Anda di halaman 1dari 15

TUGASAN

MEI 2015 SEMESTER

KOD KURSUS

EEM 421

NAMA KURSUS

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

RAJINAH BINTI MANEN

NO. MATRIK

E30209120864

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

BIL

ISI KANDUNGAN

AeU CAWANGAN BINTULU

MUKA SURAT

Bahagian A
Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor
Awam di Malaysia oleh Roslan Mahmood & Nik Rosnag Wan
Abdullah.
(a) Penjelasan penulis tentang Pendidikan etika, moral dan
integriti .
(b) Dapatan Kajian
(c) Huraian masalah berkenaan pengurusan pendidikan etika,
moral dan integrity.
(d) Implikasi dapatan kajian

Bahagian B
Unsur-unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia.

Rujukan

Bahagian C

Rujukan

Bahagian A
a)

Negara kita yang pesat membangun untuk menjadi sebuah Negara yang maju

memerlukan pentadbiran yang teguh dan mantap. Oleh itu modal insan yang berketerampilan
serta mempunyai ciri-ciri seperti berdisplin, bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran,
rajin, tekun, pantas bertindak, berorientasi pencapaian, jujur dan amanah,ikhlas dan sebagainya.
Bagi memastikan ciri-ciri seperti itu ada pada setiap rakyat dan penjawat awam terutamanya
maka pendekatan yang boleh digunakan bagi menyelenggara sumber manusia atau modal insan
adalah menggunakan pendekatan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.
Menurut penulis , imej negative perkhidmatan awam yang dipegang oleh sebahagian
rakyat tidak cekap dan professional dalam menjalankan tugas mengambarkan tentang prestasi
perkhidmatan awam adalah lemah dan tidak baik. Jadi bagi mengelakkan anggapan negatif orang
awam terhadap perkhidmatan sector awam maka beberapa cadangan dikemukakan agar minda
atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi hendaklah
diselanggarakan kerana jika ianya tidak diselanggarakan dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi,
imej dan reputasi organisasi, kerajaan dan Negara. Oleh yang demikian, ramai penyelidik
berpendapat bahawa pengurusan etika, moral dan integrity penting bagi memudahkan organisasi
mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota
organisasi kea rah menghasilkan modal insane yang berkualiti. Secara tidak langsung dapat
mengelakkan daripada berlakunya kelakuan yang menyimpang atau pencanggahan kepentingan
awam di samping mengekalkan imej, kredibiliti dan reputasi organisasi pentadbiran awam.
Melalui pendidikan etika, moral dan integrity adalah untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak beretika atau kelakuan yang menyimpang yang wujud dalam sesebuah organisasai
sama ada dalam organisasi sector awam mahu pun organisasi sector swasta. Di samping itu,
pendekatan etika, moral dan intergriti adalah untuk embantu anggota organisasi memahami nilainilai teras yang digalakkan bagi memandu pemikiran anggota organisasi kea rah kematangan
moral dan terarah kepada perkara yang betul. Sebaliknya jika organisasi tidak meumpukan
perhatian terhadap pembangunan dan pemantapan etika ,moral dan integrity di kalangan anggota
organisasinya maka akan timbul isu yang boleh menjejaskan imej dan reputasi organisasi.
Ketiadaan prinsip moral yang teguh akan membawa kepada tindakan yang menyimpang dan
pertimbagan yang tidak rasional dan bermoral.

b) Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang menggunakan kaedah kajian kes bagi menerangkan atau
menggambarkan mengenai prestasi pendidikan etika, moral dan integriti dalam sector awam.
Kajian ini telah dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu kaeadah temu bual secara bersemuka
dengan pengurus-pengurus dan secara perbincangan atau diskusi berfokus secara kumpulan.
Hasil dapatan kajian melalui kaedah temu bual secara bersemuka, penyelidik telah menggunakan
temu bual secara separa berstruktur bagi memberi kebebasan kepada informan atau responden
memberikan maklum balas berkenaan dengan persoalan yang dikemukakan oleh penyelidik.
Melalui kaedah temu bual secara bersemuka juga penyelidik boleh mendapat data dan maklumat
lebih meluas. Kajian yang dijalankan ke atas empat agensi, informan dan responden kajian
adalah seramai 38 pegawai kumpulan pengurusan dan professional DG 41 hingga Gred 54
berdasarkan gred jawatan yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada temu bual yang dijalankan
dengan informan, kajian mendapati angensi-agensi kerajaan tidak mempunyai perancangan
strategic pendidikan etika,moral dan integrity yang komprehesif dan bersistematik. Ketiadaan ini
menyebabkan agensi-agensi kerajaan tidak dapat merangka pelan operasi pendidikan etika,
moral dan integriti bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Keadaan ini juga telah
menyebabkan agensi-agensi kerajaan tidak dapat melaksanakan program atau aktiviti
pembangunan dan pemantapan etika dan integriti dengan secara teratur. Keadaan ini
menyebabkan juga terdapatnya jurang dalam pelaksanaan pendidikan etika, moral dan integriti di
peringkat agensi. Di samping itu, dapatan kajian melalui temu bual dengan informan berkenaan
penetapan matlamat pendidikan etika, moral dan integrity mendapati agensi kerajaan tidak
mempunyai matlamat atau objektif jelas berkenaan dengan pendidikan etika, moral dan integriti.
Matlamat atau objektif yang tidak jelas menyebabkan usaha-usaha ke arah pembangunan etika,
moral dan integriti anggota organisasi kurang diberi perhatian oleh pihak pengurusan organisasi.
Di samping itu, maklum balas yang diperolehi melalui temu bual berkaitan dengan penggubalan
pelan operasi pendidikan etika, moral dan integriti mendapati walaupun agensi-agensi kerajaan
mempunyai pelan latihan jangka pendek namun kursus-kursus yang dirancang lebih bertumpu
kepada kursus-kursus berbentuk pembangunan seperti kemahiran teras, kemahiran teknikal dan
kemahiran fungsional. Namun demikian semua bentuk program latihan kursus tersebut kurang
memberi perhatian berkenaan subjek atau topic yang berkaitan etika, moral atau integriti.
Selain itu, dapatan kajian berdasarkan temu bual dengan informan di agensi kerajaan
tentang penyediaan garis panduan atau Blueprint pengurusan pendidikan etika, moral dan

integriti mendapati semua agensi yang dipilih dalam kajian ini tidak mempunyai garis panduan
atau blueprint tentang pengurusan etika, moral dan integriti menyebabkan usaha-usaha ke arah
pembangunan dan pemantapan etika, moral dan integriti anggota organisasi kurang diberi
penekanan oleh pengurus-pengurus organisasi sector awam. Seterusnya,penyaluran maklumat
kepada pengurus-pengurus tentang pendekatan dan strategi pendidikan etika, moral dan integriti
juga mendapati pengurus-pengurus tidak didedahkan atau dilatih secukupnya bagi membantu
pengurus melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan. Sebaliknya, walaupun

