Anda di halaman 1dari 6

SK KAMPONG BAHARU BATU 16, 36300 SUNGAI SUMUN, PERAK

SENARAI TUGAS GPK HEM


A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar
dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan
mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, kokurikulum, disiplin,
bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut
prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan
berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin
sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan
bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar
perjalanannya menjadi lebih berkesan.
B. Senarai Tugas: Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa
butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan
kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borangborang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain
adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar,
PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan
pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.

C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru,
kakitangan dan para pelajar.

3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap
perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan
tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar
terlibat.
D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi
masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajarpelajar baru.

E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar
berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti
menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk
menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan
pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:


1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal
menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan
hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.

G. Biasiswa Dan Bantuan:


1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang
mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.

3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak
menerimanya.

H. Kokurikulum: Sukan Dan Permainan:


1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua
peringkat. Persatuan Dan Kelab:
1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
Pasukan Pakaian Seragam:
1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di
sekolahnya. Koperasi Dan Simpanan Pelajar: 1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan
dengan program koperasi di peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau
lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.

Tugas Dan Tanggungjawab Lain:


1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang
itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar.
Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)

1.1 DISIPLIN
1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.
1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3 2. Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.
1.2 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.
1.2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
1.2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
3. KESIHATAN
1.3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
1.3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.
4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
1.4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.

1.4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.


5. BIASISWA DAN BANTUAN
1.5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan. 1.5.2 Mengemas kini rekodrekod biasiswa dan bantuan.

6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN


1.6.1 Projek Susu Sekolah.
1.6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2. PENTADBIRAN.
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid
2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7 Membantu merancang takwim sekolah.
3. KURIKULUM.
3.1 Pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.
4. KOKURIKULUM
4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta
pasukan unit beruniform.
4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.
5. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)
5.1 Menghadiri kursus.
5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5 Penglibatan dalam PIBG.

SK PENGALAT KECIL, P/S 181, 89608 PAPAR, SABAH, MALAYSIA BERUSAHA


BERBAKTI SENARAI TUGAS GPK PENTADBIRAN A. Bidang Tugas: 1. Melaksana dan
menjalankan segala tugas dan tanggungjawab Guru Besar semasa ketiadaannya di sekolah. 2.
Mengajar sebilangan daripada waktu mengikut arahan Guru Besar yang ditetapkan dari semasa ke
semasa. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal yang berhubungkait dengan
kurikulum, pentadbiran dan pengurusan sekolah, hubungan dengan masyarakat dan juga
keselamatan. 4. Membantu Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah yang
mempunyai sidang petang. 5. Memberi segala bantuan kepada Guru Besar dalam tugas menyelia
dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6. Membantu Guru Besar dalam semua
aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan program dan projek sekolah. B. Senarai Tugas:
1. Memastikan pelaksanaan semua kursus pengajian yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan. 2. Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, semester dan lain-lainnya
berjalan dengan lancar dan berkesan. 3. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran itu
dilaksanakan secara teratur dan baik. 4. Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan
teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 5. Menentukan penggunaan dan
penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. 6. Membantu dan
membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru
mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka. 7. Membuat kajian terhadap segala jenis
laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadangkan tindakan susulan. 8. Membantu
dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, penilaian
dan menyarankan tindakan susulan. 9. Menyelaraskan pengurusan dan perjalanan kegiatankegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah. 10. Menyelaraskan segala program
kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan Malaysia. 11. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan
Pusat Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya. 12. Menyusun
jadual waktu kelas dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan
mereka yang ditimpa kemalangan dan mengalami kecemasan. C. Pentadbiran: 1. Membantu
bagi menentukan beban tugas guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.
2. Membantu dan menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan
kakitangan bukan guru sekolahnya. 3. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data,
maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari semasa ke semasa. 4. Membantu merancang
takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti sepanjang tahun. 5. Membantu menyelia
kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru. 6. Membantu dan menyediakan anggaran
belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan. 7. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur bagi

sekolahnya. 8. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan
dan permainan dan sebagainya. 9. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi
pandangan terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan
juga perbincangan. 10. Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan Guru Besar dan
juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru. D. Kebersihan Dan Keindahan Sekolah: 1. Membantu
dalam merancang dan menyedia program bagi kebersihan dan keindahan sekolah. 2. Memastikan
bahawa program keceriaan sekolah dilaksanakan dengan jayanya oleh mereka yang diberi
tanggungjawab untuk melaksanakannya. E. Keselamatan: 1. Merancang segala langkah
keselamatan sekolah bersama-sama dengan Guru Besar. 2. Merancang dan melaksanakan
bersama-sama dengan Guru Besar, latihan mencegah kebakaran dan kegiatan-kegiatan
seumpamanya. F. Kantin: 1 Membuat penyeliaan kantin sekolah bersama-sama dengan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. G. Buku Teks: 1 Menentukan pemilihan dan penggunaan
semua buku teks dan juga buku rujukan sekolah. H. Tugas-Tugas Lain: 1. Menjadi ahli
jawatankuasa mana-mana persatuan/kelab di sekolah sebagaimana yang ditentukan oleh Guru
Besar sekolah dari semasa ke semasa. 2. Mewakili Guru Besar dalam berbagai-bagai upacara dan
majlis rasmi yang diadakan di luar sekolah sama ada oleh PPD, JPN, Kenterian Pendidikan
ataupun yang dianjurkan oleh masyarakat setempat. Melaksanakan segala arahan dan tugas-tugas
lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 1. KURIKULUM 1.1 Menyedia dan
menyusun jadual waktu kelas, jadual waktu guru serta jadual waktu gantian. 1.2 Pengajaran dan
pembelajaran. 1.3 Penyeliaan dan penilaian. 1.4 Perlaksanaan kursus pengajian. 1.5 Menentukan
rancangan pelajaran harian, mingguan dan penggalan. 1.6 Memastikan perjalanan panitia mata
pelajaran. 1./ Bimbingan dan latihan kepada guru-guru baru. 1.8 Kajian laporan kurikulum. 1.9
Perancangan dan penyelarasan berkaitan dengan ujian / penilaian. 1.10 Menyelaras program
kurikulum anjuran sekolah / PPD / JPN UPSR. 2. PENGURUSAN 2.1 Membantu dalam
penentuan tugas guru / kakitangan sokongan. 2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan /
kursus / latihan untuk guru / kakitangan. 2.3 Membantu menyelenggara dan penyelaras kutipan
data / maklumat dan perangkaan. 2.4 Membantu merancang takwim sekolah. 2.5 Membantu
menyelia kerja-kerja kakitangan sokongan. 2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan
tahunan sekolah. 2.7 Menyelaras semua jenis kutipan yuran. 2.8 Menjadi ahli jawatankuasa
pelaporan tatatertib sekolah. 3. PEMBANGUNAN MAJU DIRI MURID (PMD) 3.1 Membantu
merancang dan menyelia program budaya sekolah keceriaan / keindahan / kebersihan sekolah.
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran. 3.3 Mengadakan kursus
motivasi murid. 4. PEMBANGUNAN KENDIRI (PERSONEL DEVELOPMENT) 4.1
Menganggotai jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke semasa. 4.2
Menghadiri kursus, seminar, bengkel dan lain-lain. 5. PEMBANGUNAN ORGANISASI
(SYNERGY) 5.1 Hubungan ibu bapa / masyarakat. 5.2 Mengadakan kursus / latihan untuk
personel.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai