Anda di halaman 1dari 22

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

KOLEJ VOKASIONAL ARAU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
JALAN PADANG NYU, 02600 ARAU,
PERLIS

KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA PROGRAM /
PROGRAM CODE AND NAME

MPI/ PEMESINAN INDUSTRI

TAHUN/ SEMESTER

DIPLOMA TAHUN 2 / SEM. 2

NO.DAN TAJUK MODUL /


MODULE NO. AND TITLE

MPI 603 - INDUSTRIAL SUPERVISORY

MODUL PEMBELAJARAN/
LEARNING MODULE

MPI/ KP/ 01 IMPLEMENT JOB SCHEDULE


ACTIVITY

KOMPETENSI/ COMPETENCY

603.01
603.02
603.04
603.07

OBJEKTIF MODUL / MODULE


OBJECTIVES

PERFORMANCE STANDARD: (Action, Condition


and Criteria)

PRODUCT PLANNING
MONITORING MACHINE PROCESS
PRODUCT PLANNING
CONDUCT RESOURCES REQUISITION

PERFORMANCE
SUPERVISORY
FUNCTION
USING
ORGANIZATION
CHART,JOB
INSTRUCTION,
MANPOWER
LIST,
WORK
PROGRAM, SITE CONDITION REPORT, OFFICE
EQUIPMENT AND MONTHLY DEPARTMENTAL
SCHEDULLE SO THAT SECTION MEETING
APPLIED AND JOB SCHEDULE ACTIVITY
IMPLEMENTED
IN
ACCORDANCE
WITH
STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)
AND COMPANY REQUIREMENTS.

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 1

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

IMPLEMENT JOB SCHEDULE ACTIVITY


2.1. Perancangan Kerja
Perancangan itu sendiri merupakan konsep yang mudah (simple).
Secara asasnya ia merangkumi matlamat (objektif) sesebuah organisasi
yang hendak dicapai pada masa akan datang dan pemilihan bagaimana
hendak mencapai matlamat tersebut. Secara amnya sesebuah organisasi
mempunyai dua pendekatan asas yang boleh diambil menuju masa
hadapan:
i. Ia boleh bertindakbalas (react) untuk perubahan mengikut keadaan
sekeliling, berkesempatan bertindak samada kepada perkembangan ke arah
kebaikan atau sebaliknya atau
ii. Ia boleh meramalkan masa hadapan dan mengambil pra
penentuan tindakan untuk mempengaruhi aktiviti aktiviti masa hadapan
mengikut kaedah atau rentaknya sebanyak mana yang boleh.
Perancangan adalah penting kerana
i.
Ia memberi arah dan tujuan sesebuah organisasi
ii.
Ia menyelaraskan semua aktiviti dalam oganisasi.
iii.
Ia membantu organisasi mengelakkan pengurusan krisis (crisis
management).Perancangan yang baik membantu mengurangkan
penyelia menghadapi masalah berterusan dalam masalah yang
tidak dijangka.
iv.
Ia membantu organisasi meramalkan perubahan-perubahan masa
akan data dan bersedia menghadapinya.
v.
Ia juga membantu mengelakkan pembaziran tenaga membuat
kerja-kerja yang berulang.
Perancangan tanpa tanggungjawab (commitment) adalah satu pembaziran
sumber. penglibatan sumber (resources) memerlukan keputusan di antara
pilihan-pilihan yang dibuat. Keputusan-keputusan mesti dibuat pada
beberapa peringkat dalam proses perancangan dimana keputusankeputusan ini mestilah ditukarkan kepada tindakan.
1 Jenis-Jenis Rancangan
Secara amnya, terdapat dua jenis rancangan iaitu rancangan
strategik dan rancangan operasional.

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 2

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

i)

Rancangan Strategik

Rancangan strategik adalah rancangan yang menentukan


keadaan sesebuah organisasi. Ia menyatakan tujuan dan kearah
mana organisasi
tersebut akhirnya. Rancangan-rancangan ini
dipraktikkan pada keseluruhan organisasi dan objektif organisasi
ditentukan untuk meletakkan organisasi mengikut keadaan
sekeliling yang lebih mencabar.
Rancangan
strategik
adalah
rancangan-rancangan
yang
memerlukan tindakan daripada keseluruhan organisasi untuk
mencapai objektif yang luas. Iamya adalah rancanagan
jangkapanjang dimana ia menunjukkan ke arah mana organisasi
tersebut dalam masa satu hingga lima tahun akan datang. Ianya
disediakan oleh pihak atasan pengurusan.
Penyelia tidak terlibat dalam merangka rancangan ini tetapi mereka
diperlukan untuk mendapatkan maklumat maklumat untuk
merangka rancangan ini.