terdapat

mesyuarat dan persidangan tentang keutuhan pengurusan kerajaan dan integriti perkhidmatan
awam, namun hanya pengrus-pengurus sumber manusia dan ahli lembaga tatatertib agensi sahaja
yang terlibat.
Kajian ini juga mendapati pengurus-pengurus di peringkat bahagian, cawangan dan unit
tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam mempromosikan mengenai kepentingan etika
dan integriti perkhidmatan awam.Kesan negatif percanggahan kepentingan ke atas organisasi,
kerajaan dan Negara serta keperluan mempraktikkan nilai-nilai murni dan pemantuhan terhadap
peraturan dan undang-undang dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab kepada anggota
organisasi.Di samping itu, ketiadaan falsafah atau ideology pengurusan atasan agensi yang jelas
akan menyebabkan anggota organisasi tidak mempunyai penanda aras atau piawaian yang boleh
dijadikan ukuran dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Berdasarkan kepada temu bual dengan informan dan perbincangan berfokus secara berkumpulan
degan responden mendapati bahawa falsafah atau ideology pengurusan atasan agensi tidak
didokumenkan dan tidak juga disebarkan kepada kakitangan secara sistematik. Contohnya tidak
dipamerkan di tempat yang mudah diihat oleh anggota organisasi dan juga pihak pelanggan.
Berdasarkan kepada dapatan kajian melalui temu bual dengan informan dan perbincangan
berfokus secara berkumpulan dengan responden mendapati angensi yang menganjurkan ceramah
namun ianya tidak dilaksanakan secara berstruktur manakala hasil perbincangan berfokus secar
berkumpulan dengan responden, pengurus-pengurus tidak menerangkan dengan tepat tentang
pendekatan dan strategi yang digunakan bagi memperkukuhkan pengurusan pendidikan etika,
moral dan integrity di peringkat agensi. Pengetahuan dan kemahiran yang terbatas dalam
kalangan pengurus-pengurus tentang pendekatan dan strategi pendidikan etika, moral dan
integrity menyebabkan pengurus-pengurus tidak berfungsi dengan cekap dan berkesan bagi
mempengari minda dan metaliti anggota organisasi agar sentiasa mengutamakan kepentingan
awam.

c) Masalah berkenaan pengurusan etika, moral dan inttegriti


Terdapat bebarapa masalah dikenal pasti hasil daripada temu bual dengan informan dan
perbincangan berfokus secara berkumpulan dengan resondan mendapati ketiadaan garis panduan
yang jelas tentang pengurusan pendidikan etika , moral dan integriti untuk dijadikan bahan
rujukan atau panduan kepada pengurus-pengurus khususnya berkenaan pendekatan dan strategi
yang boleh digunakan bagi mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap, tingkahlaku atau
kelakuan dan tindakan anggota organisasi yang boleh digunakan bagi mempengaruhi minda atau
pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi.
Di samping itu, masalah bukan sahaja dari segi ketiadaan garis panduan tentang
pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti tetapi juga dari segi untuk menggubal rangka
kerja pematuhan dan rangka kerja normatif iaitu ilai-nilai teras tidak disalurkan kepada semua
pengurus organisasi untuk dijadikan rujukan dan panduan.Penggubalan pelan operasi pendidikan
etika, moral dan inntegriti amat penting bagi memudahkan agensi atau organisasi melaksanakn,
memantau, menilai dan melaporkan program-program pendidikan etika,moral dan integrity di
peringkat agensi. Sebaliknya ketiadaan pelan rangka kerja dalam operasi pendidikan etika, moral
dan integrity menyebabkan agensi atau organisasi tidak dapat melaksanakan pendekatan dan
strategi yang bersesuaian bagi mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap, tingkahlaku atau
kelakuan anggota organisasi ke arah kepiawaian yang telah ditetapkan.
Selain itu, pengetahuan yang rendah dalam kalangan pengurus-pengurus tentang
pengurusan pendidikan etika, moral dan integrity mmenyebabkan pengurus tidak berupaya
menggubalkan rangka kerja, pelan operasi dan modul pendidikan etika, moral dan integriti. Di
samping itu, pengurus-pengurus juga tidak dapat mengaplikasikan pelbagai teknik pendidikan
etika, moral dan integriti kerana pengurus kurang mahir dengan teknik yang boleh digunakan
minda atau pemikiran , sikap, tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi
disebabkan latihan yang secukupnya tidak diberikan kepada pengurus-pengurus. Oleh hal yang
demikian,pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti

dalam organisasi

tidak dapat

dilaksanakan dengan berkesan.


