Anda di halaman 1dari 52

KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)

Imbuhan Pinjaman
imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan
imbuhan Inggeris.
boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan Inggeris:
Awalan
Imbuhan
Makna
Contoh
antimenentang / benci
antidadah
antikomunis
anti-Amerika
autodengan sendiri
automatik
autonomi
automobil
polibanyak
poligami
poliklinik
politeknik
promenyokong / menyebelahi prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
subsebahagian daripada
subtajuk
subbidang
subsistem
supramelebihi / merentasi
supranasional
suprakelas
pascaselepas
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis
Akhiran
Imbuhan
-is

Makna
orang yang melakukan

-isme

kepercayaan / ajaran /
fahaman seseorang

-logi

bidang ilmu

-graf

bidang ilmu / bidang seni

Contoh
cerpenis
kartunis
ekonomis
kapitalisme
komunisme
nasionalisme
antologi
psikologi
morfologi
geograf
kaligraf
biograf

*Catatan
jika kata imbuhan pinjaman diimbuhkan dengan kata nama khas, tanda
sempang (-) mesti diletakkan antara imbuhan dengan kata nama khas tersebut.

Contoh : pro-Malaysia, anti-Israel


Imbuhan Sanskrit
Awalan
Imbuhan
dasadwi-

Makna
sepuluh
dua

eka-

satu

juru-

orang yang pakar / mahir


dalam sesuatu bidang

maha-

agung / besar

panca-

lima

pra-

sebelum

tata-

peraturan / sistem

Akhiran
Imbuhan
-ita

Makna
wanita / perempuan

-man

-wan

-wati

orang yang memiliki sifat /


kepakaran dalam sesuatu
bidang
orang yang
pakar dalam sesuatu
bidang
melakukan sesuatu
perbuatan
memiliki sesuatu
sifat
memiliki sesuatu
wanita yang mahir dalam
sesuatu bidang pekerjaan

Contoh
dasawarsa
dwibahasa
dwimusim
dwicara
ekabahasa
ekafungsi
ekatujuan
juruhebah
jurubahasa
juruterbang
mahaguru
maharaja
mahasiswa
pancaragam
pancawarna
pancaindera
prakata
prasangka
prasyarat
tatabahasa
tatatertib
tatadunia
Contoh
biduanita
posnita
seniman
budiman
jutawan
wartawan
jelitawan
ilmuwan
angkasawan

peragawati
seniwati
angkasawati

*catatan
-wan [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf-huruf lain]
-man [diimbuhkan dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf i]

Imbuhan Arab Parsi


Awalan
Imbuhan
bi-

Makna
tidak

Contoh
biadab
bilazim
binormal

Akhiran
Imbuhan
-ah

Makna
orang perempuan / wanita

-at

orang perempuan / wanita

-iah

hal yang ada perkaitan


dengan sifat

-in

orang lelaki

Contoh
ustazah
qariah
muslimat
hadirat
ilmiah
jasmaniah
alamiah
hadirin
muslimin
musyrikin

*catatan
-wi [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf vokal]
-in [untuk kata dasar yang berakhir dengan huruf konsonan]
MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN TATABAHASA
A. Kesalahan istilah:
Kesalahan istilah bermaksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan
perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi.
Contoh 1:
Salah : Kakaknya bekerja sebagai pragawati di Syarikat Penerbangan Malaysia dan
sering ke luar
negara.
Betuln: Kakaknya bekerja sebagai pramugari di Syarikat Penerbangan Malaysia dan
sering ke luar
negara.

Contoh 2:
Salah: Ibu mencuci ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
Betul: Ibu menyiang ikan yang dibeli oleh ayah dari kedai itu tadi.
B. Kesalahan tatabahasa:Kesalahan tatabahasa bermaksud semua bentuk
kesalahan dalam
pembinaan ayat yang gramatis. Kesalahan ini melibatkan kesalahan hokum
tatabahasa.
Contoh 1:
Salah: Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang sekali di Semenanjung Malaysia.
Betul : Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia.
Contoh 2:
Salah: Azim diberi masa dua setengah jam untuk sampai ke tempat pertandingan
itu.
Betul : Azim diberi masa dua jam setengah untuk sampai ke tempat pertandingan
itu.
Latihan:Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa.
Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.
1. Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu? tanya para
peserta perlawanan
memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang
goreng yang dia
buat.
3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda
bertubuh gempal itu
lebih baik dari seorang pemuda lagi.
4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan
memalapkan wang
syarikat tersebut.
5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke
seluruh negeri Melaka
yang syarikat itu anjurkan.
6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom
selsema burung yang
menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.
7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara
sebaik-baik

menerima arahan daripada pihak berkuasa.


8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis
di syarikat tersebut
begitu mengutamakan kuantiti.
9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian
oleh peguam,
akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut.
10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang
tercatat pada bungkusan
buku tersebut.
11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta
pandangan ahli yang
hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat
tersebut.
12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin
membimbangkan dan jalan
penyelesaian perlu segera diambil.
13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk
akan dibaik puluh
bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.
14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam
sungai akan
disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.
15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong
tanpa memikirkan
takat keselamatan diri mereka sendiri.
16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam
goreng yang dibaluti
tepung itu.
17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya
pemjenayah berbahaya itu
berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan.
18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang
ditunjukkan oleh
kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara.
19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu
dihiburkan dengan

petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah
yang dipercayai masih
berada pada ibu negara berkenaan.
21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada
pertandingan kerana dua butir
tayar kereta yang dipandunya meletup.
22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan
mengajak kami berjoging di
taman yang berhampiran.
23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang
perjalanan kilang
tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.
24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja
kerana terlibat dalam
kecederaan.
25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana
digiling kereta api di
kawasan landasan itu.
26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas.
27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di
atas meja tersebut
sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.
28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan
cemerlang dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol
apabila para pemain
gagal memasukkan gol.
30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi
membendung wabak selsema
burung daripada meluas kepada orang ramai.
31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh
seorang tokoh
perniagaan yang terkenal.
32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa
ke semasa agar

tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi.


33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan
pegerakan wang ke luar
negara.
34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi
mempertahankan tanah air kita
dari ancaman musuh.
35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa
melalui jalan yang
berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat.
36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan
dengan berapa jenis
bahan masakan di ruang masakan itu.
37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan
kerja-kerja
pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai.
38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan
oleh kelemahan
pengurusan syarikat terbabit.
39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi.
40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia
lakukan, namun
perbuatan jahatnya itu terbungkam juga.
41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu
memberi pendidikan
yang sewajarnya pada orang ramai.
42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka
serahkan kepada pihak
pengantin perempuan.
43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan
adalah benar setelah
melihat sijil asal yang dikemukakan.
44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan
maklumat tentang kepupusan
beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun.

45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan
mencari jalan untuk
mengatasi masalah pendidikan di negara kita.
46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan
khidmat pos segera.
47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu
dalam tempuh yang
singkat.
48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar
menunggu keputusan
yang bakal di buat pada minggu hadapan.
49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan
pekerja dari masa ke
semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.
50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa
menjalankan penyelidikan
dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran
mereka.

MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT:


A. KESALAHAN EJAAN DAN PENGGUNAAN IMBUHAN:
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahankesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur
dan maksud asalnya.
1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan
harga tinggi
suka hati kepada pemborong ayam.
2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana
masalah bekalan
simen.

