Anda di halaman 1dari 6

LATIH TUBI PMR - NOVEL TING 2 - LESTARI BUKIT MENGHIJAU

Novel Tingkatan 2 Lestari Bukit Menghijau.


Soalan 1:
PERSOALAN CINTAI ALAM SEKITAR.
Berdasarkan novel di atas berikan tiga contoh peristiwa yang dapat menggambarkan persoalan
di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan persoalan cintai alam sekitar dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama, Cikgu Isham memperkenalkan amalan kitar semula seperti
memperkenalkan tong sampah kitar semula untuk mengelak pencemaran alam sekitar.
Selain itu, peristiwa Pak Tua memarahi Zahiran yang mahu menebang pokok bunga
cempaka dan Lebai Jusoh yang mahu menebang pokok kacang kelor kerana pokok-pokok
yang hendak ditebang itu mengandungi khasiat perubatan.
Akhir sekali, peristiwa Pak Tua mencadangkan agar diadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan persekitaran Kampung Alor Rambai supaya dapat menghapuskan
pembiakan serangga berbahaya seperti nyamuk.

Soalan 2:
NILAI- KEGIGIHAN
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai kegigihan.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak peristiwa yang
menggambarkan nilai kegigihan dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah Pak Tua menjaga kelestarian Bukit Bintangor sehingga
dia mati.
Selain itu, peristiwa Pak Tua bergotong-royong dengan penduduk kampong dan
menubuhkan tabung derma untuk Pak Hamid.
Akhir sekali, peristiwa Zahiran gigih mengulang kaji pelajaran bersama Pak Tua di
pondok Pak Tua.

Soalan 3:
NILAI KEBERANIAN.
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai keberanian.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak peristiwa
yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama, Zahiran berani mendekati Pak Tua kerana dia yakin bahawa
Pak Tua orang yang baik, tidak seperti yang diperkatakan oleh orang kampungnya.
Selain itu, peristiwa yang berkaitan ialah Zahiran berjalan ke pondok Pak Tua
berseorangan dengan hati yang berdebar.
Akhir sekali, peristiwa Pak Tua memarahi Zahiran dan Lebai Jusoh yang ingin
menebang pokok yang mengandungi banyak khasiatnya.

Soalan 4:
NILAI KASIH SAYANG
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
nilai kasih sayang.
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak peristiwa
yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah Zahiran ikhlas menolong Pak Tua menukar tayar jipnya
walaupun dia ditengking oleh Pak Tua.
Selain itu, peristiwanya ialah Pak Tua berusaha mencari penawar bagi virus HIV yang
dihidapi oleh isterinya kerana Pak Tua sayang akan isterinya.
Akhir sekali, peristiwa yang berkaitan ialah Pak Tua membawa Hamzah ke hospital
kerana disyaki menghidap demam kuning

Soalan 5
PERWATAKAN WATAK UTAMA ZAHIRAN SEORANG YANG BERANI.
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Watak utama dalam novel ini
ialah Zahiran . Zahiran digambarkan seorang yang berani.
Peristiwa yang pertama ialah Zahiran menawarkan diri untuk menolong Pak Tua
walaupun dia pernah ditengking oleh Pak Tua.
Selain itu, peristiwa yang berkaitan ialah Zahiran menasihati penduduk kampung agar
jangan mudah mempercayai fitnah orang.
Akhir sekali, peristiwa Zahiran mempunyai keyakinan diri bersandarkan fikirannya
sendiri. Dia tidak bimbang untuk berbaik-baik dengan Pak Tua walaupun orang kampong
mengatakan bahawa Pak Tua jahat atau gila.

Soalan 6:
PERWATAKAN WATAK UTAMA ZAHIRAN SEORANG YANG
BERTANGGUNGJAWAB.
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga peristiwa yang menggambarkan
perwatakan watak utama dalam seperti yang ditetapkan di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Watak utama dalam novel ini
ialah Zahiran. Zahiran digambarkan seorang yang gigih.
Peristiwa yang pertama yang menggambarkan Zahiran gigih ialah semasa mencari
burung untuk menjalankan tugas yang diberikan oleh Cikgu Idham.
Selain itu, peristiwa Zahiran gigih dan berusaha untuk menyatakan kebenaran tentang
diri Pak Tua yang sebenarnya.
Akhir sekali, ketika Zahiran gigih belajar dan mengulang kaji pelajaran untuk
mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR

Soalan 7:
PERBANDINGAN WATAK
-WATAK UTAMA ZAHIRAN
-WATAK SAMPINGAN PAK TUA
Berdasarkan novel di atas nyatakan 3 perbandingan antara watak utama dan watak
sampingan?
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak perbandingan
antara watak utama dan watak sampingan.
Perbandingan yang pertama ialah Zahiran merupakan anak jati Kampung Alor Rambai
manakala Pak Tua pula bukanlah seorang anak jati Kampung Alor Rambai.
Selain itu, Zahiran telah kematian ayah kandungnya manakala Pak Tua telah kematian
isterinya dan kedua-dua anak-anaknya.
Akhir sekali, Zahiran seorang yang peramah dan suka bergaul dengan orang kampung
manakala Pak Tua tidak begitu rapat dan kurang rapat dengan orang kampung.