Walaupun agensi-agensi kerajaan mempunyai pelan latihan jangka pendek namun kursuskursus yang dirancang lebih tertumpu kepada kursus-kursus berbentuk pembangunan,berbentuk
teras, kursus berbentuk tenikal dan kursus berbentuk fungsional. Kursus-kursus yang dianjurkan
oleh angensi menyebabkan kursus berkenaan etika, moral dan integriti kurang diberikan
perhatian. Selain itu, bajet juga tidak diperuntukkan dengan secukupnya untuk pelaksanaan

program atau aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan etika, moral dan integriti. Oleh hal yang
demikian, berdasarkan kepada bajet dan persaingan yang berlaku dalam kursus-kursus yang lain,
bolehlah dilihat bahawa iltizam pengurus terhadap pendidikan etika, moral dan integriti kepada
anggotanya adalah rendah.Maka tidak hairanlah jika penemuan tersebut juga memperlihatkan
bahawa pengetahuan anggota sector awam tentang konsep etika, moral dan integriti
perkhidmatan awam juga adalah rendah.
Dalam pada itu, masalah dari segi penyaluran maklumat yang terhad dan maklumat tidak
disebarkan kepada kakitangan secara sistematik. Kebanyakkan ideologi yang diperolehi tidak
dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dilihat oleh anggota organisasi dan juga pihak
pelanggan.Hal ini, menjadi penghalang kepada maklumat penting yang berkaitan tentang konsep
atau nilai-nilai yang berkaitan dengan pendidikan etika, moral dan integriti yang boleh dijadikan
panduan atau pedoman kepada semua untuk sampai kepada anggota agensi yang lain. Selain itu,
program atau aktiviti pendidikan etika, moral dan integriti yang dianjurkan oleh pihak agensi
juga kurang mendapat sambutan daripada kalangan anggota organisasi. Kebanyakkan ceramah
yang dianjurkan oleh pihak agensi tidak dilaksanakan secara berstruktur. Cearamah-caramah
nilai-nilai murni yang dianjurkan amat bergantung kepada inisiatif pegawai.kurang keberkesanan
dan kesesuaiannya menyebabkan ceramah yang disampaikan kurang berkesan.
Justeru itu, masalah yang berkaitan dalam pelaksanaan program pendidikan etika, moral
dan integrity ini hanya akan dapat diatasi sekiranya pihak pengurus organisasi dan pengurus
sumber manusia organisasi sector awam beriltizam dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan
dan strategi yang bersesuaian bagi mempengaruhi mentaliti setiap ahlinya dari segi tingkah
laku,pemikiran dan tindakan. Di samping itu, sector awam juga mesilah

pro aktif dalam

menyelanggarakan modal insane agar selaras dengan prinsip pentadbiran awam yang
menekankan kepada kecekapan, akuantabiliti, keberkesanan dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.

d) Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran pendidikan moral di sekolah.