3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia
tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.
4. Perompak yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang
ditemui oleh
pihak polis.
5. Semua pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum
yang
dijalankan.
6. Walau pun telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih
tidak
berubah.
7. Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres
itu diserahkan
kepada Menteri Pengangkutan.
8. Kosmitik yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di
negara ini.
9. Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.
10. Panel hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu
kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan defnasi tajuk perbahasan dengan tepat.
11. Beranika jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga
yang
ditawarkan berpatutan juga.
12. Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh
persembahan
tarian asli yang ditontonkan.
13. Calun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran
diingatkan supaya
menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.
14. Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat
menamatkan
perlumbaan kerana suntuk masa.
15. Peninju yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada
pusingan yang

kelima.
16. Oleh sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran
yang
diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana
mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
18. Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut
terjebak
dengan gejala gengsterisma.
19. Lepasan sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri
dalam
bidang perniagaan dan industri kecil.
20. Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan
permainan
yang menarik dan penuh semangat sukan.
21. Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian
sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
22. Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik
seminar.
23. Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4
hingga 6
tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
24. Atlit yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan
sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya
terutama
pada waktu puncak.
26. Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli
parlimennya
pada awal minggu lepas.
27. Kami singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional
Melayu pada minggu yang lalu.

28. Lima orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap
oleh pihak
polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
29. Kelayakkan dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang
ingin melibat
diri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara
besar-besar di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
31. Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang
melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin
meruncing.
32. Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa
ke semasa
untuk mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan
menghindari diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
34. Penduduk Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan
jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
35. Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari
keputeraan
baginda yang ke 52 tahun.
36. Mereka kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek
perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
37. Untuk mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan
virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh
pembekal.
38. Saya mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang
kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut, katanya dengan ramah.
39. Dalam perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat
supaya

sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin


sekian lama.
40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang semakin berleluasa, pihak kerajaan
mestilah
memperbesarkan pasukan anggota polis dengan menambahkan bilangan
anggotanya.
41. Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah
dirancangkan
termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari negeri Pulau
Pinang.
42. Semua ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi
mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari
yang lalu.
43. Kerajaan menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara
dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat
diurus dengan
lebih efsyen.
44. Sistem perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres
telah dikenali
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan
di negara kita.
45. Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan
ibu kita
dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita
sehingga
dewasa.
46. Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris
dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki
kelemahan yang
timbul.
47. Berita tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia
3000 tahun
di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
TEKNIK MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN AYAT
A. Langkah yang perlu diikuti:
1. Kenal pasti jenis kesalahan yang hendak dibetulkan sama ada kesalahan ejaan,
kesalahan

imbuhan, kesalahan istilah atau kata atau kesalahan tatabahasa.


2. Baca ayat berulang-ulang supaya anda dapat mengenal pasti kesalahan ayat itu.
3. Perhatikan kesalahan dengan meneliti perkataan demi perkataan serta cuba
kaitkan dengan
hukum tatabahasa yang telah dipelajari.
4. Biasanya anda dikehendaki menyalin semula ayat yang sudah dibaiki dengan
lengkap.
5. Sebaik mungkin, garisilah perkataan atau frasa yang telah dibaiki.
6. Biasanya, dalam satu ayat terdapat 2 kesalahan yang perlu dibaiki.
7. Semasa menulis ayat itu semula, jangan ubah struktur dan maksud asal ayat
tersebut.
8. Biasanya, satu ayat yang dibetulkan dengan sempurna akan diberi 2 markah.
B. Jenis kesalahan dalam ayat:
i. Kesalahan ejaan
ii. Kesalahan penggunaan imbuhan
iii. Kesalahan penggunaan kata atau istilah
iv. Kesalahan tatabahasa
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di hadapan (sebagai subjek
ayat) manakala
benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan dan men.i.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah
benda kena
buat)
B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak di hadapan (sebagai
subjek ayat)
manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau di.i. Kata kerja juga
boleh
menggunakan perkataan kena. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri
pertama dan
kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :
i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah
barunya.

Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang
ditebang oleh
bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana
sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang
dimarahi oleh
guru disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas
pesakit
tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor
yang
berkaca mata tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak
jelaskan.
D. LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.
1. Encik Husaini sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar
Melaka.
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat
Semenanjung
Malaysia.
4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan
tersebut pada
pagi tadi.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika
bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.
7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang
nanti.
8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada
masa depan.
10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di
mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang
dibuatnya sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang
membaca
buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.
E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.
2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di
bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu
mempermainkan perasaan
gadis tersebut.
3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal
bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta
itu pada
awal bulan lalu.
4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai
dari
Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan
maklumat
tentang pelaburan saham tersebut.
5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para
pekerja di
bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang
telah

diproses itu ke dalam bekas plastik.


F. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.
1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang
ekonomi
negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.
2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat
tempatan bagi
menarik penyertaan orang ramai.
3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor
bagi
memudahkan keluarga yang menetap di situ.
4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank
saudagar
di Kuala Lumpur.
5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua
sekolah bagi
semua mata pelajaran teras.
6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta
rasmikan
pada akhir bulan itu.
7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan
apabila
dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau
yang berasal
dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520'an.
9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan
harga
diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.
10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh
pihak
kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.
11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi
kerja mereka
pada setiap akhir tahun.

12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar
kecil sejak
ditinggalkan oleh pemiliknya.
13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas
sempena ulang
tahun kelahirannya.
14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba
basikal itu
dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.
15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran
dengan sawah
padinya pada petang kelmarin.
LANGKAH MENUKARKAN AYAT CAKAP AJUK/PINDAH:
A. AYAT CAKAP AJUK KEPADA AYAT CAKAP PINDAH.
a. Langkah menukarkan ayat:
1. Jangan mengubah makna asalnya.
2. Susunan ayat hendaklah dikekalkan (yang dahulu didahulukan)
3. Lakukan perubahan perkataan:
-

contoh:
saya .....................dia..................................- kamu...............................dia
kami ....................mereka..........................-hamba..............................dia
di sini...................di situ/di sana...............-begini................................begitu
kini.......................ketika itu.......................- dan sebagainya.

4. Jangan gunakan "kata tanya". Tukar pada fungsinya.


contoh:
- mengapa..............punca/sebab................-bagaimana........................cara/keadaan
- berapa..................jumlah/harga...............-bila....................................masa
5. Tukar penggunaan "kata" atau "tanya" dalam ayat asal.
contoh:
i. Ayat penyata : berkata, memberitahu, menjelaskan, menceritakan, menerangkan
dan sebagainya yang sesuai dengan situasi.
ii. Ayat silaan : mempersilakan, menjemput, mengundang, mengajak.
iii. Ayat permintaan : meminta, merayu, menggesa, mencadangkan, menasihati.
iv. Ayat suruhan : menyuruh, mengarahkan, memerintahkan.
v. Ayat larangan : melarang, tidak membenarkan, menegah, menghalang.
vi. Ayat tanya : bertanya, menanyakan, ingin tahu, ingin kepastian.

vii. Ayat seruan : (bergantung kepada situasi ayat itu diucapkan sama ada "marah,
hairan, terkejut,
menyindir, memarahi, mencabar, merayu dan sebagainya".
( Sebagai pemahaman tambahan sila rujuk buku Kerja Twitter Ting. 5 )
6. Contoh penukaran ayat:
i. "Orang itu menerpa dan memberi hadiah ini kepada saya" kata Ali kepada Chan.
Jawapah: Ali memberitahu Azim bahawa orang itu menerpa dan memberinya
hadiah tersebut.
ii. "Dunia pada hari ini semakin panas kerana berlaku penipisan ozon" kata guru itu.
Jawapan: Guru itu menerangkan bahawa dunia pada hari ini semakin panas
kerana berlakunya
penipisan ozon.
iii. "Mengapakah kamu datang lewat ke sekolah hari ini, Raju?" tanya guru disiplin
itu.
Jawapan: Guru disiplin itu ingin tahu punca Raju datang lewat ke sekolah pada
hari tersebut.
iv. "Jemput makan kuih itu!" kata Salbiah kepada Cikgu Hazimah..
Jawapan: Salbiah menjemput Cikgu Salbiah supaya makan kuih itu.
v. "Pak cik mesti makan ubat yang saya beri ini" kata doktor kepada pesakit itu.
Jawapan: Doktor tersebut menasihati pesakitnya seorang tua supaya makan
ubat yang diberinya itu.
vi. "Amboi, bagusnya anak dara. Pukul 11.00 baru bangun tidur!'' kata Husaini
kepada Naimullah..
Jawapan: Husaini menyindir Naimullah yang baru bangun daripada tidur
walaupun sudah pukul
11.00 pagi.
vii. "Hai, apa khabar Munirah?" kata Fai Jun Pui.
Jawapan: Ashikin menegur Munirah sambil bertanyakan khabarnya..
b. Contoh menukarkan ayat dan jawapan:
Contoh 1:
Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah : Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad
: Betul, tu. Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan
semula jadi yang indah.
Aziz
: Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad
: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong

tempatan .pelancong di dalam negeri.