ii) Rancangan Operasional


Rancangan ini merupakan tindakan terperinci yang diperlukan
untuk mencapai objektif tertentu didalam rancangan strategik.
Skopnya lebih kecil, biasanya ia berkenaan dengan hanya satu
daripada objektif strategik ataupun sebahagiannya sahaja. Rancangan
ini lebih spesifik, menentukan masa untuk setiap tindakan yang
hendak dicapai. Ianya adalah rancangan jangkapendek berbanding
dengan rancangan strategik. Contohnya, rancangan bulanan,
mingguan dan harian adalah jenis rancangan ini dan ianya disediakan
oleh pengurusan peringkat pertengahan dan bawahan

2.2. Proses Perancangan


Proses perancangan melibatkan membuat keputusan. Keputusankeputusan ini dibuat untuk tindakan masa depan. Jika perancangan
dilakukan dengan baik, tindakan untuk masa depan akan memenuhi
objektif dan keputusan lain akan menjadi betul. Perancangan yang
dibuat mesti fleksibel untuk sebarang perubahan kerana ia tidak
selalunya betul untuk meramal masa depan. Elemen yang perlu dalam
proses perancangan adalah mengawasi (monitoring) dan perubahan
dalam rancangan,jika perlu.

Tentukan Objektif

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 3

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Semua rancangan dimulakan dengan objektif. Objektif


adalah satu pernyataan yang memerlukan hasil. Ia merupakan
satu pernyataan kemana kita hendak pergi dan apa tujuan
matlamat kita.
i) Ciri-ciri objektif yang baik:
Ia perlu dinyakan dalam bentuk tulisan
Ia boleh diukur (measurable)
Ia hendaklah spesifik dalam masa
Ia perlulah spesifik dalam masa
Ia perlulah mencabar tetapi boleh dicapai (attainable)
ii) Wujudkan dan nyatakan andaian dalam perancangan
iii) Semak semua had yang mungkin dalam perancangan
iv) Wujudkan rancangan alternatif
v) Pilih rancangan yang terbaik
vi) Tukarkan rancangan menjadi tindakan
vii) Sediakan langkah susulan

2.4. Kebaikan-Kebaikan Perancangan


Perancangan mempunyai banyak kebaikan seperti berikut:

Membantu pengurusan untuk menyesuaikan dan


perubahan mengikut perkembangan
Membolehkan pengurus melihat seluruh gambaran
operasi dengan jelas
Menyediakan turutan operasi yang betul
Membantu dalam pencapaian kordinasi diantara
beberapa bahagian dalam organisasi.
Memberi kecenderungan supaya objektif lebih specifik
dan diketahui.
Mengurangkan kerja-kerja tekaan (guesswork)
Menjimatkan masa, tenaga dan wang.
Membantu dalam mengurangkan kesalahan dalam
membuat keputusan

2.5. Analisis Aktiviti Kerja


MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 4

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Analisis kerja bermaksud kaedah yang menentukan tugas dan


kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan dan jenis orang
yang diperlukan untuk pekerjaan tersebut. Ia juga merujuk kepada
proses mendapatkan maklumat terperinci mengenai pekerjaan.
Analisis kerja terbahagi kepada dua elemen utama iaitu: a) Huraian Kerja
Huraian kerja menerangkan mengenai ciri ciri persekitaran dan
fizikal mengenai pekerjaan tersebut.
b) Spesifikasi Kerja
Spesifikasi kerja menerangkan ciri ciri peribadi yang perlu untuk
menjalankan tugas

2.6. Spesifikasi Kerja


Ia merujuk kepada senarai pengetahuan (faham mengenai
prosedur atau maklumat), kemahiran (tahap kecekapan individu),
kebolehan (tahap kebolehan tetap individu),serta ciri-ciri individu
tersendiri (motivasi, ketekunan, kebiasan, personaliti dan sebagainya)
yang perlu untuk menjalankan sesuatu pekerjaan.
Contoh Seorang juruterbang perlu mempunyai tahap penglihatan
20/20, Kemahiran Motor, Spatial
Kadangkala, spesifikasi kerja tidak terlalu ketat. Ia amat
bergantung kepada kesesuaian kerja dan selalunya cuma menjadi
sebagai panduan sahaja.

2.7. Perbezaan Diskripsi Kerja Dan Spesifikasi Kerja


Dalam pengurusan sumber manusia, dua perkara perlu dapat
dibezakan ialah diskripsi kerja dan spesifikasi kerja kerana dua perkara
merupakan perkara yang berbeza. Penilaian perbezaan amat penting
bagi memastikan kefahaman yang lebih mendalam dalam
mengendalikan pekerja dan kelayakan yang diperlukan oleh pekerja
untuk melakukan sesuatu tugasan.