Sekolah merupakan satu agen sosialisasi moral. Secara amnya sekolah berfungsi untuk
menyalurkan norma dan nilai masyarakat kepada anak-anak muda, dalam proses persekolahan,
anak-anak muda yang melalui sistem pendidikan dalam jangka masa tertentu di jangka
mempelajari beberapa ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai moral, sikap dan pandangan tertentu
terhadap masyarakat.
Sepertimana ibu bapa, guru mempunyai autoriti terhadap kanak-kanak, mengajar
sesuatu kepada kanak-kanak dan juga dijangka mengambil berat tentang perkembangan dan
kemajuan murid. Oleh yang demikian, guru juga boleh menjadi model peranan yang penting
berpengaruh dalam perkembangan kanak-kanak. Contohnya murid yang meminati sesuatu mata
pelajaran atau membenci mata pelajaran yang lain banyak dipengaruhi oleh guru.
Di sekolah murid mempelajari pelbagai nilai-nilai seperti beratur, ketepatan waktu,
mematuhi peraturan, menghormati guru, kawan-kawan dan orang lain. Banyak lagi yang
dipelajari di sekolah yang menjadi asas moral seseorang pelajar. Segala yang dipelajari akan
menyediakan murid untuk berfungsi dalam dunia dewasa yang realiti. Oleh itu, sekolah boleh
dianggap sebagai sebuah rumah institusi social yang cuba menyalurkan nilai-nilai moral kepada
kanak-kanak.
Kesedaran guru sebagai anggota sektor awam yang menjadi role model kepada murid
untuk menerapkan nilai-nilai moral yang murni kepada kanak-kanak perlulah meningkatkan
kesedaran pendidikan etika, moral dan integriti dalam diri mereka. Suasana sosial, cara sekolah
ditadbirkan dan bagaimana tingkahlaku guru-guru akan memberi impaks dan pengaruh secara
tidak langsung kepada kanak-kanak di sekolah.
Oleh yang demikian, guru yang merupakan sebahagian daripada anggota sektor awam
perlu ada iltizam dalam mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan strategi yang bersesuaian
dalam menerapkan pendidikan etika, moral dan integriti dalam diri mereka untuk dijadikan
contoh kepada murid-murid ketika di sekolah.. Melalui pendidikan etika, moral dan integriti
yang berkesan akan dapat mempengaruhi minda dan pemikiran serta tindakan yang dilakukan
untuk memantapkan profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan dalam perkhidmatan
awam.Secara tidak langsung ini akan menjadikan sekolah sebagai acuan yang asas dalam
membentuk moral dan salsiah pelajar yang mana apabila mereka keluar dari alam persekolahan
pelajar ini sudah ada asas moral dalam diri mereka.Di situlah pentingnya pengajaran pendidikan
moral kepada sekolah.

Bahagian B
Unsur-Unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana mempunyai rakyat yang
berbilang kaum dan bangsa. Walaupun berbilang kaum namun rakyat Malaysia masih dapat
mempertahankan keharmonian hidup aman dan damai di antara satu sama lain.Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan kaum etnik yang berbilang
kaum di Sabah dan Sarawak. Oleh sebab, kaum yang berbilang bangsa ini juga menyebabkan
masyarakat Malaysia juga menjadi penganut pelbagai jenis agama yang terdiri daripada agama
Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.
Situasi ini secara tidak langsung telah mewujudkan unsur-unsur universal dalam etika
keagamaan di Negara Malaysia.Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa menganut agama
mengikut kepercayaan kaum masing-masing, meskipun agama yang berbeza namun dalam hal
akhlak dan etikanya semua agama hampir sama menyeru penganutnya mentaati perintah Tuhan
dan menggalakkan melakukankan kebaikan serta menghindari kejahatan. Di Malaysia memang
unsur-unsur universal dalam etika keagamaan memang sangat jelas terpamer dalam kehidupan
seharian rakyatnya. Antara contoh-contoh betapa universalnya etika keagamaan yang diamalkan
oleh rakyat Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berbilang kaum bebas menganut agama masingmasing. Walaupun negara Malaysia sebuah negara Islam namun rakyat bukan Islam yang
mendiami negara ini masih berhak untuk menganut agama mengikut pilihan sendiri. Tiada
halangan dalam beragama yang diamalkan oleh masyarakat di negara kita membuktikan unsurunsur universal dalam etika keagamaan bukanlah penghalang untuk rakyat hidup dalam keadaan
harmoni malahan negara kita membuktikan rakyat dapat hidup aman damai walaupun
mempunyai pegangan agama yang berbeza.
Selain itu, rakyat Malaysia juga menyambut perayaan agama anutan masing-masing
dalam suasana yang harmoni, misalnya perayan hari raya, perayaan tahun baru Cina, sambutan
hari Depavali, perayaan sambutan hari Gawai di Sarawak dan sambutan hari kaamatan bagi
kaum yang terdapat di negeri Sabah.Malahan ketika perayaan disambut, kaum-kaum lain juga
turut serta meraikannya bersama-sama. Oleh hal yang demikian, maka wujudnya perayaan satu
Malaysia.Walaupun agama yang dianuti adalah berbeza namun itu bukanlah menjadi penghalang
untuk sama-sama meraikan perayaan mengikut adat dan agama yang dianuti. Kalau semua
perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan
hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni

setiap majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang
diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan
memang mampu meningkatkan interaksi kaum. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah
seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-masing akan budaya perayaan dan agama
kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan
seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul
sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman
tentang budaya dan agama kaum yang lain.
Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia
terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika
rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia
mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut
perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, unsure-unsur universal dalam etika
keagamaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah.
Di samping itu, di Malaysia juga tempat beribadah untuk berbilang agama wujud tidak
mengira tempat. Rakyat Malaysia bebas menunaikan ibadat mengikut agama masing-masing di
tempat ibadat yang disediakan contohnya seperti Masjid untuk penganut agama Islam, Gareja
untuk penganut agama Kristian, Kuil untuk agama Hindu dan Tokong untuk agama Buddha. Di
Negara kita, tempat beribadat selamat digunakan oleh setiap penganutnya. Malah wujudnya
tempat beribadat yang pelbagai ini menjadikan negara Malaysia bumi yang bertuah dan sangat
unik. Kebebasan seperti ini mungkin jarang ditemu di tempat lain. Tempat beribadat yang
pelbagai wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada
masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati
bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini.
Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.

Bahagian C
Kotak A
Agama Islam
Etika Islam meliputi nilai positif dan nilai negatif. Nilai positif merujuk kepada nilai yang
memberi kesan baik kepada hati dan diri manusia serta dituntut untuk diamalkan, manakala nilai
negatif pula meninggalkan kesan yang kurang baik dan wajar dihindari kerana mendatangkan

kemudaratan kepada banyak pihak. Dari aspek hubungan, etika Islam mengambil kira nilai-nilai
dalam hubungan manusia dengan Tuhan, hubungan sesama manusia hubungan dengan alam
sejagat. Dari segi skop nilai, etika Islam meliputi dimensi zahir (kelakuan) dan batin (kejiwaan)
manusia. Etika Islam diinterprestasikan melalui pendekatan lahiriah iaitu melalui penampilan,
sikap, pelakuan dan bahasa, mahupun pendekatan batiniah iaitu melalui hati.
Di dalam Islam Etika ini boleh dibahagikan kepada Etika hubungan sesama manusia, dan
Etika dalam kehidupan seharian contohnya Etika kerja dan Etika perniagaan. Etika hubungan
sesama manusia dalam Islam lebih mementingkan hubungan yang baik dan mesra antara
manusia. Citra dan hati budi seseorang ini bukan bergantung kepada bangsa, warna kulit,
keturunan, pangkat atau hartanya tetapi diukur berdasarkan ketinggian budi perkerti yag mulia.
Interaksi sesama manusia perlu mengikut adab-adab yang telah digariskan oleh Islam Sebagai
panduan. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk masyarakat yang bersatu padu dan
harmoni antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah. Baginda telah memainkan
peranan penting dalam mengimbangi hubungan integrasi yang bersepadu antara masyarakat
Islam dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Dalam hubungan antara sesama manusia beberapa sifat
asasi dalam Islam yang patut diamalkan antaranya ialah sifat ikhlas. Sifat ini adalah syarat asasi
dalam Islam. Sifat ini perlu ada pada manusia dalam melakukan sesuatu amalan tidak untuk
keuntungan diri sendiri, mencari pangkat dan darjat atau inginkan kemasyhuran serta pujian
tetapi melakukan sesuatu amalan itu kerana Allah SWT. Sifat Ikhlas ini boleh diumpamakan
seperti akar tunjang bagi sebatang pokok. Akar yang tersembunyi dalam tanah akan menjadi
penyokong kepada pokok untuk tumbuh subur, tegak dan teguh. Akar yang kuat mengelak pokok
tumbang walaupun dilanda rebut taufan yang kuat. Begitulah peranan sifat ikhlas kepada
sesorang manusia kerana sifat ikhlas ini akan menjadikan peribadi sesorang manusia itu teguh
dan tidak mudah goyah walaupun diuji dengan pelbagai dugaan. Selain itu, sifat amanah adalah
sifat dan sikap yang menunjukkan kesetiaan, ketulusan serta kejujuran dalam hubungan sesama
manusia. Amanah dalam hubungan sesama manusia bererti mesej yang disampaikan mestilah
benar dan tidak mengkhianati orang lain. Oleh sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w digelar
sebagai al-amin yang bererti orang yang amanah. Tanpa sifat ini hubungan sesama manusia tidak
akan dapat menengakkan kebenaran dan hubungan akan menjadi pincang, seterusnya akan
membawa kepada keruntuhan. Hubungan sesama manusia perlu juga bersifat adil dan tidak berat
sebelah atau membawa kezaliman kepada pihak lain. Sifat rendah diri juga penting dalam
hubungan sesama manusia. Tanpa sifat merendah diri akan menimbulkan sifat sombong atau