Soalan 8
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga latar tempat. Bagi setiap tempat
tersebut berikan contoh peristiwa yang berlaku?
Jawapan:
Novel yang saya pilih ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak latar tempat
dalam novel ini.
Latar tempat yang pertama ialah Bukit Bintangor. Contoh peristiwa yang
berlaku ialah di dalam hutan bukit inilah Pak Tua tinggal dengan mendirikan sebuah pondok.
Selain itu, latar tempat yang seterusnya ialah rumah Zahiran. Di sini berlakunya Pak
Tua memarahi Zahiran kerana Zahiran mahu menebang pokok bunga cempaka putih.
Akhir sekali, latar tempat ialah pengkalan di sungai Jenari. Peristiwa yang dapat
dilihat di sini ialah Hamzah, Marzuki dan Khuzairi menangkap ikan untuk projek lestari
mesra alam sekitar mereka.

Soalan 9:
Berdasarkan novel Lestari Bukit Menghijau, jelaskan tiga latar masyarakat . Bagi setiap
tempat tersebut berikan contoh tiga peristiwa yang berlaku?
Jawapan:
Novel yang saya pilih ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak latar
masyarakat dalam novel ini.
Latar masyarakat pertama ialah masyarakat yang mempercayai tahayul. Contohnya
peristiwa yang berlaku ialah penduduk Kampung Alor Rambai mempercayai tahayul dan
kata-kata dukun.
Selain itu, latar masyarakat yang seterusnya ialah cinta akan kehijauan alam semula
jadi. Di sini berlakunya Zahiran mula berminat dengan tumbuh-tumbuhan setelah berkenalan
dengan Pak Tua.
Akhir sekali, latar masyarakat berburuk sangka terhadap orang yang kurang dikenali.
Peristiwa yang dapat dilihat di sini ialah Seleman dan Kasa memfitnah Pak Tua sebagai
penjenayah.

Soalan 10:
LATAR
-

MASA

TEMPAT

MASYARAKAT

Latar merupakan unsure penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji
huraikan satu contoh peristiwa bagi setiap latar di atas?
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak latar yang
digunakan oleh pengarang seperti latar masa, tempat , dan masyarakat.
Latar masa dapat dilihat pada waktu pagi. Peristiwa yang berlaku Zahiran dan rakanrakannya bertandang ke rumah Pak Tua.
Latar tempat pula berlaku di rumah Hamzah. Di sini berlakunya Pak Tua dan Zahiran
melawat Hamzah yang menghidap demam kuning.
Latar masyarakat yang digambarkan ialah mengambil berat kesejahteraan orang lain.
Contoh peristiwa yang dinyatakan ialah Pak Tua bertegas untuk membawa Hamzah yang
menghidap demam kuning ke hospital kerana dikhuatiri dapat membawa maut.

Soalan 11:
KITA HENDAKLAH SENTIASA MENGAMALKAN SIKAP BANTU MEMBANTU
DALAM KEHIDUPAN.
Huraikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan pernyataan di atas daripada sebuah
novel Tingkatan dua.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak peristiwa yang
memperlihatkan sikap saling membantu dalam kehidupan.
Peristiwa yang pertama ialah Zahiran membantu Pak Tua menukar tayar jipnya yang
pancit.
Selain itu, peristiwa ketika Hamzah dibawa ke hospital kerana demam kuning. Pak
Tua yang membiayai semua perbelanjaan rawatan tersebut.
Akhir sekali, yang dapat dilihat ialah Pak Tua mencadangkan agar diadakan tabung
kutipan derma untuk membantu Pak Hamid bagi merawat penyakit untutnya.

Soalan 12:
PENGAJARAN
-

KITA MESTILAH TABAH MENGHADAPI CABARAN HIDUP

KITA MESTILAH PRIHATIN AKAN KESUSAHAN ORANG LAIN

KITA JANGANLAH BERPRANGSAKA BURUK TERHADAP ORANG LAIN

Berdasarkan novel Tingkatan dua yang anda pelajari, berikan satu contoh peristiwa yang
menggambarkan setiap pengajaran di atas.
Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Lestari Bukit Menghijau. Terdapat banyak pengajaran
yang diutarakan oleh pengarang melalui novel ini.
Antara pengajarannya ialah kita mestilah tabah menghadapi cabaran hidup.
Peristiwanya, Pak Tua tidak marah apabila orang Kampung Alor Rambai menganggap Pak
Tua gila, malah ada yang mengatakan bahawa Pak Tua orang jahat.
Selain itu, kita mestilah prihatin akan kesusahan orang lain. Contohnya peristiwa yang
dapat dilihat semasa Pak Tua prihatin akan masalah demam kuning yang dihidapi oleh
Hamzah dan juga penyakit untut yang dihidapi oleh Pak Hamid.
Akhir sekali, kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain. Misalnya,
Seleman dan Kasa menuduh Pak Tua menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang
di Bukit Bintangor

Anda mungkin juga menyukai