Anda di halaman 1dari 11

Apa itu kata Singkatan dan Akronim?

Salah satu daripada aspek morfologi bahasa Melayu adalah bentuk perkataan yang
terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Kata
tunggal ialah kata yang tidak mempunyai apitan, imbuhan dan gandaan tetapi
hanya terdiri daripada kata dasar. Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51)
secara umumnya akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri
daripada satu bentuk dasar, iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata
dasar yang lain. Kata tunggal terdiri daripada beberapa bahagian antaranya kata
akronim. Kata akronim adalah kata yang hampir menyerupai kata singkatan. Tetapi
berbeza dari segi proses pengujaran dan penulisannya.

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) akronim ialah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar. Sungguhpun akronim berasal daripada
beberapa perkataan tetapi telah menjadi satu kata yang utuh dan mantap yang
mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Akronim melibatkan percantuman
bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan
baru (Tatabahasa Dewan, 1993:52).

Secara umumnya akronim boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kata yang
dipendekkan dengan menggabungkan atau mencantumkan beberapa huruf yang
terdapat pada perkataan tersebut. Akronim bertujuan untuk memudahkan penutur
semasa mengujarkan perkataan yang panjang sepeti nama pertubuhan sesuatu
badan atau organisasi dan perkataan tersebut dapat memberikan makna dan
difahami oleh khalayak. Akronim juga dilafazkan dengan mengikut suku kata
setelah perkataan tersebut diakronimkan.

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2005:171) menyatakan akronim
ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu gabungan beberapa huruf awal
rangkai kata yang disingkatkan. Permulaan huruf yang diambil hendaklah ditulis
dengan menggunakan huruf besar. Contohnya, Lembaga Urusan dan Tabung Haji
(LUTH) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Jenis akronim yang kedua adalah gabungan huruf awal sesuatu perkataan atau suku
kata pertama perkataan tersebut yang ditulis dengan menggunakan huruf kecil
keseluruhannya. Contohnya, taman bimbingan kanak-kanak(tabika) dan cerita
pendek(cerpen). Jenis akronim yang ketiga adalah gabungan huruf awal atau suku
kata sesuatu perkataan dan berfungsi sebagai satu kata nama khas. Kata nama
khas ini ditulis bermula dengan huruf besar . Contohnya, Berita Nasional Malaysia
(Bernama),Perbadanan Nasional (Pernas) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan)

Menurut Asmah Haji Omar (1986:24) akronim terbahagi kepada tiga iaitu
menggabungkan suku kata pertama dan suku kata kedua unsur. Gabungan antara
kedua-dua suku kata ini dapat membentuk satu perkataan yang mempunyai makna.
Contohnya, habis kikis diakronimkan menjadi hakis dan asap kabut diakronimkan
menjadi asbut.
Jenis akronim yang kedua adalah dengan menggabungkan unsur-unsur dengan cara
memendekkan unsur pertama dan mengekalkan huruf perkataan kedua tanpa
membuangnya.
Jenis akronim yang ketiga adalah gabungan kata depan dengan memendekkan
unsur kedua pada bahagian awalnya.

Asmah Haji Omar menyatakan proses akronim boleh dilakukan bergantung kepada
kesesuaian dan kesedapan bunyi ayat tersebut. Walau bagaimanapun, konsep yang
dinyatakan oleh Asmah Haji Omar adalah salah dari aspek makna perkataan
tersebut. Perubahan makna ini boleh menyebabkan kekeliruan. Contohnya
perkataan ke masa kini diakronimkan menjadi kemaskini yang dapat dilihat pada
muka surat tiga. Perkataan ke masa kini membawa maksud pada hari tersebut
atau hari ini manakala kemaskini pula membawa maksud semak semula atau
rekod semula. Walaupun mengalami proses akronim, tetapi maksud perkataan
tersebut telah mengalami perubahan dan menimbulkan kekeliruan yang menjadi
permasalahan dalam proses akronim jika menggunakan konsep Asmah Haji Omar.

Menurut Mansoer Pateda (1995:168) singkatan adalah pemendekan kata-kata yang


teratur mewujudkan satu bentuk kata. Walaupun kata singkatan hampir menyerupai
kata akronim, tetapi ia mempunyai banyak perbezaannya. Perlulah diingatkan
bahawa akronim berbeza daripada singkatan. Singkatan ialah kependekan bagi satu
atau beberapa perkataan manakala akronim adalah gabungan perkataan. Proses
singkatan tidak melibatkan gabungan.