Jadual 2.1: Perbezaan Antara Spesifikasi Kerja Dan Diskripsi Kerja


Spesifikasi Kerja
MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

Diskripsi Kerja
IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 5

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Ciri-ciri yang diperlukan oleh


seseorang individu untuk
melakukan sesuatu tugasan
Kelayakan akedemik,
pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan oleh
seseorang inidividu untuk
melakukan tugasan.

Analisa deskripsi
kaedah tersebut :

kerja

dapat

Merupakan satu penerangan


tentang tugas dan tanggungjawab
yang diberikan kepada jawatan
yang sedia ada.
Kesemua kerja yang mahu
dilaksanakan dalam jawatan yang
diterangkan.
Setiap kerja dipecahkan kepada
tanggungjawab, tugas dan
sebagainya.
dilakukan

dengan

melakukan

a) Analisa kerja yang lengkap :


Kesemua kandungan kerja diambil penerangan terperinci tentang tugastugas kerja yang disediakan
b) Analisa kerja yang kritikal :
Dimana konsenstrasi kepada kerja utama dalam kedudukan yang kritikal
dengan mengenepikan kerja yang lain
c) Analisa kerja yang bermasalah :
Dimana hanya kerja yang mempunyai masalah diambil untuk dianalisa
tanpa menghiraukan kerja-kerja yang lain.
Analisa kerja adalah proses pembelajaran, pengumpulan maklumat dan
memeriksa pelbagai aspek pekerjaan.

2.8. Proses Pengurusan Sumber Manusia

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 6

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Rajah 2.1: Proses Pengurusan Sumber Manusia


Rajah 2.1 menunjukkan komponen-komponen utama dalam proses
pengurusan sumber manusia. Ia terdiri daripada lima langkah awal yang
dapat mengekalkan prestasi pekerja. Langkah awal ini melibatkan proses
mengenalpasti dan memilih pekerja yang berkemahiran dan berdaya saing.
Apabila memperolehi pekerja yang berkebolehan maka sokongan perlu
diberikan

oleh

organisasi

untuk

menyesuaikan

diri

pekerja

dengan

organisasi, memastikan kemahiran dan pengetahuan mereka adalah


terkini , membentuk aktiviti pembangunan kerjaya yang sesuai dan
menyediakan sistem ganjaran yang cekap dan berkesan. Kesemua ini boleh
dilakukan melalui proses orientasi, latihan dan pembangunan kerjaya.
Langkah terakhir dalam pengurusan sumber manusia adalah proses yang
direkabentuk untuk mengenalpasti masalah prestasi dan memperbaikinya.

2.9. Perancangan Sumber Manusia

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 7

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Perancangan sumber manusia merupakan proses dimana pengurus


memastikan bahawa mereka mempunyai jumlah dan ciri-ciri pekerja yang
diperlukan

pada

tempat

dan

masa

yang

sesuai.

Sumber

manusia

seharusnya berkebolehan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan


berkesan

serta

membantu

mencapai

objektif

organisasi

secara

keseluruhannya.Perancangan manusia adalah berkaitan rapat dengan


pengurusan strategik sesebuah organisasi. Jesteru itu, matlamat perniagaan
dijelaskan terlebih dahulu bagi membentuk matlamat sumber manusia yang
lebih berkesan. Jadual 2.2 menunjukkan contoh matlamat perniagaan dan
perkaitanya dengan matlamat sumber manusia.

Jadual 2.2: Contoh Kaitan Matlamat Perniagaan Dengan Matlamat Sumber


Manusia.

Matlamat Perniagaan
Meningkatkan bahagian pasaran
Meningkatkan kecekapan
Meningkatkan perkhidmatan pelanggan

Mengurangkan kos

Matlamat Sumber Manusia


Melaksanakan proses pengambilan dengan
cekap bagi menarik lebih ramai calon
memohon pekerjaan
Mengurangkan peringkat-peringkat dalam
pengurusan.
Memindahkan proses pembuatan
keputusan kepada pekerja peringkat
bawahan dan memberikan program latihan
yang bersesuaian.
Meningkatkan beban dan tanggungjawab
kerja kepada pekerja.