Kamariah : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu memberi
potongan .harga istimewa kepada pelancong tempatan yang
mengunjungi pusat
percutian mereka.
Samad
: Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri
perlu ditanam
dalam
diri.
Jawapan:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia
memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh Samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantaipantai yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar
negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini
berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong
di dalam negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula
mencadangkan supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan
memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu,
kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri perlu
ditanam dalam diri.Kamariah dan Samad mengiakan pendapat itu.
Contoh 2:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.
Redwan dan Kamarul berkawan baik. Mereka sangat rapat dengan Cikgu Hassan.
Oh, cikgu, kami ada di rumah ! Sahut Kamarul setelah mendengar sapaan Cikgu
Hassan di halamannya.
Cikgu Hassan sudah berada di tangga rumah Redwan. Jemputlah naik, cikgu.
Redwan ada di dalam, pelawa Kamarul dengan hormat.
Naik. Mestilah naik, kalau tidak buat apa datang, gurau Cikgu Hassan
Rumah kami berselerak. Tak sempat nak berkemas, Redwan mencelah.
Manalah sempat nak berkemas, kerja-kerja menuai baru selesai dua hari yang
lepas, Kamarul memberikan alasan.
Jawapan:
1. Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan
sangat rapat.
2. Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di halaman rumah
dengan mengatakan
bahawa mereka berada di dalam rumah.
3. Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik

ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa Redwan berada di dalam rumah.


4. Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas ajakan itu dengan mengatakan
bahawa dia tentu akan
naik kerana kalau tidak masakan dia datang ke situ.
5. Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya belum berkemas/ tidak
teratur.
6. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan mengemas
rumah kerana kerja-kerja
menuai padi baru selesai dua hari sebelumnya.

c. Latihan Pengukuhan (AMARAN: Rujuk jawapan setelah latihan dibuat sahaja!)


Latihan 1
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan
menggunakan cakap pindah.
Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh.
Rancangan apa? jawab Ani.
Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata
Salleh.
Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani.
Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu !
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu.............[ 6
markah ]
Latihan 2:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......
Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya, kata Tuk Yahya sambil meneliti mata
belolok anak itu.
Ani tak ada sapa-sapa, rengek Ani lagi.
Ya, Tuk Yahya tahu.........
Ani tak mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak
ada,jelas anak itu hampir meraung.
Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot, pujuk Tuk Yahya.....................................[ 6
markah ]
Latihan 3:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja? tanya Nizam.
Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih
belum saya bayar, beritahu Salim dengan perasaan sayu.
Eh, bukankah awak mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit
tersebut untuk membayar yuran? tanya Nizam dengan perasaan hairan.

Duit biasiswa itu telah saya gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang
dimasukkan ke hospital baru-baru ini, jelas Salim.
Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
jelaskan perkara yang sebenarnya, kata Nizam.
Tapi, saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat, kata Salim......[ 6
markah ]
Latihan 4:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah
MAWI : Wah, sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi Pedas.
MAWI : Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi Pedas.
MAWI : Oh begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX : Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia....................[ 6
markah ]
.......................
.......................................................................
Latihan 5:
Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah.
Norhayati ......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin.... : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati ......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, samasamalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin ......: Sebenarnya ibu Syikin sakit.........................................................[ 6
markah ]
.....................................................................................................................................
............................
....................................................................................
Contoh jawapan:Jawapan Latihan Ayat Cakap Ajuk ke Cakap Pindah
JAWAPAN SOALAN 1:
1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu.
2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh.
3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung
dengan
rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.
4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat
pada hari Sabtu
akan datang.
5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan
menyokongnya.
6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN SOALAN 2:
1. Ani mengatakan bahawa dia tidak mempunyai sesiapa dan keseorangan
2. Tuk Yahya menjelaskan bahawa Ani tidak boleh tinggal di sanan kerana tempat
itu bahaya
sambil meneliti mata belolok Ani.
3. Ani merengek lagi dengan mengatakan bahawa tidak mempunyai sesiapa .
4. Tuk Yahya mengiyakan hal tersebut .
5. Ani hampir meraung apabil memberitahu Tuk Yahya bahawa dia tidak mahu
tinggal di
rumah itu lagi kerana khuatir bom akan jatuh lagi di situ.Tambahan pula datuknya
sudah
tiada lagi.
6. Tuk Yahya memujuk Ani dengan mengatakan bahawa Ani masih ada dia dan
Comot
JAWAPAN SOALAN 3:
1. Nizam bertanyakan masalah Salim kerana dia kelihatan muram sahaja.
2. Salim memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa Cikgu Khairul
bertanyakan tentang
yuran peperiksaan yang belum dijelaskannya.
3. Nizam terkejut dan berasa hairan kerana Salim mendapat biasiswa tetapi belum
menjelaskan
yuran peperiksaannya.
4. Salim menjelaskan bahawa duit biasiswanya telah digunakan untuk perbelanjaan
rawatan
abangnya yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
5. Nizan telah mencadangkan agar Salim berjumpa dengan Cikgu Khairul dan
menjelaskan
perkara yang sebenarnya.
6. Salim enggan berjumpa dengan Cikgu Khairul kerana menurutnya beliau
merupakan seorang
yang sangat garang.
JAWAPAN SOALAN 4:
1. Dengan kagum Mawi menyatakan bahawa mi itu sedap sambil bertanya
namanya kepada
Felix.
2. Felix memberitahu kepada Mawi bahawa namanya ialah Mi Pedas.
3. Mawi menyatakan bahawa dia tahu Mi itu pedas tetapi dia ingin mendapatkan
kepastian
namanya sekali lagi daripada Felix.
4. Felix memberitahu bahawa mengikut kata Si Dollah nama mi itu ialah Mi Pedas.
5. Mawi mengiyakan dan bertanya Felix adakah tujuan masuk ke kedai itu hanya
semata-

mata makan Mi Pedas.


6. Felix mengiyakan dan menyatakan bahawa dia telah berjanji untuk membelanja
Mawi makan
dahulu.
JAWAPAN SOALAN 5:
1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.
2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan
menjelaskan
bahawa dia menghadapi masalah di rumah.
3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia
menceritakan
perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama
menanggung
kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan.
4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.
B. AYAT CAKAP PINDAH KEPADA AYAT CAKAP AJUK.

a. Langkah menukarkan cakap pindah kepada cakap ajuk:

1. Ada dua cara: (anda boleh memilih mana-mana cara di bawah)


i. Menggunakan dialog biasa dalam bentuk perenggan.
ii. Menggunakan dialog seperti wawancara.
2. Jaga penukaran ayat yang telah dipelajari. Anda hanya perlu menukarkannya
semula kepada bentuk
asal seperti yang telah dipelajari dalam menukarkan ayat cakap ajuk kepada
ayat pindah. Jika anda
lupa, sila rujuk semula.
3. Jaga penggunaan tanda bacaan, tanda kata, tanda seruan dan sebagainya untuk
mengelakkan markah
anda ditolak.
b. Contoh soalan dan jawapan:
Contoh 1:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia memang

banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu disokong


oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai yang
bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan kehairanannya
tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara seperti ke
Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah. Kamariah menyetujui
pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya
promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam negeri. Aziz
bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan supaya
pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan harga
istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian mereka.
Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang
faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan Samad
mengiakan pendapat itu. ...........[ 6 markah ]
Jawapan :
Kamariah ...: Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi.
Samad ........: Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula
jadi
...................... yang ..indah.
Aziz............. : Ramai rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara seperti
Indonesia,
....................... Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Samad .........: Keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik
pelancong
....................... tempatan melancong di dalam negeri.
Kamariah.... : Pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan perlu
memberi potongan
........................harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian
........................mereka.
Samad.......... : Kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam
negeri perlu
.........................ditanam dalam diri.

