Anda di halaman 1dari 7

Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan Di Sekolah

Isu-isu yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kerap menjadi paparan di surat
khabar, khususnya pada bulan Ogos setiap tahun. Hal ini kerana pada 31 Ogos setiap
tahun, Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada pendapat saya, setiap
lapisan masyarakat mesti bersama-sama menjayakan sambutan kemerdekaan yang
diadakan. Pelbagai program juga turut diatur oleh pihak sekolah untuk menjayakan
sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah.
Antara program yang diadakan di peringkat sekolah ialah majlis pelancaran. Majlis
pelancaran ini akan diadakan di dalam dewan atau tempat lapang. Majlis pelancaran ini
dihadiri oleh pelajar, guru-guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dalam majlis
pelancaran ini tuan pengetua akan memberikan ucapan manakala pelajar akan
menyanyikan beberapa lagu patriotik.
Selain itu, terdapat juga program mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang akan
dipasang di sekeliling sekolah seperti di pintu masuk sekolah, dewan sekolah dan di
hadapan pejabat. Jalur Gemilang juga turut dipasang di dalam kelas supaya kelas
bertambah ceria. Terdapat juga sekolah yang mengadakan pertandingan mengibarkan Jalur
Gemilang antara kelas.
Di samping itu, diadakan juga pertandingan dalaman sekolah. Pertandiangan ini
biasanya dianjurkan oleh Panitia Sejarah atau Persatuan Sejaran sekolah. Antara
pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mengarang esei, kuiz, syarahan, pidato,
perbahasan dan deklamasi sajak. Lazimnya, hadiah dan sijil akan diberikan kepada para
pemenang semasa majlis penutup sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai tanda
penghargaan.
Terdapat juga pihak sekolah yang mengadakan sambutan Ambang Merdeka.
Sambutan Ambang Merdeka diadakan pada malam 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka
ini lazimnya dihadiri oleh pelajar, guru dan pemimpin masyarakat yang dijemput. Antara
aktiviti yang dijalankan semasa sambutan Ambang Merdeka ialah ceramah dan nyanyian
lagu patriotisme.
Acara terakhir sambutan Bulan Kemerdekaan ialah majlis penutup. Majlis penutup
diadakan pada 16 September. Majlis ini dihadiri oleh pelajar, guru dan wakil Persatuan Ibu
Bapa dan Guru. Antara aktiviti yang diadakan ialah ucapan pengetua, persembahan pelajar
dan penyampaian hadia kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang
Bulan Kemerdekaan.
Sebagai kesimpulan, banyak aktiviti yang diadakan dalam sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah. Program-program yang diadakan ini banyak memberikan
kebaikan kepada pelajar dan guru. Pada pendapat saya, program sambutan Bulan
Kemerdekaan telah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Secara tidak
langsung juga, program sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat memupuk perpaduan
kaum di kalangan pelajar dan guru.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENERAPKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM JIWA


ANAK-ANAK

Setiap negara mempunyai sejarah yang tersendiri. Di Malaysia, sejarah yang ada telah
membentuk identiti negara kita. Negara kita terdiri daripada rakyat yanhg berbilang kaum
iaitu Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun dan sebagainya. Perpaduan kaum yang terbentuk
pada masa dahulu sehingga kini merupakan satu pencapaian negara yang amat
membanggakan. Rakyat yang berbilang kaum ini dapat hidup bersama secara aman damai
kerana mereka mempunyai semangat patriotik yang kukuh dan kental dalam diri mereka.
Walau bagaimanapun, masyarakat pada zaman moden ini, asyik dengan perkembangan
dunia sehingga mengabaikan kepentingan semangat patriotik dalam diri mereka. Amat jelas
dapat dilihat bahawa masyarakat kini kurang berpengetahuan tentang sejarah pembentukan
negara hasil perjuangan oleh tokoh pejuang bangsa seperti Dato Maharajalela, Dato
Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya. Masyarakat kini kurang bersyukur dengan
keamanan dan kemakmuran yang terdapat di negara kita. Oleh itu, pelbagai usaha perlu
dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa
masyarakat. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam menerapkan semangat
patriotik dalam jiwa anak-anak?

Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang utama
dalam menerapkan dan menyuburkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Ibu bapa
seharusnya sentiasa membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat yang bersejarah.
Contohnya, ibu bapa hendaklah membawa anak-anak ke Bandar Bersejarah, Melaka. Di
situ, terdapat pelbagai barang dan bangunan tinggalan sejarah. Amalan ini dapat
menimbulkan dan melahirkan minat anak-anak untuk mengetahui latar belakang dan asalusul pembentukan negara dan seterusnya akan wujud semangat patriotik dalam jiwa anakanak. Tempat-tempat bersejarah seperti Lembah Bujang, Seri Menanti, Kota Belanda di
Perak dan sebagainya boleh dijadikan sebagai destinasi lawatan. Aktiviti lawatan ke tempat
yang bersejarah merupakan langkah bagai serampang dua mata kerana anak-anak bukan
sahaja dapat menimba ilmu pengetahuan, tetapi juga dapat mengekalkan hubungan
silaturahim yang erat antara keluarga. Jelasnya, lawatan ke tempat yang bersejarah boleh
dijadikan amalan setiap kali cuti persekolahan oleh ibu bapa sebagai cara menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah membeli buku-buku yang berkaitan dengan sejarah atau
buku-buku novel bertemakan semangat patriotik dan semangat cinta akan negara kepada
anak-anak. Hal ini demikian kerana melalui proses pembacaan, anak-anak dapat
mengetahui lebih banyak perkara berkaitan dengan sejarah. Buku-buku sejarah dan novel
dapat membantu menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak kerana buku-buku
tersebut mempunyai isi kandungan yang berunsur patriotisme. Hal ini amat jelas
menunjukkan bahawa usaha ibu bapa dalam memilih buku-buku yang sesuai untuk anakanak adalah amat penting. Oleh itu, ibu bapa haruslah memilih buku-buku yang tinggi nilai
ilmunya dan bukannya buku-buku komik yang tidak bermanfaat. Dengan membaca bukubuku berunsurkan patriotisme, pasti semangat patriotik dapat diterapkan dalam jiwa anak-

anak. Amalan membaca buku-buku tersebut hendaklah dipupuk sejak dari kecil lagi kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Apabila anak-anak membesar nanti, mereka akan
sentiasa bersemangat patriotik dan suka membaca kerana kalau asal benih yang baik jatuh
ke laut menjadi pulau, terlontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi
penawar.

Di samping itu, ibu bapa juga haruslah menjadi role model atau suri teladan kepada anakanak. Ibu bapa perlu sedar bahawa segala perbuatan, perlakuan, amalan, pertuturan dan
pemikiran mereka akan diikuti oleh anak-anak. Oleh hal yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa menunjukkan sikap yang positif kepada anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa
boleh mengibarkan bendera di rumah atau melakukan aktiviti yang boleh menunjukkan
sokongan terhadap negara. Ibu bapa janganlah menyertai apa-apa protes terhadap negara
kerana perbuatan sedemikian hanya akan menjadi seperti ketam mengajar anak berjalan
betul, tetapi diri sendiri tidak betul.. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa menunjukkan contoh
yang tebaik kepada anak-anak kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ibu
bapa boleh membawa anak-anak menyertai program larian 1 Malaysia, ceramah tentang
Sejarah Negara, atau lawatan ke Muzium Negara. Ibu bapa haruslah melakukan usaha
dengan sepenuh hati agar anak-anak yang dibesarkan dapat menjadi insan yang cinta akan
negara dan bersemangat patriotik. Tegasnya, ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada
anak-anak bagi melahirkan generasi muda yang berwawasan.

