Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang
yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis- apabila orang itu membuka tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan ALLAH- menurut undang-undang peraturanNyamendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). [al-Qur'an, Surah An-Nur (24): Ayat 40] 1. Profesor Dorja Rao (Pakar Kaji Laut/Marine Geologist di Universiti King Abdul-Aziz) mengesahkan bahawa hanya kini ahli-ahli sains mengetahui bagaimana keadaan di dasar laut, sedangkan maklumat sebegini telah termaktub dalam al-Quran secara terperinci sejak 1400 tahun yang lalu. 2. Sebagai contoh, ombak bertindih ombak hanya diketahui oleh ahli sains pada 1900. Dengan kata lain, di bawah permukaan ombak yang dapat dilihat dengan mata kasar (ombak permukaan), terdapat banyak lagi lapisan-lapisan ombak yang lain (i.e. ombak dalaman). Ombak Permukaan
Ombak Dalaman Ketumpatan Tinggi Ketumpatan Rendah
Ombak dalaman berlaku di laut dalam disebabkan laut dalam
mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada lapisan laut di atasnya. Ombak-ombak dalaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi boleh dikesan dengan mengkaji perbezaan suhu atau kemasinan di beberapa lokasi.
2 FAKTOR PENYEBAB KEGELAPAN DI LAUT DALAM:
....gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak;... [Surah An-Nur (24): Ayat 40] [A] Sebagaimana yang kita tahu, apabila cahaya menyentuh air, ia berpecah menjadi 7 warna-warna. Warna-warna ini akan hilang satu demi satu apabila melalui setiap lapisan, dan seterusnya lautan menjadi semakin gelap: i- Lapisan atas laut dalam (i.e. 10 meter pertama) menyerap warna merah. (Justeru, jika seseorang terluka pada kedalaman lebih dari 10m, dia tidak akan dapat melihat darahnya disebabkan warna merah tidak sampai di kedalaman itu.) ii- Jingga (Oren) diserap selepas 10 meter. iii- Kuning diserap pada 50m, iv- Hijau diserap pada 100m. v- Biru diserap pada 200m atau lebih, dan seterusnya diikuti vi- Indigo (Biru gelap) dan vii. Ungu (Violet). Pada kedalaman 1000m, berlakulah kegelapan sepenuhnya: ...apabila orang itu membuka tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali... [Surah An-Nur, 24: Ayat 40] Sehinggakan hidupan laut perlu membawa sumber cahaya mereka sendiri. E.g. Ikan Caulophryne mempunyai organ di kepalanya yang dikenali sebagai photophores yang dapat mengeluarkan cahaya.
[B] Pemisah yang menyembunyikan cahaya:
...di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaanya) gelap-gelita berlapis-lapis... [Qs. 24:40] i- Sinaran cahaya berpunca dari pancaran matahari akan diserap oleh awanawan yang kemudiannya menyebarkan sebahagian daripada pancaran cahaya itu sahaja menyebabkan kegelapan di bawah awan. Ini ialah lapisan kegelapan yang pertama. ii- Kemudian apabila pancaran cahaya sampai di permukaan lautan, 3-30% dipantulkan oleh permukaan ombak (sebab itulah ombak nampak bersinarsinar). Cahaya yang berbaki akan masuk ke dalam lautan dan terjadilah seperti [A] (rujuk di atas). Abdullah M. Al-Rehaili. (1995). This Is The Truth. Riyadh.