Contoh 2:Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.

...............Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat suaminya itu
dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan bahawa dia
hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak Limah
mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja
kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii itsterinya
bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi itu. Mak
Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya dia
berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman
daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.

Jawapan:
Mak Limah ......: Abang hendak ke mana dalam keadaan tergesa-gesa ini?
Pak Usop......... : Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi
Maju.
Mak Limah...... : Kalau sibuk dengan kerja pun makanlah nasi dulu, nanti lapar.
Pak Usop .........: Abang hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu.
Mak Limah ......: Sudah tu, abang hendak kerja dengan siapa?
Pak Usop .........: Minta pinjaman daripada MARA, abang beli sebuah bas.
c. Soalan Latihan:
Latihan 1:
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki
mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Azman bertanya kepada Yahya tentang keputusan muktamadnya hendak ke
bandar. Yahya mengiyakannya dan menyatakan bahawa dia sudah nekad dan tidak
mahu Azman memujuknya lagi. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa kampung
mereka pun tiada kurangnya berbanding dengan bandar. Yahya menegaskan
bahawa dia sudah bosan hidup di kampung yang bergelumang dengan lumpur
sawah. Azman cuba menyedarkan Yahya bahawa mereka lulusan bidang pertanian

dan bekerja sebagai petani iatulah yang sepatutnya menjadi pilihan mereka. Sekali
lagi Yahya menegaskan bahawa Azman sahajalah yang mengerjakan sawah tetapi
dia tetap hendak ke bandar. Azman tetap mengajaknya mengerjakan tanah terbiar
di kampung mereka kerana hasilnya tentu lumayan. Yahya tetap berkeras dan
menyuruh Azman sahaja mengerjakannya, manakala dia hendak bekerja makan gaji
di bandar.
Latihan 2:
Tukarkan karangan di bawah dalam bentuk perbualan.
Redwan dan Kamarul berkawan baik dan hubungan mereka dengan Cikgu Hassan
sangat rapat.Kamarul telah menyahut sapaan Cikgu Hassan yang berada di
halaman rumah dengan mengatakan bahawa mereka berada di dalam
rumah.Setelah berada di tangga rumah Redwan, Kamarul dengan hormat
mempersilakan Cikgu Hassan naik ke rumah dan/ sambil mengatakan bahawa
Redwan berada di dalam rumah.Dengan nada mengusik Cikgu Hassan membalas
ajakan itu dengan mengatakan bahawa dia tentu akan naik kerana kalau tidak
masakan dia datang ke situ.Redwan memohon maaf kerana keadaan rumahnya
belum berkemas. Kamarul pula menjelaskan bahawa mereka tidak berkesempatan
mengemas rumah kerana kerja-kerja menuai padi baru selesai dua hari
sebelumnya.

AYAT MUDAH DAN AYAT MAJMUK.


A. MAKSUD AYAT:
1. Ayat mudah/ ayat selapis/ ayat pendek/ ayat tunggal:ialah ayat yang hanya mempunyai satu subjek dan satu pradikat sahaja.
2. Ayat majmuk/ ayat berlapis/ ayat berkait/ ayat panjang:- ialah ayat yang mempunyai lebih daripada satu subjek dan/ atau lebih daripada
satu pradikat.
B. MENUKARKAN AYAT MUDAH SUPAYA MENJADI AYAT MAJMUK :
Syarat penukaran:
i. Jangan mengubah maksud asal ayat yang diberi.
ii. Jangan mengubah struktur atau susunan ayat. Ayat yang dahulu mesti
didahulukan.
iii. Sambung ayat dengan menggunakan kata sendi dan kata hubung.
a. Kata sendi : di, ke, dari, daripada, pada, kepada, demi, untuk, yang dan
sebagainya.
b. Kata hubung : dan, tetapi, atau, maka, walaupun, oleh sebab.maka,
walaupun .namun

dan lain-lain.
iv. Perkataan yang sama tidak boleh disebut semula kecuali atau digunakan.
v. Pastikan jumlah ayat yang hendak dibuat berdasarkan soalan yang diberi.
vi. Ayat baru boleh dibuat jika sesuatu ayat mudah itu menceritakan perkara yang
berlainan daripada
perkara yang sebelumnya.
vii. Nomborkan ayat majmuk yang telah dihasilkan.
C. CONTOH MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA AYAT MAJMUK 1 :
1. Ah Boon pergi ke pasar raya. Ibu Ah Boon pergi ke pasar raya. Mereka membeli
gula. Mereka membeli ikan.
Ayat majmuk : Ah Boon dan ibunya pergi ke pasar raya untuk membeli gula dan
ikan.
2. Hetty gemuk. Kakak Hetty kurus.
Ayat majmuk : Hetty gemuk tetapi kakaknya kurus.
3. Kaum lelaki digalakkan melabur. Kaum perempuan digalakkan melabur juga.
Ayat majmuk : i. Baik kaum lelaki mahupun perempuan, mereka digalakkan
melabur.
ii. Kaum lelaki atau kaum perempuan digalakkan melabur.
4. Dia malas belajar. Dia gagal dalam peperiksaan itu.
Ayat majmuk : Oleh sebab malas maka dia gagal dalam peperiksaan itu.
5. Dia sangat kaya. Dia kedekut.
Ayat majmuk : Walaupun kaya tetapi dia sangat kedekut.
D. CONTOH LATIHAN MENUKARKAN AYAT MUDAH KEPADA MAJMUK :
Contoh 1 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Pasar malam itu diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pasar malam itu diadakan
pada hari Jumaat. Pasar malam itu menjual pelbagai barang. Barang yang dijual
berharga murah. Ramai pengunjung datang ke situ. Mereka datang dari seluruh
Kuala Lumpur.Mereka ingin menikmati suasana pasar malam di situ. Pasar malam
itu sungguh meriah. Golongan muda tidak melepaskan peluang. Mereka berkunjung
ke pasar malam itu. Mereka pergi bersama ibu bapa. Mereka pergi bersama rakanrakan.
Jawapan :1. Pasar malam di Jalan Tunku Abdul Rahman yang diadakan pada hari
Jumaat itu menjual
pelbagai barang dengan harga yang murah.
2. Ramai pengunjung dari seluruh Kuala Lumpur datang ke pasar malam
itu untuk menikmati

suasana pasar malam yang meriah tersebut.


3. Golongan muda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke pasar
malam itu bersama
ibu bapa dan rakan-rakan.
Contoh 2 :
(Tukarkan supaya menjadi 3 ayat majmuk)
Kerajaan telah memberi amaran tegas. Amaran itu diberi kepada pemilik kenderaan
persendirian. Mereka dikehendaki memasang tali pinggang keselamatan ketiga.
Ramai pemilik kenderaan masih engkar. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan
tegas. Kerajaan menguatkuasakan undang-undang. Pesalah akan ditangkap. Mereka
akan didenda RM300. Pemilik kenderaan tersebut akan disaman. Penumpang ketiga
itu akan disaman juga. Saman ini dapat dijadikan pengajaran.
Jawapan :
1. Walaupun kerajaan telah memberi amaran tegas kepada pemilik
kenderaan persendirian
supaya memasang tali pinggang keselamatan ketiga tetapi ramai
pemilik tersebut masih
engkar.
2. Kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas untuk menguatkuasakan
undang-undang dengan
menangkap pesalah dan didenda RM300.
3. Baik pemilik kenderaan tersebut mahupun penumpang ketiga itu akan
disaman supaya dapat
dijadikan pengajaran.
E. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat mudah di bawah supaya menjadi 3 ayat majmuk.
Soalan 1 :
Mereka dijemput hadir. Mereka hadir untuk menjamu selera. Jamuan itu ialah
jamuan hari jadi. Jamuan itu sempena hari jadi anak Tok Mudim. Ramai tetamu yang
hadir. Mereka dating dari seluruh kampung itu. Mereka meraikan hari jadi anak Tok
Mudim. Hari jadi itu ialah hari jadi yang ke lima. Banyak makanan disediakan.
Makanan itu untuk para tetamu. Mereka menjamu selera. Mereka sungguh gembira.

Soalan 2 :
Tanaman getah telah diperkenalkan di Malaysia. Tanaman itu ditanam pada tahun
1930-an. Tanaman itu oleh penjajah Inggeris. Kini tanaman itu sangat penting.
Tanaman itu menjadi tanaman kedua utama. Tanaman itu telah dieksport. Tanaman
itu dieksport ke seluruh dunia. Tanaman itu semakin berkurangan. Banyak tanah
telah ditebus guna. Tanah itu dijadikan kawasan industri. Tanah itu dijadikan
kawasan tanaman kelapa sawit.
Soalan 3 :

Rakyat Malaysia diseru supaya bersabar. Rakyat Malaysia diseru supaya berjimat
cermat. Harga minyak sedang melambung tinggi. Harga barangan pengguna
sedang meningkat. Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah. Kerajaan akan
membantu meringankan beban rakyat. Kerajaan akan memulihkan harga minyak.
Kenaikan harga minyak ini adalah fenomena luar biasa. Harga minyak dunia
meningkat dengan mendadak. Harga minyak meningkat sehingga US45 setong.
Soalan 4 :
Tiga buah Negara telah menjajah negara kita. Negara tersebut ialah England,
Portugal dan Jepun. Mereka mula menjajah sejak tahun 1511. Mereka menjajah
selama lebih 400 tahun. Semasa penjajahan rakyat hidup menderita. Ramai mangsa
telah dibunuh. Mereka dibunuh dengan kejam. Ramai pejuang tanah air telah sedar.
Mereka menubuhkan pelbagai persatuan. Mereka menentang penjajah. Mereka
ingin mendapatkan kemerdekaan tanah air.
F. LATIHAN DAN JAWAPAN
Panduan kepada pelajar :
** PERKATAAN CONDONG IALAH KATA HUBUNG YANG PERLU DITAMBAH.
LATIHAN 1
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatangbinatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini
binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada
kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca
daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan
hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap
hidupan liar juga boleh dilakukan.
Cadangan jawapan :1) Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak
beberapa lama dulu.
2) Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang berpunca daripada
kegiatan manusia seperti
manusia berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan.
3) Antara langkah untuk membendung hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen
kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.

LATIHAN SPM 2
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Televisyen merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk
memberikan manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai
aspek. Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa
pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada
masyarakat telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa
adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat.
Malangnya, para penerbit flem masih membisu terhadap hasil penyelidikan
tersebut. Mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan
yang dipaparkan.
Cadangan jawapan:1) Televisyen merupakan salah satu media sebaran am yang direka untuk
memberikan manfaat
kepada manusia dalam pelbagai aspek
2) Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah serta kesan
kepada masyarakat dan hasil penyelidikan menunjukkan bahawa adegan-adegan
ganas ganas dapat
mempengaruhi masyarakat.
3) Malangnya, Para penerbit flem masih membisu terhadap hasil
penyelidikan tersebut dan mereka
mereka menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang
dipaparkan
LATIHAN SPM 3
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Unsur-unsur keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen.
Rancangan-rancangan tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut
terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak
keganasan itu meningkat. Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang
kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan
golongan remaja. Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik.
Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang buruk juga
Cadangan jawapan:1) Unsur-unsur keganasan dalam rancangan-rancangan seperti yang disiarkan
oleh

RTM terdapat

juga di TV3.
2) Sejak akhir-akhir ini, penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu
meningkat dan hal
ini membimbangkan

ibu bapa kerana mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur

tersebut
mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja.
3) Golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang baik atau menilai
sesuatu yang buruk.

LATIHAN SPM 4
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer.
Pendidikan ini adalah untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian
Pendidikan ini dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat
membantu mengisi kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut
ketara sekali di sekolah luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah
kerajaan ini memberikan peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari
komputer. Langkah ini diharapkan dapat menarik minat pelajar mendalami bidang
komputer juga.
1) Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer
untuk para pelajar di
negara ini.
2) Langkah Kementerian Pelajaran dialu-alukan oleh ibu
bapa demi membantu mengisi kekosongan
dalam bidang berkenaan yang ketara sekali di sekolah luar bandar.
3) Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan peluang
kepada pelajar luar
bandar mempelajari komputer serta langkah ini diharapkan dapat menarik minat
pelajar mendalami
bidang ini komputer juga.

LATIHAN SPM 5
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis
novel kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan

Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak
lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau
Sayak. Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib
mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
Cadangan jawapan:1) Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku yang tergolong dalam jenis novel
kanak- kanak dan
buku ini dikarang oleh Darulsalam.
2) Buku itu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bercuti ke Pulau
Sayak menceritakan kisah
seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya ketika
mereka bercuti ke Pulau
Sayak
3) Tanpa disedari mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tetapi tanpa
disedari nasib mereka
baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.

LATIHAN SPM 6
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak
beberapa tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktorfaktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk
mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati
pelbagai keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang
ringan oleh segolongan rakyat asing .
Cadangan jawapan:1) Pembangunan yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa tahun
yang lalu serta
kestabilan ekonominya pula berterusan
2) Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing datang ke sini untuk mencari rezeki.
3) Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan
walaupun keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan oleh segolongan
rakyat asing .

LATIHAN SPM 7
Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat
saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia. Manusia memperlakukan bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka
berbuat demikian adalah untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini
mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena ganjil. Fenomena-fenomena tersebut
termasuklah peningkatan suhu dan penipisan lapisan ozon.
1) Pencemaran alam berlaku pada tahap yang serius dan keadaan ini mencemaskan
manusia di seluruh
dunia.
2) Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba
manusia yang memperlakukan bumi sewenangwenangnya untuk mengaut keuntungan.
3) Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena
ganjil seperti peningkatan suhu
dan penipisan lapisan ozon.

FRASA DM DAN HUKUM DM:


1. MAKSUD:

a. Frasa DM berkaitan dengan cara sebutan frasa dalam bahasa Malaysia. yang
bertentangan dengan
sebutan frasa dalam bahasa Inggeris.
D bermaksud dibuat atau benda/ perkara/objek.
M pula bermaksud membuat atau sifat benda itu.
c. Frasa bahasa Malaysia berbentuk DM kerana benda mendahului sifatnya.

2. CONTOH PERBANDINGAN HUKUM DM :


Frasa Bahasa Malaysia : ('benda' diikuti 'sifat')
Contoh:
-Rumah saya

-Kereta baru
-Bebola ikan
-Lampu kereta
-Buku teks
-Kereta Proton
-Idea baru
Frasa Bahasa Inggeris : ('sifat' diikuti 'benda') / dikira salah dalam bahasa Malaysia.
Contoh:
-Saya rumah (my house)
-Baru kereta (new car)
-Ikan bebola (fish ball)
-Kereta lampu (car lamp)
-Teks buku (text books)
-Proton kereta (proton cars)
-Baru idea (new idea)
3. KESALAHAN PENGGUNAAN HUKUM DM:
i. Kesalahan kerana meletakkan sifat di hadapan manakala benda di belakang.
Salah : (kerana mengikut struktur MD/ bahasa Inggeris)
- dia menaiki mini bas.
- makan di Aisyah Restoran.
- makan Maggie mee.
- naik Mara Ekspress
- bercicahkan cili sos.
- membeli goreng pisang.
- di Ah Kong Kedai Basikal.
- berbincang lain hal.
Betul: (kerana mengikut struktur DM/ struktur bahasa Malaysia)
-dia menaiki bas mini.
- makan di Restoran Aisyah.
-makan mi Maggie
.-naik Ekspress Mara.
-bercicahkan sos cili.
-membeli pisang goreng
.-di Kedai Basikal Ah Kong
.-berbincang hal lain.
ii. Kesalahan kerana menggandakan sifat benda. Pastikan benda di hadapan dan
benda yang digandakan.
Contoh:
Salah: (salah kerana sifat digandakan)
- hal lain-lain
-perkara lain-lain
-peristiwa lain-lain
-buku lain-lain
-buku bacaan lain-lain