Sekiranya diperhatikan secara mendalam dan terperinci, kata singkatan ini


kebanyakannya dipengaruhi oleh masyarakat dalam penggunaannya untuk
berkomunikasi. Setiap perkataan yang disingkatan haruslah difahami oleh khalayak
umum supaya mesej yang ingin disampaikan dapat difahami. Kata singkatan ini
adalah proses pembuangan huruf dalam beberapa perkataan dan diujarkan secara
satu persatu mengikut ejaan huruf.

Kata singkatan sebenarnya melibatkan pembuangan huruf yang terdapat dalam


beberapa perkataan. Singkatan terbahagi kepada beberapa jenis yang melibatkan
pembuangan huruf antaranya adalah singkatan perkataan yang melibatkan enam
perkataan seperti bilangan disingkatkan menjadi bil, dan perkataan yang tidak

boleh disingkatkan sehingga satu huruf dan telah utuh dalam penggunaannya
seperti perkataan halaman disingkatkan menjadi h. Walau bagaimanapun, kata
singkatan ini sebenarnya tidak termasuk dalam golongan kata singkatan kerana
kata-kata yang telah disingkatkan ini lebih kepada bentuk tulisan. Kata-kata ini
ditulis dalam penulisan novel, majalah, komik dan sebagainya untuk menjimatkan
ruang dan masa.

Kata akronim dan kata singkatan mempunyai banyak perbezaannya. Perbezaan


yang paling ketara adalah cara pengujarannya. Akronim diujar berdasarkan suku
kata atau disebut dalam satu atau lebih ujaran. Tetapi kata singkatan diujarkan
berdasarkan huruf dan diujarkan secara satu persatu seperti PLKN (Program Latihan
Khidmat Negara) tidak diujarkan sekali gus tetapi disebut satu persatu berdasarkan
huruf pertama setiap perkataan. Walau bagaimanapun, kata akronim dan kata
singkatan ini mempunyai persamaan antaranya mempunyai persamaan dari segi
gabungan dan percantuman huruf pertama dalam perkataan. Percantuman dan
gabungan berlaku semasa proses akronim dilakukan bukan hanya melibatkan satu
huruf yang pertama sahaja malah melibatkan gabungan suku kata dan huruf. Oleh
itu, pelbagai konsep dan penggunaan kata akronim dan singkatan diutarakan oleh
ahli pakar bahasa.

Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dilakukan, didapati bahawa kata
akronim sebenarnya tidak menyerupai kata singkatan. Kata akronim adalah
tergolong dalam kata tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata
tunggal. Oleh itu, sudah jelas kata akronim dan kata singkatan adalah berbeza.
Selain itu, apabila sesuatu perkataan diakronimkan dan hasil perkataan tersebut
adalah mudah untuk diujarakan manakala kata singkatan adalah perkataan yang
telah disingkatakan dan sukar untuk diujarkan (Mansoer Pateda,1995:168). Menurut
Ahmad Khair Mohd Nor (2007) akronim harus dibezakan daripada singkatan.
Persamaan antara kedua-duanya ialah kedua-duanya melibatkan gabungan atau
cantuman huruf pertama dalam beberapa perkataan.

Nik Safiah Karim et al. (2005:171) menyatakan akronim jenis kedua adalah
gabungan huruf awal sesuatu perkataan atau awalan suku kata perkataan tersebut
yang ditulis dengan menggunakan huruf kecil keseluruhannya dengan memberikan
contoh cerpen sebagai akronim jenis kedua. Berdasarkan definisi yang dinyatakan,
jenis akronim yang kedua menyatakan gabungan awal suku kata setiap perkataan.
Walau bagaimanapun, dalam contoh yang diberikan tidak mengikut peraturan yang
ditetapkan. Cerpen sebenarnya berasal dari perkataan cerita pendek. Oleh itu,
perkataan sebenar yang diakronimkan mengikut peraturan jenis kedua ini adalah
cepen dan bukannya cerpen. Hasil daripada awal suku kata pertama setiap
perkataan yang diakronimkan. Sepatutnya, jenis perkataan ini diasingkan dan diberi
nama atau jenis baru iaitu pengekalan tiga huruf pertama dan suku kata bagi
perkataan kedua.