Seterusnya, ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bercerita mengenai peristiwa-peristiwa
atau kisah yang berkaitan dengan sejarah kepada anak-anak bagi melahirkan generasi
muda yang bersemangat patriotik. Bak kata pepatah, pemuda harapan bangsa, pemudi
tiang negara. Sebagai contohnya, sebelum anak-anak masuk tidur, ibu bapa boleh
membacakan cerita mengenai pejuang-pejuang bangsa kepada anak-anak seperti kisah
perjuangan Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Mat Kilau, Kapten Hasan dan lain-lain
ketika menentang Inggeris. Ibu bapa bolehl juga menceritakan sendiri pengalaman nenek
moyang terdahulu,betapa mereka menderita dizalimi dan didera semasa zaman penjajahan
di negara kita. Anak-anak yang bijak sudah pastinya dapat membandingkan kehidupan
mereka sekarang berbanding dahulu. Hal ini boleh menerapkan semangat patriotik dalam
jiwa anak-anak. Ibu bapa juga boleh melayari internet untuk mendapatkan maklumatmaklumat yang diperlukan untuk bercerita kepada anak-anak. Dengan mempunyai
maklumat yang tepat, anak-anak akan mendapat informasi yang betul dan setelah itu, anakanak akan sentiasa teringat-ingat tentang kisah sejarah. Mereka akan belajar sesuatu
melalui sejarah lalu timbullah semangat patriotik dalam jiwa mereka. Oleh itu, ibu bapa
perlulah sentiasa mencari peluang atau kesempatan untuk menceritakan pengalaman diri
atau berbincang dengan anak-anak mengenai topik-topik berunsurkan negara bagi
menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Amalan-amalan ini haruslah
dilaksanakan dengan berterusan kerana alah bisa tegal dek biasa. Anak-anak akan cuba
mengingati setiap cerita yang pernah didengarnya terutama tentang sejarah negara.
Tegasnya, ibu bapa perlu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi membentuk jiwa
anak-anak yang bersemangat patriotik.

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah membawa anak-anak menyertai sambutan-sambutan
negara seperti Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan
sebagainya. kita Dengan menyertai sambutan hari kemerdekaan ini, semangat patriotik
dapat disemai dalam diri mereka. Sebagai contohnya, apabila anak-anak dapat bersamasama mengibarkan jalur gemilang, mendengar deklamasi sajak serta mendengar ceritacerita tentang kesengsaraan para pejuang tanah air untuk memerdekakan negara. Anakanak dapat melihat sendiri kemeriahan sambutan kemerdekaan sekali gus memahami
objektif sebab-sebab sambutan sebegini diadakan. Kisah disebalik kemewahan dan
kedamaian negara akan dapat dirungkai dan seharusnya dapat menghadirkan keinsafan
dalam diri mereka bahawa banyak harta benda dan nyawa yang harus dikorbankan demi
melihat Malaysia gagah seperti sekarang. Dengan menyertai aktiviti sambutan ini juga, kita
akan mendapat peluang untuk melihat persembahan daripada kaum lain dan berkenalkenalan antara satu sama lain. Secara tidak langsung, perpaduan antara kaum akan
tercapai dan wujudlah masyarakat yang harmoni yang bersemangat patriotik. Jelaslah
bahawa, jika ibu bapa dapat membawa anak-anak menyambut hari Kemerdekaan setiap
tahun sejak mereka kecil lagi sudah pasti semangat patriotik dapat dipupuk dengan mudah
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa memainkan


peranan yang penting dalam menerapkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak. Hadis
Riwayat At-Tarmizi ada menyatakan bahawa tiada anugerah yang dapat diberikan oleh
seorang ayah kepada anaknya selain tunjuk ajar dan budi pekerti yang mulia. Hal ini amat
jelas membuktikan betapa besarnya tanggungjawab seorang ibu atau bapa kepada
pembinaan personaliti anak-anak. Oleh itu, ibu bapa haruslah melaksanakan
tanggungjawab dan peranan bagi melahirkan individu yang bersemangat patriotik, cinta
akan negara dan berwawasan.