Contoh:
Salah: (salah kerana 'sifat' diletak di hadapan dan 'sifat' digandakan)
-lain-lain hal
-lain-lain perkara
-lain-lain peristiwa
-lain-lain buku
-lain-lain buku bacaan
Contoh:
Betul: (betul kerana benda di depan dan benda digandakan)
-hal-hal lain
-perkara-perkara lain
-peristiwa-peristiwa lain
-buku-buku lain
-buku-buku bacaan lain.
4. Contoh penggunaan hukum DM yang salah:
i. Ahmad Said menjamu tetamunya dengan goreng pisang yang masih panas.
ii. Kami menaiki mini bas yang berhawa dingin untuk menuju ke destinasi
tersebut.
iii. Pada akhir waktu pembelajaran, Cikgu kamil menerangkan lainlain faktor yang mengakibatkan
kejatuhan kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511.
KATA NAFI
1. MAKSUD:
Kata naf ialah perkataan yang digunakan untuk menafkan atau menidakkan
sesuatu.
2. JENIS KATA NAFI:
Tidak : Untuk kata/frasa adjektif dan kata/ frasa kerja
Bukan : Untuk kata/ frasa nama dan kata/frasa sendi dan hubung

3.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA NAFI:

a. tidak hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa adjektif dan


kata/ frasa kerja.
Salah:i- Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan besar. (adjektif)
ii- Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki bukan tidur. (kerja)

Betul: i-Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan besar. (adjektif)
ii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat. (adjektif)
iii-Dalam kejadian itu, orang yang disyaki tidak tidur. (kerja)
b. bukan hanya digunakan jika di depannya ialah kata/frasa nama dan
kata/ frasa sendi & hubung.
Salah :i-Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton. (nama)
ii-Pelajar perempuan yang baru datang itu tidak Hayati. (nama)
iii-Peniaga berbangsa Melayu itu tidak dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv-Dia melawat ke negara barat itu tidak dengan saya. (hubung)
Betul:
i -Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton. (nama)
ii -Pelajar perempuan yang baru datang itu bukan Hayati. (nama)
iii -Peniaga berbangsa Melayu itu bukan dari Kuala Lumpur. (sendi)
iv -Dia melawat ke negara barat itu bukan dengan saya. (hubung)
c. Jika sesuatu ayat itu ada perkataan tetapi, hanya bukan yang boleh
digunakan tanpa mengira
jenis kata di depannya. (jangan gunakan tidak)
Salah:i- Kereta yang dipandunya itu tidak kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii- Orang yang menyertai pertandingan itu tidak berbadan
besar tetapiberbadan kurus.
iii-Kereta baru yang dibelinya itu tidak cantik sangat tetapi sederhana sahaja.
Betul:
i - Kereta yang dipandunya itu bukan kereta Proton tetapi kereta Mazda.
ii - Orang yang menyertai pertandingan itu bukan berbadan
besar tetapiberbadan kurus.
iii -Kereta baru yang dibelinya itu bukan cantik sangat tetapi sederhana
sahaja.
d. Kata pemeri adalah sahaja yang boleh digunakan bersama-sama
dengan kata nafi. (jangan
gunakan ialah) / Lebih tepat jika 'adalah tidak' atau 'adalah bukan'
digantikan dengan 'tidak'
atau 'bukan' sahaja.
Salah:i- Merokok ialah tidak menyalahi undang-undang di negara kita.
ii- Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
iii- Orang kaya itu ialah bukan keturunan raja Melayu Melaka.
iv- Peniaga berbadan gempal itu ialah bukan dari Johor Bahru.
Betul: i- Merokok adalah tidak menyalahi undang-undang di negara kita. (lebih

tepat: tidak menyalahi)


ii- Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali. (lebih
tepat: tidak benar)
iii- Orang kaya itu adalah bukan keturunan raja Melayu Melaka. (lebih
tepat:bukan keturunan)
iv- Peniaga berbadan gempal itu adalah bukan dari Johor Bahru. (lebih
tepat:bukan dari)
(Pelajar disaran supaya menggunakan 'tidak' atau 'bukan' tanpa
menyertakan 'adalah')
KATA PEMERI
1. JENIS KATA PEMERI:
i. ialah : digunakan jika di depannya kata/frasa nama dan kata/frasa kerja sahaja.
ii. adalah : di gunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi sahaja.
2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ialah hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.
Salah

:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.


-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buahbuahan.
Betul

:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.


-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buahbuahan.
ii. adalah hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan
kata/frasa sendi
Salah :-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul

:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.


-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.

iii. kata nafi iaitu tidak dan bukan hanya boleh digandingkan dengan
adalah. ( kata pemeri
adalah boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah :-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul

:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.

-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.


-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
KATA TANYA ( ? )
1. MAKSUD:Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk bertanyakan
sesuatu.
2. JENIS KATA TANYA:
Jenis dan Fungsi kata tanya
Apa - Untuk binatang, benda, perkara, tidak pasti (lembaga / hantu dll)
Siapa - Untuk manusia
Mana - Untuk tempat, kedudukan
Bila - Untuk masa, zaman, waktu
Berapa - Untuk jumlah, harga
Mengapa - Untuk sebab (lebih tepat berbanding kenapa)
Kenapa - Untuk sebab
Bagaimana - Untuk cara, keadaan, langkah Macamana - Untuk cara, keadaan,
langkah, punca
3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TANYA:
a. Ayat tanya boleh terhasil walaupun tanpa menggunakan kata tanya
tetapi mestilah ada tanda
tanya ( ? ).
Betul:-Suasana pada hari ini sungguh ceria dan tenang sahaja?
-Nama bapa saudara awak ialah Haji Kamaruddin bin Ishak?
b. Penegas kah tidak boleh diletakkan di bahagian akhir ayat tanya.
(letak di hadapan atau tengah)
Salah:-Semalam awak tidak hadir, mengapakah?
-Awak akan melancong ke sana, bilakah?
Betul:-Semalam awak tidak hadir, mengapa?-Mengapakah awak tidak hadir
semalam?
-Awak akan melancong ke sana, bila?-Bilakah awak akan melancong ke sana?
c. Kata tanya tidak boleh digunakan jika ayat itu bukan ayat anya.
(tukar dengan menyebut fungsinya)
Salah

:-Saya terkejut bila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.


-Pelanggan itu ingin mengetahui berapa harga ikan tersebut.

-Kami ingin mengetahui di mana anda tinggal sekarang.


-Kami tidak tahu bagaimana anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.
Betul

:-Saya terkejut apabila melihat lelaki itu menumbuk muka awak.