Perancangan sumber manusia boleh diringkaskan kepada tiga langkah iaitu :


a) Menilai sumber manusia semasa organisasi
b) Menilai sumber manusia masa hadapan
c) Membentuk program untuk memenuhi sebarang perbezaan atau variasi
kesan dari penilian sumber manusia semasa dengan masa hadapan

2.9.1. Menilai Sumber Manusia Semasa Organisasi


Penilaian
kebiasaanya
MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

dilakukan

disediakan

melalui
dengan

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

inventori

sumber

bantuan

sistem

manusia,
maklumat
MUKASURAT 8

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

berkomputer. Laporan ini mengandungi nama, pendidikan, latihan


pengalaman

kerja,

bahasa

pertuturan,

kebolehan

khas

dan

kepakaran khusus bagi setiap kerja dalam organisasi. Sumber ini


bertujuan memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pengurusan
sumber manusia terutamanya semasa membuat perancangan. Perancangan
sumber manusia juga turut dilakukan melalui analisis kerja, carta penggantian
dan ramalan pakar.

i.

Analisis Kerja
Analisis kerja merupakan asas yang mendifinasikan tugas

dalam

organisasi

dan

gelagat

yang

bersesuaian

untuk

melaksanakannya. Contoh persoalan yang boleh dijawab dan


analisis kerja adalah apakah tugas-tugas seorang pengurus sumber
manusia, apakah pengetahuan, kemahiran dan kebolehan minima
untuk melaksanakan tugas berkenaan. Maklumat didalam analisis
kerja diperolehi beberapa kaedah. Kaedah-kaedah tersebut ialah :

Kaedah pemerhatian :
Pekerja melihat tugas secara terus

Kaedah Temuduga :
Dijalankan terhadap individu dan kumpulan untuk
melengkapkan maklumat dan analisa kerja.
Soal selidik berstruktur:
Pekerja dikehendaki menilai sendiri tugas-tugas yang
disediakan untuk melaksanakan kerja berkenaan.
Analisa kerja menentukan jenis individu yang diperlukan
untuk

memenuhi

kekosongan

jawatan

dan

menyediakan

maklumat untuk diskripsi dan spesifikasi kerja.

ii. Carta Penggantian

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 9

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Jadual yang menunjukkan setiap kedudukan pengurusan di


dalam organisasi beserta dengan nama calon yang layak untuk
menggantikanya di masa akan datang. Carta yang amat sulit ini
memberi makna dalam ramalan keperluan pengurusan dan
mengenalpasti ketersediaan calon dalaman yang sesuai.

2.9.2. Menilai Sumber Manusia Masa Hadapan

Keperluan

sumber

ditentukan

berdasarkan

Permintaan

terhadap

manusia

objektif

sumber

untuk

dan

juga

masa

hadapan

strategi

organisasi.

bermakna

berlakunya

peningkatan terhadap permintaan keluaran dan perkhidmatan


organisasi. Keperluan sumber manusia masa hadapan juga amat
bergantung kepada matlamat dan wawasan organisasi. Jika
organisasi mempunyai matlamat untuk berkembang dan ingin
bersaing dipasaran global, maka adalah penting jika organisasi
dapat menentukan tentang keperluan sumber manusia masa
hadapan.

2.9.3. Membentuk Program Untuk Memenuhi Sebarang


Perbezaan Atau Variasi Kesan Dari Penilaian Sumber
Manusia Semasa Dengan Masa Hadapan

Selepas organisasi mengetahui kedudukan sebenar


sumber manusia semasa dan keperluan masa hadapan, maka
perancanganya akan menjadi lebih cekap dan berkesan. Berbagai
program boleh dirancang oleh organisasi khususnya program
MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 10

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

latihan dan pembangunan. Jika organisasi mempunyai matlamat


untuk berkembang pada masa hadapan, maka sudah tentu
organisasi

akan

berhadapan

dengan

pelbagai

cabaran.

Ia

termasuklah cabaran dan perubahan persaingan, teknologi dan


sumber manusia. Organisasi yang peka tentang cabaran ini
pastinya perlu memberikan pekerja latihan yang berterusan agar
mereka terus mahir dan boleh menerima sebarang perubahan
dengan mudah.

2.9.4. Pengambilan Dan Pemilihan Pekerja


Pengambilan Dan pemilihan pekerja terbahagi kepada
beberapa peringkat seperti berikut :

