dengan
harga 1 dirham itu sangat cantik dan terdapat dalam pelbagai warna yang
menarik. Pernah terjadi, beliau telah berjaya menjual 1,000 ekor unta dalam
masa satu hari sahaja, maka 1,000 dirham lah keuntungan hasil jualan untanya
pada hari itu.
Dalam kehidupan kita pada masa ini, ramai peniaga yang menggunakan
strategi ini dalam perniagaan yang diceburi. Contohnya terdapat syarikat
khidmat jualan langsung yang menawarkan ejen mereka point atas penjualan
minimum barangan syarikat. Point-point ini kemudiannya boleh ditukarkan
kepada ringgit tunai. Maka ramai ejen yang sanggup untuk menurunkan
keuntungan yang diperoleh sehingga menjual produk mereka pada harga ahli
semata-mata kerana ingin mencapai sasaran point tunai tersebut. Semakin
ramai pelanggan yang akan tertarik dengan harga yang ditawarkan (serendah
harga ahli!), maka semakin tinggi pula mata tunai yang akan diterima oleh ejen
tersebut.
Begitu juga apabila terdapat penjual yang sanggup untuk menurunkan harga
yang ditawarkan mengikut target pelanggan, dan memperoleh margin
keuntungan yang kecil semata-mata untuk mengejar kuantiti barangan yang
dijual. Bagi mereka, tidak kisah jika keuntungan yang diterima untuk satu
barangan itu sedikit, namun jika dinilai kan dengan kuantiti barangan yang
dijual, keuntungan yang sedikit itu mungkin akan menjadi banyak! Terdapat
juga mereka yang menurunkan harga barangan mengikut harga kos sematamata tidak mahu untuk menyimpan stok dan inginkan barangan itu dijual segara
agar mendapat modal pusingan perniagaan.
www.Usahawan.com

18

2. Tidak Pernah Melambatkan Penjualan Barangan


Abdul Rahman bin Auf tidak pernah melambatkan penjualan barangan kepada
pelanggannya. Setiap pelanggan yang datang kepadanya akan di layan dengan
sebaik mungkin. Permintaan terhadap setiap barangan yang diminta, akan
cuba dipenuhi dengan segera. Pelanggan-pelanggannya amat berpuas hati
dengan layanan yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf. Bagi yang pertama
kali berurusan dengan beliau sudah pasti akan melakukan urus niaga jual beli
lagi pada masa hadapan dan seterusnya menjadi pelanggan tetap beliau.
Pelanggan adalah aset penting yang menjadi keutamaan kepada mereka yang
menceburi bidang perniagaan. Hati pelanggan haruslah dijaga dan ditatang
bagai minyak yang penuh. Kepantasan melayan kehendak pelanggan dan
kecekapan menangani masalah mereka pastinya akan mencerminkan mutu
perkhidmatan dan kesungguhan anda dalam bidang perniagaan yang diceburi.
Pelanggan akan menyukai jika kehendak dan masalah mereka di layan segera.
Sekiranya barangan yang diminta tiada dalam simpanan, maka tawarkan diri
untuk melakukan pesanan kepada stokis atau mencari barangan tersebut di
cawangan kedai yang mempunyai perniagaan seperti anda.
3. Tidak Menjual Secara Tangguhan
Kesemua barangan yang didagangkan Abdul Rahman bin Auf dijual secara
tunai. Dengan mengelakkan pelanggannya berhutang, beliau akan mendapat
kembali wang untuk pusingan modal dengan lebih cepat. Ini juga dapat
mengelakkan daripada berlakunya hutang lapuk. Dengan cara ini juga, beliau
dapat menjimatkan masa dalam melakukan urus niaga dengan setiap
pelanggan.
Ramai dalam kalangan para peniaga kini yang mengamalkan teknik berhutang
atau bahasa manisnya disebut secara ansuran untuk menarik minat pelanggan
terhadap produk yang mereka jual. Kaedah ini bukan sahaja memerlukan
peniaga menyediakan modal yang besar dalam urusan jual beli, namun mereka
juga perlu membuat persediaan dari segi undang-undang andai pembeli tidak
dapat melangsaikan kos pembelian mereka.

www.Usahawan.com

19

Peniaga juga perlu menggaji pekerja untuk menyimpan setiap rekod urusan jual
beli dengan pelanggan. Sekiranya pelanggan tidak mampu untuk meneruskan
bayaran bulanan, maka barangan akan diambil semula. Kondisi barangan
selalunya tidak baik dan ini akan merugikan peniaga itu sendiri.
Kesimpulan
Bukan mudah untuk menjadi kaya, apatah lagi untuk menjalankan perniagaan di
dunia yang untungnya sampai ke syurga! Namun, jika mengikut panduan
strategi yang diberikan oleh Abdul Rahman bin Auf, hanya terdapat 3 strategi
yang penting dalam menjalankan urus niaga perniagaan anda.
Pertama, walaupun nilainya keuntungan jualan yang diperoleh adalah sangat
kecil, janganlah ditolak. Menjual barangan dengan nilai keuntungan yang
sangat kecil akan dapat menghindarkan diri anda seterusnya mengelakkan
anda daripada terjebak dengan perniagaan yang mempunyai unsur-unsur riba.
Kedua, cepatkan urusan jual beli anda dan layanlah pelanggan yang berurus
niaga dengan anda sebaiknya.
Akhir sekali, elakkan daripada melakukan perniagaan yang berkonsepkan
ansuran, dan terimalah transaksi tunai sahaja untuk setiap urusniaga.
Strategi-strategi ini kelihatan amat mudah untuk dipraktikkan. Cuba dan lihat
apakah pelaksanaannya akan mendatangkan apa-apa perbezaan dalam
perniagaan anda?

www.Usahawan.com

20

Anda mungkin juga menyukai