-Pelanggan itu ingin mengetahui harga ikan tersebut.
-Kami ingin mengetahui tempat anda tinggal sekarang.
-Kami tidak tahu punca anda boleh terjatuh ke dalam longkang itu.

d. apa tidak boleh digunakan untuk manusia ./ siapa tidak boleh


digunakan untuk binatang.
Salah

:-Apakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Siapakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

Betul

:-Siapakah nama anak lelaki Encik Kamil yang baru menjadi doktor itu?
-Apakah nama kucing awak yang comel sungguh itu?

e. Kata tanya boleh digunakan dalam ayat yang bukan ayat tanya dengan
syarat telah digandakan.
Salah :-Awak boleh bertanya apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila masa pun.
-Mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.
Betul

:-Awak boleh bertanya apa-apa soalan kepada saya sebelum saya balik.
-Awak juga boleh berjumpa dengan saya pada bila-bila masa pun.
-Mana-mana pelajar yang masih berdegil akan menerima hukuman.

f. Mengapakah dan bagaimanakah lebih tepat penggunaannya daripada


kenapakah dan
macamanakah.
Betul
:-Mengapakah awak tidak hadir? (ini lebih tepat)
-Bagaimanakah awak sampai ke sini? (ini lebih tepat)
-Mengapa/ Kenapakah/ kenapa awak tidak hadir? (ikut susunan mana
yang lebih tepat)
-Bagaimana/ Macamanakah/ macamana awak sampai ke sini?
(ikut susunan mana yang lebih tepat)
g. Jika kata tanya diletak di hadapan ayat, partikal kah mesti diletak.
Salah
:-Mengapa awak tidur di lantai?
-Bila awak tiba di sini?
Betul:

-Mengapakah awak tidur di lantai?


-Bilakah awak tiba di sini?

KATA MAJMUK
1. MAKSUD:
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain. Dalam bahasa Melayu bentuk kata majmuk seperti ini besar
jumlahnya. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga
kelompok mengikut jenis di bawah.
2. JENIS KATA MAJMUK:
a. Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas:
Contohnya:
gambar rajah biru laut air hujan jalan raya
nasi minyak terima kasih luar biasa merah muda alat tulis
bandar raya tengah hari jam tangan meja tulis
bom tangan kapal terbang kuning langsat
b. Dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai
gelaran:Contohnya:
Perdana Menteri Duta Besar Raja Muda Setiausaha Politik
Penolong Pendaftar Ketua Menteri Naib Censelor Profesor Madya
Timbalan Ketua Pustakawan Ketua Setiausaha Negara
c. Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus dalam bidang ilmiah:
Contohnya:
model linera garis pusat lelefon dail terus lesung sendi
kanta tangan mata pelajaran pita suara darah panas
kertas kerja batu kapur
d. Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa:
Contohnya:
kaki ayam buah hati makan angin pilih kasih
anak emas bulan madu manis mulut tumbuk rusuk
berat tangan
e. Bentuk kata majmuk yang telah mantap:
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap
mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata
mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu
perkataan/ dirapatkan. Bentuk-bentuk kata tersebut ialah:
apahal apabila antarabangsa apakata
apalagi bagaimana barangkali beritahu
bumiputera darihal daripada dukacita
jawatankuasa kakitangan kepada pilihanraya
kerjasama manakala manalagi olahraga
padahal pesuruhjaya sediakala setiausaha
sukacita sukarela suruhanjaya tandatangan

tanggungjawab warganegara matahari


f. Penggandaan kata majmuk:
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis balai-balai raya suku-suku kata
jirim-jirim organik Menteri-Menteri Besar Penolong-Penolong Pendaftar
gambar-gambar rajah kapal-kapal terbang garis-garis pusat
model-model linear Naib-Naib Censelor Ketua-Ketua Menteri
g. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan simpulan bahasadan bentuk
yang telah mantap; penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur.Contohnya:
anak emas-anak emas ayam tambatan-ayam tambatan
kaki bangku-kaki bangku buah hati-buah hati
buah tangan-buah tangan ibu bapa ibu bapa
pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara
tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa
setiausaha-setiausaha
h. Pengimbuhan kata majmuk :
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu:
i) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran
sahaja (1 imbuhan), ejaannya tetap terpisah.
Contohnya:
campur aduk bercampur aduk
litar selari berlitar selari
ambil alih mengambil alih
temu bual ditemu bual
daya serap daya serapan
senarai hitam -- disenarai hitam
baik pulih -- membaik pulih
ii) apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan (2
imbuhan), ejaannya
menjadi bercantum.Contohnya:
campur aduk mencampuradukkan
daya serap kedayaserapan
garis pusat mengarispusatkan
satu padu menyatupadukan
tunjuk ajar menunjukajarkan
senarai hitam -- disenaraihitamkan
baik pilih -- membaikpulihkan.

KATA BILANGAN
1. MAKSUD :
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan jumlah.
2. JENIS KATA BILANGAN :
a. Kata bilangan tentu : Menunjukkan jumlah yang tepat.
Contoh : satu, dua, seratus, sejuta, tiga puluh tiga dan sebagainya.
b. Kata bilangan tak tentu : Menunjukkan bilangan yang tidak pasti jumlahnya.
Contoh : semua, banyak, ramai, pelbagai, berbagai-bagai, sekumpulan, sekawan
dan lain-lain.
c. Kata bilangan pisahan : Kata bilangan yang menunjukkan sifat dipisahkan
Contoh : berdua-dua, ketiga-tiga, masing-masing, tiap-tiap
d. Kata bilangan tingkat : Menunjukkan maksud tempat
Contoh : pertama, kedua, ketiga, keempat dan sebagainya.
e. Kata bilangan pecahan : Jumlah yang dinyatakan dalam pecahan.
Contoh : suku, separuh, tiga suku, dua per tiga dan sebagainya.
3. KONSEP KATA BILANGAN :
a. Kata bilangan jamak : Menunjukkan maksud jumlah lebih daripada satu.
Contoh : semua, beberapa, kebanyakan, pelbagai, berhari-hari dan sebagainya.

b. Kata bilangan tunggal : Menunjukkan maksud bilangan tunggal atau satu.


Contoh : satu, se
4. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BILANGAN :
a. Ada kata bilangan yang tidak boleh digandakan. (salah jika digandakan)
Salah:-pelbagai-pelbagai hadiah diberi.
-para-para pelajar yang hadir.
Betul:-pelbagai hadiah diberi.
-berbagai-bagai hadiah diberi.
-para pelajar yang hadir

b. Ada kata bilangan yang tidak boleh disingkatkan/ ditunggalkan.Salah:Dia ke sekolah pada tiap pagi.
-Berbagai cabaran telah ditempuh.
Betul:-Dia ke sekolah pada tiap-tiap pagi.
-Dia ke sekolah pada setiap pagi.
-Berbagai-bagai cabaran telah ditempuh.
-Pelbagai cabaran telah ditempuh.
c. Kata bilangan berimbuhan ber. Mesti digandakan.Salah:
-Lori itu membawa berguni beras ke kilang.
-Sudah bertahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan air sejuk.
Betul:
-Lori itu membawa berguni-guni beras ke kilang.
-Sudah bertahun-tahun lamanya kami merantau.
-Dia minum bercawan-cawan air sejuk.
d. Jika kata bilangan sudah jamak, kata nama yang mengikutinya tidak
boleh digandakan.
Salah:
-Banyak buku-buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung-burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan-ikan berjaya dipancing.
Betul:-Banyak buku yang disediakan di perpustakaan.
-Sekawan burung hinggap di atas pokok.
-Beberapa ekor ikan berjaya dipancing.

e. Jika kata bilangan berakhiran dengan .an, kata nama juga tidak
boleh digandakan.
Salah:-Barisan pelakon-pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang-bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta-peserta mengambil bahagian pada malam ini.
Betul:
-Barisan pelakon akan mengambil bahagian dalam pertunjukan itu.
-Sinaran bintang kelihatan di dada langit.
-Puluhan peserta mengambil bahagian pada malam ini.

f. Kata bilangan jamak, tidak boleh disertai dengan penjodoh bilangan.


(kecuali : 'beberapa' dan kata bilangan tentu seperti 'tiga, empat, lima'
dan sebagainya)
Salah:
-Semua ekor ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan orang pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
Betul:
-Semua ikan yang dibelinya itu sudah busuk.
-Kebanyakan pengakap yang hadir turut memberi sumbangan.
- Beberapa ekor ikan, enam buah rumah dan sebagainya.
g. Jika kata bilangan jamak digunakan, kata adjektif bagi kata nama tidak
boleh digandakan.
Salah:
-Banyak ikan yang besar-besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang-garang dan sukar untuk ditemui.
Betul:-Banyak ikan yang besar di kawasan hulu sungai itu.
-Semua pegawai di situ garang dan sukar untuk ditemui.
h. Kata bilangan jamak boleh digunakan untuk kata nama yang memang
berganda.
Salah:
-Di kawasan sungai itu banyak kura.
-Ramai mata bertugas di tempat ini.
Betul:
-Di kawasan sungai itu banyak kura-kura.
-Ramai mata-mata bertugas di tempat ini.

i. Kata bilangan berimbuhan ke. yang menunjukkan jumlah mestilah


digandakan.
Salah:
-Polis berjaya membarkas kelima perompak itu.
-Kedua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.