Pengambilan Dan Pengurangan

Kaedah Pengambilan

Pemilihan

Alat/ Kaedah Pemilihan

a) Pengambilan Dan Pengurangan


Apabila status sumber manusia semasa dan masa hadapan
diketahui, maka organisasi boleh menentukan samada untuk
melakukan pengambilan atau pengurangan. Pengambilan adalah
proses menarik minat seberapa ramai calon untuk memohon
jawatan tersebut dalam organisasi. Pengambilan bermula pada
seseorang pengurus mengisi borang
memohon pekerja. Ia
adalah satu dokumen yang lengkap yang mengandungi :
Nama Jawatan
Jabatan yang memohon
Tarikh pekerja diperlukan
Lain-lain butiran lengkap
Ia sama seperti analisis kerja yang menjadi rujukan
organisasi bagi mendapatkan calon tepat untuk sesuatu jawatan.
Dengan maklumat yang ada, pengurus sumber manusia akan
merujuk

kepada

diskripsi

dan

spesifikasi

kerja

untuk

mengenalpasti calon yang benar-benar berkelayakan untuk bagi


memenuhi jawatan kosong. Melalui kaedah pengambilan sama

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 11

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

ada dari dalam ataupun luar organisasi, calon-calon yang


berkelayakan akan dikenalpasti.
b) Kaedah Pengambilan
Kaedah pengambilan terdiri daripada luaran dan dalaman.
Kaedah dalaman adalah bergantung kepada kemahiran yang
dimiliki oleh pekerja yang sedia ada bagi memenuhi sebarang
kekosongan jawatandi dalam organisasi. Ia juga amat bergantung
kepada belanjawan yang diperuntukkan olehsesebuah firma di
dalam amalan pengambilan. Organisasi yang menggunakan kaedah
dalaman pengambilan dan pemilihan pekerjanya memerlukan
pemohon dikalangan pekerja yang sedang berkhidmat di dalam
organisasi berkenaan.

Amalan Pengambilan Dalaman


Mempunyai kebaikan dari segi rekod prestasi pekerja

yang telah sedia ada, kurang kos terlibat untuk latihan dan
pembangunan serta akhirnya menjimatkan kos pengambilan
keseluruhanya. Biasanya iklan akan ditampal di papan
kenyataan organisasi. Pengurusan pengambilan dalaman
agak rumit dan maklumat yang berkaitan denganya adalah
sulit.

Antara

calon

yang

dipanggil

temuduga

dengan

penemuduga saling tidak mengetahui sama lain. Pihak yang


perlu

tahu

tentang

siapa

pemohon

berkenaan

adalah

pengurus perjawatan, pengurus jabatan di mana pemohon


bekerja sekarang dan penemuduga. Ini adalah mengelakkan
sebarang salah faham berlaku dan masalah yang berkaitan
dengan moral pekerja.

Amalan Pengambilan Luaran


Proses ini ialah dimana dilakukan apabila organisasi

merasakan mereka perlu

mengambil Pekerja dari luar

organisasi untuk memenuhi jawatan kosong. Kebanyakan


organisasi
MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

menggunakan
IMKVSB 2015 JTM/ ILP

cara

ini

kerana

merasakan
MUKASURAT 12

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

organisasi perlu mendapatkan idea baru dan individu luar


sama ada yang berpengalaman ataupun yang baru tamat
belajar. Tambahan ia pula ianya akan membentuk

budaya

yang baru. Kaedah pengambilan luaran seperti dalam jadual


2.3 :
Jadual 2.3: Kaedah Pengambilan Luaran
Kaedah

Komen
Paling banyak digunakan oleh organisasi kerana liputanya
yang meluas. Pemilihan media pengiklanan sama ada majalah,
radio atau televisyen boleh membantu untuk menjurus kepada
kumpulan sasaran
Salah satu sumber yang tetap untuk mendapat pekerja baru.
Calon telah mempunyai pengetahuan tentang organisasi dan
rakan yang mencadangkanya.
Mempunyai hubungan yang luas, menapis dengan terperinci
dan melibatkan kos yang agak tinggi. Kaedah yang digunakan
terutamanya untuk jawatan peringkat atasan.
Sumber yang digunakan bagi mendapatkan tenaga kerja yang
tidak berpengalaman bagi memenuhi kekososngan jawatan.
Apabila pelajar tamat pengajian, maka mereka boleh terus
bekerja dengan organisasi tersebut. Sumber ini biasanya
digunakan oleh organisasi perkilangan khususnya untuk
mencari operator pengeluaran dan juruteknik di sekolah, kolej
teknik dan vokasional.
Pameran pekerjaan melibatkan banyak organisasi yang
memerlukan pekerja atau ingin memenuhkan inventori bank
pekerja organisasi. Pada kebiasaanya, temuduga kerja akan
dijalankan pada masa berlangsungnya pameran pekerjaan ini.
Pameran ini merupakan cara yang kurang efektif kerana ada
pekerja yang telah mempunyai pekerjaan tapi cuba mencari
organisasi yang lebih sesuai

Pengiklanan

Cadangan Pekerja
Agensi Pekerjaan Swasta
Institusi Pendidikan

Pameran Kerja

c)

Pemilihan
Pemilihan adalah proses mengenalpasti individu yang paling

layak untuk memenuhi sebarang kekosongan jawatan. Apabila


perancangan
organisasiperlu

sumber

manusia

melakukan

mengenalpasti

pengambilan,

maka

bahawa
pengurus

memerlukan kaedah yang diperlukan untuk menyenarai pendekkan


calon yang sesuai bagi memastikan calon yang layak diambil
bekerja.

