Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa
& Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan AlQuran dan ketakwaan kepada Allah.
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.
Kod etika dianggap penting kerana:
Tanggungjawab guru
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai
diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh
membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya
mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role
model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran
persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian
terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli
masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga
dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan
bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat
belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai
perkaitan dengan guru.
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah
termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah
mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding halhal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap
pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental,
politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar
murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada
mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada muridmuridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.
Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan
bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal
oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa
yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak
menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan
perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru
akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media
massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap
profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental
dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai
guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata
pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan
mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran
bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursuskursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini
di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya
bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar
dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat.
4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat
ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam
bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan
meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat
melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya
guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap
tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah
dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti
terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di
jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di citacitakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana
perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.