Perkataan cerpen adalah mengikut konsep jenis kedua Asmah Haji Omar iaitu
pemendekan kata akronim tidak ditentukan oleh kriterium tetapi bergantung
kepada kesesuaian atau kesedapan ayat tersebut. Jika cerita pendek diakronimkan
menjadi cepen mengikut konsep dalam Tatabahasa Dewan, ianya tidak
menimbulkan keserasian atau kesesuaian dalam ayat. Malah, ianya akan
menyukarkan penutur untuk menutur perkataan tersebut. Oleh itu, konsep yang
terdapat dalam Tatabahasa Dewan adalah saling berkaitan dengan konsep Asmah
Haji Omar.

Jenis akronim yang pertama juga sama dengan jenis akronim yang kedua, tetapi
bezanya jenis ini berfungsi sebagai kata nama khas dan ditulis bermula dengan
huruf besar. Perkataan Universiti Pendidikan Sultan Idris apabila diakronimkan akan
menjadi UPSI. Walau bagaimanapun, pengambilan suku kata pertama bagi setiap
perkataan tidak mematuhi peraturan jenis pertama dalam Tatabahasa Dewan iaitu
gabungan huruf awal yang disingkatkan. Jika kata nama khas tersebut mematuhi
peraturan jenis pertama, hasil daripada proses akronim adalah upensulid.

Kata singkatan yang dinyatakan oleh kebanyakan buku adalah dalam bentuk
penulisan dan bukan dalam bentuk singkatan yang diselaraskan. Kata singkatan
adalah perkataan yang disingkatkan dan sukar untuk diujarkan seperti perkataan
JBA dan b.p. Terdapat kekeliruan contohnya dalam Sulaiman Masri et al. (2006:156),
menyatakan mindef dan bernas adalah kata singkatan yang berasal daripada
perkataan ministry of defence dan Beras Nasional. Menurut Mansoer Pateda
(1995:168), perkataan singkatan yang telah disingkatkan adalah sukar untuk
diujarkan. Oleh itu, kata singkatan ini adalah salah dari segi hukum penyingkatan.
Perkataan Mindef dan Bernas sepatutnya tergolong dalam kata akronim dan
bukannya dalam kata singkatan. Bernas adalah perkataan yang diujarkan tanpa
menyukarkan penuturnya menutur perkataan tersebut. Oleh itu, kata singkatan
adalah kata yang terdiri daripada beberapa huruf dan diujar satu persatu tanpa
membentuk suku kata contohnya Barisan Nasional disingkatan menjadi BN.

Secara ringkasnya, singkatan atau kependekan ini digunakan untuk mengenal


bentuk yang diringkaskan. Bentuk yang diringkaskan haruslah difahami oleh
khalayak supaya mesej yang ingin disampaikan dapat difahami. Penggunaan kata
singkatan dalam teks atau apa-apa artikel contohnya seperti akhbar dan novel
adalah bertujuan untuk menjimatkan ruang. Selain daripada itu juga kata singkatan
berfungsi untuk mengeratkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan kata singkatan jelas dapat dilihat dalam penulisan novel atau skrip
drama yang menggunakan bahasa harian untuk menggambarkan emosi, suasana,
tempat dan watak seseorang pelakon.

Kata akronim pula terbentuk daripada huruf-huruf yang terdapat dalam pekataan
yang ingin diakronimkan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pakar
bahasa. Ringkasnya, akronim berbeza dengan singkatan dari dua aspek iaitu
akronim adalah komponen kata tunggal manakala kata singkatan tidak. Kedua
adalah perkataan yang telah diakronimkan mudah untuk diujarkan seperti tabika
dan kugiran manakala kata singkatan sukar untuk diujarkan walaupun telah
mengalami proses pemendekkan contohnya UKM dan KL.

Hasil daripada penelitian, dapat disimpulakan bahawa kata singkatan dan kata
akronim adalah berbeza. Perbezaan pendapat atau konsep yang diutarakan oleh
pelbagai ahli bahasa sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan saling
berkaitan anatara satu sama lain. Walau bagaimanapun, ada kesilapan atau
kekeliruan apabila menggunakan konsep yang diutarakan oleh ahli pakar bahasa ini
tetapi masih berakar umbi pada punca yang sama. Kedua-dua kata ini masih
melibatkan pemendekan, gabungan, pembuangan dan percantuman huruf dalam
beberapa perkataan.