membesarkan diri dan menunjuk-nunjuk dalam diri. Justeru, sifat dan sikap merendah diri amat
perlu diamalkan untuk hubungan yang harmoni. Jika terus diamalkan akan menjadikan seseorang
itu tidak riak, sombong dan menunjuk-nunjuk.
Beberapa sikap yang negatif yang perlu dielakkan ialah sikap dengki. Pearasan ini timbul
apabila melihat orang lain mendapat nikmat atau mempunyai kelebihan daripadanya. Kemudian
dia berharap agar kelebihan dan nikmat orang itu hilang dan berpindah pada dirinya. Sikap
dengki ini perlu dihapuskan dalam diri kerana sikap ini akan menghabiskan segala amal
kebajikan seseorang, seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud jauhilah sikap dengki
kerana perasaan dengki itu akan memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang
kering. Begitulah dasyhatnya sikap dengki itu, oleh itu sikap ini perlu dihapuskan dalam diri.
Selain itu, rasuah bukanlah fenomena baru, ia merupakan fenomena universal tanpa batasan
waktu dan tempat. Kewujudan rasuah memang sudah wujud sejak sejarah peradaban manusia.
Sifat ini bertapak dan terus menular apabila sifat-sifat tamak dan haloba menguasai diri. Oleh
sebab itu, islam melarang keras manusia terlibat dengan gejala rasuah. Sesebuah Negara dan
bangsa akan runtuh jika rasuah tidak dibenteras dan dihapuskan Disamping itu, sikap yang perlu
dielakkan untuk hubungan yang harmoni sesama manusia ialah bertengkar. Walaupun sikap ini
selalu dipandang remeh kerana dianggap perkara kecil namun jika tidak ditegah pertengkaran
yang kecil bertujuan untuk mencari kemenangan tanpa hakim ini mungkin akan menjadi besar
dan boelh membawa kepada pergaduhan dan peperangan akhirnya wujudlah permusuhan .Sikap
negatif lainnya ialah sifat fitnah dan mengumpat. Orang yang mengamalkan kedua-dua sifat ini
tergolong dalam golongan orang yang jahat. Dalam Islam golongan yang jahat ini tidak dapat
dijadikan saksi dan tidak boleh dipercayai.
Seterusnya, etika dalam kehidupan seharian seperti etika kerja dalam Islam yang bermula
dengan konsep dan pandangan Islam terhadap kerja itu sendiri. Bekarja adalah untuk mendapat
pahala di sisi Allah SWT. Paling penting ialah untuk melakukan sesuatu yang tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Seseorang yang terlibat dengan apa jua jenis pekerjaan hendaklah sedar dan
mengamalkan perkara-perkara yang berikut seseorang yang mempunyai akhlak yang baik perlu
melakukan sesuatu pekerjaan dengan kemahiran dan ketekunan yang tinggi. Seseorang yang
mempunyai etika tidak akan bekerja sambil lewah saja atau melambatkan dalam menyiapkan
tugasannya dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.Meski pun kerja itu dianggap
membosankan tetapi pekerja yang mempunyai akhlak yang baik akan beranggapan baik
terhadap kerja yang dilakukan maka kerja tersebut tidak dianggap sebagai bebanan malah kerja

