Anda di halaman 1dari 4

Definisi KBKK?

Definasi yang sesuai untuk kemahiran berfikir masih dipertikaikan kerana


kebanyakan tokoh mempunyai pendapat yang berbeza-beza.Walaupun tafsiran
tentang pemikiran itu berbeza-beza, namun secaraamnya kebanyakan tokoh pemikir
bersetuju bahawa pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda
untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Dapatlahdirumuskanbahawa:
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau
ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi
terhadap proses yang dialami
Tujuan
Antara tujuan KBKK digunakan dalam pengajaran dan pembelajarana dalah untuk
membolehkan pelajar:

Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan bijak

Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara


lebih praktik samaada di dalam atau di luar sekolah

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif

mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur


dan sempit

meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan


intelek mereka

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina


keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan
alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir


Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?
Komponen utama KBKK:

Berfikir secara kritis,

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?


KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan
sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan
alasan dan bukti.
Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?
Kecekapan menggunakan minda untuk:

menjana dan menghasilkan idea,

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah


seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?


Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

membanding dan membeza:

membuat kategori,

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.

menerangkan sebab.

membuat sekuen / urutan.

menentukan sumber yang dipercayai,

membuat ramalan,

mengusul periksa andaian,

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

mencipta analogi

menjana dan menghasilkan idea baru

mencipta metafora,

Bagaimanakah KBKK ini diajarkan dalam mata pelajaran sekolah?


KBKK diajarkan secara:

terpisah,

penyebatian.
o

separa

penuh

Stategi Pengajaran dan Pembelajaran KemahiranBerfikir


KBKK diajar secara:

terpisah,

penyebatian.

Apakah yang dimaksudkan dengan terpisah?


Terpisah bermaksud:
KBKK diajarkan secara berasingan,tidak dikaitkan dengan kandungan mata
pelajaran,
Apakah yang dimaksudkan dengan penyebatian?
Penyebatian bermaksud:
KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata
pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan
alat berfikir.
Jenis-jenis penyebatian

Penyebatian Penuh

Penyebatian Separa

Penyebatian Penuh:
Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:

1. Pengenalan kepada isi Mata. pelajaran dan KBKK,


2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi
Mata.Pelajaran dan KBKK
3. Refleksi dan metakognitif,
4. Pengukuhan isi MP dan KBKK,
5. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.
Penyebatian Separa:
KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi Mata Pelajaran yang di ajar,sama ada pada peringkat
permulaan,perkembangan dan penutup
Ciri-Ciri Pemikir Bijak

Cekal

Luwes

Reflektif

Kurang impulsif

Ingin tahu

Mengambil risiko

Mahir menyoal

Tidak mudah putus asa

Asertif

Berkerjasama