Betul:-Polis berjaya membarkas kelima-lima perompak itu.


-Kedua-dua beradik kembar tersebut berpisah ketika berusia dua tahun.
j. Kata bilangan tentu (satu, dua, dan sebagainya) tidak boleh rapat
dengan kata bilangan pecahan ('suku, separuh, setengah). (letak objek
antara kata bilangan ini)
Salah:
-Kami mengambil masa dua setengah hari untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga suku jam untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu suku sudu garam ke dalam masakan itu.
Betul:-Kami mengambil masa dua hari setengah untuk sampai di sini.
-Anda hanya diberi tempoh tiga jam suku untuk menyiapkan tugas ini.
-Masukkan satu sudu suku garam ke dalam masakan itu.
KATA HUBUNG
1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau
menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.
2. JENIS KATA HUBUNG:
a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka
b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila
c. Kata hubungan berpasangan:
Contoh : oleh sebab maka, walaupun namun, biarpun tetapi, meskipun
namun, baik mahupun,
sama ada mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG:


a. Jangan gunakan dua kali perkataan dan untuk tujuan sama dalam satu
ayat. (gunakan berselang dengan serta)
Salah:-

-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.
Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu
malam.
b. Gunakan atau jika bermaksud membuat pilihan.
Salah:
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
Betul:
-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.
c. Jika atau digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.
Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.
Betul:
-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. hingga/ sehingga tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ke.


(pilih salah satu sahaja)
Salah:
-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.
Betul:-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. antara perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan pilihan atau


menunjukkan had serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum,
gunakan antara : Antara faktor tersebut ialah .)

Salah:
-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.
Betul:-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.
f. Jika di antara digunakan untuk pilihan atau had, gunakan dengan
sahaja. (Jangan gunakan dan )
Salah:
-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.
Betul:
-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.
g. Tidak ada kata hubung oleh kerana dalam bahasa Malaysia.
Salah:
-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
Betul:
-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.
h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan tetapi.
Salah:-Dia kaya dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.
Betul:-Dia kaya tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.
i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan
maka.
Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.
Betul:-

-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

j. kerana tidak boleh diletak di depan ayat. Sebab tidak boleh diletak di
tengah ayat. oleh sebab tidak boleh diletak di tengan ayat.
Salah:-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
Betul:-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan.
Aktiviti Masteri Peribahasa:-

Bahagian peribahasa SPM biasanya berkisar pada beberapa bentuk soalan. Hal ini
dinyatakan di bawah:
A. Membina ayat daripada peribahasa:Contoh:
1. bagai menatang minyak yang penuh
Ibu bapa selalunya menyayangi dan menjaga anak-anak mereka bagai menatang
minyak yang penuh
sehinggalah mereka dewasa.
2. seperti katak di bawah tempurung
Sikap Muzammil yang sukar menerima perubahan yang berlaku menyebabkan
dia berfkiran
tertutup seperti katak di bawah tempurung.
3. seperti paku dengan penukul
Pelajar yang malas dan bersikap seperti paku dengan penukul tidak mungkin
dapat meraih kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan.
4. ketam mengajar anaknya berjalan lurus
Masih ramai ibu bapa yang malas membaca tetapi mahu anak mereka rajin
mengulang kaji pelajaran
samalah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

B. Mengemukakan peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi yang


diberi:
Contoh: Beri tiga peribahasa yang sesuai dengan cerita yang diberi.
1. Pak Hassan terkejut besar apabila anak yang dipelihara dengan penuh kasih
sayang sanggup
melakukan perkara yang terkutuk itu. Dia tidak menyangka bahawa anaknya itu
terlibat dalam kes
ragut yang telah memalukannya. Tindakan anaknya yang telah membunuh
mangsa itu tidak dapat
diselamatkan kerana anaknya akan menerima hukuman yang setimpal.
i.
ii.
iii.
iv.

bagai menatang minyak yang penuh (memelihara dengan penuh kasih sayang)
bagai menyonteng arang ke muka (memalukan)
anak emas (anak kesayangan)
air muka (diri, peribadi)

2. Pasangan pengantin di atas pelamin itu amat sepadan. Pasangan itu bakal
melayari hidup sebagai suami isteri. Setiap pasangan perlu bersabar dan jika ada
perselisihan pendapat, mereka perlu bertolak ansur serta saling memaafkan. Tanpa
sikap tolak ansur sesebuah keluarga tidak akan dapat bertahan lama dan perasaan
kasih saying akhirnya akan lenyap. Hal ini boleh menyebabkan perceraian berlaku.
i. bagai pinang dibelah dua.
ii. sedangkan lidah lagi tergigit.
iii. bagai embun di hujung rumput.

C. Mengemukakan peribahasa berdasarkan ayat yang diberi:Contoh:


1. Setelah Berjaya melepaskan dirinya daripada digigit anjing liar, gadis itu terpaksa
pula bergelut dengan seorang lelaki yang hendak meragut beg tangannya.
* keluar mulut harimau, masuk ke mulut buaya.
2. Walaupun telah lama tinggal di luar negara namun akhirnya Rony pulang semula
ke kampung halamannya kerana berasakan kampung halamannya lebih tenteram.
* hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri
sendiri.
3. Apabila Encik Santos meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dua tahun

yang lalu, keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling berbalah.


* bagaikan anak ayam kehilangan ibu.
D. Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai:Contoh:
1. Tok penghulu kesal akan sikap penduduk kampung yang hanya membisu ketika
mesyuarat dijalankan, tetapi mula bersuara apabila projek sudah dijalankan. Adaada sahaja yang tidak kena. Mereka bersikap umpama (i) Mereka
sepatutnya tidak mengemukakan pendapat sesuka hati dan tidak mengeluarkan
kata-kata yang dapat menyinggung perasaan orang lain. Hal ini demikian kerana
(ii).. Walau bagaimanapun, sebagai ketua tok penghulu akan berusaha
untuk menyelesaikan masalah (iii)..nya itu supaya dapat memuaskan
hati semua pihak.
i. rumah siap pahat berbunyi
ii. mulut manusia lebih tajam daripada mata pedang / terlajak perahu boleh
diundur, terlajak kata buruk padahnya.
iii. anak buah
Latihan 1:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.
1. bagaikan kera mendapat bunga
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
3. burung terbang dipipiskan lada
4. menegakkan benang yang basah
5. bagaikan telur dihujung tanduk
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
8. matinya semut kerana gula
9. air dicincang tidak akan putus
10. bagaikan embun di hujung rumput

Latihan 2:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.
1. seperti mendukung biawak hidup
2. sudah jatuh ditimpa tangga
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak


5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
9. bagai mencurah air ke daun keladi
10. kuman di seberang laut Nampak, gajah di depan mata tak Nampak
Latihan 3:
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa
tersebut.
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
4. seperti pelanduk dua serupa
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
6. seperti ular kena palu
7. mati semut kerana gula
8. bagai mendapat durian runtuh
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Latihan 4:
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam
pilihanraya itu tidak disukai
oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai
maksud yang tertentu.
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang
bermusuhan telah
berbaik-baik semula seperti sediakala.
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki,
namun kehidupan Encik
Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd.
Ramsul seorang guru yang
baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.

5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya


terlibat dalam rasuah,
namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu
menganggap pelajar
kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar
dengan bersungguhsungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan
cemerlang.
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba
mengambil bahagian dalam
pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap
semula di
kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya
berhenti merokok
sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.