Konsep Tatabahasa

i. Secara amnya tatabahasa merupakan asas untuk melahirkan sesuatu bahasa


yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya. Dengan itu, sesuatu bahasa itu
akan dapat dieksploitasikan untuk membentuk dan mewujudkan gaya dan laras
bahasa yang tersendiri kepada bahasa tersebut. Untuk itu, setiap tatabahasa itu
haruslah tepat, lengkap, lugas, tuntus dan mudah difahami serta dapat
mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa sebenarnya
sebagai rujukan kepada peraturan atau hukum sesuatu bahasa. Dengan adanya
tatabahasa akan menentukan sesuatu bahasa itu dapat berfungsi dengan baik,
berkesan, atau sebaliknya. Oleh itu dengan perkataan lain, tatabahasa merupakan
suatu himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi
dan sintaksis.
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu oleh Nik Safiah Karim (1996), mentarifkan
bahasa itu terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula
terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Manakala penyelidikan
terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi, iaitu dari segi cara
perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan dari segi cara perkataanperkataan ini disusun menjadi ayat.
Terdapat beberapa pandangan yang berkaitan definisi tatabahasa ataupun
dahulunya dekenali sebagai nahu. Menurut Awang Sariyan dalam tulisanya Ceritera
Bahasa (2002), secara ringkas menyatakan tatabahasa adalah peraturan yang
membina bentuk-bentuk bahasa ( kata, frasa, dan ayat ) yang betul bagi sesuatu
bahasa tertentu. Peraturan atau tatabahasa ini lah yang menentukan salah
betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkn oleh penuturnya, baik dalam lisan

mahupun tulisan. Manakala mengikut pandangan Abdullah Hassan dalam tulisanya


bertajuk Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah (2008) mendifinasikan tatabahasa
sebagai suatu susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan ini dibina
dan kemudiannya disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara
inilah dikatakan sebagai tatabahaasa.
Bagi pandangan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya Menurut Siti hajar (1996),
mengertikan tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan
dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataanperkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan pengertian
lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklaifikasian
unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.
Konsep tatabahasa sebenarnya berpandukan kepada definisi-definisi di atas.
Tatabahasa sebenarnya merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang
menerangkan peraturan-peraturan atau hukum sesuatu bahasa. Penggabungan
kata-kata untuk
menghasilkan bunyi dan frasa adalah berpandukan kepada definisi tatabahasa
tersebut. Untuk itu tatabahasa adalah berpandukan kepada dua, iaitu morfologi dan
sintaksis yang mana akan membentuk sesuatu bahasa. Morfologi adalah istilah ilmu
linguistik bidang huraian pada peringkat perkataan. Manakala sintaksis pula
menerangkan bidang huraian pada peringkat ayat.
Morfologi berkait rapat dengan pembentukan perkataan dalam bahasa. Morfologi
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu imbuhan, perkataan dan bentuk perkataan.
Imbuhan adalah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain
bagi membentuk perubahan makna nahu sesuatu perkataan, ini bermaksud ianya
akan membawa suatu makna yang lain kepada sesuatu perkataan apabila ditambah
imbuhan. Imbuhan terbahagi kepada imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi. Manakala perkataan ialah satu unit ujaran yang
bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan
beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan ini terdiri daripada kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Bentuk perkataan pula adalah bentu kata
yang boleh terdiri daripada satu morfem atau sesunan beberapa morfem.
Antaranya, bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan
bentuk kata ganda.
Berpandukan morfologi, dapat dijelaskan bahawa ianya adalah bidang bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Jika dilihat, penggolongan kata pula ialah suatu proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Justeru itu, morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolongan kata dalam sesuatu bahasa.
Unit-unit tatabahasa pula yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem
adalah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang
menjalankan tugas nahu. Sebagai kata lain sesuatu perkataan itu terbentuk

