Anda di halaman 1dari 2

APA ITU FISKAL YANG MENJADI ALASAN KERAJAAN MENAIKKAN MINYAK?

KENAPA
KITA MESTI PROTES DENGAN HERET MOTOR.
Apabila kita membaca alasan kerajaan menaikkan harga harga minyak disebabkan
penarikan subsidi, kerajaan memberikan alasan pengukuhan fiskal dan untuk keluar dari
defisit fiskal (bajet seimbang / balance budget).
Apa itu Fiskal? Fiskal (Latin: Fiscus) asalnya ialah nama seorang individu pemegang
kewangan pertama di zaman Rom. Fiskal digunakan untuk menjelaskan bentuk pendapatan
kerajaan dari sumber masyarakat yang diistilah sebagai pendapatan negara. Pendapatan
negara ini digunakan sebagai pengeluaran melalui program-program / projek-projek /
peruntukan-peruntukan untuk menghasilkan pencapaian terhadap pendapatan nasional,
produksi dan perekonomian. Polisi Fiskal adalah kaedah yang digunakan sebagai
pengangkat (menaikkan) dan pengimbang (mengimbang) ekonomi negara.
Dalam sistem ekonomi kapitalis, pada asalnya polisi fiskal kerajaan dianggap sebagai
gangguan atau campur tangan kerajaan dalam pasaran yang tidak begitu diingini oleh para
pemodal. Oleh sebab itu, kerajaan berfahaman kapitalis seperti US cuba sedaya upaya
mengurangkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi sesebuah negara. Namun
hakikatnya, terutama selepas berlakunya krisis ekonomi, para kapitalis terpaksa akur bahawa
mereka memerlukan juga peranan kerajaan dalam usaha pemulihan ekonomi.
Dengan kata lain, Fiskal Polisi menentukan berapa kerajaan perlu kutip duit, bagaimana dan
seumpamanya. Dengan kutipan itu, ke mana ia akan dibelanjakan selepas ini.
Apa itu defisit fiskal? Defisit fiskal bermaksud, perbelanjaan kerajaan lebih besar berbanding
dengan pendapatan yang diperolehi. Contohnya, pendapatan negara tahunan RM5 billion
tetapi kerajaan berbelanja RM6 billion. Bajet seimbang (balance budget) ialah, pendapatan
negara sama atau lebih besar daripada perbelanjaanya.
Ini bermaksud, kerajaan akan mengurangkan perbelanjaan subsidi untuk minyak petrol
RON95 bagi menambahkan wang kerajaan, seterusnya mengurangkan defisit fiskal.
Itu penjelasan Najib dan kerajaan di dalam penjelasan akhbar-akhbar utama negara.
Tapi bagi saya, itu bukan penjelasan, itu adalah alasan umum. Sama seperti jika anda
bertanya kepada pengurus kedai serbaneka milik anda: kenapa pengurus menggunakan
wang yang banyak membeli barangan kedai? Jika pengurus jawab: "sebab saya beli barang
mahal dan banyak bagi keuntungan kedai". Maka itu bukan penjelasan. Itu alasan umum.
Maka anda sebagai tuan kedai, anda perlu mendapatkan penjelasan kenapa pengurus
membeli jam dengan harga mahal, kenapa membeli stok jam yang banyak sedangkan stok
barangan lain juga diperlukan kedai. Jawapan kepada persoalan ini barulah dinamakan
penjelasan.

Begitu juga dalam isu ini, jika kerajaan hanya menyebut untuk mengstabilkan fiska, itu terlalu
umum. Contoh penjelasan yang saya dan rakyat perlukan ialah, kenapa defisit fiskal berlaku,
kenapa perlu diutamakan penarikan subsidi minyak? Takde ke subsidi lain yang boleh ditarik
seperti subsidi untuk pengimport korporat? Dan lebih penting kenapa sekarang selepas
PRU?
Penjelasan yang saya masih tercari cari, kenapa ditarik subsidi petrol RON95 dan bukan
subsidi lain? Kenapa sekarang selepas PRU? Apa langkah kerajaan selain menarik subsidi
RON95 bagi mencapai balance budget? Apakah perbelanjaan besar kerajaan dan ketirisan
yang memberikan impak besar kepada defisit fiskal dijadikan diutamakan bagi mencapai
balance budget?
Jika penarikan subsidi minyak RON95 selepas PRU adalah bertujuan pengimbangan Fiskal,
persoalannya adakah perbelanjaan kerajaan 1 tahun sebelum ini terlalu besar sehingga
tanpa notis terus dinaikkan minyak RON95? Jika besar, adakah disebabkan oleh:
1. Penampungan 'aktiviti perlu' rakyat, masyarakat dan syarikat dalaman negara? Atau
2. Disebabkan perbelanjaan kerajaan untuk projek syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan
dengan parti bertanding?
Saya lebih cenderung kepada yang kedua setelah melihat rekod sebelum ini, iaitu kenaikan
harga barang (akibat kenaikan cukai) sejurus selepas PRU. Ini bermaksud, kenaikan harga
minyak ini adalah pembayaran semula UMNO yang menang semula hasil pelaburannya
menggunakan duit rakyat bagi mengekalkan kuasa.
Jika ini berlaku, maka langkah keluar dari 'krisis fiskal' melalui jalan bukan penjimatan
kerajaan, perbelanjaan berhemah dan menampung 'lubang' perbendaharaan negara yang
'bocor' sebagaimana 'finding audit', tetapi mencari jalan keluar mudah dengan memangsakan
rakyat melalui penarikan subsidi minyak RON95 yang membebankan setiap titik keringat
rakyat, maka akan protes dengan kempen :
"HERET MOTOR".
Saya yakin ramai akan bersama dengan protes ini.
- Ustaz Zaharudin Muhammad.
FB: zaharudin muhammad (page fb)

Anda mungkin juga menyukai