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 13

I
Keputusan Tepat

MemuaskanTidak

PRESTASI KERJAMemuaskan

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

II
Kesilapan Penolakan

III
Kesilapan
Penerimaan

IV
Keputusan
Tepat

Rajah 2.2: Kesilapan Dalam Proses Pemilihan

Melalui Rajah 2.2: Ia menunjukkan kesilapan yang berlaku


semasa proses pemilihan dijalankan. Tahap I menunjukkan
keputusan pemilihan yang tepat dimana pekerja menunjukkan
prestasi
kerja yang memuaskan apabila diterima, manakala
keputusan tahap IV adalah terbaik kerana pekerja dijangka
menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan.
Tahap II pilamenunjukkan kesilapan pemilihan yang berlaku
kesan dan menolak calon yang sepatutnya bakal menunjukkan
kerana prestasi kerja yang memuaskan. Manakala tahap III, berlaku
kerana kesilapan menerima calon kerana prestasi kerja yang kurang
memuaskan. Kesilapan yang berlaku di dalam proses pemilihan ini
adalah terlalu subjektif untuk ditentukan pada peringkat awal.
Penilaian hanya dapat dilakukan apabila proses penilaian prestasi
kerja dijalankan. Kesemua kesilapan ini akan dapat menimakan jika
organisasi mempunyai kaedah/alat pemilihan yang terbaik dalam
mengenalpasti calon yang benar-benar sesuai untuk memnuhi
sebarang kekosongan jawatan.

d)

Alat / Kaedah Pemilihan


Pengurus boleh menggunakan pelbagai alat pemilihan untuk
mengurangkan kesilapan penerimaan dan penolakan. Antara
kaedah yang popular ialah melalui borang permohonan yang
telah dilengkapkan ujian bertulis, temuduga,penyiasatan
latarbelakang dan ujian fizikal/kesihatan.
i. Borang Permohonan

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 14

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Borang ini mengandungi butir-butir peribadi, latarbelakang


akademik, pengalaman kerja dan Pencapaian yang diperolehi.
Melalui

borang

permohonan

tersebut,

pengurus

akan

mengetahui tentang latarbelakang akademik, pengalaman


kerja

dan

pencapaian

yang

diperolehi.

Melalui

borang

permohonan tersebut, pengurus akan mengetahui tentang


latarbelakang

calon

dan

ada

kalanya

pengurus

boleh

menghubungi mereka yang menjadi rujukan calon tersebut


untuk mengesahkan semua kenyataan yang dibuat dalam
borang permohonan.

ii. Ujian Bertulis


Ujian ini kebiasaanya meliputi ujian kebijaksanaan, sikap,
kebolehan dan minat. Ujian ini dapat dapat menunjukkan
keupayaan dan kemahiran calon menyelesaikan masalah
dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sesebuah organisasi
kebiasaanya

menggunakan

ujian

bertulis

yang

amat

berkaitan dengan tugas yang mereka jalankan. Ujian sikap


digunakan

untuk

semua

jawatan

sama

ada

peringkat

operator pengeluaran sehingga ke peringkat paling atas.


Manakala ujian teknikal ( Mekanikal ataupun

elektronik)

digunakan terutamanya jawatan juruteknik dan jurutera.

iii. Temuduga
Temuduga merupakan kaedah pemilihan yang paling kerap
digunakan oleh sesebuah organisasi.Temuduga dijalankan
secara berstruktur dan terperinci akan dapat menentukan
calon yang benar-benar layak untuk sesuatu jawatan. Antara
garis panduan yang boleh diikuti seperti

yang dinyatakan

dalam jadual 2.4.


Jadual 2.4: Garis panduan Temuduga
a) Struktur soalan yang tetap untuk semua calon
b) Penemuduga perlu mempunyai maklumat yang lengkap tentang kerja
MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 15

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

c)
d)
e)
f)
g)

yang ingin dipohon oleh calon


Meminimakan pengetahuan lepas tentang latarbelakang, pengalaman,
minat, skor ujian dan lain-lain ciri calon yang ditemuduga
Menyanyakan soalan yang dapat menunjukkan gelagat sebenar calon
Menggunakan borang penilian yang sama
Mengambil nota ketika temuduga
Jangan mengadakan seisi temuduga yang terlampau singkat kerana ia
boleh membawa kepada keputusan pemilihan yang tidak tepat.
iv. Pemeriksaan Kesihatan
Pemeriksaan kesihatan memastikan digunakan untuk tujuan
insuran. Organisasi perlu memastikan bahawa pekerja yang
baru diambil bekerja tidak akan menghantar tuntutan
insuran atas kecederaan atau kesihatan yang mereka alami
sebelum diambil bekerja.