Isu-isu yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kerap menjadi paparan di surat khabar,
khususnya pada bulan Ogos setiap tahun. Hal ini kerana pada 31 Ogos setiap tahun,
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Pada pendapat saya, setiap lapisan
masyarakat mesti bersama-sama menjayakan sambutan kemerdekaan yang diadakan.
Pelbagai program juga turut diatur oleh pihak sekolah untuk menjayakan sambutan Bulan
Kemerdekaan di peringkat sekolah.
Antara program yang diadakan di peringkat sekolah ialah majlis pelancaran. Majlis
pelancaran ini akan diadakan di dalam dewan atau tempat lapang. Majlis pelancaran ini
dihadiri oleh pelajar, guru-guru serta wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Dalam majlis
pelancaran ini tuan pengetua akan memberikan ucapan manakala pelajar akan
menyanyikan beberapa lagu patriotik.
Selain itu, terdapat juga program mengibarkan Jalur Gemilang. Jalur Gemilang akan
dipasang di sekeliling sekolah seperti di pintu masuk sekolah, dewan sekolah dan di
hadapan pejabat. Jalur Gemilang juga turut dipasang di dalam kelas supaya kelas
bertambah ceria. Terdapat juga sekolah yang mengadakan pertandingan mengibarkan Jalur
Gemilang antara kelas.
Di samping itu, diadakan juga pertandingan dalaman sekolah. Pertandiangan ini
biasanya dianjurkan oleh Panitia Sejarah atau Persatuan Sejaran sekolah. Antara
pertandingan yang diadakan ialah pertandingan mengarang esei, kuiz, syarahan, pidato,
perbahasan dan deklamasi sajak. Lazimnya, hadiah dan sijil akan diberikan kepada para
pemenang semasa majlis penutup sambutan Bulan Kemerdekaan sebagai tanda
penghargaan.
Terdapat juga pihak sekolah yang mengadakan sambutan Ambang Merdeka.
Sambutan Ambang Merdeka diadakan pada malam 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka
ini lazimnya dihadiri oleh pelajar, guru dan pemimpin masyarakat yang dijemput. Antara
aktiviti yang dijalankan semasa sambutan Ambang Merdeka ialah ceramah dan nyanyian
lagu patriotisme.
Acara terakhir sambutan Bulan Kemerdekaan ialah majlis penutup. Majlis penutup
diadakan pada 16 September. Majlis ini dihadiri oleh pelajar, guru dan wakil Persatuan Ibu
Bapa dan Guru. Antara aktiviti yang diadakan ialah ucapan pengetua, persembahan pelajar
dan penyampaian hadia kepada para pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang
Bulan Kemerdekaan.
Sebagai kesimpulan, banyak aktiviti yang diadakan dalam sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah. Program-program yang diadakan ini banyak memberikan
kebaikan kepada pelajar dan guru. Pada pendapat saya, program sambutan Bulan
Kemerdekaan telah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Secara tidak
langsung juga, program sambutan Bulan Kemerdekaan ini dapat memupuk perpaduan
kaum di kalangan pelajar dan guru.

Pendahuluan
tanggal 31 Ogos setiap tahun merupakan detik keramat bagi negara Malaysia - Hari
Kebangsaan dirayakan oleh segenap lapisan masyarakat - pihak sekolah tidak terkecuali melaksanakan sambutan Bulan Kemerdekaan bermula 16 Ogos hingga 16 September
usaha memupuk semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah.
Isi-isi Penting
(a) aktiviti persembahan pentas - melibatkan semua murid - melibatkan acara nyanyian lagu
patriotik yang bertemakan semangat cinta akan negara -lakonan dan sketsa berdasarkan
kisah para pejuang yang terpaksa bergelut dengan musuh negara demi membebaskan
tanah air - pertandingan mendeklamasikan puisi bertemakan patriotisme
(b) pertandingan melukis potret - wajah tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang banyak
berjasa - Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Dato' Onn Jaafar - kebiasaannya
melibatkan penyertaan murid sekolah menengah - tempoh masa pertandingan selama dua
jam - diadakan di bilik seni atau di bilik darjah -mencungkil bakat terpendam pelajar dalam
bidang seni di samping memupuk semangat cinta akan negara
(c) aktiviti menghias kelas - penglibatan semua murid -murid bekerjasama dan berganding
bahu menghiasi kelas masing-masing dengan pelbagai bahan -seperti bendcra Jalur
Gemilang, bendera negeri, poster bertemakan cinta akan negara, potret tokoh kemerdekaan
- memupuk semangat kerjasama dalam pasukan - menambahkan kreativiti dan cara berfikir
pelajar
Penutup
melentur buluh biarlah dari rebungnya - maka. usaha menghidupkan dan menyemarakkan
semangat cinta akan negara dalam kalangan murid di sekolah wajar diteruskan dengan
pelbagai program - pihak sekolah sewajarnya melaksanakan pelbagai program lain bagi
memastikan semangat patriotisme dalam kalangan murid sentiasa subur.

Anda mungkin juga menyukai