dilakukan dengan baik dan ketekunan yang tinggi. Begitu juga dengan sikap amanah yng ada
pada diri pekerja akan menjadi teras kehormonian dan kejayaan sesebuah organisasi. Amanah
sangat berat ia perlu disampaikan dengan benar dan jujur. Kejujuran dapat dilihat apabila
seseoang pekerja itu melakukan tugas sepertimana yang diarahkan oleh ketua atau majikannya
mengikut garis panduan yag ditetapkan. Pekerja yang amanah tidak akan melanggar batas
peraturan.Oleh sebab itu, sikap amanah perlu dipikul dan dijaga dengan baik dalam kalangan
pekerja supaya sesebuah organisasi itu akan berkembang dengan maju.
Selain itu, etika kerja juga mempunyai hubungan rapat dengan faktor masa atau bijak
mengurus mana. Cendekiawan Islam menyifatkan masa itu sebagai sesuatu yang hidup.
Kehidupan tidak akan bererti melainkan masa yang digunakan untuk beramal semenjak dari
lahir hinggalah kepada saat yang terakhir. Bagaimana seseorang menghargai nyawa yang ada
padanya maka begitulah dia menghargai masa. Oleh sebab itu, pepatah melayu mengatakan masa
itu emas, bermakna masa itu sangat bernilai.Akhlak dan etika kerja juga menekankan aspek
menjaga hubungan sesama rakan sekerja. Hubungan ini penting dalam mewujudkan persekitaran
kerja yang baik dan menyeronokkan bukannya membina permusuhan. Apabila hak sesama rakan
dijaga dengan baik maka ia akan dapat mewjudkan persekitaran kerja yang harmonis.
Persekitaran kerja yang baik dapat dilihat apabila para pekerja saling bekerjasama , bertegur sapa
saling membantu, bertukar-tukar fikiran, bersangka baik serta saling nasihat-menasihati dan
sebagainya. Sebaliknya, sikap dan nilai buruk seperi iri hati, hasut menghasut dan berprasangka
buruk perlu dijauhi serta di elakkan di tempat kerja.
Seterusnya etika perniagaan dalam Islam sangat dituntut dalam Islam sepertimana
menurut hadith, setiappeniaga Islam perlu memahami bahawa pembabitan mereka dalamurusan
perniagaan adalah satu ibadat dan sangat ditekan dalam Islam. Namun begitu, setiap peniaga
Muslim wajar mengetahui dan memahami etika perniagaan Islam secara mendalam sebelum
berkecimpung dalam bidang perniagan terutama dalam mengendalikan urusan jual beli bersama
pelanggan. Berikut adalah beberapa etika perniagaan mengelakkan diri daripada segala sifat keji
dan membiasakan dengan sifat terpuji. Keadaan ini penting bagi menjamin kepentingan ummah
dapat dipelihara daripada segala unsure yang boleh mencetuskanperbalahan pertikaian dan
perasan tidak puas hati dapat dihalang. Di samping itu, mereka dapat melindungi hak kedua-dua
pihak iaitu antara peiaga sebagai penjual dan pengguna sebagai pelanggan barangan. Selain itu,
hak kedua-dua pihak juga perlu dijaga bagi memastikan setiap perniagaan yang dijalankan
berlangsung dengn baik dan dapat menjauhi segalaunsur penipuan. Dalam Al Quran berkali-kali

mengingatkan supaya bersikap jujur danmelarang keras melakukan penipuan serta


penyelewengan dalam perniagaaan. Peringatan ang berulang kali ini menunjukkan bahawa
penipuan dalam bentuk dan kadar yang pelbagai adalah sesuatu ang sering terjadi dalam dunia
perniagaan.