daripada satu morfem atau lebih. Morfem pula boleh bersifat bebas atau terikat,
iaitu morfem bebas dapat wujud dengan bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat
pula ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Ini menjelaskan
bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan
morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu.
Selain morfologi, peringkat susunan binaan yang amat pentig kepada pembentukan
tatabahasa apa jua bahasa adalah sintaksis. Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan
keluaran
(1996) mentakrifkan sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dinyatakan sebagai suatu
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Untuk itu sintaksis sebenarnya suatu
kaedah yang mengkaji struktur binaan ayat ,iaitu proses pembentutan ayat dalam
sesuatu bahasa yang dikenali sebagai binaan atau konstruksi.
Selain itu, sintsksis mengkaji pembahagian subjek dan predikat, yang mengkaji
kecekapan berbahasa atau daya pengetahuan untuk mengetahui atruktur unsur
atau struktur konstituen setiap ayat dalam sesuatu bahasa. Bagi ayat dasar dan
ayat terbitan, sintaksis bertindak menentukan kesemua ayat yang terbentuk masih
tetap mematuhi dan pasti berasal daripada satu ayat dasar, iaitu pola ayat yang
menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam
sesuatu bahasa. Selain itu, sentaksis juga mengkaji setiap susunan dalam ayat,
urutan kata, perpindahan kata, ragam ayat iaitu kejadian ayat aktif dan ayat pasif
serta jenis-jenis ayat yang terdiri daripada empat jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.
Secara kesimpulanya jelas menyatakan bahawa konsep tatabahasa adalah
berkaitan satu cabang linguistik umum yang menerangkan tentang hukum dan
peraturan-peraturan bahasa. Tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang
membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan
perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Secara lazimnya tatabahasa
bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang
bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul. Dengan adanya peraturan atau
undang-undang ini akan menentukan bahasa itu berfungsi dengan baik, berkesan
atau sebaliknya. Untuk itu tatabahasa merupakan kajian atau analisis perkaitan
yang meliputi bidang morfologi san sintaksis. Morfologi adaah bidang yang mngkaji
cara-cara perkataan itu dibentuk hasil daripada bunyi-bunyi bahasa. Manakala
sintaksis pula merupakan suatu bidang yang mengkaji cara sesuatu perkataan itu
disusun menjadi ayat.
ii. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Hubung.
Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat
yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Dengan kata lain kata hubung
ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan
frasa, atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Kata

hubung terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung
pancangan. Contoh kata hubung gabungan ialah dan, atau, tetapi, serta, lalu,
malahan, sambil dan kemudian. Manakala contoh kata hubung pancangan ialah
yang (relatif), bahawa dan untuk (komplemen), kerana, sekiranya, kalau,
sementara, ketika, walaupun, agar, semoga, tatkala, meskipun, supaya, untuk, dan
apabila (keterangan) .
Kesalahan penggunaan kata hubung gabungan sering terjadi apabila pelajar tidak
memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat. Antara
kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan adalah :1. Ahmad berdiri lantas memberikan jawapan. (salah)
Ahmad berdiri lalu memberikan jawapan. (betul)
2. Aminah lulus ujian itu dan adiknya gagal. (salah)
Aminah lulus ujian itu tetapi adiknya gagal. (betul)
3. Bukan Pak Abu sahaja yang pemurah tetapi anaknya juga dermawan. (salah)
Bukan Pak Abu sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan. (betul)
Analisis kesalahan.
Kesalahan ayat pertama berkaitan kata lantas bukan kata hubung. Sepatutnya kata
lalu digunakan. Ayat kedua kata dan adalah tidak sesuai kerana hubungan antara
ayat pertama dan ayat kedua tidak jelas oleh itu kata hubung dan lebih sesuai
digunakan. Ayat ketiga mempunyai perhubungan antara dua ayat. Kata tetapi tidak
sesuai digunakan kerana kata tetapi sepatutnya menunjukkan sesuatu
perbandingan dalam ayat.
Kesalahan penggunaan kata hubung pancangan juga sering dikesan
penggunaannya oleh pelajar. Antara kesalahan-kesalahan yang berlaku adalah:Kata hubung pancangan relatif
1. Rumah telah dibina itu kepunyaan ayah saya. (salah)
Rumah yang dibina itu kepunyaan ayah saya. (betul)
Kata hubung pancangan komplemen
2. Guru itu menyatakan yang muridnya sangat rajin. (salah)
Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. (betul)
Kata hubung pancangan keterangan
3. Salmah menangis bila mendengar berita sedih itu. (salah)
Salmah menangis apabila mendengar berita sedih itu. (betul)
Analisis kesalahan.