2.10. Penjadualan Dalam Pembuatan


Operasi jadual rancangan jangka pendek yang direka untuk
melaksanakan

jadual

pengeluaran

induk.

Penjadualan

operasi

memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk menggunakan kapasiti


yang sedia ada dengan mengambil kira kekangan pengeluaran
teknikal. Selalunya, beberapa pekerjaan perlu diproses di satu atau
lebih stesen kerja. Biasanya, pelbagai tugas boleh dilakukan pada
setiap stesen kerja. Jika jadual tidak dirancang dengan berhati-hati
untuk

mengelakkan

kesesakan

menunggu

garis

mungkin

berkembang

Operasi

jadual

apabila

suatu

arahan

pekerjaan

diterima

bagi

sebahagian, bahan-bahan mentah yang dikumpul dan kumpulan


dipindahkan ke operasi pertama. Pada setiap stesen kerja seseorang
mesti menentukan kerja untuk memproses kadar di mana kerja tiba di
stesen kerja yang sering berbeza daripada kadar di mana stesen kerja
yang

boleh

memproses

sekaligus

mewujudkan

satu

barisan

menunggu.

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 16

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

2.11. Penyediaan Jadual Kerja


Ia adalah penting untuk mempunyai jadual yang wajar di
peringkat pengeluaran untuk menampung permintaan pasaran dan
pelanggan serta untuk meningkatkan kecekapan proses. Ini adalah
kerana, pada kawalan proses biasa, perkiraan pengeluaran, arahan
dan kawalan kemajuan ke bengkel pengeluaran, cenderung untuk
menjadi tumpuan di sebelah strategik kawalan pengeluaran.Walau
bagaimanapun, dari pandangan kawalan pengeluaran ia adalah lebih
berkesan untuk mempunyai jadual yang baik dengan perancangan
pengeluaran strategik.

Tujuan pertama perancangan adalah untuk mengetahui apabila


setiap bahagian projek boleh dijalankan dan apa masa keseluruhan
untuk menyiapkan projek akan datang. Tujuan utama yang lain adalah
untuk menentukan rujukan terhadap mana kemajuan sebenar boleh
dibandingkan

dalam

usaha

untuk

mewujudkan

Jadual adalah untuk menentukan masa mula dan masa berakhir


operasi dan urutan operasi untuk beban kerja pada setiap proses.
Secara umumnya , jadual dikelaskan kepada 3 kategori. Ia adalah
perancangan jangka panjang (perancangan pengeluaran berkala),
perancangan jangka pertengahan (perancangan pengeluaran bulanan)
dan

perancangan

pengeluaran

jangka

pendek

(perancangan

pengeluaran setiap hari).

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 17

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

Rajah 2.3: Perancangan Jadual Kerja


Kualiti

Jadual

akan

memberi

kesan

kepada

kelewatan

penghantaran dan memanjangkan tempoh masa kerja; Ia juga akan


mempunyai kesan yang besar pada nisbah prestasi jentera dan
pengendali. Langkah pertama adalah untuk menganggarkan tempoh
setiap aktiviti. Ini hanya boleh didapati sekiranya suatu andaian yang
dibuat tentang sumber-sumber (manusia, mesin, wang) yang akan
diadakan

untuk

aktiviti.

Ia

adalah

terutamanya

penting

untuk

melibatkan orang yang bertanggungjawab bagi setiap aktiviti dalam


proses anggaran ini.

2.12 Kaedah Untuk Penjadualan

Turutan kaedah adalah untuk mencari pekerjaan yang terkumpul


dalam tempoh yang tertentu. Kaedah-kaedah keutamaan digunakan
untuk memilih apakah kerja seterusnya perlu dilakukan dari dalam
pemprosesan kerja menunggu Mesin untuk mesin apabila proses
MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 18

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

adalah percuma; Kaedah ini amat berguna untuk

memulakan kerja

proses yang dipanggil kaedah menghantar. Keutamaan kaedah yang


digunakan terdiri daripada kaedah terdahulu, turutan penghantaran,
masa operasi minimum dan turutan penghantaran minimum.