Kesalahan kata telah dalam ayat kata hubung relative jelas kerana kata telah
merupakan kata bantu. Manakala dalam ayat kedua pula, kata bahawa adalah lebih
sesuai kerana ianya berfungsi menghubungkan klausa ayat murid sangat rajin
dengan klausa utama, guru itu menyatakan. Kesalahan ayat ketiga kerana kata
bila adalah kata tanya yang jelas bukan kata hubung.
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Tanya.
Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila, dan bagaimana. Kata Tanya
hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Namun sekiranya kata
Tanya dikehadapankan maka kehadiranya hendaklah disertai partikel kah .Selain
itu terdapat tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata Tanya,
iaitu apa, siapa, dan mana.
Kesalahan penggunaan Kata Tanya sering berlaku apabila partikel kah tidak
digunakan. Selain itu terdapat juga kesalahan kepada kata apa dan siapa . Antara
kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan adalah :1. Berapa harga barang itu ? (salah)
Berapakah harga barang itu ? (betul)
2. Bila awak akan berangkat ke London ? ( salah)
Bilakah awak akan berangkat ke London ? (betul)
3. Nama kucing ini siapa ? (salah)
Nama kucing ini apa ? (betul)
4. Apakah nama gadis bertudung merah itu ? (salah)
Siapakah nama gadis bertudung merah itu ? (betul)
Analisis kesalahan.
Kesalahan ayat pertama dan kedua berlaku kerana kata tanya yang digunakan tidak
disertai dengan partikel kah. Seharusnya kata tanya yang dikehadapankan perlu
mempunyai partikel kah. Manakala bagi ayat ketiga dan keempat, kesalahan
berlaku apabila penggunaannya adalah tidak tepat kerana kata tanya apa dan siapa
digunakan untuk sesuatu yang berlainan. Kata tanya apa hanya boleh digunakan
untuk menanyakan nama benda atau binatang. Manakala kata tanya siapa pula
hanya untuk menanyakan nama manusia.
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa
nama. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikit ciri
maknanya iaitu kata bilangan tentu ( bilangan kardial ), kata bilangan tak tentu,
kata bilangan himpunan, kata bilanagan pecahan dan kata bilangan berpasangan
dan sebagainya.

Kesalahan penggunaan kata bilangan sering terjadi kepada kata bilangan tak tentu.
Antara kesalahan yang dapat dikesan :1. Semua murid-murid tidak dibenarkan membawa barang berharga ke sekolah.
(salah)
Semua murid tidak dibenarkan membawa barang berharga ke sekolah. (betul)
2. Kem motivasi itu melibatkan para guru-guru sekolah sekitar Segamat. (salah)
Kem motivasi itu melibatkan para guru sekolah sekitar Segamat. (betul)
Selain itu terdapat juga kesalahan yang dikesan pada penggunaan kata tentu.
Contohnya
3. Sudah satu suku jam Abu menunggu ibunya di hadapan sekolah. (salah)
Sudah satu jam suku Abu menunggu ibunya di hadapan sekolah. (betul)
Analisis kesalahan.
Kesalahan ayat pertama dan kedua, disebabkan perkataan itu sudah menandakan
jamak, kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang. Manakala kesalahan bagi
ayat keempat, kata bilangan tentu seperti satu, dua dan seterusnya tidak boleh
hadir berdekatan dengan kata bilangan pecahan.
Kesalahan dalam Penggunaan Kata Sendi
Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi
yang digunakan termasuklah, di, ke, dari, daripada, kepada, pada bagi, akan, antara
dan sebagainya. Berikut merupakan beberapa kesalahan yang dikesan, antaranya:1. Samad berasal daripada Pulau Pinang. (salah)
Samad berasal dari Pulau Pinang. (betul)
2. Laporan itu hanya sampai ke pihak polis. (salah)
Laporan itu hanya sampai kepada pihak polis. (betul)
3. Kambing-kambing itu beratur pulang ke kandang di waktu petang. (salah)
Kambing-kambing itu beratur pulang ke kandang pada waktu petang. (betul)
Analisis kesalahan.
Kesalahan ayat pertama adalah kerana kata daripada tidak boleh digunakan untuk
menunjukkan tempat dan waktu. Sebaliknya penggunaan kata sendi kata daripada
hanya boleh digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak,
dan untuk menunjukkan keanggotaan. Kesalahan ayat kedua dan keempat, kata
sendi nama kepada seharusnya terletak di hadapan kata nama atau frasa nama
untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia dan haiwan. Dalam ayat ketiga
kesalahan berlaku kerana kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan
kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu ataupun masa.

Secara keseluruhannya, kesalahan penggunaan tatabahasa di kalangan pelajar


sering berlaku disebabkan kurangnya pemahamam mereka kepada cara
penggunaan yang tepat dan betul.
( 1084 patah perkataan )

Anda mungkin juga menyukai