Jadual 2.4: Kaedah-kaedah Keutamaan Penjadualan

Sebaliknya, apabila satu kerja dibahagikan ke dalam beberapa


pekerjaan dan apabila hubungan terdahulu antara setiap kerja menjadi
rumit, pertama rancangan pengeluaran harus ditetapkan untuk
keseluruhan

pesanan

yang

diterima

oleh

itu

kaedah

kawalan

keseluruhan pada kemajuan boleh diambil. Kaedah ini perancangan


dipanggil rangkaian penjadualan dan ia boleh digunakan untuk kaedah
PERT.

2.13. Kaedah Pert


Ciri-ciri utama kaedah penilaian projek dan kajian teknik (PERT)
adalah terdahulu berhubung kerja dan tombol kedua-dua anak panah
yang mewakili operasi dan pengendalian akan ditunjukkan dalam
rangkaian kerana keseluruhan projek sedang berjalan, ia dapat
mencari permulaan dan masa tamat operasi. Rangkaian kerja (laluan
kritikal)

yang

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

mempunyai

kesan

langsung

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

terhadap

penyiapan
MUKASURAT 19

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

keseluruhan projek akan dicari. Kawalan diletakkan terutamanya


mengenai kemajuan kerja yang terdapat pada laluan kritikal. Ia adalah
cara yang berkesan bagi kawalan kemajuan.

PERT boleh digunakan untuk mengambil kira ketidaktentuan


keseluruhan dalam tempoh projek. Ini melibatkan membuat anggaran
tempoh maksimum, minimum dan yang paling berkemungkinan bagi
semua aktiviti-aktiviti dan untuk setiap aktiviti dikira

(maksimum masa) + (4 x kali paling mungkin) + (minimum masa)


6
Angka ini yang kemudian digunakan angka-angka tempoh aktiviti
biasa untuk mencari tempoh keseluruhan

yang dijangka. Sisihan

piawai bagi tempoh setiap aktiviti dianggarkan seperenam perbezaan


antara angka-angka maksimum dan minimum. Variasi standard ini
kemudian boleh digunakan untuk menjana sisihan piawai masa
keseluruhan projek.

2.14. Prosedur Perancangan

Prosedur perancangan adalah berdasarkan bahagian-bahagian


yang

berkembang

dan

untuk

menentukan

proses,

kaedah

pemprosesan, bahan-bahan yang diperlukan dan kemudahan jentera


diperlukan dan prosedur proses.
Terdapat dua objektif utama dalam prosedur perancangan.
Pertama adalah untuk menentukan prosedur proses dan kaedah
operasi ekonomi. Kedua adalah untuk menentukan bahagian-bahagian
dan bahan-bahan yang akan memenuhi spesifikasi rekabentuk, kualiti
dan kos faktor bagi memastikan ianya pada tahap yang ekonomik.

Jadual 2.5: Prosedur Jadual Mengikut Bahagian


MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 20

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

2.15. Jadual Standard


Jadual Standard adalah untuk menggambarkan masa operasi
standard yang diperlukan pesanan secara keseluruhan. Faktor-faktor
seperti pembaziran masa yang ditanggung semasa pengangkutan di
antara proses akan

dimasukkan

kedalam pelan

ini. Ia adalah

berdasarkan prosedur perancangan.


ProsedurJadual standard adalah seperti berikut:
1. Menyusun masa yang diperlukan bagi setiap proses perintah itu
di
bawah satu jadual.
2. Pastikan masa yang diperlukan operasi sejajar dengan prosedur
proses yang diberikan oleh prosedur perancangan.
3. Untuk mengelakkan sebarang pengulangan proses kerja pada
setiap proses, ia adalah perlu untuk mengalihkan operasi di titik
permulaan.
4. Di dalam jadual-jadual standard, menunjukkan '0' sebagai masa
yang

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

menamatkan operasi.

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 21

MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI (MPI) KOLEJ VOKASIONAL KPM

LATIHAN:
2

Kenapakah kita harus mengetahui langkah langkah yang betul dalam


membuat perancangan kerja?
1 Berikan contoh-contoh perancangan kerja yang biasanya dilaksanakan
dalam perancangan operasi?
2 Bagaimanakah perancangan kerja yang baik dapat membantu dalam
pengurangan kos operasi?
3 Berikan peringkat pemilihan pekerja.
4 Berikan langkah langkah perancangan sumber manusia.

RUJUKAN:
1. KS Yong, KK Lau, PL Kwai Ot Poon, CL Lee : March 1991,
Supervisory Management.
2. Lee J. Krajewski dan Larry P. Ritzman, Addison-Wesley, 1998.
Operations Management - Strategy And Analysis
3. Aquilano,Jacobs,1998 ,Production And Operation Management- Manufacturing and
Services, 8 edition.

MPI 603/ KP/01/(01/02/04/07)

IMKVSB 2015 JTM/ ILP

MUKASURAT 22

Anda mungkin juga menyukai